Anda di halaman 1dari 24

Pengenalan

Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan telah dipindahkan oleh


Siam kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai Penasihat
British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British
secara rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain
Inggeris-Kelantan. Perjanjian ini juga menegakkan hak British untuk melantik
seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV. Baginda
mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara kecuali yang
berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio
ekonomi yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di
daerah Pasir Putih pada 29 April 1915.
British di Kelantan sebelum 1909
Kebangkitan menentang bermula sejak termeterainya Pengisytiharaan
Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Penasihat berbangsa Inggeris
bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai Penasihat dan
Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada Julai 1903.
Pada tahun 1904, W.A. Graham telah memperkenalkan beberapa perkara
baru dalam pentadbiran Kelantan. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Antaranya
ialah:
a. Penubuhan beberapa jajahan baru seperti Kota Bahru, Hulu Kelantan dan
Pasir Putih. Tiap-tiap jajahan ini ditadbir oleh seorang Ketua Jajahan. Sebuah
balai polis juga didirikan di setiap jajahan. Sebagai contohnya, Encik Ibrahim
menjadi Ketua Jajahan dan Sarjan Che Wan menjadi Ketua Balai Polis di
jajahan Pasir Putih. Ketua Jajahan dibantu oleh 2 orang yang bergelar Tok
Kweng atau Penggawa dan Tok Nebeng atau Penghulu. Tok Nebeng bertugas
menjaga keamanan dan memungut hasil dalam kampung masing-masing.

b. Pada tahun 1905, Undang-undang Hasil Padi diluluskan. Menurutnya,


semua pemilik tanah perlu memberi maklumat yang tepat tentang kawasan
tanah, hasil dan kedudukan tanah kepada Tok Kweng.
Perubahan-perubahan ini menjejaskan hak kuasa pembesar ke atas daerah
masing-masing. Malah, kuasa Engku Besar Jeram dan Pasir Putih semakin
berkurangan.
Kebangkitan menentang British di Kelantan semakin hebat selepas tahun
1909. Pada tahun 1909, Kelantan dipindahkan daripada pemerintahan Siam
kepada Inggeris menurut Perjanjian Inggeris-Siam (Bangkok) 1909. Ekoran
ini, British melantik seorang penasihat di Kelantan untuk menasihati Sultan
Muhammad IV dalam semua perkara, kecuali adat-istiadat dan agama Islam.
Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak
puas hati. Mulai tahun 1910, perubahan yang agak radikal telah
diperkenalkan oleh Penasihat British kepada sistem pentadbiran Kelantan.
Malah pihak British menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar negeri
Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut.
Tindakan ini telah mencetuskan kebangkitan di daerah Pasir Putih, Kelantan
pada tahun 1915 semasa pemerintahan Sultan Muhammad IV. Kebangkitan
ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas, lebih dikenali sebagai Tok
Janggut. Pembesar-pembesar lain yang menyertai pemberontakan ini ialah
Engku Besar Tun Ahmad Jeram, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Ishak
Merbol.

PENGENALAN
Kedudukan Tanah Melayu sebagai kawasan yang strategik dan juga mempunyai pelbagai hasil
bumi telah menarik kedatangan kuasa kolonial British di Tanah Melayu,kehadiran British pada
mulanya dengan menggunakan dasar campurtangan dalam hal pentadbiran orang Melayu,selepas
British berjaya menguasai NNS ,perhatian dialihkan kepada negeri-negeri utara dan timur

semenanjung,dalam

Perjanjian

Bangkok

1909,British

telah

mengambi

alih

Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis. Melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909, kuasa Kelantan


telah dipindahkan oleh Siam kepada Kerajaan British. James Scott Mason dilantik sebagai
Penasihat British yang pertama di Kelantan pada Julai 1909. Pada tahun 1910, British secara
rasmi menguasai hubungan luar negeri Kelantan melalui Perjanjain Inggeris-Kelantan. Perjanjian
ini juga menegakkan hak British untuk melantik seorang Penasihat kepada Sultan Kelantan,
Sultan Muhammad IV. Baginda mesti mematuhi nasihat Penasihat British dalam semua perkara
kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat resam orang Melayu. Perubahan sosio ekonomi
yang dibawa oleh British telah mengakibatkan pemberontakan di daerah Pasir Putih pada 29
April 1915.Pada tahun 1910 Sir John Anderson (Gabenor NNS) tiba di Kota Bharu dengan
kapal perang dan memaksa Long Senik mengakui hak naungan British ke atas Kelantan.Long
Senik mengesahkan perjanjian dan Kelantan telah diletakkan di bawah naungan British[1].dalam
perjanjian tersebut dapat dilihat dalam fasa IV perjanjian juga memberi kuasa kepada kerajaan
british untuk campurtangan dalam urusan negeri sekiranya kerajaan kelantan gagal mewujudkan
keamanan di negeri tersebut.Kehadiran British di kelantan tidak disenangi oleh pnduduk
Kelantan kerana pengenalan pentadbiran British telah menyebabkan pembesar melayu Kelantan
kerugian besar akibat campurtangan dalam hal ekonomi.Campurtangan British di Kelantan
menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati masyarakat Kelantan yang telah memberikan
kesan yang pelbagai kepada pembesar-pembesar di Kelantan, antara contohnya ialah Ungku
Besar Jeram yang mengalami kerugian yang tinggi akibat perlaksanaan dasar yang
diperkenalkan oleh British.Sentimen anti orang luar begitu menebal dalam diri masyarakat
Kelantan yang juga tidak mahu orang luar mentadbir menyebabkan penerimaan masyarakat
Kelantan begitu dingin sekali terhadap penasihat Inggeris di Kelantan.
Antara tokoh yang menentang campurtangan british di kelantan ialah Haji Mat
Hassan Bin Panglima Munas (Tok Janggut).Beliau dilahirkan di Kampung Saring di
daerah Jeram pada tahun 1850. Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di Kelantan
dan Mekah serta mahir bersilat. Beliau tinggal di Kampung Nering dan bekerja sebagai
petani dan peniaga.Antara Faktor yang menonjolkan Tok janggut bangkit menentang
adalah kerana beliau adalah anak seorang Panglima ,pada tahun 1902 patani masih lagi
dikuasai oleh Siam dan beliau diamanahkan oleh gurunya iaitu Syeikh Ahmad supaya
berikhtiar membebaskan petani daripada penjajahan Siam,dan mempertahankan

