Anda di halaman 1dari 19

Mengenal Diri Mengenal Allah

Bermula segala puji-pujian yang empat itu kembali kepada Allah yang
Maha Pembimbing yang mengatur urusan kehidupan ini dengan penuh
hikmah dan bijaksana. Selawat dan salam untuk Penghulu Mursalin Nabi
Muhammad SAW. cahaya yang menerangi kegelapan juga untuk ahli
keluarganya, para sahabat yang mengibarkan panji-panji agama
menerangi seluruh Alam.
Risalah "Mengenal Diri Mengenal Allah" adalah hasil susunan Mahyuddin
Muhammad Ghazali bin Haji Abdullah dari Madrasah Al-Fununiah AlTunjuniah Batu Lima Daerah Pendik Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.
Penulisan kembali risalah dari tulisan jawi kepada bahasa Melayu ini
adalah semata-mata untuk memanjangkan tujuan utama penyusunnya
sebagaimana yang tercatat pada mukaddimah risalah ini yang berbunyi:
Oleh kerana timbul dan berlaku beberapa pelajaran dan amalan yang
dinamakan Ilmu Isi yang boleh menyampaikan kepada Makrifat
Ketuhanan, maka dhohirlah berbagai-bagai I'tiqad atau pegangan hati
yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan sesat lagi
menyesat kepada orang ramai.
Dengan jalan yang demikian, maka saya tulis sebuah risalah yang
dinamakan "Mengenal Diri Mengenal Allah" sebagai panduan jalan yang
boleh menyampaikan kepada makrifat yang sebenar mengikut Ahli
Sunnah Wal-Jamaah.
Suluk telah menyusun kembali risalah ke dalam Bahasa Melayu dengan
membuat sedikit tambahan kepada perkara-perkara yang memerlukan
huraian yang lebih sebagai penyebar kebenaran di samping untuk
memudahkan pelayar siber mencari panduan yang selamat dalam mencari
maklumat-maklumat yang berguna, bermanfaat dan selamat. Semoga
usaha ini direstui oleh penyusun asal dan mendapat keberkatan Allah
dunia dan akhirat walaupun Suluk sedar diri ini bukanlah ahlinya. Suluk
telah membahagikan risalah ini mengikut tajuk-tajuk yang ada dalam
risalah tersebut seperti berikut;
Mabadi 10 Ilmu Tasauf
Tiap-tiap ilmu mempunyai sepuluh [10] Mabadi yang menjadi tunjang bagi tujuan
ilmu itu. Bagi mereka yang hendak masuk belajar mana-mana ilmu sayugianya
dipelajari dan mengetahui Mabadi !0 supaya menjadi teguh keyakinan dan tetap
pegangannya terutamanya Ilmu Tasauf kerana setengah golongan membilangkan
Ilmu Tasauf ini khurafat yang bidaah yang tidak ada Warid daripada Nabi SAW.
Terpulanglah kepada mereka sendiri dan bagi kita memadai menyemak dan
membaca kitab-kitab agama(Kitab Tua) terutama Al-quran dan hadis Nabawi serta
Asar(bekas peninggalan)sahabat dan perjalanan ulama-ulama yang muktabar. Maka
saya tuliskan di sini petikan daripada karangan-karangan ulama tasauf yang
dimaksudkan itu:
1.
Had
Ilmu yang diketahui daripadanya Ahwal nafsu pada
kebaikan dan kejahatannya dan kaifiat(cara-cara)
(Takrif)
membersihkan daripada segala Aib-aib dan penyakit
daripada sifat Mazmumah dan najis yang Ma'nawi(syirik

khafi) dan menyatakan kaifiat-kaifiat Suluk dan berjalan


kepada Allah.
Maudu' Al-Zat Al-'Aliyyah(Zat Allah) kerana dibahaskan daripada
'itibar makrifat dengan dalil dan burhan atau dengan
2. (Tempat
syuhud dan 'iyan dan Al-Nufus Wal-Qalbu Wal-Arwah
Hantaran)
kerana dibahas akan dia membersih dan mensucikan.
Nabi SAW.mengajarkan dia oleh Allah Taala dengan Wahyu
dan Ilham. Maka awal-awla orang mendhohirkannya dan
mengatakannya Sayyidina Ali Karramallahi Wajhu
kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Hasan
Basri dan ibunya Umi Khairah Maula' bagi Umi Salamah,
isteri Rasulullah dan bapanya Mauli bagi Zaid bin Zabit
kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Habibil
Wadhi' 'Ajami RA. kemudian mengambil akan dia daripadanya
oleh Abu Sulaiman Daud Al-Thoi RA. yang wafat pada
3. (orang
menghantar tahun 120Hijrah; kemudian mengambil akan dia
daripadanya oleh Abu Mahfuz Ma'ruf bin Tiruz Al-Kharkhi
)
RA.; kemudian mengambil akan dia daripadanya oleh Abu
Hassan Sirri RA. yang wafat pada tahun 251 Hijrah dan
menzhohirkan pemberitahuan hakikat oleh Sheikh Abul
Qasim Al-Junaid Al-Bagdadi yang wafat pada tahun 297
Hijrah. Sheikh Junaid inilah menjadi orang yang pertama
yang Ijtihad dalam Ilmu Tasauf di mana beliaulah Imam
kita kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Tasauf dan ilmu Qalbu dan Ilmu Batin dan Ilmu Laduni,
Ismuhu dan Ilmu Mukashafah dan Ilmu Asror dan Ilmu Maknun
4.
(Namanya) dan Ilmu Hakikat dan Ilmu Zauqi dan Ilmu Wujdan dan
beberapa nama yang lain daripada yang tersebut itu.
5.

6.

7.

8.

Istimda Daripada Al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. dan


daripada Ilham Sholihin dan Fatuhat (Penemuan dan
t (Petikan) pembukaan)'Ariffin.
Wajib 'Aini atas tiap-tiap mukallaf mempelajarinya seperti
Hukum Wajib 'Aini mempelajari barang yang membaikkan
zhohir(syariat/fekah) mereka itu.
Masail
(Masaalah)

Bicara yang bergantung dengan Musyahadah akan Hak


Taala dan yang bergantung dengan segala Maqam dan
Hal-Ahwal bagi segala Arifin dan Sholihin daripada
beberapa Adab dan amalan mereka itu.

