Anda di halaman 1dari 10

Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat

1. Sikap berdikari boleh ditunjukkan dengan


I mengemaskan katil sendiri selepas bangun dari tidur
II menjaga ibu yang sakit dengan penuh perhatian
III menjaga adik yang masih kecil semasa ibu bapa tiada di rumah
A. I , II ,III
B. I , II

C. II , III
D. I

2. Antara berikut yang manakah bukan ciri pertuturan dan kelakuan yang sopan ?
A. Bercakap dengan nada suara yang lembut
B. Tidak menyinggung perasaan orang lain
C. Bertegur sapa dengan sesiapa sahaja
D. Tidak mempedulikan orang yang memanggilnya
3. Secara umumnya, orang yang mengamalkan nilai ramah mesra akan
A. suka mengakui kesalahan diri dan cuba membaikinya
B. sanggup menerima pendapat dan pandangan orang lain
C. suka bergaduh dan membuli rakan lain.
D. bertutur dengan lemah lembut dan bergaul dengan orang lain.
4. Orang Timur mengamalkan nilai ____________ dan bersantun ketika berbual dengan
orang lain.
A. Toleransi
C. hidung tinggi
B. hemah tinggi
D. berdikari
5. Anda mempunyai seorang jiran yang cerewet. Dia suka menegur perbuatan anda tanpa
mengambil kira perasaan anda. Apakah yang harus anda lakukan ?
A. menasihatinya supaya menjaga perasaan orang lain
B. memarahinya kerana suka campur tangan dalam hal orang lain
C. memberitahu orang lain tentang sikap buruknya
D. tidak mempedulikan tegurannya sama sekali
6. Seorang pelajar baru telah diarahkan oleh guru untuk duduk di sebelah anda. Dia
berasa segan dan tidak berani bercakap dengan anda. Apakah yang harus anda
lakukan?
A. membiarkan dia begitu sahaja
B. berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk memboikotnya
C. cuba mengajaknya bercakap
D. memberitahu guru bahawa anda ingin tukar tempat duduk

7. Jie Min secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan Hong Huat. Dia patut
A. mendiamkan diri
B. meminta maaf daripada Hong Huat dengan segera
C. tidak berkawan dengannya lagi
D. memutuskan persahabatan dengannya
8. Ibu anda memarahi anda kerana tidak menjaga adik dengan baik. Anda harus
A. tidak bercakap dengan ibu selama seminggu
B. tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh ibu
C. menyuruh ibu menjaga adik sendiri
D. meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi
9.Yang manakah antara kelakuan yang berikut menggambarkan nilai kesopanan ?
A. menjawab pertanyaan guru dengan sopan
B. menengking adik-adik yang melakukan kesalahan
C. mengejek perbuatan orang lain
D. memakai pakaian yang menjolok mata dan jarang
10. Orang yang _____________ akan menghormati raja dan lambang-lambang kebesaran
negara.
A. hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
B. patuh kepada undang-undang
C. hormat kepada raja dan negara
D. hormat dan taat kepada ibu bapa
11. Kita mesti menunjukkan rasa hormat kepada _________ kerana mereka mempunyai
lebih banyak pengalaman hidup berbanding dengan kita.
A. orang tua
C. teman lelaki
B. rakan
D. negara
12. Antara berikut yang manakah menggambarkan sikap hormat kepada ibu bapa ?
A. Bersikap seperti kacang lupakan kulit
B. Bersopan santun ketika bercakap dengan mereka
C. Meminta mereka memberikan wang lebih.
D. Tidak mendengar nasihat mereka.
13. Gunalan tidak menggangu Mee Yin semasa dia sembahyang kerana hormat kepada
____________ nya.
A. kepercayaan
C. kedudukan
B. undang-undang
D. kekuatan
14. Manakah antara berikut merupakan amalan menghargai tenaga pekerja ?
A. memandang rendah terhadap pekerja kilang
B. mengarah pembantu rumah membuat sesuatu kerja dengan suara yang kuat
C. menyambut Hari Pekerja bersama-sama
2

