Anda di halaman 1dari 58

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1

Pengenalan dan Amanat MPBE


Mind Power Bio Energy (MPBE)

Modul

Isi Kandungan

Pengenalan MPBE dan amanat

Chakra

Pemikiran bawah sedar (subconscious mind)

Amalan amalan penting dan teknik pemusatan minda

Latihan pemusatan minda

Aura

Discaj dan Caj

Penjanaan dan pengolahan tenaga

Konsep warna dan cahaya MPBE

10

Tips dan amalan harian

11

Pengubatan MPBE

12

Taklimat akhir dan penganugerahan

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Asssalamualaikum W.B.T saudara/i yang dirahmati Allah.


Bermula awal pengajian MPBE adalah dengan sedikit amanat. Sebagai panduan agar
perjalanan menjadi mudah. Tanpa nakhoda, kapal belayar tidak berhaluan. Nakhoda
yang dimaksudkan adalah hati kalian. Setiap perbuatan adalah didahului dengan
niat. Pasangkan niat yang seikhlas mungkin dan tetapkan kesungguhan kalian untuk
menimba ilmu. Ask yourself, Mengapa aku menyertai pengajian ilmu MPBE ini?.
Jawapannya dilafazkan dan diakhiri dengan LillahiTaala.
Kapal Layar anda memerlukan angin untuk menuju destinasi. Mungkin ditakdirkan
saya sebagai sebahagian daripada angin itu.. Saya membimbing namun penetapan
haluan adalah di tangan kalian.
Mengapa saya menekankan factor haluan seperti di atas? Saudara/i akan
mempelajari knowledge yang boleh mencapai kebahagiaan dan juga yang boleh
menghancurkan dengan izin Allah s.w.t.. Setiap magnet punyai 2 kutub bukan?
Utara dan Selatan? Positif dan Negatif? Begitu juga dengan setiap sesuatu. Tuhan
menjadikannya berpasangan.
Hebat? Kuasa Allah jangan dipertikai. Carilah laluan yang sempurna dan halatuju
yang jelas.
Jadi? PASANGKAN NIAT YANG JELAS SEKARANG!!!

Asas pertama di dalam module ini adalah Teknik Rythmic Breathing (RB) atau
Pernafasan Berirama.

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Teknik RB ini boleh dilakukan di mana dan bila sahaja. Terdapat 3 peringkat dalam
RB iaitu Inhale (tarik nafas), retain (tahan nafas) dan exhale (buang nafas).
Teknik terbaik adalah duduk dalam keadaan bersila. Tegakkan spine dan relaxkan
semua muscles. Kosongkan fikiran. Tapak tangan dihalakan ke atas dan diletakkan
atas riba berhampiran lutut. Inhale dengan perlahan dan lembut pada kiraan 6
melalui hidung. Retain nafas selama kiraan 6 dan exhale pada kiraan 6 juga melalui
mulut. This is called a set of RB stage one. Stage 2 selama 8 kiraan , stage three 10
kiraan dan stage four 12 kiraan. Sampai masa nanti, kiraan ini akan diganti dengan
zikir. For now, gunakan kiraan 6 sehingga diberitahu kelak. Buatlah sekerap mungkin
dari sekarang.
Rajin-rajinlah membuat latihan ini kerana banyak faedahnya yang akan anda ketahui
nanti.

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

"Bagi setiap ilmu ada ahlinya; dan setiap orang dimudahkan untuk
mendapat apa yang diuntukkan baginya"(Imam Ghazali)
Ini adalah satu langkah permulaan, ke arah perjalanan yang masih jauh
Kali ini kita akan mengenali asas-asas Kundalini dan Chakra.
Kundalini adalah tenaga psycho-spiritual, tenaga alam sedar yang diyakini
terbenam dormant dalam tubuh. Ia adalah pengkalan tenaga utama mengikut
kepercayaan metafizik. Kundalini dalam bahasa Sanskrit bermaksud coiling macam
ular Ini adalah disebabkan kundalini bergerak dalam bentuk jalaran lingkaran seperti
ular bermula di pangkalan bawah spine @ tulang belakang kita.
Konsep Kundalini adalah daripada falsafah India purba dan merujuk kepada
kebijaksanaan disebalik pembangkitan spiritual.
Itzhak Bentov(1990), seorang saintis telah mengkaji Kundalini dari perspektif
kejuruteraan. Menurutnya, frekuensi 7.5 Hz rithma otot jantung mempengaruhi
frekuensi otak yang menghasilkan stimulus bersamaan satu lingkaran saraf yang
bertemu dengan lingkaran ini berhubungan dengan laluan Kundalini.
Sekali imbas, dengan keadaan sebegini, tubuh menjadi seperti antenna yang
menarik gelombang frekuensi dari ionosphere. Maksudnya kita adalah lebih peka
kepada sebarang kejadian sekeliling.
Tenaga

cahaya

Kundalini

adalah

berwarna

mereka):

"Adakah

merah membara.
Bertanyalah

(kepada

sama orang yang buta dengan orang yang

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?"(Al-An'aam:50)
Hadis Nabi SAW. yang bermaksud; "Barangsiapa mengamalkan/mengerjakan
apa-apa ilmu yang diketahuinya nescaya akan dipesakakan akan dia oleh
Allah akan Ilmu yang tidak diketahuinya".
Chakrology adalah kajian chakra. Ia juga berdasarkan budaya India kuno.
Terdapat persamaan jika diimbas dengan konsep Sufism iaitu Lataif-e-Sitta yang
meliputi Nafs, Qalb, Sirr, Ruh, Khafi, and Akhfa. Kesemua lataif (singular: latifa)
adalah organ spiritual yang menepati fungsi kelenjar endokrin dan organ-organ lain
tubuh manusia. Kita tidak perlu menghalusi lagi konsep ini, Cuma sebagai
pengetahuan am.
Beginilah

gambaran

cakra-cakra

utama

di

tubuh

manusia. (Pandangan Hadapan)

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
(Pandangan Sisi)
Chakra-cakra ada 7 kesemuanya
1. Base chakra: berkaitan dgn. Kerangka. (merah)
2. Sacral

chakra:

berkaitan

dengan

system

pembiakan (ovary dan gonad). (oren)


3. Solar plexus chakra: berkaitan dengan pancreas
& adrenals. (kuning)
4. Heart chakra: berkaitan dengan kelenjar thymus.
(hijau)
5. Throat

chakra:

berkaitan

dengan

kelenjar

thyroid. (biru)
6. Ajna chakra: berkaitan dengan kelenjar pituitary.
(indigo)
7. Crown chakra: berkaitan dengan kelenjar pineal.
(ungu)

CHAKRA DAN SISTEM ENDOKRIN

Sepuluh tahun kebelakangan ini telah


ditemukan

hubungkait

antara

chakra

dan sistem endokrin.


Crown chakra atau chakra mahkota
disebut juga sebagai chakra kesedaran,
ketua chakra yang mengawal chakrachakra lain. Peranannya sama dengan
fungsi

kelenjar

pituitary

yang

merembeskan hormon yang mengawal


seluruh

system

endokrin.

Ia

juga

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
bersambung dengan system saraf utama melalui hypothalamus.
Ajna Chakra atau third eye, berkaitan dengan kelenjar pineal. Ajna adalah chakra
masa dan kepekaan cahaya . Kelenjar pineal adalah peka cahaya, menghasilkan
hormon melatonin yang merangsang naluri tidur dan jaga. Ia juga menghasilkan
kimia Dimethyltryptamine.
Throat chakra, terletak selari dengan kelenjar thyroid, yang menghasilkan hormon
thyroid. Ia berfungsi terhadap pembesaran dan kematangan. Ketidakseimbangan
chakra ini menyebabkan perasaan gelisah, ketakutan, berfikiran tertutup dan
menolak sebarang perubahan.
Heart chakra, adalah berkaitan kasih sayang dan keseimbangan pemikiran.
Terletak selari dengan thymus, di dada. Organ ini adalah sebahagian daripada
system imunisasi. Ia menghasilkan T cells yang bertanggungjawab melawan
penyakit. Mudah diganggu oleh stress.
Solar plexus chakra, adalah berkaitan dengan tenaga dan penghadaman.
Bersamaan dengan fungsi yang dimainkan oleh pancreas dan kelenjar adrenal.
Keseimbangannya bersangkut paut dengan chakra sacral dan chakra base.
Sacral chakra, berhubungan dengan emosi, seks dan kreativiti. Chakra ini berkaitan
dengan testis atau ovari yang menghasilkan hormon berkaitan kitaran pembiakan.
Keseimbangan chakra ini akan menggalakkan intuisi, minda yang tenang dan
perasaan yang bertenaga.
Base chakra @ root chakra, berkaitan dengan keselamatan, survival dan juga
potensi perkembangan diri. Ia membantu mengaktifkan tenaga dan merangsang
aktiviti harian, tindakan dan kekuatan. Ketidakseimbangan chakra ini menyebabkan
permasalahan kepada kehidupan harian yang menghalang kita daripada bergerak ke
arah perkembangan yang positif.

Chakra adalah bersifat Ethereal atau ghaib. Namun begitu, cuba tengok gambar dan
ingatkan position chakra-chakra tersebut beserta dengan warna setiap chakra.

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Disebut juga sebagai medan-medan magnet tubuh, ia sebaiknya dihayati kerana
banyak fungsinya nanti.

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Alhamdulillah, semoga hari ini merupakan hari yang membahagiakan saudara/i dan
mendekatkan lagi penghayatan kehidupan pada Maha Pencipta.
Dalam modul 2, kita telah sedikit sebanyak mempelajari berkenaan kundalini dan
chakra. Fahamilah bahawa itu adalah KONSEP yang berbentuk ethereal atau ghaib.
Namun untuk mempermudahkan penghayatan dan pengaksesan pembelajaran,
yakinilah kewujudannya. Tidak ada yang mustahil dalam kerajaan Allah Ya Alimal
Ghoibi Wasshahadah.
Dalam modul ini dan seterusnya, saya akan cuba menggunakan Bahasa Melayu yang
sebaik mungkin (atas permintaan ramai). Kalau tersilap, maafkan.
Tajuk kita pada kali ini adalah PEMIKIRAN BAWAH SEDAR (SUBCONSCIOUS
MIND).
Pada hakikatnya, kita hidup dengan menggunakan dua system pemikiran, iaitu
minda sedar dan minda bawah sedar. Minda sedar adalah pemikiran yang sedang
kita gunakan sekarang manakala minda bawah sedar berlaku apabila minda kita
berada pada tahap kerehatan tertentu. Saintis telah lama mengesahkan bahawa kita
hanya menggunakan kurang daripada 10% kekuatan minda kita. Alangkah ruginya
kita.
Cuba bayangkan pemikiran bawah sedar umpama iceberg atau air batu apung yang
berbahaya itu (ingat Titanic?). Iceberg hanya kelihatan 10% sahaja dipermukaan
laut tetapi pada realitinya, di bawah sana ketulan yang sangat besar (90%) menanti!
Begitulah bentuk minda kita. Bayangkanlah jika kita terbalikkan keadaan itu, betapa
hebat jadinya kita nanti. Sangat penting bagi kita untuk menjanakan minda bawah
sedar itu bagi mencapai kejayaan dalam semua segi. Wallahualam.
Otak kita adalah organ kimia-elektro. Jika kesemua 13 bilion sel saraf otak dicaj
tenaga pada masa yang sama, ia boleh mencecah antara 5 ke 50 juta volt!
Aktiviti elektrikal dalam otak disebut sebagai gelombang otak. Terdapat 4 jenis
gelombang otak:

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Gelombang Betha
Bila

otak

dengan

The Brainwaves

dirangsang
aktiviti

dan

disibukkan

mental

seperti

mengira,berdebat atau memikir biasa, ia


hasilkan

gelombang

Betha.

