Anda di halaman 1dari 23

Topik

Reka Bentuk
Organisasi

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan konsep struktur organisasi;

2.

Mengenal pasti
organisasi;

3.

Membandingkan jenis-jenis struktur organisasi yang berbeza;

4.

Menjelaskan konsep autoriti dalam organisasi;

5.

Membezakan antara konsep pemusatan dengan konsep pemencaran;

6.

Menilai jenis-jenis reka bentuk kerja yang berbeza; dan

7.

Membincangkan kemunculan reka bentuk organisasi yang baru.

empat

faktor

yang

mempengaruhi

struktur

X PENGENALAN
Apabila kita membincangkan reka bentuk organisasi, kita tidak boleh lari
daripada membincangkan struktur organisasi. Struktur organisasi merujuk
kepada pembangunan fungsi-fungsi organisasi yang dikumpulkan dan
diselaraskan secara rasmi. Struktur organisasi merupakan susunan kerja di
seksyen atau jabatan yang mengarahkan tingkah laku individu-individu dan
kumpulan-kumpulan ke arah pencapaian objektif sesebuah organisasi. Ini adalah
satu sistem yang menghubungkan tugas-tugas, aliran kerja dan saluran
komunikasi antara individu-individu dan pelbagai kumpulan kerja dalam
sesebuah organisasi. Tujuannya adalah untuk memudahkan penggunaan setiap
sumber dan individu secara kolektif sebagai satu sistem pengurusan bagi
mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

65

Suatu struktur organisasi biasanya dipaparkan dalam bentuk grafik yang


dipanggil carta organisasi. Secara tradisionalnya, carta organisasi digambarkan
dalam bentuk carta piramid dengan individu-individu di bahagian atas piramid
mempunyai autoriti dan tanggungjawab-tanggungjawab yang lebih tinggi
berbanding individu-individu yang berada di tahap bawah piramid tersebut.

4.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


STRUKTUR ORGANISASI

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi struktur sesebuah organisasi iaitu


strategi-strategi organisasi, saiz, teknologi dan faktor-faktor persekitaran. Kita
akan membincangkan setiap faktor satu persatu.

4.1.1

Strategi Organisasi

Persoalan penting bagi sesebuah organisasi dalam mencapai objektif-objektifnya


ialah bagaimana organisasi tersebut distrukturkan. Struktur-struktur yang tepat
tidak semestinya menjamin kejayaan tetapi ia akan meningkatkan kebarangkalian
kadar kejayaan. Ini bermakna struktur organisasi boleh membantu pihak
pengurusan dalam mencapai objektif-objektif yang ditetapkan. Memandangkan
objektif-objektif merupakan sebab strategi organisasi digubal, kedua-dua objektif
dan strategi mestilah saling berkaitan. Secara khususnya, struktur organisasi
perlu dirangka mengikut strategi-strategi yang telah digubal oleh organisasi
tersebut. Dalam erti kata lain, perubahan-perubahan dalam strategi-strategi
organisasi akan membawa kepada perubahan-perubahan dalam struktur
organisasi tersebut. Perubahan-perubahan dalam struktur organisasi ini akan
membantu memudahkan dan menyokong perubahan-perubahan dalam strategi
organisasi tersebut.
Walaupun kajian telah menyatakan pentingnya struktur organisasi dirangka
mengikut strategi yang telah diputuskan, ianya adalah jelas di sini bahawa
strategi bukanlah faktor utama yang perlu diambil kira. Proses memadankan
struktur dengan strategi adalah suatu yang rumit dan ia mesti dilakukan melalui
pemahaman yang mendalam tentang sejarah struktur organisasi semasa dan
faktor-faktor lain seperti saiz organisasi, persekitaran dan teknologi.

66 X

4.1.2

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

Saiz Organisasi

Terdapat banyak kaedah untuk mengukur saiz sesebuah organisasi. Ukuran


yang sering digunakan adalah kuantiti jualan dan bilangan tenaga kerja. Saiz
boleh mempengaruhi struktur sesebuah organisasi. Organisasi yang bersaiz kecil
mempunyai kecenderungan untuk kurang pengkhususan kerja, kurang
penstandardan dan lebih ke arah pemusatan pembuatan keputusan. Sementara
itu, organisasi yang bersaiz besar mempunyai kecenderungan ke arah
pengkhususan kerja, penstandardan dan pengagihan pembuatan keputusan. Ini
bermakna organisasi yang lebih besar lebih menitikberatkan pengkhususan
kerja, penjabatanan, pengembangan carta organisasi dan peraturan berbanding
dengan organisasi yang lebih kecil saiznya.

4.1.3

Teknologi

Antara faktor lain yang mempengaruhi struktur organisasi adalah teknologi.


Teknologi merujuk kepada bagaimana sesebuah organisasi mengubah inputnya
menjadi output atau pengeluaran. Setiap organisasi akan mempunyai sekurangkurangnya sejenis teknologi yang mengubahkan sumber-sumber kewangan,
tenaga kerja dan fizikal kepada produk atau perkhidmatan. Tahap rutin adalah
satu aspek yang membezakan teknologi, sama ada teknologi itu adalah aktiviti
rutin atau aktiviti bukan rutin. Aktiviti-aktiviti yang bukan rutin merupakan
sesuatu yang khusus misalnya operasi pengeluaran produk dan perkhidmatan
yang spesifik mengikut keperluan pengguna-pengguna seperti yang diamalkan
oleh tukang jahit, tukang masak dan tukang gunting rambut.
Apakah hubungan antara struktur dan teknologi? Tugas-tugas rutin biasanya
mempunyai kecenderungan ke arah struktur penjabatanan yang lebih besar. Oleh
yang demikian, aktiviti-aktiviti rutin mewujudkan struktur-struktur yang lebih
berpusat, manakala aktiviti-aktiviti bukan rutin banyak bergantung kepada
kepakaran seseorang individu, sebagai contoh, tukang gunting; ini akan
mewujudkan satu struktur yang lebih terpencar.
Bagi memudahkan pemahaman anda, sila teruskan pembacaan anda tentang
contoh berikut. Sekiranya operasi tersebut berdasarkan teknologi yang rutin di
mana pengeluaran produk dan perkhidmatan dihasilkan secara pukal seperti
kilang pakaian yang beroperasi dengan cara yang lebih formal, maka lebih
banyak penjabatanan, pengkhususan kerja dan pematuhan terhadap peraturan
dan undang-undang akan dibuat. Sebaliknya jika organisasi tersebut beroperasi
dengan teknologi bukan rutin seperti perniagaan tukang gunting rambut, ia
tidak memerlukan banyak penjabatanan, pengkhususan kerja dan pematuhan
yang ketat kepada peraturan, seperti yang dikehendaki oleh sebuah kilang.

