Anda di halaman 1dari 8

Pada menerangkan Fadhail kelebihan-kelebihan Kalimah Thayyibah yang merupakan

rangkuman daripada Thariqat, Haqiqat dan Syariat; Dan pada menyatakan bahawa di
antara kesempurnaan Kamalat Nubuwwat dan kesempurnaan Kamalat Wilayat, Kamalat
Wilayat itu tiada bererti apa-apa jika dibandingkan dengan Kamalat Nubuwwat; Dan
pada menerangkan bahawa seorang Shahib Wilayat yang tanpa pengamalan Syariat
tiada apa-apa yang boleh diambil iktibar daripada mereka. Pada Zahirnya hendaklah
sentiasa membebankan diri dengan Syariat dan pada Batin juga hendaklah
bermuamalah dengan perkara ini dan perkara yang berkaitan dengannya, telah
dituliskan kepada Hadhrat Maulana Hamiduddin Bengali Rahimahullah.

m
S

egala puji-pujian bagi Allah dan salam sejahtera ke atas hamba-hambaNya


yang terpilih. Laa Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah adalah
Kalimah Thayyibah yang merangkumi perkara Thariqat, Haqiqat dan
Syariat. Apabila seorang Salik berada pada Maqam Nafi iaitu Laa Ilaha, maka dia berada
pada Maqam Thariqat. Apabila dia selesai secara keseluruhannya dari Maqam Nafi ini dan
segala Masiwa juga secara keseluruhannya sudah menjadi Madum, maka dia mencapai
Takmil penyempurnaan dan dia sampai ke Maqam Fana. Dan sesudah Maqam Fana,
perjalanan Suluk seseorang Salik sampai ke Maqam Itsbat iaitu Illa Allah di bawah
pengaruh Jazbah. Maka, akan sampailah dia secara Tahqiq kepada Martabat Haqiqat dan
akan bersifat dengan sifat-sifat Baqa yang menggantikan Fana. Dan pekerjaan Nafi dan
Itsbat, Thariqat dan Haqiqat, Fana dan Baqa, Suluk dan Jazbah, dengannyalah nama
Wilayat muncul. Dan Nafs Ammarah akan menuju ke arah Nafs Mutmainnah dan dia akan
menjadi seorang yang Muzakki dan Muthahhir. Kamalat Wilayat adalah berkait dengan
juzuk awal pada Kalimah Thayyibah iaitu Nafi dan Itsbat. Maka yang tinggal bakinya
adalah juzuk yang kedua Kalimah Muqaddasah yang suci ini yang mana mengitsbatkan
Risalat Kerasulan Hadhrat Khatimur-Rasul. Rahmat dan kesejahteraan ke atasnya dan ke
atas ahlinya. Juzuk yang kedua ini adalah penghasilan Syariat dan untuk orang-orang
yang menyempurnakannya. Apa sahaja yang terhasil pada golongan para Mubtadi and
para Mutawassith daripada amalan Syariat, ianya adalah Shurat rupa bentuk Syariat
sahaja dan adalah nama dan resamnya sahaja. Akan tetapi, penghasilan Haqiqat Syariat
adalah dapat terhasil pada maqam sesudah terhasilnya Martabat Wilayat. Kesempurnaan
Kamalat Nubuwwat juga terhasil bagi para pengikut dengan ikutan para Anbiya
Alaihimus Shalawat Wa Tahiyat dengan Tabiiyyat pengikutan yang sempurna dan
dengan Wiratsat perwarisan.

