Anda di halaman 1dari 175

BESTARI SP SDN.

BHD

Modul Sempoi Biologi


Tingkatan 5
Penulis dan Penggubal:
Zulkarnain bin Jamaluddin
SMK Tengku Abdullah, Pekan.

1 SISTEM PENGANGKUTAN
Modifikasi daripada buku
EdisiBAB
Murid
1.1

Versi Ketiga

teks dan
soalan SPM
Keperluan Sistem
Pengangkutan
dalam Organisma.

Konsep JLP/I;

sebenar.

2015

JLP/I merujuk kpd Jumlah Luas Permukaan per Isipadu.


Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:

NAMA:...................................................................
TINGKATAN:............................................................
SEKOLAH:...............................................................

ZULKARNAIN BIN JAMALUDDIN

SMK

TENGKU ABDULLAH,

26600

PEKAN PAHANG DM.

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

BAB 1 SISTEM PENGANGKUTAN


1.2

Keperluan Sistem Pengangkutan dalam Organisma.


Konsep JLP/I;
JLP/I merujuk kpd Jumlah Luas Permukaan per Isipadu.
Pemahaman JLP/I boleh dilihat berdasarkan contoh berikut:
Jenis Kubus

Kubus X

Kubus Y

Kubus Z

1x1

2x2

3x3

=1

=4

=9

Jumlah Luas Permukaan, JLP

1x6

4x6

9x6

(cm2)

=6

=24

=54

1x1x1

2x2x2

3x3x3

=1

=8

=27

Panjang sisi (cm)


Luas Permukaan (cm2)

Isipadu,I (cm3)
JLP/I (cm-1)

Berdasarkan keputusan JLP/I di atas, menunjukkan bahawa semakin


besar saiz objek, semakin kecil nisbah JLP/I.
JLP/I mempengaruhi kadar resapan bahan keluar masuk sel.
Organisma unisel mempunyai kadar resapan yang lebih tinggi berbanding
organisma multisel.
Justeru, organisma multisel seperti manusia dan haiwan memerlukan satu
sistem pengangkutan yg efektif utk mengangkut bahan-bahan bermanfaat
atau tidak berguna keluar sel badan. Itulah Sistem Pengangkutan!
Uji Kefahaman anda!
1. Nyatakan masalah yang dihadapi oleh organisma untuk mendapatkan
keperluan sel dan penyingkiran bahan buangan.

[1 markah]

Organisma multisel memerlukan sistem pengangkutan yang cekap.


2. Berikan tiga contoh bahan keperluan sel dan tiga contoh bahan kumuh
yang disingkirkan daripada sel.
Zulkarnain Jamaluddin

[3 markah]
2

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Bahan keperluan sel

Bahan kumuh yang disingkirkan

1. Oksigen

1. Karbon dioksida

2. Nutrien

2. Urea

3. Vitamin

3. Bahan bernitrogen

3. Terangkan sebab-sebab sistem pengangkutan penting dalam organisma


multisel.

[2 markah]

Untuk mengangkut makanan tercerna untuk tindak balas biokimia dan


menyingkirkan bahan kumuh yang berbahaya ke luar badan.
SPM 2006 (Esei)
Organisma multisel, seperti manusia, memerlukan sistem pengangkutan yang
khusus berbanding dengan organisma unisel, seperti Amoeba sp., yang tidak
memerlukan sistem pengangkutan.
Berikan penilaian tentang pernyataan di atas berdasarkan ciri fizikal organisma
dengan proses fisiologi berikut:
Respirasi
Nutrisi
Perkumuhan

[10 markah]

Contoh jawapan:
Ciri fizikal organisma multisel
Saiz besar/ nisbah JLP: I adalah kecil
Kadar resapan bahan keluar/ masuk ke semua sel badan adalah rendah
Sel-sel bahagian dalam badan tidak bersentuhan secara langsung dengan
persekitaran
Ciri fizikal organism unisel
Saiz kecil/ nisbah JLP: I adalah besar
Pertukaran bahan antara organisma dengan persekitaran berlaku dengan
mudah
Sel badan bersentuhan secara langsung dengan persekitaran

Zulkarnain Jamaluddin

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Proses Respirasi
1. Organisma multisel
Memerlukan permukaan/organ pertukaran gas yang spesifik/ peparu untuk
keluar masuk/ pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida/ gas respirasi
Memerlukan sistem pengangkutan untuk membawa gas respirasi keluar
dan masuk ke dalam tisu.
2. Organisma unisel
Tiada organ yang spesifik untuk pertukaran gas
(sistem pengangkutan tidak diperlukan kerana) pertukaran gas boleh
berlaku secara resapan gas oksigen dan karbon dioksida melalui
membran plasma
Proses Nutrisi
1. Organisma multisel
Perlukan sistem pencernaan untuk membawa/ mengerakkan makanan
dari persekitaran masuk ke dalam badan untuk dicerna dan diserap
Makanan tercerna seterusnya diangkut ke sel-sel badan melalui darah dan
sistem limfa.
2. Organisma unisel
(tidak perlukan sistem pencernaan kerana) makanan diambil terus masuk
dari persekitaran melalui membran sel secara fagositosis
Dan dicernakan oleh enzim intrasel dalam vakuol makanan.
Proses Perkumuhan
1. Organisma multisel
Perlukan sistem pengangkutan untuk membawa bahan kumuh/ urea dari
hati ke tisu/ ginjal/ organ perkumuhan
Bahan kumuh/ air kencing/ CO2 / air peluh/ urea dikeluarkan dari ginjal/
organ perkumuhan
2. Organisma unisel
(Tidak perlukan sistem pengangkutan kerana) bahan kumuh dibuang terus
dari sel badan ke persekitaran melalui membrane sel.
Bahan kumuh/ contoh bawa masuk/disimpan/ disingkir dalam vakuol
mengecut.
Zulkarnain Jamaluddin

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

1.3

Konsep Sistem Perdaran Darah.


