Anda di halaman 1dari 31

1.

PENGENALAN
Pada 06 Julai 2015, kami telah ditugaskan oleh En. Liew Chee Foo untuk

membuat satu tugasan individu bagi subjek Perkembangan Profesional. Saya telah
mendapat tajuk mengenai Medikolegal Dalam Psikiatri Dan Akta Kesihatan Mental
2001.
Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan tajuk di atas kepada dua
bahagian. Bahagian pertama, saya akan membincangkan mengenai definisi medikolegal
secara keseluruhannya terutamanya dalam bidang psikiatri,proses-proses medikolegal
dalam bidang psikiatri dan aspek medikolegal dalam psikiatri berdasarkan beberapa
rujukan daripada pembacaan saya serta rujukan dari internet.
Manakala, dalam bahagian kedua penulisan ini,saya membincangkan mengenai
Akta Kesihatan Mental 2001. Akta ini yang juga dikenali sebagai Akta 615 telah
diluluskan oleh Parlimen pada September 2001 dan telah mendapat persetujuan diraja
pada

06

September

2001

serta

diwartakan

pada

27

September

2001.

Walaubagaimanapun,pelaksanaan akta ini baru sahaja dikuatkuasakan iaitu pada 15 Jun


2010.

2.0

PENCARIAN LITERATUR
Pakar psikiatri mungkin diminta untuk membantu mahkamah dalam menentukan

apakah

yang

didakwa

secara

undang-undang

gila

pada

saat

jenayah

nal dilakukan. Dalam mahkamah Ireland, Peraturan McNaughton masih digunapakai


walaupun
yang

diubah

didakwa

untuk

oleh

keputusan

diadili

secara

baru-baru

undang-undang

ini.
gila

itu

Bagi
harus

menunjukkan bahawa ia gagal untuk memahami sifat dan kualiti perbuatan jenayah dan
kesalahan dari undang-undang tersebut.

3.0

PERBINCANGAN

AKTA KESIHATAN MENTAL 2001 & PERATURAN KESIHATAN MENTAL


2010
Akta Kesihatan Mental 2001 ialah suatu akta yang menggabungkan undangundang yang berkaitan dengan kecelaruan mental dan mengadakan peruntukan undangundang bagi kemasukan,penahanan,penginapan,penjagaan,pemulihan dan perlindungan
pesakit yang bercelaru mental serta perkara-perkara berhubungan dengannya.PeraturanPeraturan Kesihatan Mental 2010 pula terbahagi kepada 9 bahagian dan mengandungi 53
peraturan serta 5 jadual.

BAHAGIAN 1
Akta Kesihatan Mental 2001 juga boleh dinamakan Peraturan-Peraturan
Kesihatan Mental 2010. Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15 Jun 2010.
Berikut adalah tafsiran bagi beberapa ungkapan yang digunakan di dalam akta ini.
Antaranya ialah:
1. Bilik atau kawasan pemulihan
mempunyai erti yang sama sebagaimana diberikan kepada ungkapan itu dalam
Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
(Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006 [P.U. (A)
138/2006];
2. Kemasukan
merujuk kepada pendaftaran seseorang sebagai pesakit dalam atau pesakit luar
dan yang untuknya satu rekod khidmat jagaan kesihatan diadakan
3. Kemudahan pesakit luar
ertinya mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan
oleh penjagaan kesihatan profesional untuk memberi khidmat penjagaan kesihatan
kepada individu sebagai pesakit luar dan termasuk klinik perubatan atau klinik
pesakit luar atau jabatan pesakit luar dalam kemudahan penjagaan kesihatan
4. Kemudahan psikiatri termasuk mana-mana hospital psikiatri, rumah jagaan
kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat
5. Kemudahan psikiatri yang diwartakan termasuk mana-mana hospital psikiatri
yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri yang diwartakan atau
pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan
6. Khidmat pesakit luar adalah khidmat yang diberikan berasaskan pesakit luar di
kemudahan pesakit luar oleh ahli penjagaan kesihatan profesional yang
mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman serta kebolehan untuk menjaga
pesakit yang bercelaru mental.
7. Pesakit ertinya orang yang didaftarkan sebagai pesakit luar atau dimasukkan ke
hospital sebagai pesakit dalam atau dimasukkan ke hospital di bawah perintah
Pengarah Perubatan, pegawai perubatan, pengamal perubatan berdaftar atau atas
perintah Mahkamah di bawah Akta ini.
4

8. Pelan penjagaan ertinya suatu rancangan yang mewujudkan matlamat penjagaan


dan program tindakan bersepadu untuk memenuhi keperluan psikiatri, perubatan,
pembedahan, jagaan kejururawatan, pemulihan, psikososial dan keperluan rohani
pesakit.