Thariqat dan Haqiqat yang merupakan sebab untuk terhasilnya Wilayat adalah
seolah-olah merupakan syarat-syarat untuk menghasilkan Haqiqat Syariat dan Kamalat
Nubuwwat. Wilayat hendaklah dianggap sebagai Thaharat atau Wudhu dan Syariat
hendaklah dianggap sebagaimana Solat. Wilayat adalah syarat untuk menghasilkan
Haqiqat Syariat.
Dalam Thariqat, segala Najis Haqiqi1 dapat dijauhkan dan dalam Haqiqat, Najis
Hukmi2 juga dapat dihindarkan. Seseorang Salik yang telah mencapai penyucian yang
sempurna adalah layak untuknya melaksanakan Hukum-Ahkam Syariah supaya dia dapat
berhasil mencapai keupayaan untuk menunaikan Solat pada Martabat-martabat Qurb
pendekatan yang penghujungan. Dan dia juga dapat mendirikan tiang agama dan
keupayaan untuk Miraj bagi seseorang Mukmin akan berlaku padanya.
Daku mendapati bahawa pada juzuk akhir Kalimah Muqaddasah ini iaitu
Muhammadar Rasulullah, suatu lautan yang tidak bertepi dan juzuk awal iaitu Laa Ilaha
Illa Allah, jika dibandingkan dengannya adalah seumpama setitis yang daku ketahui3. Ya,
kesempurnaan Kamalat Wilayat adalah tiada apa-apa Haqiqat jika dibandingkan dengan
kesempurnaan Kamalat Nubuwwat. Ianya seumpama zarah jika dibandingakan dengan
mentari, apalah Haqiqatnya.
Subhanallah! Sungguh menakjubkan bahawa suatu jemaah dengan pandangan
yang salah mereka telah menganggap bahawa Wilayat lebih afdhal daripada Nubuwwat
dan meringan-ringankan perkara Syariat yang mana ianya merupakan perkara yang
utama. Apa yang mereka telah lakukan? Pandangan yang terhad mereka tertumpu kepada
rupa bentuk zahir Syariat dan mereka mengambil sebahagian daripada luaran tengkorak
dari otak Maghaz. Mereka ini menganggap Nubuwwat yang memberikan Tawajjuh
mereka kepada makhluk, maka darjat mereka adalah lebih rendah dan Tawajjuh tersebut
adalah sepertimana orang awam dan menganggapnya sebagai Naqis atau kurang
martabatnya lalu melebih-lebihkan Wilayat yang mana takluknya adalah kepada Haqq
Taala.
Mereka melebihkan Wilayat mengatasi Nubuwwat dan menganggap Wilayat lebih
afdhal daripada Nubuwwat dan mereka tidak mengetahui bahawa di dalam Kamalat
Nubuwwat juga ketika waktu Uruj, mereka juga bertawajjuh kepada Haqq Taala
sebagaimana pada Martabat Wilayat. Bahkan pada Martabat Wilayat, Uruj ini adalah
Shurat atau rupabentuk bagi kesempurnaan Uruj yang dicapai dan terhasil sepenuhnya di
dalam Maqam Nubuwwat. Walaubagaimanapun, ringkasan penerangannya akan
diterangkan nanti.
1

Najis Haqiqi adalah termasuk dalam menyibukkan diri dalam perkara-perkara dunia atau Mumkinat. Syarah
Maktubat: 604,
2
Najis Hukmi termasuk dalam perkara-perkara bayangan Zhilal. Syarah Maktubat: 604,
3
Hadhrat Mujaddid menggunakan Kalimah Thayyibah kepada jalan Thariqat bagi Salik dengan memberikan penekanan
bahawa Kamalat Nubuwwat adalah seperti lautan berbanding dengan Wilayat.