TOPIK 4

4.1.4

REKA BENTUK ORGANISASI

67

Persekitaran

Faktor seterusnya adalah persekitaran. Setiap organisasi akan menghadapi


pengaruh-pengaruh luaran yang memberi kesan kepada kewujudan sesebuah
organisasi, yang dikenali sebagai pengaruh persekitaran atau faktor-faktor yang
khusus atau umum. Mengapakah persekitaran memberi kesan ke atas struktur
sesebuah organisasi? Ini kerana perubahan-perubahan dalam persekitaran tidak
dapat ditentukan. Sesetengah organisasi akan menghadapi persekitaran statik,
manakala sesetengah akan menghadapi persekitaran yang dinamik. Persekitaran
yang statik lebih selamat daripada persekitaran yang dinamik kerana tidak perlu
risau dengan persekitaran yang tidak menentu. Memandangkan ketidaktentuan
dalam persekitaran boleh menggugat keberkesanan organisasi, pihak
pengurusan akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan ancaman tersebut.
Salah satu cara mengurangkan ketidaktentuan dalam persekitaran ialah dengan
membuat perubahan kepada struktur organisasi tersebut.

LATIHAN 4.1
Senaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi struktur organisasi.

4.2
4.2.1

MEREKA BENTUK STRUKTUR


ORGANISASI
Penjabatanan

Struktur organisasi diwujudkan berdasarkan jenis-jenis penjabatanan.


Penjabatanan bermaksud pembahagian kerja dan pekerja kepada unit-unit
organisasi yang berbeza, yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugastugas yang diberi. Setiap individu dalam unit-unit yang berbeza akan bekerja
dan semua hasil kerja akan disasarkan ke arah objektif-objektif yang telah
ditentukan. Terdapat lima jenis penjabatanan iaitu penjabatanan berdasarkan
fungsi, produk, pelanggan, lokasi geografi dan matriks. Kelima-lima jenis
penjabatanan ini boleh dilihat dalam Rajah 4.1 berikut.

68 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

Rajah 4.1: Jenis-jenis penjabatanan

(a)

Penjabatanan Fungsian
Penjabatanan fungsian menyelaraskan, kerja dan pekerja melalui unit-unit
yang berbeza dan setiap unit bertanggungjawab untuk fungsi perniagaan
atau bidang kepakaran yang tertentu. Contohnya, penjabatanan yang
mengikut fungsi-fungsi atau bidang-bidang yang sama adalah akaun,
jualan, pemasaran, pengeluaran, operasi dan jabatan sumber manusia.
Penjabatanan yang berasaskan fungsi digunakan secara meluas oleh
organisasi. Rajah 4.2 menunjukkan penjabatanan fungsian dengan lebih
jelas lagi.

Rajah 4.2: Contoh penjabatanan fungsian


Jabatan jenis ini mempunyai beberapa kelebihan. Pertama, ia membolehkan
kerja dilaksanakan oleh individu-individu yang berkelayakan dan
berkemahiran dalam bidang berkenaan. Kelebihan kedua pula ialah ia
dapat mengurangkan kos dengan mengurangkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber-sumber dalam organisasi. Ketiga, setiap individu
dalam jabatan yang sama akan memperoleh pengalaman kerja atau latihan,
komunikasi dan penyelarasan yang sama, seterusnya ia dapat
mengurangkan masalah kepada pengurusan.
Walau bagaimanapun, penjabatan jenis ini juga mempunyai beberapa
kelemahan, seperti kesukaran untuk menyelaras antara jabatan-jabatan.
Penjabatanan berfungsi boleh menyebabkan kelewatan dalam pembuatan
keputusan dan menghasilkan golongan pengurus dan pekerja yang terbatas
daripada segi pengalaman dan kepakaran.

TOPIK 4

(b)

REKA BENTUK ORGANISASI

69

Penjabatanan Produk
Penjabatanan ini adalah berdasarkan kepada produk-produk dan kerja
pekerja-pekerja dalam unit-unit yang berbeza, masing-masing dengan
tanggungjawab untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan.
Berdasarkan Rajah 4.3 berikut, setiap jabatan mewakili satu jenis output
atau pengeluaran organisasi. Sesebuah organisasi yang mengamalkan
penjabatanan jenis output seperti ini mempunyai beberapa kelebihan. Salah
satu kelebihan yang utama adalah ia membolehkan pengurus dan pekerja
mengembangkan pengalaman dan kepakaran mereka yang berkaitan
dengan aktiviti keseluruhan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan.
Selain daripada itu, struktur jabatan berdasarkan produk membolehkan
pengurusan menilai prestasi kerja bagi setiap unit kerja.
Namun demikian, penjabatanan produk juga mempunyai beberapa
kelemahan. Pengurus-pengurus mungkin memberi tumpuan kepada
produk mereka sehingga mengabaikan aspek lain dalam organisasi. Kos
pentadbiran mungkin juga meningkat kerana setiap produk mempunyai
pakar-pakar bidang fungsiannya sendiri.

Rajah 4.3: Contoh penjabatanan produk

(c)

Penjabatanan Pengguna
Penjabatanan jenis ini menyelaras kerja dan pekerja dalam unit-unit yang
berbeza yang bertanggungjawab kepada jenis-jenis pengguna tertentu sahaja.
Kelebihan jabatan berasaskan pengguna ini adalah organisasi akan dapat
menumpukan segala usahanya dalam memenuhi keperluan pengguna. Oleh
itu, sesebuah organisasi akan menubuhkan unit-unit yang berbeza untuk
menyediakan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna yang tertentu. Di
samping itu, ia juga membolehkan organisasi mengkhusus dan
menyesuaikan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
menyelesaikan masalah-masalah pengguna.
Beberapa kelemahan penjabatanan ini adalah wujudnya pertindihan kerja
dan penggunaan sumber dan kesukaran untuk menyelaraskan antara
jabatan-jabatan yang menyediakan perkhidmatan kepada jenis-jenis

70 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

pengguna yang berbeza. Penjabatanan pengguna menyebabkan pekerjapekerja terlalu menumpukan usaha kepada memenuhi keperluan
pelanggan sehingga ia menjejaskan prestasi perniagaan organisasi tersebut.
Sila rujuk Rajah 4.4 berikut untuk memahami dengan lebih baik tentang
penjabatanan jenis ini.