Kelantan daripada jatuh ke tangan kuasa asing,khusus nya eropah yang bersifat antiislam.Tok janggut melihat situasi dimana pembesar dan golongan istana tidak berani
dalam menentang kuasa british di kelantan menyebabkan beliau dengan beraninya
menawarkan diri kepada Engku Besar Jeram sebagai penentang British, hal ini juga
kerana beliau pernah mendengar pesanan gurunya iaitu Syeikh Ahmad yang
menyebabkan beliau berani menentang atas dasar mereka adalah penjajah dan menentang
penguasaan orang kafir di bumi Kelantan[2].
Dakwaan kolonial british yang melebelkan Tok Janggut sebagai seorang penderhaka
kerana beliau dikatakan telah merancang untuk menjatuhkan kesultanan kelantan, hal ini
menyebabkan beliau diburu oleh tentera Inggeris dan ditawarkan hadiah yang lumayan
bagi sesiapa yang dapat menangkap beliau.Tok Janggut telah dituduh dan difitnah sebagai
seorang yang derhaka kepada sultan dan British telah memainkan peranan yang hebat
dalam tohmahan ini,bagi pandangan sarjana tempatan telah menafikan dakwaan sarjana
barat kerana ada bukti-bukti yang mengatakan bahawa Tok janggut bukan berjuang
untuk menentang institusi kesultanan , tetapi lebih dilihat menentang penjajahan kerana
pelbagai faktor yang tidak dipersetujui oleh tok Janggut semasa pentadbiran British di
Kelantan, Akhirnya meletuslah penentangan secara besar besaran Tok Janggut dan
pengikutnya pada 1915 yang meyaksikan petumpahan darah pejuang tanah air menentang
penjajah, Antara faktor yang menyebabkan Tok Janggut dan juga pengikutnya serta
direstui perjuangannya disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut.

Sebab-sebab penentangan di Kelantan


1. Ketidakpuas hati Engku Besar Jeram
Engku Besar Tun Ahmad dan penduduk kawasan Jeram tidak puas hati
dengan campur tangan British di jajahan Pasir Putih. Engku Besar adalah
pembesar di daerah Jeram. British campur tangan dalam pentadbiran Jeram
dengan menasihati Sultan Muhammad IV supaya membina sebuah pondok
polis di Pasir Putih. Kerajaan British juga campur tangan dengan melantik
seorang Pegawai Daerah untuk mentadbir jajahan Pasir Putih yang
dahulunya diletakkan di bawah Engku Besar Jeram. Perlantikan pegawai
daerah ini menyebabkan Engku Besar Jeram kehilangan hak yang diwarisi
turun-temurun sejak abad ke-18. Engku Besar Jeram seterusnya kehilangan
kuasa, wibawa dan keistimewaan. Engku Besar Tun Ahmad hanya berkuasa
sebagai Tok Kweng Muda, iaitu kedudukannya lebih rendah daripada Tok
Kweng (penggawa). Sebelum perubahan ini, Tok Kweng adalah di bawah
kuasa Engku Besar Jeram. Engku Besar juga telah kehilangan hak memungut
cukai sebaliknya, beliau terpaksa membayar cukai ke atas tanah yang
menjadi hak miliknya seperti rakyat biasa. Engku Besar Jeram yang tidak
puas hati dengan sistem pentadbiran British lalu menghasut pengikutnya Tok
Janggut atau Haji Mat Hassan supaya bangun menentang dan mengusir
British dari Pasir Putih. Tok Janggut dikatakan lebih lama menyimpan dendam
dalam hati kerana ayahnya, iaitu Panglima Munas dan abangnya Mat Tahir
sebelum itu telah dibunuh atas perintah Sultan.
2. Pengenalan sistem cukai baru
Pentadbiran British telah memperkenalkan sistem pentadbiran dan peraturan
baru yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Sebelum
pengenalan peraturan baru, cukai atau hasil di Pasir Putih berdasarkan
kepada jumlah hasil tahunan. Sekiranya jumlah hasil adalah sangat sedikit,
dikecualikan daripada cukai. Tanah yang tidak dikerjakan atau diusahakan