Dalam Nubuwwat, ketika waktu Nuzul adalah sepertimana Wilayat, mereka


bertawajjuh kepada makhluk, namun, perbezaannya adalah bahawa pada Martabat
Wilayat pada zahirnya, Tawajjuhnya adalah terhadap makhluk dan batinnya berada di
samping Haqq Taala. Pada Martabat Nubuwwat ketika waktu Nuzul dengan zahir dan
batinnya, kedua-duanya memberikan Tawajjuh kepada makhluk. Terhadap makhluk ini,
mereka akan secara sepenuhnya sentiasa menyibukkan diri mereka mendakwahkan
makhluk kepada Haqq Jalla Shanuhu. Dengan Nuzul pada Martabat Nubuwwat ini, jika
dibandingkan dengan Nuzul pada Martabat Wilayat, ianya adalah paling lengkap dan
paling sempurna sebagaimana perkara ini telah ditahqiqkan di dalam kitab-kitab dan
risalah-risalah. Tawajjuh para Anbiya terhadap para makhluk bukanlah sepertimana
golongan awam sebagaimana yang disangkakan oleh golongan tersebut. Bahkan, Tawajjuh
golongan awam terhadap makhluk adalah kerana tertangkap dengan Masiwa, dan
Tawajjuh golongan Akhwashul-Khushus terhadap makhluk bukanlah kerana tertangkap
dengan Masiwa kerana para-para Buzurgan telah melepaskan kaki mereka daripada
perangkap Masiwa pada peringkat langkahan pertama lagi. Sebagai gantiannya, mereka
berikhtiar untuk tertangkap dengan Khaliq Jalla Shanuhu. Bahkan, Tawajjuh para
Buzurgan kepada para makhluk adalah untuk memberikan Hidayat dan Irshad kepada
mereka supaya makhluk mendapat bimbingan untuk menuju ke arah Khaliq Jalla
Sulthanuhu dan supaya mereka dapat menunjukkan ke arah pekerjaan perbuatanperbuatan yang diredhai oleh Mawla Taala Wa Taqaddus. Dan tidak syak lagi bahawa
jenis Tawajjuh terhadap makhluk seperti ini yang maksudnya adalah untuk membawa
manusia supaya selamat daripada menjadi Ghulam Masiwa adalah sangat afdhal
berbanding dengan Tawajjuh dengan Haqq Jalla Wa Taala yang hanya untuk Nafsnya.
Sebagai contohnya, seseorang yang sedang menyibukkan dirinya dengan Zikir Ilahi
Jalla Shanuhu. Ketika sedang berzikir, beliau ternampak seorang buta yang di hadapannya
ada sebuah perigi. Jika dia melangkah selangkah kakinya, maka dia akan terjatuh ke dalam
perigi. Dalam hal keadaan ini, bagi orang yang berzikir tadi, adakah lebih baik baginya
untuk menyibukkan dirinya dengan berzikir atau menyelamatkan orang buta tadi dari
terjatuh? Di sini, tidak syak lagi bahawa menyelamatkan orang buta tadi adalah lebih baik
dari menyibukkan diri dengan berzikir kerana Allah Maha Kaya daripada diri orang yang
berzikir atau apa yang dizikirkannya. Dan orang yang buta tadi adalah seorang hamba
Allah yang memerlukan pergantungan bahawa untuk menjauhkan kemudaratan darinya
adalah sangat perlu. Secara khususnya, apabila seseorang zakir itu menyibukkan dirinya
dengan urusan memberikan bimbingan, maka pada waktu itu, kesibukannya dalam
memberikan bimbingan juga adalah zikir kerana di dalamnya ada terdapat perlaksanaan
hukum perintah Allah Taala. Ya, menerusi zikirnya, dia telah menunaikan satu hak
daripada hak-hak Mawla Shanuhu. Dan di dalam membawa keselamatan terhadap
makhluknya, dia telah melaksanakan dua hak; yakni satu hak terhadap hamba dan kedua
adakah hak terhadap Allah Taala.

