Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN

JANUARI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

EPP411

NAMA KURSUS

PROGRAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERBANTUKAN KOMPUTER
SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MUHAMAD SAPIAN BIN SARUJI

NO. MATRIK

E30209120037

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUAN MASTURA BINTI MOHAMAD

PUSAT PEMBELAJARAN

IKIP, KUANTAN, PAHANG

TUGASAN EPP411
(PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER)

Bahagian A
Artikel:

Sikap Guru Bahasa Melayu Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

(ICT)

dalam

Pengajaran

di

Sekolah-sekolah

Rendah

di

Bintulu,

Sarawak.Oleh Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah.

a)Tujuan dan rasional kajian ini.


Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan melihat sikap guru-guru bahasa Melayu yang
mengajar di sekolah-sekolah rendah di Bahagian Bintulu, Sarawak terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran.Selain itu, kajian yang dijalankan
ini untuk melihat hubungan sikap dengan pengetahuan dan kemahiran guru bahasa Melayu
terhadap penggunaan ICT berdasarkan jenis aliran sekolah dan kursus berkaitan ICT yang pernah
dihadiri oleh guru-guru.Kajian yang dibuat oleh pengkaji ini merangkumi aspek sikap dan
penerimaan guru-guru terhadap penggunaan komputer sebagai media mengajar, ciri-ciri
komputer dan juga dasar-dasar kritikal yang penting untuk penerimaan pengajaran berasaskan
sistem berkomputer.
Kajian ini dijalakan ke atas seramai 105 orang sampel yang terdiri daripada kalangan
guru-guru bahasa Melayu yang mengajar di 12 buah sekolah rendah di bahagian Bintulu,
Sarawak.Sekolah yang terlibat terdiri daripada 7 buah sekolah kebangsaan (SK) dan 5 buah
sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk
meninjau dan mengenal pasti perbezaan sikap di antara guru-guru bahasa Melayu yang pernah
menghadiri kursus ICT dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus ICT
sepanjang perkhidmatan mereka.Sudah tentu wujud perbezaan sikap di antara dua kolompok
guru ini terhadap penerimaan, kepentingan dan penggunaan ICT dalam pengajaran di sekolah.

b)Dapatan kajian
Dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik mendapati sikap guru-guru bahasa
Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran mereka berada pada tahap yang tinggi dan
sederhana.Dapat dilihat sikap guru-guru bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT
dengan guru-guru yang tidak pernah langsung menghadiri kursus ternyata berbeza.Pengalaman
menghadiri dan mengikuti kursus telah mengubah persepsi dan sikap guru-guru terhadap
kepentingan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru-guru ini berminat untuk
menggunakan ICT dalam pengajaran mereka.Bagi guru-guru yang tidak berpeluang untuk
mengikuti kursus ICT agak terbatas itu menyebabkan mereka rasa tertinggal dalam aspek
pengaplikasian ICT.Seterusnya mereka berasa kurang pasti terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
i)Sikap guru bahasa Melayu Terhadap pengguaan ICT.
Melalui soal-selidik yang dijalankan, penyelidik menggunakan 10 item yang berkaitan
dengan

sikap

responden

terhadap

penggunaan

ICT

dalam

pengajaran

bahasa

Melayu.Berdasarkan Jadual 3, didapati sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT
dalam pengajaran mereka berada pada skor min yang tinggi iaitu 3.74.Skor yang tinggi
menggambarkan responden bersikap positif dengan pengguaaan ICT dalam pengajaran di
sekolah.
Daripada 10 item yang diuji, 8 item menunjukkan tahap skor yang tinggi.Skor min yang
tertinggi iaitu pada item keperluan kepada kursus ICT di kalangan guru bahasa Melayu untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.Seramai 94 orang guru (89.5%) bersetuju dan
seronok mengikuti kursus yang melibatkan ICT.Skor min untuk item ini mencatatkan nilai yang
tinggi iaitu 4.26.Manakala 2 item menunjukkan skor min yang sederhana iaitu tahap keyakinan
mengajar guru dengan menggunakan komputer mencatatkan nilai skor 3.50.Hanya 7 orang
(6.7%) guru yang sangat bersetuju dan berkeyakinan untuk menggunakan ICT sebagai bahan
bantu mengajar berbanding bahan lain dalam pengajaran, dengan mencatat skor 3.36..Daripada
keseluruhan responden, 30 orang (28.6%) masih tidak pasti dengan penggunaan ICT, 14 orang
(13.3%) tidak bersetuju dengan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

