Anda di halaman 1dari 87

ASRARUL-ARIFIN

Karangan Hamzah Fansuri


[Naskhah Leiden.no 7291 (1)]
BismiLlahil-Rahmanl-Rahim
Al-hamdu liLlahil-ladhi sharaha
Sudural-arifin bi mafatihi wujudihi
Wa zayyana qulubahum bi arsrihi
[wa] nawwara arwahahum bi maarifi
shuhudihi wa zahharanufusahum bi nuri
ishqihi
afdalul-salat wa akmalul-tahiyat ala
sayyidina
Muhammad sahibil-hawdil-mawrud
Wal-maqamil-muhammadil-mahmud
Waala alihi wa sahbihi ajmain walHamdu liLlahi rabbil-alamin
[1] Ketahui, hai segala kamu anak Adam yang
Islam, bahwa Allah Subhanahu wa Taala
menjadikan kita daripada tiada bernama
diberiNya nama, dan daripada tiada berupa
diberi berupa; lengkap dengan telinga,
dengan hati, dengan nyawa, dengan budi.
Yogya kita chari Tuhan kita itu supaya kita
kenal dengan marifat kita atau dengan
khidmat kita kepada guru yang sempurna
mengenal Dia, supaya jangan taqsir kita.
[2] Adapun sementaranya belum bertemu
dengan yang sempurna bermakrifat, pandang
1

pada lima belas bayt. Adapun ini empat


sechawang pada sebuah bayt. Jika tiada kamu
faham pada bayt lima belas bayt ini, lihat
pada
sharahnya
pulang
kerana
pada
sharahnya itu perkataan makrifat Allah ada
dengan nyata dalamnya. WaLlahu alam
[3] Shahdan. Tiada lagi berapa kurangnya.
Adapun jikalau bertemu dengan kurangnya,
digenapi, jika bertemu dengan salahnya
diperbenari, jika bertemu dengan penggal
pada bahasa atau pada hurufnya lebih
kurang, diperbaiki jangan diaybkan kerana
manusia terbanyak lupa dan lalai seperti
sabda RasuluLlah saw.
[4] Bab pada menyatakan marifat Allah
Taala serta SifatNya dan AsmaNya
Aho segala kita yang menyembahkan
Nama
Yogya diketahui apa Yang Pertama
Kerana Tuhan kita yang Sedia Lama
Dengan ketujuh Sifat bersama-sama
Tuhan kita itu yang Empunya Dhat
Awwalnya Hayy pertama bilang Sifat
Keduanya Ilmu dan Rupa Malumat
Ketiga Muridkan sekalian Iradat

Keempat Qadir dengan QudratNya


tamam
Kelimanya Sifat bernama Kalam
Keenamnya Sami dengan Adanya
dawam
Ketujuhnya Basir akan halal dan haram
Ketujuhnya itu adanya qadim
Akan istidad alamin sempurna Alim
Kerana Sifat ini dengan Kamal al-Hakim
Bernama BismiLlajil-Rahmanil-Rahim
Ilmu ini Haqiqat Muhammad al-Nabi
Menurutkan Malum dengan
lengkapnya qawi
Daripada Haqiqatnya itu jahil dan wali
Beroleh Itibarnya dengan sekalian peti
Tuhan kita itu empunya Kamal
Didalam Ilmunya tiada panah zawal
Rahman dalamnya perhimpunan Jalal
Berserta dengan Rahim pada sekalian
Jamal
Tuhan kita itu bernama Aliyy
Dengan sekalian SifatNya sentiasa baqi
Ala jamiil-alam ini AtharNya jadi
Daripada sittu jihat-sebab inilah khali
Chahaya AtharNya tiadakan padam
Memberikan wujud pada sekalian alam
Menjadikan makhluq siang dan malam
3

Ila abadil-abad tiadakan karam


Tuhan kita itu seperti Bahr al-Amiq
Ombaknya penuh pada sekalian tariq
Laut dan ombak keduanya rafiq
Akhirnya kedalamnya jua ombaknya
ghariq
Lautnya Alim haluannya Malum
Keadaannya Qasim ombaknya Maqsum
Tufannya Hakim shuunnyanya
Mahkum
Pada sekalian alamin inilah rusum
Jikalau sini kamu tahu akan wujud
Itulah tempat kamu shuhud
Buangkan rupamu daripada sekalian
quyud
Supaya dapat ke dalam Diri quud
Pada wujud Allah itulah yogya kau
qaim
Buangkan rupa dan namamu daim
Nafikan rasamu daripada makhdum dan
khadim
Supaya sampai kepada Amal yang
Khatim
Jika engkau belum tetap seperti batu
Hukum dua lagi khadim dan ratu
Setelah lupa engkau daripada emas dan
matu
4

Mangkanya dapat menjadi satu


Jika belum fana daripada ribu dan ratus
Tiadakan dapat adamu kau hapus
Nafikan rasamu itu daripada kasar dan
halus
Supaya dapat barang katamu harus
Hamzah Fansuri sungguh pun daif
Haqiqatnya hamper pada Dhat al-Sharif
Sungguh pun habab rupanya kathif
Wasilnya daim dengan Bahr al-Latif
Inilah Bayt Lima Belas. Dengarkan pula pula
pada ibarat
sharah pulang.
[5] Aho segala kita yang menyembahkan
Nama
Yogya diketahu apa Yang Pertama
Yani Nama Allah Subhanahu wa Taala kerana
pada hukum shariat barang siapa menguchap
la ilaha illaLlah Muhammadun RasuluLlah
dengan lidahnya Islam hukumnya. Pada
hatinya ?- waLlahu alam !
Seperti sabda Nabi saw:
Man qala la
ilaha illaLlah dakhalaljannah
Barangsiapa menguchap la ilaha illaLlah
masuk shurga [ terlalu mudah]
5

Dan lagi sabda Nabi saw:


Man qala la
ilaha illaLlah khahsan
mukhlisan dakhalal-jannah
Barangsiapa menguchap la ilaha illaLlah
dengan suchi hatinya masuk shurga .
Bahwasanya kerana nama dan yang empunya
nama esa, apabila nama disebut maka serasa
yang menyebut dengan yang empunya nama.
Adapun kepada haqiqat, yogya diketahui yang
Empunya Nama maka sempurna Islam mu.
Seperti
orang
ke
benua
China
dan
mendengar nama raja China juga, sungguh
pun tiada kelihatan dengan raja China; maka
sempurna ia ke benua China dan raja China
pun dilihatnya, nama raja China pun
didengarnya; keduanya diperolehnya. Sebab
itu kepada haqiqat yogya diketahui dan
dikenali NamaNya yang dinamai Allah kerana
firman Allah Taala:
Man kana fi hadhihi ama fahuwa filakhirati ama wa adallu sabilan
Yakni: Barangsiapa tiada mengenal Allah
disini, diakhirat pun tiada dikenal dan lebih
jauh ia dari jalan yang benar. [Quran 17:72]
Kerana ini maka kata Ahlul Suluk akan
orang yang tiada mengetahui Allah tetapi
menyebut Nama Allah dengan ikhlas hatinya
iaitu Islam hukumnya. Ittifaq Ulama dan
Ahlul-Suluk akan orang yang mengetahui
Allah khass hukumnya; akan orang yang
6

mengenal Allah khassal-khass hukumnya,


kerana orang yang mengenal Allah Taala
daripada oeang yang mengetahui Allah.
Seperti sabda RasuluLlah saw:
Wabud rabbaka kaannaka tarahu
yakni
Sembah Tuhanmu seperti kau lihat Ia
{ibarat ini kepada orang yang mengenal
Allah dapat dikata}
..Fain lam takun tarahu fainnahu yaraka
yakni
Jika tiada engkau melihat Dia, bahwa Ia
melihat dikau.
{ibarat ini kepada orang yang mengetahui
Allah dapat dikata}
Lagi Firman Allah Taala:
Wabud rabbaka hatta yatiyakal-yakin
yakni
Sembah Tuhanmu hingga memberi dikau
nyata {yakni nyata: tiada shakk dalamnya}
Inilah mana .menyembah Nama.
[6] Falam- Yogya diketahui Yang Pertama
Yakni tatkala bumi dan langit belum ada,
Arsh dan Kursi belum ada, shurga dan
neraka belum ada semesta sekalian alam
pun belum ada, apa jua yang pertama ?
Dhat semata, SendiriNya, tiada dengan sifat
dan tiada dengan AsmaNya itulah Yang
7

Pertama. Adapun Nama Dhat itu Huwa.


Makna Huwa itu ismu isharatin kepada Dhat
tiada dengan sifat. Adapun Nama Allah
rendahnya sepangkat daripada Nama Huwa.
Tetapi Nama Allah itu perhimpunan segala
Nama. Seperti seorang Muhammad namanya,
jika ia berilmu, alim namanya, jika ia pandai,
utus namanya, jika ia tahu menyurat, katib
namanya,
jika
ia
berniaga,
saudagar
namanya. Sekalian nama dibawah nama ini
dibawah nama Muhammad juga. Kerana ia
perhimpunan segala nama itu. Akan Nama
Allah SWT pun demikian lagi. olehNya
menjadikan makhluk, Khaliq NamaNya.
olehNya memberi rizqi akan hambaNya Raziq
NamaNya, olehNya membarikkan alam, Sani
NamaNya , olehNya menjadikan dengan
hikmatNya, Hakim NamaNya. Sekalian Nama
ini dibawah Nama Allah juga kerana Nama
Allah sepangkatnya. Adapun Dhat tinggi pula
daripada Nama Huwa itu. Barangsiapa tahu
akan mananya ini, tahu ia akan Yang
Pertama itu.
[7] Falam Kerana Tuhan kita yang
Sedia Lama
Yakni Qadim Sedia, tiada dapat dibicharakan
sekian lamanya. Yakni Qadim tiada dengan
qadimnya, Awwal tiada dengan awwalnya,
Sedia Ada, tiada lulus bichara kepada
QidamNya itu melainkan bichara Ahlil Kashf
8

jua. Adapun kata Ahlul Kashf QadimNya itu


mithal suatu buah yang buntar, tiada
berhujung
dan
tiada
berpuhun,
tiada
permulaan dan tiada berkesudahan dan tiada
tengah dan tiada tepinya dan tiada hadapan
dan tiada belakangnya, tiada kiri dan tiada
kanan, tiada atas dan tiada bawahnya. Inilah
makna Qadim Sedia. Jika ditamthilkan seperti
dairah pun dapat kerana dairah tiada
berawwal dan tiada berakhir, jika awwal
dikatakan akhir pun dapat, jika akhir
dikatakan awwal pun dapat. Yogya diketahui
Qadim Allah SWT dengan sempurna kenal.
Inilah makna Qadim Sedia Lama. Betapa
dapat bertemu dengan marifat Allah Taala
jika tiada tahu QadimNya Sedia ?
[8] Falam
bersama-sama.

Dengan

ketujuh

Sifat

Yakni tiada bercherai dengan ketujuh


SifatNya, sungguh pun dikata Dhat Allah
yang Pertama. Tetapi ibarat mushkil, yakni
jadi Ia bercherai dengan ketujuh SifatNya
naqis hukumnya. Adapun kepada Ulama
shariat, Sifat Allah ayn Dhat Allah pun tiada,
ghayr Dhat pun tiada. Adapun pada kata
Ahlul Suluk, Sifat ayn Dhat. Misal seorang
orang kerana ilmunya maka bernama alim ,
kerana qudratnya maka bernama qadir,
kerana iradatnya maka bernama murid,
kerana katanya maka bernama mutakallim,
9

kerana penengarnya maka bernama sami,


kerana penglihatannya maka bernama basir.
Adapun ibaratnya juga lain daripada Dhat
Asli. Nama Sifat yang tujuh itu suatu Hayat,
kedua Ilm, ketiga Iradat, keempat Qudrat,
kelima Kalam, keenam Sam, ketujuh Basar.
Dhat dengan ketujuh Sifat ini tiada bercerai.
Adapun Sifat yang lain banyak lagi tiada
terhisabkan. Sekalian Sifat yang lain itu
dibawah Sifat yang tujuh ini jua, kerana yang
tujuh Sifat ini tinggi daripada sekalian Sifat
itu. Seperti Nama Allah perhimpunan segala
Nama, Sifat yang tujuh itu jua perhimpunan
segala Sifat. Apabila tahu akan mana tujuh
sifat itu, maka dapat mengenal dengan
sempurna kenal jua.
[9] Falam Tuhan kita Empunya Dhat
Yakni Semata, tiada dengan sifat. Pada suatu
ibarat Wajibul-Wujud dinamai Ulama kerana
Ia qaim denagn SendiriNya, tiada dengan
lain. Sebab ini maka dinamai Ulama Wajibul
Wujud. Maka kata Ahlul Suluk sungguh pun
Ia qaim SendiriNya tetapi Ia memberi wujud
akan sekalian alam. Maka dinamai Wajibul
Wujud kerana Wujud dengan Dhat esa
hukumnya. Adapun kepada Ulama shariat
Dhat Allah dengan Wujud Allah dua
hukumnya, wujud Ilmu dengan
Alim dua
hukumnya, wujud alam dengan alam dua
hukumnya, wujud alam lain , Wujud Allah
10

lain. Adapun Wujud Allah dengan Dhat Allah


mithal
matahari
dengan
chahayanya,
sungguh pun esa pada penglihat mata dan
penglihat
hati
pada
haqiqatnya
dua
hukumnya , matahari lain, chahaya lain.
Adapun alam, maka dikatakan wujudnya lain
kerana alam seperti bulan beroleh chahaya
daripada matahari. Sebab inilah dikatakan
Ulama wujud alam lain daripada Wujud Allah,
Wujud Allah dengan Dhat Allah lain. Maka
kata Ahlul Suluk jika demikian Allah Taala
diluar alam atau didalam alam dapat dikata,
atau hampir kepada alam atau jauh daripada
alam dapat dikata.
Pada kami Dhat Allah dengan Wujud Allah esa
hukumnya. Wujud Allah dengan wujud alam
esa, wujud alam dengan alam esa hukumnya .
Seperti chahayanya, namanya jua lain, pada
haqiqatnya tiada lain. Pada penglihat mata
esa, pada penglihat hati pun esa. Wujud alam
pun demikian lagi dengan Wujud allah esa,
kerana alam tiada berwujud sendirinya.
Sungguh pun zahirnya ada ia berwujud tetapi
wahmi juga bukan wujud haqiqi, seperti
bayang-bayang dalam chermin, rupanya ada
haqiqatnya tiada. Adapun ittifaq Ulama
dengan Ahlul Suluk pada Dhat, semata.
Sungguh pun Dhat dapat diibaratkan tetapi
tiada lulus pada ibarat kerana tiada diatas
akan Dia, tiada dibawah akan Dia, tiada
dahulu akan Dia, tiada kemudian akan Dia,
tiada kanan akan Dia, tiada kiri akan Dia,
11

tiada jauh dakn Dia, tiada hamper akan Dia,


tiada diluar akan Dia, tiada didalam akan Dia,
tiada bercherai akan Dia, tiada bertemu akan
Dia tiada dengan betapanya dan tiada
dimana dan tiada kemana dan tiada sekarang
dan tiada sekejap mata, dan tiada ketika dan
tiada masa, tiada Ia jadi dan tiada Ia menjadi,
tiada Ia tempat dan tiada Ia bertempat.
Seperti sabda RasuluLlah SAW;
KanaLlahu wa la shaya mamahu
yakni;
Dahulu Allah dan tiada tiada suatu sertaNya
pun
Kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatuLlahi
alayhi]
Huwal-ana kama kana
yakni ;
Ia sekarang pun seperti dahulu juga
Firman Allah Subhanahu wa Taala
SubhanaLlahi amma yasifun
yakni;
Mahasuchi Allah tiada dapat diperikan
[Quran 23:92]
Lagi firman Allah Taala
Laysa kamithlihi shayun
yakni;