Bahkan, mungkin boleh terjadi bahawa ketika waktu dia meneruskan zikirnya, dia
akan masuk ke dalam perbuatan dosa, kerana menyibukkan diri hanya dengan berzikir
semata-mata tidaklah elok. Dan pada sebahagian waktu, tidak melakukan zikir juga adalah
perkara yang elok. Sebagai contoh, pada hari-hari yang tertentu adalah tidak dibenarkan
untuk berpuasa seperti pada hari Aidil-Fitri, Aidil-Adha dan hari-hari Tasyriq. Begitu
juga pada waktu-waktu tertentu adalah Makruh seperti sesudah Solat Subuh sehingga
terbit matahari dan sesudah Asar sehingga Maghrib dan pada waktu Zawwal tidak boleh
bersolat. Pada waktu-waktu tertentu, tidak berpuasa adalah lebih baik dari berpuasa dan
tidak bersolat adalah lebih baik dari bersolat.
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan Zikir adalah untuk menjauhkan
Ghaflat kelalaian dengan apa cara sekalipun. Zikir tidaklah terhad hanya dengan sekadar
mengulang-ulangi kalimah Nafi Itsbat sahaja ataupun dengan mengulan-ulangi Ismu Zat,
sebagaimana yang disangkakan. Oleh kerana itu, melaksanakan Awamir perintah-perintah
dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Syariah semunya juga adalah
termasuk di dalam Zikir. Pekerjaan jual-beli, jika dilakukan dengan memelihara batas-batas
Syariah, ianya juga adalah Zikir. Begitu juga dengan nikah, talak dan sebagainya, kerana
dengan memelihara hukum-hukum Syarii ini, seseorang itu menyibukkan dirinya dalam
perintah Syarii ini. Semua amalan ketaatan ini adalah dianggap Zikir kerana seseorang itu
mengingati dalam fikirannya akan perintah dan larangan yang telah diperintah oleh Allah
Taala. Kesemua pekerjaan dan pelakunya adalah berada di hadapan Pemberi perintah dan
larangan tersebut iaitu Allah Taala. Kerana itu, Ghaflat kelalaian tidak ada peluang untuk
tinggal di situ.
Akan tetapi, Zikir dengan menyebut Isim nama dan Shifat-shifatNya adalah sangat
cepat memberikan kesan dan sangat cepat dalam melahirkan Cinta terhadap yang diingati
dan ianya segera membawa kepada Zat yang diingati. Ianya bertentangan dengan Zikir
yang hanya pada rupa bentuknya iaitu dengan mentaati segala Awamir dan menjauhi
segala yang Nawahi yang mana sifat-sifat dan khususiat ini hanya datang pada sebahagian
kecil di kalangan umat manusia. Adapun sifat ini terdapat pada sebahagian kecil Afrad
yang mana Zikirnya adalah dengan melaksanakan perkara-perkara Awamir dan menjauhi
perkara-perkara yang Nawahi oleh Syara. Ianya adalah pada rupa bentuknya sahaja.
Hanya amat sedikit perkara ini yang terdapat di kalangan orang ramai.
Hadhrat Khwajah Naqsyaband Quddisa Sirruhu telah berkata bahawa, Hadhrat
Maulana Zainuddin Tayibadi Quddisa Sirruhu telah sampai ke Hadhrat Haqq Sultanuhu
melalui jalan Ilmu4. Begitu juga dengan Zikir yang mana dalam Zikir tersebut terdapat
Isim dan Shifat-shifatNya.

Hadrat Zaynuddin Abu Bakr Tayibadi menerima pendidikan zahir dari Nizamuddin Harawi dan menerima pendidikan
batin secara Uwaysi dari Ahmad Namaqi Jami. Lihat Maktubat 2:46 berdasarkan kepada Nafahat-al-Uns oleh Maulana
Abdul Rahman Jami
4

Dengan menerusi Zikir ini juga seseorang dapat memelihara batas-batas Syariat
kerana dalam semua urusan tanpa kita memelihara Hukum-Ahkam Syariat dalam
pekerjaan kita, adalah sukar untuk menegakkan ahkam Syariat tanpa Mahabbat cinta yang
sempurna. Untuk mencapai Mahabbat cinta yang sempurna ini, maka, adalah perlu bagi
kita untuk mengingati Isim dan Shifat-shifat Allah Taala. Maka, oleh kerana itulah perkara
yang perlu diusahakan adalah Zikir, supaya menerusi Zikir tadi seseorang dapat mencapai
daulat kemuliaan menegakkan Ahkam Syariat Allah Taala. Akan tetapi, dengan Inayat
Ilahi, muamalahnya adalah perkara yang lain kerana untuk sampai ke HadratNya adalah
tanpa syarat dan wasilah.