ii)Sikap guru bahasa Melayu yang pernah dan tidak pernah menghadiri kursus ICT
terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.
Berdasarkan Jadual 4 yang memaparkan tentang sikap guru-guru bahasa Melayu yang
pernah dan tidak pernah menghadiri kursus ICT Terhadap penggunaan media baharu ini dalam
pengajaran menunjukkan perbezaan yang nyata.Guru-guru bahasa Melayu yang pernah
menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan bersedia menggunakannya dalam pengajaran
mereka berbanding dengan guru yang tidak pernah menghadiri kursus.Guru yang tidak pernah
berkursus tidak berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengendalikan komputer serta
mengaplikasikannya dalam pengajaran.Mereka menunjukkan sikap negatif dan menolak
penggunaan komputer.
iii)Sikap guru bahasa Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.
Pada keseluruhannya, analisis dapatan kajian yang dibuat oleh pengkaji menunjukkan
guru-guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di bahagian Bintulu,
Sarawak sangat positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dengan skor min
3.74.Dapatan kajian ini menyamai dan disokong oleh beberapa kajian terdahulu tentang sikap
guru terhadap penggunaan ICT sama ada dalam pengajaran bahasa Melayu ataupun mata
pelajaran lain.Antara kajian penyelidikan yang telah dijalankan ke atas guru bahasa Melayu oleh
Hamzah (2003), Mohd Khairudin (2005), Suwarnee(2006), Noraini (2007) dan Fairose (2007).
Kajian tentang sikap guru ini juga menyamai dengan kajian dalam mata pelajaran yang
lain.Antaranya kajian yang dibuat oleh Abdul Malek (2002) terhadap mata pelajaran aliran
kemanusiaan dan aliran teknik dan vakasional.Kajian oleh M.Nadarajah (2002) dalam mata
pelajaran Ekonomi serta kajian ke atas mata pelajaran Sains dan Matematik oleh Mohd
Jasmy,Mohd Arif dan Norsiati juga menghasilkan ciri persamaan.Keseluruhannya kajian
daripada pengkaji didapati guru-guru bahasa Melayu mempunyai sikap yang positif Terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran mereka.Umpamanya kajian Sawarnee (2006) mendapati
sikap guru berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.94.

c)Implikasi dapatan kajian.


i)Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji ke atas sikap guru-guru
bahasa Melayu di Bahagian Bintulu, Sarawak terhadap penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pengajaran, walaupun pada keseluruhannya banyak item-item yang
menunjukkan skor min yang tinggi tetapi pada hakikat sebenarnya hasil kajian masih
menunjukkan guru-guru bahasa Melayu bukan sahaja di Bahagian Bintulu, Sarawak malahan
diseluruh negara terutamanya di kawasan pedalaman masih mempunyai pengetahuan dan sikap
yang sangat sederhana terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran mereka.Sikap yang demikian
sangat membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran yang menarik lebih banyak dan
mudah diperolehi daripada sumber ICT.
ii)Keduanya soal pendedahan dan kekurangan kursus secara menyeluruh kepada semua
guru yang mengajar bahasa Melayu untuk meningkatkan dan memberi keyakinan yang tinggi
kepada mereka terhadap kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Bukan setakat
keperluan kursus tetapi juga kekerapan berkursus untuk guru-guru supaya kadar celik ICT dapat
ditingkatkan.Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak yang berwajib harus berganding bahu
untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya tidak diambil sebarang tindakan, maka
kemungkinan guru-guru terutamanya di kawasan luar bandar yang serba kekurangan dari banyak
perkara akan terus buta ICT dan ketinggalan arus maklumat.
iii)Implikasi lain daripada dapatan kajian yang dibuat ialah proses pemantauan perlulah
dilakukan oleh pihak yang berwajib.Kenal pasti dan memantau guru-guru yang mempunyai cetek
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT untuk diberikan pendedahan dan kemahiran
dalam mengendalikan bahan-bahan yang berkaitan dengan ICT.Setiap orang guru juga harus
diberikan komputer oleh pihak kerajaan, bukan guru yang terpaksa mengeluarkan wang poket
sendiri untuk membeli komputer untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Bahagian B.
Laporan kajian tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu di sekolah saya.