Faedah Sampai kepada makrifat yang sebenar (hakikat makrifat)

Bahwa Ilmu ini asal titik 'Ilam dan ilmu yang lain
daripanya adalah cawangannya. Bermula nisbahnya bagi
9. Bagi Seluruh batin seperti nisbah fekah kepada zhohir. Ianya
('Ilam)Ilmu metahkiqkan bagiIlmu Usul dan mengheningkan Ilmu
Fekah.
Nisbah

1
0

Kelebih Semulia-mulia ilmu yang dibangsakan kepada agama


kerana ia jumlah daripada pati Ilmu Tauhid.

annya
Sila rujuk Kitab Manhalul-Shofi Fi Bayani Rumuuzi Ahli Sufi untuk
penjelasan sepenuhnya.
Penerimaan Agama
Agama itu adalah diterima mengikut Salafus Sholeh yang ia menerima daripada
Rasulullah dan Rasulullah menerima daripada Allah Taala dengan
wasitoh(perantaraan) Al-Qur'an atau malaikat atau dengan ketiadaan wasitoh.
Maka usul-usul agama hendaklah berpandu kepada al-Qur'an dan Hadis atau
Ijma' Ulama. Jika tidak didapati daripada Al-Qur'an, Hadis atau Ijma' Ulama adalah
Mardud(tak boleh diterima) kerana agama Islam yang kita ambil ini adalah
bertakhlid(mengikut) Salafu-Solah bukan dengan semata-mata akal atau fikiran
kerana akal tak sampai memahami perkara-perkara yang ghaib. Maka tiap-tiap
amalan yang menyalahi Al-Qur'an atau Hadis atau Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah
ia termasuk ke dalam Bidaah yang haram seperti sabda Rasulullah yang
bermaksud;
"Tiap-tiap perkara Agama yang baru diada-adakan itu bidaah dan tiap-tiap
bidaah itu sesat dan tiap-tiap sesat itu dalam nerakalah tempatnya".
Adapun sebab kita bertakhlid kepada Salafu-Solah kerana mereka itu hampir
dengan Rasulullah SAW. dan mereka itu lebih mengetahui dengan kehendak
RasulullahSAW. dan kehendak al-Qur'an. Maka dari sebab inilah Rasulullah telah
mengiktiraf dan memuji mereka yang hampir masa dengan sabdanya yang
masyhur iaitu;
"Sebaik-baik kau itu, mereka semasaku, kemudian yang mengiringi
mereka itu, kemudian yang mengiringi mereka itu"
Ini bermaksud Rasulullah SAW. hanya mengiktiraf dan memuji orang-orang yang
ada dalam tiga kurun sahaja. Maka orang-orang yang dalam tiga kurun itu
dinamakan Salafu-Solah. Antara mereka termasuklah Mazhab Imam Yang Empat
iaitu Imam Shafie, Imam Hambali, Imam Hanafi dan Imam Malik bagi Ilmu Fekah
dan Sheikh Junaid Al-Bagdadi, Imam Abu Qasim Al-Qusyairi bagi Ilmu Tasauf, dan
Imam Ashaari, Maturidi bagi Ilmu Usuluddin.
Yang Dinamakan Agama
Adapun yang dinamakan agama itu ibarat daripada terhimpun padanya empat[4]
perkara iaitu;
1. Iman
2. Islam
3. Tauhid
4. Makrifat
Erti Iman itu ialah percaya dan membenarkan barang(sesuatu) yang
didatangkan oleh Rasulullah SAW.; iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan
diajarkan oleh Nabi itu sebenarnya datang dari Allah. Bukanlah buatan dan rekaan
daripada Nabi seperti firman Allah yang bermaksud;

Tiada ia(Nabi) bertutur daripada pihak kemahuan dirinya melainkan


ia(Nabi) bertutur itu wahyu yang diwahyukan kepadanya.
Juga ada tersebut dalam sebuah hadis Qudsi yang menunjukkan akan kebenaran
Rasulullah SAW. dengan firman Allah yang bermaksud:
Telah benarlah hambaku(Muhammad SAW.) pada tiap-tiap barang yang
menyampai ia daripadaKu(Allah).
Dan adalah kesimpulan Iman itu dinamakan Rukun Imam. Ianya mencakupi enam[6]
perkara iaitu;
1. Percayakan Allah
2. Percayakan Malaikat
3. Percayakan Kitab Allah
4. Percayakan Segala Rasul Utusan Allah
5. Percayakan Hari Qiyamat
6. Percayakan Untung Baik dan Untung Jahat itu daripada Allah
Adapun makna percaya akan Allah itu ialah 'Itiqad dengan jazam[tetapdan
teguh] yang putus bahawasanya Allah Taala itu adalah Tuhan Yang Esa(Tunggal)
yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang menjadi sekelian makhluk
dan mentadbirkannya dengan bijaksana dan wajib dikenal akan Allah dengan
sebenar-benar pengenalan dan patut disembahkanNya.
Dan makna percayakan malaikat itu ialah percayakan bahawa Malaikat itu
hamba Allah Taala yang bukan mereka itu laki-laki atau perempuan dan tiada
mereka itu beribu dan berbapa dan tiada mereka itu makan dan minum dan tiada
mereka itu tidur. Adalah pekerjaan mereka itu mengikut apa yang dititahkan oleh
Allah Taala dan bilangan mereka itu terlalu banyak tiada boleh mengetahuinya
melainkan Allah Taala jua. Sekelian mereka itu terpelihara daripada mengerjakan
maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia. Bahawasanya penghulupenghulu mereka itu empat iaitu;
1. Jibrail menyampaikan wahyu
2. Mikail menurunkan hujan dan menjaga rezeki
3. Israfil meniup sangkakala
4. 'Izrail mencabut nyawa
dan wajib diketahui akan mereka itu atas jalan tafsil sepuluh malaikat mengikut
tugas/pekerjaan iaitu;
Munkar dan Nakir yang menanya keduanya kepada segala orang
yang telah mati.
Malik Ridzuan menjaga syurga.
Malik Zabaniah menjaga neraka.
Rakid dan Atid satu pada kanan Mukallaf dan satu pada kiri
menyurat keduanya akan sekelian kebajikan dan kejahatan yang
dikerjakan oleh mukallaf itu.
Wajib pula mengetahui beberapa malaikat yang menanggung 'Arash' dan mereka
itu sekarang ini empat malaikat dan ditambah akan mereka itu empat malaikat lagi
pada hari qiyamat yang mana jumlah semuanya adalah lapan sebagaimana Firman
Allah yang bermaksud;
"Menanggung ia [malaikat] akan 'Arasy Tuhan engkau atas mereka itu
pada hari Qiyamat lapan orang".
Dan makna percaya akan Kitab Allah Taala itu iaitu beramal dengan segala
suruhannya dan menjauh segala tegahan serta yakin dan percaya dengan sebenarbenar kepercayaan bahawasanya sebenar daripada Allah Taala. Bahawasanya kitab
yang diturunkan dari langit itu sebanyak 104 Suhuf;