Allah Taala memilih sesiapa yang Dia kehendaki (42:13)
Sekarang kita kembali kepada perkara asal yang dibincangkan. Perbincangan
tentang perkara asal adalah dalam tiga urusan muamalah ini iaitu Thariqat, Syariat dan
Haqiqat. Selain daripadanya terdapat satu lagi urusan muamalah yang keempat yang
mana takluknya dapatlah dikatakan mengatasi ketiga-tiga urusan muamalah yang
dinyatakan sebelum ini tidak dapat diiktibarkan apa-apa. Ini kerana Haqiqat pada
martabat yang keempat ini, apa sahaja yang terhasil dan apa sahaja yang bertakluq dengan
Itsbat adalah Shurat rupa bentuk sahaja.
Urusan muamalah yang keempat ini adalah Haqiqat bagi rupa bentuk ketiga-tiga
urusan Thariqat, Syariat dan Haqiqat. Sebagai contoh, urusan keempat ini dizahirkan pada
mulanya dalam rupa bentuk Syariat sepertimana yang terhasil pada orang-orang awam.
Setelah dia berhasil pada jalan Thariqat dan sampai kepada Haqiqat, maka dia akan
mendapat Haqiqat bagi Syariat. Maka hendaklah kita fikirkan perkara ini yang mana rupa
bentuknya adalah Haqiqat dan permulaanya dalam Wilayat. Maka, bagaimana mungkin
seseorang dapat menerangkan perkara ini dalam perbincangan yang biasa, walaupun
dipaksa untuk mengesahkannya? Kalau kita cuba terangkan tentang perkara ini, siapa
yang boleh memahaminya dan apa yang kita boleh faham? Urusan muamalah ini adalah
perwarisan dari para Anbiya, para Ulul-Azmi yang mana untuk orang ramai, sangat
sedikit yang boleh mendapatkannya.
Soal: Daripada Marifat-marifat yang dinyatakan tadi, adalah menjadi suatu kelaziman
bagi sesetengah Ahli Marifat itu, pada sebahagian martabat, yang akan meletakkan
kakinya di luar Syariat dan dia akan Uruj di luar Syariat.
Jawab: Syariat itu mengandungi amalan-amalan yang zahir dan bertakluk dengan batin
seseorang. Hendaklah Mukallaf sentiasa membebankan dirinya dengan amalan-amalan
Syariat dan yang batinnya adalah bertakluk dengan perkara ini. Oleh kerana dunia ini
Darul-Amal, batin seseorang itu adalah pertolongan yang besar untuk melakukan amalan-

amalan yang zahir. Peningkatan batin seseorang akan meningkat dengan melaksanakan
Syariat yang mana ianya bertakluk dengan batin dan amalan Syariat bertakluk dengan
zahir. Oleh kerana itu, setiap waktu dalam dunia ini, kita janganlah mengenepikan perkara
zahir dan batin Syariat. Untuk pekerjaan-pekerjaan kita yang zahir, hendaklah kita
mengamalkannya dengan menuruti Syariat dan natijah-natijah bagi pengamalan Syariat
adalah bahagiannya untuk batin. Oleh kerana itu, Syariat adalah asal bagi segala
kesempurnaan Kamalat dan Syariat juga merupakan dasar asas bagi seluruh Maqamat 5.
Natijah-natijah bagi Syariat tidaklah terhad untuk kehidupan Duniawi ini sahaja, bahkan
dalam kehidupan Akhirat dan nikmat yang berterusan juga adalah terhasil semuanya
dengan pengamalan Syariat. Seolah-olah, Syariat itu adalah Syajarah Thayyibah yang
mana menerusi pohon-pohonnya yang baik akan mengeluarkan buah-buahan yang baik.
Bahkan bukan di dunia ini sahaja, di akhirat pun kita akan dapat merasainya. Menerusi
Syariat ini juga, kita akan dapat menghasilkan faedah-faedah yang tidak berhitung
banyaknya.
Soal: Bahawa dari penjelasan yang dinyatakan ini, adalah lazim bahawa dalam Kamalat
Nubuwwat, batin adalah bersama Haqq dan zahir bersama dengan Khalaq. Tetapi, Tuan
telah menyatakan dalam Maktubat sebelumnya bahawa pada Maqam Nubuwwat yang
mana merupakan tempat untuk melaksanakan Dakwah, seluruh Tawajjuhnya diberikan
kepada makhluk. Oleh itu, apakah kesesuaian dalam kedua-dua perkara ini?
Jawab: Perkara ini adalah bertakluk kepada kedua-dua Uruj dan Nuzul. Muamalah yang
dinyatakan pada mulanya adalah bertakluk dengan Uruj dan urusan Dakwah adalah
berada pada Maqam Nuzul. Kerana itu, ketika waktu Uruj, batin adalah beserta dengan
Haqq Taala tetapi zahir adalah beserta dengan makhluk supaya dapat menunaikan hakhak dalam menuruti cahaya Syariat. Ketika waktu Nuzul, seluruh Tawajjuhnya adalah
untuk membimbing manusia supaya bertawajjuh kepada Allah Taala. Di atas kedua-dua
perkara ini, tidak ada sebarang ikhtilaf. Pada Maqam Nubuwwat, adalah Tahqiq bahawa
Tawajjuh kepada makhluk adalah Ain Tawajjuh kepada Haqq Taala, iaitu memberikan
Tawajjuh kepada makhluk atas urusan Haqq.


