Anda di halaman 1dari 9

KANSER PAYUDARA

1.0

PENGENALAN

Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan
untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser
adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.Menurut Laporan Daftar Kanser
Kebangsaan National Cancer Registry 2002:

Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45

peratus) daripada lelaki.


1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam
4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi
kaum Melayu).

Kanser yang biasa di Malaysia ialah:

Di kalangan lelaki- Kanser paru-paru tinggi di kalangan lelaki yang merokok diikuti
kanser hidung (nasopharyngeal cancer) dan kanser usus/colorectal.

Di kalangan wanita- Kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal
rahim.

2.0

Kanser usus - kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.

APA ITU KANSER PAYUDARA?


1

Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita
adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser
payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya
1% lelaki mendapat kanser ini.

Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas),
saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan
limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal
cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula
dari tisu-tisu lain.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di
organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau
metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak
normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku
dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

3.0

JENIS-JENIS KANSER PAYUDARA

a. Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat
awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu
payudara.

b. Kanser saluran 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara
yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
c. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar
susu dan tidak melepasi dindingnya.
d. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan
kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding
saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
e. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini
bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.

4.0

PENYEBAB KANSER PAYUDARA

Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko


meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit. Faktor risiko terbahagi
kepada 2 kategori :
4.0.1

Faktor Risiko tidak boleh di kawal

Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur


50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser
berbanding umur muda

Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.

Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah
berisiko tinggi. 4.

Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu
dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.

Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya
semasa anda telah berumur.

Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2
adalah gen utama ( 80% dari semua gen).

4.0.2

Faktor Risiko Boleh di Kawal

Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan

mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.


Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi

dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.


Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko
kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari
seminggu adalah mencukupi.

5.0

GEJALA-GEJALA KANSER PAYUDARA


4

Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.

Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada
juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting
berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.

Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:


1. Bengkak pada sebahagian payudara
2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
3. Puting masuk ke dalam atau sakit
4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
6. Ketulan pada bahagian ketiak

6.0

BAGAIMANA KANSER PAYUDARA DIKESAN?

1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala
bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan
dikesan, jumpa doktor segera.
2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat
kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada
tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram,
payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa.
Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang
disyaki diambil dan duji di makmal.

7.0

TAHAP KANSER PAYUDARA

Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh
sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:

1. Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)


2. Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
3. Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
4. Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
5. Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam
tubuh
6. Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
7. Tahap IV - tidak boleh disembuh

8.0

RAWATAN

Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh
doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant
chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum
pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.

8.1.1

Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser


payudara

Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi


konservatif, tisu normal tidak dibuang.

Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy) (mas-tektuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara
berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.

Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy):


Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi
kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.

Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy).


Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan
sebahagian kelenjar limfa di ketiak.

Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh


payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.

Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan


untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa
di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa
dibawah mikroskop.

8.2 Kimoterapi
Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau
secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya
kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang.
Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak
menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan
pertama.
Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan
dan mudah dibuang. Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan

tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 6 bulan. Biasanya kombinasi
beberapa ubat diberi.
Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi:

Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah


Loya dan muntah
Hilang selera makan
Rambut gugur
Kudis mulut
Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku
darah

Radiasi

Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk
membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran)
atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy).
Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam
Terapi payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang
ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan.Setiap rawatan
mengambil masa beberapa minit.
Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7
minggu. Ia bermula sebulan selepas pembedahan.

Kesan sampingan utama terapi radiasi ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan
kemerahan pada kawasan berkenaan dan keletihan.

10

Terapi Hormon

Hormon estrogen menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payu dara pada sesetengah
wanita. Kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk
merawat kanser payu dara.
Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil,
biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser
daripada berulang.
Aromatase inhibitors ialah sejenis ubat yang menghalang tubuh membentuk estrogen. Ia
hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid dan kanser yang dihidapinya positif
hormon (reseptor estrogen positif).

Anda mungkin juga menyukai