Anda di halaman 1dari 18

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa

( UUKA )

atau

Undang-undang Perang

atau

Undang-undang Konflik Bersenjata


Konvensyen Geneva Pertama 1864
10 fasal yang digubal untuk melindungi
mereka yang tidak terlibat dalam
peperangan di daratan.
Fasal 12 dihormati dan dilindungi tanpa
diskriminasi dari segi jantina,
bangsa, kewarganegaraan, agama,
fahaman politik dan aspek-aspek
yang lain.

Fasal 12 tidak boleh dibunuh, dimusnah atau


diseksa atau untuk tujuan
eksperimen biologikal

Fasal 15 menerima rawatan yang mencukupi


Konvensyen Geneva Pertama 1864

Fasal 15 dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit.

Fasal 15-16 Semua parti yang terlibat dalam konflik mesti mencari dan
mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas
peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi
Menjejak Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( ICRC )

Fasal 9 Organisasi-organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi


rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan
penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi
perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit
dan cedera.
Konvensyen Geneva Kedua 1907
Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit
ketika di atas kapal atau di laut.

Fasal 12, 18 mewajibkan pihak yang


terlibat dalam peperangan mencari,
mengumpul dan merawat mereka yang
cedera, sakit dan terkaram di laut.

Fasal 36-37 Pegawai agama, perubatan


dan hospital yang berkhidmat di atas kapal
perang harus dihormati dan dilindungi.

Fasal 22 Kapal hospital tidak boleh


digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ia
tidak boleh diserang atau ditahan.
Konvensyen Geneva Kedua 1907

Fasal 21 Pengangkutan air yang berkecuali termasuk kapal


saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan
merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram.
Mereka tidak boleh ditangkap selagi kekal bertindak
secara berkecuali

Fasal 14 Walaupun kapal perang tidak boleh menangkap


pegawai perubatan kapal hospital, tetapi mereka boleh
menahan mereka yang cedera, sakit, dan terkaram
sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan
tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut
mesti mempunyai kemudahan perubatan.
Konvensyen Geneva Ketiga 1929
143 fasal yang menghuraikan tahanan perang
mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat
kediaman yang sempurna dan menerima
bekalan dan pakaian yang mencukupi serta
rawatan yang memadai.

Fasal 70-72, 123 Tahanan perang dibenarkan


untuk berhubung dengan ahli keluarga dan
menerima bungkusan bantuan.

Fasal 13-14, 16 Tahanan perang tidak boleh


diseksa atau digunakan untuk tujuan
eksperimen perubatan dan patut diberi
perlindungan daripada tindakan ganas, celaan,
hina.
Konvensyen Geneva Ketiga 1929

Fasal 23 Tahanan perang wanita mesti dilayan dengan baik atas


soal jantina.

Fasal 25-27,30 Penahan tidak boleh bertindak secara diskriminasi


ke atas tahanan perang dari aspek agama, bangsa,
kewarganegaraan, fahaman politik dan lain-lain kriteria.
Fasal 50, 54 Tahanan perang mesti ditempatkan di tempat yang
bersih dan terlindung, dan menerima makanan,
pakaian dan rawatan perubatan yang perlu untuk
mengekalkan kesihatan.
Fasal 82,84 Tahanan adalah tertakluk di bawah undang-undang
penahan dan boleh dihadap ke mahkamah penahan.
Walaupun demikian, penahan mesti bersifat adil,
saksama dan membela tahanan dengan cekap.
Konvensyen Geneva Ketiga 1929

Fasal 82,84 Tahanan adalah tertakluk di bawah undang-undang


penahan dan boleh dihadap ke mahkamah penahan.
Walaupun demikian, penahan mesti bersifat adil,
saksama dan membela tahanan dengan cekap.

Fasal 109-110 Tahanan perang yang sakit tenat mesti dihantar


balik dengan segera.

Fasal 118 Semua tahanan perang harus dibebaskan dan dihantar


balik dengan segera sejurus selepas tamat peperangan,
jika diminta.
Konvensyen Geneva Keempat 1949
Melindungi orang awam yang berada
dalam lingkungan konflik bersenjata
dan pengganas

Fasal 27 Keselamatan, penghormatan,


hak-hak keluarga, kelaziman agama, gaya
hidup dan adat resam orang awam mesti
dihormati.

Fasal 79-135 Orang awam tidak boleh


dibuang negeri atau dikurung – kecuali
ketikaperintah berkurung atas
keselamatan mereka.
Konvensyen Geneva Keempat 1949
Fasal 32,13 Orang awam mesti dilindungi daripada pembunuhan,
penyeksaan, atau kekejaman dan sebarang diskriminasi
dari aspek agama, bangsa, politik, dan kewarganegaraan
Fasal 33,49 Mereka tidak boleh dipaksa dalam hukuman berkumpulan
atau pembuangan negeri.

Fasal 33-34 Rompakan,pembalasan, pemusnahan harta benda dan


penangkapan orang awam adalah dilarang.

