Anda di halaman 1dari 4

Maktubat Mashumiyyah - Jilid 1: 23

Surat ini dituliskan kepada Janan Begum. Menerangkan pembahagian Tawhid dan
menyatakan dengan jelas dan ringkas Maarif yang bertakluk dengan setiap
martabat Tawhid. Pada menerangkan 2 jenis Tawhid iaitu Tawhid orang Awam dan
Tawhid orang Khawash. Dua jenis Maqam Tawhid orang Khawash yang telah
mencapai Fana Qalb dan juga Fana Nafs. Tawhid orang Awam hatinya masih
mempunyai hubungan dan cinta yang mendalam terhadap makhluk dan masih lagi
berada pada Nafsu Ammarah yang selalu mengingkari perintah Allah.

m
    
Dengan pujian bagi Allah yang Maha Agung dan dengan permohonan Selawat ke atas
RasulNya yang mulia, didahulukan surat ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Pengasih. Semoga Allah Taala memasukkan zat Makhdumah, Muhtaramah,
Musyaffaqah, Mukramah yang diberkati dengan InayatNya yang tak terhingga dan
mengurniakan peningkatan Taraqqi menuju ke Maqamat Qurb.




     

Az Harcheh Mi Rawad Sukhni Dost Khusytar Ast.
Dari sekian banyak penjelasan yang ada, perkataan rakan adalah lebih disukai.
Kamu dengarlah dengan sepenuh perhatian, terdapat dua jenis pembahagian
Tawhid: Tawhid Awam1 dan Tawhid Khawash. Tawhid orang Awam termasuk dalam
ertikata mengucapkan kalimah Laa Ilaha Illa Allah dengan mengetahui serta
percaya mentashdiqkan maknanya. Dan menafikan dan tidak percaya kepada berhalaberhala yang disembah oleh orang Kafir dan tidak menyembah Tuhan yang lain dan
hanya percaya mengitsbatkan bahawa Allah yang Maha Esa sahajalah yang layak
disembah. Dengan berpegang kepada kepercayaan ini, orang awam masih lagi
mempunyai hubungan dan cinta yang mendalam terhadap makhluk dan Nafsu
Ammarahnya masih lagi mempunyai sifat-sifat yang kufur and mengingkari perintah
Allah .
1

Maksud Tawhid Awam adalah Tawhid yang biasanya dimiliki oleh seseorang Muslim.

Tawhid Khawash juga memiliki kepercayaan yang sama, tetapi tambahan


kepada kepercayaan sebegini, mereka memiliki dan menduduki dua darjat lain yang
berbeza. Mereka yang berada pada darjat pertama tidak memiliki cinta di dalam hati
mereka terhadap sesuatu melainkan Allah . Qalb mereka yang suci tidak memandang
makhluk dan tidak mengetahui yang lain selain Allah .





%&
1
/

0
2
 ,  %
* . *    !
" $%& '( )
*
Tawhid DiUrfi Shufi Shahib Sayr,
Takhlishi Dil Az Tawajjuh Ust Bagair.

Pengertian Tawhid di sisi Para Shufi Shahib Sayr Fillah,


Adalah mengosongkan hati dari bertawajjuh terhadap Ghairullah.
Dalam erti kata lain sebagai penjelasannya bahawa, apabila Salik Rasyid
bersungguh-sungguh berterusan melakukan Zikir dan Fikir Muraqabah dan
menghindarkan diri daripada perkara-perkara seperti alat muzik dan bersuka-ria yang
disukai oleh Nafsu yang menghalang tumpuan seseorang terhadap Allah atau
bertawajjuh kepadaNya. Dan sekiranya atas kurniaan dan rahmat Allah yang Azali
terhitung hal ke atasnya, kesan zikir itu akan beransur-ansur menyelubungi hatinya
lalu mencapai Zikir Sultani pada batinnya sehingga mengalami Ghalbah, bahawa
hatinya akan mula terhasil berzikir secara Dawam berterusan dan mendapat kejayaan
menerusi kesukaran melakukan kegiatan Yad Kard. Pada zahirnya, tubuh badannya
yang sibuk dengan perkara keduniaan tidak akan melalaikan batinnya daripada Zikir.
Zahirnya sama ada disibukkan dengan sesuatu perkara, sama ada terlalai ataupun
hadir, sedar mahupun mengantuk atau tertidur, namun pada batinnya sentiasa Hudhur
dan berzikir. Samada zahirnya sedar atau tidur, hatinya senantiasa berzikir kepadaNya.
Dia selalu berada dalam keadaan Hudhuri Allah apabila Khalwat berseorangan atau
Jalwat bersama orang lain, keadaan batinnya tetap sama. Keadaannya seperti ungkapan
Syair:


: :%  ;
<= 56 * :% (456 7%8
Az Berun Darmiyani Bazaram,
Waza Darun Khalwatest Bayaram.
Badan dan fikiranku sibuk berjual beli;
Tetapi, hatiku senantiasa bersama Allah.