BAHAGIAN 2
Bahagian ini membincangkan mengenai tatacara kemasukan, penahanan,
pemeriksaan dan kajian semula pesakit dan pelepasan atau pemindahan pesakit dari
hospital psikiatri.
Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri
1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit sukarela ke dalam mana-mana
hospital psikiatri di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah dibuat dalam Borang
1.
2. Perintah bagi penahanan pesakit sukarela dalam hospital psikiatri oleh pegawai
perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah subseksyen 9(5) Akta
hendaklah dibuat dalam Borang 2.
Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan pesakit tidak
sukarela ke dalam hospital psikiatri
1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital
psikiatri oleh saudara orang yang disyaki bercelaru mental di bawah perenggan
10(1)(a) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 3.
2. Saudara pesakit yang dirujuk dalam subperaturan (1) yang memberikan maklumat
palsu dalam Borang 3 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya.
3. Saranan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah perenggan
10(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 4.
4. Perintah bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam hospital
psikiatri oleh seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di
bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 5.
Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak sukarela
dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain
6

1. Perintah bagi penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri oleh
Pengarah Perubatan hospital psikiatri di bawah subseksyen 10(5) dan 14(4)
hendaklah dibuat dalam Borang 6.
2. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh
dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar, mengikut manamana yang berkenaan, di bawah perenggan 10(8)(b) dan 14(7)(b) Akta hendaklah
dibuat dalam Borang 7.
3. Perintah yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah ditandatangani oleh dua
pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar dalam masa tiga hari
bekerja di antara satu sama lain dan perintah itu hendaklah bagi suatu tempoh
tidak melebihi tiga bulan dari tarikh terkemudian di antara dua tandatangan itu.
Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh
Lembaga Pelawat
Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat di bawah perenggan 44(2)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 8.
Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh
Pelawat
Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat di bawah perenggan 45(2)(c), 4(c) dan subseksyen 45(5) Akta hendaklah
dibuat dalam Borang 9.
Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri
1. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri oleh
pesakit tidak sukarela atau saudara pesakit tidak sukarela itu di bawah seksyen 16
Akta hendaklah dibuat dalam Borang 10.
2. Pengarah Perubatan hendaklah memaklumkan keputusan permohonan itu kepada
pemohon yang dinyatakan dalam Borang 10 dalam masa empat belas hari dari
tarikh penerimaan permohonan itu.

Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah


Pemberitahuan di bawah subseksyen 21 Akta oleh Pengarah Perubatan kepada
Mahkamah berkenaan dengan pelepasan pesakit yang ditahan menurut subseksyen 55(1)
atau seksyen 73 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 11.
Pemindahan pesakit tidak sukarela
Perintah yang mengarahkan pemindahan pesakit tidak sukarela daripada hospital
psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke hospital psikiatri
kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain oleh Ketua Pengarah
atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di bawah seksyen 19 Akta hendaklah
dibuat dalam Borang 12. Pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab ke atas
hospital psikiatri swasta yang diwartakan atau Pengarah Perubatan hospital psikiatri
kerajaan hendaklah, sebelum melaksanakan perintah dirujuk dalam subperaturan (1),
memastikan bahawa:
a) pengaturan dibuat terlebih dahulu dengan hospital psikiatri yang menerima
pesakit
b) ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu disediakan dan
c) pesakit tidak sukarela itu dihantar dengan penjagaan yang sesuai.
Hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang
menerima pesakit hendaklah memastikan penerusan perintah penahanan yang dibuat
sebelum pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital psikiatri itu.

BAHAGIAN 3
Bahagian ini membincangkan mengenai penjagaan pesakit di kemudahan psikiatri.
Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut yang
berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa:
a) pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, sebaik-baiknya ahli
psikiatri, dilantik untuk menjaga pesakit;
b) khidmat

pegawai

perubatan

atau

pengamal

perubatan

berdaftar

yang

berpengalaman dalam bidang psikiatri sentiasa tersedia pada setiap masa diminta
atau jika dikehendaki;
c) maklumat yang secukupnya diberikan untuk memudahkan kemasukan dan
pengurusan pesakit;
d) pesakit dimasukkan ke wad atau bilik yang bersesuaian di kemudahan psikiatri
menurut jantina dan umur; dan
e) pesakit wanita dan di bawah umur hendaklah ditemani semasa pemeriksaan dan
rawatan di kemudahan psikiatri.
Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab, mengikut
yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri tidak boleh membenarkan mana-mana
orang menziarahi pesakit jika pada pendapatnya, orang itu bersikap kasar terhadap
pesakit ataupun lawatan itu memudaratkan rawatan atau pemulihan pesakit itu.
Pelan penjagaan pesakit
1. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan
bahawa setiap pesakit mempunyai pelan penjagaan bagi pengurusan pesakit
semasa rawatan dan selepas pelepasan pesakit itu.
2. Pengarah Perubatan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, atas kemudahan psikiatri hendaklah mempunyai garis
panduan mengenai pelan penjagaan pesakit sebagaimana yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah.
9