Medium pengangkutan dlm manusia dan haiwan ialah darah.
Medium pengangkutan dlm haiwan invertebrata ialah hemolimfa dalam
hemoselom.
Darah manusia terbahagi kpd dua iaitu Sel Darah (45%) dan Plasma
Darah (55%).
Plasma Darah terdiri daripada air (90%) dan bahan terlarut (10%).
Contoh bahan terlarut ialah gas terlarut, nutrien, enzim, protein plasma
(albumin, globulin, fibrinogen) dan bahan kumuh.
Terdapat tiga jenis Sel Darah iaitu Eritrosit, Leukosit dan Platlet = ELP
atau PELincir.
Terdapat dua jenis Leukosit iaitu Granulosit dan Agranulosit
(granul = biji)
-

Terdapat tiga jenis Granulosit iaitu Basofil, Eosinofil dan


Neutrofil.=Betik Epal Nangka.
(ketiga-tiga buah ini ada biji)

Terdapat dua jenis Agranulosit iaitu Limfosit dan


Monosit = LM

Kriteria

Eritrosit

Leukosit

Platlet

Bentuk

Dwicekung

Bulat

Cakera

Saiz

Kecil (8m x 2 m)

Besar

Paling kecil (2-3


m)

Warna

Merah

Putih Kekuningan

Jernih

Hemoglobin

Ada

Tiada

Tiada

Nukleus

Tiada

Ada (BEN, berlobus)

Tiada

Limfosit (sfera)
Monosit (Kacang)

Kuantiti

Paling banyak

Banyak

Sedikit

Tempat dihasilkan

Sum sum tulang

Sum sum tulang

Serpihan sel

Jangka hayat

120 hari

N=10-12 jam

5-9 hari

B= 8-12 jam
Zulkarnain Jamaluddin

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

E=8-12 hari
M=berbulan/bertahun

Fungsi

Pengangkutan

Pertahanan badan

Pembekuan Darah

bahan

Komponen darah
manusia

Sel darah

Eritrosit

Plasma darah

Leukosit

Granulosit

Platlet

Agranulosit

Basofil

Monosit

Eosinofil

Limfosit

Air

Bahan terlarut

gas terlarut,
nutrien, enzim,
protein plasma
(globulin, albumin,
fibrinogen) dan
bahan kumuh.

Neutrofil

Zulkarnain Jamaluddin

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Basofil
Granulosit

Eosinofil
Neutrofil

Leukosit

Limfosit
Agranulosit
Monosit

Basofil
Nukleus
berlobus dan
berbentuk S
Sitoplasma
bergranul
penghasilan
heparin utk
mencegah
darah beku dgn
cepat.
merembeskan
histamin dlm tx
alergi.

Zulkarnain Jamaluddin

Eosinofil
Nukleus
mempunyai 2
lobus
Sitoplasma
bergranul
mengurangi
gejala radang
alergi

Neutrofil
Nukleus
berlobus
Sitoplasma
bergranul
Memusnahkan
bakteria secara
fagositosis.

Limfosit
Nukleus
berbentuk
sfera
sedikit
sitoplasma
menghasilkan
antibodi

Monosit
Nukleus
berbentuk
kacang
Peranan
seperti
makrofaj yang
menelan
bakteria dalam
badan dan selsel yang telah
dijangkiti oleh
bakteria.

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Fungsi Darah dalam Pengangkutan

Peta i-think!
Oksigen
Karbon
dioksida

Haba

Fungsi
darah

Hormon

Air

Makanan
tercerna

Bahan
kumuh

Struktur Salur Darah Manusia


Terdapat tiga jenis salur darah manusia iaitu, Arteri., Vena dan
Kapilari .Perbezaan antara ketiga-tiga salur adalah seperti berikut:
Arteri

Kapilari

Vena

Angkut darah beroksigen

Tempat pertukaran

Angkut darah

(kecuali arteri pulmonari)

bahan antara sel

terdeoksigen (kecuali
vena pulmonari)

Angkut darah keluar dari

Hubungkan arteri dengan

jantung

vena

Dinding berotot tebal

Dinding sangat nipis,

Angkut darah ke jantung


Dinding berotot nipis

setebal satu sel shj.


Tiada injap kecuali injap

Tiada injap

Mempunyai injap sabit

sabit di aorta dan di arteri

untuk mengelakkan aliran

pulmonary

darah berpatah balik

Darah mengalir pada

Tiada denyutan. Tekanan Tiada denyutan. Darah

tekanan tinggi

lebih rendah drp arteri

mengalir pada tekanan

membentuk denyutan yg

tetapi lebih tinggi drp

rendah berbanding arteri.

dinamakan nadi

vena

Zulkarnain Jamaluddin

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Terangkan perbezaan antara salur darah X dan salur darah Y. [SPM 2012]
Salur X

Salur Y

Arteri

Vena

Dinding berotot yang tebal

Dinding berotot yang nipis

Lebih elastik/dinding berotot

Kurang elastik/ dinding berotot

Supaya X boleh tahan tekanan darah

Angkut darah pada tekanan yg rendah

yg tinggi// angkut darah pada tekanan


tinggi
Lumen yg kecil

Lumen yg besar

Supaya pengaliran darah lebih cepat

Memberi rintangan yang paling rendah


utk pengaliran darah dlm Y

Tiada injap kecuali arteri pulmonari dan

Ada injap

aorta
Injap mencegah darah drp patah balik//injap memastikan pengaliran darah
sehala
Membawa darah beroksigen kecuali

Membawa darah terdeoksigen kecuali

arteri pulmonari.

vena pulmonari.

Membekal oksigen untuk respirasi sel

Mengangkut darah terdeoksigen/CO2

dalam sel-sel badan

dari sel badan ke jantung

Aliran darah:

Aliran darah:

Jantung

sel badan kecuali arteri

pulmonari.

Zulkarnain Jamaluddin

Sel badan

jantung kecuali vena

pulmonari.

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Struktur Jantung Manusia

#Lukis dan labelkan struktur jantung manusia.

Zulkarnain Jamaluddin

10

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Daya pengepaman oleh jantung.


Terangkan penghasilan daya yang menyebabkan peredaran darah dalam
manusia.
Pengecutan jantung bermula apabila nodus sinoatrium (SAN) mula
mencetus impuls saraf yang kemudiannya tersebar ke seluruh atrium dan
merangsang otot dinding kedua-dua atrium mengecut serentak.
SAN dikenali sebagai perentak denyutan jantung.
Menyebabkan tekanan darah dlm atrium meningkat
Menyebabkan darah terdeoksigen dipam ke dalam ventrikel kanan melalui
injap trikuspid
Menyebabkan darah beroksigen ditolak ke dalam ventrikel kiri melalui injap
bikuspid
Impuls yg dicetus oleh SAN kemudian sampai ke nodus atrioventrikel
(AVN).

Menghantar impuls utk merangsang pengecutan otot ventrikel melalui


berkas His dan gentian Purkinjie.
Kedua-dua ventrikel mengecut serentak.
Menyebabkan tekanan darah di dalam ventrikel kiri dan kanan
meningkat.
Darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui arteri pulmonari
Zulkarnain Jamaluddin

11

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Darah beroksigen ditolak ke seluruh badan melalui aorta

Terangkan mekanisme kawal atur tekanan darah.


Kenaikan atau penurunan tekanan darah dikesan oleh baroreseptor yg
terdapat di aorta dan arteri karotid.
Tekanan darah tinggi menyebabkan baroreseptor menghantar impuls ke
pusat kardiovaskular di medula oblongata
Arteri dan arteriol mengembang dan
Tekanan darah diturunkan.
Tekanan darah rendah menyebabkan baroreseptor menghantar impuls ke
pusat kardiovaskular utk merangsang SAN dan mencetuskan impuls.
Kadar pengecutan otot kardium dlm jantung dan otot licin pada arteri
ditingkatkan.