Rajah 4.4: Contoh penjabatanan pengguna

(d)

Penjabatanan Geografi
Penjabatanan geografi menyelaraskan kerja dan pekerja daripada unit-unit
yang berbeza yang bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
perniagaan di lokasi geografi yang tertentu.
Kelebihan jabatan berasaskan lokasi geografi ini adalah keupayaan
organisasi untuk bertindak balas dengan cepat dan cekap terhadap
keperluan pasaran-pasaran tertentu yang mana merupakan dalam skop
tanggungjawab sesebuah jabatan. Kelebihan ini adalah lebih penting
apabila produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dipasarkan ke negaranegara yang berbeza. Selain itu, ia juga membantu untuk mengurangkan
kos dengan mengagihkan sumber-sumber organisasi tersebut lebih dekat
kepada pengguna-pengguna sasaran.
Kelemahannya pula ialah ia mewujudkan pertindihan kerja dan
penggunaan sumber-sumber organisasi. Selain itu, kesukaran akan
timbul dalam menyelaraskan antara jabatan-jabatan memandangkan
jabatan-jabatan berada di kawasan geografi yang terletak jauh antara satu
sama lain. Rajah 4.5 menggambarkan penjabatanan geografi.

Rajah 4.5: Contoh penjabatanan geografi

TOPIK 4

(e)

REKA BENTUK ORGANISASI

71

Penjabatanan Matriks
Struktur ini menggabungkan dua atau lebih jenis penjabatanan pada masa
yang sama. Terdapat beberapa faktor yang membezakan penjabatanan
matriks daripada struktur-struktur yang lain iaitu dalam penjabatanan
matriks, pekerja-pekerja melaporkan kepada dua orang penyelia atau
pengurus yang berlainan. Selain itu, ia juga menuju ke arah fungsi
interaktif bersilang yang tidak boleh dilakukan pada jenis-jenis
penjabatanan yang lain. Kelebihan jabatan matriks adalah ia membolehkan
organisasi untuk menguruskan dengan cekap projek-projek atau aktivitiaktiviti yang berskala besar dan kompleks.
Kelemahan struktur matriks adalah ia memerlukan tahap koordinasi yang
lebih tinggi untuk menguruskan kerumitan yang terlibat dalam usaha
menjalankan projek-projek besar atau projek-projek yang mempunyai
banyak peringkat untuk disiapkan. Keadaan ini sering menyebabkan
jabatan matriks memberi tumpuan kepada konflik kuasa dan kekeliruan di
kalangan pekerja yang perlu melaporkan diri kepada lebih daripada
seorang penyelia atau pengurus. Selain itu, jabatan matriks tersebut juga
memerlukan kemahiran pengurusan di peringkat yang lebih tinggi
berbanding dengan lain-lain jenis penjabatanan.

LATIHAN 4.2
Terangkan konsep penjabatanan dan nyatakan satu kelebihan dan satu
kelemahan bagi setiap penjabatanan yang anda tahu.

SEMAK KENDIRI 4.1


Apakah jenis penjabatanan yang diamalkan oleh organisasi anda?

4.3

AUTORITI

Autoriti adalah sebahagian daripada struktur organisasi. Autoriti bermaksud


hak untuk memberi arahan, mengambil tindakan dan membuat keputusan yang
berkaitan dengan aktiviti-aktiviti untuk mencapai objektif-objektif sesuatu
organisasi. Kuasa atau autoriti merujuk kepada hak yang diberi kepada jawatan
pengurusan yang merupakan pihak berkuasa dalam sesebuah organisasi.
Autoriti biasanya disalurkan daripada atas ke bawah, iaitu, kepada peringkat

72 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

pengurusan bawahan. Autoriti diletakkan pada sesuatu jawatan tanpa


mengambil kira faktor-faktor peribadi pemegang jawatan tersebut. Hak ini
wujud berdasarkan kedudukan rasmi dalam sesebuah organisasi. Apabila
seseorang meninggalkan kedudukan rasminya, autoriti masih kekal dengan
jawatan tersebut.

4.3.1

Rantaian Arahan

Dalam Rajah 4.6, terdapat garisan-garisan yang menghubungkan segi empat


tepat di bahagian paling atas dengan segi empat tepat yang berada di bahagian
yang lebih rendah. Garisan-garisan ini dikenali sebagai rantaian arahan.
Rantaian arahan menerangkan tentang siapa melapor kepada siapa dalam
sesebuah organisasi. Individu-individu dalam segi empat tepat yang paling atas
mempunyai kuasa terhadap individu-individu dalam segi empat tepat yang
lebih rendah, mengikut garisan-garisan yang menghubungkan mereka. Individuindividu di peringkat paling atas mempunyai hak untuk memberi arahan,
mengambil tindakan dan membuat keputusan tentang kerja individu-individu
(subordinat) yang berada di bawah mereka. Individu-individu di peringkat yang
lebih rendah mesti melaporkan semua aspek kerja mereka kepada orang-orang
di peringkat atas daripada mereka mengikut rantaian arahan tersebut.
Bagi mengelakkan peringkat bawahan daripada kekeliruan dan konflik kuasa
akibat daripada keperluan untuk melaporkan kepada lebih daripada seorang
pengurus, perpaduan arahan diperlukan dalam sesebuah organisasi.
Kesepakatan arahan adalah prinsip pengurusan yang menyatakan bahawa
pekerja-pekerja hanya melaporkan kepada seorang pengurus pada satu-satu
masa. Dalam erti kata lain, hanya seorang pengurus diberi kuasa untuk menjadi
pemimpin pada satu-satu masa atau untuk sebarang aktiviti dalam sesebuah
organisasi.