Rawatan penjagaan kecemasan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri


Orang yang bertanggungjawab ke atas rumah jagaan kejururawatan psikiatri
hendaklah

memeriksa

atau

menyebabkan

diperiksa

mana-mana

pesakit

yang

menunjukkan tanda dan gejala kemerosotan mental dan boleh menjalankan atau
menyebabkan dijalankan rawatan kecemasan sebelum menyarankan supaya pesakit
dimasukkan ke dalam hospital psikiatri.
Penjagaan pesakit tidak sukarela yang dilepaskan dari hospital psikiatri
Pengarah Perubatan sesebuah hospital psikiatri boleh, apabila melepaskan pesakit
tidak sukarela di bawah seksyen 15 atau 16 Akta, memerintahkan bahawa seseorang
pesakit tidak sukarela itu dilepaskan kepada
a) jagaan saudara atau rakan
b) jagaan dirinya sendiri jika diluluskan oleh ahli psikiatri yang bertanggungjawab
atau
c) kemudahan jagaan kesihatan yang lain
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan tidak
pesakit tidak sukarela di bawah perenggan 1(a) atau (b), menyediakan pesakit tersebut
dengan:
a) ubat yang mencukupi; dan
b) notis secara bertulis tentang tarikh, masa dan nama hospital yang menerima bagi
temu janji susulan, bagi memastikan penerusan jagaan.
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah menyediakan hospital yang
menerima yang disebut dalam perenggan (2)(b) dengan ringkasan klinikal pesakit tidak
sukarela itu.
Pengarah Perubatan hospital psikiatri itu hendaklah, sebelum melepaskan pesakit
tidak sukarela di bawah perenggan 1(c), menyediakan kemudahan jagaan kesihatan yang
menerima itu dengan ringkasan klinikal pesakit itu.
10

Bagi maksud peraturan-peraturan ini,kemudahan jagaan kesihatan ertinya mana-mana


premis yang mana salah satu atau lebih anggota masyarakat menerima perkhidmatan
jagaan kesihatan.
Pasukan kesihatan mental masyarakat
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat kesihatan mental
masyarakat hendaklah memastikan penubuhan suatu pasukan kesihatan mental
masyarakat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental masyarakat.
Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah terdiri daripada orang pelbagai disiplin
dan diketuai oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar sebaik-baiknya
ahli psikiatri.Pasukan kesihatan mental masyarakat hendaklah memberi perkhidmatan
kesihatan mental yang menyeluruh.Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang
yang bertanggungjawab, mengikut yang berkenaan, ke atas hospital psikiatri atau pusat
kesihatan mental masyarakat hendaklah mengekalkan daftar bagi pesakit di bawah jagaan
pasukan kesihatan mental masyarakat itu.
Kewajipan untuk memberitahu saudara pesakit berkenaan dengan permohonan
untuk pelepasan dari rumah jagaan kejururawatan psikiatri
Apabila pesakit memberikan notis kepada orang yang bertanggungjawab
memohon bagi pelepasan daripada rumah jagaan kejururawatan psikiatri di bawah
subseksyen 31(4) Akta, orang yang bertanggungjawab itu hendaklah, dalam masa dua
puluh empat jam dari penerimaan notis itu, memberitahu saudara pesakit itu berkenaan
notis itu.
Penjagaan orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa

11

a) semua orang yang di bawah umur dengan kecelaruan mental yang dimasukkan
atau ditahan di kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai
mengikut jantina dan umur
b) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan emosi dan fizikal orang
yang di bawah umur dengan kecelaruan mental itu
c)

langkah yang mencukupi dan sesuai disediakan agar tidak mengganggu


perkembangan fizikal, sosial dan akademik pesakit di bawah umur dengan
kecelaruan mental; dan

d) pelan penjagaan dibincangkan dengan ibu bapa atau penjaga.