Ia

berada

pada amplitude rendah tetapi frekuensi


gelombangnya paling laju (15 -40 kitaran
sesaat)
Gelombang Alpha
Wujud apabila otak dalam keadaan rehat.
Amplitudnya sedikit tinggi dan frekuensi
gelombangnya
kitaran

sedikit

rendah

sesaat).Seseorang

yang

(9-14
baru

selesai bekerja dan duduk rehat berada


dalam keadaan Alpha
Gelombang Theta
Amplitudnya lebih tinggi dan frekuensinya lebih rendah (5-8 kitaran sesaat). Orang
yang berehat penuh dan berkhayal berada dalam frekuensi gelombang ini.. Ketika
berkhayal dalam jamban juga boleh hasilkan frekuensi Theta!
Gelombang Delta
Amplitudnya tinggi dan frekuensi gelombangnya agak rendah (1.5-4 kitaran sesaat).
Ketika kita dalam keadaan hampir tidur, kita berada dalam frekuensi Theta dan bila
terlelap sahaja kita sudah berpindah ke dalam frekuensi Delta.
Misi kita sekarang adalah untuk menjanakan Minda Bawah Sedar (MBS) sebaikbaiknya dengan gabungan 5 pancaindera anugerah Tuhan. MBS berkait rapat dengan
Gelombang Frekuensi Minda itu.

10

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
MBS sentiasa merakam setiap tutur kata dan perbuatan kita sehari-hari. Ia
mengingati masa lampau anda dan akan menghantar kepada Minda Sedar reaksi
yang sama yang pernah berlaku kepada perlakuan yang baru. MBS tidak tahu mana
yang baik dan sebaliknya. Tidak tahu yang mana reality dan sebaliknya juga. Ia juga
tidak memahami gurauan. MBS boleh melakukan banyak perkara pada satu waktu.
Ia bekerja selama 24 jam 7 hari seminggu non-stop. Kita menggunakan MBS pada
banyak perlakuan seperti memandu. Tangan kita sudah seperti bergerak sendiri
menukar gear pada ketikanya, stering di control tanpa perlu berfikir dan
sebagainya. Yang menariknya, kita boleh memprogram MBS untuk mencapai
matlamat dan impian kita InsyaAllah.
Jika

anda

mempunyai

kesungguhan

yang

tinggi

untuk

berjaya,

MBS

akan

menjayakannya untuk anda secepat mungkin I.Allah. Saya telah mengalaminya dan
ia pastinya bukan khayalan. Yakinlah!
Keseluruhan alam sejagat ini adalah terdiri daripada lautan tenaga yang sentiasa
bergerak. Tenaga ini bertindak atas perintah Illahi sudah semestinya. Namun Allah
Taala memberi kita ruang untuk berinteraksi dengan alam ini melalui kekuatan MBS
yang juga adalah kurniaNya. Anda boleh mencipta kejayaan dengan gabungan
kekuatan alam sejagat ciptaan Allah ini dengan izin dan rahmatNya.
Bagaimana untuk melakukannya? Kita akan pelajari di Mod. 4 nanti, InsyaAllah.
Terus amalkan RB8 sehingga diberitahu kelak. Cuma mulai sekarang, jika ada
peluang melakukan RB dengan sempurna dan tanpa gangguan, cuba bayangkan
keindahan Masjidil Haram dan Baitullah dalam mata terpejam anda sehingga habis
10 set RB. Fokus dan jangan tergelincir. Jika tidak sempurna, tidak apa. Ulangi lagi
di lain masa dengan hati yang tabah dan tenang. Jangan cepat jemu demi kebaikan
anda juga. Pesan saya lagi, yakinlah dengan ilmu anda ini dan jangan berasa sangsi
Walau sedikitpun. Ingat! MBS sentiasa merakam apa yang anda fikir, sebut dan buat
tanpa prejudis!

11

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Sehingga kini, rasanya, setiap zarah tubuh anda termasuk sekalian bendalir seperti
darah dan neuron kaya raya dengan kandungan oksigen (dengan syarat anda
banyak buat latihan RB). Itu bermakna aura anda sangat kuat getaran medan
magnetnya. Itu juga bermakna anda berada pada tahap persediaan yang hebat
untuk melakukan apa sahaja.
Saudara/i,
Sains dan Metafizik bersetuju bahawa tenaga itu berasal daripada getaran zarahzarah pada frekuensi berlainan yang kemudiannya berlaga sesama sendiri dan
menghasilkan tenaga momentum.
Pemikiran, perasaan dan perbuatan kita terhasil asalnya daripada getaran. Getaran
akan berhubung sesama sendiri jika frekuensinya sama. Dalam kata-kata yang
mudah, minda kita sangat berkaitan dengan alam sejagat melalui konsep getaran.
Maka dengan itu, anda perlu lebih berhati-hati dengan setiap pemikiran dan
perasaan dan perbuatan anda kerana, dengan izin Tuhan, getaran yang terhasil akan
berhubungan terus dengan alam sejagat. Ia menghasilkan hubungan resonansi
dengan frekuensi alam yang bersamaan. Resonansi getaran itu menghasilkan tenaga
yang cukup bagi medan magnet anda dan medan tenaga alam bergabung. Gabungan
hebat inilah dengan izin Tuhan menuju kepada matlamat yang dihasratkan secara
sengaja atau tidak.
Di sinilah kita harus dengan bijaknya mencari jalan agar tenaga yang hebat itu
bekerja membantu kita mencapai matlamat yang diingini. Anda akan mempelajari
beberapa teknik yang telah digunakan oleh mereka yang mengerti dari berbagai
peradaban sejak sekian lama dengan sedikit sebanyak penokok tambahan.
Sebelum kita mempelajari teknik hening cipta, sebaiknya kita mempertingkatkan
keupayaan penumpuan (focus) kita dahulu. Kekuatan penumpuan amat perlu untuk
menyatukan tenaga dan diri.Penumpuan yang kuat wujud dari diri yang bersih dan
ikhlas.

12

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Apakah yang dimaksudkan dengan bersih dan ikhlas? Anda teruskan membaca dan
buatlah kesimpulan.
Berikut adalah langkah-langkah yang sebaiknya kita dilakukan;
1. Zikir
Zikir memiliki pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan cahaya
batin. Hati yang selalu terisi dengan Cahaya Zikir akan memancarkan
Nur Allah dan keberadaannya akan mempengaruhi perilaku yang serba
positif.
Kebiasaan melakukan zikir dengan baik dan benar akan menimbulkan
ketenteraman hati dan menumbuhkan sifat ikhlas. Hikmah zikir amatlah besar
bagi orang yang ingin membangkitkan kekuatan indera keenamnya ( batin ).
Ditinjau dari sisi ibadah, zikir merupakan latihan menuju Ikhlasnya hati dan
Istiqomah dalam berkomunikasi dengan Al Khaliq ( Sang Pencipta ).
Ditinjau dari sisi kekuatan batin, zikir merupakan kaedah membentuk dan
memperkuat Niat Hati, sehingga dengan izin Allah SWT, apa yang terdapat
dalam hati, itu pula yang akan dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan kata lain,
zikir memiliki beberapa manfaat, diantaranya : Membentuk, Memperkuat
Kehendak, Mempertajam Batin, sekaligus bernilai Ibadah.
Dengan zikir bererti membersihkan batin, ibarat sebuah lampu yang
tertutup kaca yang kotor, menyebabkan cahaya-sinarnya tidak muncul keluar
secara maksima. Melalui zikir, bererti membersihkan kotoran yang melekat
sehingga kaca menjadi bersih dan cahaya-sinarnya jelas memancar keluar.
Sampai disini mungkin timbul suatu pertanyaan. Apakah zikir memiliki
pengaruh terhadap kekuatan batin ? Untuk menjawab pertanyaan ini, kiranya
perlu diketahui bahawa hal tersebut merupakan ketetapan dari kurniaan Allah
SWT.
Sesungguhnya

Allah

berlipatganda

mengingati

makhluk

yang

mengingatinya..

13

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

2. Doa
Seseorang yang ingin memiliki kekuatan Rohani pada dirinya,
hendaklah memperbanyak doa kepada orang lain, disamping untuk diri
sendiri dan keluarganya. Caranya, cubalah anda mendoakan seseorang
yang anda kenal dimana orang itu sedang mengalami kesulitan.
Menurut para Ahli Hikmah, seseorang yang mendoa'kan sesamanya maka
reaksi doa itu akan kembali kepadanya, contohnya : Anda mendoakan si "A"
yang

sedang

dirundung

duka

agar

Allah

berkenan

mengeluarkan

dari

kedukaan, maka yang pertama kali merasakan reaksi doa itu adalah orang
yang mendoakan, baru setelah itu reaksi doanya untuk orang yang dituju.
Karena itu semakin banyak anda berdoa untuk kebaikan sahabat, guru
anda, orang yang dikenal/ tidak dikenal, siapa pun juga, maka akan semakin
banyak kebaikan yang akan anda rasakan.
Dari sini lalu timbul konsep " Saling Doa mendoakan " seperti guru
memberikan atau menghadiahkan doa berupa surat Al Fatehah kepada
muridnya. Sebaliknya murid pun berdoa untuk kebaikan gurunya. Lalu siapa
yang patut disebut guru ? Guru adalah orang yang memberikan informasi
pengetahuan akan suatu ilmu. Dimana ilmu itu selanjutnya kita amalkan dan
bermanfaat.
Dalam sebuah Hadis ada disebutkan bahawa doa yang mudah dikabulkan
adalah doa yang diucapkan oleh seorang sahabat Secara Rahasia, Mengapa ??
Ini disebabkan kerana doa itu diucapkan secara Ikhlas. Keikhlasan memiliki
nilai ( kekuatan ) yang sangat tinggi.
Karena itu perbanyaklah berdoa atau mendoakan sesama yang sedang dirundung
duka. Insya Allah reaksi dari doa itu akan anda rasakan terlebih dahulu, selanjutnya
baru orang yang anda doakan.. Jika hal ini dikaitkan dengan janji Allah ; Bahwa
barang siapa yang mengasihi yang di bumi maka yang dilangit akan mengasihinya,
berlakulah hukum timbal balik. Sesiapa menanam kebajikan ia akan menuai

14

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
kebajikan juga, sebaliknya jika ia menanam kezaliman maka ia pun akan menuai
kezalimannya juga.

3. Salawat Nabi
Mungkin sudah sering kita mendengar nasihat dari orang-orang tua
kita bahwa kalau ada bahaya, kita disarankan salah satunya adalah
untuk memperbanyak Salawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Khabarnya, dengan mendoakan keselamatan kepada Nabi, Allah SWT akan
mengutus para malaikat untuk ganti mendoakan keselamatan kepada orang
itu. Dalam beberapa hadis Rasullullah SAW banyak kita temukan berbagai
keterangan tentang Afdalnya berSalawat. Diantaranya " Setiap doa itu
Terdinding, sampai dibacakan Salawat atas Nabi " ( HR. Ad- Dailami ).
Pada hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Ahmad, Nasa'I dan Hakim,
Rasullullah SAW bersabda, " Barang siapa membaca Salawat untuk Ku
sekali, maka Allah membalas Salawat untuknya sepuluh kali dan
menanggalkan

sepuluh

kesalahan

darinya

dan

meninggikannya

sepuluh darjat " .