50 Suhuf diturunkan kepada Nabi Syis


30 Suhuf diturunkan kepada Nabi Idris
10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim
10 Suhuf diturunkan kepada Nabi Musa dahulu sebelum daripada
Kitab Tuarat
Kitab Taurat bagi Nabi Musa
Kitab Injil bagi Nabi Isa
Kitab Zabur bagi Nabi Daud
Kitab Al-Qur'an bagi Nabi Muhammad SAW.
Maka sekelian yang tersebut itu wajib kita percaya dan membenarkannya. Akan
tetapi apabila dibangkitkan Nabi Muhammad SAW. dan diturunkan kepadanya AlQur'an, maka tiada harus mengikut akan yang lain daripada Al-Qur'an kerana AlQur'an menghimpunkan dan menasakhkan akan segala hukum yang turun kepada
rasul-rasul yang dulu daripada Nabi Muhammad SAW.
Dan makna percaya akan sekelian Ambiya' 'Alaihissalamtu-Wassalam adalah
sekelain mereka itu 124 000 orang atas Qaul yang masyhur dan yang jadi Rasul
daripada mereka itu 313 orang. Wajib dipercayai apa-apa yang dikhabarkan oleh
mereka itu adalah sebenarnya titah daripada Allah Taala seperti segala suruhan dan
tegahnya bukan daripada hawa nafsu mereka itu(rasul-rasul) sendiri tetapi adalah
datang daripada Wahyu Allah.
Dan makna percaya akan hari Qiyamat ialah percayakan kedatangan hari
penentuan yang lagi akan berlaku dengan tiada syak. Termasuk juga percaya akan
alam kubur, hari bangkit semula,hari perhimpunan(masyar), kiraan amalan, mizan,
pembahagian surat amalan, titian sirat, syafaat Kubra Nabi Kita Muhammad
SAW.,syurga dan neraka dan lain-lain yang berkaitan dengan hari Qiyamat.
Dan percaya kepada untuk baik dan untung jahat sekeliannya adalah dengan
kuasa dan kehendak Allah yang telah ditentukan dan dikadarkan daripada azali lagi.
Bermula Iman ada kalanya bertambah dengan sebab bertambah taat manusia
dengan mengerjakan segala titah perintah Allah dan menjauhkan segala larangan
dan ada kalanya kurang dengan sebab kurang taat dengan sebab mengerjakan
maksiat seperti firman Allah dalam Surah Al-Anfaal: 3 yang bermaksud;
"Dan apabila dibaca atas mereka itu akan ayat-ayat Allah Taala nescaya
bertambah mereka itu imannya". dan sabda Nabi SAW. yang bermaksud;
'Bermula Iman itu lebih daripda tujuh puluh cawangan". {Riwayat Bukhari)
Dan adalah martabat orang mukmin itu tiga martabat iaitu;
1.Dholim Linafsih iaituZalim dirinya sendiri iaitu mereka sentiasa
mengerjakan maksiat atau mereka yang mencampur amal-amal yang sholeh
dengan kejahatan.
2. Muktasid iaitu mereka yang beramal atas perkara-perkara yang wajib dan
menjauhkan perkara yang haram dengan tidak menambahkan amalanamalan yang sunat dan tiada kurang dengannya.
3. Saabiqul Bilkhoiraat iaitu mereka yang berlumba kepada kebajikan iaitu
mereka sentiasa Taqarub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan
mengerjakan segala yang wajib dan segala yang sunat serta meninggalkan
perkara yang haram dan yang makruh seperti firman Allah dalam Surah AlFatir;32 yang bermaksud;
"Kemudian Kami pusakakan kitab itu untuk orang-orang yang Kami pilih di
antara hamba-hamba Kami. Di antara mereka ada yang aniaya kepada
dirinya(tidak mengikut isi kitab/Dholim Linafsih ) dan di antaranya ada
yang sederhana(menurut sekadar tenaganya/Muktasid) dan di antaranya

ada yang maju(Saabiqul Bilkhoiraat) memperbuat kebajikan dengan izin


Allah. Itulah kurnia yang besar".
Adapun keadaan Iman itu setengah ulama telah membahagikan kepada lima
bahagian iaitu;
1. Iman Taklid iaitu iman yang mengambil daripada perkataan orang dengan tiada
boleh mengeluarkan dalil. Iman ini ada pada kebanykan orang awam.
2. Iman Ilmu Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat pada segala 'Aqaid
dengan segala dalil. Iman ini adalah bagi orang-orang yang mempunyai dalil dan
burhan.
3. Iman 'Ainul Yakin iaitu iman yang jadi daripada makrifat hati bagi Allah Taala
dengan sekira-kira tiada ghaib daripada hatinya dengan sekejap mata jua pun. Iman
ini bagi Ahli Muroqabah dinamakannya Makam Muroqabah.
4. Iman Haqqul Yakin iaitu iman yang jadi daripada musyahadahkan Allah Taala
dengan Ainul Basyirah(mata hati). Iman ini bagi orang Arif yang dinamakan Maqam
Musyahadah.
5. Iman Kamalul Yakin atau iman daripada hakikat iaiutu iman yang jadi daripada
keadaan tiada memandang ia melainkan Allah Subhanahuwataala. Iman ini bagi
orang yang Tahqiq yang dinamakan Makam Fana.{Petikan daripada Kitab 'AqiidatunNajin}
Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat Allah Taala dan mengesakan
SifatNya dan mengesakan AsmaNya dan mengesakan AfaalNya.
Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenalkan ZatNya yang
Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripda Sifat Kamalat Tuhan yang tiada
terhingga banyaknya dan mengenalkan setengah daripada AfaalNya yang
mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.
Maka mengenal ini difardukan atas tiap-tiap mukallaf yang 'Akil Baligh lelaki dan
perempuan kerana setengah daripada permulaan yang wajib atas tiap-tiap mukallaf
mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
yang bermaksud;
"Permulaan agama ialah mengenal Allah".
yakni mengenal setengah daripada SifatNYa yang wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan
kita; dan yang mustahil padanya dan harus padaNya seperti yang difatwakan oleh
Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya;
"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yang
wajib pada hak Tuhan kita dan barang yang mustahil padaNya dan barang
yang harus padaNya dan demukian juga pada hak segala Rasul 'Alaihi
Sholaatu Wassalam."
Maka dengan mengenal yang demikian itu barulah sah ibadatnya. Ini diambil faham
daripada sabda Rasulullah yang bermaksud;
"Tiada sah ibadat melainkan kenal tuhan yang diibadat akan Dia."
Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi(Ain) Zat Allah Taala kerana Kunhi Zat Allah
Taala tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad
SAW. ketika ia mikraj jua seperti Firman Allah yang bermaksud
"Tiada mendapat akan Dia (Allah) oleh segala penglihatan dan Ia jua yang
mendapat akan penglihatan" dan lagi sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah Taala terdinding Ia daripada penglihatan dan
bahawasanya segala malaikat yang di atas menuntut akan Dia
sebagaimana kamu tuntut akan dia itu"