Penjagaan geriatric
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas kemudahan psikiatri hendaklah memastikan bahawa
a) mana-mana pesakit geriatrik yang dimasukkan ke dalam atau ditahan dalam
kemudahan psikiatri ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai mengikut
jantina dan umur;
b) kemudahan berasingan dan persekitaran yang terpisah bagi pesakit berkeperluan
khusus dijadikan tersedia; dan
c) semua langkah diambil untuk melindungi keselamatan fizikal dan emosi pesakit
geriatrik.
BAHAGIAN 4
Tatacara bagi terapi elektrokonvulsif
Keputusan untuk memulakan terapi elektrokonvulsif dan bilangan sesi rawatan
pada mana-mana pesakit di mana-mana kemudahan psikiatri hendaklah dibuat oleh ahli
psikiatri.
Dewan bedah atau suite rawatan

12

Tertakluk kepada subperaturan (2), (3) dan (4), Pengarah Perubatan atau
pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan bahawa semua terapi
elektrokonvulsif ke atas mana-mana pesakit dijalankan di bilik bedah atau suite rawatan
hospital psikiatri oleh ahli psikiatri atau pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar di bawah pengawasan seorang ahli psikiatri.Dewan bedah atau suite rawatan
yang dirujuk dalam subperaturan (1) hendaklah mempunyai bilik menunggu , rawatan
dan bilik atau kawasan pemulihan yang khusus.
Bilik yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah (a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya; dan
(b) bersebelahan dan bercantum antara satu sama lain.
Dewan bedah dan suite rawatan itu hendaklah tidak digunakan sebagai laluan trafik.
(5) Bilik rawatan sama ada di dalam dewan bedah atau suite rawatan itu hendaklah
mempunyai
(a) ukuran minimum 16 meter persegi; dan
(b) ruang khusus untuk kelengkapan, bekalan dan rekod terapi elektrokonvulsif.
Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan
bahawa bilik atau kawasan pemulihan, sama ada dalam bilik bedah atau suite rawatan
mempunyai kakitangan yang khusus dengan kelayakan, latihan dan pengalaman yang
berkaitan.
(7) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah menyenggara
daftar pesakit bagi dewan bedah atau suite rawatan.
Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan
22. Bekalan oksigen di bilik rawatan dan bilik atau kawasan pemulihan sesuatu dewan
bedah atau suite rawatan hendaklah dipantau dan direkodkan secukupnya dalam suatu
buku log.
Kelengkapan dan bekalan dalam bilik rawatan
13

23. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan
bilik rawatan di hospital psikiatri dilengkapi dengan kelengkapan dan bekalan minimum
sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Alat terapi elektrokonvulsif, penyenggaraan dan buku log
24. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen hospital psikiatri hendaklah memastikan
alat terapi elektrokonvulsif yang digunakan untuk memberikan rangsangan elektrik
kepada seseorang pesakit mematuhi kehendak sebagaimana dinyatakan dalam Jadual
Kedua.
(2) Alat elektrokonvulsif itu hendaklah mempunyai penyenggaraan berkala menurut garis
panduan pengeluar dan semua kegiatan penyenggaraan, hasil ujian, kekurangan dan
langkah pembetulan hendaklah didokumenkan dalam buku log.
(3) Buku log itu hendaklah disimpan di dalam bilik rawatan dan tersedia sepanjang masa
bagi pemeriksaan.

14

BAHAGIAN 5
PENGEKANGAN ATAU PENGASINGAN
Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan
25. (1) Petunjuk dan tatacara bagi pengekangan atau pengasingan secara fizikal atau
kimia yang boleh digunakan ke atas pesakit di hospital psikiatri hendaklah sebagaimana
yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(2) Tiada seorang pun pesakit di bawah umur dua belas boleh dikenakan pengekangan
atau pengasingan secara fizikal dalam mana-mana hospital psikiatri.
(3) Privasi dan keselamatan pesakit hendaklah diperhatikan pada setiap masa semasa
tatacara pengekangan atau pengasingan.
(4) Tiada pengekangan atau pengasingan secara kimia atau fizikal boleh digunakan ke
atas pesakit dibenarkan di rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau pusat kesihatan
mental masyarakat, melainkan jika semasa kecemasan dan pesakit hendaklah
dipindahkan selepas itu ke hospital psikiatri tanpa kelengahan.
(5) Jika tempoh masa pengekangan fizikal seseorang pesakit melebihi lapan jam, ahli
psikiatri hendaklah menilai semula pesakit itu tentang keperluan pengekangan lanjut.
(6) Tiada pengasingan boleh dijalankan ke atas seseorang pesakit bagi tempoh lebih
daripada lapan jam berturut-turut atau selama lebih daripada dua belas jam berselang-seli
melebihi tempoh empat puluh lapan jam, tanpa suatu penilaian semula secara bebas oleh
ahli psikiatri atau pengamal perubatan lain yang sama kekananannya yang tidak terlibat
secara langsung dalam penjagaan pesakit pada masa kejadian yang membawa kepada
pengasingan pesakit itu.
Kawasan pengekangan
26. (1) Hendaklah ada tempat terhad yang ditetapkan dengan ruang pemerhati yang
khusus

yang

dikendalikan

oleh

kakitangan

yang

berkelayakan,

terlatih

dan

berpengalaman bagi maksud memantau pesakit.