Rajah 4.6: Rantaian arahan

TOPIK 4

4.3.2

REKA BENTUK ORGANISASI

73

Autoriti Lini dan Staf

Dimensi autoriti yang seterusnya membezakan antara autoriti lini dengan


autoriti staf. Perbezaan antara kedua-duanya ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Autoriti lini dan autoriti staf perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk
mengekalkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Untuk
memastikan kedua-duanya bekerja dengan produktif, pihak pengurusan mesti
memastikan yang kedua-dua kumpulan autoriti ini memahami misi organisasi
tersebut, mempunyai objektif-objektif yang khusus dan yakin bahawa
perkongsian mereka itu dapat membantu organisasi mencapai objektifobjektifnya.
Jadual 4.1: Perbezaan antara Autoriti Lini dan Autoriti Staf
Autoriti Lini

Autoriti Staf

Autoriti lini berhak membuat keputusan


dan memberi arahan kepada pekerjapekerja yang diletakkan di bawah rantaian
arahannya. Pengarah, yang mempunyai
autoriti lini, berhak memberi arahan
kepada pengurus-pengurus di bawahnya.
Pada umumnya, autoriti lini adalah
berhubung kait dengan urusan-urusan
yang melibatkan sistem pengurusan
organisasi terutamanya dalam semua aspek
yang berkaitan dengan kerja dan perlakuan
yang berhubung kait dengan usaha-usaha
untuk mencapai objektif-objektif yang telah
ditetapkan. Autoriti lini membantu mereka
yang menerimanya untuk bekerja dan
memastikan kecekapan aktiviti-aktiviti di
bawah tanggungjawab mereka.

Autoriti staf pula melibatkan hak


untuk memberi nasihat dan bantuan
kepada pihak-pihak yang mempunyai
autoriti lini dan juga pekerja-pekerja
lain, meskipun mereka bukan bawah
rantaian tersebut. Perlu diingatkan
bahawa autoriti staf adalah hanya
untuk memberikan nasihat dan
bantuan dan bukannya memberi
arahan seperti autoriti lini. Autoriti
staf membolehkan sesetengah pihak
untuk
membantu
dalam
meningkatkan keberkesanan autoriti
lini melaksanakan tugas-tugas di
bawah tanggungan mereka.

4.3.3

Fungsi Lini dan Staf

Istilah lini dan staf digunakan untuk menerangkan pelbagai fungsi dalam
sesebuah organisasi. Fungsi lini adalah satu aktiviti yang menyumbang secara
langsung kepada pengeluaran dan jualan produk dan perkhidmatan sesebuah
organisasi kepada pengguna-pengguna. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh jabatan pengeluaran dan pemasaran dikenali sebagai fungsi lini.
Fungsi staf pula merupakan satu aktiviti yang menyumbang secara tidak
langsung kepada pengeluaran dan jualan produk dan perkhidmatan sesebuah
organisasi termasuklah aktiviti-aktiviti pendukungnya. Khususnya, fungsi staf

74 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

dalam sesebuah organisasi adalah aktiviti yang dijalankan oleh jabatan-jabatan


seperti akaun, sumber manusia dan undang-undang. Sebagai contoh, pengurus
jabatan pemasaran boleh meminta nasihat daripada jabatan undang-undang
untuk memastikan yang perkataan-perkataan yang digunakan dalam iklan-iklan
tertentu adalah selaras dengan undang-undang.

4.3.4

Jangkauan Kawalan

SEMAK KENDIRI 4.2


Sebelum anda menyambung bacaan, sila renung sejenak. Apakah yang
anda faham dengan terma jangkauan kawalan?
Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan pekerja yang melapor terus
kepada seseorang pengurus atau penyelia.
Ahli-ahli teori pengurusan klasik seperti Henri Fayol percaya bahawa strukturstruktur organisasi adalah menegak dan terdiri daripada beberapa peringkat
pengurusan yang mempunyai jangkauan kawalan yang terhad. Jangkauan
kawalan yang terhad ini membolehkan organisasi untuk meningkatkan usahausahanya dalam memantau kakitangannya. Jangkauan kawalan yang terhad
bermakna bilangan pekerja yang diletakkan di bawah penyeliaan seorang
pengurus adalah kecil; justeru memastikan penyeliaan yang lebih rapi.
Walau bagaimanapun, organisasi-organisasi yang mempunyai struktur
organisasi yang panjang dan jangkauan kawalan yang terhad akan menanggung
kos yang lebih tinggi terutamanya gaji pekerja. Kos yang tinggi adalah
disebabkan oleh struktur organisasi menegak yang mana ia memerlukan
peringkat pengurusan yang berganda. Selain itu, peringkat pengurusan
berganda ini merupakan punca kelewatan dalam pembuatan keputusan dan
kakitangan/pengurus mempunyai kecenderungan untuk merujuk masalah
mereka kepada pihak pengurusan atasan. Kreativiti di kalangan pekerja akan
menjadi terhad kerana kawalan ketat dan kurang kebebasan yang diberikan oleh
pihak pengurusan.
Pada masa ini, kebanyakan organisasi mengamalkan jangkauan kawalan yang
luas kerana ia mampu mengurangkan kos, mempercepatkan proses pembuatan
keputusan, meningkatkan kreativiti dan kefleksibelan, mengurangkan jurang
terhadap pengguna-pengguna dan memberikan kuasa kepada pekerja-pekerja.
Pada masa yang sama, organisasi tersebut berusaha untuk memastikan yang
jangkauan kawalan yang luas ini tidak menjejaskan organisasi dengan

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

75

menyediakan latihan kepada semua pekerja supaya mereka lebih memahami


keperluan kerja mereka dan menggunakan bantuan rakan-rakan mereka untuk
menyelesaikan isu-isu yang timbul.

LATIHAN 4.3
Terangkan secara ringkas perkara-perkara berikut:
(a)

Maksud rantaian arahan.

(b)

Perbezaan antara autoriti lini dengan fungsi lini.

(c)

Maksud jangkauan kawalan.

