Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pengenalan
Definisi
- Pendapat juruaudit tentnag persembahan penyata kewangan yang telah
disediakan oleh entity yang diaudit
- Laporan mestilah ditulis dengan jelas mengenai pendapat yang dilahirkan oleh
juruaudit
Unsur-unsur Asas
1. Tajuk
- Tajuk “Laporan Audit” adalah biasa digunakan
- Tujuanya adalah untuk membantu pembaca mengenali laporan audit dan dapat
membezakan dengan mudah dari laporan-laporan yang diterbitkan oleh pihak
lain
2. Kepada Pihak yang Ditujukan
- Menstilah ditujukan kepada pihak tertentu seperti pemegang saham atau
lembaga pengarah entity
6. Tandatangan
- Laporan hendaklah ditandatangani oleh firma audit, nama juruaudit atau kedua-
duanya
7. Alamat jururaudit
- Mesti menyatakan lokasi tertentu yang biasanya bandar di mana juruaudit
menempatkan pejabatnya
8. Tarikh laporan
- Tarikh yang digunakan adalah tarikh dimana selesainya kerja-kerja audit
dilaksanakan
- Tujuanya adalah untuk memaklumkan kepada para pembaca bahawa juruaudit
mengambil kira kesan keatas penyata kewangan hasil dari peristiwa-peristiwa
dan urusniaga-urusniaga yang diketahui oleh mereka terjadi sehingga ke tarikh
berkenaan
Jenis-jenis pendapat
1. Pendapat ke atas syarat
- Juruaudit berpuas hati dalam semua aspek material
- Laporan audit mestilah dalam bentuk yang jelas melahirkan kepuasan
2. Pendapat bersyarat
- Juruaudit membuat kesimpulan bahawa ia tidak boleh mengeluarkan pendapat
tanpa syarat
- Walaupun begitu, kesan dari sebarang ketidak setujuan, ketidakpastian, atau
batasan keatas skop kerja adalah tidak begitu penting
- Keadaan yang boleh menyebabkan pendapat bersyarat :
Batasan keatas skop kerja juruaudit
- Timbul batasan keatas skop kerja, contohnya, apabila syarat-syarat ikat
janji menyekat juruaudit dari menjalankan sesuatu tatacara yang pada
pendapat juruaudit adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan untuk
audit tersebut
- Laporan juruaudit harus menerangkan batasan-batasan berkenaan
dengan cara penyusunan kata-kata untuk menyampaikan pendapat
tersebut
Tiada persetujuan diantara juruaudit dengan pihak pengurusan iaitu :
a. Kebolehterima prinsip-prinsip perakaunan yang dipilih oleh
pelanggan
b. Kaedah penggunaan prinsip perakaunan tersebut merangkumi kecukupan
pembentangan maklumat didalam penyata kewangan
c. Pematuhan penyata kewangan kepada peraturan-peraturan dan
kehendak-kehendak undang-undang yang berkaitan
Ketidakpastian
- Ketidak pastian yang wujud yang memberikan kesan material kepada
penyata kewangan
- Laporan perlu menerangkan keadaan ketidakpastian tersebut serta
membuat rujukan di dalam nota kepada penyata kewangan yang akan
membincangkannay dengan lebih lanjut
3. Pendapat bertentangan
- Dikeluarkan apabila kesan dari ketidakpastian adalah terlalu menyerap kepada
penyata kewanagn sehingga juruaudit memutuskan bahawa suatu syarat dalam
laporan audit tidak cukup untuk membentangkan penyata kewangan yang
mengelirukan atau tidak lengkap
4. Pendapat penafian
- Dikeluarkan apabila didapati yang kemungkinan kesan dari batasan skop kerja
atau ketidakpastian secara keseluruhannya adalah sangat material sehingga
menyebabkan juruaudit tidak berupaya untuk member pendapat keatas penyata
kewangan