15

(2) Kawasan yang dirujuk dalam subseksyen (1) hendaklah dicahayakan dan diudarakan
secukupnya.
Peralatan pengekangan
27. Peralatan yang dibenarkan atau dilarang digunakan sebagai pengekangan fizikal
seseorang pesakit hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Pemakaian cara pengekangan fizikal
28. Cara pengekangan fizikal seseorang pesakit hendaklah
(a) dijalankan atau diawasi oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan
berpengalaman; dan
(b) digunakan hanya pada anggota kaki dan tangan pesakit itu.
Bilik pengasingan
29. (1) Hendaklah ada bilik pengasingan perseorangan yang khusus yang dikendalikan
oleh kakitangan yang berkelayakan, terlatih dan berpengalaman bagi maksud
pengasingan seseorang pesakit.
Bilik pengasingan itu hendaklah (a) dicahayakan dan diudarakan secara secukupnya;
(b) terletak bagi mengekal privasi dan pemantauan pesakit;
(c) ukuran minimum 10 meter persegi;
(d) disediakan dengan sesekat yang kekal secara fizikal; dan
(e) dikalisbunyikan secara secukupnya.
Pintu bilik pengasingan itu hendaklah (a) merupakan satu daun pintu yang dibuka ke luar diperbuat daripada bahan yang teguh;
dan
(b) mempunyai panel pemerhatian yang diperbuat daripada kaca keselamatan.
Perabot dalam bilik pengasingan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak akan
membahayakan pesakit.
(5) Bilik pengasingan boleh mempunyai televisyen pemantau litar tertutup

16

Sangkar, kotak kayu, palang besi, kekisi atau perangkap logam atau bekas atau ruang lain
yang menjatuhkan maruah tidak boleh digunakan sebagai cara pengasingan di dalam bilik
pengasingan.
Maklumat yang perlu dicatatkan dalam rekod
30. (1) Setiap kawasan pengekangan atau bilik pengasingan hendaklah menyenggarakan
rekod yang mengandungi maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(2) Rekod yang disimpan dalam kawasan pengekangan dan bilik pengasingan hendaklah
masing-masing disebut sebagai Rekod Pengekangan Fizikal dan sebagai Rekod
Pengasingan.
(3) Kedua-dua Rekod hendaklah disediakan sepanjang masa bagi maksud pemeriksaan.

17

BAHAGIAN VI
PIAWAIAN BAGI HOSPITAL PSIKIATRI SWASTA, RUMAH JAGAAN
KEJURURAWATAN PSIKIATRI SWASTA DAN PUSAT KESIHATAN MENTAL
MASYARAKAT SWASTA DAN LAIN-LAIN
Pematuhan kehendak khusus
31. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan
hendaklah mempunyai pintu masuk utama, tempat menyambut tetamu, lobi dan ruang
menunggu sama ada yang dikhususkan atau secara berkongsi.
(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan
hendaklah mempunyai
(a) kawasan persendirian dan umum yang di tentukan dengan jelas;
(b) ruang untuk aktiviti rehabilitasi bagi individu atau kumpulan; dan
(c) kemudahan yang selamat dan mesra pengguna untuk pesakit, kakitangan dan
pengunjung.
Pintu
32. (1) Semua pintu di ruang penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital
psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental
masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan
hendaklah diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak membahayakan.
(2) Pintu hendaklah boleh dikunci dan diakses oleh kakitangan dalam situasi kecemasan.
Tingkap
33. Semua tingkap di kawasan penjagaan pesakit sesuatu hospital psikiatri swasta,
hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta,
rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental
masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan
hendaklah
18

(a) mempunyai panel yang diperbuat daripada bahan yang selamat dan tidak
membahayakan;
(b) mempunyai darjah pembukaan yang terhad; dan
(c) menggunakan kekisi yang estetik dan tidak seperti penjara, jika perlu.
Keselamatan
34. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang
diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental
masyarakat yang diwartakan hendaklah mempunyai sistem keselamatan yang diadakan
dalam bentuk yang tidak menghalang dan mudah dikawal selia oleh kakitangan.
Kehendak bilik atau wad
35. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, pusat
kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang
diwartakan hendaklah tidak mempunyai lebih dari enam buah katil dalam satu bilik atau
wad.
Pencahayaan di kawasan penjagaan pesakit
36. Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, pusat
kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang
diwartakan hendaklah menyediakan lampu reses dalam semua kawasan penjagaan
pesakit.
Kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri
37. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan
hendaklah mengadakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kecemasan psikiatri dua
puluh empat jam yang hendaklah
(a) ditempatkan di tingkat bawah dan terpisah daripada kawasan pesakit dalam;