Teknologi ditakrifkan sebarang penggunaan bahan atau alat seperti projektor LCD,
komputer, internet, skrin untuk tayangan slaid dan CD ROM.Selain daripada itu, teknologi juga
meliputi kad imbasan, objek, blog, face book, twitter, gambar, model, boneka,klip audio, klip
video sama ada daripada You Tube, Edu Web TV dan lain-lain.Semua bahan teknologi ini boleh
digunakan oleh guru-guru untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.Antara bahan teknologi yang biasa dan sesuai untuk digunakan oleh guru-guru semasa
pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah projektor LCD, CD ROM, CD Interaktif,
komputer, gambar, model (objek), klip audio-video dan kad imbasan.
Saya mengajar disebuah sekolah rendah yang terletak di kawasan luar bandar di dalam
sebuah daerah dalam negeri Pahang Darul Makmur.Jumlah pelajar sekolah ini seramai 233 orang
murid.Sementara tenaga pengajarnya seramai 23 orang.Tenaga pengajar di sekolah ini terdiri
daripada dua kategori iaitu guru-guru veteran yang berumur 45 tahun ke atas dan guru-guru
baharu dan masih muda.Kebanyakan guru-guru yang berumur ini kurang mahir dengan peralatan
berteknologi berbanding guru-guru muda yang menerima pendedahan yang meluas semasa
mereka belajar, sebelum menjadi guru lagi.Sekolah ini mempunyai kemudahan infrastruktur
yang sederhana dan memiliki sebuah makmal komputer yang menempatkan beberapa peralatan
teknologi untuk kegunaan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan
ICT.
Saya telah menemu bual beberapa orang guru yang mengajar bahasa Melayu.Guru yang
ditemu bual terdiri daripada guru veteran dan guru yang baru mengajar.Tujuan temu bual yang
dilakukan adalah untuk melihat tentang penggunaan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang mereka gunakan.Temu bual dilakukan secara individu dan
berasingan di antara satu sama lain.Jangka masa temu bual dilakukan dalam tempoh masa dan
jangka masa yang hampir sama.

Temu bual ke atas beberapa orang guru bahasa Melayu ini tentang penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran ini tertumpu kepada beberapa persoalan iaitu:a)Apakah jenis teknologi yang digunakan.
Salah seorang guru yang ditemu bual menyatakan beliau kerap menggunakan CD
Interaktif dan juga menggunakan Projektor LCD untuk mengajar kemahiran-kemahiran
bahasa.Kemahiran mendengar dan bertutur dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menarik
perhatian murid-murid untuk belajar.Latihan pemahaman dapat dijalankan dengan lebih kerap
sama ada di sekolah ataupun di rumah.Bagi murid-murid yang mempunyai liputan internet di
rumah mereka boleh membuat latihan melalui sistem yang direka untuk guru dan murid.

b)Berapa kerap teknologi digunakan.


Berdasarkan temu bual dengan seorang guru yang baru berkhidmat sebagai pendidik,
beliau selalu menggunakan teknologi terutamanya yang melibatkan komputer untuk
mengajar.Selain daripada menggunakan komputer beliau sering kali menggunakan tayangan
slaid dan juga projektor LCD.Guru ini menyatakan penggunaan peralatan teknologi
menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menghiburkan.
Berbeza pula dengan guru yang sudah agak lama mengajar dan berusia, mereka jarang
menggunakan peralatan berteknologi kerana tidak cekap mengendalikan peralatan teknologi
tinggi.

c)Sejauh manakah guru mahir dan minat menggunakan teknologi.

d)Apakah alasan-alasan yang diberi oleh guru untuk tidak menggunakan teknologi.

e)Adakah kemudahan teknologi mencukupi.