Yang berkaitan dengan urusan kekuatan batin, terdapat dalam Hadis yang
diriwayatkan Ibnu Najjar dan Jabir, " Barangsiapa ber-Salawat kepada Ku
dalam satu hari seratus kali, maka Allah SWT memenuhi seratus
hajatnya, tujuh puluh daripadanya untuk kepentingan akhiratnya dan
tiga puluh lagi untuk kepentingan dunianya ".
Berdasarkan hadis-hadis itu, benarlah adanya jika orang-orang tua kita
menyuruh anak-anaknya untuk memperbanyak Salawat kepada anak cucunya.
Kerana selain merupakan penghormatan kepada junjungannya juga memiliki
hikmah yang amat menguntungkan dunia dan akhirat.

4. Makanan Halal dan Bersih

15

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Seseorang yang ingin memiliki kekuatan batin bersumber dari
tenaga Ilahiyah harus memperhatikan makanannya. Baginya pantang
kemasukan

makanan

yang

haram

karena

keberadaannya

akan

mengotori hati. Makanan yang haram akan membentuk jiwa yang kasar dan
tidak tenang. Makanan yang haram disini bukan hanya dilihat dari jenisnya
saja ( Misal ; Babi, bangkai, dll. ), tapi juga dari cara dan proses untuk
mendapatkan makanan tersebut.
Efek dari makanan yang haram ini menyebabkan jiwa sukar untuk diajak
menyatu dengan hal-hal yang positif, seperti : dibuat zikir tidak khusuk,
berdoa tidak sungguh-sungguh dan hati tidak tawakkal kepada Allah.
Daging yang tumbuh dari makanan yang haram selalu menuntut untuk
diberi makanan yang haram pula. Seseorang yang sudah terjebak dalam
lingkaran ini sulit untuk melepaskannya, sehingga secara tidak langsung
menjadikan hijab atau penghalang seseorang memperoleh getaran/ cahaya
Ilahiyah.
Disebutkan, setitik makanan yang haram memberikan efek terhadap
kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh diatas kertas putih, semakin
banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak
ternoda tinta. Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya.
Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap
nilai-nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu-debu,
sulitlah cahaya menembus nya. Tapi dengan zikir dan menjaga makanan
haram, hati menjadi bersih bercahaya.
Begitu halnya jika anda menghendaki dijaga para malaikat Allah, jangan
kotori diri anda dengan darah dan daging yang tumbuh dari makanan yang
haram. Inilah mengapa para ahli Ilmu batin sering menyarankan kepada yang
inginkan suatu ilmu agar memulai pelajaran dengan berpuasa.
Fungsinya hanya untuk mempersiapkan wadah yang bersih terhadap ilmu
yang akan diwadahinya.

16

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

5. Berpantang Dosa Besar


Berpantang

melakukan

dosa-dosa

besar

juga

dalam

upaya

membersihkan rohani. Orang yang ingin memiliki kekuatan batin yang


hakiki hendaknya mampu menjaga diri dari lima perkara ini.
Seseorang yang sudah " Kecanduan " dengan dosa-dosa besar seperti zina,
mabuk

arak

dan

sebagainya

bukan

hanya

rendah

dipandang

Allah,

dipandangan manusia biasa pun ikut rendah. Nurani yang kotor menyebabkan
doa-doa tidak terkabul.
Hikmah suatu amalan ( bacaan ) biasanya terkait dengan perilaku
manusianya. Dalam hadisnya Turmudzi meriwayatkan, " Seseorang yang
mengucapkan

Laa

ilaha

illallah

dengan

memurnikan

niat,

pasti

dibukakan untuknya pintu-pintu langit, sampai ucapannya itu dibawa


ke Arasy selagi dosa-dosa besar dijauhi ".
Hadis ini bisa ditafsiri bahwa suatu amalan harus diimbangi dengan
pengamalan. Adanya keselarasan antara ucapan mulut dengan tindakan
menyebabkan orang itu mencapai hakikatnya " Kekuatan Dalaman".
6. Berhati Ikhlas Berpantang Tamak
Seseorang yang memiliki hati ikhlas, tidak rakus dengan dunia lebih
memiliki kepekaan dalam menyerap pelajaran ilmu batin. Secara
logika,

orang

yang

berhati

konsentrasinya

pada

satu

ikhlas

titik

lebih

tujuan,

mudah
yaitu

memusatkan

persoalan

yang

dihadapinya.
Disebutkan bahwa orang yang berhati ikhlas diperkenankan Allah SWT
untuk : Berbicara, Melihat, Berfikir dan Mendengar bersama dengan Lidah,
Mata, Hati dan Telinga Allah. Sudah tentu itu bukan sifat Allah tetapi sifat
makhluk sahaja yang diperibahasakan.

17

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Hati yang ikhlas ketiadaan rasa tamak. Orang yang memiliki sifat ikhlas dan
tidak tamak amat disukai manusia. Rasullullah SAW pernah didatangi seorang
sahabat yang ingin meminta nasihat agar disukai Allah SWT dan disukai
sesama manusia. Rasullullah bersabda : " Jangan rakus dengan Harta
Dunia, tentu Allah akan menyenangimu, dan jangan tamak dengan hak
orang lain, tentu banyak orang yang menyenangimu ".
7. Bersedekah ( Dermawan )
Bersedekah

selain

untuk

tujuan

ibadah

sosial

juga

memiliki

pengaruh terhadap menyingkirkan bahaya. Banyak hadis membahas


masalah sedekah berkaitan dengan keselamatan. Dengan banyak
bersedekah,

seseorang

akan

memperoleh

limpahan

rezeki

dan

kemenangan.
Rasullullah SAW bersabda : "Wahai Manusia !! Bertaubatlah Kamu
kepada Allah sebelum mati, segeralah Kamu beramal soleh sebelum
Kamu

sibuk,

sambunglah

hubungan

dengan

Tuhanmu

dengan

memperbanyak zikir dan memperbanyak amal sedekah dengan rahasia


maupun

terang-terangan.

Tuhan

akan

memberi

Kamu

rezeki,

pertolongan dan kemenangan"( HR Jabir RA )


8. Mengurangi Makan dan Tidur
Secara amnya banyak hal yang dapat diraih melalui puasa. Orang-orang
tua dahulu berpuasa sebagai ibadah tetapi dikurniakan Allah kelebihan ilmu
laduni dan kebatinan sebagai ganjaran.
Para spiritualis mendapatkan petunjuk ghaib melalui puasa terlebih dahulu
dan doa yang kudus. Dengan berpuasa, kekuatan dalaman semakin mekar dan
naluri semakin tajam.
Hati yang diprogram dengan sungguh-sungguh akan menghasilkan sesuatu
yang

luar

biasa.

Mengurangkan

aktifnya

nafsu

secara

tidak

langsung

meninggikan taraf spiritual manusia, sehingga orang-orang yang berpuasa

18

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
doanya sering makbul dan apa yang terusik dalam hatinya sering menjadi
kenyataan.
Menurut Imam Syafi'i dengan berpuasa seseorang terhindar dari lemah
beribadah, berat badannya, keras hatinya, tumpul fikirannya dan kebiasaan
mengantuk. Dari

penyelidikan ilmiah puasa diyakini

memiliki

pengaruh

terhadap kesihatan manusia.


Dalam filosofi ilmu batin, memperbanyak tafakur malam hari menyebabkan
seseorang memiliki "Mata Lebar", iaitu ketajaman dalam melihat dan membaca
apa-apa yang tersirat disebalik kemisterian alam semesta ini.
Pada keheningan malam terdapat berbagai hikmah. Melawan "Nafsu" tidur
menuju ibadah kepada Allah SWT dan dalam suasana hening itu konsentrasi
mudah menyatu. Saat inilah Allah SWT memberikan keleluasaan kepada
hamba-hamba-Nya guna memohon apa saja yang diinginkan.
Banyak para spiritualis yang memiliki keunikan dalam ilmu batin bukan
karena banyaknya ilmu dan panjangnya amalan yang dibacanya, melainkan
karena apa yang dilakukan pada malam harinya. Insya Allah seseorang yang
membiasakan diri tafakur dan beribadah pada malam hari, maka Allah SWT
akan memberikan keberkatan dalam ilmu-ilmunya.

9. Zikir Kalimah Toyyibah


Ada hal-hal yang tersembunyi dibalik zikir kalimah Toyyibah " La
ilaha illallah " pertama, zikir ini disebut sebagai sebaik-baiknya zikir,
berdasarkan hadis riwayat Nasa'i, Ibnu Majjah, Ibnu Hibban, dan
Hakim " Afdhaluzd dzikri La ilaha Illallaahu " yang artinya : sebaikbaik zikir adalah La ilaha illallah.
Kemudian pada hadis yang lain disebutkan bahwa dengan zikir kalimah
Toyyibah ini menyebabkan pintu langit terbuka, selagi yang membaca kalimah
itu orang yang menjauhi dosa-dosa besar. Sedangkan dengan mengamalkan

19

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
zikir kalimah ini, sepanjang zikir ini diamalkan secara tulus ikhlas mengharap
keredzaan Allah SWT, justru Allah yang akan mengatur potensi manusia.
Dalam hadis Qudsy tersurat : " Barang siapa disibukkan zikir kepada-Ku
sehingga tidak sempat memohon dari-Ku maka Aku akan memberikan
yang terbaik dari apa saja yang Ku berikan "
Hikmah lain, dari membiasakan diri berzikir kalimah " La ilaha illallah ",
secara tidak langsung berarti merakam kalimat itu pada minda bawah sedar
manusia.
Maka, seseorang yang istiqomah dalam zikir kalimah " La ilaha illallah ",
bila saat sakaratul maut hendak menjemput, Insya Allah kalimat itu yang akan
muncul dari mulutnya. Dengan demikian berlakulah janji Allah SWT bahwa
seseorang yang diakhir hayatnya mengucapkan kalimat " La ilaha illallah ",
maka shurgalah balasannya. InsyaAllah.
10. Memakai Wewangian
Kalau kekuatan fizik seseorang ditentukan dari ototnya. Kekuatan
ilmu batin ditentukan dari roh. Memperkuat roh, salah satu caranya
dengan berwangian. Kerana itu orang yang sedang mempelajari ilmu
batin atau ingin meninggikan kekuatan ilmu batin dalam jiwa raganya,
ia dituntut selalu mengenakan wangian.
Begitulah saudara/i, langkah-langkah yang sebaiknya diamalkan dengan konsisten.

20

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Teknik Pemusatan Minda 1:
Buat seminggu ini, cuba selalu berlatih dengan melihat sebarang titik kecil (mungkin
sebesar di bawah:-

Pastikan titik itu berada lebih daripada sepuluh kaki dari mata anda. Perhatikan
dengan tenang dan cuba tidak mengerdip mata selama mungkin. Jika mata pedih
dan letih, berehatlah sebentar. Kemudian, sambung semula. Hari pertama janganlah
terlalu lama, sekadar seminit dua. Tambahkan masa di hari berikutnya.
Kekuatan mata anda akan segera bertambah sehingga jika dizinkan Allah, anda
mampu

menghentikan

jarum

jam,

memecahkan

lampu

kaca,

menundukkan

kemarahan orang, melemahkan musuh dan sebagainya.


Berlatihlah dengan tekun dan sentiasa berzikir ketika berlatih.

21

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Bagaimana dengan keadaan saudara/saudari sekarang. Mengikut pengalaman


pelatih-pelatih sebelum ini, sudah sepatutnya kalian berasa lebih mantap dari segi
emosi, fizikal dan mental (jika sering berlatih). Bagaimana dengan daya fokus
kalian? Mata tidak pedih lagi bukan?
Untuk latihan penumpuan seterusnya,
1. Letak segelas air di hadapan kalian. Pejam mata sambil membayangkan
kembali di dalam fikiran kalian kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan
tersebut seberapa lama yang boleh. Jika penumpuan kalian terganggu, buka
mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali penumpuan. Selain
segelas air, kalian juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat
di hadapan kalian seperti TV, pasu bunga, jam dan sebagainya.
2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk
pada jarak satu meter dari lilin itu. Tumpukan pandangan kalian pada lilin
tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh
penumpuan tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan,
mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.
3. Letak jam di hadapan kalian. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum
saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran kalian menerawang,
berhenti sebentar dan mulakan kembali.
4. Solat dengan penuh penumpuan dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di
dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam
kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang
dilakukan adalah lebih berkesan.
5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati
sedalam-dalam maknanya.