D. memandang tinggi terhadap golongan pekerja kolar putih


15. Long Hea selalu mencaci pemimpin negara. Sebagai kawan baiknya, anda harus
A.
B.
C.
D.

membiarkannya
berpura-pura tidak tahu
mengikut sama
menasihatinya supaya hormat kepada pemimpin yang telah berbakti kepada
negara

16. Rashid menghadiahkan sebatang pen kepada gurunya sempena Hari Guru . Sikap
yang diamalkan olehnya ialah
A. hormat kepada pemimpin
C. hormat kepada ibu bapa
B. hormat kepada guru
D. hormat kepada orang tua
17. Jasa tokoh-tokoh yang telah berbakti kepada negara perlu dikenang. Bagaimanakah
kita dapat menunjukkan bahawa kita mengenang jasa tokoh-tokoh tersebut ?
A. meniru gaya percakapan tokoh berkenaan di depan rakan-rakan
B. menulis karangan tentang riwayat hidup dan sumbangan tokoh tersebut
C. memandang rendah terhadap sumbangan mereka
D. memburuk-burukkan nama mereka di hadapan pelancong asing
18. Yang berikut merupakan kepentingan mematuhi undang-undang kecuali
A. untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara
B. melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang baik
C. supaya kita sentiasa dikenang oleh orang
D. untuk melicinkan perjalanan aktiviti oleh kerajaan
19. Semua yang berikut menunjukkan nilai kasih sayang kecuali
A. memelihara alam sekitar
B. menyayangi haiwan
C. menghargai nyawa
D. suka berperang
20. Orang yang cintakan negara akan selalu ________________.
A. cuba mengharumkan nama negara
B. bergaul mesra dengan jiran
C. bergaduh sesama sendiri
D. mencaci pemimpin
21. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan orang yang mempunyai nilai
kasih sayang kecuali,
A. mengambil berat dan menyayangi ahli keluarga
B. Tidak mengabaikan kebersihan kawasan persekitaran
C. mementingkan wang semata-mata daripada kesihatan.
D. mengutamakan keamanan dan keharmonian hidup
3

22. Kai Hen sering berlumba motosikal untuk melepaskan geramnya terhadap sesuatu
perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya. Dia tidak mengamalkan sikap
_____________.
A. cinta kepada negara
B. sayang kepada alam sekeliling
C. cinta kepada keamanan dan keharmonian
D. sayang kepada nyawa
23. Rakan anda ingin mengajar anda cara-cara memburu binatang di hutan. Anda harus
A. segera mempelajari teknik-teknik memburu binatang
B. memburu bersamanya dengan perasaan yang gembira
C. menolak cadangannya dan menasihatinya supaya bersikap kasih sayang kepada
binatang
D. mengajak rakan-rakan lain ikut serta
24. Hui Hui selalu meludah dan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. Sebagai
kawan baik Hui Hui, anda harus
A. memberitahu kawan-kawan lain tentang sikapnya yang buruk itu
B. memarahinya dengan suara yang kuat supaya semua orang tahu akan perkara itu
C. meniru perbuatannya dan ikut sama
D. menegur perbuatannya dan menasihatinya supaya menjaga kebersihan alam
sekitar
25. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan sekiranya dapat mengesan
kegiatan-kegiatan pembalakan secara haram ?
A. membiarkan kegiatan-kegiatan ini terus berlaku
B. mengenakan hukuman yang berat terhadap pihak-pihak yang terlibat
C. memaafkan perbuatan mereka jika disogok dengan wang
D. mengizinkan mereka meneruskan kegiatan pembalakan jika dibayar dengan
jumlah wang yang banyak.
26. Masyarakat yang cinta akan keamanan dan keharmonian hidup akan
A. bersatupadu dan menjalinkan hubungan yang erat dengan orang lain
B. selalu bergaduh dengan jiran
C. menindas dan menghasut orang lain
D. mengamalkan nilai tidak berperikemanusiaan
27. Rakan anda sering mendera binatang peliharaannya dan tidak memberinya makanan.
Apakah yang harus anda lakukan ?
A. tidak mempedulikannya kerana bukan urusan anda
B. menasihatinya supaya menyayangi binatang peliharaan yang juga merupakan
makhluk bernyawa
C. menceritakan hal itu kepada orang lain.
D. memukulnya kerana tidak tahan dengan sikapnya yang kejam itu