tidak dikenakan cukai, misalnya pokok pinang kurang daripada 10 batang


dikecualikan daripada cukai.
Peraturan baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British tidak ada
pengecualian. Pokok buah-buahan dikenakan cukai 12 sen setahun, sirih
dikenakan 5 sen sejunjung, lembu dan kerbau dikenakan 20 sen seekor,
pokok-pokok kayu seperti temberu, mendung dan kapur yang hendak
ditebang dikenakan cukai $1 sebatang, tanah pula 60 sen seekar.
Menurut undang-undang baru itu, cukai dikenakan ke atas tanah dan
bukannya ke atas hasil tanah seperti dahulu. Sebelum itu, peraturan tanah
padi tahun 1905 amat longgar, iaitu hanya mewajibkan satu penjuru
bersamaan 400 depa tanah padi dikenakan cukai 30 sen setahun. Kurang
daripada 200 depa dikecualikan cukai. Selain itu, penduduk Pasir Putih
dikehendaki melaporkan keluasan dan tempat tanah yang mereka miliki
kepada Tok Kweng. Dengan demikian, rakyat telah dibebankan dengan
bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan melalui sistem
pentadbiran baru. Cukai tanah yang diperkenalkan oleh pihak British
merupakan suatu yang baru bagi penduduk Kelantan. Cukai tanah yang
dikuatkuasakan oleh pihak British adalah tetap. Cukai harus dibayar
walaupun tanah tidak dikerjakan. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka
akan didenda.
Penduduk menghadapi kerumitan dalam pembayaran cukai kerana pejabat
bayaran cukai hanya diwujudkan di daerah tertentu dan pejabat itu terletak
agak jauh. Bayaran hanya boleh dibuat dalam waktu tertentu. Rakyat
menghadapi masalah untuk membayar dalam masa yang ditentukan.
Pegawai-pegawai yang bertugas tidak cekap. Rakyat terpaksa datang ke
pejabat beberapa kali untuk membayar cukai, misalnya, Tok Janggut telah
datang beberapa kali untuk membayar cukai tetapi gagal membayar dalam
masa yang ditetapkan. Pegawai yang bertugas kadang-kala bersikap kasar
kepada penduduk.
Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana mereka
berasakan perlaksanaan undnag-undang baru membebankan mereka
berbanding dengan peraturan sebelum ini. Engku Besar kemudiannya
mengarahkan Tok Janggut menjalankan kempen agar penduduk Jeram dan

seluruh jajahan Pasir Putih jangan membayar cukai. Dalam kempen ini, Tok
Janggut mendapat bantuan dan kerjasama daripada Penghulu Adam, Haji
Said dan Che Ishak Merbol.
3. Sikap pegawai British Daerah Jajahan Pasir Putih
Pada tahun 1912, British menggantikan Encik Salleh, seorang Melayu
tempatan dengan Encik Latiff yang berasal dari Singapura sebagai Pegawai
Daerah Jajahan Pasir Putih. Beliau telah melaksanakan pelbagai cukai baru
yang membebankan rakyat seperti cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai
pokok buah-buahan. Encik Latiff merupakan seorang pegawai yang jujur
dalam tugasnya. Beliau telah bertindak dengan tegas untuk melaksanakan
undang-undang cukai yang baru diperkenalkan oleh British. Pegawai Daerah
dan kakitangannya bersikap kasar terhadap penduduk di Pasir Putih. Mereka
yang enggan atau lewat membayar cukai akan ditangkap dan didenda. Ada
kalanya, rakyat yang lewat membayar cukai dimaki dan dicaci oleh pegawaipegawai. Perbuatan yang kurang ajar ini telah menimbulkan kemarahan
orang ramai. Perasaan tidak puas hati semakin bertambah apabila Encik
Latiff telah menawarkan kontrak bagi mengutip telur penyu dan kercut.
Langkah ini mendapat tentangan hebat daripada orang ramai yang
sebelumnya boleh mendapatnya secara percuma tanpa dikenakan sebarang
bayaran.
4. Pengaruh luar
Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada
tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan
kebangkitan terhadap pentadbiran British. Orang Kelantan percaya British
akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila
Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan
mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah
secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang
Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.
Proses penentangan
Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun
Ahmad dan sokongan oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin,

Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen
mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru dan British.
Pada 28 April 1915, Encik Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih
mendapat berita Tok Janggut dan pengikutnya di Kampung Jeram. Pada 29
April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota
polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai.
Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut
dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan
kepada Encik Latiff.

i) Latar belakang
nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
mahir dalam ilmu persilatan
menetap di Kampung Nering, Kelantan
bekerja sebagai petani dan peniaga

FAKTOR PENENTANGAN
a)British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar
cukai tanah pada tahun 1915.
b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang
gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British
yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat
Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut
dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

erjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah
perkataan jihad yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan pemberontakan dan
penderhakaan.
Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan
pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah
sebagai kuasa dunia dan bangsa yang pintar akan terjejas.

Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal,
mereka sedar aura perjuangan Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu
berulang.
Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan
harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat
bangsa dan negara.
Umpama menyelimuti gajah dengan sapu tangan, usaha itu tidak berhasil kerana masyarakat masih
menyanjung sumbangan Tok Janggut berserta sahabat dan pengikutnya terhadap negara.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat
cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung
sehingga kini.
Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di
Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai
panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai
Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan
dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri
Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat
Semenanjung.
Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di
bawah Siam.
Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya
melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan
menentang penjajah itu.
Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan
Datuk Bahaman.
Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos
1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910
dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama
mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang
mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu. Pada
mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.
Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil kerana
hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat Hassan
memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen penentangan.

Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran
membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah perjuangannya.
Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung
Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan mengambil alih pemerintahan di
Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu merdeka.
Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura
iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman,
untuk menangkap Mat Hassan.
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April
bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di
hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.
Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai
tindakannya. Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak
setuju polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan
kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan Inggeris.
Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu
melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan
menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram sebagai
Raja.
Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan
sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan memastikan kekacauan tidak berlaku di
Kelantan.
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk
Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk
berunding dan mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.
Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai
penindas.
Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk Menteri, Sultan
Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya menangkap
Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain
mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok
Janggut.
Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris
dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan
bijak dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya,
mereka bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali
membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan
kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay
State Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung
Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ.
Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya beliau
ditikam mati.
Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari
Kampung Merbol dan dengan laungan Allahu akbar!, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat.
Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.
Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan
kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat,
Kelantan

Faktor-Faktor Penentangan Tok Janggut


Kemerosotan status Ungku Besar Jeram
Sebelum penguasaan kolonial British di kelantan ,kelantan telah
ditadbir melalui kepimpinan tradisional iaitu dengan penguasaan sultan
dan dibantu oleh pembeser yang berkuasa di sesuatu kawasan
pemakananya,kepimpinan pembeser merupakan aspek yang begitu
penting pada masa tersebut kerana golongan inilah yang menjaga
ekonomi serta sosial masyarakat.Engku Besar Jeram merupakan seorang
pemimpin yang merupakan pembesar daerah yang berkuasa di jeram dan
merangkumi kawasan Pasir Putih. Apabila Pasir Putih telah dibentuk
pada 1904 atas cadangan W.A Graham yang bertugas sebagai penasihat
Pentadbiran Kelantan bagi pihak Kerajaan Siam,seorang Ketua Jajahan

dan Pegawai Daerah telah dilantik untuk mentadbir kawasan


tersebut,abaila cadangan pembetukan daerah di kelantan dibentuk,
perlantikan seorang pegawai melayu dibuat iaitu dengan melantik Encik
Ibrahim yang berasal daripada Singapura dan diberi jawatan sebagai
Ketua Jajahan di kawasan Daerah Pasir Putih.Peranan yang dimainkan
oleh Ketua Jajahan adalah bertanggungjawab dalam kuasa pungutan
hasil cukai,pengurusan tanah dan juga kehakiman,oleh sebab
itu,peranan Ungku Besar Jeram telah diambil alih oleh Ketua Jajahan
dan kesannya Ungku Besar Jeram kehilangan keistimewaan di kawasan
tersebut[3].
Peranan Engku Besar jeram yang pada sebelumnya adalah pembesar
ditukar tarafnya kepada Tok Kweng (penggawa) sahaja,manakala
jawatan yang dipegang oleh Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dilantik
sebagai Tok Kweng Muda , tugas mereka adalah membantu Ketua
Jajahan menjalankan tugas, ini berti bahawa kedudukan mereka
direndahkan di bawah arahan Ketua Jajahan yang baru iaitu En
Ibrahim.Perlantikan ini menyebabkan perasaan kurang senang di
kalangan Penduduk dan Juga Tok Janggut,hal ini kerana Pembesar Jeram
merupakan individu yang masih dihormati dan juga berkuasa di kawasan
Jeram sejak tahun 1762 lagi.Pemberontakan Tok Janggut tercetus kerana
sokongan Tok Janggut terhadap pentadbiran tradisional disamping
pengaruh yang masuh dimiliki oleh Pembesar jeram yang meletakkan
beliau di tempat yang wajar dalam sistem pentadbiran dan mudah
disokong oleh rakyat pimpinanya.
Keputusan Kerajaan Kelantan yang memihak kepada British dalam PD1
Dalam buku sarjana tempatan ada mengaitkan peristiwa kerajaan
kelantan yang bertindak memihak kepada British dalam Perang Dunia
Pertama ,faktor ini juga dikaitakan dengan punca penentangan Tok
janggut dan pengikutnya menentang british, ini kerana tindakan kerajaan
kelantan yang menyokong barat telah mengecewakan Tok Janggut dan
berpandangan bahawa tindakan kerajaan telah bercanggah dengan Fatwa