19

(b) mempunyai laluan yang bersesuaian bagi ambulans, kenderaan kecemasan yang lain,
kenderaan persendirian dan pesakit jumpa terus;
(c) mempunyai katil untuk pemerhatian dan rawatan kecemasan;
(d) mempunyai stesen kakitangan jururawat; dan
(e) mempunyai bilik untuk temubual dan kaunseling.
Walau apa pun subperaturan (1), kemudahan dan perkhidmatan kecemasan boleh
dikongsi dengan perkhidmatan dan kemudahan kecemasan penjagaan kesihatan yang lain
Kawasan Penjagaan Rapi
38. Sesuatu hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan
hendaklah mengadakan kawasan penjagaan rapi bagi pesakit yang mempunyai risiko
tinggi untuk membahayakan diri atau orang lain yang hendaklah
(a) terletak di tengah-tengah berdekatan dengan stesen jururawat; dan
(b) mempunyai laluan terhad.
Kakitangan
39. (1) Hospital psikiatri swasta dan hospital psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah
mengadakan satu pasukan pelbagai displin terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang
ahli psikiatri atau pengamal perubatan berdaftar dengan sekurang-kurangnya satu tahun
pengalaman dalam bidang psikiatri, seorang ahli
psikologi klinikal atau kaunselor, seorang jurupulih pekerjaan dan jururawat atau
pembantu perubatan untuk memenuhi keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial
pesakit.
(2) Rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri
swasta yang diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan
mental masyarakat swasta yang diwartakan hendaklah menyediakan satu pasukan
pelbagai displin yang terdiri dari sekurang-kurangnya seorang ahli psikiatri atau
pengamal perubatan berdaftar dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam
bidang psikiatri, seorang ahli psikologi klinikal pelawat atau kaunselor , seorang
20

jurupulih pekerjaan pelawat, jururawat atau pembantu perubatan untuk memenuhi


keperluan rawatan dan rehabilitasi psikososial pesakit.
(3) Kemudahan pskiatri swasta yang menyediakan perkhidmatan bagi pesakit geriatrik
hendaklah, sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang disebut dalam subperaturan (1)
atau (2) sebagaimana yang terpakai, menyediakan sekurang-kurangnya seorang ahli
fisioterapi pelawat.
Penginapan seseorang dalam pusat kesihatan mental masyarakat swasta
40. (1) Seseorang yang mengalami kecelaruan mental dan didaftarkan dengan sebuah
kemudahan psikiatri boleh menginap di pusat kesihatan mental masyarakat swasta atau
pusat kesihatan mental masyarakat swasta yang diwartakan tidak lebih dua puluh empat
jam.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang yang mendatangkan bahaya kepada
dirinya atau keselamatan orang lain tidak boleh dibenarkan menginap.
(3) Persiapan hendaklah dibuat untuk merujuk orang itu menginap menurut subperaturan
ke sesuatu hospital psikiatri atau rumah jagaan kejururawatan psikiatri, jika perlu, dalam
masa dua puluh empat jam dari penginapan.
(4) Tiada cara pengekangan fizikal atau pengasingan boleh diguna ke atas orang yang
ditempatkan di bawah subperaturan (1).
(5) Butiran pesakit hendaklah direkodkan setelah penginapan di bawah subperaturan (1).
Pengurusan kewangan pesakit
41. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta
yang diwartakan hendaklah mengadakan peluang yang maksimum kepada setiap pesakit
untuk menjalankan kebebasan kewangannya mengikut tahap kompetensinya.
(2) Apabila seorang pesakit dianggap tidak dapat menjalankan kebebasan kewangannya
di bawah subperaturan (1), hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang
diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta dan rumah jagaan
21

kejururawatan psikiatri swasta yang diwartakan hendaklah mempunyai dasar bertulis


mengenai pengurusan kewangan pesakit atas amanah baginya
Barangan persendirian dan pakaian
42. (1) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang
diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat swasta dan pusat kesihatan mental
masyarakat yang diwartakan hendaklah menyediakan pesakit dengan ruang yang
mencukupi untuk menyimpan barangan persendiriannya.
(2) Sesuatu hospital psikiatri swasta, hospital psikiatri swasta yang diwartakan, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri swasta, rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta yang
diwartakan, pusat kesihatan mental masyarakat
swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan hendaklah membenarkan
pesakit memakai pakaian pilihan mereka yang sesuai .