12

Tiada suatu pun [barang yang kita bicharakan


dengan hati kita atau dengan marifat kita]
sudah-sudah. [sama-sama] . [Quran 42:11]
Marifat itu bukan marifat Dhat tetapi
keadaan Dhat dengan periNya juga. Sebab
inilah maka kata Ahlul Suluk, Dhat dengan
keadaaaNya esa. Tetapi yang kunhiNya, Dhat
itu tiada siapa datang kesana. Jangankan
awamm, wali dan nabi dan malaikatul
muqarrabin pun tiada tiada datang ke sana.
[10] Falam Awwalnya Hayya pertama
bilang Sifat
Yakni Hayy itu iaitu Hidup. Maka Hayy
pertama dikatakan kerana jika tiada Hayy
sekalian Sifat ini tiada berkawn. Laginya
firman Allah Taala:
Allahu la ilaha illa huwal-hayyulqayyum
Yakni
Bahawa Allah Taala esa, tiada tuhan lain
melainkan Ia, Hidup, memegangkan sekalian.
[ Quran 2:255]
Lagi Firman Allah Taala,
Huwal-hayyu la ilaha illa huwa
Yakni
Ia itu Hidup, tiada Tuhan lain melainkan Ia
jua.
13

Adapun maka Hayy didahulukan daripada


sekalian Sifat yakni-seperti seorang orang
jika tiada hay mati hukumnya. Apabila mati
hukumnya alim pun tiada akan dia , murid
pun tiada akan dia, qadir pun tiada akan dia,
mutakallim pun tiada akan dia, sami pun
tiada akan dia, basir pun tiada akan dia.
Sebab inilah maka Hayy didahulukan
daripada sekalian Sifat bersama-sama. Itulah
mana Awwalnya Hayy pertama bilang Sifat.
[11] Falam-Keduanya Ilmu dan Rupa
Malumat
Yakni Tahu, kerana Ilmu itu pertama nyata
daripada sekalian nyata. Adapun maka
dikatakan Ilmu pertama nyata daripada
segala nyata kerana tatkala Allah Subhanahu
wa Taala menilik DiriNya dengan Ilmunya,
maka jadi tiga, bergelarnya: Alim, Ilmu,
Malum. Yang Menilik bernama Alim, Yang
Ditilik
bernama
Malum,
Tilik-Menilik
bernama Ilmu. Ketiganya esa juga, namanya
berlain-lain; tetapi kerana Ilmu juga Alim
dan Malum beroleh nama dan beroleh
kenyataan. Tuhan pun zahirlah dengan
hambanya, hambanya pun zahirlah dengan
Tuhannya. Sebab inilah maka dikatakan Ilmu
pertama nyata daripada segala nyata kerana
Dhat Semata memandang DiriNya Alim pun
kelihatan, Ilmu pun kelihatan. Malum pun
14

kelihatan. Adapun Dhat Semata tiada dengan


sifat. Itulah Yang Pertama hukumnya. Apabila
ia menilik Dirinya, dilihatNyalah DiriNya
dengan sekalian ShuunNya. Pada ketika itu
Yang Menilik bernama Alim, Yang Ditilik
bernama Malum, Tilik-Menilik bernama
Ilmu. Dhat tersembunyi didalam Alim dan
Malum dan Ilmu. Maka bergelar Awwal dan
akhir, Zahir dan Batin; yang menilik bernama
Awwal, yang ditilik bernama Akhir, yang
ditilik bernama Zahir, yang menilik bernama
Batin. Kerana inilah maka firman Allah Taala
Huwal-awwalu wal-akhiru wal-zahiru
Wal-batinu wa huwa bikulli shayin alim
Yakni
Ia jua Yang Dahulu, Ia jua Yang Kemudian
Ia Yang Nyata, Ta Terbunyi; Ia Tahu pada
segala suatu.[Quran 57:3]
Lagi kata Lamat
Yang Diberahikan dan Berahi dan Yang
Berahi, ketiganya esa juga;
Sini apabila bertemu tiada lulus, bercherai
dan dimanakan ada ?
Lagi kata Shaykh Muhammad Maghribi
[rahmatuLlahi alayhi]
Chun azm tamasha-i-jihan kad zi khalwat
Amad
betamasha-i-jihan
ayn
jihan
shud ...
Yakni
15

Tatkala berbichara hendak melihat alam


daripada rumah yang sunyi
Datang melihat rupa alam menjadi semata
alam...
Har naqsh ki u khwast badan naqsh
baramad
Pushid haman naqsh badan naqsh iyan
shud
Yakni
Barang-barang tulis yang dikehendakinya
dengan tulis itu datang
Tertutup dengan tulis itu juga nyata kelihatan
Kerana inilah maka kata Ali [radiyaLlahu
anhu] berkat
Maraaytu shayan illa wa
raaytuLlahu fihi
Yakni
Tiada kulihat sesuatu melainkan kulihat Allah
dalamnya
Inilah mana Ilmu pertama nyata daripada
segala nyata.
[12]
Falam-Ketiganya
sekalian Iradat

Murid

akan

Yakni Murid itu iaitu Berkehendak kepada


istidad yang dalam IlmuNya kepada alam ini.
Seperti kata Hadith Qudsi
16

Kuntu kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an


urafa
Yakni
Aku perbendaharaan yang terbunyi, maka
kukasih bahwa aku dikenal
Yakni alam dengan istidadnya sekalian yang
didalam Ilmunya itulah maka dinisbatkan
dalamnya kepada perbendaharaan yang
terbunyi hendak mengeluarkan malumat dari
dalam Ilmunya. Maka bersabda: Kuntu
kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an urafa.
Adapun tamthil perbendaharaan itu seperti
puhun kayu, sipuhun dalam bijinya. Biji itu
perbendaharaan.
Puhun
kayu
yang
didalamnya ini perbendaharaan terbunyi
dengan
lengkapnya;
akarnya,
dengan
batangnya, dengan chabangnya, dengan
dahannya,
dengan
rantingnya,
dengan
daunnya, dengan bunganya, dengan buahnyasekalian lengkap didalam biji sebiji itu. Maka
biji itu hendak mengeluarkan tumbuh puhun
kayu itu daripada dirinya ditengah padang
yang mahaluas. Maka biji itu berkata: Kuntu
kanzan makhfiyyan fa ahbabtu an urafa-yakni
sekalian kata ini isharat kepada Berkehendak
juga.Dan lagi firman Allah Taala:
Innama amruhu idha arada shayan an
yaqula lahu kun fa yakun
Yakni
Bahwasanya
barang
titahNya,
tatkala
berkehendak kepada sesuatu, bahwakan
17

berkata baginya: Jadi kau! Menjadi. [Quran


36:82]
Ini pun isharat kepada Berkehendak juag.
Adapun kata Ahlul-Suluk makna [lahu] itu
iaitu
mawjud
hendaknya
dan
hadir
hendaknya. Maka harus dikatakan [lahu]
kerana [lahu] itu isharat kepada suatu yang
mawjud. Jika tiada mawjud tiada akan disebut
Allah Subhanahu wa Taala [lahu]. Kerana itu
maka Ahlul-Suluk makna kun [lahu] itu kata
kepada malumat didalam Ilmu Allah yang
sedia mawjud. Tetapi kepada Ulama,
malumat itu tiada mawjud. Ia hadith-baharu
datang tatkala Ia pandang memandang
DiriNya. Adapun kata Ahlul-Suluk, sungguh
pun tiada ia mawjud pada zahirnya tetapi
pada batinnya ia mawjud, ada seperti puhun
kayu itu juga; sungguh pun belum keluar dari
dalam biji itu hukumnya adalah dalam biji itutiada shakk lagi. Jika tiada demikian, naqis
hukumnya.
[13]
Falam-Keempat
QudratNya taman

Qadir

dengan

Yakni Kuasa; jika tiada kuasa lemah


hukumnya. Akan Allah Subhanahu wa Taala
tiada lemah. Ia kuasa menjadikan dan
menbinasakan
dan
menghidupkan
dan
mematikan;
pada
mencheraikan
dan
mempertemukan,
pada
mengambil
dan
18

memberi-banyak lagi mithalnya yang tiada


tersebut. Jikalau tiada kuasa, manakan dapat
Ia memandang DiriNya pandang malumat
yang dalam Ilmunya? Inilah yang berqudrat,
yang sedia serbaNya itu. Adapun alam
sungguh
pun
mawjud,
bayang-bayang
malumat juga. Apa yang dalam malumat itu
sini kelihatan kerana malumat itu terhukum
oleh Qudrat yang sedia tiada dapat
ditukariNya lagi. Apabila bertukar naqis
hukumnya Qudrat yang sedia itu; yakni belum
sempurna maka hendak diperbaikiNya sekali
lagi. Jikalau sudah dari sana permai, tiada
harus diperbaikiNya sekali lagi.
[14] .dan suara kita. Sebab inilah maka
pada hukum shariat Kalam Allah tiada
makhluq.
Adapun
kepada
madhhab
Mutazilah dan Rafidi dan Zindiq. Kalam Allah
itu makhluq. Pada hukum shariatnya,
barangsiapa
mengatakan
Kalam
Allah
makhluq iaitu kafir-naudhat biLlahi minhu!
Kalam Allah peri Dhat, Qadim bersama-sama
dengan sekalian yang sedia ketujuh itu.
Adapun Kalam Allah yang dibawa Jibrail
kepada
Nabi
Muhammad
RasuluLah
sallaLlahu alayhi wa sallam yang tersurat
pada mashaf itu dapat dikatakan makhluq
kerana hukumnya sudah bercherai dengan
Dhat pada ibarat. Adapun pada haqiqinya,
walLlahu alam bil-sawab!
QalaLlahu Taala:
19

Innama qawluna li shayin idha aradna


an naqula kun fa yakun
Yakin
Bahwa sesungguhnya barang janji Kami akan
suatu, tatkala kehendak Kami akan dia,
bahwakan berkata baginya: Jadi kau!menjadi [Quran 15:40]
Ini pun Kata Qadim dengan isharat juga,
bukan dengan lidah dengan suara. Jikalau
dengan lidah dan suara, dapat dikatakan
makhluq. Kerana Allah Subhanahu wa Taala
mahashuci,
KalaNya
pun
maha
shuci
daripada lidah dan suara.
[15] Falam- Keenamnya Sami dengan
AdaNya dawam
Yakni Mendengar . Jika tiada berpengar tuli
hukumnya. Tetapi menengar dengan telinga
ibarat kerana Allah Subhanahu wa Taala
tiada bertelinga seperti telinga makhluq.
Adapun yang didengarNya sana suara
istidad malumat yang didalam ilmunya
sentiasa adanya. Inilah maka bernama wa
huwal-samiul-alim, kerana Sami dam
Alim sedia qadim sama-sama dengan Dhat
Sungguh pun isharat pada samiaLlah li
man hamidah itu hanya ibarat juga tiada
dengan telinga seperti telinga makhluq.
QalaLlahu Taala:
20

Wa atakum min kulli ma saaltumuhu


Yakni
Kuberi akan kamu daripada yang kamu pinta
[Quran: 14:34]
Kata Ahlul-Suluk pinta ini pinta istidad asli,
bukan pinta sekarang. Maka DengarNya
Allah Subhanahu wa Taala dengan telinga
ibarat
daripada
malumat
yang
sedia
sertaNya. Pinta malumat pun dengan isharat,
memberi malumat pun dengan ibarat. Jika
tiada demikian, tiada penengar qadim.
Apabila tiada pengar qadim, naqis hukumnya.
[16] Falam-Ketujuh Basir akan halal dan
haram
Yakni Melihat. Jika tiada berpenglihat buta
hukumnya. Adapun Allah Subhanahu wa
Taala daim melihat DiriNya dan rupa
sekalian malumat. Halal dan haram didalam
malumat itu mawjud. Tetapi Ia melihat tiada
dengan mata seperti mata pada makhluq;
dengan mata isharat juga dan dengan ibarat
juga.
Barangsiapa
Itiqadnya
Allah
Subhanahu wa Taala itu melihat dengan
mata seperti mata makhluq iaitu kafirnaudhu ni-Llahi minha! Kerana Allah
Subhanahu wa Taala suchi daripada sekalian
makhluqat.
PenglihatNya pun mahashuci. Asal perkataan
IlmuNya pun qadim, ma;lumatNya tiada
21

bercherai
dengan
IlmuNya.
Apabila
malumatNya
tiada
bercherai
dengan
IlmuNya nischaya Ia sentiasa melihat dia
dengan Penglihat yang qadim. Jikalau
malumat yang didalam IlmuNya tiada
mawjud, tiada Alim NamaNya; BasirNya pun
lenyap. Adapun apabila Allah Subhanahu wa
Taala Qadim dengan ketujuh SifatNya,
tiadakan lenyap BasirNya kerana NamaNya
wa huwal-samiul-basir. Lagi firman Allah
Subhanahu wa Taala :
WaLlahu bima ta maluna basir
Yakni
Barang sesuatu yang diperbuat mereka itu
Allah Taala melihat. [Quran 36:82]
Kerana Sifat ketujuhnya ini qadim! Bukan
Hayat ada Ilmu tiada, atau Ilmu ada Iradat
tiada, atau Iradat ada Qudrat tiada ; atau
Qudrat ada Kalam tiada, atau Kalam ada
Sam tiada, atau Sam ada Basar tiada, atau
suatu dahulu atau suatu kemudian, atau
suatu lama atau suatu baharu-tiada demikian
adanya. Barangsiapa Itiqadnya demikian
dalalat hukumnya.
[17] Falam-Ketujuhnya ini adanya qadim
Yakni dengan ketujuh Sifat yang sudah
dikatakan pada awwal al-kitab ini, inilah
qadim. Adapun Sifat yang lain, tatakala qawl
kun! [fa yakun] maka nyata kelihatan, mithal
22