Zulkarnain Jamaluddin

12

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Terangkan perbandingan sistem peredaran darah dalam manusia, ikan dan


amfibia. [Mirip SPM 2010]

Persamaan:
1. Ketiga-tiganya mempunyai sistem peredaran tertutup.
2. Darah mengalir dalam salur-salur darah.
3. Ketiga-tiganya mempunyai jantung.
4. Ketiga-tiganya mengepam darah ke sel-sel badan.
5. Ketiga-tiganya mempunyai injap di dalam vena.
6. Darah mengalir dalam satu arah sahaja.
Perbezaan:
Manusia
Peredaran darah ganda

Ikan
Peredaran darah tertutup

dua dan lengkap.

Amfibia
Peredaran darah ganda
dua dan tak lengkap.

Darah mengalir melalui

Darah mengalir melalui

Darah mengalir melalui

jantung sebanyak dua

jantung hanya sekali

jantung sebanyak dua

kali dalam satu edaran

dalam satu edaran

kali dalam satu edaran

lengkap.

lengkap.

tak lengkap

Zulkarnain Jamaluddin

13

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Jantung mempunyai

Jantung mempunyai dua

Jantung mempunyai tiga

empat ruang.

ruang.

ruang.

Jantung mempunyai dua

Jantung mempunyai satu

Jantung mempunyai dua

atrium dan dua ventrikel.

atrium dan satu ventrikel.

atrium dan satu ventrikel.

Darah beroksigen dari

Darah beroksigen dari

Darah beroksigen dari

jantung mengalir pada

jantung mengalir pada

jantung mengalir pada

kadar yang lebih laju ke

kadar yang lebih

kadar yang sederhana ke

sel-sel badan.

perlahan ke sel-sel

sel-sel badan.

badan.
Darah beroksigen dipam

Darah beroksigen dipam

daripada jantung ke sel-

Darah beroksigen

daripada jantung ke sel-

sel badan.

mengalir daripada insang

sel badan.

ke sel-sel badan.
Darah beroksigen

Darah beroksigen

Darah beroksigen

mempunyai tekanan lebih mempunyai tekanan lebih mempunyai tekanan


tinggi.

rendah .

sederhana tinggi.

Pertukaran gas berlaku di Pertukaran gas berlaku di Pertukaran gas berlaku di


peparu/ alveolus.

Zulkarnain Jamaluddin

insang/ lamela/ filamen.

peparu atau kulit .

14

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

1.3 Mekanisme Pembekuan Darah.

Salur darah pecah atau luka


Darah keluar
Platlet berkumpul
Merangsang trombokinase

Trombokinase
Ion kalsium

Vitamin K

Trombin

Protrombin

Sel-sel darah

Fibrin

Fibrinogen

terperangkap

Darah beku

Keruping

Masalah Pembekuan Darah


Penyakit hemofilia
Trombus
Penyakit strok
Angina
Kegagalan jantung

Zulkarnain Jamaluddin

15

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Terangkan bagaimana platlet membantu dlm menghentikan pendarahan


semasa luka. [SPM 2008]
Platlet bergumpal dan menghasilkan trombokinase .
Trombokinase menukarkan protrombin kepada trombin dengan
kehadiran ion kalsium .
Trombin menukarkan fibrinogen kepada fibrin dgn kehadiran vitamin K
Fibrin membentuk jaringan utk memerangkap eritrosit.
Membentuk darah beku //keruping.

Terangkan kepentingan pembekuan darah ini. [SPM 2012]


Menutup luka .
Menghalang kehilangan darah yang berterusan .
Mengekalkan tekanan darah pada julat normal.
Oleh itu, jantung boleh mengepam darah ke seluruh badan.
Untuk mengelakkan kemasukan mikrob /patogen/bahan asing.
Sebagai mekanisme pertahanan badan//meminimakan risiko infeksi di
dalam badan.
Mengekalkan peredaran darah.
Oleh itu keperluan sel dapat diangkut dengan efisien/cekap.
1.4

Konsep Sistem Limfa.


Pembentukan Bendalir Tisu (BT).
1. BT atau cecair interstis ialah bendalir yg memenuhi ruang antara sel,
membasahi sel dan mempunyai tekanan osmosis yang sama dgn
sitoplasma sel dan darah .
2. Darah mengalir dari arteriol ke kapilari mempunyai tekanan hidrostatik
yang tinggi kerana darah yg bertekanan tinggi dipam keluar dari jantung
dan saiz kapilari adalah kecil .
3. Tekanan hidrostatik yang tinggi ini memaksa air dan bahan-bahan yg
mempunyai saiz molekul yg kecil terturas keluar merentasi dinding kapilari
ke ruang antara sel, menghasilkan bendalir tisu.

Zulkarnain Jamaluddin

16

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Sel darah merah, platlet dan molekul protein yg besar tidak terturas.
5. Cecair plasma dlm kapilari yg menghampiri venul mempunyai kepekatan
yg tinggi .
Komposisi Bendalir Tisu.
1. Komposis BT adalah sama dengan komposisi darah, iaitu mengandungi
air, asid amino, glukosa, asid lemak, koenzim, hormon, ion mineral dan
bahan buangan sel tetapi tidak mengandungi eritrosit, platlet atau molekul
protein yang besar .
Kepentingan Bendalir Tisu.
1. BT adalah penting bagi mengekalkan persekitaran dalam seperti suhu,
tekanan osmosis dan pH badan agar sentiasa dlm keadaan stabil.
2. Proses pengekalan persekitaran dalaman ini berlaku melalui proses
homeostasis .
3. Oksigen dan nutrien yg meresap keluar dari kapilari darah akan meresap
masuk ke dalam bendalir tisu dan seterusnya akan meresap masuk ke
dalam sel-sel badan.
4. Bahan buangan sel pula akan meresap masuk ke dalam bendalir tisu
sebelum meresap masuk ke dalam kapilari darah utk disingkirkan melalui
organ-organ perkumuhan .
Pembentukan Bendalir Limfa.
1. BT perlu meresap ke dalam kapilari darah semula berhampiran venul dan
membentuk cecair plasma semula.
2. Jika tidak, salur darah akan kekurangan cecair dan darah tidak dapat
mengalir.
3. Hampir 90% drp BT ini akan meresap ke dalam kapilari darah semula.
4. BT yang selebihnya, iaitu kira-kira 10% lagi akan meresap ke dalam
kapilari limfa utk membentuk bendalir dalam salur limfa yg dikenali sebagai
bendalir limfa .
5. Kandungan bendalir limfa adalah sama dengan BT.
Zulkarnain Jamaluddin

17

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Bendalir limfa akan mengalir ke dalam salur limfa yang lebih besar dan
akhirnya kembali ke sistem peredaran darah.
7. Jika bendalir limpa terkumpul secara berlebihan dan tidak dapat
dikembalikan ke SPD, keadaan ini akan menyebabkan pembengkakkan
tisu.