Apabila hatinya yang batin senantiasa berada di sisiNya dengan sifat Daimi
Hudhur dan Agahi, maka segala perangkap Masiwa sesuatu selain Allah dan cinta
makhluk akan beransur hilang dan lenyap keluar dari hatinya. Takluk Ilmi dan Hubbi
terhadap Masiwa Allah Taala yang bertakluk dengan Ilmu Hushuli akan terputus
sepenuhnya. Sehinggakan dia akan mula lupa terhadap makhluk yang lain hingga
sampai pada suatu darjah bahawa jika dengan Takalluf sekalipun Masiwa cuba untuk
diingati namun ingatan terhadapnya tidak akan datang sama sekali dan tiada berlalu
pada hatinya. Pada waktu itu, dengan sebab kelupaan Masiwa tersebut yang terhasil
pada hatinya, dia tidak akan bersa gembira dengan kesenangan dunia dan tidak akan
berduka dengan segala kesukarannya.
Tahap ini diiktibarkan sebagai Fana Qalbi dan kesempurnaan ini adalah maqam
kesempurnaan pertama dalam Wilayat Kewalian. Hendaklah diketahui bahawa pada
maqam kesempurnaan ini, walaupun batin atau hatinya senantiasa terhasil berada
dalam keadaan Dawami Hudhur Allah dan telah lupa sepenuhnya tentang makluk dan
berhasil melepaskan diri dari perangkap Masiwa. Namun, Nafsunya tetap hadir dan
pengetahuan Ilmu Hudhuri masih ada dan tidak berubah; masih lagi mengetahui
segalanya dan mengekalkan sifat ingkar dan Ananiyyat yang tidak tunduk kepada
Allah masih berdiri.
Pada darjat kedua Tawhid Khawash, Nafsu yang hadir pada orang Khawash
dan pengetahuan Ilmu Hudhuri mulai terluput dan telah mula lupa tentang dirinya
dan segala sesuatu. Keakuan dan keinginannya berkurangan untuk memerintah hati.
Akhirnya, nafsu tersebut mencapai suatu tahap di mana ianya tidak dapat lagi
mengucapkan perkataaan Aku mengenai dirinya.
Pada tahap ini, Wali tersebut menjadi seolah-olah tidak wujud kerana Ananiyyat
Wujudi sudah terluput. Pada waktu itu, jika terdapat Tawajjuh dan Hudhur, ianya
berlaku dengan sendirinya kerana nama dan tanda pengenalan seseorang Arif itu tidak
akan kekal. Bukanlah bermakna bahawa pada waktu itu dia menjadi Ain Haqq dan
menjadi satu dengan Zat Haqq. Dirinya pada ketika ini bersahabat dengan Nafsunya
sendiri. Kenyataan kami tidak bermaksud bahawa seorang Wali itu menjadi Haqq atau
bersatu dengan Allah .
Ungkapan Kata Ana Al-Haqq adalah kerana masih belum sampai ke martabat
ini, kerana Fana dan Nesti dan pada keadaan terhapusnya Ana, maka mengucapkan
Ana Al-Haqq tiadalah mengandungi sebarang makna dan tidak boleh mengeluarkan
kata-kata Subhani. Perkataan Mansur Al-Hallaj seperti Ana Al-Haqq terjadi
sebelum beliau mencapai darjat kedua ini. Kerana pada darjat ini, Nafsu tidak dapat
mengucapkan Ana (Aku). Serupa juga dalam kes sebutan Subhani.




JKL ' ='M NI ='56
H GEF * ? (%@= % A  %B CD ) (
Khiyali Kaj Mabar In Ja Wa Basyanas,
Kisey Kp Dar Khuda Gum Syud Khuda Nest.
Janganlah berfikiran buruk dan kenalilah dengan pengetahuan;
Bahawa seseorang yang telah hilang dalam Tuhan bukanlah Tuhan.
Hal keadaan ini dikatakan sebagai Fana Nafs. Haqiqat Fana adalah terhasil pada
maqam ini. Darjat Fana Nafs ini rupa bentuk dan imej Masiwa tidak lagi kelihatan pada
cermin batinnya, segala bayangan bentuk di dalam Anfus dan Afaq telah tidak wujud
lagi. Yang kelihatan olehnya adalah Tajalli Afal. Ilmu Hudhuri Nafsunya tidak wujud
lagi dan Wali tersebut telah lupa mengenai dirinya sendiri. Ini adalah perjalanan
terakhir yang dipanggil Sayr dan Suluk dalam Thariqat. Pada Fana darjat kedua, Tajalli
Shifat akan kelihatan olehnya dan kesempurnaannya adalah pada keterikatan dengan
Tajalli Zat. Inilah ringkasan khulasah perjalanan Sayr dan Suluk Para Ahlullah dan
merupakan naskhah bagi Ahli Kamal. Kini memperkatakan tentangnya adalah sangat
luas.