Anda di halaman 1dari 6

Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang perniagaan

1.Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa :


(a) Meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan risiko
stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu banyak,
saya boleh mengurangkan tempahan stok sebaliknya jika stok berkurangan, saya boleh membuat
tempahan stok dengan lebih kerap..
(b) Mengadakan promosi jualan besar .Melalui promosi, lebih banyak pelanggan dapat menarik
untuk mengunjungi kedai saya dan membuat perbelanjaan. Mereka akan belanja lebih banyak
dengan harga yang lebih lumayan. Disamping itu, saya boleh mengadakan promosi lebih kerap
untuk menarik lebih banyak pelanggan.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan :
(a) Mengurangkan kos operasi.Melalaui kaedah ini,saya dapat meningkatkan prestasi perniagaan
dalam jangka masa yang panjang. Saya juga boleh membuat kajian yang lebih jelas dan
menentukan strategi yang boleh diambil untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya.
(b) Melancarkan promosi jualan promosi jualan boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun
dengan jualan yang lebihmurah terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Hari
Raya Aidilfitri ,TahunBaru Cina, dan Hari Gawai. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang
dan mereka boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih
banyak faedah. Pada hari keahlian ,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang
untuk memenangi hadiah misteri.

Cadangan
Jangka pendek
1.

Meningkatkan tempoh pengutipan hutang daripada penghutang.Dengan cara ini, hutang


lapuk boleh diminimumkan kerana penghutang membayar hutang dalam masa yang
singkat. Diskaun boleh diberikan kepada mereka untuk mengalakkan mereka
menjelaskan hutang dengan cepat.

2.

Mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang.Jika saya membuat bayaran kepada


pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang banyak
daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama
baik perniagaan saya mungkin akan terjejas dan mereka enggan berniaga dengan saya.

Jangka panjang
1.

Meningkat kualiti stok. Dengan cara ini,keyakinan pelanggan terhadap perniagan saya
dapat dijamin dengan adanya kualiti barang yang baik. Saya perlu memilih stok yang
akan dijual dengan memastikan kualiti stok yang sedia ada sentiasa baik. Hal ini boleh
meningkatkan reputasi perniagaan saya.

2.

Membuat kajian terhadap perniagaan saya dari masa ke masa Saya boleh membuka
pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya.

3.

Selain itu,saya juga boleh membuka cawangan di daerah yang lain seperti di Sepang ,
Kinta , Sabah dan Johor Bharu.Perniagaan saya juga boleh diperluaskan dengan
membuka cawangan di luar Negara,contohnya Hong Kong dan Jepun

Cadangan
Jangka pendek
1. Mengurangkan belanja operasi dapat meningkatkan untung bersih perniagaan. Pengurungan
jumlah perkerja ataupun menjadual pekerja mengikut masa dapat meningkatkan jumlah
untung bersih
2. Perniagaan juga boleh mempelbagaikan jenis produk alatulis dari yang mahal kepada yang
paling murah. Dengan kepelbagaian produk dapat meningkatkan keinginan membeli
pelanggan.ini dapat meningkatkan jumlah untung bersih

Jangka panjang
1. Perniagaan bercadang untuk meneroka perniagaan baru seperti tambah nilai kad prabayar dan
percetakan
2. Perniagaan juga bercadang untuk membeli perniagaan sedia ada seperti kedai cenderamata
atau kedai percetakan sebagai pelaburan jangka panjang.

Cadangan
Dengan Merujuk Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah atau Penyata Pendapatan.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan.
i-Meningkatkan tahap jualan pelbagai kaedah promosi boleh digunakan. Peniaga juga boleh
memberi diskaun kepada pelanggan tetap yang mempunyai rekod pembayaran balik yang
baik.
ii-Mengubah stategi jualan - meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit. Dapat
meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko hutang lapuk.
iii-Mengurangkan perbelanjaan - mengurangkan pembelian inventori secara pukal - ini dapat
mengurangkan kos penyimpanan inventori di gudang / setor, mengurangkan risiko kerosakan,
kecurian dan keusangan stok. Mencari pembekal yang dapat memberikan harga dan kualiti
barang yang terbaik.

Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.


i. Mempebesarkan perniagaan - membuka cawangan di tempat lain sama ada di bandar yang
sama atau di daerah lain.
ii.Menukarkan bentuk perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian atau syarikat
sdn. Bhd.
iii. Melaburkan lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk mendapat
pendapatan sampingan.
iv. Membeli aset bukan semasa - membeli aset perniagaan yang dapat menjana ekonomi.
v. Mengetatkan polisi perniagaan dalam pemberian kredit kepada pelanggan.
vi.Memasukkan modal tambahan ke dalam perniagaan.

Cadangan
Dengan Merujuk Analisis Penyata Kewangan dan Analisis Nisbah atau Penyata Pendapatan.
Cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan.
i-Mengubah stategi jualan - meningkatkan jualan tunai dan mengurangkan jualan kredit. Dapat
meningkatkan aliran tunai perniagaan dan mengurangkan risiko hutang lapuk.
ii-Mengurangkan perbelanjaan - mengurangkan pembelian inventori secara pukal - ini dapat
mengurangkan kos penyimpanan inventori di gudang / setor, mengurangkan risiko kerosakan,
kecurian dan keusangan stok. Mencari pembekal yang dapat memberikan harga dan kualiti
barang yang terbaik.

Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan.


i. Melaburkan lebihan wang ke dalam skim pelaburan yang bersesuaian untuk mendapat
pendapatan sampingan.
ii. Membeli aset bukan semasa - membeli aset perniagaan yang dapat menjana ekonomi.
iii. Mengetatkan polisi perniagaan dalam pemberian kredit kepada pelanggan.
iv.Memasukkan modal tambahan ke dalam perniagaan.

Rumusan

Perniagaan saya telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan berikut dalam
merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan:
Kos Sejarah : Konsep Kos Sejarah telah digunakan untuk merekod Aset Bukan Semasa dalam
kunci kira kira.
Wang Sebagai Ukuran : Semua urus niaga direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia(RM). Ini
selaras dengan konsep Wang Sebagai Ukuran.
Konservatisme : Stok akhir dinilaikan mengikut nilai terendah antara harga kos dengan harga
pasaran.
Catatan Bergu : Semua perekodan urus niaga ke dalam lejer menggunakan prinsip sistem catatan
bergu

Anda mungkin juga menyukai