Dan makna terdinding Alaah Taala daripada penglihatan samada penglihatan yang
zhohir iaitu tiada dapat dipandang atau dilihat akan Kunhi zat Allah Taala di dalam
dunia ini maka tiap-tipa perkara yang didapati dengan pancaindera di dalam dunia
ini adalah sekeliannya itu makluk bukan Tuhan.
Atau dengan fikiran iaitu tiada dapat memikir akan hakikat Kunhi zat dan kerana
Tuhan itu :
"Tiada seumpama Allah Taala itu suatu dan Ia jua Tuhan yang amat
mendengar lagi amat melihat".
Dan Sabda Nabi SAW yang bermaksud :"Mahasuci engkau (hai Tuhanku) tiada
aku kenal akan dikau sebenar-benar pengenalan"
Dan kata Saiyyidina Abu Bakar Al-Sidiq RA. "Lemah daripada pendapat itulah
pendapat". dan kata Sayyidina Ali RA. "Tiap-tiap barang yang terlintas
pada cita-citamu dan yang berupa pada hatimu maka Allah Taala
bersalahan akan yang demikian itu".
Dan kata Sayyidina Jaafar Al-Shodiq RA."Barang(sesuatu) yang terlintas di hati
engkau maka iaitu binasa. Bermula Allah Taala menyalahi yang demikian
itu"
Dan kata segala 'Arifin "Demikianlah Ijmak(sepakat) Ahli Sunnah Wal
Jammah...tiap-tiap barang yang tersangka dengan segala sangka kamu
dan dapat akan dia dengan akal kamu maka adalah ia baru seumpama
kamu".
Kerana yang demikian itulah Rasulullah bersabda dengan maksudnya;
Fikir oleh kamu pada segala kejadian dan jangan kamu fikir pada Yang
Menjadi kerana bahawasanya tiada dapat meliputi fikiran kamu."
iaitu hendaklah fikir kepada segala kejadian Allah seperti langit bumi dan barang
antara keduannya yang menunjukkan akan keesaan Allah dan kekuasaan.
Bahawasanya Allah Taala bersifat Ia dengan segala Sifat Kamalat yang tiada
terhingga baiknya melainkan Ia jua Yang Tahu. Tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf
mengetahui akan dia dengan jalan tafsil(perincian) melainkan dua puluh sifat jua
seperti kata Imam Sanusi Rahimallahi Taala " Setengah daripada barang yang
wajib mengetahui oleh tiap-tiap mukallaf bagi Tuhan kita 20 sifat.
Oleh itu tiap-tiap seorang daripada kita WAJIB mempelajari Ilmu Sifat 20 ini
yang juga disebut seperti kenyataan di atas tanpa mengira siapa kita.
Hakikat Makrifat
Ketahuilah olehmu wahai saudaraku, hakikat makrifat itu terhimpun ia atas
tiga[3] perkara iaitu;
1. Pegangan yang putus[tetap dan teguh]
2. Muafakat bagi yang sebenar [betul dengan hukum syarak]
3. Daripada dalil Akal dan dalil Naqal daripada Al-Quran dan Hadis
Maka tertolak(batal)makrifat itu tiga perkara pula iaitu;
1. Syak
2. Dzan
3. Waham
Adapun erti syak itu bersamaan berat antara ada dengan tiada pada hati
seseoarang. Erti Dzan itu dua bahagi berat kepada ada[2/3] dan satu bahagi berat
kepada tiada[1/3].Erti Waham itu dua bahagi ringan kepada tiada dan satu
bahagian ringan kepada ada.

Maka jika ada satu daripada yang tiga ini di dalam hati seseorang maka tiadalah
memadai makrifatnya.
Jika ia yakin lagi putus pegangannya dan muafakat bagi yang sebenar tetapi tiada
dengan dalil, dinamakan dia taklid yang Sholeh bukan nama makrifat. Maka
yang demikian itu pada Qaul[Pendapat] yang muktamat, mereka ini adalah mukmin
yang 'Ashi (mukmin yang derhaka) jika ia mempunyai akal. Derhakanya ia kerana
tiada mahu belajar sedangkan dia sihat.
Ketiga; pegangan yang putus tiada muafakat dengan yang sebenar dan tiada
daripada dalil, maka dinamakan orang itu Jahil Murakkab(Jahil yang
bersusun) seperti kata orang yahudi "bahawasanya Nabi Isa anak Allah" atau
seperti i'tiqad majusi dengan dua tuhan satu tuhan dilangit dan satu tuhan dibumi.
Maka orang itu tiada khilaf(bersalahan) ulama akan bahawasanya ia kafir. Mahasuci
Allah Taala itu diperanakkan dan beranak seperti firmanNya dalam Suratul-Ikhlas
ayat 3 -4 yang bermaksud;
"Tiada beranak Ia dan tiada diperanakkan dan tiada sebangsa baginya
seseorang".(Surah Al-Ikhlas;3-4)
"Jika ada di dalam tujuh petala langit dan bumi, ketuhanan yang lain
daripada Allah Taala, nescaya binasa keduanya(Surah Al-Ambiya';22) dan
lagi firmanNya yang bermaksud;
Jangan kamu ambil akan dua tuhan.Sesungguhnya tuhan itu Tuhan Yang
Esa (Surah Al-Nahl;51).
Bermula mengetahui dua puluh sifat itu setengah daripada jalan mengenal Allah
Taala dengan Ilmu(Ilmu Yakin) kerana mengenal Allah dengan berdalil kepada
sekelian Alam dan memikirkan akan segala kejadian seperti firman Allah dalam
Suratul Imran:190 - 191 yang bermaksud:
"Bahwasanya pada kejadian langit dan bumi dan bersalahan malam dan
siang sebagai tanda bagi orang yang mempunyai fikiran, mereka yang
sentiasa menyebut akan Allah Taala pada waktu berdiri dan pada waktu
duduk dan pada waktu berbaring atas lambung dan sentiasa memikir
mereka itu pada segala kejadian langit dan bumi."
Pengetahuan mengenai sifat-sifat yang Wajib bagi Allah dan Rasul , sifat-sifat yang
Mustahil dan Harus bagi Allah dan Rasul ini kenali juga dengan ilmu-ilmu berikut:
Ilmu Tauhid
Ilmu Usuluddin
Ilmu Kalam
Ilmu 'Aqaid
Ilmu Sifat Dua Puluh
Ilmu Akal
Perbincangan mencakupi perbahasan tentang makna dan maksud yang tersirat di
sebalik pengucapan Kalimah Syahadah. Meliputi perkara-perkara seperti;
Makna Ketuhanan
Hakikat Ketuhanan
Sifat-sifat Ketuhanan
yang wajib dipelajari oleh setiap muslim bagi tujuan untuk mentahkidkan pegangan
seseorang agar dapat mengenal dan membeza Ketuhanan Allah Taala
yang ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH. Ilmu Tauhid inilah yang menjadi asas dan
tapak permulaan untuk meneroka ilmu-ilmu yang seterusnya seperti Ilmu Tasauf
dan Ilmu Tahqiq(Martabat Tujuh) yang akan membebaskan seseorang daripada najis
syirik Jali [besar] dan syirik Khofi [halus/tersembunyi].