yang dikeluarkan oleh Syaikh-al-Islam,Khayri Effendi,yang mewajibkan


semua umat islam di seluruh dunia berjihad menentang British,hal ini
kerana pihak barat telah merancang untuk menjatuhkan institusi khalifah
Turki Uthmaniah yang menjadi penaung kepada seluruh umat islam di
seluruh dunia.Syaikh Al Islam telah memetik sepotong ayat yang
menyeru umat islam untuk sama-sama berjihad untuk membela agama
Allah dan bersedia berkorban harta benda dan nyawa untuk menegakkan
islam. Tok janggut juga amat percaya bahawa Britain akan mengalami
kekalahan di tangan Jerman dan Turki Uthmaniah dalam peperangan
tersebut[4],Tok Janggut telah menubuhkan gerakan menentang British di
Kelantan dan menjadikan Pasir Putih sebagai pengkalan. 29 April
1915,Tok Janggut telah bermesyuarat dengan Tok Nik Bas tentang
strategi menentang British.
Keputusan yang diambil dalam perbincangan dengan pengikutnya
ialah mereka ingin mengambil alaih pemerintahan di pasir Putih dan
juga mengishtiharkan bahawa jajahan pasir Putih bebas daripada
penjajahan British.Hal ini memperlihatkan unsur agama yang
memainkan peranan dalam perjuangan Tok Janggut yang lebih dilihat ke
arah semangat jihad, tetapi persoalan yang dikemukakan oleh sesetengah
sejarawan yang mengatakan bahawa walaupun unsur agama boleh
dikaitkan dengan gerakan penentangan ini, hal ini tidak semestinya
gerakan Islam walaupun penenangnya adalah seorang yang bergelar haji
ataupun beragama Islam,jika penentang beragama Islam dan pernah
menunaikan haji, tidak mudah kita boleh golongkan dengan semangat
jihad.Pandangan yang boleh dibuat ialah islam masih memainkan faktor
penting dalam penentangan penjajah kerana walaupun seseorang itu
beragama Islam tetapi keimanan yang kental adalah medan yang terbaik
bagi menggerakkan seseorang supaya berani menegakkan keadilan dan
faktor keagamaan boleh diterima dalam menjadi faktor penting dalam
perjuangan tok janggut menentang penjajah,hal ini kerana mereka
beranggapan bahawa jika mereka terkorban,mereka akan dianggap

syahid kerana menentang kafir dan mati syahid adalah dijamin oleh
kenikmatan akhirat oleh Allah[5].
Dasar pentadbiran British ditolak oleh Tok Janggut,
Dalam aspek faktor penentangan telah memperlihatkan bahawa
kebangkitan Tok Janggut tidak banyak perbezaanya dengan faktor
penentangan di negeri-negeri lain iaitu kerana pengenalan pembaharuan
pentadbiran politik,ekonomi,sosial yang diperkenalkan setelah
campurtangan british.Peraturan yang dikuatkuasakan telah melibatkan
perubahan dari segi pentadbiran dan peranan golongan pembesar
tradisional yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati.Situasi di
Kelantan agak berbeza kerana perubahan yang dialami oleh
pemerintahan istana kurang jelas, tetapi faktor yang meledak
kebangkitan kerana kesan yang diterima oleh pembesar seperti Pembesar
Engku Jeram yang menyebabkan Tok Janggut bersimpati dan berasa
tidak puas hati.Oleh sebab itu beliau menolak pembangunan di kawasan
Pasir Putih seperti menolak pembinaan jalan raya di kawasan
pengaruhnya.
Beliau juga menolak sistem cukai British ke atas penduduk Pasir
Putih dan juga peraturan baru yang telah mencabar kewibawaan Tok
Janggut sebagai orang berpengaruh di daerah Pasir Putih,hal ini kerana
beliau patuh kepada amanah yang ditugaskan oleh sultan untuk menjaga
kawasan daerahnya[6],Konsep pembesar tradisional memang
bertentangan dengan undang-undang British yang tidak mengiktiraf
sistem politik tradisional melayu.hal ini bertentangan dengan pola
budaya melayu yang sejak dahulu lagi yang sudah terbiasa dengan adat
melayu tradisional yang bebas daripada undang-undang seperti mana
yang diperkenalkan british pada masa itu.Budaya masyarakat kelantan
sebelum penjajahan kolonial lebih bersifat bebas dan sudah dibiasakan
dalam diri masyarakat kelantan[7].