Rajah: Perkaitan antara sistem darah dgn sistem limfa.

Struktur Sistem Limfa.


1. Sistem limfa terdiri drp duktus, salur, kapilari limfa, nodus limfa, limpa,
kelenjar timus dan sumsum tulang.
2. Duktus limfa paling besar ialah duktus toraks yg menghubungkan semua
salur limfa dari bahagian abdomen toraks dan anggota sebelah kiri ke
vena subklarikel kiri dan seterusnya bersambung dgn vena kava
3. Salur limfa dr tangan kanan dan kepala sebelah kanan bersambung dgn
duktus limfa kanan yg membuka ke dalam vena subklarikel kanan yg
seterusnya bergabung dgn vena kava
4. Pergerakan bendalir limfa dibantu oleh pengecutan otot rangka yg
menekan dinding salur limfa secara beritma
5. Kehadiran injap di sepanjang salur limfa menyebabkan limfa mengalir
pada satu hala shj dan mengelakkan drp berpatah balik
6. Lakteal dalam vilus pada usus kecil merupakan sebahagian drp kapilari
limfa
7. Limpa ialah organ yg terlibat dlm menghasilkan limfosit dan memusnahkan
sel darah merah

Zulkarnain Jamaluddin

18

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

8. Organ ini juga menyimpan sel darah merah utk menampung kehilangan
darah jika berlaku kecederaan.
9. Sumsum tulang pula mempunyai sel-sel yg menjalankan proses mitosis
bagi menghasilkan sel-sel darah putih terutamanya sel limfosit.
10. Limfa iaitu BT yg meresap masuk ke dalam kapilari limfa seterusnya
mengalir ke salur limfa yang lebih besar dan melintasi nodus limfa.
11. Nodus limfa berfungsi sebagai penapis mikroorganisma.
12. Limfa yg bebas drp sebarang mikroorganisma kemudiannya mengalir ke
dalam duktus toraks dan duktus limfa kanan
13. Limfa akan dialirkan ke dalam darah di vena subklarikel kiri dan kanan.
14. Darah yg bercampur dgn limfa ini masuk ke vena kava.
Peranan Sistem Limfa dalam Pengangkutan.
1. Sistem limfa mengembalikan bendalir limfa yg berasal drp BT ke dalam
SPD melalui vena subklarikel kiri dan kanan.
2. Keadaan ini menyebabkan komposisi, isipadu dan tekanan darah dapat
dikawal pada paras normal
3. Lakteal yg terdapat dlm vilus usus terlibat dlm penyerapan asid lemak
gliserol dan vitamin yg larut dalam lipid iaitu A, D, E dan K.
4. Bahan-bahan ini seterusnya mengalir bersama dgn limfa ke duktus limfa
dan kembali ke SPD di jantung.
5. Air, mineral, hormon, koenzim dan bahan-bahan lain yg berguna yg
terdapat di dalam BT yg tidak meresap ke dalam kapilari darah semula
akan diangkut oleh system limfa dan dikembalikan ke SPD. Hal ini dapat
memastikan komposisi darah dikekalkan
6. Bahan buangan sel seperti asid urik dan urea yg tertinggal juga dapat
diangkut oleh sistem limfa ke dalam SPD.
7. Sel-sel mati, mikroorganisma dan bendasing yg berbahaya kpd badan
akan dimusnahkan oleh sel fagosit dalam nodus limfa.
8. Oleh itu, bendalir limfa yg masuk ke dalam SPD bebas drp bahan-bahan
ini.

Zulkarnain Jamaluddin

19

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

9. BT perlu dikembalikan ke dalam SPD sam ada secara meresap terus ke


dalam kapilari darah atau melalui salur limfa.
10. Kegagalan proses ini akan menyebabkan pengumpulan BT di dalam ruang
antara sel dan menyebabkan pembengkakan yg dikenali sbg odema
11. Odema boleh berlaku di kaki, tangan, sendi malah seluruh tubuh.
12. Terdapat juga odema yg berlaku di otak dan di peparu
13. Odema sering terjadi kpd individu yg duduk atau tidak bergerak terlalu
lama kerana tidak ada pengecutan otot rangka yg membantu pengaliran
limfa
14. Pesakit diabetis, artritis, kanser, kerosakan hati dan ginjal sering
mengalami odema
15. Pesakit untut atau Elephantiasis mengalami gejala salur limfa tersumbat
disebabkan oleh cacing filariasis
1.5

Peranan Sistem Perdaran Darah Dalam Mekanisme Pertahanan Badan.

Sistem Pertahanan Badan.


Sistem
Pertahanan
Badan

Barisan

Barisan

Barisan

pertahanan

Pertananan

Pertahanan

pertama (BPP)

Kedua (BPD)

Ketiga (BPT)

Fagositosis

Antibodi

Kulit

Membran Mukus

-Peluh

-Rembesan

-Sebum

mukus

(a) Barisan Pertahanan Pertama.


(i)

Kulit manusia terdiri daripada lapisan yg liat dan sukar ditembusi


oleh mikroorganisma.

(ii)

Kulit merupakan BPP dalam sistem pertahanan badan.

Zulkarnain Jamaluddin

20

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(iii)

Mikroorganisma hanya dpt menembusi kulit jika terdapat luka atau


kecederaan.

(iv)

Namun begitu, proses pembekuan darah yg berlaku dgn cepat


dapat membantu mencegah kemasukan mikroorganisma dgn
banyak.

(v)

Air mata yg dirembeskan oleh kelenjar air mata dan sebum yg


dirembeskan oleh kelenjar sebum mengandungi enzim lisozim yg
memusnahkan bakteria

(vi)

Jika mikroorganisma masuk melalui lubang hidung lapisan mukus


akan memerangkap mikroorganisma dan menggumpalkannya.

(vii)

Silio yg terdapat di permukaan epitelium salur respirasi akan


menolak partikel-partikel ini keluar.

(viii)

Lilin di dalam telinga, air mata dan lender pada faraj juga berfungsi
sbg antiseptik utk memusnahkan mikroorganisma yg masuk.

(ix)

Jika makanan yg kita makan tercemar dgn mikroorganisma, asid


hidroklorik di dalam perut akan memusnahkannya.

(x)

BPP ini juga dikenali sbg pertahanan pasif iaitu tubuh fizikal kita
bertindak sbg mekanisme menahan serangan patogen.

Soalan SPM 2013


Terangkan satu kepentingan kulit selain daripada mengawal atur suhu badan.
1) Kulit merupakan BPP dalam system pertahanan badan
2) Kulit berperanan untuk menahan serangan daripada pathogen
3) Kulit melindungi daripada kemasukan mikroorganisma / patogen
[2 markah]
(b) Barisan Pertahanan Kedua.
(i)

Sekiranya terdapat patogen yg melepasi BPP dan masuk ke dalam


sistem darah, sel-sel darah putih iaitu neutrofil dan monolit akan
bertindak secara fagositosis dgn menelan dan mencerna patogen
dgn menggunakan enzim

(ii)

Sel-sel fagosit ini bergerak di dalam darah serta boleh menyelinap


keluar di antara sel dan juga berada dalam salur limfa.