28. __________ bermaksud perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama dan tidak
berat sebelah.
A. Kebebasan
C. Keadilan
B. Kerajinan
D. Toleransi
29. Antara berikut yang manakah merupakan amalan sikap keadilan ?
A. tidak menyiasat terlebih dahulu sebelum menuduh seseorang
B. memihak kepada mana-mana pihak apabila mengambil sesuatu tindakan
C. takut untuk menegakkan keadilan
D. membuat keputusan yang saksama dan tidak berat sebelah
30. Antara berikut yang manakah bukan kepentingan keadilan dalam kehidupan ?
A. mewujudkan suasana harmoni
B. mewujudkan suasana yang tidak tenteram
C. menjamin kesejahteraan kehidupan
D. mengelakkan berlakunya keadaan kacau-bilau
31. Fatimah menyerahkan wang yang dijumpainya di dalam kelas kepada guru kelas. Dia
seorang yang _________.
A. saksama
C. jujur
B. berat sebelah
D. gigih
32. Sekolah anda akan mengadakan hari sukan pada hujung minggu ini, sebagai seorang
pelajar anda patut,
A. Duduk di rumah dan berehat.
B. Datang ke sekolah dan menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan
C. Menghabiskan masa hujung minggu dengan menonton televisyen
D. Keluar melepak dengan rakan-rakan lain.
33. Encik Tan mempunyai 5 orang anak. Dia harus
A. mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan
B. memberi layanan yang sama rata kepada mereka
C. hanya mengambil berat terhadap anak yang disukai sahaja
D. memberi perhatian kepada anak bongsu sahaja
34. Sebagai seorang majikan yang adil dan saksama, anda harus memberikan bonus
tahunan kepada
A. pekerja yang pandai mengambil hati anda sahaja
B. pekerja yang selalu belanja anda makan
C. pekerja yang anda kenali sahaja
D. semua pekerja yang telah memberi sumbangan kepada syarikat

35. Untuk mencapai semangat kerajinan, seseorang itu perlu


A. berusaha dengan bersungguh-sungguh pada permulaan dan menghentikan
usahanya sekiranya menemui kegagalan
B. membuat sesuatu tugas dengan usaha yang berterusan dan tabah hati sehingga
berjaya
C. mengamanahkan sesuatu tugas kepada orang lain dan memastikan orang itu
menyiapkannya
D. membuat sesuatu tugas dengan sambil lewa.
36. Yang manakah antara cogan kata yang berikut menunjukkan semangat kerajinan ?
A. Bersih, cekap dan amanah
B. Rajin dan usaha tangga kejayaan
C. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima
37. Untuk berjaya dalam peperiksaan, seseorang itu perlu
A. meniru jawapan kawan yang betul
B. berusaha dengan tekun dan tidak membuang masa
C. mendampingi kawan-kawan yang pandai
D. berbaik-baik dengan guru yang menyediakan soalan peperiksaan
38. Vijaya seorang pelajar yang cacat penglihatan. Namun demikian, dia berusaha
bersungguh-sungguh dengan mempelajari tulisan Braille. Akhirnya, dia berjaya dalam
peperiksaan. Nilai yang Vijaya amalkan ialah
A. Berani
B. Toleransi
C. Baikhati
D. Kerajinan
39. Chun Wei ialah seorang pekerja yang rajin. Oleh sebab itu, majikannya telah
menaikkan pangkatnya. Rakan sejawat yang lain cemburu akan kejayaan Chun Wei dan
memulaukannya. Apakah yang harus dilakukannya ?
A. tidak mempedulikan mereka
B. memberitahu majikannya supaya memecat mereka
C. meletakkan jawatan
D. memberitahu rakan sejawatnya bahawa kejayaannya merupakan hasil usaha dan
titik peluhnya
40. Anda telah diberi tempoh selama seminggu untuk menyiapkan Projek Sejarah oleh
guru mata pelajaran tersebut. Anda sepatutnya
A. meminta kawan yang lain menyiapkan projek itu
B. berusaha menyiapkan projek itu dalam tempoh masa yang diberikan
C. melengah-lengahkan masa
D. meminta guru memberikan lebih banyak masa untuk menyiapkan projek itu
6

Bahagian B (20 Markah)