Sikap penduduk tempatan pada masa itu lebih bersikap anti-orang luar
(Xenophobia)
Apabila Pasir Putih telah dibentuk pada 1904 atas cadangan W.A
Graham yang bertugas sebagai penasihat Pentadbiran kelantan bagi
pihak kerajaan Siam,seorang Ketua Jajahan dan Pegawai Daerah telah
dilantik untuk mentadbir kawasan tersebut,apabila cadangan
pembetukan daerah di kelantan dibentuk, perlantikan seorang pegawai
Melayu dibuat iaitu dengan melantik Encik Ibrahim yang berasal
daripada Singapura dan diberi jawatan sebagai Ketua Jajahan di kawasan
Daerah Pasir Putih.Perlantikan Ketua Jajahan pada awalnya telah
menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan pada masa itu
kerana masyarkat kelantan lebih kepada sikap anti-orang luar,penduduk
Pasir Putih mendakwa bahawa Pembesar Jeram Tuan Ahmad lebih layak
memegang jawatan tersebut kerana status beliau sebelum ini ialah
pembesar di kawasan Jeram,hal ini telah mempengaruhi penentangan
Tok Janggut pada peringkat awalnya.Tindakan bijak yang diambil oleh
En Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cik Yim kerana boleh
menjalankan tugas dan berdiplomasi dengan masyarakat pada masa itu
dan lebih bersikap berlembut dalam menjalankan tugas menyebabkan
masyarakat mudah menerima dan mengurangkan krisis diantara ketua
jajahan dengan masyarakat[8].
Perkhidmatan Cik Yim berakhir pada tahun 1910 dan digantikan
dengan ketua baru iaitu encik Salleh yang merupakan rakyat tempatan
kelantan dan juga lebih bersikap lembut dan diterima baik oleh
masyarakat .Masalah mula timbul apabila tindakan British yang
menggantikan Encik Salleh dengan orang baru iaitu Encik Latif Ini
kerana British telah melantik En Abdul Latif sebagai District
Officer(Pegawai Daerah) yang berasal daripada Singapura.Beliau tidak
disukai oleh penduduk tempatan kerana masyarakat tidak menyenangi
peribadi encik Latif kerana beliau suka memaki hamun orang kampung

apabila datang ke pejabatnya untuk melakukan urusan tanah ataupun


urusan-urusan yang berkaitan lain[9].Hal ini telah diakui oleh seorang
wartawan Straits Echo yang pernah menetap di Pasir Putih[10].Akibat
tindakan Encik Latif tersebut menyebabkan banyak rungutan dan juga
petisyen yang dihantar kepada sultan untuk menceritakan tindakan
buruk beliau.Kesannya muncul sentimen kedaerahan yang mereka tidak
mahu mereka ditadbir oleh orang luar,maka penduduk telah
mengangkatUnku Besar Jeram Tuan Ahmad sebagai pemerintah Pasir
Putih ini kerana sudah tradisinya masyarakat Pasir Putih ditadbir oleh
kerabat Diraja Jeram.Kesetiaan penduduk tempatan terhadap kuasa
Engku Besar Jeram begitu jelas dan boleh mencabar kedudukan
sultan,Oleh sebab itu Engku Besar Jeram telah menggerakkan
kebangkitan yang disokong kuat oleh Tok Janggut dan penentang lain
seperti Haji Said, En Ishak,Penghulu Adam,Panglima Tok Abbas
,Panglima Tok Hussin,Panglima Tok Deraman dan juga Panglima Tok
Laboh[11].
Sokongan daripada Ungku Besar Jeram
Sokongan daripada Ungku Besar Jeram Tuan Ahmad, Hj Said, Che
Ishak,Penghulu Adam,Tok Husin,Tok Abas,Tok Laboh,dan Tok
Deraman juga menjadi faktor kepada penentangan Tok Janggut,peranan
mereka dapat dilihat dalam menjalankan kempen mempengaruhi
penduduk P.Putih menetang peraturan yang diperkenalkan oleh british
sekali gus menetang Pendudukan British di Kelantan[12]. Tok Janggut
berani menentang kerana beliau telah disokong oleh Ungku Besar dan
Tengku Cik Penambang,Kerabat Diraja Kota Bharu. Ada andaian yang
mengatakan sokongan ini untuk menjatuhkan Sultan Kelantan,tetapi jika
dilihat dalam konteks perjuangan Tok janggut lebih bersifat menentang
British.
Serangan besar besaran dalam membanteras Tok Janggut telah
dilakukan apabila Tok Janggut didapati telah membunuh Sarjan Che