Khaliq dan Raziq, Yuhyi dan Yumit. Seperti


Sifat ini banyak lagi yang tiada terperi dan
tiada tersebut. Adapun ibarat qawl kun [fa
yakun] itu ialah pertama Allah Subhanahu
wa Taala berfirman pada istidad malumat,
Jadi kau! [menjadi]. Semesta sekalian denagn
sekali Jadi kau! menjadi, sempurna lengkap.
Jikalau dikurangiNya, atau ditambahNya,
naqis hukumnya yakni tiada sempurna tahu
akan HikmatNya kerana Allah Subhanahu wa
Taala tiada seprti manusia iaitu sudah selesai
perbuatannya jika belum permai baginya,
sekali
lagi
diperbuatnya.
Akan
Allah
Subhanahu
wa
Taala
tiada
demikian
hukumnya, dengan sekali Jadi kau! Ia
perbuat permai, tiada dapat diaybkan lagi.
Adapun barang yang jadi diatas qawl kun fa
yakun itu makhluq pada ibarat dan barang
yang jadi diatas qawl kun fa yakun Shuun
Dhat dinamainya Ahlul Suluk. Seperti nyawa,
Khaliq pun ia tiada, makhluq pun tiada ia
tiada, sungguh pun Hadith Nabi
Khuliqal-ruhu qablal-jasadi bi alfayn
Yakni
Zahir nyawa dahulu daripada tubuh dua ribu
tahun
Kata Ahlul-Suluk, nyawa amr Allah itu belum
dating ke bawah qawl kun fa yakun. Seperti
firman Allah Taala
Innama amruhu idha arada shayan an
yaqula lahu kun fayakun
23

Yakni
Bahwa sanya barang titahNya, tatakala
berkehendak akan suatu, bahwakan berkata
baginya, Jadi kau!-menjadi. [Quran 17:85]
Kata Ahlul-Suluk titah diatas Jadi kau!
Menajdi, apabila diatas Jadi kau! menjadi
Khaliq pun ia tiada, makhluq pun ia tiada.
Seperti firman Allah Subhanahu wa Taala
Way asalunaka anil-ruhi qulil-ruhu
min amri rabbi wa ma utitum minal-ilmi
illa qalilan
Yakni
Bertanya orang kepada mu [Muhammad]
daripada
asal
nyawa.
Katakan
[Ya
Muhammad], Yang nyawa daripada titah
Tuhanku. Bermula tiada diberi akan kamu
ilmu melainkan sedikit [ mana kamu akan
tahu kepada nyawa ] [Quran 17:85]
Kerana ini maka Ahlul suluk, Khaliq pun ia
tiada, makhluq pun ia tiada-kerana ia titah
Allah Subhanahu wa Taala. Adapun ittifaq
Ulama dan Ahlul-Suluk, alam sekalian
makhluq, hukumnya hadith kerana ia muzahir
dibawah
qawl
kun
fa
yakun-jangan
dikatakan qadim.
[18]
Falam-Akan
sempurna Alim
24

istidad

alamin

Yakni istidad itu iaitu kelengkapanNya yang


sedia didalam IlmuNya yang terlalu tahu.
Istidad itulah kelengkapan yang sedia
didalam Ilmu Allah Taala. Kata Ahlul-Suluk,
istidad
tiada
berpindah
dan
tiada
dipindahkan Allah
Subhanahu wa Taala.
Yang sedia itu Shuun Dhat Subhanahu wa
Taala-sedia terhantar didalam IlmuNya
kerana kata Ahlul-Suluk, pada suatu ibarat
Ilmu menurutkan Malum. Seperti laut
terhantar, ombak juga yang pergi-datang,
timbul-karam. Tetapi pada suatu ibarat , jika
tiada laut tiada ombak timbul. Pada ibarat ini
ombak menurutkan laut; yani Malum
menurutkan Ilmu. Adapun kepada Ulama,
istidad asli tiada masuk bilang. Apa
kehendak
Alim
timbul
seperti
rupa
kehendakNya itu. Adapun kata Ahlul-Suluk,
istidad asli itu ada dalam IlmuNya seperti
firman Allah Taala
Wa ma mima illa lahu maqanam malum
Yakni
Tiada suatu pun barang daripada Kami
melainkan ada baginya tempat yang diketahui
[Quran 37:164]
Lagi kata Ahlul-Suluk istidad itu Shuun
Dhat juga, belum bercherai dengan Dhat,
sedia sentosha dalam Dhat pada ibarat ini.
Adapun pada haqiqatnya semata dengan Dhat
juga seperti kata Shaykh MuhyilDin ibnulArabi [radiyaLlahuanhu]
25

Kunna hurufan aliyatin lam nuqal


Mutaalhqatin fi dhura alal-qulal...
Yakni
Dahulu ada kami huruf yang mahatinggi
Tiada dipindahkan,
Tergantung dengan
Istananya diatas puchak gunung
...Ana [anta] fihi wa nahnu
anta wa anta hu ...
Yakni
Aku engkau dalamnya [yakni dalam puchak
gunung itu] dan kami sekalian engkau dan
engkau Ia
...Fal-kullu fi huh u fasalan
man wasal.
Yakni
Bermula, Sekalian dalam Ia, Ia maka
bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang
wasal.
Adapun kata Shaykh MuhyilDin ibnul-Arabi
isharat kepada istidad asli itu juga. Seperti
sepuhun kayu dalam bijinya sedia ada serta
dengan biji itu, belum berpindah dan tiada
dipindahkan kerana belum bercherai dengan
biji itu. Apabila bergerak daripada tempatnya
hendak keluar, maka berpindah namanya dan
dipindahkan
daripada
tempatnya.
Dan
demikian lagi dengan istidad asli, apabila
bergerak dipindahkan daripada tempatnya
dan
IlmuNya
dan
IradatNya
dengan
KalamNya
dengan
SamiNya
dengan
26

BasarNya-sekalian bergerak sama-sama ila


abadil-abad.
Kepada
Ulama
malumat
dengan istidadnya itu hadith dan berpindah
dan dijadikan seperti tukang atau utus
hendak berbuat rumah. Bicharanya itu
dengan istidad malumatnya. Maka diperbuat
sebuah rumah. Rumah itu makhluq, rupa
rumah yang dalam bicharanya itu pun
makhluq; hadith keduanya. Kata Ahlul-Suluk
apabila
demikian
pada
Qadim
Allah
Subhanahu wa Taala tiada dengan IlmuNya
lagi- lagi baharu berbicharah hendak
menjadikan islam dan kafir, salih dan fasiq.
Apabila demikian, sungguh pun Qadim, tiada
dengan IlmuNya, bebal hukumnya.
Sungguhnya Raja, tiada dengan tenteranya
lemah
hukumnya;
sungguh
pun
berpengetahuan,
tiada
berkelengkapan,
segan hukumnya; sungguh pun Adil, zalim
hukumnya. Apabila baharu saja hendak
berbichara, bebal hukumnya, apabila tiada
kekayaan
dan
baharu
saja
hendak
mengadakan,
faqir
hukumnya,
apabila
berpengetahuan tetapi tiada berbuat, segan
hukumnya, apabila munafiq dan kafir tiada
padaNya maka dijadikanNya kafir dan sudah
dijadikanNya kafir maka dimasukkanNya ke
dalam neraka, zalim hukumnya. Akan Allah
Subhanahu wa Taala tiada demikian. Jikalau
ada sifat demikian padaNya, naqis hukumnya.
Barangsiapa itikadnya demikian dalalat
hukumnya. Adapun kata Ahlul-Suluk pada
27

suatu ibarat malumat Allah qadim kerana


istidad asli itu kelakuan DhatNya juga dan
sekalian periNya juga. Adapun Jamal
kelakuan yang baik, Jalal kelakuan sekalian
yang jahat. Tetapi pada haqiqatnya sekalian
baik kerana sekalian itu periNya dan
kelakuanNya juga. Mithal suatu anak panah
jika tiada bengkok tiada berguna pada yang
empunya, mata kawe jika tiada bengkok tiada
beroleh ikan; jarum jika tiada betul tiada
dapat menjahit. Menjadi jahat atau baik
masing-masing
pada
gunanya
kerana
keduanya daripada Jalal dan Jamal juga.
Inilah mana istidad yang sedia.
[19] Falam-Kerana Sifat ini Kamal alHakim
Yakni sempurna mengadakan dengan Hikmat.
Maka dikatakan sempurna mengadakan
dengan Hikmat kerana utus mengenakan
smesta sekalian pada tempatnya; yakni
mengelaurkan malumat daripada IlmuNya
dengan
tiada
bertukar.
Asal
langit
dijadikanNya langit; asal bumi dijadikan
bumi; asal arsh dijadikanNya arsh; asalnya
kursi
dijadikanNya
kursi,
asal
laut
dijadikanNya laut; asal darat dijadikanNya
darat-yakni menjadikan semesta sekalian ini
dengan HikmatNya dan dengan Hukum
Istidad yang sedia itu juga. Maka sempurna
Ia bernama wa huwal-azizul-hakim. Jika
28

ditukariNya perbuatan yang sedia ada itu


tiada
Hakim
hukumnya
memangsakan
perbuatan yang sedia itu kerana perbuatan
yang sedia itu sudah dari asalnya permai. Jika
belum sudah atau belum permai, maka harus
diperbaikiNya; Jadi kau yang dikatakan
selamanya ini belum permai sekarang hendak
pula mengubah yang sedia. Itu tiada
sempurna Hakim hukumnya. Olehnya itu
maka yang baik dihantar kepada baik, yang
jahat dihantar kepada jahat. Jikalu sekalian
alam dijadikanNya islam dan kafir tiada
dijadikanNya,
naqis
hukumnya;
jikalau
sekalian
dijadikan
kafir,
islam
tiada
dijadikanNya,
naqis
hukumnya;
jikalau
shurga
dijadikanNya,
neraka
tidak
dijadikanNya, naqis hukumnya; jika neraka
dijadikanNya, shurga tidak dijadikanNya,
haqis hukumnya. Kerana ini semesta sekalian
dikeluarkanNya
daripada
istidad
malumatNya
kepada
alam
dengan
sempurnanya
tiada
bertukar
kerana
NamaNya wa huwal-azizul-hakim. [Quran
14:4]
[20]
Falam-Bernama
Rahmanil-Rahim

BismiLlahil-

Yakni kerana Sifat yang termazkur ini maka


bernama
BismiLlahil-Rahmanil-Rahim.
Adapun suatu mana kepada Shariat,
BismiLlah yakni Dengan Nama Allah,
29

adapun al- Rahman yakni Yang Mahmurah


[dalam dunya]; adapun al-Rahim yakni Yang
Mengasihi [dalam akhirat]. Adapun suatu
mana kepada Haqiqat, BismiLlahi itu Nama
Dhat, perhimpunan segala Nama seperti
sudah termazkur; adapun al-Rahman itu
pertama memberi Rahmat bagi semesta
sekalian alam yakni menjadikan semesta
sekalian seperti firman Allah Taala
Wasita kulla shayin rahmatan wailman
Yakin
Wahai Tuhanku, Kauliaskan pada semsta
sekalian Rahmat dan pengetahuan.
[Quran 40:7]
Itulah Rahman empunya Rahmat memberikan
wujud pada sekalian semesta sekalian alam.
Olehnya memberikan wujud akan semesta
sekalian alam maka bernama Rahman. Islam
dan Kafir, shurga dan neraka, halal dan
haram, baik dan jahat, daripada rahmat
Rahman beroleh wujud. Itulah maka bernama
Rahman. Adapun Rahim itu ditaksiskan
semesta sekalian yang baik dan ditakhsiskan
Anbiya dan Awliya dan Salihin dan segala
islam-tiada berchampur [takhsisnya]. Adapun
Rahman berchampur {takhsisnya}. Kerana
ini maka bernama BismiLlahil-RahmanilRahim.
[21] Ilmu itu Haqiqat Muhammad alNabi
30