Adapun memikirkan akan segala kejadian itu bukanlah semata-mata pada langit
dan bumi sahaja bahkan semua kejadian adalah dijadikan untuk mengambil dalil
yang menunjukkan akan ketunggalan Allah Taala dan kekuasaannya. Demikian lagi
sama juga dengan memandang dan memikir pada kejadian diri kita juga daripada
yang pelik dan pekerjaan yang ganjil yang lemah oleh pancaindera pemikiran yang
sama dengan pandangan kepada kejadian langit dan bumi ialah tanda bagi yang
berakal mengenal dan mengingat akan tuhan yang amat bijaksana seperti
firmannya dalam Suratul Zaariyat yang bermaksud;
"Dan pada diri kamu adakah tiada melihat kamu" [yakni sebagai melihat yang
jadi pengajaran].
Maka dari sinilah sebahagian daripada Ilmu Tasauf mengajar mengenal diri dan jika
kenal diri barulah kenal Allah. Harap pembaca dapat turut mengupas yang
berikutnya...Insya Allah.
Mengenal Diri Mengenal Allah
Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti
kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;
"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan
Tuhannya".
Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada
pertanyaan seorang sahabat;
"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya
yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."
Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu;
Periksa dan memahami.
Membuat bandingan dan ukuran.
Lemah dan tertegah.
1. Periksa dan memahami.
Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;
a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada
emapat anasir iaitu;
Api
Angin
Air dan
Tanah.
yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam 'Alaihi-Salam. Setelah
sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia
bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah
dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;
"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi
malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka
apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu,
maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".
Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada
jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisaak:1 yang bermaksud;
"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu
dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada
keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."

Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui
setitik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari
kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai;
suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah AlMukminun;14 yang bermaksud;
"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal
daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang
disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami
jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang;
maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu
makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang
paling baik".
Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari
perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit
demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang
lima iaitu;
Penjamah,
Perasa,
Pendengar,
Pelihat,
Pencium.
Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera
batin yang lima iaitu;
Khowatir,
Cita,
Niat,
'Alim,
Fikir;
dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.
b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau
Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama.
Setengah daripadanya menamakannya;
Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat
Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh
Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu
zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif
bil-Lah menamakan dia sebagai;
Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu
Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul
Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala.
Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;
Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah
menamakannya sebagai;
Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda
kebesaran Zat dan sifatNya dan Af'alNya dan setengah daripada mereka
menamakan sebagai;
A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya
menamakannya sebagai;
Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat
nyata Hak Taala.

Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia


akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka
dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas
daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah
zohir wujudnya menerima asar(bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat
Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat
Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan
Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan
Asma Allah dan A'yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama
ada Alam Kabir(Besar) atau Alam Shoghir(Kecil).Dan setengahnya
menamakannya;
Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan
sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala
kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya
sebagai;
Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh.
Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;
Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba
yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya
sebagai;
Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;
Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan
musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan
akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah).
Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir
ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke
Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain
daripada Allah.
Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada
kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan
kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya', Takbur,
Suma'ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat
mazmumah.
Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan
yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.
Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian
itu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya
sebagai;
Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada
mereka menamakannya sebagai;
Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai;
Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali
berhadap kepada dunia.
Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;
Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah,
lendir dan sebagainya.
Jauhar iaitu Ruh atau nyawa

'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti


panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu,
bercerai, baik, jahat dan sebagainya.
2. Membuat bandingan dan ukuran
Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang
menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi
gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu
kejadian manusia.
Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah
pada bulatan bumi.
Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia
jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal
malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam
17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau
kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan
sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.
Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12
bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.
Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya
mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama
sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh
menasia yang sengaja ditinggalkan.
Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian
manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi
darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti
firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"
dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat
supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga
menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada
perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat
kepada manusia(Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan
dilengkapi pada manusia sifat Ma'ani yang tujuh kerana tempat menerima
Asar(bekas) Sifat Ma'ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.
3. Lemah dan Tertegah
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang
batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu
dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan
daripada jenis apa??
Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85
yang bermaksud;
"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh
itu adalah daripada urusan Tuhanku".
Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang 'Ariffin
dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.

Keterangan Suluk
Walau bagaimanapun, Imam Ghazali telah berjaya menghampirkan faham kepada
makna dan rahsia ruh ini mengikut tingkat tertinggi kemampuan manusia dalam
sebuah Kitabnya yang bernama "Risalatul li-Duniyyah". Ikutilah kajian dan huraian

yang dibuat secara ilmiah pada tajuk ini iaitu "Keistimewaan Ruh Insani" atau
ikuti keseluruhan perbincangan tentang Ilmu Laduni yang diperolehi melalui ruh
ini.
Ruh Akal Nafsu dan Qalbu
Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu pada hakikatnya adalah satu makna bahkan bersalahan
pada mafhum maknanya jua. Maka Rasulullah membuat bandingan akan Qalbu
sebagai raja yang memerintah yang ditaati oleh anggota-anggota lahir seperti
sabdanya;
Sesunguhnya dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging bila baik ia
nescaya baiklah seluruh anggotanya dan bila jahat ia nescaya jahatlah
seluruh anggotanya. Ketahuilah itu adalah Qalbu[Riwayat Bukhari Muslim]
Qalbu dibaratkan pemerintah atau raja yang ditaati oleh segala rakyat. Jika
pemerintah atau raja itu baik, maka baiklah sekalian rakyatnya. Yakni hati apabila
disucikan atau dibersihkan daripada karat-karat dosa dan maksiat dengan diasuh
dan dididik mengikut jalan thorikat Sufiah dengan sentiasa bermujahadah, maka
akan timbul pada hati itu sinaran cahaya Nur yang dipertaruhkan oleh Allah
kepadanya . Inilah maksud Imam Ghazali dengan katanya;
"Adalah hati itu makbul disisi Allah Taala;jika sejahtera ia daripada barang
yang lain daripada Allah".
Ini adalah diisyaratkan kepada hati yang bersih yang mempunyai pancaran Nur.
Maka hasil atas segala anggota yang zhohir daripada ibadat atau lain daripada
segala sifat-sifat Mahmudah. Sebaliknya jika hati itu dibiar yakni mengikut hawa
nafsu dan sentiasa membuat derhaka dan maksiat, maka hati itu terhijab daripada
Nur dan terdinding dengan sebab karat dosa. Inilah maksud kata Imam Ghazali
dengan katanya;
"Dan adalah hati itu terdinding daripada Allah Taala jadilah ia karam
dengan lain daripada Allah Taala, maka kejahatan dan celaka itu pun
dhohir atas segala anggota sebab mesra daripada karat hati yang
Zulumah."
Maka dengan sebab itulah bersungguh-sungguh guru-guru Ahli Tasauf melalui
Thorikat yang dinamakan Ilmu Suluk kerana;
Tidak hasil kejernihan dan kesucian hati dengan tidak melalui
Thorikat(Pengambilan Ilmu atau Amalan daripada guru)yang diterima
daripada guru yang mursyid.
Dan tiada mengetahui kebaikan hati dan kejahatannya selagi tidak
merasai "Zauk" kemanisan ibadat yang warid(dikurniakan oleh Allah)
daripada hasil zikir dan;
Tiada boleh membeza antara yang hak dengan yang batil(makna sebenar
hakikat makrifat disisi Ahli Muhaqqiqin) selagi belum dapat Ilham hasil
daripadaNya dan;
Jauh sekali dari mengenal Tuhannya sebelum dapat Tajali dan Kashaf yang
hasil daripadaNya.
Dan tak dapat tidak , awal-awal mereka yang hendak mengenal Tuhannya dengan
jalan Zauk dan Wujdan perlu mengenali dirinya dahulu.Seperti bahawa;
apabila mengenal dirinya bersifat dengan lemah nescaya mengenal
Tuhannya bersifat dengan kuasa dan;
apabila mengenal dirinya bersifat dengan Papa nescaya mengenal
TuhanNya bersifat dengan Kaya dan;