Wan,Askar Malay State Guides (MSG) telah membakar rumah Tok


Janggut ,penduduk-penduduk di Pasir Putih telah dihukum kerana
kejadian huru hara yang berlaku, contohnya penduduk didenda dengan
bayaran $10 utk rumah besar, $5 utk rumah sedan dan $3 untuk rumah
kecil.Jika penduduk tidak dapat membayarnya,rumah-rumah penduduk
akan dibakar.Tindakan pihak british telah mencetuskan kemarahan Tok
Janggut ,dan menyerang balas dengan menyerang khemah M.S.G pada
24 mei 1915[13].
Faktor Pengenalan peraturan Ekonomi Baru
Pengenalan peraturan Ekonomi cukai ke atas tanah , tumbuhan dan
hasi hutan juga telah menjadi faktor pencetus penentangan Tok
Janggut.pada tahun 1905 peraturan yang diluluskan mengenai padi dan
kelapa
mewajibkan
penduduk
membayar
hasil
tanaman
tersebut.Mengikut notis No.4/1914 mengenai sistem baru pungutan
cukai yang dikeluarkan pada 19 mac 1914 telah mencatatkan perubahan
baru yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1915.Peraturan ini menetapkan
bahawa setiap tanah yang dikerjakan atau tidak diwajibkan membayar
cukai,hal ini berbeza dengan sebelumya kerana bayaran hasil tanah
adalah berdasarkan hasil yang diperolehi[14].
Encik ibrahim yang dilantik sebagai pegawai daerah pertama Pasir
Puteh pada tahun 1905, telah melaksanakan satu sistem baru dalam
pungutan hasil cukai bagi meningkatkan hasil perbendaharaan negeri.
justeru itu peraturan hasil padi dan kelapa telah diluluskan oleh kerajaan
pada tahun 1905 dan dilaksanakan diseluruh negeri kelantan. mengikut
peraturan yang diluluskan itu, Tok Kweng telah diberi kuasa untuk
mengutip dan menilai hasil tanama padi setiap kampung dan segala hasil
yang dipungut itu perlu diserahkan kepada pegawai daerah. hasil-hasil
tanaman padi ini dinilai mengikut penjuru tanah apabila sesuatau
kawasan melebihi daripada 200 depa persegi. setiap penjuru dikenakan
hasil padi sebanyak tiga kupang setahun. sementara itu bagi ladang

dikenakan sebanyak 30 kupang setahun. beberapa pengecualian telah


diberikan kepada raja dan kaum kerabat diraja Tok Kweng dikecualikan
sebanyak 32 penjuru, Tok Imam 24 penjuru atau 32 penjuru, tok bilai 16
penjuru, kerani tok kweng 8 penjuru dan tanah wakaf.
Pejabat Tanah telah memperkenalkan daftar pemilikan tanah,jumlah
tanah yang dimiliki dan juga kedudukan tanah tersebut. Bagi
rakyat,peraturan yang diperkenalkan meyusahkan dan membebankan
mereka .Sekiranya mereka gagal membayar cukai yang dikenakan
mereka akan didenda,perkara yang lebih menyukarkan penduduk pada
waktu itu hasil tanaman kurang menjadi dan rosak,pegawai yang
bertugas memungut cukai juga kurang cekap dan telah melakukan
kekasaran terhadap Tok Janggut yang terpaksa berulang alik beberapa
kali semata-mata untuk membayar cukai.Hal ini menyebabkan Tok
Janggut merasa kurang senang dan bertambah benci kepada British[15].
Pada tahun 1912, encik Latif dari singapura telah mengambil alih
tugas sebagai pegawai daerah menggantikan encik Salleh. keadaan yang
sebelum ini reda kembali tegang semual lebih-lebih lagi encik latif
melaksanakan semula secara tegas peraturan membayar cukai kepada
pihak kerajaan. ini berikutan kemerosotan hasil cukai semasa
pentadbiran encik Leh. kemudiannya pada 19 mac 1914 pengistiharan
notis no. 4/1914 mengenai cukai tetap tanah dilulskan oleh majlis
mesyuarat negeri, sistem ini telah dikuat kuasakan pada 1 januari 1915.
mengikut sistem ini cukai tahunan adalah pertanian dikenakan di antara
seringgit dan seringgit dua puluh sen seekar terhadap tanah kelas satu 80
sen seekar tanah kelas dua, 60 sen seekar bagi tanah kelas ketiga, dan 40
sen seekar bagi tanah kelas keempat. setiap tanah sama ada dikerjakan
atau tidak diwjibkan membayar cukai. sememangnya sistem cukai yang
baru ini membebankan rakyat pasir putih lebih-lebih lagi dirasai oleh
pera petani apabila tanah yang tidak dikerjakan oleh mereka turut
dikenakan cukai. sebelum itu para petani telah pun dibebankan dengan
cukai hasl-hasil pertanian seperti padi sawah 97 1/2 sen seekar, padi

huma 46 sen seekar, pokok buah-buahan sekupang sepokok, pokok


kelapa yang berbuah 3 sen sepohon, sirih 5 sen sejunjung, binatang
pelharaan iaitu lebu dan kerbau 20 sen seekor, anjing dan babi 50 sen
setiap seekor. bebanan yang dirasai oleh para petani ini telah
mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pegawai daerah encik Latif
yang begitu tegas melaksanakan peraturan membayar cukai ini. da
dikatakan encik Latif mengenakan denda berlipat kali ganda bagi
mereka yang gagal membayar cukai pada masa yang ditetapkan.
malahan keturunan Raja Jeram turut dipaksa membayar hasil-hasil
pertanian yang sebelum ini mereka dikecualikan dan ini menambahkan
lagi perasaan benci para pembesar tempatan khasnya Engku Besar Jeram
yang pada mulanya lagi kurang senang dengan kedatangan pegawai
daerah ke pasir putih[16].
Kegawatan yang berlaku ini menyebabkan Tok Janggut, Engku
Besar Jeram, Penghulu Adam, Haji Said merbol, Encik Ishak dan
penduduk kampung Pasir Putih telah bersetuju untuk tidak membayar
hasil tanah kepada pihak kerajaan. keadaan ini menyebabkan hasil
kerajaan menurun, contohnya cukai kawasan bukit Abal dan Gaal
menurun secara mendadak dariapad 3000 kepada 89.32. Oleh itu
dapatlah dikatakan bahawa permuafakatan di antara pembesar tempatan
dengan penduduk pasir putih merupakan penentangan awal secara
terbuka terhadap kerajaan british di kelantan.Pada 29 april 1915, Tok
janggut bersama-sama dengan pengikutnya telah mengadakan mesyuarat
di kampung Tok Akib. dalam mesyuarat itu mereka telah bersetuju untuk
memulau pembayaran hasil dan menyerang bandar pasir putih. pada
masa yang sama saman atau waran tangkap telah dikeluarkan kepada
Tok janggut dan pengikut-pengikut kuatnya untuk datang ke pejabat
daerah memberi tunjuk sebab berkenaan pemulauan hasil cukai
kerajaan.
Faktor keagamaan