Zulkarnain Jamaluddin

21

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(iii)

Sel-sel ini mencari dan membunuh patogen yg berada di dalam


badan.

(iv)

Oleh itu, BPD ini dikenali sbg pertahanan aktif

Fagositosis oleh neutrofil

(c) Barisan Pertahanan Ketiga.


(i)

BPT melibatkan sistem keimunan badan, iaitu penghasilan antibodi


apabila terdapat patogen memasuki badan.

(ii)

Seseorang dikatakan imun terhadap sesuatu penyakit jika terdapat


antibodi tersedia di dalam badan utk melawan serangan antigen.

(iii)

Antigen ialah jasad asing atau bahan yang bukan drp badan sendiri
yg merangsang gerak balas keimunan badan.

(iv)

Antara cth antigen ialah patogen, molekul toksin dan sel darah drp
kumpulan darah yg lain.

(v)

Masa yg diambil utk membina antibodi ialah kira-kira tiga hingga


tujuh hari.

(vi)

Hal ini kerana limfosit perlu mengenal pasti antigen terlebih dahulu
sebelum menghasilkan antibodi yg sepadan.

(vii)

Limfosit merupakan sel darah putih yg terdapat di dalam nodus limfa


dan SPD.

(viii)

Limfosit dibahagikan kpd dua jenis sel limfosit T dan sel limfosit B

(ix)

Sel limfosit T berfungsi utk menyerang sel-sel yg telah dijangkiti oleh


patogen dan menghasilkan bahan kimia utk merangsang sel limfosit
B

Zulkarnain Jamaluddin

22

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(x)

Sel limfosit B berfungsi utk membahagi dan membentuk sel plasma


dan sel memori B.

(xi)

Seterusnya, sel plasma akan menghasilkan antibodi yg sepadan


dgn antigen dan bertindak memusnahkan antigen tersebut.

(xii)

Antibodi ialah sejenis protein yg spesifik dlm tindak balas antibodiantigen

(xiii)

Selepas sembuh drp penyakit, sel memori B akan berperanan utk


menyimpan sebarang maklumat tentang patogen

(xiv) Jika patogen yg sama menyerang badan, sel plasma akan


diaktifkan utk menghasilkan antibodi dgn cepat dan banyak.
Mekanisme tindakan antibodi

Keimunan dan Pengimunan


1. Keimunan bermaksud individu mempunyai keupayaan untuk menahan diri
daripada dijangkiti patogen
2. Individu ini mempunyai antibodi yg cukup dan boleh menghasilkan antibodi
dengan segera jika terdapat patogen
3. Keimunan terbahagi kpd dua jenis, iaitu pasif dan aktif.
4. Keimunan pasif (KP) bermaksud seseorang mendapat antibodi tersedia
dari luar badan.

Zulkarnain Jamaluddin

23

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

5. Keimunan aktif (KA) bermaksud sel-sel limfosit seseorang dapat


menghasilkan antibodi sendiri di dalam badan.

Keimunan

Aktif

Semula jadi
-setelah
sembuh drp
penyakit.

Pasif

Buatan
-setelah
memperoleh
suntikan vaksin

Semula jadi

-melalui
penyususan ibu.

Buatan
-suntikan
antiserum

-melalui plasenta

(a) Keimunan pasif


(i)

Fetus dalam kandungan ibu menerima keimunan secara semula


jadi.

(ii)

Antibodi yg terdapat di dalam plasma darah ibu meresap merentasi


plasenta dan masuk ke dalam fetus

(iii)

Pada awal kelahiran, keimunan bayi adalah sama dengan keimunan


ibunya.

(iv)

Bayi akan terus mendapat bekalan antibodi dlm susu ibu apabila
bayi ini menyusu.

(v)

Keimunan yg diperolehi ini dinamakan keimunan pasif semua jadi.


(KPS)

(vi)

Pesakit yg terlalu lemah dan tidak dapat menghasilkan antibodi


sendiri akan diberikan suntikan antibodi buatan (antiserum).

(vii)

Keimunan buatan terhasil apabila vaksin atau antibodi disuntik atau


dimasukkan secara terus ke dalam badan.

(viii)

Keimunan buatan juga dikenali sbg pengimunan

(ix)

Pengimunan ialah proses memperoleh keimunan dgn cara buatan


bagi melindungi seseorang drp dijangkiti penyakit tertentu.

Zulkarnain Jamaluddin

24

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(x)

Suntikan serum yg mengandungi antibodi perlu diberi dari semasa


ke semasa utk membantu pesakit melawan sejenis penyakit

(xi)

Dalam kes kecemasan spt digigit haiwan berbisa, tetanus, penyakit


rabies dan keracunan makanan, suntikan anti serum atau antitoksin
perlu diberikan segera bagi memusnahkan toksin dan bisa haiwan.

(xii)

Keimunan ini dinamakan keimunan pasif buatan (KPB).


Graf Keimunan Pasif Buatan

(b) Keimunan aktif


(i)

Keimunan aktif diperoleh selepas seseorang sembuh daripada


sesuatu penyakit

(ii)

Ketika dijangkiti patogen, sel-sel limfosit membina antibodi dan


menyimpan memori.

(iii)

Memori tentang patogen yg disimpan akan menghasilkan antibodi


dengan cepat dan banyak jika terdapat patogen yg sama
menyerang.

(iv)

Keimunan ini dinamakan keimunan aktif semulajadi (KAS).

Zulkarnain Jamaluddin

25

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Rajah: Keimunan aktif semula jadi

(v)

Vaksin ialah ampaian patogen yg telah mati, dilemahkan.

(vi)

Apabila vaksin disuntik ke dalam badan, limfosit akan membina


antibodi utk menentang patogen.

(vii)

Penghasilan antibodi akan berlaku dengan cepat jika patogen itu


menyerang dan seterusnya jangkitan penyakit dapat dicegah.

(viii)

Proses ini dinamakan sebagai pengimunan

(ix)

Selepas suntikan kali pertama, sel limfosit mengambil masa untuk


mengenali patogen dan sedikit antibodi terhasil.

(x)

Selepas suntikan kali kedua memori yg disimpan dalam limfosit


telah mengenali patogen tersebut dan seterusnya menghasilkan
antibodi lebih cepat dan banyak.

(xi)

Keimunan yg diperoleh melalui suntikan vaksin ini dinamakan


sebagai keimunan aktif buatan (KAB).

Zulkarnain Jamaluddin

26

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Rajah: Keimunan aktif buatan

Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)


1. AIDS disebabkan oleh sejenis virus yang disebut Human

Immunodeficiency Virus (HIV).