4.4

PEMUSATAN DAN PEMENCARAN

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan tahap pemusatan dalam sesebuah
organisasi.
Pemusatan merupakan satu situasi di mana hampir semua kawalan adalah
berpusat, terutamanya kawalan dalam pembuatan keputusan kepada satu pihak
iaitu pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi. Organisasi-organisasi
yang mengamalkan kaedah ini menyerahkan kuasa kepada pengurus-pengurus
untuk membuat keputusan, walaupun ia melibatkan perkara yang remeh.
Pemencaran merupakan satu situasi di mana sejumlah kuasa diturunkan kepada
subordinat atau pekerja di peringkat yang lebih rendah di sesebuah organisasi.
Organisasi-organisasi yang mengamalkan pemencaran mempunyai lebih banyak
penugasan kuasa di semua peringkat.
Sejauh mana sesebuah organisasi perlu memusatkan atau memencar kawalan
bergantung kepada keadaan yang dihadapi oleh organisasi tersebut. Seperti yang
diterangkan sebelum ini, organisasi-organisasi yang besar akan mendapat lebih
banyak kelebihan dengan mengamalkan pemencaran. Apabila saiz organisasi
berkembang, pihak pengurusan perlu menangani pengembangan dan
peningkatan tanggungjawab dan pelbagai jenis tugas yang mesti dilaksanakan.
Delegasi adalah satu langkah yang berkesan yang boleh membantu pengurus
dalam menangani isu penambahan beban kerja. Dalam isu-isu lain, pengurusan
peringkat atasan mungkin berpendapat bahawa organisasi telah menjadi terlalu
besar dan mempunyai tahap delegasi yang tinggi. Salah satu petanda yang

76 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

organisasi itu telah menjadi terlalu besar ialah dengan peningkatan dalam kos
buruh yang lebih tinggi berbanding kos-kos lain dalam organisasi tersebut. Oleh
itu, peningkatan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti tertentu boleh membantu
mengurangkan keperluan tenaga kerja, yang juga akan mengurangkan kos buruh
kepada tahap yang boleh diterima.
Sekiranya organisasi-organisasi menghadapi keadaan di mana penggunapengguna produk dan perkhidmatan berada di tempat-tempat yang berbeza,
maka pemencaran haruslah diamalkan. Pemencaran mampu meletakkan
sumber-sumber pengurusan lebih hampir kepada pengguna-pengguna dan
dengan berbuat demikian, organisasi tersebut akan dapat memberi tindak balas
dengan lebih cepat terhadap perubahan dari segi citarasa pengguna.
Sekiranya organisasi tersebut memerlukan pembuatan keputusan yang pantas
untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi, pemencaran merupakan pilihan
yang terbaik. Pemencaran boleh mengurangkan birokrasi dan membolehkan
pekerja-pekerja di peringkat bawahan membuat keputusan dengan lebih cepat
apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
Sekiranya kreativiti diperlukan dalam sesebuah organisasi, maka pemencaran
juga merupakan pilihan terbaik. Pemencaran memberikan penugasan kuasa
yang akan memberikan kebebasan dalam mencari pilihan yang terbaik untuk
mewujudkan atau menyelesaikan sesuatu isu. Selain itu, kebebasan yang
diberikan kepada pekerja dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam
teknik kerja atau produk.

4.5

REKA BENTUK KERJA

Reka bentuk kerja menentukan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pekerjapekerja atau sekumpulan pekerja. Ia menentukan bagaimana dan di mana kerja
tersebut mesti dilakukan serta oleh siapa. Selain itu, reka bentuk kerja juga
termasuk alat-alat dan kelengkapan yang akan digunakan semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti kerja. Objektif reka bentuk kerja adalah untuk mencapai
produktiviti. Kejayaan reka bentuk kerja mengambil kira faktor kecekapan dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Dalam erti kata lain, reka bentuk kerja
boleh memastikan persekitaran kerja yang sihat dan selamat bagi pekerja-pekerja
dalam jangka masa pendek dan panjang.

TOPIK 4

4.5.1

REKA BENTUK ORGANISASI

77

Pengkhususan Kerja

Pengkhususan kerja merujuk kepada tindakan menyerahkan kandungankandungan bahagian yang lebih kecil daripada keseluruhan kerja atau proses
kepada individu-individu. Sebagai contoh, proses keseluruhan penyediaan
burger terdiri daripada aktiviti-aktiviti kecil seperti menggoreng daging,
menyediakan sayur-sayuran, menyediakan ban dan membungkusnya. Dalam
kes ini, pengkhususan kerja mungkin boleh dilakukan kerana langkahlangkahnya mudah dipelajari dan tidak banyak aktiviti yang dipelbagai dan
aktiviti-aktivitinya pula kerap berulang. Seorang pekerja yang bertanggungjawab
melakukan pembungkusan akan mengendalikan aktiviti yang mudah untuk
dipelajari. Kepelbagaian kerja adalah rendah (hanya perlu untuk membungkus)
dan tahap pengulangannya adalah tinggi (pembungkusan).
Salah satu kelemahan pengkhususan kerja adalah dalam kes-kes di mana
tugasnya senang, maka orang yang menjalankan tugas tersebut akan mudah
merasa bosan. Ia menyebabkan tahap kepuasan kerja yang rendah dan kadar
ketidakhadiran menjadi tinggi dan selepas itu ia boleh menyebabkan organisasi
mempunyai kadar pusing ganti pekerja yang tinggi.
Sebab utama pengkhususan kerja dilaksanakan adalah ia lebih menjimatkan.
Dengan adanya pengkhususan kerja, contohnya tugas membungkus burger, ia
mengambil masa yang lebih singkat untuk mempelajarinya dan menjadi mahir.
Jika terdapat pekerja yang telah meletak jawatan atau tidak datang bekerja,
organisasi tersebut hanya akan menghadapi penurunan kecil dari segi
produktiviti apabila pekerja baru diambil sebagai pengganti. Selain daripada itu,
apabila reka bentuk kerja adalah mudah, upah atau gaji yang ditawarkan juga
adalah rendah. Kerja yang mudah tidak memerlukan gaji yang tinggi untuk
menarik perhatian pekerja-pekerja.