Unsur keagamaan juga memainkan peranan yang penting dalam


penentangan Tok Janggut.Tok Janggut telah mendapat pendidikan di
Mekah dan ideologi pejuangan keagamaan dapat dilihat sebagai faktor
penting,Tok Janggut telah menyeru pengikutnya,beliau menyatakan
bahawa orang putih ingin memerintah mereka,dan wajib bagi umat islam
untuk menentang dan mengistiharkan sabil terhadap penjajah.Gerakan
Tok Janggut lebih dilihat berhasrat menegakkan darul islam. Berita
peperangan Turki Uthmaniah dengan British telah disambut dengan
semangat jihad oleh orang melayu kelantan dan negeri2 melayu yang
lain seperti Terengganu,Bimbang dengan semangat jihad orang
melayu,kerajaan british telah memaksa Kerajaan Kelantan menyatakan
kesetiaan kepada Mahkota Baginda King George V [17].Enekmen juga
telah dikeluarkan di negeri itu yang melarang orang Kelantan
meyatakaan sokongan terhadap Turki Uthmaniah,dalam suasana itu pada
1915 kebangkitan anti british tercetus di Pasir Putih di bawah pimpinan
Tok Janggut.Faktor keagamaan tidak boleh ditolak sebagai faktor yang
mendasari kebangkitan penentangan Tok janggut,Berdasarkan catatan
Wells yang mengatakan bahawa beliau mengaitkan faktor islam yang
membangkitkan pemberontakan 1915 dalam menentang kolonial
barat.Hal ini juga boleh dikaitkan dengan senario iklim politik pada
masa itu yang menyeru jihad kerana situasi peperangan di Turki
Uthmaniah[18].Tok Janggut yang berumur 65 tahun pada masa itu
bersedia menjadi pemimpin gerakan protes dan penentangan di Pasir
Putih.
Penutup
Pada 24 Jun 1915 Tok Janggut dan pengikutnya telah menyerang
Pasir Putih ,dalam pentempuran itu,askar-askar british yang terdiri
daripada askar-askar Sikh telah berjaya membunuh ramai pengikut Tok
Janggut.Perjuangan Tok Janggut berakhir dengan pertumpahan darah
yang banyak dan juga telah meragut nyawa Tok Janggut dan

menyebabkan gerakan penentangan dapat dikawal oleh tentera


British.Mayat Tok Janggut dihantar ke Kota Baharu dan digantung untuk
tontonan orang ramai sebagai peringatan.
Kebangkitan semangat anti-penjajah merupakan peristiwa yang
bersejarah dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Malaysia.Ini
kerana reaksi terhadap penjajah yang berkuasa di Kelantan telah
menimbulkan semangat ingin membebaskan negeri dari kawalan
penjajah.Orang melayu khususnya di bawah pimpinan Tok Janggut
berani untuk bangkit menentang kerana ideologi dan pengaruh jihad
islam yang begitu tebal dalam diri masyarakat Melayu.Persoalan
mengenai adakah Tok Janggut menentang kerana kuasa dan
pengaruhnya yang dirampas?penyataan ini kurang tepat kerana terdapat
pelbagai lagi faktor yang mendorong kepada sikap menentang. Takbir
Allah hu-Akhbar yang dilaungkan oleh Tok Janggut semasa
pertempuran terakhir telah memperlihatkan punca utama kepada gerakan
jihad ini dan menjadi pembakar semangat pejuang tanah air untuk
membebaskan negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah.
Rujukan
Nik Anuar Nik Mahmud,Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka,Jabatan
Sejarah UKM,Bangi,1999.
Ramlah Adam,Pejuang-Pejuang Kemerdekaan,Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisma Malaysia,Melaka,2003.
Mohd Isa Othman,Gerakan Protes Dalam Perspektif Sejarah Malaysia,
Universiti Sains Malaysia: Utusan Publication & Distributors SDN
BHD, 1999,
Abdullah Zakaria Ghazali, Peribumi Dan Penjajha: Gerakan Tentangan
Di Malysia, Jurnal Sejarah, Persatuan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Bil 23, 1995.
Nik Annuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut
(1915), Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, 1972.

W. R. Roff (Ed), Kelantan Religion, Society And Politic In A Malay


State, Kuala Lumpur, Oxford University Press, 1974