Tuliskan BENAR bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah.
1

Sekiranya kita diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga barang kepunyaannya,


kita boleh meminjamkan barang tersebut kepada orang lain dengan syarat
dipulangkan segera. (
)

Amalan nilai toleransi akan menjadikan kita disegani ramai. (

Hak kanak-kanak tidak perlu dilindungi kerana mereka masih kecil lagi.
(
)

Jacky gemar menghabiskan wang simpanannya dengan membeli-belah di pusat


beli-belah yang berprestij dan mewah. (
)

Pemakanan yang seimbang dan mencukupi amat diperlukan oleh manusia untuk
tumbesaran yang sempurna. (
)

Pugal ponteng sekolah kerana ingin melepak dengan rakan-rakannya. (

Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan asas untuk kanakkanak. (


)

Asap dari kenderaan dan kilang akan menyebabkan pencemaran udara serta cuaca
bumi akan menjadi semakin panas. (
)

Bendera negeri Selangor terdiri daripada dua warna. (

10 Alam sekitar yang bersih membolehkan kita hidup dengan tenang. (

(20 markah)

Bahagian C (20 Markah)


Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberi.
kitar semula
berkongsi
meminta kebenaran
ekologi
keyakinan

penyakit
habitat
pendorong
plumbum
bersimpati

Hutan tidak seharusnya dimusnahkan kerana selain menjadi


_____________________ kepada haiwan, hutan juga membekalkan ubat-ubatan
tradisional kepada kita.

Kita perlulah _____________________ sebelum menggunakan peralatan orang


lain.

Orang yang mengamalkan toleransi akan lebih _____________________ dan


empati terhadap kesusahan dan kesulitan hidup yang dialami orang lain.

Mengamalkan nilai berdikari membantu kita mempunyai ___________________


diri.

Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah menjadikan kejayaan
tersebut sebagai _____________________ untuk kita pula berusaha mencapai
kejayaan.

Sekiranya ibu bapa kita tidak mampu memberikan sesuatu dengan sama rata,
anak-anak haruslah _____________________ secara adil.

Sikap bersederhana dalam pemakanan amat penting kerana makan secara


berlebihan akan mendatangkan _____________________ kepada kita.

Salah satu peranan penting hutan adalah mengekalkan keseimbangan


__________________.

Penggunaan minyak tanpa _____________________ pada kenderaan akan


mengurangkan pencemaran udara.

10 Kempen _____________________ yang dilaksanakan dapat mengurangkan


pembuangan sampah.
(20 markah)
8

Bahagian D (20 Markah)


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan nilai-nilai yang sesuai.
1. Encik Abu ialah seorang majikan yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Dia
bertanggungjawab terhadap setiap tindakan untuk kesejahteraan perkerja dan diri sendiri.
Selain itu beliau juga mengambil berat tentang tanggungjawab setiap individu bagi
mewujudkankan persekitaran yang harmoni.
a) Apakah nilai yang diamalkan Encik Abu?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(2 markah)
b) Nyatakan 2 cara Encik Abu mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap
para pekerjanya.
i) _______________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________
(2markah)
c) Nyatakan 3 cara Encik Abu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan.
i) _______________________________________________________________
ii) _______________________________________________________________
iii) _______________________________________________________________
(6 Markah)
2. Berikut ialah rutin harian Ah Moy, Ganesan dan Rahim di rumah.
Ah Moy
Ganesan
Rahim

- Mengemaskan tempat tidurnya setiap pagi.


- Rajin membaca buku-buku cerita untuk menguasai
bahasa Melayu.
- Selalu bersolat lima waktu di rumah.

(a) Nyatakan nilai yang diamalkan oleh Ah Moy,Ganesan dan Rahim.


Ah Moy : ________________________________________________________
Ganesan : ________________________________________________________
Rahim : ________________________________________________________
(3 markah)
(b) Selain daripada nilai di atas nyatakan satu nilai yang ada pada ketiga-tiga
murid di atas.
_________________________________________________________________
(3 markah)
(c) Nyatakan empat amalan baik yang boleh dilakukan oleh murid dalam
kehidupan harian terhadap keluarga, rakan dan tempat tinggal.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
9

(4 Markah)

10