22

BAHAGIAN VII
HAK PESAKIT
Penyata hak pesakit
43. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut mana yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah
mengadakan penyataan hak pesakit sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2) Penyataan hak pesakit hendaklah dalam bentuk dan bahasa yang boleh difahami oleh
saudara atau sahabat pesakit faham.
(3) Penyataan hak pesakit hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi peruntukan bagi
hak pesakit kepada
(a) sebab kemasukan dan penahanannya dan cara bagi pelepasan, kebenaran bercuti atau
pemindahan;
(b) rawatan, maklumat, kerahsiaan, pengenalan diri dan privasi;
(c) penginapan yang mencukupi;
(d) kegiatan riadah;
(e) pengamalan identiti jantina;
(f) pengamalan kepercayaan agama pilihannya;
(g) berkomunikasi dengan orang di luar;

(h) menerima pelawat;


(i) mempunyai peluang untuk pendapat ahli psikiatri kedua;
(j) mendapatkan pembelaan undang-undang; dan
23

(k) merayu kepada Pengarah Perubatan, Lembaga Pelawat atau Ketua Pengarah untuk
pelepasan.
Kewajipan untuk mengadakan penyataan hak pesakit
44. (1) Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut mana yang berkenaan, sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah mengadakan
penyataan hak pesakit kepada setiap pesakit dalam kemudahan psikiatri.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), apabila pesakit tidak dapat memahami makna
penyataan hak pesakit itu oleh sebab keadaan akalnya, pernyataan hak pesakit itu
hendaklah diadakan kepada pesakit itu dengan sebaik sahaja pesakit itu berupaya untuk
memahami maknanya.
(3) Penyataan hak pesakit hendaklah disimpan di tempat yang mudah diperoleh dan
tersedia untuk semua saudara atau rakan pesakit dan kakitangan yang terlibat dalam
rawatan dan pengurusan pesakit di sesuatu kemudahan psikiatri.
Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan
45. Pernyataan hak pesakit hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat dalam
suatu kemudahan psikiatri.
Dokumen yang boleh didapati untuk rujukan
46. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut yang berkenaan, ke atas sesuatu kemudahan psikiatri hendaklah menjadikan
tersedia dokumen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat untuk rujukan
pesakit, atau saudara atau rakannya di kemudahan psikiatri itu.

24

BAHAGIAN VIII
PERKARA MENGENAI KOMUNIKASI
Komunikasi oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital psikiatri
47. (1) Surat yang ditulis kepada atau oleh pesakit yang dimasukkan atau ditahan
hendaklah disampaikan tanpa dibuka kepada orang yang surat itu dialamatkan

(2) Sekurang-kurangnya satu telefon dan talian telefon hendaklah diadakan di setiap
tingkat sesuatu kemudahan psikiatri bagi kegunaan pesakit sama ada untuk panggilan
masuk atau panggilan keluar dan telefon itu hendaklah terletak di suatu tempat yang
(a) mudah didatangi oleh pesakit; dan
(b) menjamin privasi komunikasi pesakit itu.
(3) Bentuk komunikasi yang lain hendaklah disediakan sebagaimana yang boleh
diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Komunikasi oleh orang yang ditahan atau dikurung di hospital psikiatri yang
diluluskan
48 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), mana-mana orang yang ditahan atau dikurung
di bawah seksyen 342, 344 atau 348 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
atau peruntukan yang bersamaan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain
dalam hospital psikiatri yang diluluskan boleh mendapat akses kepada komunikasi tanpa
pemintasan.
(2) Pengarah Perubatan atau orang yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang
berkenaan, ke atas sesuatu hospital psikiatri yang diluluskan boleh jika dianggap perlu
menyebabkan mana-mana surat yang ditulis oleh atau kepada mana-mana orang yang
ditahan atau dikurung di situ untuk pengawasan rapi.
(3) Semua perhubungan melalui surat kepada dan daripada peguam, wakil yang dilantik
atau Pejabat Pemerintah orang yang ditahan atau dik(4) Pengarah Perubatan atau orang
25

yang bertanggungjawab, mengikut mana-mana yang berkenaan, ke atas sesuatu hospital


psikiatri yang diluluskan boleh mengenakan apa-apa syarat keselamatan bagi penggunaan
dan lokasi telefon ke atas mana-mana orang yang ditahan atau dikurung dalam hospital
psikiatri yang diluluskan.urung di hospital psikiatri tidak boleh dipintas.