4.5.2

Pusingan, Perluasan dan Pengayaan Kerja

Disebabkan oleh kecekapan pengkhususan kerja, organisasi-organisasi


mendapati sukar untuk menghapuskan pelaksanaannya. Oleh yang demikian,
mereka bentuk semula kerja adalah penting untuk mengekalkan kelebihankelebihan pengkhususan kerja. Tiga kaedah telah diperkenalkan, iaitu pusingan
kerja, perluasan kerja dan pengayaan kerja.
Pusingan kerja diamalkan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengkhususan
kerja dengan memindahkan pekerja-pekerja daripada satu jenis pengkhususan
kepada pengkhususan yang lain secara berkala. Sebagai contoh, pekerja-pekerja
yang bertanggungjawab membungkus burger dipindahkan kepada aktiviti

78 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

menggoreng daging. Tujuan pusingan kerja adalah untuk menyediakan pekerjapekerja dengan pelbagai aktiviti dan juga peluang untuk memanfaatkan
kemahiran yang berbeza. Penggiliran kerja membolehkan organisasi untuk terus
mengamalkan pengkhususan kerja. Selain itu, kepelbagaian aktiviti juga akan
dapat mengurangkan kebosanan pekerja-pekerja dan memberi kepuasan kerja
yang lebih.
Perluasan kerja adalah satu lagi kaedah untuk mengatasi kelemahan
pengkhususan kerja. Perluasan kerja melibatkan penambahan bilangan tugas
dalam sesuatu aktiviti. Sebagai contoh, sebelum ini, pekerja hanya perlu
mengendalikan pembungkusan burger tetapi apabila skop kerja diperluaskan,
pekerja tersebut tidak lagi hanya menjalankan aktiviti pembungkusan tetapi juga
melaksanakan aktiviti-aktiviti lain seperti menuang sos dan melabel burger.
Walaupun ramai pekerja mengadu yang mereka tertekan disebabkan perluasan
kerja, namun yang lain merasakan bahawa perluasan kerja memberikan mereka
peluang untuk membangunkan kemahiran yang lain.
Pengayaan kerja melibatkan peningkatan dalam bilangan tugas dalam aktiviti
dan memberi kuasa serta kawalan kepada pekerja-pekerja dalam membuat
keputusan yang berkaitan dengan kerja mereka. Ahli-ahli psikologi termasuklah
Frederick Herzberg menyatakan bahawa pekerja-pekerja yang hanya
mengendalikan tugas yang sedikit akan mudah menjadi bosan. Pekerja tidak
menginginkan aktiviti-aktiviti yang mudah dan kurang mencabar. Ahli-ahli
psikologi yang lain seperti Herzberg, Maslow dan Alderfer percaya bahawa apa
yang diperlukan oleh pekerja-pekerja daripada aktiviti-aktiviti kerja mereka
adalah pencapaian kerja yang dihasilkan daripada menjalankan kerja dengan
jayanya dan pengiktirafan bagi kejayaan yang datang daripada kemahiran dan
potensi yang mereka miliki. Pengayaan kerja cuba menangani isu-isu
ketidakpuasan hati mereka dengan menambah cabaran kerja.
Pengayaan kerja yang disyorkan oleh Herzberg adalah berdasarkan dua faktor
pendekatan motivasi. Pengayaan kerja bermakna membina pendorongpendorong (motivator) dalam aktiviti-aktiviti kerja untuk menjadikan kerja
tersebut lebih menarik dan mencabar. Ini boleh dilakukan dengan memberikan
pekerja-pekerja sedikit kebebasan dan membenarkan mereka merancang dan
memeriksa tugas, yang lazimnya dilakukan oleh penyelia atau pegawai atasan
mereka. Pekerja boleh diberikan tanggungjawab secara individu dalam
menentukan tahap kemajuan kerja mereka dan juga untuk membetulkan
kesilapan mereka sendiri. Apabila kerja tersebut menjadi lebih mencabar dan
tanggungjawab pekerja bertambah, maka motivasi dan minat mereka juga turut
bertambah.

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

79

LATIHAN 4.4
Berdasarkan pemahaman anda, terangkan secara ringkas yang berikut:
(a)

Perluasan kerja;

(b)

Pengayaan kerja; dan

(c)

Pusingan kerja.

4.6

REKA BENTUK PROSES ORGANISASI

Reka bentuk organisasi terbahagi kepada dua jenis iaitu organisasi mekanistik
dan organisasi organik. Organisasi mekanistik adalah sebuah organisasi yang
dikategorikan mengikut pengkhususan kerja dan tanggungjawab, peranan yang
tetap dan rantaian arahan yang lebih ketat yang disebabkan oleh kawalan
berpusat dan komunikasi menegak. Organisasi jenis ini adalah yang paling
sesuai untuk perniagaan yang stabil dan tidak berubah-ubah.
Sebuah organisasi organik merupakan sebuah organisasi yang dikategorikan
berdasarkan takrif kerja dan tanggungjawab yang luas, peranan yang berubahubah dan pemencaran dan komunikasi mendatar. Organisasi organik adalah
yang paling sesuai untuk perniagaan yang dinamik dan sentiasa berubah.
Kriteria utama yang membezakan antara kedua-dua pendekatan ini ialah
organisasi mekanistik memberi tumpuan kepada struktur organisasi, manakala
organisasi organik pula lebih tertumpu kepada proses organisasi yang
merangkumi himpunan aktiviti-aktiviti dalam organisasi yang menukarkan
input kepada output yang mempunyai nilai kepada pelanggan-pelanggan.

4.6.1

Kemunculan Reka Bentuk Organisasi Baru

Sejak awal 1980an, pengurusan organisasi sudah mula memikirkan beberapa


reka bentuk organisasi yang baru. Tujuannya adalah untuk membangunkan
pilihan untuk reka bentuk baru agar organisasi tersebut dapat bersaing dengan
lebih kompetitif. Dalam bahagian ini, empat reka bentuk organisasi baru akan
diterangkan  struktur pasukan, organisasi modular, organisasi maya dan
organisasi tanpa sempadan.

80 X

(a)

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

Struktur Pasukan
Penggunaan pasukan telah menjadi semakin popular dalam menyelaras
aktiviti-aktiviti kerja.
Kriteria utama dalam struktur pasukan adalah disintegrasi jabatan dan
pemencaran dalam pembuatan keputusan kepada tahap pasukan kerja.
Bagi organisasi yang kecil daripada segi saiznya, keseluruhan organisasi
tersebut boleh dilihat sebagai satu pasukan. Organisasi yang lebih besar
mempunyai struktur pasukan yang melengkapi apa yang kita panggil
birokrasi. Ini membolehkan organisasi tersebut mencapai penstandardan
yang cekap yang diamalkan oleh birokrasi selain daripada mempunyai
unsur fleksibiliti yang datang bersama struktur pasukan. Penggunaan
pasukan seperti pasukan tunggal dan pasukan silang fungsi akan
meningkatkan lagi produktiviti dan kecekapan dalam sesebuah organisasi.