22

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
6. Tutup

mata,

dengarkan

bunyi-bunyi

berikut

secara

imaginasi

dan

pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba
bayangkan situasi di mana kalian pernah mendengar bunyi tersebut.
o

Bunyi ayam berkokok.

Bunyi azan.

Bunyi enjin kenderaan milik kalian.

Bunyi cerek yang sedang mendidih.

Bunyi siren ambulan.

Bunyi hujan lebat.

7. Penglihatan secara imaginasi :Tutup mata, datangkan perkara-perkara yang


berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang
boleh :
o

Kalian sedang membaling bola.

Kalian berada di halaman rumah kalian.

Sahabat karib kalian sedang ketawa.

Kapal terbang.

Kalian berada di sebuah pantai.

8. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan


imaginasi tersebut selama yang mampu:
o

Bayangkan kalian sedang mendayung perahu.

Bayangkan kalian sedang mengayuh basikal.

Bayangkan

kalian

sedang

melakukan

gerakan-gerakan

dalam

sembahyang.
o

Menghidu bau durian.

Merasa kepedasan cili.

9. Pejamkan mata dan bayangkan Baitullah dan masjidil haram. Bayangkan


beribu orang tawaf mengelilingi Baitullah. Ingat, pusingannya lawan jam.
Sebaik-baiknya lakukan latihan-latihan tersebut sambil berzikir.

23

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada
peringkat awal, kalian tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat
memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya. Mungkin kalian merasa sakit
kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan kalian akan dapat menguasai
kemahiran

membuat

penumpuan

dan

menjadi

individu

yang

memiliki

daya

penumpuan yang hebat dan mantap. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 2030 minit pada setiap hari secara konsisten.
Apabila

daya

imaginasi

kalian

meningkat,

maksudnya

dengan

cepat

dapat

membayangkan apa yang dikehendaki, satukan ia dengan olahan pernafasan/ RB.


Caranya ialah buat 3 set RB8 sebelum latihan penumpuan dilakukan. Semasa latihan
penumpuan pula, gunakan RB6 sepanjang masa. Selesai latihan penumpuan, buatlah
RB 8 sebanyak 3 set pula.
Dengan olahan pernafasan yang teratur, kalian membina kekuatan fizikal dan minda
bawah sedar sedikit demi sedikit. Kalian ibarat sedang mengumpul senjata-senjata
hebat di dalam gudang yang teramat luas. Apabila peperangan berlaku, senjatasenjata hebat sudah bersedia untuk digunakan. Walau bagaimanapun, senjatasenjata itu seharusnya dibersihkan, digilap dan mantapkan dari masa ke semasa,
barulah ianya pasti akan efisien.
Seperkara yang perlu dijelaskan, memang kita sentiasa merasakan tidak cukup
masa untuk melakukan apa sahaja yang di luar daripada rutin kehidupan kita. Rasa
malas, jemu dan bertangguh selalu menghantui kita. Namun, jika kita faham erti
pengorbanan untuk mendapatkan kelebihan, meletakkan keutamaan dalam hidup
mengikut hirarkinya, sudah pasti masalah-masalah tersebut tidak menjelma di kotak
fikiran. Jangan hairan mengapa anda tidak mencapai tahap yang sepatutnya tidak
seperti orang lain yang melalui perjalanan yang sama. Kuatkan tekad dan bersamasama berjuang mengubah paradigma hidup ke tahap yang lebih tinggi. InsyaAllah.
Teruskan berusaha dan jangan cepat mengalah! Yakinlah tiada yang mustahil
dengan izin Allah. Perahu sudah di air, Dayung sudah di tangan, tunggu apa lagi
kayuh! Kayuh! Kayuh!

24

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Syarat dalam mengenal diri ialah dengan mengenal kekuatan yang dimiliki oleh diri
sendiri. Mengenal kekuatan yang ada dalam diri adalah penting, agar kita mampu
meletakkan diri kita di tempat yang sesuai untuk kepentingan Islam. Para pemimpin
akan mengenal watak pengikutnya berdasarkan kekuatan yang dominan dalam diri
pengikutnya. Berdasarkan mengenal kekuatan yang ada dalam diri pengikut, maka
diletakkan pengikutnya di jabatan-jabatan tertentu agar tugas pentadbiran berjalan
lancar. Para ibu-bapa akan mengenal watak anak-anak berdasarkan kekuatan yang
dominan dalam diri anak-anak. Dengan mengenal watak dan kekuatan anak-anak,
maka dapat diusahakan untuk merancang masa depan anak-anaknya dalam
pelajaran dan usaha mencari pasangan. Begitu juga para murabbi akan mengenal
watak murid-muridnya berdasarkan kekuatan yang dominan yang wujud dalam
dirinya. Maka mudahlah para murabbi mencatur langkah-langkah perjuangan
muridnya agar perjuangan akan terus istiqamah di atas landasan syariat.
Ada 3 kekuatan yang wujud dalam diri kita dan perlu kita kenali. Kekuatan tersebut
ialah :
1. Kekuatan akal;
2. Kekuatan jiwa;
3. Kekuatan perasaan.
Setelah kita kenal kekuatan yang ada pada diri kita, maka berperananlah dan
bergelangganglah dalam memperjuangkan hukum Allah SWT berdasarkan bakat dan
kepakaran. Salurkanlah kekuatan yang ada kepada bakat dan kepakaran yang kita
miliki. Gunakanlah bakat dan kepakaran untuk menyemarakkan perjuangan agar
kalimah Allah tertegak di mukabumi.
Mengenai martabat pewujudan diri rahsia Allah swt atau dikenali juga dengan istilah
Martabat Tujuh itu terbagi menjadi 7 alam, yang masing-masing martabat atau alam
ini terkandung ia di dalam surah Al-Ikhlas: Qul huw Allah Ahad (Ahdah) Allah al-

25

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
shomad (Wahdah) Lam yalid (Wahidiah) Walam yulad (Alam Ruh, Alam Malakut)
Walam yakun lahu (Alam Mitsal, Alam Bapak) - Kufuwan (Alam Ajsam, Janin di
Rahim Ibu), Ahad (Alam Insan).
Seperti firmanNya lagi dalam QS. Al-Rad:33, Maka, apakah Tuhan yang menjaga
setiap diri terhadap apa yang diperbuatnya (sama dengan yang tidak demikian
sifatnya)? Mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah. Katakanlah, Sebutkanlah
sifat-sifat mereka itu. Atau apakah kamu hendak memberitakan kepada Allah apa
yang tidak diketahui-Nya di bumi, atau kamu mengatakan (tentang hal itu) sekadar
perkataan pada lahirnya saja. Sebenarnya orang-orang kafir itu dijadikan (oleh
syaitan) memandang baik tipu daya mereka dan dihalanginya dari jalan (yang
benar). Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, Maka baginya tak ada seorangpun
yang akan memberi petunjuk.
NUR MATA HATI DAN HATI NUR-NUR ILAHI ADALAH KENDARAAN DAN RAHSIA HATI.
NUR ITU IALAH TENTARA HATI, SEBAGAIMANA KEGELAPAN ADALAH TENTARA
NAFSU. JIKA ALLAH S.W.T MAU MENOLONG HAMBA-NYA MAKA DIBANTU DENGAN
TENTARA ANWAR (NUR-NUR) DAN DIHENTIKAN BEKALAN KEGELAPAN. NUR ITU
BAGINYA

MENERANGI

(MEMBUKA

TUTUP),

MATA

HATI

ITU

BAGINYA

MENGHAKIMKAN DAN HATI ITU BAGINYA MENGHADAP ATAU MEMBELAKANG.


Allah s.w.t hanya bisa dikenal jika Dia sendiri mau Dia dikenali. Jika Dia mau
memperkenalkan

Diri-Nya

kepada

hamba-Nya

maka

hati

hamba

itu

akan

dipersiapkan dengan mengurniakannya hidayah. Hati hamba diterangi dengan NurNya. Tidak mungkin mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari Nur-Nya.
Nur-Nya adalah kendaraan bagi hati untuk sampai ke Hadrat-Nya. Hati adalah
umpama badan dan ruh adalah nyawanya. Ruh pula yang berkait dengan Allah s.w.t
dan perkaitan itu dinamakan al-sirr (rahsia). Ruh menjadi nyawa kepada hati dan
sirr menjadi nyawa kepada ruh. Boleh juga dikatakan bahwa hakikat kepada hati
adalah ruh dan hakikat kepada ruh adalah sirr.
Sirr atau rahsia yang sampai kepada Allah s.w.t dan sirr yang masuk ke Hadirat-Nya.
Sirr yang mengenal Allah s.w.t. Sirr adalah hakikat kepada sekalian yang wujud. Nur
Ilahi menerangi hati, ruh dan sirr. Nur Ilahi membuka bidang hakikat-hakikat. Amal

26

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
dan

ilmu

tidak

mampu

menyingkap

rahsia

hakikat-hakikat.

Nur

Ilahi

yang

berperanan menyingkap tabir hakikat. Orang yang mengambil hakikat dari bukubuku atau dari ucapan orang lain, bukanlah hakikat sebenar-benarnya yang
ditemuinya, tetapi hanyalah sangkaan dan khayalan semata-mata. Jika mau
mencapai hakikat perlu mengamalkan zikir sebagai pembersih hati. Kemudian
bersabar menanti sambil terus juga berzikir. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki, maka
hidayah, laduni akan didatangkan-Nya kepada hati yang asyik dengan zikir itu.
Itulah hikmah yang besar yang dicapai oleh seseorang hamba semasa hidupnya di
dunia ini. Kegelapan yang menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah daripada
kebenaran. Hatilah yang tertutup sedangkan kebenaran tidak tertutup. Dalil atau
bukti yang dicari bukanlah untuk menyatakan kebenaran tetapi adalah untuk
mengeluarkan hati dari lembah kegelapan kepada cahaya yang terang benderang
bagi melihat kebenaran yang sememangnya tersedia ada, bukan mencari kebenaran
baru. Cahayalah yang menerangi atau membuka tutupan hati.
Nur Ilahi adalah cahaya yang menerangi hati dan mengeluarkannya dari kegelapan
serta membawanya menyaksikan sesuatu dalam keadaannya yang asli. Apabila Nur
Ilahi sudah membuka tutupan dan cahaya terang telah bersinar maka mata hati
dapat memandang kebenaran dan keaslian yang selama ini disembunyikan oleh alam
nyata. Bertambah terang cahaya Nur Ilahi yang diterima oleh hati bertambah jelas
kebenaran yang dapat dilihatnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui pandangan
mata hati yang bersuluhkan Nur Ilahi dinamakan ilmu laduni atau ilmu yang
diterima dari Allah s.w.t secara langsung. Kekuatan ilmu yang diperolehi bergantung
kepada kekuatan hati menerima cahaya Nur Ilahi.
Pelatih yang masih pada peringkat permulaan hatinya belum cukup bersih, maka
cahaya Nur Ilahi yang diperolehinya tidak begitu terang. Oleh itu ilmu laduni yang
didapatinya masih belum mencapai peringkat yang halus-halus. Pada tahap ini hati
masih bisa mengalami kekeliruan. Kadang-kadang hati menghadap kepada yang
kurang benar dengan membelakangkan yang lebih benar. Orang yang pada
peringkat ini perlu mendapatkan penjelasan dari ahli makrifat yang lebih arif. Apabila
hatinya semakin bersih cahaya Nur Ilahi semakin bersinar meneranginya dan dia
mendapat ilmu yang lebih jelas. Lalu hatinya menghadap kepada yang lebih benar,
sehingga dia menemui kebenaran hakiki.