Tatakala dizahirkan ketengah Padang


Nyatalah ishq yang dalam kandang
Disanalah hukum pandang-memandang
Berahi dan dendam tiada berselang
Dua Qawa suatu kandang
Barzakh diantaranya pula terbentang
Harus raikan ini Orang
Umpama tamthil besi dan pedang
Yakni Ilmu yang melihat malumat itu
Haqiqat Muhammad [sallaLlahu allayhi wa
sallam]. Antara Alim dan Malum itulah asal
daripada Dhat. Adapun pada satu ibarat
itulah bernama Ruh Idafi yakni Nyawa
Berchampur dan suatu ibarat itulah bernama
Aql al-Kulli namanya yakni Perhimpunan
segala Buddi dan pada suatu ibarat Nur
namanya yakni Chahaya dan pada suatu
ibarat Qalam al-Ala namanya yakni Qalam
yang Mahatinggi dan pada suatu ibarat Lawh
namanya yakni Papan tempat Menyurat.
Kerana itulah maka sabda RasuluLlah
sallaLlahu allayhi wa sallam
Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-ruh
Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-nur
Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-aql
Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-qalam
Yakni maka sebab Nabi [sallaLlahu allayhi
wa sallam] mengatakan sekalian awwal itu
31

ialah kerana Ilmu hidup dinamai Ruh kerana


Ilmu itu malumat kelihatan dinamainya Nur
kerana Ilmu itu mencharakan segala
malumat dinamainya Aql kerana Ilmu itu
tersurat sekalain malumat dinamai Qalam.
Kerana itulah sabda RasuluLlah [sallaLlahu
allayhi wa sallam]
Awwal ma khalaqaLlahu Taalal-ruh
Dan Awwal ma khalaqaLlahu Taalalnur
Kerana Ruh dan Nur itulah maka malumat
jadi. Seperti firman Allah Taala didalam
hadith Qudsi
Law laka lama khalaqtul-aflak
Yakni
Jikalau tiada engkau tiadakan Kujadikan
ketujuh langit dan bumi [dan semesta
sekalian
Kujadikan
daripada
Chahaya
Muhammad jua].
Jika tiada chahaya Muhammad itu tiada akan
jadi semesta sekalian. Dan firman Allah Taala
didalam Hadith Qudsi
Khalaqtul-kulla di ajlika wa khalaqtuka
li ajli
Yakni
Kujadikan
semesta
sekalian
keranamu;
engkau Kujadikan keranaKu [yakni semesta
sekalian jadi daripada Chahaya Muhammad;
yang Chahaya itu jadi daripada Dhat Allah].
32

Jika tiada dengan Ilmu itu Allah Subhanahu


wa
Taala
tiadakan
zahir
dan
tiada
Alim,Chahaya Muhammad tiada akan zahir.
Seperti sabda RasuluLlah[sallaLlahu allayhi
wa sallam]
Kuntu nabiyyan wa Adamu baynal-maI
wal-tin
Yakni
Ada aku terlebih dahulu sebagai Nabi tatkala
Adam masih lagi diantara air dan tanah.
Hadith ini isharat kepada air jua. Kerana
Adam dan semesta sekalian jadi daripada
Chahaya itu jua. Chahaya Ilmu itu Malum.
Lagi sabda RasuluLlah[sallaLlahu allayhi
wa sallam]
Yakni
Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala
nyawa.
[yakni
yang
dikatakan
Nabi
sallaLlahu allayhi wa sallam: Awwal ma
khalaqaLlahu
Taalal-ruh

pada
hukumnya
nyawa
itulah
Muhammad
sallaLlahu allayhi wa sallam]. [Lagi sabda
Nabi sallaLlahu allayhi wa sallam: Ana
minaLlahi wal-muminuna minni yakni
Aku daripada Allah dan segala Mumin
daripadaku]
Lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi
sallam
Ana minaLlahi wal-alamu minni
Yakni
33

wa

Aku daripada
daripadaku

Allah

dan

sekalian

alam

Lagi sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa


sallam
Ana minaLlahi wal-muminuna min nuri
Yakni
Aku daripada Chahaya Allah. Bermula segala
mumin daripada chahayaku
Kerana sekalian kata ini maka dikatakan
Ilmu Haqiqat Muhammad al-Nabi.
[22] Falam-Menurutkan Malum dengan
lengkapnya qawi
Yakni memberi Chahaya akan Malum. Jika
tiada Ilmu, Malum tiada dapat keluar
daripada istidad asli. Kerana itu maka
dikatakan menurutkan Malum. Mithal laut,
jika tiada laut ombak pun tiada akan timbul,
demikian lagi rupa malumat timbul daripada
Ilmu. Kerana ini maka pada hukum shariat
Malum menurutkan Ilmu, kerana jika tiada
Ilmu tiada kelihatan malumat. Dan pada
suatu ibarat mereka itu sekalian daripada
Chahaya Esa itu juag seperti kata Lamat:
Al-aynu
wahidatun
wal-hukmu
mukhtalifu wa Dhaka sirran li ahlil-ilmi
yankashifu
Yakni
34

Yang semata itu esa juga. Bermula jalannya


berlain-lain. Bermula acharanya bertukartukar Dan yang demikian rahsia bagi yang
mengetahui dan berpengetahuan juga dapat
membukakan dia.
Yakni seperti tanah, dijadikannya berbagaibagai akan dia, adakan buyung, adakan
periuk-asalnya tanah sebangsa hukumnya.
Berbagai-bagai segala bejana itu beroleh
rechana dan peri daripada tanah juga. Akan
alam pun demikian lagi, sungguh pun
berbagai-bagai asalnya daripada Chahaya itu
juga.
[23] Falam-Tuhan kita itu yang empunya
Kamal
Yakni sempurna dengan semesta sekalian
peri. Jikalau suatu kurang daripadaNya, tiada
sempurna Kamal NamaNya. Jikalau islam
dijadikanNya, kafir tiada dijadikanNya; atau
salih dijadikanNya, fasiq tiada dijadikanNya;
shurga
dijadikanNya,
neraka
tiada
dijadikanNya; atau baik dijadikanNya, jahat
tiada dijadikanNya-tiada Ia Kamal hukumnya.
Kerana ini maka pada hukum shariat
Khayrihi wa sharrihi minaLlahi Taala
Yakni
Baik dan jahat daripada Allah Taala

35

Barangsiapa tiada membawa iman demikian


iaitu kafir-naudhu biLlahi minha! Firman
Allah Taala:
Qul kullun min indiLlah
Yakni
Katakan
olehmu
Muhammad
semesta
sekalian daripada Allah Taala [Quran 4:77]
Seperti firman Allah Taala:
WaLlahu khalaqakum wa ma ta malun
Yakni
Bermula Allah menjadikan kamu dan segala
perbuatan kamu [Quran 37:96]
Lagi firman Allah Taala:
Wa la hawla wa la quwwata illa biLlahil
aliyyil azim
Yakni
Bermula, tiada mengelilingi dan tiada kuasa
melainkan dengan Allah yang Mahatinggi dan
Mahabesar juga. [Quran18:40]
Seperti sabda Nabi sallaLlahu allayhi wa
sallam
La
tataharraku
dharratun
illa
bi
idhniLlah
Yakni
Tiada bergerak suatu dharrat jua pun
melainkan dengan firman Allah-kehendak
Allah.

36

Dalam hukum shariat, sungguh pun daripada


Allah baik dan jahat, tetapi Allah radi kepada
yang baik, tiada radi kepada yang jahat.
Adapun pada kata ini terlalu mushkil, tiada
terbichara oleh Ahlul-Suluk kerana Jalal pun
SifatNya, jamal pun SifatNya, betapa maka
tiada radi kepada SifatNya? Dan adapun jika
dibawa kepada istidad asli dapat kerana
keduanya hadir disana. Sungguh pun Ia
mengeluarkan keduanya tetapi yang baik radi
kepada yang jahat tiada radi. Tetapi sual ini
sual baqi!
[24] Falam-Didalam IlmuNya itu tiada
panah zawal.
Yakni Ilmunya tiada panah bercherai dengan
MalumNya.
Jika
bercherai
dengan
MalumNya, tiada hukumnya Kamal kerana
malumat kebesaran Alim. Jikalau Alim tiada
bermalum binasa kebesaran Alim dan
kerajaan Alim kerana malumat itu kebesaran
Alim dan kekayaan Alim. Adapun pada suatu
ibarat malumat hadith kerana ia daripada
Ilmu. Ilmu daripada Hayat, Hayat daripada
Dhat. Dhat dahulu daripada sekalian. Pada
hukumnya malumat hadith. Adapun ikhtilaf
pada ikhtiyar, yang pada hukum shariat
ikhtiyar akan makhluq, iaitu menurut hukum
shariat ada diberi Allah ikhtiyar akan dai.
Jikalu ia berbuat baik, shurga diperolehnya;
jikalau ia berbuat jahat, neraka diperolehnya37

dengan ikhtiyarnya. Kata Ahlul-Suluk, jikalau


demikian khayrihi wa sharrihi minaLlahi
Taala binasa. Adapun pada kami makhluq
tiada berikhtiyar. Apabila tiada ia berwujud,
tiadalah ia berikhtiyar. Seperti firman Allah
Taala:
Wa law shaaLlahu lajaalukum ummatan
wahidatan wa lakin yudillu man yashau
wa yahdi man yasha
Yakni
Jika hendak menjadikan kamu ummat suatu
dapat,
tetapi
menyesatkan
dengan
kehendakNya, menunjukkan jalan yang betul
dengan kehendakNya. [Quran 16:39]
Daripada makhluq tiada berwujud, manakah
beroleh ia itu ikhtiyar? Dengarkan pula oleh
kamu tamthil kami. Seperti seorang pandai
besi, ada sebuah besi padanya, pusaka dari
nini moyangnya. Istidad besi itu layak akan
keris. Maka dipandangnya dengan ilmunya
besi itu layak akan keris. Maka ditempanya
keris. Setelah sudah ditempanya maka
dipakainya. Beberapa lamanya maka ia
menikam orang dengan keris itu. Perbuatan
ini dengan ikhtiyar tuan keris, tiada dengan
ikhtiyar keris. Daripada awwal datang kepada
akhir, ikhtiyar empunya keris jua, tiada
ikhtiyar keris. Yang empunya keris pun
berbuat perbuatan yang muwafaqat dengan
istidad keris [seperti seorang dikafirkanNya
38

dengan istidad qadimnya; ikhtiyar Allah


Subhanahu wa Taala muwafaqat dengan
istidad itu jua. Seqadar itu dapat dikatakan
ikhtiyar akan makhluq, kerana istidad
makhluq didalam IlmuNya-yakni didalam
Ilmu Allah-tiada panah zawal.
[25]
Falam-Rahman
perhimpunan Jalal

dalamnya

Yakni Rahman, empunya Rahmat yang dahulu


telah dinyatakan tatkala memberi wujud akan
semesta sekalian alam dengan Kamal tiada
bercherai.
Seperti firman Allah Taala:
Al-Rahmanallamal-Quran
khalaqalinsan allamahul-bayan
Yakni
Rahman ituYang mengajar Quran [kalam
Allah yang qadim, dengan isharat]Khalaqalinsan-yakni
Menjadikan
insan
[dengan
Rahmat yang qadim]Maka diajarinya semseta
sekalian yang kelihatan. [Quran 55:1-4]
Adapun suatu Hadith lagi sabda Nabi
sallaLlahu allayhi wa sallam
La tasubbul-riyaha innaha min nafasilRahman
Yakni
Jangan kamu menyumpah angin, bahwasanya
ia daripada nafas Rahman.
39

Isharat disini sedikit


tetapi maknanya
banyak.
Suatu
maknanya,
ia
banyak
faidahnya.Lagi
sabda
Nabi
sallaLlahu
allayhi wa sallam
InnaLlaha khalaqa Adama ala suratilRahman
Yakni
Bahwasanya Allah Taala menjadikan Adam
atas rupa Rahman.
Maka ditakhsiskan Allah
Subhanahu wa
Taala atas Rupa Rahman itu iaitu tiada
bercherai dengan Nama Allah Taala [ yakni
Rahman itulah wujud semesta sekalian
alam ]. Adapun suatu ibarat, Adam pun suatu
alam lagi; pada shariat alam saghir, pada
haqiqat alam kabir.
Seperti firman Allah
Taala:
Al-Rahmanu alal-arshi stawa
Yakni
Rahman diatas arsh sama.
Barangsiapa tiada fakir akan ayat ini iaitu
kafir,
kerana
disini
banyak
dalil
mutashabihat. Kata Ahlul-Suluk, ayat itu
pada haqiqat semesta sekalian makhluqat
yakni haqiqat semesta sekalian makluqat itu
arsh hukumnya, sungguh pun tiada demikian
takhsis tempat Allah Taala jika demikian
takhsis tempat adapun. Maka dikatakan Jalal
40

sebab perhimpunan segala wujud daripada


Rahmatnya qadim.
[26] Falam Berserta dengan Rahim
pada sekalian
Jamal.
Yakni Rahim itu iaitu rahmat takhassus pada
sekalian Jamal kerana Jamal Sifat segala
perbuatan yang baik, khususan akan Anbiya
dan Awliya dan Salihin dan Ashiqin dan
Ariffin-banyak lagi mithalnya tiada tersebut.
Sekalian ini daripada Jamal hukumnya.
Adapun firman Allah Taala:
Fa subhanal-ladhi biyadihi malakutu
kulli shayin wa ilayhi turjaun
Yakni:
Maka Mahasuchi Tuhan iaitu dengan
tanganNya memegang haqiqat sekalian.
Bermula
kepadaNya
jua
kamu
akan
dipulangkan. [23:89]
Lagi firman Allah Taala:
Khalaqtu bi yadayya
Yakni:
Kujadikan dengan kedua tanganKu [38:75]
Kedua tangan itu yakni Qudrat dan Iradat
juga. Pada suatu ibarat, kedua tangan itu
yakni Jamal dan JalalNya. Jamal mithal
tangan kanan, Jalal mithal tangan kiri.
Sekalian yang baik menjadi daripada yang
kanan. Sekalian yang jahat menjadi daripada
41

tangan kiri. Adapun jangan diitiqadkan Allah


Taal bertangan atau berkiri-kanan kerana Ia
mahasuchi daripada bertangan dan suchi
daripada kiri dan kanan. Adapun Jamal
hukumnya daripada Sifat Rahim, tetapi tiada
bercherai dengan Rahman yang qadim.
[27] Falam Tuhan kita itu bernama
Aliyy
Yakni Mahatinggi, tiada terhisabkan dan
tiada teribaratkan sekian lamanya, sebab
kesudahan NamaNya itu Huwa. Adapun
Huwa itulah maka dikatakan Aliyy sebab ia
ismu isharatin kepada Dhat. Adapun Dhat itu
sungguh pun dibawa kepada ibarat kepada
kunhiNya tiada siapa tahu akan Dia kerana Ia
tiada diibaratkan. Sungguh pun Esa, tiada
dengan esanya; sungguh pun Tunggal, tiada
dengan tunggalnay. Barang Sifat, Dhat, Asma,
kita nisbatkan kepadaNya ibarat juga.
[28] Falam Dengan sekalian SifatNya
nantiasa baqi
Yakni sentiasa kekal dengan segala periNya
ila abadil abad tiada bercherai dengan
SifatNya. Seperti dahulu tiada panah
bercherai dengan SifatNya, kemudian pun
demikian jua tiada akan bercherai dengan
SifatNya. Dahulu ada kemudian lenyap atau
dahulu tiada kemudian datang kepadaNya
42

semua ini naqis hukumnya. Inilah mana


Dengan sekalian Sifatnya sentiasa baqi.
[29] Falam Ala jamiil-alamin AtharNya
jadi
Yakni diatas segala alam BekasNya lalu;
seperti air sungai lalu tiada berkeputusan
dan tiada berkesudahan.
Seperti firman Allah Taala:
Kulla yawmin huwa fi shan
Yakni
Pada segala hari Ia itu dalam kelakuanNya.
[55:29]
Kata ahlul-Suluk makna hari itu sekejap
mata kerana pada Allah tiada hari.
Lagi firman Allah Taala:
Allahu nurul-samawati wal-ardi mathalu
nurihi
Yakni:
Allah jua yang mnerang ChahayaNya ketujuh
langit dan ketujuh bumi. Seperti ChahayaNya
. [24:35]
Kata Ahlul-Suluk, alam ini kenyataanNya jua
kerana Allah Subhanahu wa Taala dengan
DhatNya, dengan SifatNya, dengah AfalNya,
dengan AtharNya sentiasa nyata. Sebab ini
maka
kata
Abu
Bakar
al-Siddiq
(radiyaLlahuanhu):
43

Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha


qablahu.
Yakni
Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah
dahulunya.
Kata Umar (radiyaLlahuanhu):
Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha
badahu.
Yakni
Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah
kemudian nya.
Kata Uthman (radiyaLlahuanhu):
Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha
maahu.
Yakni
Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah
serta nya.
Kata Ali (radiyaLlahuanhu):
Maraaytu shayan illa wa raaytuLlaha
fihi.
Yakni
Tiada kulihat suatu melainkan kulihat Allah
dalamnya.
Keempatnya ulya makrifat mereka itu kerana
firman Allah Taala:
Fa aynama tuwallu fa thamma wajhuLlah
Yakni

44

Barang kemana kamu hadapkan muka kamu


disana
[wajhuLlah]
(ertinya
Dhatnya).
[2:115]
Bukan dimaksudkan muka seperti muka
makhluq; yakni Dhat allah Taala tiada
bermuka, Dhatnya jua yang lengkap kepada
semesta sekalian. Seperti firman Allah Taala
dalam Zabur:
Anal mawjudu fatlubni tajidni fain
tatlub siwaI lam tajidni
Yakni
Aku mawjud, yang kamu tuntut kamu
peroleh, jikalau kamu tuntut lain daripadaKu
tiada Aku engkau peroleh.
Ini AtharNya pada sekalian alam.
[30] Falam Daripada situ jihat, sebab
inilah khali
Yakni daripada enam hadapan khali. Maka
dikatakan khali kerana jikalau dikatakan
diatas,
dibawah
Ia,
jikalau
dikatakan
dibawah, diatas Ia; jikalau dikatakan dikiri,
dikanan Ia, jikalau dikatakan dikanan, dikiri
Ia; jikalau dikatakan dari hadapan, dari
belakang Ia, jikalau dikatakan dari belakang,
dari hadapan Ia, kerana bahwa sanya firman
Allah Taala:
Qul huwaLlahu ahad
Allahul-samad
45

Lam yalid wa lam yulad


Wa lam yakun lahu kufuan ahad
Yakni
Katakan olehmu [ya Muhammad]
Bahawsanya Allah Taala Esa;
Lagi Tuhan yang penuh [pada suatu makna:
pejal,
Suatu makna, lengkap]. Tiada beranak dan
tiada
Diperanakkan. Dan tiada bagiNya sama suatu
pun. [112]
Apabila Sifatnya demikian, nischaya tiada
jihat akan Dia. Dan lagi seperti firman Allah
Taala:
Thalathatin illa huwa rabiuhum wa la
khamsatin illa huwa sadisuhum wa la
adna min dhalika wa la akthara illa huwa
maahum
Yakni:
Jikalau orang tiga orang melainkan Ia jua
yang keempatnya dengan mereka itu,
bermula jikalau orang lima orang melainkan
Ia jua yang keenamnya dengan mereka itu;
tiada kurang, tiada lebih melainkan Ia jua
serta mereka itu sekalian
[Quran 58:7]
Kata itupun isharat kepada Allah Subhanahu
wa Taala tiada berjihat dan tiada bertempa.
Ibarat ini sungguh pun sedikit, maknanya
banyak, WaLlahu alam .
46

[31] Falam Chahaya AtharNya tiada


akan padam
Yakni chahaya BekasNya tiada akan padam.
Kerana Allah Subhanahu wa Taala bernama
Zahir, zahirNya itu dimanakan padam, kerana
Ia sentiasa tiada bercherai dengan SifatNya.
Adapun pada Hari Qiyamah, sungguh pun
padam tetapi hukumnya zahirNya itu
terbunyi jua didalam batinNya dan batinNya
pun terbunyi didalam zahirNya kerana yang
dinamai Awwal pun Ia, yang dinamai Akhir
pun Ia, yang dinamai Zahir pun Ia, yang
dinamai Batin pun Ia kerana athar zahirNya
didalam batinNya tiada padam; athar
batinNya didalam zahirNya tiada padam;
athar awwalNya didalam akhirNya tiada
padam; athar akhirNya didalam awwalNya
tiada padam.
[32] Falam Memberikan wujud pada
sekalian alam
Yakni AtharNya itu pada sekalian alam terlalu
nyata, tiada terbunyi kerana ia wujud
daripada Rahmat Rahman lagi memberikan
wujud akan sekalian alam. Jika tiada wujud
itu dimana akan beroleh athar. Kerana athar
sekalian alam daripada atharNya jua, maka ia
beroleh wujud. Seperti tanah, diperbuat
kendi atau periuk atau buyung atau tempat.
47

Tanah itulah asal wujud sekalian bejana itu.


Jika tiada tanah itu dimana kendi dan periuk
akan beroleh wujud ? Kepada Shariat wujud
kendi lain, wujud tanah lain. Adapun kepada
Haqiqat wujud itulah tanah, sekalian bejana
tiada wujud, tanah jua wujud. Rupa sekalian
wahmi jua, tiada haqiqi. Inilah makna
Memberikan wujud pada sekalian alam.
[33] Falam Menjadikan makhluq siang
dan malam
Yakni AtharNya itu yang dinamai wujud
kerana menjadi wujud makhluqat. Seperti
bumi, jika tiada hujan dimanakan tumbuh
kayu-kayuan ? Adapun bumi ditamthilkan
Ilmu Allah, hujan seperti wujud; kayu-kayuan
seperti makhluq. Adapun bumi tanah
sendiriNya, hujan pun air jua sendirinya.
Setelah berchampur maka ada kayu-kayuan
tumbuh. Adapun kayu-kayuan yang tumbuh
daripada bumi dan air itu tumbuh dengan
hukum istidad jua. Sekalian tumbuh menjadi
pahit, setengah tumbuh menjadi manis,
setengah tumbuh menjadi kelat, setengah
tumbuh menjadi hijau, setengah tumbuh
menjadi merah, setengah tumbuh menjadi
putih, setengah tumbuh menjadi hitam.
Warna dengan sekalian rasa menjadi dengan
hukum istidad asli juga. Adapun air, serupa
air sematanya, tanah pun serupa sematanya
tanah. Kayu-kayuan itu tumbuh daripada air
48

dan tanah jua tetapi rupanya dan warnanya


menurut istidadnya juga. Seperti firman
allah Taala:
Yusqa bi ma in wahidin wa mufaddihu
hadaha ala ba din fil-ukul
Yakni:
Kami beri air daripada suatu air. Bermula
kami lebihkan setengahnya atas setengahnya
dalam rasa segala makanan. [Quran 13:4}
Tamthil ini ditamthikan kepada alam , asalnya
daripada wujud maka menjadi siang dan
malam , langit dan bumi , arsh dan kursi,
shurga dan neraka, islam dan kafir, baik dan
jahat , semua ini dengan hukum istidad
dirinya jua. Adapun Dhat Allah amat suchi,
Farq
makhluqat
berbagai-bagai
kerana
SifatNya banyak, AfalNya banyak, AtharNya
banyak kerana isitidad sekalian makluqat
didalam SifatNya jua. Perbuatan yang baik
daripadaSifat Jamal, perbuatan yang jahat
daripada Sifat Jalal. Adapun asal Jalal dan
Jamal daripada Wujud; asal Wujud daripada
Dhat. Pada haqiqatnya sekalian keranaNya
juga, lain daripadaNya tiada lulus pada alam
ini kerana Ia wahdahu la sharika lahu.
Inilah makna Menjadikan makhluq siang dan
malam.
[34] Falam Ila abadil-abad tiadakan
karam.
49

Yakni kekayaan allah sentiasa tiada lenyap


daripada malumat datang keduanya dari
dunya datang ke akhirat daripada akhirat
datang ke kepada tiada berkesudahan yang
isi neraka pun tiada akan lenyap tiada
berkesudahan. Seperti firman Allah Taala:
Jazauhum inda rabbihim jannatu adain
tarji man tahtihal anharu khalidina fiha
abadan
Yakni
Dibalaskan mereka itu yang islam daripada
Tuhan mereka itu; tempatnya shurga lalu
dibawahnya sungai, masuk mereka itu ke
dalamnya kekal. [Quran 20:76 & 98:8]
Lagi firman Allah Taala:
Innal-ladhina kafaru wa zalamu lam
yakumLlahu liyaghitira lahuin wa la
liyahdiyahum
tariqun
illa
tariqa
jahannama khalidina fiha abadan
Yakni:
Bahawasanya mereka itu yang kafir dan zalim
tiada diampuni Allah Taala akan mereka itu,
dan tiada dipimpin akan mereka itu pada
suatu jalan. Melainkan jalan ke neraka,
masuk kedalamnya kekal. [Quran 4:168 ]
Inilah makna Ila abadil-abad tiadakan karam.
[35] Falam Tuhan kita itu seperti Bahr
al-Amiq
50

Yakni Dhat Allah ditamthilkan seperti Laut


yang Dalam kerana kunhi Dhat itu tiada
masuk kepada bichara. KeadaanNya jua yang
ditamthilkan seperti Laut yang Amat Dalam
itu. Maka sabda Nabi sallaLlahu alayhi wa
sallam:
Suhanaka maarafnaka haqqa marifatika
Yakni:
Mahasuchi Engkau-tiada kukenal Engkau
dengan sempurna kenal [ yakni kunhi Dhat
itu tiada dapat dikenal].
Kerananya jua diibaratkan seperti laut yang
tiada terhingga dan tiada berkesudahan. Jika
ada akan Dia hingga dan kesudahan atau
awwal dan akhir, akan makhluq jua akan allah
Subhanahu
wa
Taala
tiada
SifatNya
demikian.
[36]
Falam Ombaknya penuh pada
sekalian tariq
Yakni pada sekalian jalan dan dimithalkan
ombak-ombaknya penuh pada sekalian jalan.
Barang kita lihat, zahir dan batin, sekaliannya
lenyap-ombak juga. Takni laut tiada bercherai
dengan
ombaknya,
ombak
pun
tiada
bercherai dengan laut. Demikian lagi Allah
Subhanahu wa Taala tiada bercherai dengan
alam tetapi tiada Ia di dalam alam dan tiada
Ia di luar alam dan tiada Ia di atas alam dan
tiada Ia di bawah alam dan tiada Ia di kanan
51

alam dan tiada Ia di kiri alam dan tiada Ia di


hadapan alam dan tiada Ia di belakang alam
dan tiada Ia bercheai dengan alam dan Ia
bertemu dengan alam dan tiada Ia hampir
kepada alam dan tiada Ia jauh daripada alam.
Seperti kata Lamat:
Darya kuhan chu bar zand mawjinu
Mawjish khwanand u dar haqiqat daryast
Yakni
Laut sedia, apabila berpalu menjadi ombak
baharu,
Dikata orang ombak, tetapi pada haqiqat laut
jua.
Kerana
laut
dengan
ombak
tiadanya
bercherai. Dan lagi kata shair Lamat:
Khalawtu bi man ahwa fa lam yaku
ghayruna
Wa law kana ghayri lam yasihh wujuduha
Yakni
Khalwatlah aku dengan kekasihku
Maka tiada kulihat lain daripada aku
[Jika kulihat lain daripadaku, wujudnya tiada
sah ]
Kata Lamat:
Raqqal zujaju wa raqatil-khamru
Fa tashabaha fa tashakala,l-amru
Fa kaannama khamrun wa la qadahu
Wa kaannama qadahun wa la khamru
Yakni
52

Naqsh kacha dan hening minuman


Maka
sebagai
keduanya
dan
hukumnya
Maka seperti minuman [ bukan piala,
Dan seperti piala bukan minuman ]

serupa

Inilah makna Ombak-ombaknya penuh pada


sekalian tariq.
[37]
rafiq

Falam laut dan ombak keduanya

Yakni laut dan ombak keduanya bertaulan;


mithal hamba dengan Tuhan , ashiq dan
mashuq. Seperti firman Allah Taala
Innal-ladhina yubayi unaka innama
yubayi umnaLlah
Yakni
Bahawasanya mereka itu yang berjabat
tangan dengan dikau, tiada mereka itu
[berjabat tangan] melainkan Allah Taala jua
yang menjabat tangan [ mereka ] itu
[Quran 48:10]
YaduLlahi fawqa aydihim
Yakni
Tangan Allah diatas tangan mereka itu.
[Quran 48:10]
Lagi firman Allah Taala
Fa lam taqtuluhum wa la khinnaLlaha
qatalahum wa ma ramayta idh ramayta
wa la kinnaLlaha rama
53

Yakni
Tiada kamu membunuh mereka itu. Bermula
tetapi Allah Taala jua membunuh mereka itu.
Bermula jika engkau membuang [ panah ya
Muhammad ] apabila kau membuang tetapi
Allah Taala jua membuang. [Quran 8:17]
Lagi firman Allah Taala
Wa huwa maakum aynama kuntum
Yakni Ia itu serta kamu barang dimana ada
kamu. [Quran 57:4]
Lagi firman Allah Taala
Wa nahnu aqrabu ilayhi min hablil-warid
Yakni
Kami terlebih hampir kepadanya daripada
urut leher yang keduanya. [Quran 50:16]
Lagi firman Allah Taala [didalam hadith
Qudsi]
Al-insanu sirri wa ana sirruhu
Yakni
Yang manusia itu rahsia aku dan aku pun
rahsianya.
Kerana ini maka sabda Nabi [sallaLlahu
alayhi wa sallam]
Mana arafa nafsahu fa qad arafa
rabbahu
Yakni
Barangsiapa
mengenal
dirinya,
bahawasanya mengenal Tuhannya.
54

Kerana Tuhannya dengan dia tiada bercehai.