SEMAK KENDIRI 4.3


Sejauh manakah anda bersetuju dengan penggunaan pasukan dalam
melaksanakan kerja?
(b)

Organisasi Modular
Setiap organisasi mempunyai kelebihan dan keunikan masing-masing
dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan kepada pelangganpelanggan mereka. Kelebihan dan keunikan ini terkandung dalam aktiviti
teras perniagaan di mana organisasi dapat melaksanakannya dengan baik,
cepat dan murah berbanding dengan organisasi-organisasi lain.

Sebuah organisasi modular akan menyumber luar aktiviti-aktiviti


perniagaannya kepada organisasi-organisasi, pembekal-pembekal, pakar-pakar
dan konsultan-konsultan yang lain.

Maksud perkataan modular digunakan sebagai aktiviti-aktiviti


perniagaan boleh dibeli daripada organisasi-organisasi lain bagi tujuan
menambahkan aktiviti-aktiviti dan boleh digugurkan apabila mereka tidak
diperlukan lagi.
Organisasi modular mempunyai beberapa kelebihan. Sebagai contoh,
bayaran bagi aktiviti-aktiviti penyumberan luar seperti buruh, tenaga
pakar atau keupayaan pengeluaran hanya berlaku apabila transaksi
tersebut diperlukan. Ini akan menyebabkan kos yang ditanggung adalah

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

81

lebih rendah jika semua aktiviti tersebut diuruskan dengan sendiri. Kedua,
aktiviti penyumberan luar dapat memberi tumpuan kepada tugasnya yang
sendiri sekali gus memastikan prestasi yang lebih baik.
Namun demikian, untuk mengekalkan kelebihan-kelebihan ini, terdapat
beberapa prasyarat yang mesti dipenuhi terlebih dahulu. Syarat yang
paling penting adalah organisasi modular memerlukan kerjasama yang erat
dengan organisasi-organisasi yang melakukan aktiviti perniagaan
penyumberan luar. Walau bagaimanapun, organisasi modular juga
mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu. Kelemahan yang paling
kritikal bagi organisasi modular adalah hilangnya kawalan apabila aktiviti
perniagaan melibatkan penyumberan luar kepada organisasi-organisasi
lain. Selain itu, organisasi juga mungkin mengurangkan kelebihan daya
saingnya secara tidak disedari melalui dua cara. Pertama, perubahan dalam
teknologi dan persaingan boleh menyebabkan keadaan di mana aktivitiaktiviti penyumberan luar yang pada awalnya telah dikenal pasti sebagai
aktiviti sampingan kemudiannya menjadi saingan kepada organisasi
tersebut. Kedua, organisasi yang menerima aktiviti penyumberan luar
boleh menjadi pesaing pada satu hari nanti.
(c)

Organisasi Maya

Sebuah organisasi maya adalah sebuah organisasi yang telah menjadi


sebahagian daripada sebuah rangkaian perniagaan. Organisasi-organisasi
maya wujud dalam satu rangkaian yang berkongsi kepakaran, kos,
keupayaan, pasaran dan pelanggan secara kolektif bagi mengatasi masalahmasalah pelanggan atau mengeluarkan produk-produk atau perkhidmatanperkhidmatan yang tertentu.

Syarikat pengeluar kasut, Puma, merupakan salah satu contoh sebuah


organisasi maya. Puma bertanggungjawab bagi strategi dan pasaran di
Jerman. Satu rangkaian firma kecil di Asia juga mengendalikan pembelian
dan pengedaran bahan-bahan mentah yang akan digunakan untuk
menghasilkan kasut sukan Puma. Organisasi yang berbeza di China, Taiwan
dan Indonesia adalah bertanggungjawab untuk menghasilkan kasut Puma.
Rangkaian organisasi yang berbeza mengendalikan rangkaian jualan dan
pengedaran produk yang beroperasi di Afrika, Asia, Australia, Eropah,
Amerika Utara dan Amerika Selatan. Secara keseluruhannya, 80 organisasi
yang berbeza dari seluruh dunia terlibat dalam membuat dan menjual kasut
sukan Puma.

82 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

Tidak seperti organisasi-organisasi modular yang boleh dilihat sebagai


stabil dan mempunyai hubungan yang berpanjangan dengan organisasiorganisasi yang berurusan dengannya, organisasi maya mempunyai
hubungan yang lebih singkat dan sementara dengan organisasi-organisasi
yang berada dalam rangkaiannya. Oleh itu, komposisi organisasi maya
sering berubah-ubah. Gabungan organisasi yang menjadi rakan kongsi
dalam rangkaiannya bergantung kepada kepakaran yang diperlukan untuk
menyelesaikan sebarang masalah atau menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang khusus kepada pengguna.
Organisasi maya ini mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri.
Salah satu kelebihan organisasi maya adalah ia membolehkan organisasi
yang terlibat dalam rangkaian untuk berkongsi semua kos yang terlibat.
Oleh kerana ahli-ahli rangkaian boleh menggabungkan usaha mereka
dalam memenuhi keperluan-keperluan pengguna dengan pantas, mereka
akan dapat bertindak dengan pantas dan fleksibel. Selain itu, oleh sebab
ahli-ahli melakukan yang terbaik, secara teorinya organisasi maya akan
mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik dalam
semua aspek.
Kelemahan yang dihadapi oleh organisasi modular juga dihadapi oleh
organisasi maya. Apabila aktiviti perniagaan disumber keluar, ia akan
menjadi sukar untuk dikawal terutamanya dari segi kualiti kerja yang
dihasilkan oleh rakan dalam rangkaian. Sebaliknya, kelemahan yang paling
ketara bagi organisasi maya adalah pelaksanaan organisasi maya
memerlukan tahap kepakaran pengurusan yang tinggi demi memastikan
rangkaian organisasi yang terlibat akan bekerjasama dengan lebih baik
terutamanya jika ia cenderung ke arah hubungan jangka masa pendek
disebabkan oleh aktiviti yang dijalankan atau hubungan-hubungan yang
berdasarkan projek.
(d)

Organisasi Tanpa Sempadan

Sebuah organisasi tanpa sempadan merupakan sebuah organisasi yang cuba


untuk menghapuskan rantaian arahan dan menggantikan penjabatanan
dengan autoriti pasukan. Ini bermakna organisasi tersebut berusaha ke arah
menghapuskan sempadan-sempadan, sama ada yang menegak atau
melintang dalam sesebuah organisasi.