27

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada martabat mukmin ialah:
1.

Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.

2.

Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan
tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.

3.

Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada
kejahatan.

4.

Ruhaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan


bertawakal kepada Allah s.w.t.

5.

Kehalusan keruhaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan


merendah diri kepada-Nya.

Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati
melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan
keesaan itu.
Ruhani manusia melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada
tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya.
Seorang mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa dekatnya
Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan
ilmu al-yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya mata hati yang terbuka
sudah dapat melihat. Dia tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan
mata hati. Kemampuan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf
melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam maqam
makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan
yang dinamakan ain al-yaqin. Pada tahap ain al-yaqin makrifatnya gahib dan dia
juga gahib dari dirinya sendiri. Maksud gahib di sini adalah hilang perhatian dan
kesadaran terhadap sesuatu perkara.. Beginilah hukum makrifat yang berlaku.
Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah
pencapaian terhadap persoalan yang terpecah-pecah bidangnya. Makrifat pula
adalah hasil pencapaian terhadap hakikat-hakikat yang menyeluruh yaitu hakikat
kepada hakikat-hakikat. Tetapi, penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan
makrifat karena penyaksian itu adalah hasil dari kemauan keras dan perjuangan

28

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
yang gigih disertai dengan upaya hati dan pengalaman. Penyaksian (Syuhud al-Haq)
adalah setinggi-tinggi keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian
hakiki oleh mata hati atau penyaksian yang haq. Ia merupakan keyakinan yang
paling tinggi dan dinamakan haqq al-yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati,
mata hati tidak lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, tetapi
Allah s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam
tutur-kata. Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup (hijab)
antara kita dengan-Nya. Tiada lagi interval antara atau ruang antara kita dengan
Dia.
Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana saja kamu berada. (QS.AlHadiid:4)
Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam
segala sesuatu dan pada setiap waktu. Orang yang memperolehi haqq al-yaqin
berada dalam suasana hatinya kekal bersama-sama Allah s.w.t pada setiap ketika,
setiap ruang dan setiap keadaan.
Sebenarnya, latihan-latihan yang dipinta pelatih melakukan adalah kenderaan untuk
menuju kepada kekuatan mata hati. Pada ketikanya nanti apabila penyatuan olahan
RB,

penumpuan

energy

dan

daya

focus

yang

tinggi

bergabung,

kuasanya.MasyaAllah!!!!
Saudara/i pelatih dipinta mengamalkan bacaan berikut bagi mempermudahkan
pembukaan kasyaf I.Allah:



(100x sehari).
(Surah Qaf, ayat 22)

29

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE



(100x sehari).
(Surah Al-Anaam, ayat 103)

AURA
Aura merujuk kepada medan tenaga yang terhasil daripada pancaran tenaga yang
keluar daripada cakra-cakra tubuh dan mengelilingi tubuh. Ada orang melihatnya
seperti gelombang wap yang agak kabur manakala ada yang melihatnya berwarna
warni. Terpulang kepada anugerahNya.
Dengan sedikit latihan, kalian akan dapat melihatnya I Allah. Caranya adalah dengan
meminta bantuan sseseorang untuk berdiri/duduk membelakangkan dinding yang
putih. Jarak objek dengan kalian adalah antara 8 ke 10 kaki. Lihat tepat sekitar 3-4
inci ke atas kepalanya tanpa mengerdipkan mata dan selepas beberapa ketika kalian
akan perasan gelombang itu. Jika sukar dapatkan bantuan orang, pokok dalam pasu
juga dapat digunakan sebagai objek.
Jika kita melihat aura itu mengembang jauh daripada tubuh seseorang, itu bermakna
orang itu mempunyai kekuatan dalaman yang hebat ataupun kewarakannya tinggi.
Jika auranya kembang kempis tidak bundar dengan sekata, bermakna orang itu
tidak sihat dan berlakunya kebocoran aura. Dalam keadaan pemikiran sosio, ia
bermakna orang itu tidak jujur dan mungkin berniat
jahat.

30

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Jika kelihatan seperti awan hitam pekat membayangi auranya seperti menindih,
bermakna ada makhluk lain bersamanya yang negatif.

Cara mengesan aura tanpa melihat akan diajar kemudian


nanti dengan gunakan sensitivity cakra tapak tangan.
Oh ya, kalian juga boleh gunakan diri sendiri sebagai objek
dengan bantuan cermin, fahamkan?

31

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Ilmu itu terlalu luas kalamnya. Jangan dengan ilmu sebesar kuku kita sudah taksub
bahawa kitalah yang hebat dan kitalah yang benar. Kalau kita mendalami ilmu
aqidah secara mendalam sedikit. Kita akan temui konsep pembahagian Tauhid
kepada tiga, yakni Rububiyyah, al-Asma wa as-Sifat (nama2 dan sifat2 Allah) dan
Tauhid Uluhiyyah. Kalimah La ilaha ilAllah adalah tauhid uluhiyyah. izinkan saya cuba
cerita serba ringkas tentang tiga bahagian tersebut.
Tauhid Rububiyyah

U
U

Beriktikad bahawa Allah itu adalah Tuhan atau ar-Rab bagi segala sesuatu. Tauhid ini
tidak menjamin seseorang itu Islam kerana setiap orang yang sihat akalnya secara
fitrah mengatakan adanya Tuhan (ar-Rab) yang mentadbir alam ini. Ini termasuk
mereka yang bukan Islam hatta mereka dari aliran falsafah seperti existentialism
yang sesat pun mengaku bahawa adanya Tuhan. Hal ini disebut di dalam al-Quran
sendiri, Allah berfirman:
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai
pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk
yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari
makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan
sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang
U
U

musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah


yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui
U
U

yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?[ Yunus 10:31]
Maka perjuangan utama Rasul bukanlah untuk menjelaskan bahawa dunia ini ada
Tuhan, ada Allah. Sebab kaum musyrikin, ahli kitab dan manusia secara fitrahnya
tahu dan merasa kewujudan satu kuasa yang mencipta, mentadbir alam ini cumanya
mereka menyekutukan Allah dan beribadat kepada Tuhan itu bukan seperti yang

32

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
dikehendaki-Nya.

Maka

sekadar

tahu

ada

Tuhan

tidak

bererti

memasukkan

seseorang itu ke dalam agama Islam.

Tauhid al-Asma' wa as-Sifat

Ini adalah berkaitan dengan nama2 Allah dan sifat2 Allah. Ianya turut mampu dirasai
fitrah (walaupun tidak semua nama2 dan sifat2). Secara fitrahnya juga manusia
(sekalipun bukan Islam) mampu mengenal sifat2 Allah seperti Mencipta, Mentadbir,
Pemberi Rezeki dan secara tidak langsung nama2-Nya juga seperti al-Khaliq
(Pencipta), al-Malik (Maha Memerintah) dan sebagainya. Maka beriman dengan
nama2 dan sifat2 Allah (sebahagian atau penuh) tidaklah menjamin ke-Islaman
seseorang itu juga.
Iblis mengetahui kewujudan Allah dan sifat2 Allah. Apakah itu menjamin dia Islam?
Tidak sama sekali. Begitu juga dengan manusia yang dapat merasainya dengan
fitrah. Maka misi utama Rasul adalah menerangkan Tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid uluhiyyah menegaskan bahawa sesungguhnya Allah sahajalah yang berhak


diabdikan diri dan tidak selain daripada-Nya. Perkara paling utama dalam agama
kerana ianya mengajar tentang perlunya mengabdikan diri kepada Allah. Sekadar
kenal Allah, tahu nama dan sifat2 tetapi tidak beriktikad kita perlu mengabdikan diri
kepadanya tiada beza dengan Iblis. Sebab itu misi utama Rasul2 menyeru kepada La
ilaha il Allah ( tiada ilah yang layak diabdikan diri melainkan Allah). Allah berfirman:
Dan demi sesungguhnya kami telah utuskan kepada tiap-tiap umat seorang
Rasul

agar

(menyuruh)

mengabdikan

diri

mereka

kepada

Allah

dan

menjauhi thaghut. [an-Nahl 16:36]


Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul
pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada
U

'ilah' (yang berhak diabdikan) melainkan Aku , oleh itu abdikan (diri) kamu
U

kepadaKu. [al-Anbiya' 21:25]

33

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Ditambah dengan bukti kepentingannya daripada as-Sunnah bahawa Rasulullah
s.a.w pernah bersabda kepada Mua'dz ibn Jabal apabila mengutuskannya kepada
golongan ahli kitab di Yaman:

Hendaklah perkara pertama sekali kamu serukan mereka kepadanya ialah syahadah
La ilaha ilAllah.[Sahih Muslim - no:19]
Dalam riwayat lain dari Ibn Abbas pula menyebut:

Maka hendaklah perkara pertama sekali kamu serukan mereka ialah mengabdikan
diri kepada Allah Azza wa Jalla. [Sahih Muslim - no:19]
Wallahualam Bissawab.

************************************************************
Pelajaran bagi minggu ini adalah penyerapan dan discaj tenaga.
Di awal pelajaran kalian didedahkan tentang kehebatan tenaga yang ada di sekeliling
kita. Tenaga sejagat ini kuniaan Tuhan kepada kita untuk digunakan sewajarnya.
Penyerapan Tenaga Sejagat
Tujuannya: Menampung tenaga yang kurang atau keletihan melampau. Juga baik
bagi tujuan penyembuhan penyakit. Ia juga perlu sebelum memulakan sesuatu
tugas ghaib yang akan menggunakan tenaga dalaman.
Pertama

sekali,

abadikan

rasa

kasih

kepada

alam.

Bagaimana? Mudah sahaja. Lihat sekeliling kalian (sudah


pastinya carilah tempat yang bersesuaian, bukannya tembok
batu pula.) Lihat pada pepohonan, pada rumput, pada langit,

34

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
pada bukit, pada air. Rasailah hembusan angin, terik mentari. Hayatilah segala bunyi
yang menerpa cuping telinga. Biarkan segala-galanya berlaku tanpa sebarang
gangguan dari diri kalian. Semadikan diri dengan membayangkan kalian terbang di
sekitar, semakin tinggi sehingga kedinginan wap air awan dapat dirasai. (Dengan
latihan, ia semakin mudah dan pantas. Anda boleh dalam keadaan duduk atau
berdiri atau berbaring . Just jangan paksa diri terlampau. Tidak perlu lama, sekadar
seminit dua sahaja.)
Kemudian,

Berdiri di halaman bertanah, pasir atau di atas rumput tanpa memakai alas
kaki. Regangkan antara kaki sedikit seperti hendak sembahyang.

Pejamkan mata

Kosongkan pemikiran.

Buat RB8 3 set.

Pagarkan secara ghaib lebih kurang radius 10 kaki sekeliling anda dengan
bacaan Fatihah (senafas) dan Qursiyyi (kalau boleh senafas lagi baik) yang
dihembus sekeliling secara lembut dan tidak sampai diketahui orang lain
dengan niat sebagai tembok menghalang sebarang kejahatan. Tampakkan
dalam bayangan tembok tinggi cahaya emas mengelilingi anda.

Niatkan

dalam

hati:

Bismillah..Ya

Allah

Ya

Alimal

Ghoibi

Wassyahadah, hambaMu ini pohon diserapkan tenaga suci murni


sejagat dari bumi ke dalam tubuh ini. Datangkanlah kekuatan suci
murni. Amin. Masuk! Masuk! Masuk!