apabila mengenal dirinya bersifat dengan sifat Fana nescaya


mengenal TuhanNya bersifat dengan Baqa dan;
apabila mengenal dirinya bersifat dengan baru nescaya mengenal
TuhanNya bersifat dengan Qadim.

Asal Kejadian Daripada Nur Muhammad


Adapun asal kejadian segala Ashyaa'(sesuatu yang dijadikan Allah) ini
mengikut pendapat Sufiah dijadikan dia daripada Nur Muhammad manakala Nur
Muhammad itu dijadikan daripada Nurul Zat iaitu mereka berpegang kepada hadis
Jabir yang tersebut di dalam kitab Ad-Durul-Nafs yang bermaksud;
Awal-awal barang yang telah dijadikan oleh Allah Taala itu Nur Nabi
engkau hai Jabir. Maka menjadi Ia Allah daripadanya(Nur Muhammad)
akan beberapa Asyaa' dan kamu daripada demikian itu Asyaa'.
Hai Jabir!!!..bahawasanya Allah Taala menjadi Ia sebelum Asyaa' akan
Nur Nabi engkau daripadaNya (Nurul Zat)
Bahawasanya Allah Taala menjadi Ia akan Ruh Nabi SAW. daripada
ZatNya dan menjadi Ia akan alam sekelian daripada Nur Muhammad SAW.
Tiga hadis ini Ihtimal(berpegang) penulis belum berjumpa Rawi atau Sanad
siapakah yang mengeluarkan ini hadis. Tetapi ditanggung atas pendapat orang Sufi
bahawasanya hadis ini diriwayatkan daripada Jabir; maka kita tidak berani hendak
menolak pendapat sufi itu kerana sedikit ilmunya dan kurang pengetahuan.
Dan orang-orang Sufi mentafsir hadis ini mengikut kaedah yang terang dan jelas di
sisi mereka kerana setengah golongan mentafsirkan hadis ini menyeleweng daripda
hakikat dan tujuan asal iaitu bagi Sufi hadis ini ada sedikit takwil iaitu dari segi Nur.
Mengikut pendapat orang-orang Sufi maksud Nur Nabi SAW. itu bukan Nur dengan
makna cahaya cerah seperti cahaya matahari atau bulan atau lain-lainnya. bahkan
adalah ia(Nur) dengan makna Ruh kerana faham daripada hadis yang ketiga dan
juga kerana Ruh Nabi SAW. itu dijadikan akan segala Asyaa'. Inilah maksud hadis
Rasulullah SAW. yang bermaksud;
"Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala Ruh".
Maka adalah Ruh Nabi SAW. itu asal segala Ruh maka dinamakan dia;
Mazharul Atam
Khataman Nabiyin Wasayyidin Mursalin Warahmatan Li'aalamin
[Kesudahan Nabi dan Penghulu Rasul-Rasul dan Rahmat untuk
sekelian alam].
Adapun maksud dengan Nurul Zat Allah Taala itu bukan Nurul Zat dengan makna
cahaya Zat kerana Nur dengan dengan makna cahaya itu makhluk(suatu yang lain
daripada Allah). Barangsiapa mensifat Allah Taala dengan makhluk maka
jadi KAFIR ia Wal'iyazubilLah bahkan adalah Ia nama bagi Sifat Kamalat Tuhan yang
tak terhingga banyaknya dan pada istilah orang Sufi memadailah membilang empat
Sifat jua iaitu;
Qudrat
Iradat
Ilmu
Kalam
dan termasuk A'yan Saabitah. Inilah yang dinamakan Nurul Zat Allah Taala.

Ringkasan Martabat Tujuh


Peringatan dari Suluk
Perbincangan tajuk ini adalah meliputi Ilmu Tahqiq yang menjadi puncak
atau pati kepada Ilmu Usuluddin(Sifat 20, Ilmu Kalam,Ilmu Tauhid dsb).
Kepada anda yang menghadapi masalah untuk memahaminya; sebaiknya
mengadaplah guru-guru yang Alim dalam bidang ilmu ini(Usuluddin) .
Anda mesti mengenali dan menguasai Ilmu Usuluddin terlebih dahalu
sebelum boleh berkenalan dengan Ilmu Takqiq ini. Jika tidak, anda akan
bermasaalah, dan menemui masalah. Perbincangan tajuk ini Suluk
paparkan hanya untuk ahli-ahlinya yang telah 'clear' ilmunya dengan;
Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah
Sifat Sifat Ketuhanan dan makna Ketuhanan
Perbezaan makna Allah dan makna Ketuhanan
Hakikat Ketuhanan
Kenal Sifat Istigna' dan Iftikor Allah dan perkara-perkara yang
melazimi kedua-duanya.
Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadairiah dan Ahli
Sunnah Wal-Jammah(Imam Abu Hassan Ass'ari dan Imam Maturidhi)
Boleh memahami pembahagian sifat-sifat Allah kepada Nafsiah,
Salbiah, Maani dan Maknuwiyah.
Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat,
Martabat Sifat, dan Martabat Asma.
Tahu apa yang dinafikan dan diisbatkan dalam kalimah Syahadah.
Faham dan jelas mengenai takluk-takluk semua sifat Maani.
Perbezaam makna dan maksud antara 'Itiqad dan Syuhud.
Dan yang lain-lainnya berkaitan dengan pengajian Ilmu Usuluddin.
Jika tidak, abaikan dulu Martabat Tujuh ini dan alihkan usaha anda untuk menguasai
Ilmu Usuluddin dahulu. Jika semua sudah 'clear' bagi anda silalah ikuti perbincangan
di bawah.
Setengah daripada jalan mengenal Allah Taala itu ialah dengan mengetahui
perjalanan Martabat Tujuh kerana adalah ia setengah daripada kaedah yang boleh
menyampaikan kepada makrifat Allah Taala. Dengan ianya juga dapat mengetahui
asal usul kejadian diri kita dan mengetahui Martabat Musyahadah yang
dinamakan Syuhuudul Kashrah Fil Wahdah.
Martabat Pertama Ahdiah
Martabat Ahdiah yang dinamakan Martabat La Ta'Yun(martabat yang tiada
nyata Hakikat Muhammadiah) dan dinamakn juga Zat Al-Mutlak atau Zat AlBakhat iaitu memandang dengan hati akan semata-mata Wujud Zat Allah Taala
dengan tiada iktibar SifatNya dan AsmaNya dan AfaalNya dengan sekira-kira ghaib
segala Alam dan dirinya(hamba) dengan memandang Allah Taala; tiada ingat dalam
hatinya' hanya Allah Taala jua.
Dan martabat ini adalah Martabat Sifat Nafsiah(istilah Ilmu Usuluddin) kerana
martabat Zat pada ulama Tahqiq daripada Ahli Tasauf. Dan tiada sampai kepada
darjah martabat ini melainkan sentiasa berbimbang dengan zikir Allah kerana
martabat ini Martabat Wahdatul-Wujud(Wujud yang Esa). Kata Sidi Mustaffa AlBakri Rahimallahi Taala;