2. Virus ini tidak dapat hidup secara sendiri tetapi perlu hidup dalam sel
organisma hidup.
3. Sistem pertahanan badan manusia akan memusnahkan sebarang virus
penyakit namun bagi HIV, virus ini menyerang sel limfosit T.
4. Oleh itu, sel ini tidak dapat merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan
antibodi
5. Virus HIV boleh berada dalam badan hingga beberapa tahun tanpa
menunjukkan gejala penyakit.
6. AIDS terjadi apabila virus HIV merosakkan sistem keimunan badan
sehingga pesakit tidak mampu melawan jangkitan penyakit yang biasanya
dapat dicegah.
7. Antara gejala penyakit AIDS ialah pesakit mendapat penyakit kulit,
jangkitan sistem pernafasan, cirit-birit yang kronik, batuk kering, jangkitan
kuman pada otak, jangkitan kulat, kanser (contohnya Kaposis sarcoma)
dan akhirnya meninggal dunia.
8. HIV boleh ditemukan dlm darah, bendalir tisu, air mani, cecair dlm faraj
dan susu badan pesakit AIDS.
Zulkarnain Jamaluddin

27

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

9. Pemindahan HIV berlaku daripada individu kepada individu lain melalui


pemindahan cecair ini.
10. Terdapat beberapa cara jangkitan HIV antaranya, adalah mengadakan
hubungan seks dengan pesakit atau pembawa HIV tanpa sebarang
perlindungan seperti pemakaian kondom, melalui suntikan jarum yang
mengandungi HIV yang dikongsi dan melalui ibu yang mempunyai HIV
kepada anak dalam kandungannya melalui plasenta, serta ibu pembawa
HIV kepada anak yg disusui.
Uji Kefahaman Anda!
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pertahanan pasif dan pertahanan
aktif?

[2 markah]

Pertahanan pasif ialah barisan pertahanan pertama seperti kulit


manusia yang bertindak menahan serangan patogen. Pertahanan aktif
ialah barisan pertahanan kedua seperti neutrofil dan monosit yang
bertindak secara fagositosis dengan menelan dan mencerna patogen
dengan menggunakan enzim.
2. Lukiskan rajah bagaimana neutrofil menjalankan fagositosis.

3. Apakah perbezaan antara antigen dengan patogen?

[1 markah]

Antigen ialah jasad asing atau bahan yang bukan daripada badan
sendiri yang merangsang gerak balas keimunan badan manakala
patogen adalah contoh antigen/ mikroorganisma yang menyebabkan
penyakit.
Zulkarnain Jamaluddin

28

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Apakah yang berlaku apabila antigen memasuki sistem darah?


Huraikan.

[3 markah]

Antibodi badan akan mengesan antigen untuk dimusnahkan. Antibodi


adalah sejenis protein yang spesifik ke atas antigen melalui mekanisme
seperti lisin, opsonin, agglutinin dan antitoksin. Tindakan antibodi ini
dilakukan oleh sel limfosit dengan menyerang antigen.
5. Mengapakah pesakit AIDS tidak mempunyai antibodi untuk melawan
penyakit? Terangkan.

[2 markah]

Virus HIV merosakkan sistem keimunan melalui serangan ke atas sel


limfosit T sehingga tidak dapat merangsang sel limfosit B untuk
menghasilkan antibodi.
6. Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak menyebabkan jangkitan
HIV? Bincangkan.
(a) Berkongsi tuala mandi (Tidak)
(b) Menggunakan tandas yang sama (Tidak)
(c) Membantu membalut luka pembawa HIV (Tidak)
(d) Makan bersama-sama (Tidak)
(e) Hubungan seks (Ya)
(f) Berkongsi pisau pencukur yang sama (Ya)
7. Bagaimanakah barisan pertahanan pertama menjalankan fungsinya?
[2 markah]
Air mata dan sebum yang dirembeskan oleh kelenjar air mata
mengandungi lisozim yang memusnahkan bakteria. Lapisan mukus
dalam saluran pernafasan akan memerangkap mikroorganisma dan
menggumpalkannya. Silia yang terdapat di permukaan epitelium salur
respirasi akan menolak partikel-partikel ini keluar. Lilin dalam telinga, air
mata dan lendir pada faraj juga berfungsi sebagai antiseptik. Asid
hidrokorik dalam perut juga akan memusnahkan mikroorganisma.

Zulkarnain Jamaluddin

29

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

8. Mengapakah barisan pertahanan ketiga memerlukan beberapa hari


untuk menjadi efektif?

[2 markah]

Antibodi yang hendak dihasilkan memerlukan masa untuk mengenal


pasti secara spesifik antigen yang menyerang agar ianya sepadan.
1.6

Merhargai Sistem Kardiovaskular yang sihat.


Penyakit kardiovaskular seperti arterosklerosis, arteriosklerosis,
embolisme dan serangan sakit jantung.
Penyakit arterosklerosis disebabkan oleh pengumpulan bahan berlemak
terutamanya kolesterol
Menyebabkan dinding dalam arteri menebal dan lumen menjadi sempit
Ini menghasilkan tekanan darah tinggi
Kesannya sel otak tidak menerima oksigen dan nutrien mengcukupi dan
sel-sel ini mati.
Jika kolesterol ini berkumpul pada arteri koronari di jantung, ia akan
membentuk plak dan menyekat perjalanan darah.
Maka, berlakulah serangan sakit jantung, strok dan trombosis koronari.

Soalan SPM 2013.


Rajah menunjukkan satu keratan rentas arteri seorang individu yang
mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Zulkarnain Jamaluddin

30

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

1. Terangkan kesan tabiat pemakanan yang tidak sihat terhadap kesihatannya.


Kesan: menyebabkan penyakit arterosklerosis, hipertensi, strok/angin ahmar
Penerangan:
1) Individu itu memakan lipid/lemak berlebihan
2) Pengumpulan lemak/lipid/kolestrol terenap di dinding arteri
3) Dinding dalam arteri menebal dan lumen menjadi sempit
4) Menyebabkan tekanan darah tinggi
5) Arteri mengeras
6) Ini akan menghalang pengaliran darah
7) Melemahkan otot jantung
[3 markah]
2. Cadangkan satu amalan untuk mengelakkan pembentukan enapan S dalam
arteri.
1) Kurangkan pengambilan makanan berlemak
2) Amalkan senaman setiap hari
3) Mengamalkan cara hidup yang sihat
[1 markah]
1.7

Pengangkutan Bahan-Bahan di dalam Tumbuhan.


Keperluan Pengangkutan Bahan dalam Tumbuhan
Proses hidup yang dijalankan dalam tumbuhan ialah fotosintesis dan
respirasi .
Pengangkutan bahan- bahan keperluan untuk menjalankan kedua- dua
proses ini berlaku atas bantuan sistem vaskular tumbuhan.
Air dan mineral dari tanah perlu diangkut ke daun dan hasil fotosintesis
dari daun pula perlu diangkut ke seluruh sel tumbuhan yang memerlukan
bahan untuk menjalankan respirasi sel dan sebagai makanan simpanan .