Ingat kembali kepada cakra-cakra utama tubuh dan dua cakra tambahan
tapak tangan dan tapak kaki.

Mulakan dengan penyerapan tenaga sejagat bumi. Bayangkan dan cuba


rasakan seperti cahaya dengan getaran halus berwarna emas naik dari tanah
melalui 2 cakra tapak kaki naik ke kundalini. Gabungan cahaya emas dan
merah kundalini bersebaran ke seluruh tubuh. Ketika ini kalian pasti
merasakan sedikit kehangatan. Proses ini sekejap sahaja, sekadar seminit
dua.

Sepanjang proses, jangan lupa berzikir Allah.Allah

35

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Seterusnya, penyerapan tenaga cahaya. Dalam keadaan berdiri yang sama


juga. Proses ini dibuat terus selepas penyerapan tenaga bumi. Pastikan ketika
itu tidak hujan, mendung sangat atau gelap.

Niatkan

dalam

hati:

Bismillah..Ya

Allah

Ya

Alimal

Ghoibi

Wassyahadah, hambaMu ini pohon diserapkan tenaga suci murni


sejagat dari cahaya sejagat ke dalam tubuh ini. Datangkanlah
kekuatan suci murni. Amin. Masuk! Masuk! Masuk!

Bayangkan Cahaya Putih bersih masuk melalui cakra Mahkota anda perlahanlahan dan terus menyebar ke seluruh tubuh. Kemudian tenaga cahaya Putih
terus masuk melalui 6 cakra utama yang lain. Sifatnya tidaklah panas, biasa
sahaja atau bagi sesetengah orang akan berasa sedikit kedinginan.

Setelah selesai, terus buat RB8 3 set. Minum air kosong sebanyak mungkin
dan sebaik-baiknya terus mandi.

Bagi pelatih baru, mungkin sedikit kucar kacir. Dengan itu kalian tidak akan
dapat

merasai

keadaan

yang

sepatutnya.

Jangan

bimbang,

proses

penyerapan tenaga masih berlaku walaupun pada kadar yang sedikit.

Keseluruhan proses penyerapan tenaga hanya mengambil masa lebih kurang


5- 8 minit. Simple je kan?

Bagaimanapun, harus diingat, sebelum proses penyerapan tenaga


berlaku, seharusnya anda membuat discaj tenaga dahulu.

Discaj Tenaga
Tujuannya: Membuang lebihan tenaga yang dirasai kurang menyenangkan ( lebih
tenaga pun satu masalah juga), membuang negativity atau kotoran ghaib dari dalam
tubuh, membuang penyakit, membersihkan aura dan meningkatkan kesihatan.
Lebihkurang seperti proses detoxification.

Berdiri di halaman bertanah, pasir atau di atas rumput tanpa memakai alas
kaki. Regangkan antara kaki sedikit seperti hendak sembahyang.

Pejamkan mata

Kosongkan pemikiran.

Buat RB8 3 set.

36

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Niatkan dalam hati mengikut kehendak spt. contoh: Bismillah..Ya Allah


Ya Alimal Ghoibi Wassyahadah, hambaMu ini pohon dikeluarkan
segala kekotoran dari dalam dan luar diri ini. Amin. Keluar! Keluar!
Keluar!

Bayangkan wujud seperti paip tembaga keluar daripada dua cakra tapak kaki
terus masuk jauh ke dalam bumi beribu kaki sehingga ke teras magma yang
seperti lahar gunung berapi.

Kemudian bayangkan segala kekotoran berwarna hitam dari seluruh ceruk


tubuh berhimpun di dalam perut anda dan keluar perlahan-lahan

melalui

kaki, terus ke dalam paip tembaga dan kini dengan laju jatuh ke perut bumi.

Ketika proses ini berlaku, pastikan segala bayangan kotor habis keluar.

Jangan putuskan zikir.

Setelah habis, bayangkan laluan paip tadi tertutup. Segera beredar sedikit
dari situ. Kini anda boleh mulakan penyerapan tenaga sejagat.

Sebaik-baiknya proses discaj dan caj tenaga ini dilakukan seminggu sekali.
Buatlah latihan selalu dan jangan jemu. Kejemuan itu dari Syaitan yang
sentiasa akan menghalang anak cucu Adam dari mencapai kebahagian
Dunia dan Akhirat.

37

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Saudara/i yang dimuliakan, pada sessi kali ini kita akan pelajari bagaimana untuk
membuat latihan penjanaan/ pengolahan tenaga.
Teknik 1
Duduk tafakur sambil pejamkan mata dengan lakukan RB8 3
set.
Baca Fatihah sekali dan ayatul Qursiy sekali. Selawat 11 kali.
Niatkan:

Ya

Allah

Ya

Alimal

Ghoibi

wassyahadah,

bangkitkan kekuatan tenaga ghoibku. Bangkit, bangkit,


bangkit. Aminnn
Bayangkan cahaya merah kundalini naik dari cenonot melalui
tulang belakang dan menyebar ke seluruh tubuh secara perlahan-lahan.
Biarkan sekitar seminit dua.
Tangkupkan tangan di hadapan pusat seperti meminta ampun, Cuma hujung
jari mengarah ke hadapan, bukan ke atas. Tarik nafas perlahan-lahan dan
ketika tarikan nafas ini bayangkan banyaknya cahaya tenaga kundalini
berhimpun di kedua-dua tapak tangan tetapi tenaga itu belum bercantum.
Lepaskan nafas perlahan-lahan dan bayangkan tenaga itu bercantum di
tengah-tengah kedua telapak tangan yang dirapatkan itu.
Perlahan-lahan pisahkan tangan sehingga l.kurang sekitar 6 inci. Rapatkan
kembali perlahan-lahan sehingga hampir bertangkup sahaja.
Ulangi proses i dan ii beberapa kali. Anda sepatutnya berasakan seperti
adanya rasa olakan tenaga yang sangat halus di kedua-dua tapak tangan.
Setelah dapat dirasakan dengan jelas, lakukan pula Teknik 2.

38

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Teknik 2
Tangkupkan tangan di hadapan pusat seperti meminta ampun, Cuma hujung
jari mengarah ke hadapan, bukan ke atas.
Bayangkan dan cuba rasakan himpunan tenaga kundalini berada di tangan
sebelah kanan sahaja.
Perlahan-lahan pisahkan tangan sehingga lebih kurang sekitar 6 inci. Biarkan
terus dalam keadaan begitu. Fokuskan pemikiran kepada tenaga yang banyak
di tangan kanan itu. Sekarang tarik nafas perlahan-lahan. Lepaskan nafas
perlahan-lahan sambil bayangkan dan rasakan pancaran cahaya tenaga
kundalini keluar dari tangan kanan dan menembusi masuk ke dalam tapak
tangan kiri. Keadaannya seperti bola api merah.
Kemudian, proses yang sama tetapi kali ini bola api merah keluar dari tangan
kiri ke tangan kanan pula. Buat latihan ini sehingga anda yakin dapat
merasakan pergerakan itu.
Latihan ini sebasik-baiknya selalu dilakukan sehingga ianya menjadi begitu
mudah dan nyata.

Tapak tangan kita bias dilatih dan dipertingkatkan kepekaannya bagi mengesan
kedudukan tenaga di sekitar kita sehinggalah kita dapat mengesan penyakit
ataupun kewujudan makhluk ghaib di sekitar Insya Allah.
Sebagai latihan, lakukan sebegini (pastikan anda telah jalani latihan olahan
tenaga di atas dengan jayanya dahulu.):
Lalukan tapak tangan anda perlahan lahan sekitar 2 atau 3 inci di atas
kucing atau pohon renek hiasan. Cuba kesan rasa olakan tenaga di tapak
tangan anda. Anda juga boleh menggunakan manusia sebagai subjek dengan
melalukan tapak tangan anda di atas kepalanya. Subjek juga akan dapat
merasakan gerakan di atas kepalanya.
Minta rakan anda mengaturkan beberapa objek mati seperti kotak rokok,
buku atau sebagainya di atas meja tanpa anda melihatnya. Pejamkan mata
dan lalukan tapak tangan anda di atas meja. Cuba kesan kedudukan objek

39

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
melalui

olakan

tenaga.

(Objek

mati

tidak

keluarkan

tenaga

tetapi

membiaskan tenaga anda).

Berusahalah dengan gigih kerana anda pasti akan merasakan anugeah Allah
yang tidak ternilai daripada ilmu ini nanti I. Allah. Jangan lupa pertingkatkan
ibadah. Rajinlah berzikir.

40

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Saya pasti saudara/i

telah tanpa jemu-jemu berlatih bersungguh-sungguh

setiap latihan yang dianjurkan. Memang itulah sepatutnya dilakukan. Saya


juga pasti kalian dapat merasakan kelainan dalam menghadapi hidup
seharian.
Pada mod. kali ini kita pelajari mengenai konsep warna dan cahaya utama
MPBE. Di bawah adalah kegunaan-kegunaan konsep tersebut di dalam MPBE:

Warna Emas:
Untuk penaik seri dan dikasihi, I. Allah: Setiap selepas subuh,
dalam keadaan duduk pejam meditasi, lakukan RB8 3x, Pada setiap
RB

semasa

tarikan

nafas,

bayangkan

cahaya

warna

emas

memancar-mancar dari tubuh kalian dengan begitu gemilang.


Semasa lepaskan nafas, katakan dalam hati, Kekal, Kekallah
dengan izin Allah.
Untuk

kekuatan

zahir

dan

bathin

(mendatangkan

keberanian), I. Allah : Setiap kali diperlukan segera, lakukan


RB8 sekali dan terus bayangkan cahaya Emas suci murni dan
gemilang masuk melalui 7 cakera utama kalian. Buat beberapa kali
sehingga terasa kekuatan itu.
Untuk transfer tenaga kepada orang lain, I. Allah : Duduk
meditasi, pejam dan lakukan RB8 3x. Kemudian bayangkan wajah

41

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
dan tubuh penerima tenaga. Sebut namanya sekali dalam hati.
Ciptakan bola cahaya emas dalam ruang fikiran kalian. Hembuskan
bola emas itu agar ia terus meresap ke dalam bayangan tubuh
penerima tenaga itu.
Untuk memagar ghaib kawasan dari gangguan, I. Allah :
Berdiri di satu sudut atau lebih baik di tengah-tengah kawasan
yang mahu dipagar. Bacalah Fatihah 1x, 3 Qul 1x dan Qursiy 1x.
Selawat 11x. Niatkan dlm. Hati Ya Allah, bentengkanlah
sekeliling

kawasan

ini

daripada

segala

gangguan

dan

perbuatan jahat. Allah hu haq! Amin.. Tarik nafas dalamdalam dan hembuskan ke sekeliling dengan keras dan makrifatkan
menghembus cahaya emas memagari keliling. Jika ada makhluk
halus di dalam kawasan, I. Allah akan binasa atau tercampak
jauhlah ia.
Sebagai pelaris kedai atau perniagaan, I. Allah: Sama seperti
memagar ghaib di atas cuma tukar niat, Ya Allah, cantikkanlah
tempat ini pada pandangan manusia dan lembutkanlah hati
yang memandang. Allah hu haq! Amin. Tarik nafas dan
hembuskan dengan lembut dan cahaya emas memenuhi ruang
premis, bukan memagari. Buatlah di mana sahaja kita pergi tanpa
diketahui sebagai sedekah, I. Allah. (warna pelangi juga boleh
digunakan untuk tujuan ini.)