Seperti laut dengan ombak itu tiada
bercherai, demikian lagi Tuhan dengan
hambanya tiada bercherai. Inilah makna Laut
dan ombak keduanya rafiq.
[38]
Falam Akhir kedalamnya jua
ombaknya ghariq
Yakni ombak kedalam laut jua tenggelam.
Datangnya ombak pun daripada laut,
pulangnya pun kepada laut jua. Inilah makna
irjI ila aslihi- seperti firman Allah Taala:
IrjiI ila rabbiki radiyatan mardiyyah
Yakni
Pulang kamu kepada Tuhanmu, radi kau akan
dikau. [Quran 89:28]
Adapun Ahlul-Ushshaq mengerti pulang
yakni apabila siashiq tiada melihat dirinya
lagi, pulanglah ia ke dalam laut- maka lautlah
hukumnya. Jika lagi ia melihat dirinya lagi
belum pulang dan belum karam hukumnya.
Kepada madhhab Ushshaq [ melihat dirinya
itu] mushrik dikata. Inilah makna Akhir
kedalamnya jua ombaknya ghariq.
[39] Falam Lautnya Alim haluannya
Malum
Yakni laut yang sudah dikatakan diatas itulah
maka dinisbatkan kepada Alim supaya dapat
55

tamthil Alim dan Malum oleh talib. Kerana


yang dinamai laut itu air, apabila laut itu
timbul
bernama
halun;
apabila
naik
berhimpun diudara bernama awan; apabila
jatuh bertitik dari udara bernama hujan;
apabila hilir dibumi bernama sungai; apabila
pulang ke laut, laut hukumnya. Adapun halun
maka ditamthilkan Malum kerana halun
daripada laut tetapi tiada lain daripada laut.
Demikian lagi Alim tiada bercherai dengan
Malum, Malum tiada bercherai dengan Alim.
Jikalau Alim tiada bermalum,tiada Alim;
hukumnya tiada Ia menjadikan. Rupa dan
warna daripada tiada berwarna itulah wujud
segala rupa dan segala warna. Yang tiada
berupa dan tiada berwarna itu batin; yang
berupa dan berwarna itu zahir. Inilah makna
Lautnya Alim haluannya Malum.
[40] Falam Keadaanya Qasim ombaknya
Maqsum
Yakni erti Qasim itu iaitu membagi, Maqsum
itu iaitu yang dibagikan. Kerana Allah Taala
memberikan wujud akan semesta sekalian
alam maka Ia dinama Qasim. Adapun alam
sekalian seperti ombak namanya Maqsum
kerana ombak timbul daripada keadaan laut.
Yakni keadaan Allah Subhanahu wa Taala
bernama Qasim, keadaan sekalian alam
bernama Maqsum. Laut diibaratkan seperti
Dhat, keadaan Laut seperti keadaan Dhat,
56

halun seperti keadaan alam; ombak seperti


rupa alam. Pada ibarat ini laut, dengan air,
dengan ombak, dengan rupa ombak, dengan
warna ombak dengan nama ombak sekalian
ini suatu juga. Itulah makna
Keadaanya Qasim ombaknya Maqsum.
[41]
Falam

shuunnya Mahkum.

Tufannya

Hakim,

Yakni tufannya tamthil daripada titah Kun!


fa yakun kepada zuhurNya dengan SifatNya
dan AsmaNya dengan AfalNya dengan
AtharNya
dengan
IlmuNya,
dengan
MalumNya,
dengan
SamiNya,
dengan
BasirNya,
dengan
IradatNya,
dengan
QudratNya, dengan KalamNya, dengan
QahharNya, dengan JabbarNya, dengan
MuizzNya dengan MudhillNya, dengan
RahmanNya, dengan RahimNya, dengan
KarimNya. Seorang diislamkanNya, seorang
dikafirkanNya,
seorang
dikayakanNya,
seorang dimiskinkanNya, seorang sentiasa
diberiNya sentiasa berbuat baik, seorang
sentiasa diberiNya sentiasa berbuat jahat,
seorang dimasukkanNya ke dalam shurga,
seorang dimasukkanNya ke dalam neraka,
seorang diberikanNya berbuat ibadat banyak
lalu dimasukkanNya ke dalam shurga,
seorang diberikanNya berbuat maksiyat
banyak lalu dimasukkanNya ke dalam neraka,
seorang
daripada
islam
dikafirkanNya,
57

seorang daripada kafir diislamkanNya. Ini


makna Tufannya Hakim, shuunnya Mahkum.
[42] Falam Pada sekalian alamin inilah
rusum
Yakni pada sekalian alam ini ugahari,
Daripada awwalnya datang kepada akhirnya,
daripada batinnya dating kepada zahirnya,
sekalian ini sentiasa shuunNya. Yakni
kelakuanNya terhukum oleh tufanNya iaitu
titahNya kerana alam sekalian shuunNya jua.
Erti shuunNya iaitu kelakuanNya. Sekalian
sentiasa
shuunNya,
berkisar-kisar
dan
bergerak-seperti firman Allah Taala
Kulla yawmin huwa fi shan
Yakni
Pada segala hari Ia itu dalam kelakuanNya.
Segala rupa, rupaNya; segala warna,
warnanYa; segala bunyi, bunyiNya kerana Ia
wahdahu la sharika lahu. Jikalau dikatakan
ada yang lain daripadanya , shrik dengan
zulm hukumnya. Kerana ini maka segala
Ushshaq yang bermakrifat sempurna berkata
Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku.
Kata Shaykh Masud [rahmatuLlahi alayhi]
Akulah kafir yang sedia
Kata Sayyid Nasimi:
Inni anaLlah
58

Yakni
Bahawasanya aku Tuhan [Allah]
Kata Shaykh Junayd Baghdadi [rahmatuLlahi
alayhi]
Laysa fi jubbati siwaLlah
Yakni
Tiada didalam jubbahku ini lain daripada
Allah
Kata Sultanul arifin Ba Yazid Bistami
[rahmatuLlahi alayhi]
Subhani ma azma shani
Yakni
Mahasuchi aku! Dan mahabesar kelakuanku!
Banyak lagi Mashaikh yang berkata demikian
tiada tersebut. Adapun mereka itu sekalian
berkata demikian kerana marifat mereka itu
sempurna. Jangan kita yang tiada bermakrifat
berkata demikian jangan kita turut-turutan
maka
dikufrkan
pendita,
yang
menghukumkan demikian supaya jangan
segala
jahil
yang
tiada
bermakrifat
mengatakan demikian kerana makrifat itu
terlalu mushkil. Barangsiapa belum sempurna
bermakrifat dan berahi seperti mereka itu,
jika ia berkata seperti mereka itu kafir
hukumnya. Inilah makna Pada sekalian
alamin inilah rusum.

59

[43]
Falam Jikalau sini kamu tahu
akan wujud
Yakni wujud yang dikatakan pada awwalnya
kitab ini datang kepada akhirnya. Wujud itu
yogya diketahui dengan makrifat kerana
wujud itu bukan wujud kita. Daripada bebal
kita jua kita sangka wujud itu wujud kita.
Sebab ini maka ahlul-Suluk:
Wujuduka dhanbu la yuqasu bihi dhanbu
Yakni
Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya.
Kerana kepada Ahlul-Suluk wujud wahminya
itu shirk al-khafi; apabila ia mengatakan
wujuduka [seolah-olah ] qaim sendirinya,
inilah shirk al-khafi hukumnya yakni jikalau ia
mengatakan
seolah-olah
sebenarnya
ia
berwujud , maka ia berwujudlah hukumnya.
Inilah makna Jikalau sini kamu tahu akan
wujud.
[44] Falam Itulah tempat kamu shuhud
Yakni shuhud itu iaitu pandang. Wujud ala
mini wahmi jua, jangan kamu pandang wujud
yang wahm. Wujud yang sedia jua kamu
pandang kerana wujud al-makhluqat daripada
wujudNya. Apabila wujud al-makhluqat
daripada
wujudNya,
wujud
kitapun
wujudNya. Seperti sabda Nabi [ sallaLlahu
alayhi wa sallam ]:
60

Allahumma arinil-ashyaa kama hiya


Yakni
Ya Tuhanku, perlihatkan padaku sekalian
seperti adanya.
Adapun RasuluLlah [ sallaLlahu alayhi wa
sallam ] tahu akan keadaan segala ashya
tetapi ia hendak tahu akan haqiqatnya pula.
Kerana keadaan ashya dengan keadaan diri
sama jua, apabila dapat mengenal keadaan
diri maka dapat mengenal haqiqat diri.
Seperti firman Allah Taala:
Wa idha saalaka ibadi anni fainni qarib
Yakni
Apabila bertanya hambaku kepadaKu, bahwa
Aku sesungguhnya hamper.
Tetapi akan hampirNya itu yogya diketahui.
[Quran 2:186]
WaLlahu bi kulli shayin muhit
Yakni
Allah Taala dengan semesta sekalian lengkap
[meliputi]
Lagi kata Shaykh Junayd [rahmatuLlahi
alayhi]
Lawnul mai lawnu inaihi
Yakni
Warna air warna bejananya jua.
Sekalian ibarat ini dan isharat ini yogya
diketahui supaya berhasil makrifat Allah
Taala. Apabila hasil makrifat Allah Taala
61

maka dapat memandang pada asal wujud


yakni pada wujud yang sedia bukan pada
wujud yang wahm. Inilah makna Itulah
tempat kamu shuhud.
[45] Falam Buangkan rupamu daripada
sekalian quyud.
Yakni erti quyud itu iaitu sangkutan. Segala
rupa
yang
dapat
dilihat
dan
dapat
dibicharakan oleh aql dan makrifat itu
sekalianya quyud. Dari kerana Dhat Allah
mutlaq, tiada Ia pada rupa kita dan rupa
semesta sekalian alam, zahir dan batin, lain
daripada Dhat Semata. Itu mutlaq hukumnya.
Apabila kita buangkan sekalian quyud dengan
penglihat kita dan didalam bichara kita maka
dapat bertemu dengan Mutlaq ertinya Ada
yang mahasuchi daripada rupa. Adapun pada
suatu makna, makna quyud itu iaitu arta dan
kebesaran dan anak-isteri. Yakni jikalau kamu
berarta, jangan lekat hatimu pada arta dan
anak-isteri seperti firman Allah
Likay la ta saw ala ma fatakum wa la
tafrahu bi ma atakum
Yakni
Supaya jangan kamu berchinta akan barang
yang luput daripada kamu dan jangan
sukachita kamu kepada barang yang datang
kepada kamu.[Quran 57:23]

62

Apabila merugi, jangan didukakan dan


apabila berlaba, jangan kamu sukakan;
jikalau besar pun jangan disukakan; jikalau
kechil pun jangan didukakan; jikalau afiyat
diberi Allah jangan disukakan; jikalau sakit
diberi Allah jangan didukakan- sekalian itu
quyud jua. Apabila jauh daripada quyud maka
dapat bertemu dengan Mutlaq. Inilah makna
Buangkan rupamu daripada sekalian quyud.
[46] Falam Supaya dapat ke dalam Diri
quud.
Yakni quud itu iaitu duduk [kedalam Diri].
Yakni jangan jauh menchari daripada Diri
kerana firman Allah Taala
Wa fi anfusikum afala tubsirun
Yakni
Bermula didalam diri kamu-tiadakah kamu
lihat? [Quran 51:21]
Dan lagi sabda Nabi [sallaLlahu alayhi wa
sallam]
Man arafa nafsahu fa qad arafa rabbahu
Yakni
Barangsiapa mengenal Dirinya maka sanya
mengenal Tuhannya
Apabila Tuhannya dikenal, dapat sekalian
sama padanya, memakai sama padanya,
menyimping sama padanya, kaya sama
padanya dan miskin sama padanya; besar dan
63

kechil sama padanya; puji dan chela sama


padanya; tiada ia berahi akan shurga dan
tiada ia takut akan neraka. Adapun faqir yang
minta makan kepada shariat halal hukumnya
seqadarkan memberi quwwat sehari itu jua.
Jikalau dipinta akan esoknya atau akan
lusanya haram hukumnya. Adapun kepada
Ahlul-Suluk, apabila ia pergi meminta
makan, shirk hukumnya kerana ia hendak
memeliharakan dirinya jua. Jikalau semikian
lakunya belum ia fana daripada dirinya.
Sekalian kerjanya itu quyud. Seperti firman
Allah Taala:
Fa tawakkalu in kuntum muminim
Yakni
Maka serahkan diri kamu kepada allah jikalau
ada kamu orang yang perchaya. [Quran 5:23]
Adapun jikalau rezqi datang sendirinya itu
yang dianugerahkan Allah Taala dan harus
dimakan. Jikalau tiada datang, jangan
dicharinya dan jangan dipinta kepada
makhluq. Adapun kepada Ahlul Ushshaq
kepada Allah pun jangan meminta maka
dapat keluar daripada quyud. Seperti kata
Lamat:
Al-faqiru la yahtaju ilaLlah
Yakni
Faqir itu tiada muhtaj kepada allah
Jika ia muhtaj hukumnya dua lagi; apabila
tiada ia muhtaj maka dapat menjadi esa.
64