Di mana sahaja kamu menghadap di situlah Wajah Allah Taala (2:115).
Ianya tidaklah bermakna bahawa makhluk yang bersifat Mumkin adalah Ain bagi
Wajib Taala6, ataupun ianya cermin bagi Wajib Allah Taala. Bagi Mumkin yang hina-dina
ini, apakah keupayaan kita untuk menjadi cermin bagi Wajib Allah Taala? Kita boleh
5

Dalam Tariqat Naqshbandiyyah Mujaddidiyyah, terdapat 10 Maqamat yang perlu diusahakan bagi Salik iaitu Taqwa,
Sabar, Tawakkal, Inabat, Zuhud,Redha
6 Hadrat Mujaddid selalu menggunakan istilah Wajibul Wujud atau Wajib yang merujuk kepada Allah Taala Yang Esa
yang wajib kewujudan-Nya yang bertentangan dengan makhluk yang dijadikan yang bersifat mumkin.

memahami perkara ini dengan mengatakan bahawa Ashya adalah cermin bagi Wajib Allah
Taala dalam keadaan yang mana sepertimana rupa bentuk Ashya yang zahir dapat kita
bezakan, begitu juga dengan rupa bentuk bagi objek dalam pantulan cermin, iaitu cermin
dapat memantulkan rupa bentuk zahir objek tersebut. Pada objek di dalam cermin, tiada
berlakunya Hulul dan Siryan dalam rupa bentuk. Bagaimana untuk kita gambarkan
apabila pada peringkat penglihatan, rupa bentuk itu wujud pun tidak ada pada peringkat
cermin tersebut.
Ketahuilah bahawa pada cermin yang zahir, pada mulanya rupa bentuk yang
diperhatikan. Dan keduanya Tawajjuh terhadap cermin untuk Syuhud akan mula berlaku.
Pada Wajib Taala juga ada cermin. Pada mulanya, cermin itulah yang perlu diperhatikan
dan pada pandangan keduanya, akan mula berlaku pandangan Syuhud terhadap Ashya.
Begitu juga, penzahiran rupa bentuk pada cermin yang zahir adalah kesan dari cermin
tersebut. Misalnya, jika cermin adalah panjang, maka di dalam cermin itu, gambaran rupa
bentuk yang terzahir akan panjang juga. Panjangnya cermin adalah sebagai tempat
penzahiran sahaja. Begitu juga, jika cermin adalah kecil, maka gambaran rupa bentuk yang
terzahir pada cermin tersebut adalah kecil juga. Bertentangan dengan cermin bagi Zat
Wajib Taala, Ashya bukanlah cermin bagi Ahkam dan kesan-kesan AfalNya kerana Ashya
tidak boleh menjadi cermin. Ini kerana, pada martabat yang tinggi ini, tiada sebarang
hukum dan tiada sebarang kesan. Bahkan di sana iaitu Hadhrat Zat, seluruh nisbat-nisbat
yang lain dinafikan. Ashya hendak menjadi cermin untuk apa? Dan benda apa yang
terzahir padanya?
Ya, jika pada Martabat Tanazzul yang ditsabitkan dengan Maqam Asma dan Shifat,
maka adalah mungkin bagi Ashya untuk menjadi cermin bagi rupa bentuk Ahkam Wajib
Taala. Ini kerana apakah Sama, Bashar, Ilmu dan Qudrat itu? Apa sahaja yang terzahir
pada cermin-cermin Ashya adalah gambaran rupa bentuk Sama, Bashar, Ilmu dan Qudrat
bagi Martabat Wujub yang Wajib. Cermin mempunyai Ahkamnya iaitu Ashya yang Zahiri
akan terzahir pada cermin. Telah kami katakan tentang perkara ini bahawa pada cermin
Wajib Taala, pada mulanya Dialah sebagai cermin yang diperhatikan. Pada pandangan
yang kedua, Syuhud terhadap Ashya pun berlaku yang mana pada cermin ini terdapat
penyerupaan rupa bentuk. Ini adalah hal permulaan bagi Ruju yang mana gambaran rupa
bentuk datang pada pandangan, yang mana pada mulanya adalah benar-benar jauh dari
pandangan. Apabila muamalah Ruju telah sampai kepada Takmil penyempurnaan dan
berlaku Sayr yang panjang dan jauh di dalam Ashya, maka akan mudah menghasilkan
ketetapan pada Markaz Daerah Imkan.
Maka adalah lazim, Syuhud akan bertukar menjadi Ghaib dan Iman Syuhudi akan
menjadi Iman Ghaibi. Pada ketika ini, urusan muamalah Dakwah akan dapat mencapai
kesempurnaan dan bunyi Rahil iaitu laungan untuk berangkat ke Akhirat akan
diperdengarkan. Pada waktu itu, yang Ghaib ini juga akan hilang dan selain daripada
Syuhud, tiada apa lagi yang tinggal.