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

83

Keadaan ini tidak bermakna bahawa pengurus pada peringkat bawahan


dan pekerja-pekerja tidak lagi bertanggungjawab kepada pihak
pengurusan atasan tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah penekanan
kepada kepantasan, tindak balas yang cepat dan fleksibiliti. Jenis organisasi
seperti ini juga menghapuskan sempadan-sempadan yang memisahkan
antara persekitaran dalaman sesebuah organisasi dengan persekitaran
luarannya.
Salah satu kelebihan organisasi tanpa sempadan adalah organisasi ini akan
dapat memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan keupayaan pekerjapekerjanya dengan cara yang lebih baik. Dalam hal ini, menyelesaikan
masalah tidak lagi menjadi tanggungjawab individu-individu yang terlibat
dengan masalah yang berkenaan. Misalnya, masalah-masalah dalam
jabatan pemasaran yang sepatutnya diselesaikan oleh individu-individu
dalam bahagian pemasaran boleh diselesaikan oleh pakar-pakar dalam
perkara tersebut, sama ada dari dalam mahupun luar organisasi. Kelebihan
seterusnya adalah hubungan yang rapat antara semua bahagian dalam
organisasi dengan komponen-komponen di luar. Hubungan rapat ini
terbentuk akibat daripada disintegrasi sempadan yang memisahkan keduadua persekitaran tersebut.
Walau bagaimanapun, organisasi tanpa sempadan juga mempunyai
kelemahan-kelemahannya. Pertama sekali, pengurus dan pekerja-pekerja
sering menganggap bahawa peralihan organisasi kepada struktur tanpa
sempadan akan mengancam keselamatan kerja mereka. Kelemahan yang
paling ketara adalah tidak ada cara yang jelas untuk mencapai struktur
organisasi sebegini.

SEMAK KENDIRI 4.4


Apakah yang anda faham tentang organisasi tanpa sempadan?

84 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

LATIHAN 4.5
Soalan Esei
Terangkan perbezaan antara organisasi mekanistik dengan organisasi
organik.
Soalan-soalan Aneka Pilihan
1.

Faktor manakah yang tidak mempengaruhi struktur sesebuah


organisasi?
A.
B.
C.
D.

2.

Apakah jenis penjabatanan yang menyelaras kerja dan pekerjapekerja dalam unit-unit yang berbeza berdasarkan produk dan
perkhidmatan?
A.
B.
C.
D.

3.

Produk
Fungsian
Geografi
Maya

Apabila seorang pekerja ditambah bilangan tugasnya dalam sesuatu


aktiviti ia dikenali sebagai:
A.
B.
C.
D.

4.

Teknologi
Strategi organisasi
Jenis produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan
Saiz organisasi

Pusingan kerja
Perluasan kerja
Pengayaan kerja
Pengkhususan kerja

Apakah yang BENAR berkaitan penjabatanan pelanggan?


A.
B.
C.
D.

Mewujudkan pertindihan kerja.


Mewujudkan penjabatanan berdasarkan fungsi.
Menambahkan kos pengagihan sumber.
Penyelarasan antara jabatan menjadi semakin mudah.

TOPIK 4

5.

REKA BENTUK ORGANISASI

Organisasi jenis ini menyumber luar aktiviti-aktiviti perniagaannya


kepada organisasi-organisasi, pembekal, pakar-pakar dan konsultankonsultan yang lain.
Apakah jenis struktur organisasi yang dirujuk oleh kenyataan di atas?
A.
B.
C.
D.

Modular
Maya
Tanpa sempadan
Matriks

Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P)


1.

Organisasi-organisasi yang besar mempunyai struktur organisasi


yang cenderung kepada mengkhususkan kerja, mengurangkan
standard dan pemusatan.

2.

Penjabatanan matriks ialah sejenis struktur yang terdiri daripada dua


atau lebih jenis penjabatanan.

3.

Rantaian arahan menerangkan aliran kuasa dalam sesebuah organisasi.

4.

Henri Fayol percaya yang struktur organisasi yang menegak akan


mempunyai jangkauan kawalan yang terhad.

5.

Seorang pekerja telah dipindahkan daripada satu bidang kerja kepada


satu bidang kerja yang lain. Situasi ini dipanggil pengayaan kerja.

Soalan Kes: Reka Bentuk Organisasi

1.

Apakah yang anda faham tentang reka bentuk organisasi?

2.

Reka bentuk jenis manakah akan anda gunakan untuk organisasi anda
sekarang? Mengapa?

85

86 X

TOPIK 4

REKA BENTUK ORGANISASI

Organisasi-organisasi perlu distrukturkan sebaik mungkin


menggalakkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti-aktiviti.

Reka bentuk organisasi perlu disesuaikan dengan faktor-faktor yang


mempengaruhi keberkesanan strategi.

Strategi organisasi mempengaruhi struktur organisasi kerana strategi dapat


menentukan jenis-jenis tugas yang perlu diambil oleh pekerja-pekerja.

Struktur organisasi juga boleh menerangkan tentang autoriti dan


perpindahan autoriti dalam organisasi tersebut. Tambahan pula, ia
membantu dalam reka bentuk bentuk kerja yang terlibat dalam sesebuah
organisasi.

Sebuah organisasi mekanistik lazimnya didapati paling sesuai untuk


persekitaran yang stabil, manakala struktur organik biasanya lebih sesuai
untuk persekitaran yang bergolak.

Jangkauan kawalan

Pemencaran

Organisasi maya

Pemusatan

Organisasi mekanistik

Pengayaan kerja

Organisasi modular

Pusingan kerja

Organisasi tanpa sempadan

Rantaian arahan

Perluasan kerja

untuk

Anda mungkin juga menyukai