26

BAHAGIAN IX
TATACARA YANG MESTI DIIKUTI OLEH LEMBAGA PELAWAT
Notis mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat
49. Pengarah Perubatan atau pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dari satu hospital psikiatri atau rumah jagaan
kejururawatan psikiatri hendaklah mengeluarkan (a) notis mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan sekurang-kurangnya dua minggu
sebelum tarikh mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan Lembaga Pelawat itu; atau
(b) notis mesyuarat atau lawatan segera yang diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat
pada mana-mana masa yang munasabah untuk menyoal siasat semua kematian atau
peristiwa yang tidak diduga yang berlaku sejak mesyuarat atau lawatan yang dijadualkan
terakhir Lembaga Pelawat,
kepada anggota Lembaga Pelawat.
Pelantikan Pengerusi untuk mesyuarat atau lawatan
50.

Pengerusi

Lembaga

Pelawat

boleh

melantik

Pelawat

yang

lain

untuk

mempengerusikan mesyuarat atau lawatan Lembaga semasa ketiadaan Pengerusi.


Tatacara mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat
51. (1) Hendaklah ada sesuatu buku laporan pelawat bagi maksud mesyuarat atau lawatan
Lembaga Pelawat dan buku itu hendaklah mengandungi semua maklumat sebagaimana
yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.
(2) Mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat hendaklah dijalankan dengan memberi
perhatian khusus kepada kerahsiaan dan maruah pesakit.
(3) Pesakit hendaklah diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya tanpa
rasa takut semasa mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat.

27

(4) Pelawat hendaklah menilai mana-mana pesakit sukarela di hospital psikiatri yang
penahanannya melebihi tiga bulan untuk membuat pertanyaan mengenai hak dan
kebajikannya.
(5) Pelawat hendaklah mengemukakan saranan, aduan atau ulasan jika perlu dan
hendaklah mencatatkan saranan, aduan atau ulasan, jika ada, dalam Buku Laporan
Pelawat.
(6) Saranan, aduan atau ulasan itu hendaklah diambil tindakan oleh orang yang
bertanggungjawab dan dilaporkan dalam mesyuarat Lembaga yang dijadualkan selepas
itu atau sebagaimana yang diarahkan.
(7)

Pelawat

boleh

menimbangkan

keputusan

semasa

ketiadaan

orang

yang

bertanggungjawab jika dianggap perlu.


(8) Pelawat boleh menghendaki mana-mana orang yang bekerja di hospital psikiatri dan
rumah jagaan kejururawatan psikiatri atau mana-mana saudara atau sahabat pesakit, yang
mengetahui tentang kenyataan atau hal keadaan mana-mana perkara dalam siasatan untuk
ditemu bual oleh Pelawat dan hendaklah memberikan maklumat sama ada secara lisan
atau bertulis.
(9) Notis temu bual itu hendaklah disampaikan kepada orang yang bertanggungjawab
yang tugasnya hendaklah untuk memastikan kehadiran orang yang disebut dalam
subperaturan (8) pada tarikh dan masa mesyuarat sebagaimana yang dinyatakan dalam
notis itu.
(10) Mana-mana orang, yang dikehendaki oleh Pelawat, hendaklah memberikan apa-apa
maklumat yang diketahuinya atau dipercayainya benar.
(11) Pelawat hendaklah melaporkan sebarang penemuan atau ketidakpatuhan semasa
temu bual dalam buku laporan pelawat.
(12) Format mesyuarat atau lawatan hendaklah diputuskan oleh Pelawat.
Pembatalan pelantikan Pelawat
51. (1) Pelantikan Pelawat boleh disarankan supaya dibatalkan jika dia

28

(a) tidak menghadirkan diri dalam tiga mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat
berturut-turut tanpa sebab yang sah; atau
(b) melanggar mana-mana terma dan syarat pelantikannya
(2) Pelawat yang disarankan supaya ditamatkan pelantikannya hendaklah buat sementara
waktu tidak lagi menghadiri mesyuarat atau lawatan Lembaga Pelawat yang dijadualkan
sehingga mendapat keputusan Menteri.
(3) Setelah keputusan Menteri untuk membatalkan pelantikan itu, Pelawat itu hendaklah
diberitahu.
Peletakan jawatan Pelawat
52. (1) Pelawat yang ingin meletak jawatan hendaklah memberikan notis satu bulan
secara bertulis mengenai hasratnya itu kepada Pengerusi Lembaga Pelawat, yang akan
selepas itu menyampaikannya kepada Menteri.
(2) Setelah menerima peletakan jawatan itu, Menteri bolehlah melantik ahli baru bagi
Lembaga Pelawat.

29

4.0

RUJUKAN

LAMAN SESAWANG:
http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/?
tac=Kesihatan_Mental
http://medicalprac.moh.gov.my/v2/uploads/10MPK8-PsikiatriJun10.pdf

30

5.0

LAMPIRAN

31

Anda mungkin juga menyukai