Fasal 24,25 Perlindungan kepada kanak-kanak yang terpisah


diutamakan.

Fasal 55,58 Bekalan perubatan yang digunakan oleh ahli-ahli agama


dibenarkan untuk dialihkan dan dihantar.
Konvensyen Geneva Keempat 1949
Fasal 40 Orang awam tidak boleh dipaksa untuk melakukan kerja-
kerja berkaitan dengan ketenteraan untuk pihak penjajah.
Fasal 54 Mereka mesti dibayar dengan upah yang munasabah
untuk sebarang kerja yang diberikan kepadanya.

Fasal 64 Pegawai umum dibenarkan untuk meneruskan kerja


mereka. Undang-undang kawasan yang dijajah tetap
dikuatkuasakan kecuali mereka mengemukakan
peraturan keselamatan mereka.

Fasal 55 Pihak penjajah mesti membekalkan makanan dan


perubatan dan mengekalkan kemudahan perubatan dan
kesihatan awam untuk keperluan penduduk.
Fasal 59 Jika keadaan ini tidak dapat dilakukan,maka mereka perlu
mendapatkan bantuan penghantaran daripada organisasi
kemanusiaan berkecuali seperti ICRC.
Konvensyen Geneva Keempat 1949

Fasal 14 Hospital dan zon-zon keselamatan mesti diwujudkan untuk


mereka yang cedera, sakit dan orang tua, kanak-kanak
di bawah umur 15 tahun dan ibu yang mengandung.

Fasal 89-91 Orang kurungan mesti menerima makanan, pakaian dan


rawatan perubatan yang mencukupi serta perlindungan
daripada risiko peperangan.

Fasal 132 Kanak-kanak, wanita hamil, ibu yang membawa bayi dan
kanak-kanak, mereka yang cedera dan sakit dan yang telah
lama dikurungkan mesti dilepaskan sengan secepat mungkin.
Protokol Tambahan I – 1977
102 fasal yang meluaskan
perlindungan kepada penduduk
awam, askar-askar dan pekerja-
pekerja perubatan awam dalam
konflik bersenjata antarabangsa

Fasal 51,54 melarang serangan berbuta


tuli yang dilakukan pada penduduk awam
dan pemusnahan sumber makanan, air dan
bahan-bahan yang lain untuk hidup.
Protokol Tambahan I – 1977
Fasal 56, 53 Empangan-empangan, benteng-benteng, stesen
pemancaran nuklear, objek-objek bersejarah dan
tempat bersembahyang tidak boleh diserang.

Fasal 76-77 Perlindungan khas diberikan kepada wanita, kanak-kanak


Fasal 15,79 dan pegawai perubatan awam dan had perlindungan kepada
wartawan dispesifikasikan.

Fasal 77 Dilarang mengerah kanak-kanak di bawah 15 tahun untuk


tujuan angkatan tentera.
Protokol Tambahan I – 1977
Fasal 35 Penggunaan senjata api yang boleh menyebabkan
kecederaan yang melampau dan penderitaan yang tidak
perlu serta kemusnahan alam sekitar yang berpanjangan
adalah dilarang.

Fasal 85 Penggunaan salah satu emblem yang disahkan dalam


Konvensyen Geneva untuk menipu pihak musuh atau
menggunakan corak penipuan yang lain dikenali sebagai
jenayah perang.
Protokol Tambahan II – 1977

- Menghuraikan perlindungan diberikan kepada mangsa yang tertangkap


dalam konflik bersenjata dalaman yang berisiko tinggi seperti perang
saudara – tidak termasuk rusuhan, demonstrasi atau keganasan.
Fasal 5 Individu yang ditahan semasa konflik bersenjata mesti dilayan
dengan baik seperti yang disyaratkan dalam Konvensyen
Geneva.
Protokol Tambahan II – 1977
Fasal 4 Individu yang tidak terlibat secara langsung atau berhenti terlibat
dalam pemusuhan patut diberikan penghormatan. Protokol II
melarang keganasan atas kehidupan, kesihatan, fizikal atau
mental seseorang individu.
Kanak-kanak mesti dipindahkan ke tempat yang selamat jika perlu
dan disatukan semula dengan ahli-ahli keluarganya.

Fasal 13-14 Serangan tidak boleh dibuat atas penduduk awam dan objek-
objek yang mustahak bagi penduduk untuk terus hidup
seperti tanaman, sistem pembuangan atau sumber minuman
air, objek-objek bersejarah dan tempat bersembahyang
Protokol Tambahan II – 1977
Fasal 7,9 Ia menambahkan perlindungan kepada mereka yang cedera,
Fasal 10-11 sakit dan yang terkaram serta pegawai-pegawai perubatan
dan ahli-ahli agama.

Fasal 18 Organisasi banntuan saksama seperti ICRC adalah


dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan
kemanusiaannya.

Anda mungkin juga menyukai