Tisu Vaskular di dalam Batang, Akar dan Daun


Proses pengangkutan bahan dalam tumbuhan dilakukan oleh sistem
vaskular
Tisu vaskular dalam tumbuhan terdiri daripada xilem dan floem .

Zulkarnain Jamaluddin

31

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Sistem pengangkutan xilem dan floem tidak melibatkan pengangkutan


oksigen dan karbon dioksida.
Kedua- dua gas diangkut melalui proses respirasi.
Tisu vaskular dalam daun, batang dan akar dikotiledon.
Daun

Batang

Akar

Hubung kait struktur Xilem dengan Pengangkutan.


Tisu xilem terdiri daripada salur xilem trakeid, gentian xilem dan parenkima
xilem.
Fungsi xilem adalah mengangkut air dan garam mineral yang terlarut
dalam tanah dari akar ke daun.
Selain itu xilem juga memberikan sokongan mekanikal kepada tumbuhan.
Zulkarnain Jamaluddin

32

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Salur xilem terbentuk daripada sel-sel mati yang tidak mengandungi


sitoplasma .
Sel-sel ini bersambung di bahagian hujung membentuk satu saluran halus,
panjang dan berterusan.
Trakeid merupakan sel mati yang banyak mempunyai liang pada
dindingnya. Kedua-dua trakeid dan salur xilem mempunyai penebalan
lignin iaitu bahan yang kalis air bagi mengukuhkan xilem.
Proses penebalan yang berlaku semasa pembentukan xilem adalah tidak
sekata yang menyebabkan corak-corak yang unik pada dinding salur
xilem.
Penebalan dinding salur xilem ini memberi sokongan dan mencegah salur
xilem daripada ranap semasa mengangkut air.
Salur xilem yang halus, kalis air dan berterusan memudahkan pengaliran
air dari akar ke daun.
Parekimo xilem ialah sel hidup yang menyimpan makanan .
Struktur xilem dan corak penebalan lignin.
Struktur Xilem

Corak penebalan lignin


Berpilin

Berliang (pit)

bergelang

Berjaring

Hubungkait Struktur Floem dengan Pengangkutan


Floem berperanan mengangkut bahan hasil fotosintesis seperti sukrosa
dan asid amino dari daun ke seluruh tumbuhan.

Zulkarnain Jamaluddin

33

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Sel- sel yang membentuk floem adalah sel-sel hidup, iaitu tiub tapis dan
sel rakan.
Tiub tapis terdiri daripada sel-sel tiub tapis hidup yang memanjang.
Tiub tapis bersambung pada hujung sel dengan tiub tapis yang lain.
Dinding antara dua sel ini mengalami perubahan, iaitu membentuk liangliang dinamakan plat tapis.
Struktur floem.
Struktur floem

SPM 2010 (ESEI)


7 (a) Rajah menunjukkan bahagian batang satu pokok yang gelang kulitnya
telah dibuang. Pokok tersebut disiram dengan air setiap hari.

Berdasarkan rajah, terangkan apa yang berlaku kepada pokok tersebut selepas
satu bulan.

Zulkarnain Jamaluddin

(4 markah)

34

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Jawapan:
1. Bahagian atas pergelangan keratan pada batang membengkak
2. Sebab bahan makanan organik ( yang telah disintesiskan semasa
fotosintesis glukosa terkumpul pada bahagian bengkak tersebut.
3. Makanan tidak dapat diangkut ke bahagian bawah pergelangan/ ke
bahagian bawah.
4. Sebab floem telah dibuang.
(b) Rajah menunjukkan pergerakan air melalui air melalui pokok.

Suhu persekitaran yang tinggi menyebabkan kepanasan melampau pada


tumbuhan. Berdasarkan rajah, terangkan bagaimana transpirasi membantu
menghalang kejadian kepanasan melampau pada tumbuhan.
(8 markah)
Jawapan:
1. Haba daripada cahaya matahari diserap oleh daun
2. (haba daripada matahari menyebabkan air yang terdapat (pada
permukaan luar) sel menyejat daun tersejat.
3. Maka ruang udara (dalam lapisan mesofil) daun menjadi tepu dengan wap
air.
4. Di luar stoma/ daun, udara di atmosfera adalah lebih kering / kurang tepu
dengan wap air daripada dalam daun
5. Kepekatan wap air di dalam udara lebih tinggi daripada kepekatan wap air
di atmosfera
6. Cahaya matahari merangsang pembukaan liang stoma
Zulkarnain Jamaluddin

35

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

7. Wap air di dalam ruang udara meresap ke atmosfera melalui liang stoma
8. Air dalam xilem disedut ke dalam sel mesofil untuk menggantikan air yang
hilang melalui penyejatan
9. Maka, tumbuhan kehilangan haba
10. Menyebabkan kesan penyejukan
1.8

Konsep Pengangkutan Bahan di dalam Tumbuhan.


Translokasi
1. Translokasi ialah proses pengangkutan bahan organik dari daun ke tisutisu lain seluruh tumbuhan.
2. Tumbuhan menghasilkan glukosa dalam daun melalui proses fotosintesis
3. Glukosa akan ditukarkan kepada kanji yang disimpan dalam daun dan
kemudian kepada bentuk sukrosa yang akan diangkut ke bahagian yang
memerlukannya seperti akar, bunga, buah, batang dan pucuk.
Pengangkutan bahan dalam tumbuhan.

4. Bahan yang diangkut oleh floem ialah sukrosa, asid amino, protein, dan
hormon. Glukosa tidak diangkut oleh floem.
5. Sukrosa dari sel- sel daun akan diangkut secara aktif ke dalam floem
menggunakan tenaga.

Zulkarnain Jamaluddin

36

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Kehadiran gula yang banyak dalam floem menyebabkan air dari xilem
meresap ke dalam floem melalui osmosis.
7. Keadaan ini meningkatkan tekanan hidrostatik dalam floem, menolak
cecair untuk bergerak di dalam floem merentasi liang-liang plat tapis ke
tisu- tisu yang memerlukan nutrien.
Struktur floem dan sel rakan

Transpirasi
1. Transpirasi ialah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran dalam
bentuk wap air.
2. Kebanyakan wap air hilang melalui stoma pada daun.
3. Pergerakan air berlaku dalam tumbuhan iaitu dari akar ke daun yang
membantu mengangkut air dan garam mineral ke dalam tumbuhan.
4. Transpirasi juga menyejukkan tumbuhan semasa proses penyejatan air.
5. Air tersejat dari mesofil palisat ke dalam ruang antara sel dan membentuk
wap air di dalam ruang antara sel.
6. Air di dalam sel-sel mesofil akan berkurangan dan tekanan osmosis
meningkat.

