Anda di halaman 1dari 7

2.

3 IKAN HIASAN

2.3.1 PENGENALAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan
lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring
dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi
antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di
Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai
pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen
sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan
hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan ,
jantina dan gaya berenang.

Rajah 2.16 Bahagian-bahagian luar ikan

2.3.2 KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan
disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju
ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti
pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori.
Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi
permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan
dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan
pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu
hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan
dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu
membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

2.3.3 Jenis-jenis ikan hiasan

a. Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-


penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa
spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh
dipelihara.

Jadual 2.10 Spesies-spesies Ikan Hiasan

Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama


1. Cyprinidae seluang (Rasbora), ikan • Kecil, berbadan mampat,
mas, kap besesunngut. Tiada adipos
fin dan gigi
Barb • Ekor terbuka dan
berbentuk fork
• Badan bersisik dan
bergerak pantas
• Kepala tanpa sisik
• Terdapat di Afrika, Amerika
Utara, sebahagian besar
dari Asia Tenggara

2. Cichildae Angel • Hanya sepasang lubang


hidung
• Hanya satu dorsal fin (long
base)
• Sirip ekor bulat

discus

oscar

3. Characidae Semua jenis ikan Tetra • Seakan ikan barb


• Tiada sesungut
• Ada gigi dan adiposfin
• Berasal dari Amerika
Selatan dan Afrika Tengah
Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama
4. Belontiidea Ikan pelaga Siam (Betta • Berbadan lebar dan
splendens), mampat
• Sirip anal yang panjang
Gourami biru (Trichogaster • Mempunyai aksesori
trichopterus), respiratory organ untuk
bernafas di udara.
• Terdapat di Korea Selatan,
Asia Tenggara dan Afrika
Barat.

Dwarf Gourami (Colisa lalia)

5. Poecillidae Guppy. • Livebearing tooth carps


• Melahirkan anak
• Sedikit persamaan dengan
mamalia.
Sward tail

Platy

6. Catfish Corydoras sp. Ikan • Suckermouth


Families bandaran (Rinelloricaria • Bersesunggut
parva)

2.3.4 Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu


seperti:

• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)


• jenis ikan hiasan
• bilangan ikan hiasan
• saiz ikan hiasan
• saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai


digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.
Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz
bekas yang lebih besar.
Rajah 2.17 Jenis-jenis akuarium kaca

2.3.5 Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah


seperti berikut :

• Alternanthera spp.
• Bacopa spp.
• Anubias spp.
• Lobelia spp.
• Sumatra fern spp.
• Java fern spp.

Rajah 2.18 Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan


sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah
sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik
sepanjang masa.
2.3.6 Langkah-langkah menyediakan akuarium

Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah-


langkah berikut perlu di ikuti ;

• bersihkan bekas terlebih dahulu


• pasangkan penapis
• masukkan pasir
• masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
• masukkan aksesori yang dikehendaki
• masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
• masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
• pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
• masukkan ikan hiasan .

Jenis-jenis pam dan penapis

Atas : Masukan hiasan dan aksesori


Pemasangan penapis “under gravel Bawah : masukkan air
filter”
Rajah 2.19 Langkah-langkah menyediakan akuarium
2.3.7 Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam


bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

• Sistem pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk
menambah kandungan oksigen dalam air.

• Sistem penapis air


Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang
baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah
dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis
“under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik
ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis
kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit
kepada ikan.

• Perawatan air
Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu
dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan
hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin
dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

• Aksesori
Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan
yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih
aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya
boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

• Batu-batan dasar
Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak
batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan
warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

• Hiasan dalam akuarium


Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa
penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang
yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.
Rajah 2.20 Contoh hiasan dalam akuarium