Warna Biru Langit:


Sebagai menenangkan/ mendatangkan kedamaian diri
atau orang lain, I.Allah: Jika diri kamu dalam stress, bacalah
Fatihah 1x, 3 Qul 1x dan Qursiy 1x. Alam Nashroh 1X Selawat

42

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
11x dan buatlah meditasi RB 8 3x dalam apa keadaanpun dan
tarik warna biru langit suci murni dari persekitaran dan
serapkan ke dalam kepala dan terus ke dada. Sebut dalam hati,
Tenang, tenanglah jiwa demi Allah! Buatlah beberapa kali
sehingga berhasil. Untuk pesakit/ orang lain pula, jika dekat,
bayangkan bola cahaya biru dihembuskan ke tubuhnya dan
terserap masuk. Jika jauh, buat seperti transfer tenaga. Sebut
dalam hati, Tenang, tenanglah jiwa demi Allah!
Gunakan sebagai cahaya rawatan penawar , I.Allah: Kita
akan pelajari dalam pelajaran akan datang, I. Allah.
Mendatangkan aura premis yang tenang, I. Allah: Lakukan
seperti membuat pelaris kedai/premis di atas, cuma tukar niat
kepada menenangkan persekitaran dan warna biru langit atau
warna hijau pucuk pisang sahaja digunakan. Kombinasi kedua
warna juga boleh digunakan.

Cahaya Merah:
Cahaya Rawatan Utama , I. Allah: Kita akan pelajari dalam
pelajaran akan datang, I. Allah.
Cahaya Merah Api, pembakar makhluk ghaib jahat, I.
Allah: Kita akan pelajari dalam pelajaran akan datang, I. Allah.
Untuk mendatangkan keberanian ketika berlawan, I.
Allah: sama caranya seperti penyerapan utk kekuatan zahir dan
bathin cahaya emas.( rujuk di atas)

43

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

In color there is life. To understand this power, is living.


Color could very well be the most magnificent experience we
take for granted. Look around; it's everywhere, surrounding
and embracing us. We interpret life as much through color as
we do shape, texture and sound.
The truth is, the power of color is the very essence of life.
So you see, we don't just notice colors, we feel them.
Mentally, physically, emotionally and spiritually, they
empower us. Dawn to dusk, they rule our world,
transforming nature's energy into personal realization. Every
color has its own personality and in each lies knowledge and
clarity.

Saudara/I sekalian, adalah saya menganjurkan kepada kalian agar dapatlah


dihafalkan ayat Bismillah 6 di bawah sebagai amalan harian, I. Allah. Tidak
perlu saya panjangkan lagi tentang hikmahnya dan sebagainya kerana Allah
lebih mengetahui. Cuma berikut adalah selingkar kisah berkebetulan sahaja
terjadi sebagai selingan.
Cerita ini berlaku kepada diri saya dalam tahun 2003. Seorang ustaz
meminta diajarkan bagaimana jika kehabisan minyak kenderaan di tempat
yang tiada penghuni, jauh daripada bantuan? Secara berseloroh saya
anjurkan diamalkan ayat Bismillah 6 tanpa niat apa-apa selain ibadah.
Selang dua minggu kemudian beliau datang memeluk dan berterima kasih
kepada saya kerana keretanya kehabisan minyak di tengah lading getah dan
ketika itu bersama keluarga. Dibacakan ayat tersebut dan terus dihidupkan
enjin. Dengan kuasa Allah, ia bergerak dan sehingga diceritakan kepada saya
,dia masih belum mengisi minyak lagi. Selepas itu terus kehabisan minyak
dan terpaksa dibantu membelikan untuknya. Banyak lagi kejadian yang tidak
perlu diceritakan di sini. Wallahualam.

44

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

45

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Telah sampai kiranya kita ke mod 10. Dalam mod ini, adalah beberapa amalan
rahsia hasil gabungan beberapa budaya. Namun terasnya tetap pengabdian terhadap
Illahi.
Tidak perlu saya berpanjang lebar dengan intronya. Baca, fahamkan dan amalkan,
InsyaAllah ada keberkatannya.
Amalan menghadapi musuh/ majikan garang dan sebagainya.:
-

Di rumah, sebelum melangkah pergi, buat meditasi, Bacalah Bismillah 6 3x

Sebutlah, Bismillah.dengan rahsia keagunganmu Ya Allah, kupohon


padamu Ya Allah,

selaputilah tubuh badanku dengan 7 lapisan perisai

kalimahmu yang tidak dapat ditembusi oleh sebarang perbuatan jahat


manusia atau makhluk-makhluk lainnya. Amin. Allah hu haq! Bayangkan
cahaya emas selaputi tubuh kalian dengan berkembang jauh sehingga tak
terlihat hujungnya. Katakan Kekallah perisaiku sepanjang siang dan malam!
-

Buatlah RB8 3x dalam kiraan zikir, bacalah 3 Qul dan ayat Qursiyy,
selawatlah sebanyak mana sehingga anda rasa tenang. Hadirkanlah wajah
lawan dalam mata hati. Renung dalam matanya dan berkatalah dalam hatimu
kata-kata yang melemahkannya, contoh, Mazlan, kamu adalah pengecut,
kamu takutkan aku, kamu geruni aku, kamu hormati aku. Kekuatan dan
ilmumu di bawah telapak kakiku. Kamu lemah! Kamu Lemah! Kamu Lemah!
Dengan izin Allah! Allah hu Haq! Ketika menyebut Allah hu haq,. Pancarkan
cahaya emas yang mengecutkan dirinya pada pandangan kamu. Bayangkan
dia semakin kecil dan tunduk takut kepada kamu. Genggamkan tangan kamu
dengan berniat mengenggam hatinya. Genggam sekuat-kuatnya, tarik nafas,
tahan dan buka genggaman, tampar ke tanah/ lantai sambil sebut Allah hu
haq dengan nafas dilepaskan! Buatlah dengan penuh keyakinan tanpa waswas.

46

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
-

Terus bangun dan menuju kepada orang yang hendak dijumpai itu. Jangan
ada rasa marah di hati tetapi rasa yakin dan bersemangat. Teknik ini juga
digunakan untuk melemahkan semangat sesiapa jua.

Ketika bertemu, renunglah ke dalam mata lawanmu sambil berzikir. Latihan


focus mata kamu yang mantap sudah cukup untuk meletihkan dia dan
melemahkannya.

Amalan ketika merasakan musibah akan menimpa atau merasakan musuh


sedang hampiri dsb.nya:
-

Buat meditasi dengan RB8 sebanyak 7x. Apabila badan terasa sedikit panas
atau ada berpeluh dan rasa tenang menguasai diri, bacalah FAKASHAFNA
ANKAHADID

berulang

kali

sehingga

puas,

perhatikan

tanpa paksa

sebarang imej di mata hati anda. Insya Allah anda akan melihat secara nyata
atau tanda/ isyarat berkaitan. Selalu juga mata hati terus gelap tetapi hati
berbisikkan sesuatu. I. Allah itulah dia jawapannya.
-

Teruslah buat sembahyang hajat untuk menepis sebarang bala.

Jika gangguan makhluk ghaib, bacalah Qursiyy sehingga (walayauduhu


hifzuhuma wahual aliyul azim diulang itu sahaja 3 x)

Tarik

nafas

sambil

hati

sebut

Allah..tahankan

nafas

(ketika

ini,

bayangkan cahaya merah api berkumpul di di kedua-dua lengan dan tapak

47

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
tangan kamu dan buat jurusan seperti sedang
menolak benda dengan kedua tapak tangan
menghala ke arah makhluk atau tempat
dirasai makhluk itu berada tidak kira sejauh
manapun.

Jurusan

bermaksud

dengan

hentakan nafas yang kuat dari perut melalui


hidung

bersama

bayangan

cahaya

api

ditembak pergi melalui tapak tangan sebagai


bola api. Boleh tembak berkali-kali sehingga
kamu berpuas hati. (Untuk keadaan cemas /
segera, terus sahaja baca Qursiyi dan jurus
terus. Paling tidak Lailahailallah dan terus
jurus sambil hati terus zikir.)
-

Jika musibah atau kecelakaan, sembahyang hajat tolak bala, berdoa dan buat
juga seperti jurus di atas (tanpa bola api) dengan niat menolak sejauhnya.
Selepas itu beristighfar banyak-banyak, selawat dan zikirlah sebanyak
mungkin.

Amalan Untuk Banyakkan Limpahan Rezeki, I. Allah:


-

Amalkan membaca Ayat seribu dinar 100 x sehari. Boleh dibuat 20x setiap
lepas solat. Sepanjang dibacakan, bayangkan wang ringgit turun dari atas
berjatuhan disekeliling kamu dengan banyaknya bertimbun-timbun dalam
cahaya keemasan. Yakinlah, I. Allah wang ringgit itu akan datang kepada
kamu dengan banyak cara.

Amalan Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Dihajatkan seperti rumah besar,


kereta baru, isteri cantik beriman dll., I. Allah:
-

Buat meditasi sehingga benar tenang, sebaiknya selepas sembayang hajat,


bayangkan apa yang kamu mahu sudah menjadi milik kamu. Kalu sebuah
Mercedes, bayangkan kamu sedang memandunya, kamu dapat rasakan
keseronokan memandunya, kamu dapat lihat kemasan dashboardnya yang

48

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
mantap, kamu dapat rasakan kenyamanan hawa dinginnya, kamu dapat
nikmati bau haruman kerusi kulitnya yang berkilat itu dan sebagainya.
Buatlah selalu, I.Allah akan jadi milik kamu dengan cara yang kamu sendiri
tidak terfikirkan. Setelah puas dengan bayangan itu, Tarik nafas perlahanlahan dan terus telan nafas dengan niat , Itu milik aku. Yakinlah.
Amalan Untuk Buat Sesuatu Keputusan:
-

Buatlah solat istikharah dahulu dan berdoa.

Bismillah 6 3x

Seribu Dinar 3x

Buatlah meditasi sehingga benar-benar tenang, niatkan Ya Allah Ya


Tuhanku, selawat dan salam kepada Rasulullah, pohon berikan jalan
selesaikan masalahku Ya Allah.

Teruskan meditasi dengan berzikir sebanyak mungkin. Biasanya hati akan


berbisik dan terimalah ia sebagai jalannya, I. Allah. Bisikan pertama itulah
yang benar. Bisikan seterusnya sudah bercampur emosi dan kehendak.
Kadangkala juga tidak didapati dalam meditasi tetapi di dalam tidur selepas
meditasi, I. Allah. Kadangkala juga tidak dengan hanya sekali amalan.
Buatlah sehingga nyata.

P/S: Meditasi bermaksud duduk tafakur sambil lakukan RB dan zikir.