"Ketahuilah olehmu bahawasanya jalan yang terlebih hampir makrifat


kepada Allah Taala itu ialah Zikrullah; bahawasanya ahli zikir itu Ahli Allah
dan dialah orang yang tertentu hampir dan kedudukan yang hampir dan
martabat mereka itu ialah mertabat yang dipercayai Allah Taala rahsiaNya
dan mencapai mereka itu dengan sebab yang demikian itu akan martabat
orang-orang dahulu iaitu mereka yang dapat petunjuk dan jauh daripada
jalan murka dan sesat".
Martabat Kedua Wahdah
Martabat Wahdah yang dinamakan dia martabat Ta'Yun Awal (Nyata Yang
Pertama) dan dinamakan juga Syu'un Zaatiah ertinya pekerjaan Zat dan
dinamakan juga Hakikat Muhammadiah dan Syuhuudul Wahdah Fil Kasrah.
Dan martabat ini adalah keadaan Sifat Maani yang tujuh kerana Sifat Maani itu
martabat sifat. Martbat ini adalah ibarat daripada Ilmu Allah Taala dengan ZatNya
dan segala SifatNya dan segala yang maujud atas jalan Ijmal iaitu tiada boleh
dibezakan setengah dengan setengahnya dan takluk dalam martabat ini takluk
Suluhi(Istilah Ilmu Usuluddin).
Martabat Ketiga Wahdiah
Martabat Wahdiah yang dinamakan dia Martabat Ta'yun Saani ertinya nyata
yang kedua dan dinamakan juga A'Yan Sabitah dan Hakikat Insaaniah.
Dan dalam ini takluk Ilmu dan Iradat adalah Takluk Tanjizi Qadim dan
Taklum Iradat adalah Taklum Suluhi Qadim.
Adapun martabat ini keadaan Sifat Maknuwiyah kerana Sifat Maknuwiyah adalah
martabat Asma dan adalah martabat ini ibarat daripada ilmu Allah Taala dengan
ZatNya dan sifatnya dan segala makhluk atas jalan perceraian dan perbezaan
setengah dengan setengahnya.
Maka tiga martabat {Ahdiah, Wahdah dan Wahdiah}ini Qadim lagi Azali kerana ia
martabat yang dibangsakan kepada Ketuhanan. Adapun sekelian makhluk wujud di
dalam Ilmu |Allah jua belum zhohir kepada Wujud Khoriji.
Martabat Keempat Alam Arwah
Martabat Alam Arwah yang dinamakan dia Nur Muhammad SAW. iaitu ibarat
daripada keadaan suatu yang seni yang semata-mata belum menerima susunan
dan belum boleh dibezakan.
Martabat Kelima Alam Mishal
Martabat Alam Mishal ini ibarat daripada suatu daripada suatu yang seni yang
tiada menerima susunan dan tak boleh menceraikan setengah dengan setengahnya
dan tiada menerima belah bahagi.
Martabat Keenam Alam Ijsam
Martabat Alam Ijsam ibarat daripada suatu yang bersusun daripada api, angin,
air, tanah dan menerima bercerai setengah dengan setengahnya seperti segala
jisim-jisim.
Martabat Ketujuh Alam Jamik
Martabat Al-Jamik dan dinamakan dia Martabat Insan.
Peringatan
Adapun martabat yang pertama yakni Martabat Ahdiah ialah Martabat Al-Zhuhur
iaitu martabat semata-mata wujud Zat Allah Taala; belum zhohir kenyataan Zat
Allah Taala kepada yang lain, hanya semata-mata Wujud Zat Allah Taala jua dan
dinamakan dia juga Martabat Qhaibil Mutlak kerana wujud Allah Taala pada
martabat ini qhaib daripada akal dan pancaindera.
Dan enam martabat lagi dinamakannya Martbat Al-Zhohir seperti Martabat
Wahdah, dhohir Hakikat Muhammad yang dinamakannya Ta'yun Awal dan Martabat