Adapun perkara menyimping, ittifaq Ulama


dan Ahlul-Suluk mengatakan hukumnya
haram kerana terbuka awratnya. Adapun
berbaju haya dan berkelubung dan berseluar
dan berkeskul dan berkaput dan bertanamtanaman kepada shariat harus; kepada
AhluLlah dan Ahlul-Suluk pun harus tiada
quyud. Adapun kepada Ahlul Ushshaq
sekalian hijab dan quyud Diri akannya.
Perbuatan
itu
bukan
ia
meniyyatkan
sekehendak Allah kerana kehendaknya itu
sekalian
hijab
dan
quyud.
Adapun
sembahyang fardu dan puasa fardu dan
memakan yang halal dan meninggalkan yang
haram-sekalian itu bukan quyud kerana ia
dengan kehendak Allah bukan dengan
kehendak kita yakni kerana itu amr allah.
Akan tetapi kepada barangsiapa yang ingat
akan dingin dan hangat dan kenyang dan
lapar dan telanjang dan berkain-jika ia
meninggalkan sembahyang fardu dan puasa
fardu dan jika sediakala ia memakan yang
haram, asi hukumnya. Orang itu tiada dapat
menjadi wali. Adapun jikalau ia berahi dan
mabok dan mahw-tiada ia tahu akan dirinya
dan sembahyang fardu dan puasa fardu
ditinggalkannya, tiada mengapa akan dia
kerana pada hukumnya ia dalam sembahyang
yang daim. Jiak belum ia mabok dan mahwmasih
lagi
ingat
akan
dirinyadan
sembahyang dan puasa ditinggalkannya hijab
65

dan quyud dan asi hukumnya. Tiada dapat ke


dalam Diri quud!.
[47] Falam Pada wujud allah itulah
yogya kau qaim.
Yakni pada wujud Allah itulah yogya kamu
pandang dengan makrifat yang sempurna.
Jangan lupa pada sembahyang dan puasa dan
berjalan dan berdiri dan duduk dan berbaring
kerana firman Allah Taala:
Wadhkur rabbaka fi nafsika tadarrian
wakhifatan wa dunal jahri minal qawli
bil ghuduwwi wal asali wa la takun
minal ghafilin
Yakni
Sebut Tuhanmu didalam dirimu, melemahkan
diri dan dalam hati takut dan lain daripada
nyaring suara dan kata dengan pagi dan
petang dan jangan kau jadi daripada orang
yang lupa [ yakni jangan kamu lupa segala
kelakuan kamu sepeti firman Allah Taala:
wa huwa maakum aynama kuntum- yakni
Ia itu serta kamu barang dimana ada kamu ]
[Quran 57:4]
Adapun akan orang yang belum kamil dan
belum beroleh makrifat yang sempurna yogya
dikurangkan makan dan minum dan tidur dan
dikurangkan berkata-kata dan dikurangkan
duduk dengan orang banyak sementara
belum kamil
dan beroleh makrifat yang
66

sempurna. Adapun akan makan sama, tiada


makan sama; berkata-kata sama, diam sama;
dalam hutan sama, dalam negeri sama;semesta sekalian ini tiada hijab padanya,
maka dapat tidur dan dapat duduk dengan
orang dan dapat berkata-kata dengan orang
dan dapat beranak dan beristeri; jangan lebih
dan jangan kurang daripada perbuatan Nabi
Muhammad RasuluLlah [ sallaLlahu alayhi
wa sallam ]. Inilahyang afdal.
[48]
Falam Buangkan namamu dan
rupamu daim.
Yakni buangkan namamu dan rupamu kerana
engkau tiada bernama dan tiada berupa.
Adapun rupamu itu rupa bayang-bayang jua
dan namamu itu gelar-gelaran jua. Daripada
ghaflatmu kau sangka engkau bernama dan
berupa. Kata ahlul-Suluk yang bernama itu
bukan namamu dan yang berupa bukan
rupamu. Sayogya dipandang Yang Empunya
Rupa dan Yang Empunya Nama supaya
terbuang namamu dan rupamu. Apabila
terbuang namamu dan rupamu, maka dapat
bertemu dengan Yang Empunya Nama dan
yang Empunya Rupa. Apabila bertemu
dengan Yang Empunya Nama dan Empunya
Rupa maka dapat bertemu dengan Wujud.
Apabila bertemu dengan Wujud maka dapat
bertemu dengan Dhat. Apabila bertemu
67

dengan Dhat, nama pun terbuang, rupa pun


terbuang.
[49]
Falam Nafikan rasmudaripada
makhdum dan khadim
Yakni
fanakan
dirimu
daripada
yang
menyembah dan yang disembah. Apabila ada
lagi yang menyembah dan yang disembah
maka masih menjadi dua belum menjadi esa
hukumnya. Seperti kata Ahlul-Suluk:
Man abdal isma dunal mana fa qad
kafara
Yakni:
Barangsipa menyembah nama tiada dengan
ertinya maka bahawasanya telah kafirlah ia
Wa man abdal mana dunal isma
fahuwa mushrik
Yakni
Barangsiapa menyembaherti tiada dengan
nama, maka ia itu menduakan.
Wa man abdal isma wal mana fahuwa
munafiq
Yakni
Barangsiapa menyembah nama dan erti nama
maka ia itu munafiq
Wa man tarakal isma wal mana fahuwa
muminun haqqan
Yakni
Barangsiapa meninggalkan nama dan erti
nama, maka ia mumin yang sebenarbenarnya.
68

Adapun
fana
itu
pada
ibarat
ialah
melenyapkan segala ghayr allah. Jika orang
fana lagi tahu akan fananya, belum ia fana
kerana fana itu ibarat hapus daripada ghayr
Allah. Apabila belum hapus daripada ghayr
Allah, belum fana hukumnya; apabila hapus
daripada
ghyar
allah
nescaya
yang
menyembah pun lenyap dan yang disembah
pun lenyap daripada rasanya yakni menjadi
esa iaitu tiada; lenyap sekali-kali. Adapun
kepada suatu ibarat, fana itu shirk kepada
Allah Taala kerana si ashiq tiada berwujud.
Apabila tiada berwujud fana hukumnya
kerana kepada haqiqat Ia SendiriNya tiada
lain. Seperti sabda Nabi [ sallaLlahu alayhi
wa sallam ]
Araftu rabbi bi rabbi
Yakni
Kukenal Tuhanku dengan Tuhanku
Lagi kata Lamat
La yaral Laha ghayraLlah
Yakni
Tiada melihat Allah melainkan Allah
Kata Lamat:
Ma arafal-Laha ghayraLlah
Yakni
Tiada mengenal Allah lain daripada Allah
Kata Lamat:
69

Raaytu rabbi bi ayni rabbi


Yakni
Kulihat Tuhanku dengan mata Tuhanku
Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya
maka fana hukumnya pada ibarat ini.
Perkataan ini terlalu mushkil. Hendaklah
diketahui.
[50] Falam Supaya
Amal yang Khatim

sampai

kepada

Yakni apabila fana maka berolah perbuatan


yang sedia, seperti kata Uways al-Qarani
dalam bahasa Farsi:
Anra ki fana shewa u faqr a in ast
Yakni
Mereka yang lenyap daripada permainan
faqir
Nah kash nah yaqin nah marifat nah din
ast
Yakni
Tiada kashf dan tiada yakin dan tiada marifat
dan tiada ugama akan dia
Raft u zi miyyan hamin khuda mand
khuda
Yakni
Lenyap ia ditengah-tengah hanya Allah jua
tinggal
Al-faqru idha tamma huwaLlahu in ast
Yakin
70

Apabila sempurna faqir, sudahlah marifat


maka ia itu Allah
Inilah lagi sabda Nabi [ sallaLlahu alayhi wa
sallam ]:
Al-faqru fakhri wa bihi aftakhiru
Yakni
Faqir
itu
kemuliaanku
dengannya
kumuliakan.
Adapun kepada shariat yang faqir itu tiada
malik dinamai. Adapun kepada Ahlul-suluk
yang dinamai faqir itu Ahlul-Marifat. Apbila
sempurna sempurna makrifatnya tiada
melihat dirinya lagi faqirlah hukumnya
Inilah makna Supaya sampai kepada Amal
yang Khatim
[51]
Falam Jika engkau belum tetap
seperti batu.
Yakni jangan bergerak; zahirnya pun jangan
bergerak, batinnya pun jangan bergerak.
Apabila seperti batu maka wasillah hukumnya
pada ibarat tetapi kepada haqiqat sedia wasil.
Jika ia tiada memuji Allah pada zahirnya,
pada batinnya ia memuji Allah kerana pada
Ahlul-Suluk segala ashya bernyawa dan
berbudi dan bermarifat. Jikalau ashya tiada
bermakrifat dimana ia akan memuji Allah ?
kerana firman Allah dalam Quran demikian
bunyinya:
71

Tusabbihu lahul-samawatul-sabu wal


ardu wa man fihinna
Yakni:
Memuji allah bagiNyaisi langit ketujuhnya
dan bumi ketujuhnya dan barang yang
dalamnya [Quran 17:44]
Wain min shayin illa yusabbihu
bihamdihi
wa
lakin
la
tafqahuna
tasbihahum
Yakni
Bahwa daripada segala sesuatu melainkan
menguchap tasbih memuji Dia, tetapi tiada
kamu paham pada tasbih mereka itu. [Quran
17:44]
Lagi firman Allah Taala
Alam tara annaLlaha yasjudu lahu man
fil samawati wa man fil ardi wal shamsu
wal qamaru wal nujumu wal jibalu wal
shajaru wal dawabbu wa kathirun minal
nas.
Yakni
Tiadakah kamu lihat bahwa Allah Taala itu
bagiNya jua disembah barang didalam
ketujuh langit dan
ketujuh bumi dan
matahari dan bulan dan segala bintang dan
segala bukit dan segala puhun kayu-kayuan
dan segala binatang dan kebanyakan
daripada manusia ?

72

Semesta sekalian ashya menguchap tasbih


dan memuji dan menyembah akan Allah.
Apabila kita tetap seperti batu, sekalian
anggota kita menyembah Allah seperti hokum
dalil Quran ini.
[52] Falam Hukum dua lagi; khadim
dan ratu
Yakni jangan menyembah chahaya seperti
embun dan matahari dan bulan dan bintang
dan seperti rupa budak dan jangan
bermaqam diubun-ubun atau diantara kening
atau dipuchak hidung atau di dalam jantung.
Sekalian ini hijab kepada Dhatnya. Adapun
akan
orang
Ahlul-Suluk,
daim
ia
menyerahkan dirinya kepada Tuhannya.
Barang kehendak Tuhannya ia radi. Adapun
kepada haqiqat, jika lagi ashiq, mashuq
hendaknya; jika lagi talib, matlub hendaknya;
jika lagi menyembah, yang disembah
hendaknya; jika lagi menyita, yang dichita
hendaknya; jika lagi memandang, yang
dipandang hendaknya. Sekalian itu dengan
wujudnya, dua lagi hukumnya, belum menjadi
esa. Apabila fana seperti batu maka esa
hukumnya- iaitu satu seperti tatakala dalam
kuntu kanzan atau seperti buih di dalam air
belum menjadi buih. Pada ibarat ini wasil
hukumnya. Adapun kepada haqiqat, buih air
dengan air tiada dua.
73

[53]
Falam- Setelah
daripada emas dan matu

lupa

engkau

Yakni tamthil emas itu iaitu Tuhan dan matu


itu iaitu hamba. Kerana pada penglihat emas
lain, matu lain, namanya pun lain. Tetapi
emas tiada bercherai dengan matu dan matu
tiada bercherai dengan emas. Apabila matu
tiada melihat dirinya lagi, neschaya emas
semata lagi tinggal. Apabila emas lenyap,
tiada khabar akan dirinya dan tiada ia khabar
akan emas. Dan orang lenyap itu pun
demikian tiadalah diketahuinya lagi. Adapun
ibarat ini terlalu mushkil; berperlahan-lahan
memicharakan dia, jangan lekas-lekas.
Seperti kata Shaykh Muhyil-Din ibnul-Arabi
[radiyaLlahu anhu]:
Al-marifatu hijabun baynal arifi wal
maruf
Yakni
Mengenal dinding antara yang mengenal dan
yang dikenal.
Lagi kata Shaykh Muhyil-Din ibnul-Arabi
[radiyaLlahu anhu]:
Law lal mahabbatu lastamarral wisal
Yakni
Jika tiada mengasih nischaya senantiasa wasil
[kerana mengasih dinding antara yang
dikasih]
74

Kata ini isharat kepada fana daripada emas


dan matu juga. Apabila fana daripada emas
dan matu maka dapat menjadi satu yakni
esa.
[54] Faalam Mangkanya dapat menjadi
satu
Yakni apabila matu fana daripada emas dan
matu, maka matu dan emas menjadi satu. Jika
lagi matu tahu akan dirinya; bahawa aku
tahu,belum dapat bersuatu. Seperti kaluhkaluh terjun ke dalam api; jiak ia lagi tahu
akan dirinya; bahawa aku sudah menjadi api,
belum lagi bertemu dengan api. Apabila
bertemu dengan api, menjadi api. Apabila
menjadi api, lupalah akan api dan lupa akan
dirinya.
Seperti
kata
Shaykh
Sadi
[rahmatullahi alayhi]:
Ay murgh sahar ishq zi parwanah
beyamuz
Yakni
Hai burung dinihari! Berahi pada waktu
sahar kepada kaluh-kaluh pergi berajar
Kan sukhtra jan shud wa awaz neyamad