49

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Mod. kali ini menjurus kepada perubatan MPBE. Kita bermula dengan menghayati
etika perubatan yang semestinya dipatuhi dari masa ke semasa:
Perawat sentiasa bersifat jujur dan amanah. Tidak sesekali akan mengambil
kesempatan.
Perawat berada dalam keadaan bersih diri, pakaian, persekitaran dan
pemikiran. Tidak gentar dan yakin Allah sentiasa melindungi.
Perawat sentiasa bersifat simpati terhadap pesakit.
Perawat seharusnya menasihati pesakit mendapatkan rawatan/ pemeriksaan
doctor perubatan moden dahulu. Rawatan MPBE adalah rawatan susulan
sahaja. Jangan terus membuat telahan.
Sentiasa mengelakkan kecurigaan pesakit dan keluarga.
Perawat terangkan dahulu apakah cara rawatannya dan dapatkan persetujuan
pesakit. Sentiasa berlapik dengan Insya Allah.
Jika meletakkan upah khidmat rawatan biarlah sepadan kemampuan pesakit
dan tidak membebaninya. Tidak salah mengambil upah merawat.
Sistem rawatan MPBE memerlukan perawat sentiasa berada dalam keadaan sihat
dan tenang.
Sebaik-baiknya bacalah Fatihah, 3 Qul dan Ayatul Qursyi dahulu, selawat 11 kali dan
berdoalah agar Allah Azzawajalla memberi petunjuk dan menyembuhkan. Tanyakan
pesakit apa yang dihadapinya, bila bermula, kesan-kesan sampingan dan sebagainya
yang dirasakan perlu mengikut gerak ilham. Setelah itu, cuba kesan jika ada unsur
ghaib yang mengganggu dengan melihat dalam hati ataupun hand scanning. Hand
Scanning dilakukan dengan memohon pada Allah agar dibukakan kasyaf melalui
getaran tangan. Gunakan tapak tangan kanan yang dilalukan sekitar tubuh pesakit

50

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
sambil terus berzikir. Jarak dengan tubuh pesakit lebih daripada 3 kaki. Periksa juga
sekitaran jika merawat di tempat pesakit. Jika ada gangguan, terus bagi salam
dalam hati, jika rasa / dengar sahutan, suruh dia pergi dengan segera dan berjanji
tidak ganggu lagi. Jika tiada sahutan, bagi amaran dalam kiraan tujuh dan terus
musnahkan.
Gerak

hati

yang

menunjukkan

tiada

tenteram
gangguan

makhluk

halus,

begitulah

sebaliknya.
Jika tiada gangguan,
hampiri

pesakit

dan

gerakkan tapak tangan


sekitar

inci

dari

seluruh tubuhnya. Di
mana

ada

getaran

kuat, di situlah punca


atau

kaitan

dengan

penyakitnya.
Bagi yang kuat keyakinannya, pejamkan mata dan nampakkan bayangan tubuh
pesakit, tanyakan dalam hati seperti ini, wahai (nama pesakit) tunjukkan di mana
sakitmu.) ulang sehingga bayangan itu menunjukkan. Bagi yang lebih mantap,
perawat akan melihat tanda-tanda tertentu di bahagian badan yang sakit I. Allah.
Mereka yang diijazahkan dalam kursus ini I.Allah akan sentiasa mendapat ilham
bagaimana

merawat

pesakit.

Jangan

ragu

dengan

detik

hati

selagi

tidak

bertentangan syarak.
Bagaimanapun beberapa asas penyembuhan diturunkan sebagai panduan di bawah:
(Sebelum itu, perawat dinasihatkan mencari rujukan organ-organ dalam tubuh
manusia, system endokrin dan sebagainya sebagai rujukan sehingga fasih.)

51

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Sistem aliran darah

Sistem Pencernaan

52

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

53

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Sentiasa aktifkan kesemua kelenjar endokrin tersebut dengan niat ,Ya Allah
bersih dan aktifkanlah kelenjar pituitary, adrenalin. Sambil mengarah tangan
ke arah tubuh badan pesakit mengikut kedudukan kelenjar-kelenjar tersebut.
Cahaya putih bersih digunakan di sini masuk ke dalam kalenjar tersebut .
Gunakan rajah besar di atas untuk merawat pesakit. Ilham anda akan
menunjukkan sector-sektor yang perlu diaktifkan.
Kemudian, mulakan rawatan dengan memancarkan cahaya biru langit ke dalam
tubuh pesakit dengan diarahkan ke tempat berkaitan.

Batuk Berkahak
Bayangkan

saluran

pernafasan

dan

peparu pesakit di genangi lendir-lendir


kotor. Bayangkan anda menebuk paruparu dan mengepam keluar lenderlendir itu dengan melalui straw dan dimasukkan dalam sebuah botol. Pam keluar
sehingga habis kering termasuk tenggorokan. Buang semua peralatan dengan
dibakar di udara, jauh dari situ. Kemudian, bayangkan paru-paru itu dicuci
dengan larutan air + Dettol sehingga bersih, bilas dan keringkan. Gunalah apa
sahaja teknik dalam bayangan anda. Akhir sekali, pancarkan cahaya penyembuh
biru. I. Allah, pesakit akan berasa lega dan akan sembuh sedikit masa lagi.
Sebaiknya, proses itu diulang walaupun pesakit telah pulang kerana keadaan itu
boleh berulang kembali .

Saluran Jantung Tersumbat


Bayangkan jantung pesakit dalam ruangan
mata

anda.

Kesan

tempat

tersumbat.

Gunakan apa sahaja alat yg. dicipta untuk


membersihkan saluran yang tersumbat. Kolestrol pekat itu harus dikeluarkan dan

54

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
musnahkan. Akhir sekali, pancarkan cahaya penyembuh biru. I. Allah, pesakit
akan berasa lega dan akan sembuh sedikit masa lagi. Sebaiknya, proses itu
diulang walaupun pesakit telah pulang kerana keadaan itu boleh berulang
kembali . (Harus berhati-hati agar tidak terlampau kasar)

Resdung
Bayangkan rongga-rongga di muka pesakit dipenuhi kuman-kuman seperti hama
hitam dan lendiran hitam. Sedut keluar lendir dan hama tersebut seperti rawat
batuk berkahak. Niatkan proses berulang secara otomatis setiap 15 minit
sehingga sembuh
Bengkak
Pancarkan cahaya biru langit ke arah bengkak dan hati berkata, Surutlah
bengkak I.Allah banyak kali. Buat selalu. Kalau berhadapan pesakit, jarak tangan
dan bengkak sekitar 5-6 inci. Tampakkan pada bayangan bengkak semakin
surut. Niatkan proses berulang secara otomatis setiap 15 minit sehingga sembuh.
Penyakit Kulit sopak, panau, gatal-gatal dll.
1- Peringkat awal, bayangkan kulit itu ditonyoh dengan kain kasar yang dibasahi
Dettol sehingga merah kulit dan diyakini bersih. Kemudian pancarkan cahaya
putih membunuh kuman dan fungi. Akhirkan dengan pancaran cahaya biru.
2- Peringkat teruk atau jika rawatan pertama kurang berhasil, bayangkan anda
mengupas kulit yang bermasalah dengan sekali libasan tangan, sambil hati
berkata,kupas kulit, Allah hu haq!. Kemudian dengan cepat cuci dengan larutan
dettol dan sebut dalam hati, kulit baru, Allah hu haq! Bayangkan kulit baru dan

55

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
elok melitupi kawasan terdedah. Yakinlah ia berlaku, I. Allah. Akhirkan dengan
pancaran cahaya biru.
Gastrik
Bayangkan perut pesakit dibanjiri asid yang banyak (asid warna merah). Tebuk
lubang ke dalam perut, masukkan tiub dan sambungkan dengan sebotol alkali.
Alirkan alkali (warna hijau pucuk pisang) ke dalam perut bagi kurangkan
keasidan. Warna merah asid semakin berkurangan berganti kehijauan. Hentikan
aliran alkali setelah rasa mencukupi. Cabut dari botol dan biarkan gas asid keluar
melalui tiub. Setelah selesai, musnahkan peralatan. Niatkan proses diulang
secara otomatis setiap 30 minit sehingga sembuh.
Air Penawar MPBE
Buka tudung botol berisi air kosong/ mineral. Pegang botol dengan mulutnya
berhampiran mulut kamu. Bacalah ayat Fatihah, 3 Qul. Ayatul Qursiyyi, Bismillah
6 dan selawat (sebaiknya selawat syifa). Setiap bacaan selesai, hembuskan ke
air. Pohon penyembuhan daripada Allah s.w.t.

Setelah itu tutup botol. Pegang

botol dengan kedua belah tangan. Alirkan cahaya biru lebihkurang seminit dan
diakhiri dengan cahaya emas seminit ke dalam air sambil terus berzikir.
Gunakan air untuk diminum, disapukan atau untuk mandi, ikut ilham kamu, I.
Allah.
Begitulah antara cara-cara yang digunakan dalam perubatan asas MPBE.
Kelihatan agak lucu but thats the way. Gunakan pengetahuan perubatan dan
kreativiti kamu bagi merawat. Fokus perlu tinggi dan bayangan perlu mantap.
Buatlah latihan sekerap mungkin. Berikan motivasi kepada pesakit agar dia juga
bersemangat untuk sembuh. Sentiasa suruh pesakit merasakan dirinya semakin
sembuh dari masa ke semasa sambil melafazkan, Aku semakin sembuh,
Alhamdulillah. Secara psikologi, tambahan gerakan tangan, tutur kata tegas
atau posisi merawat

serta keyakinan di wajah perawat sangat penting bagi

menyakinkan pesakit.

56

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE

Asssalamualaikum W.B.T saudara/i yang dirahmati Allah.


Ke hadapan anak-anak muridku yang diberkati Allah Azzawajalla.,
Bertemu lagi kita di pengakhiran pengajian asas pertengahan MPBE ini. Rasanya
kalian telah sedikit sebanyak merasai perubahan dalam diri dan kehidupan masingmasing. Pengajian kalian telah hamba permudahkan agar tidak menjadi kepayahan
dalam pengamalannya. Sesungguhnya, ilmu MPBE ini adalah berteraskan anugerah
Allah kepada yang benar-benar menekuninya. Ilmu kalian akan bertambah dari masa
ke semasa jika hati berterusan bersih dan zikir mewarnai jiwa I. Allah.
Jika kalian mengkaji dengan lebih mendalam, sudah tentu akan mendapati korelasi
ataupun hubungan yang padu antara setiap mod. yg telah dipaparkan. Kekuatan
atau kemantapan apa ilmu sekalipun adalah daripada keyakinan dan focus yang jitu.
Keberhasilan pula adalah kurniaNYA. Juga, kalian akan mendapati bahawa ilmu ini
juga boleh disalahgunakan, Nauzubillah
Bagi yang telah sedia ada sedikit sebanyak ilmu seperti persilatan dan kebathinan
lainnya sebelum ini pasti akan mendapati ilmu mereka semakin hebat daripada
sebelum ini, I. Allah.
Kebijaksanaan menggabungjalinkan teknik dan konsep MPBE adalah kunci kejayaan
dalam menelusuri rona-rona permasalahan kehidupan. Kalian adalah ibarat pelukis
yang lengkap dengan alatannya, sekadar harus memalitkan varia warna ke atas
kanvas hidup yang begitu innocent sebenarnya.

57

MIND POWER BIO ENERGY: MODUL 1


Pengenalan dan Amanat MPBE
Selalulah bermahasabah akan diri kalian dan selalulah juga pandang ke luar daripada
skop kepentingan diri, I. Allah umat Islam akan bertambah maju dan kuat posisinya
dalam semua aspek.
Gunalah ilmu kalian ini untuk menyumbang kepada arus Perdana kebangkitan
ummah. I. Allah.
Jangan sesekali memperlihatkan mod.-mod. MPBE kepada bukan warganya kerana
ada risiko besar kepada mereka. Namun begitu, adalah menjadi kewajipan kalian
untuk meramaikan warga MPBE ini. Kalian adalah paksi yang dapat membantu
kepada kebangkitan ummah dan MPBE adalah salah satu wadahnya. Mulai detik ini,
segeralah membantu hamba menyebarkan ilmu MPBE di muka bumi Allah ini agar
perjuangan kita menjadi lebih bermakna.
Adalah menjadi hasrat hamba agar suatu hari nanti kita akan dapat membuat
perjumpaan bulanan warga MPBE di setiap buah negeri di Malaysia ini dan
penambahan ilmu akan terus berlangsung dan kebajikan warga dapat dipantau.
Bersama-samalah kita berusaha untuk menjadikan hasrat ini satu hakikat, I. Allah.
Akhir kata, dengan lafaz Bismillah.hamba, Shamsinar Hj. Gulam Ali
dengan ini mengijazahkan kepada anak murid hamba ini ilmu MPBE
peringkat pertengahan . Berkatikanlah dia Ya Allah.
Salam perjuangan.
Dr. Shamsulnihar

58