Wahdiah zhohir Hakikat Insaniah yang dinamakannya Ta'yun Awal. Dan tiga
martabat ini adalah ialah martabat yang Wajib lagi Qadim.
Empat martabat yang kemudian iaitu Martabat Alam Arwah dan Martabat Alam
Mithal dan Martabat Alam Ijsam dan Martabat Alam Insan maka sekeliannya itu
Martabat Mumkin yang Hadis atau Makhluk(sesuatu yang baru yang menerima ada
atau tiada). Mumkin yang Hadis(baru/suatu lain daripada Allah) ini wujud dalam tiga
tempat iaitu;
1.Wujud dalam Martabat Ta'Yun Awal yakni Martabat Wahdah iaitu sabit dalam
Ilmu Allah Taala atas jalan Ijamal yang dinamakan Wujud dalam martabat ini Wujud
Suluhi dan Wujud Taqdiiri atau Syu'un Zaatiah seperti firman Allah dalam Surah AlRahman;29 yang bermaksud;
"Bermula Allah Taala pada tiap-tiap waktu Ia dalam memperbuat
perbuatan"
iaitu Wujud Alam dalam martabat ini Wujud Taqdir dalam Ilmu Allah belum wujud
pada Khoriji.
2. Wujud dalam Martbat Ta'Yun Thani yakni Martabat Wahdiah iaitu Wujud Taqdiiri
yang sabit dalam Ilmu Allah Taala yang Tafsiili yang dinamakan wujud alam ini
Wujud Suluhi atau A'Yan Sabitah iaitu sabit Taqdir segala Alam di dalam ilmu Allah
Taala dengan perceraian dan perbezaan setengah akan setengahnya tetapi belum
zohir wujudnya pada Khoriji.
3.. Wujud pada Khorij yakni pada dhohir dinamakan dia Wujud Tanjizi dan A'Yan
Khorijah dan Mumkin atau makhluk atau Alam Hadis seperti firman Allah dalam
Hadis Qudsi yang bermaksud;
"Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi; maka Aku suka bahawa
Aku dikenali oleh hambaKu; maka Aku jadikan makhluk maka mengenal ia
akan Aku."
Adapun Alam yang Maujud pada Khorij itu empat alam iaitu;
1. Alam Arwah dinamakan dia Nur Muhammad SAW. seperti sabda Nabi SAW. yang
bermaksud"Permulaan yang dijadikan oleh Allah Taala Nurku daripada
NurNya(Allah)". Inilah asal kejadian ruh makhluk.
2. Alam Mithal iaitu ibarat daripada perceraian ruh yang tersebut itu kerana asal
Ruh itu satu jua. Maka apabila berbilang beberapa rupa yang berbeza dinamakan
dia Alam Mithal. Ahli Tasauf buat contoh Alam Arwah seperti laut dan Alam Mithal
itu seperti ombak yang di dalam laut itu. Maka ombak itu berbeza-beza pada
rupanya dan pada asal dan hakikatnya satu jua iaitu laut. Demikianlah segala
hakikat Ruh tiada berbilang-bilang ia, hanya berbilang-bilang rupa Alam Mithal jua.
Adapun Alam Arwah dan Alam Mithal tidak didapatkan dia dengan pancaindera
yang lima yang zhohir ini melainkan didapatkannya dengan Nur Iman yang
dipertaruhkan dalam hati hamba yang dikasihi kerana Alam Arwah dan Alam Mithal
itu Nur. Maka tiada didapatkan Nur melainkan dengan Nur. Dinamakan Alam Arwah
dan alam Mithal ini Alam Malakut dan Alam Qhaib. Dan dengan martabat ini dapat
mengenal martabat yang tiga terdahulu yang Qadim itu. Apabila dapat mengenal
tiga martabat yang Qadim ini, nescaya dapat mengenal Allat Taala dengan sebenarbenar pengenalan.
3. Alam Ijsam dinamakan dia Alam Mulki dan Alam Syahadah dan iaitu yang
didapat dengan pancaindera lima yang zhohir.
4. Alam Insan iaitu manusia yang elok kejadiannya seperti firman Allah yang
bermaksud; "Sesungguhnya Kami jadikan akan manusia itu seelok-elok kejadian"
dan juga manusia adalah semulia-mulia makhluk Tuhan seperti firmanNya yang
bermaksud, "Demi sesungguhnya Kami mempermuliakan anak cucu Adam." Maka

inilah dinamakan Insanul Kamil yang setengahnya sampai kepada Maqam Ambiya'
dan setengahnya kepada Maqam Aulia' dan lain-lain lagi.
I'tiqad Yang Bidaah
I'tiqad atau pegangan hati yang bidaah dan salah lagi kufur jika diamalkannya.
Ianya banyak didapati pada orang-orang Melayu dan lain-lainnya. Kesesatan mereka
itu amat banyak, tetapi saya tuliskan dalam risalah ini sekadar apa yang
dinakal(diambil) daripada guru saya dan daripada kitab-kitab Usuluddin dan
majalah-majalah dan sebaran ilmu kerajaan dan mulut ke mulut supaya jadi
panduan bagi kaum muslimin dan muslimah dapat menjauhi diri daripada belajar
dan beramal. Mudah-mudahan selamat agamanya.
Inilah sebahagaian pendapat, pegangan atau 'Itiqad yang menyalahi akan
hukum Syarak
Nabi Muhammad itu Zat Tuhan misalnya seperti garam ialah air laut
1. bukan lainnya. Berubah namanya(garam) kemudian daripada
bekunya(air laut)jua.
2. Diri itu Tuhan dan Muhammad dan Adam.
3. Nabi Muhammad itu jadi Rasul di dunia jadi Tuhan di akhirat.
4.

Nabi Muhammad anak Abdullah itu bukan sebenarnya Haq tapi yang
sebenarnya Muhammad satu lagi.

5. Nabi Muhammad itu ialah Tuhan.


6.

Sebenar-benar aku itu sifat Muhammad dan sebenar-benar Muhammad


itu sifat Allah.

7. Tuhan itu martabat makhluk dan Allah itu martabat akhirat.


8.

Sifat Allah itu ruh bagi Nabi Muhammad; sifat Muhammad ruh bagi
manusia; sifat manusia ruh bagi binatang.

9.

Hampir nak mati itu nampak cahaya serah yang amat cerah. Itulah
Tuhan.

10
Awal pun Nur, Akhir pun Nur; Nur itu zat Allah' Nur itu Muhammad.
.
11
Sewaktu nak sembahyang pandang cahaya. Itulah Tuhan.
.
Pandang ketika nak sembahyang akan ruh dirinya hingga nampak lihat
12 rupa itu ialah Allah dan sebenarnya itu ialah Nabi Muhammad. Maka
. sembahyang yang dapat lihat rupa itu terlebih baik daripada
sembahyang yang lain 40 tahun.
13 Allah, Muhammad, Adam itu satu jua; Allah itu Zat, Muhammad itu
. Sifat Allah, Adam itu Af'aal Allah. Maka sekelian itu Qadim.
14
Anak mata itu ialah Allah.
.
15 Mentafsir dan berpegang serta 'Itiqad dalam hati akan makna La ila ha
. illa Lah itu iaitu Aku sebenar-benar Zat Allah.
16 Nabi Muhammad itu dijadikan akan dia daripada nur Allah(dengan
. makna cahaya) atau 'Itiqad Nabi Muhammad itu dijadikan daripada Zat

atau daripada mana-mana Sifat nescaya kafir ia.


17
Sembahyang itu sembah Ruh Mahmudah.
.
18
Sujud sembahyang itu sujud akan Adam.
.
19
Rukuk sembahyang niat kucup atau sembah pusat Nabi Muhammad.
.
Sembahyang itu memadai dengan niat dalam hati jua. Tak payah
20
mengerjakan rukun yang 13 itu iaitu niat yang termaklum di sisi
.
mereka.
Insyaalah akan ditambah lagi 'Itiqad-'itiqad yang salah/sesat dari semasa
ke semasa.