Yakni
Yang sudah tertunu itu menjadi nyawa tiada
bunyinya dating
75

In muddaiyyan dar talabsh bekhabar


anand
Yakni
Segala yang mengaku dalam menuntut dia,
tiada mereka itu khabar akan dia
Kanra ki khabar shud khabarshban zi
neyamad
Yakni
Bahawa ia itu yang beroleh berita, beritanya
tiada lagi datang.
Akan matu pun demikian; apabila ia fana
didalam emas, akan emas tiada ia tahu, akan
matu pun demikian, tiada ia tahu. Inilah
makna Mangkanya dapat menjadi satu
[55] Falam Jika belum fana daripada
ribu dan ratus
Yakni rupa makhluq semesta sekalian itulah
ribu dan ratus. Jika belum fana daripada ribu
dan ratus belum dapat bertemu dengan Dia
yakni hapus. Sungguh pun semesta sekalian
shuunNya juga, tetapi jika belum sana
shuunNya daripada penglihat, belum dapat
bertemu dengan Dhat. Apabila fana daripada
AtharNya dan AfalNya dan AsmaNya dan
SifatNya maka dapat bertemu dengan Dhat
kerana AtharNya itu dinding AfalNya;
AfalNya dinding AsmaNya; AsmaNya dinding
SifatNya; SifatNya dinding Dhat. Sekalian ini
76

kelakuanNya jua. Apabila fana daripada


sekalian kelakuaNya, maka dapat bertemu
dengan Dhat. Adapun yang Asal, Dhat itu
Esa; kelakuanNya banyak, ribu dan ratus.
Apabila fana daripada ribu dan ratus, maka
dapat bertemu dengan Dia.
Seperti kata Ahlul-Suluk:
Hijabul dhati bil sifat
Hijabul sifati bil asma
Hijabul asmaI bil afal
Hijabul afali bil athar
Yakni
Dinding Dhat itu sifat
Dinding sifat itu asma
Dinding asma itu afal
Dinding afal itu athar
Adapun suatu makana fana itu aitu tanggal;
tanggal daripada ribu dan ratus dan anak
isteri dan arta dan kekayaan dan suhbat dan
kekasih dan pakaian yang baik dan kebesaran
dan hendak menjadi shaykh dan karamat dan
kasih akan riya dan ajab daripada ribu dan
ratus demikian dpat adamu ini fana.
Hendaknya maka dia dapat bertemu dengan
tuhannya.
[56] Falam Tiadakah dapat adamu kau
hapus

77

Yakni jika belum fana daripada ribu dan ratus


dimanakah dapat adamu hapus ? kerana
ibarat hapus itu iaitu fana daripada sekalian
alam dan kebesaran dan anak isteri . Selang
kepada dirinya lagi hapus, istimewa kepada
alam dan kebesaran dan anak isteri. Tetapi
kata ini kepada menuntut ia juga, tiada
kepada menahai. Sungguh pun beranak-isteri,
sediakala hapus jua. Adapun akan orang
muntahi, sediakala hapus jua muntahi. Bukan
yang hapus itu junun atau uryan atau tiada
makan atau tiada tidur atau tiada mandi
junub atau berchamping atau tiada mahu
sembahyang. Jikalau diikut yang demikian itu
hijab hukumnya. Adapun makna hapus itu
iaitu makan sama tiada makan sama; uryan
sama, berkain sama; shurga sama, neraka
sama; sungguh pun ia berbuat ibadat tetapi
tiada ia ingin akan shurga dan tiada ia takut
akan neraka yakni taslim seperti firman Allah
Taala:
Innal dina indaLlahul islam
Yakni
Bahawa yang agama itu pada Allah agama
Islam yakni menyerahkan dirinya.
Kerana dirinya itu bukan Dirinya, yogyalah
diserahkan kepada Yang Empunya Diri maka
dapat hapus daripada dirinya.

78

[57] Falam Nafikan dirimu daripada


kasar dan halus
Yakni nafikan dirimu daripada badan dan
nyawa, suatu makna daripada baik dan jahat;
suatu makna daripada kedua alam; suatu
makna, daripada islam dan kafir; suatu
makna,daripada zahir dan batin. Sekalian itu
yogya dinafikan, maka bertemu dengan Dhat
Allah kerana pada sekalian itu bukan Dhat.
Apabila hapus menafikan semesta sekalian
yang kasar dan halus maka dapat bertemu
dengan Dhat kerana Dhat terlalu mahasuchi
daripada kasar dan halus. Yang kasar dan
halus itu tiada hukumnya suchi. Barang yang
tiada suchi itu makhluqat hukumnya. Jiak
belum
lenyap
sekalian
makluqat
dari
penglihat tiada dapat kelihatan Khaliq.
Seperti sabda RasuluLlah [sallaLalhu alayhi
wa sallam]
Hijabul Llahi sabina alfan minal nuri
wa sabina alfan minal zulumat
Yakni
Dinding antara Allah Subhanahu wa Taala
tujuh puluh ribu dinding daripada chahaya
dan tujuh puluh ribu dinding daripada kelam.
Itulah dinding yang kepada kasar dan kepada
halus.

79

[58]
Falam Supaya dapat barang
katamu harus
Yakni seperti kata Shaykh Junayd Baghdadi
[rahmatuLlahi alayhi]:
Laiysa fi jubbati siwaLlahu
Dan seperti kata Shaykh Ba Yazid:
Subhani ma azama shani
Atau seperti kata Mansur Hallaj:
Anal Haqq
Kerana mereka itu sempurna makrifatnya.
Tiada mereka itu melihat kasar dan halus
melainkan Dhat semata jua. Barang kata
mereka itu harus. Adapun kita jika belum
beroleh makrifat yang sempurna seperti
makrifat mereka itu atau belum hapus
daripada kasar dan halus jangan barang kata
seperti ini dikatakan; neschaya khilaf shariat
kerana jalan shariat sungguh pun permai
terlalu suchi. Adapun jalan haqiqat, sungguh
pun hampir, maranya banyak. Jangan kita
meninggalkan
sembahyang
dan
jangan
meninggalkan shariat kerana shariat dengan
haqiqat esa jua. Barangsiapa belum mabok
atau mahw atau belum junun datang kepada
Allah,jikalau meninggalkan sembahyang dan
puasa dan makan haram, fasiq dan asilah
mereka itu hukumnya.
80

[59] Falam - Hamzah Fansuri sungguh


pun daif
Yakni sungguh pun daif, terlalu yakin, bukan
bermain sia-sia, sungguh pun lemah pada
semesta sekalian kerjanya, mithal berbuat
ibadat dan riyadat dan uzlat dan qanaat dan
tark al-dunya; dan lemah pada ilmunya dan
makrifatnya. Seperti firman allah Taala:
Wa ma utitum minal ilmi illa qalilan
Yakni
Tiada Kuberikan kamu daripada ilmu
melainkan sedikir jua. [Quran 17:85]
Manakah dapat mengenal Allah dengan
sempurna kenal ? Sedang RasuluLlah
[sallaLlahu alayhi wa sallam] lagi bersabda
demikian bunyinya;
Subhanaka
maarafnaka
haqqa
marifatika
Yakni
Mahasuchi Engkau ! tiada ku kenal Engkau
sebenar-benar mengenal Dikau.
-istimewa kita, dimana akan datng kepadan
makrifat kelebihan ? Tetapi seqadar anugerah
allah Taala jua akan kita chari dan kita
bicharakan dengan kashf al-kashf pada
atharNya dan AfalNya dan AsmaNya dan
SifatNya. Adapun pada suatu makna, Hamzah
81

daif kerana ia tiada berwujud. Apabila tiada


berwujud, maka tiadalah sifat dan tiadalah
berafal. Daiflah hukumnya.
[60] Falam Haqiqatnya hampir kepada
Dhat al- Sharif
Yakni sungguh pun ia daif, haqiqatnya tiada
bercherai denhan Dhat yang Mahamulis
kerana Dhat itulah yang Empunya harakat
dan sukunat, quud dan qiyam, tidur dan jaga,
berhenti dan berjalan; Ia jua yang menggerak
dia maka dapat bergerak. Jika tiada Ia
menggerak dia, tiada dapat Hamzah bergerak
kerana Hamzah seperti bayang-bayang jua.
Jika tiada yang Empunya bayang-bayang
menggerak dia dimana dapat Hamzah
bergerak ? Ada pun suatu mithil lain mithal
buah chatur. Asalnya kayu sepuhun jua. Maka
dilarik berbagai-bagai; dinamainya raja dan
menteri dan gajah dan kuda dan tir dan
baidaq. Asalnya kayu sekerat jua dijadikan
banyak. Maka dipermain buah chatur itu; raja
dan menteri dan gajah dan kuda dan tir dan
baidaq, namanya jua ada., haqiqatnya tiada.
Tetapi ia hampir kepada orang yang melarik
dia dan bermain dengan dia kerana tangan
orang itu daim lekat kepada buah chatur itu
kerana buah catur itu tiada bergerak
melainkan gerak yang empunya buah
chaturjua. Inilah makna Haqiqatnya hampir
kepada Dhat al-Sharif
82

[61] Falam Sungguh pun habab


rupanya kathif
Yakni habab itu iaitu buih, rupanya keras
tetapi kerana asalnya air hukumnya lembut
jua. Apabila timbil, menjadi keras hukumnya.
Kerana pada ibarat buih lain daripada air
yakni air latif, buah kathif. Adapun kepada
haqiqat buih tiada lain daripada air. Kerana
ini maka dikatakan buah khatif, sebab ia
berupa dan bernama lain daripada air. Tetapi
kepada haqiqat tiada ia berupa dan tiada ia
berwujud dan bernamanya itu wahmi juga,
tiada haqiqi kerana ia daim fana didalam air.
Adapun qudratnya dan iradatnya dan
penengarnya dan penglihatnya dan budinya
dan makrifatnya yang kita lihat daripadanya
sebenarnya
tiada
daripadanya
akan
tetapidaripadfa
air
jua.
Inilah
makna
Sungguh pun habab rupanya kathif.
[62]
Falam Wasilnya daim dengan
Bahr al-Latif
Yakni latif itu iaitu lemah, sentiasa buih wasil
dengan
air
kerana
air
lembut
buih
keras.Apabila buih pechah kembali kepada
air. Sebab ini maka dikatakan buih wasil
dengan air. Adapun kepada suatu ibarat
Ahlul-Suluk wasil tiada; sungguh pun wasil
dikatakan tetapi hanya pada ibarat juga.
83

Adapun haqiqat,tiada wasil namanya jika


suatu shay dengan shuunnya. Yang demikian
itu tiada wasil hukumnya. Adapun wasil
diibaratkan supaya dapat oleh sekalian talib;
jikalau dengan ibarat, tiada sekali-kali dapat
menyebut dia dan mengetahui dan mengenal
dia. Setelah sempurna yang mengetahui dan
mengenal dia dan setelah itu yogya
mengerjakan shariat. Hubaya-hubaya, jangan
kelaurdaripada kandang shariat kerana
shariat itu umpama kulit, haqiqat umpama
otak; jika tiada binasa otak. Mithal kelambir
sebuah
dengan
kulitnya
dengan
tempurungnya
dengan
isinya,
dengan
minyaknya. Yang shariat seperti kulitnya,
yang tariqat seperti tempurungnya, yang
haqiqat seperti isi, yang makrifat seperti
minyaknya.
Dengan
empat
itu
maka
sempurna hukumnya. Jika sesuatu ini kurang
daripadanya, tiadalah sempurna lagi; jikalau
ditanam juga, jika tiada dengan kulitnya,
tiada tumbuh jua dan akhirnya binasa.
Demikian lagi akan orang menuntut Allah
Subhanahu wa Taala, jangan bercherai
dengan shariat dan tariqat dan haqiqat dan
makrifat maka sempurna. Apabila bercherai
dengan shariat dalalat hukumnya. Jiak
terbang diudara atau berjalan atas air atau
memakan api sekalipun hubatan dusta dan
sesat jalannya. Hukumnya bukan ia wali
kerana ia karamatnya itu bukan karamat
istidraj namanya; yakni daripada Shaytan
84

atau daripada Jinn atau daripada sihr atau


murka Allah Taal akan dia agar supaya
ghurur dengan karamatnya itu disangkanya
wasil ia dengan allah Taala. Ada kepada
Ulama karamat awliya yang memakai shariat
itu dari anugerah Allah Taala; mujizat akan
anbiya, karamat akan awliya. Keramat
keduanya tiada ayb dan tiada hijab. Adapun
kepada ahlul Makriafat dan Ushshaq
karamat itu hijab dan quyud , dinamai
haydul-rijal
kerana karamat bahayanya
banyak; tiada berorang yang salamat. Adapun
ilmu suluk itu ilmu Nabi Muhammad RasululLah [sallaLlahu alayhi wa sallam] dalalatnya
hukumnya-bukan ia Ahlul-Suluk. Tetapi jika
makrifatnya sempurna- kerana makrifat itu
makrifat akan Tuhannya: orang itu mabok
dan mahw, tiada lagi ia khabar akan shariat
dan tariqat dan haqiqat dan makrifat tiada
mengapa. Segala amr allah kerana orang itu
seperti hamba sultan yang didalam pagar;
barang perbuatannya tiada raja gusar akan
dirinya. Adapun akan segala orang yang
memakai shariat dan tariqat dan haqiqat dan
makrifat seperti perbuatan Nabi Muhammad
RasuluLlah [sallaLlahu alayhi wa sallam]
mereka
itu
seperti
menteri
daim
mengerjakan
amr
raja.
Sungguh
pun
jauhdaripada raja tetapi ia terlebih besar
pangkatnya daripada orang yang dalam pagar
kerana menteri perdana khalifah raja
danmemegang pekerjaan raja jua. Jikalau
85

tiada karamat kepada zahirnya kita lihat,


kepada batinya karamat ia. Jangan kita
sangka shariat kechil kerana Allah Taala
bernama Zahir dan Batin. Adapun zahirNya
itu shariatNya; batinNya itu HaqiqatNya.
Kepada awamm, farq shariat daripada
haqiqat. Adapun kepada Ahlul Makrifat,
shariat dengan haqiqat ia juga. Shariat
berselindung
kepada
haqiqat;
haqiqat
berkandung dengan shariat. Apabila bertemu
dengan shariat, bertemu dengan tariqat;
apabila bertemu dengan haqiqat; apbila
bertemu engan dengan makrifat. WaLlahu
alam bil sawab! Tammal-kitab
Wa sallaLlahu ala khayri
Khalqihi Muhammad wa alihi
Wa sahbihi ajmain wal hamdu
LiLlahi rabbil alamin
Bahwa ini kitab ASRARUL-ARIFIN FI
BAYAN ILMIL-SULUK WAL-TAWHID.
Tamma bil-khayr. Amin

86

Dipersalin semula dari fotocopy, mulai pada 27hb.April 2003 dan tamat pada
27hb.Julai 2003 bersamaan dengan 27 Jamadiawal 1424 jam 11.30 pagi

87