7

Bahagian C.
Rancangan Pelajaran Harian untuk mengajar salah satu aspek kemahiran membaca,
menulis, mendengar atau bertutur.Tujuan untuk menunjukkan bagaimana teknologi
diintegrasi ke dalam pengajaran bahasa Melayu.

Rancangan Pelajaran Harian Tahun 6 Bijak.

Mata Pelajaran

:Bahasa Melayu

Tahun

:6 Bijak

Masa

:8.15-9.15 pagi

Tema

:Kesusasteraan (sajak dan lagu)

Tajuk

:Warisan

Standard Pembelajaran : (Fokus utama)


Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat dan gaya
bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera.
(Fokus sampingan)
Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema, per
soalan, watak dan perwatakan, nilai pengajaran dan gaya bahasa.
Objektif Pembelajaran :Pada akhir pengajaran murid dapat:
i.Mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan
menyatakan sebab.
8

ii.Menyatakan ciri-ciri sajak yang dipelajari.


Sistem Bahasa

:Kata banyak makna.

Nilai murni

:Patriotisme, kasih sayang, keberanian.

BBM
Masa

:Teks sajakwarisan dan lagu warisan.


Isi Pelajaran

Aktiviti

Catatan

Pengajaran dan
Set Induksi

Bunyi tembakan.

(5 minit)

Pembelajaran
i.Guru memasang audio bunyi Teknik:
tembakan.

Sumbang saran

ii.Soal jawab tentang apa yang Soal jawab


didengar.
iii.Guru mengaitkan dengan Nilai:
tajuk pembelajaran.

Keberanian
Patriotisme
Projektor LCD

Langkah 1

Teks sajak bertajuk:

i.Guru edarkan teks sajak.

(15 minit)

Warisan

iiBuat tunjuk cara deklamasi Tunjuk cara

Klasifikasi sajak:

yang betul.

Puisi tradisional.

iii.Murid

Ciri-ciri sajak:

membaca teks yang diberi

-bentuk bebas

bergilir-gilir.

-lima rangkap

iv.Guru

-suku kata tidak terikat

sajak warisan.

-nada patriotik

v.Perbincangan dan soal jawab

dipilih

Teknik:

untuk
BBM:

mengklafikasikan Teks sajak


Lirik lagu

antara guru-murid tentang ciriLangkah 2

Perbincangan ayat yang

ciri dan isi kandungan sajak


i.Soal jawab antara guru dan Teknik:

(15 minit)

bergaris.

murid mengenai ayat yang Sumbang saran


9

Ayat bergaris:

bergaris.

i.Yang murni abadi sejati.

ii.Guru

ii.Bukanlah seorang perwi

menyatakan kesan dalam diri

ra.

ketika melafazkan baris-baris Teks lagu dan

iii.Akulah penyambung

sajak yang bergaris.

warisan.

iii.Guru

minta

murid

meminta

sajak
murid

menyenaraikan perkataan yang


Perkataan menarik:

bergaris

dan

menyatakan

i.warisan-harta

maksud.

peninggalan

iv.Guru-murid bersoal jawab LCD

ii.kedewasaan-kematangan

dan bersama-sama nyanyikan

iii.abadi-kekal/tiada

lagu yang diperdengarkan.

Lagu

pengakhiran
Langkah 3

Binaan sajak bentuk bebas.

i.Guru memberi kad aktiviti

(20 minit)

Tajuk simulasi:

bina

Mencintai Negara.

kumpulan.

sajak

kepada

Teknik:

wakil Simulasi
Main peranan

ii.Murid

bincang

dalam

kumpulan tentang sajak yang


akan dibuat.
iii.Guru

edar

kad

aktiviti

simulasi sajak.
iv.Murid

BBM:

bincang

tentang Kad aktiviti

simulasi.

Simulasi

v.Wakil daripada kumpulan


dikehendaki mendeklamasikan Nilai:
sajak dan membuat simulasi Kerjasama
ikut kreativiti masing-masing.

Kasih sayang
Kreatif
Keberanian

Penyerapan nilai murni:

i.Guru
10

menyimpulkan

Contoh:

Pelajaran.

Kasih sayang

ii.Guru memberi aktiviti dan

Keberanian

latihan pengukuhan.

Kerjasama
Cintai Negara

11