Akan tetapi, Syuhud pada peringkat ini jika dibandingkan dengan Syuhud yang
terhasil pada peringkat sebelum Ruju, Syuhud pada peringkat ini adalah lebih lengkap
dan lebih sempurna. Ini kerana Syuhud yang bertakluk dengan akhirat adalah lebih
sempurna nisbatnya jika dibandingkan dengan Syuhud yang bertakluk dengan dunia.
Ucapan Mubarak kepada penerima nikmat atas segala nikmatNya;
Mubarak kepada Asyiqin yang miskin atas kesakitan dan kesusahannya.
Ketahuilah bahawa dari Tahqiq yang telah dinyatakan, perkara ini telah menjadi jelas
bahawa rupa bentuk yang diperlihatkan di dalam cermin tidak dapat disabitkan apa-apa
kecuali khayalan Takhayyul. Untuk menghasilkan gambaran rupa bentuk sesuatu, cermin
adalah berdiri tanpa sebarang apa-apa pergantungan. Atas rupa keadaan ini, dapatlah kita
katakan bahawa cermin adalah dekat dengannya atau juga dapat kita katakan bahawa
cermin meliputi rupa bentuknya. Bagaimanapun, ini bukanlah jenis Qurb, Ihatah dan
Maiyyat sepertimana di antara jisim dengan jisim atau Jauhar dengan Aradhz. Bahkan,
gambaran Qurb dan Ihathahnya adalah lemah untuk difikirkan oleh sesiapa pun dan untuk
mencapai Idrak kefahaman kaifiatnya juga adalah lemah.Oleh kerana itu, pada rupa
keadaan Qurb, Maiyyat dan Ihathah adalah tsabit baginya, tetapi kaifiatnya tiada siapa
yang mengetahui.


Dan bagi Allah, perumpamaan yang paling tinggi [16:60]
Dan begitulah juga Qurb yang mana Hadhrat Haqq Subhanahu Wa Taala dengan Alam
ini. Begitu juga Ihathah dan Maiyyat Allah Taala adalah diketahui, namun kaifiatnya,
tiada diketahui. Kita beriman dengan perkara-perkara ini bahawa Allah Taala itu dekat,
meliputi dan beserta dengan Alam ini. Akan tetapi, Qurb iaitu kedekatan, Ihatah iaitu
meliputi dan Maiyyat iaitu kebesertaanNya, kaifiatnya kita tidak mengetahuinya, apakah
ia dan bagaimanakah ia? Kerana sifat-sifat ini adalah berlainan dari sifat-sifat Ashya dan
berasingan dari alamat tanda-tanda Imkan dan Huduts. Apa yang terzahir pada Alam
Majaz hanyalah Tasybih dan Tamtsil yang mana ianya merupakan jambatan bagi perkara
Haqiqat. Adalah jelas bahawa dengan menggunakan perumpamaan cermin serta gambaran
rupa yang dizahirkan adalah supaya orang-orang yang bijaksana dengan kurnia Inayat
Haqq Taala dapat mengetahui yang Haqiqat menerusi perkara yang Majaz dan daripada
gambaran rupa bentuk akan membawanya ke arah pengertian maknanya. Semoga mereka
mempunyai keinginan terhadap Wajib Taala dan bukannya terhadap gambaran rupa
bentuk.
Salam kesejahteraan ke atas sesiapa yang menuruti Hidayat.