Anda di halaman 1dari 1

SEK MEN KEB SELANGOR, JLN 4 LABIS, KM 11,

53100 KUALA LUMPUR.


KOD SEKOLAH : BEA 6600

TEL : 03-61860001 / FAX : 03-61870012

Rujukan Kami : Bil ( ) dlm SMKS


Tarikh: 15 JUN 2012
Kepada yang berkenaan,
Depoh RapidKL

MEMOHON SUMBANGAN MINYAK HITAM UNTUK HARI SUKAN SEKOLAH SMK


SELANGOR TAHUN 2012
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa SMK SELANGOR akan mengadakan Hari Sukan
Sekolah pada bulan 7 Julai 2012 di padang sekolah SMK SELANGOR.
Hari Sukan ini merupakan suatu acara tahunan peringkat sekolah di mana semua pelajar mengambil
bahagian untuk setiap acara balapan & padang, dan pelajar yang terbaik akan mewakili sekolah untuk
ke peringkat yang lebih tinggi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru
acara sukan di samping menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan taraf sukan Malaysia.
Kesemua acara akan berlangsung di padang sekolah SMK SELANGOR. Oleh itu, pihak sekolah amat
memerlukan minyak hitam terpakai untuk membuat garisan bagi setiap acara. Kami berharap pihak
tuan dapat memberikan sumbangan tersebut.
Berikut adalah butiran sumbangan yang dipohon:
1- Minyak Hitam Kenderaan (Terpakai)

(3 tong @135 gelen@ 600 liter)

Diharap pihak tuan dapat membantu kami di dalam perkara ini bagi menjayakan program hari sukan
sekolah SMK SELANGOR. Untuk memudahkan pihak tuan, pihak sekolah akan menghantar wakil
untuk mengambil minyak tersebut sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada pihak tuan. Segala
jasa baik daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih agar ikatan yang
terjalin akan berkekalan hendaknya.
Sekian, terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
Saya yang menurut perintah,

....................................
Mohd Harmain
Setiausaha Sukan 1,
Smk Selangor

Cop Rasmi

Anda mungkin juga menyukai