Zulkarnain Jamaluddin

37

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

7. Keadaan ini menyebabkan air meresap keluar secara osmosis dari sel-sel
berdekatan dan dari xilem.
8. Air meresap keluar ke atmosfera dari ruang antara sel mesofil berspan
melalui stoma.
Rajah: Penyejatan air dan transpirasi pada daun

Soalan SPM 2013.


Rajah 5.1 menunjukkan pergerakan air dalam tumbuhan.
Rajah 5.2 menunjukkan keratan rentas rentas satu daun.

(a) M ialah sejenis tisu vaskular.


Zulkarnain Jamaluddin

38

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Terangkan satu penyesuaian pada M dalam mengangkut air.

[2 markah]

1) M ialah xilem
2) Xilem bersambung di bahagian hujung membentuk satu saluran halus,
panjang dan berterusan
3) Mempunyai penebalan lignin iaitu bahan yang kalis air bagi
mengukuhkan xilem
(a) (i) Terangkan kepentingan proses K kepada tumbuhan itu.

[3 markah]

1) K ialah proses transpirasi


2) Menyejukkan tumbuhan semasa proses penyejatan air
3) Mengangkut air dan garam mineral ke dalam tumbuhan
(b) Sebatang pokok ditanam berdekatan kilang simen. Banyak habuk
dibebaskan dari kilang itu.
[2 markah]
Terangkan bagaimana keadaan ini mempengaruhi proses K dalam pokok itu.
1) Habuk akan menghalang permukaan daun dari ditembusi oleh cahaya
matahari
2) Kadar penebusan cahaya berkurangan
3) Kadar fotosintesis rendah
4) Stoma tertutup
(c) Nyatakan satu perbezaan struktur sel L dengan sel mesofil berspan.
Sel L: Sel Mesofil Palisad

Sel Mesofil Berspan

1) Tersusun secara rapat/padat

1) Tersusun secara longgar

2) Banyak kloroplas

2) Sedikit kloroplas
[1 markah]

Zulkarnain Jamaluddin

39

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Faktor- faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi


Faktor
1) Pergerakan Udara

Penerangan
Kadar transpirasi akan bertambah apabila
pergerakan udara semakin laju.

2) Suhu Persekitaran

Suhu yang tinggi menyebabkan tenaga


kinetik molekul air meningkat.
Kenaikan suhu yang sangat tinggi akan
menyebabkan kehilangan air berlebihan
dan daun menjadi layu.

3) Keamatan Cahaya

Cahaya mempengaruhi pembukaan dan


penutupan stoma.
Apabila keamatan cahaya tinggi proses
fotosintesis berlaku dengan aktif pada sel
pengawal stoma terbuka.
Pembukaan stoma menyebabkan wap air
lebih banyak meresap keluar.

4) Kelembapan Relatif
Udara

Dalam keadaan udara lembap, kehadiran


wap air dalam udara adalah tinggi.
Perbezaan kepekatan wap air antara
udara luar dengan udara dalam ruang
antara sel adalah sedikit, jadi proses
resapan wap air keluar adalah perlahanlahan dan menghasilkan kadar transpirasi
yang rendah.

Zulkarnain Jamaluddin

40

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Jika udara kering, kelembapan relatif


adalah rendah.
Menyebabkan wap air dari dalam daun
meresap keluar dengan cepat dan
menghasilkan kadar transpirasi yang
tinggi.
Pembukaan dan Penutupan Stoma
1. Stoma ialah liang-liang kecil yang terbentuk antara dua sel pengawal.
2. Sel pengawal berbentuk kacang dan mempunyai dinding sel yang tidak
sama tebal.
3. Sel pengawal mempunyai kloroplas dan dapat menjalankan proses
fotosintesis.

4. Apabila menerima cahaya matahari, sel pengawal akan menjalankan


fotosintesis dan menghasilkan glukosa.
5. Pengangkutan aktif ion kalium ke dalam sel pengawal menyebabkan
tekanan osmosis sel pengawal meningkat dan air masuk ke dalam sel
pengawal secara osmosis.
6. Sel pengawal menjadi segah dan melengkung akibat ketebalan dinding sel
yang tidak sama.
7. Kesegahan kedua- dua sel pengawal meyebabkan ruang antara sel, iaitu
stoma terbuka.
Zulkarnain Jamaluddin

41

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pembukaan dan penutupan stoma

8. Dalam keadaan kurang cahaya atau gelap, penghasilan glukosa tidak


berlaku. Hal ini menyebabkan ion kalium tidak diangkut secara aktif ke
dalam sel dan menyebabkan tekanan osmosis sel pengawal menurun.
9. Akibatnya, proses osmosis air ke dalam sel berkurangan dan sel menjadi
tidak segah.
10. Sel kembali ke bentuk asal dan stoma tertutup.
Soalan SPM 2013.
Rajah 5.3 menunjukkan struktur sel pengawal pada waktu siang dan waktu
malam.

Zulkarnain Jamaluddin

42

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Terangkan satu perbezaan keadaan sel pengawal pada waktu siang dan pada
waktu malam.
1) Pada siang hari, sel pengawal segah, manakala pada waktu malam sel
pengawal flasid
2) Pada waktu siang, kandungan air dalam sel pengawal tinggi manakala
pada waktu malam, kadungan air dalam sel pengawal rendah
[2 markah]
Mekanisme Pengangkutan Air dalam Tumbuhan
Tekanan Akar
1. Air diserap oleh sistem akar yang mempunyai rambut akar yang banyak.
2. Rambut akar menambahkan jumlah luas permukaan penyerapan.
3. Ion mineral dalam tanah akan diangkut secara aktif oleh sel rambut akar
ke dalam vakuol lalu menjadikan sap sel rambut akar menjadi hipertonik
berbanding air tanah.
4. Air dari tanah akan meresap secara osmosis ke dalam rambut akar.
Rambut akar pada hujung akar.

5. Sel-sel rambut akar menjadi hipotonik berbanding sel-sel parenkima akar.


6. Seterusnya, air akan bergerak secara osmosis dari satu sel ke satu
melintas endodermis hingga ke xilem.
7. Pergerakan air yang berterusan ini menghasilkan suatu daya tolakan yang
dinamakan tekanan akar.
8. Tekanan ini membantu air naik ke batang tumbuhan.

Zulkarnain Jamaluddin

43

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pergerakan air dalam akar tumbuhan

Tindakan Kapilari
1. Tindakan kapilari dihasilkan oleh daya lekitan antara molekul air dan juga
daya lekatan antara molekul air dengan dinding kapilari xilem
2. Dua daya ini menghasilkan daya tarikan yang menggerakkan air secara
berterusan dalam salur xilem yang sempit itu.
Daya lekatan dan daya lekitan di xilem (tindakan kapilari)

Tarikan Transpirasi
1. Sel-sel mesofil berspan yang berdekatan ruang antara sel akan kehilangan
air melalui sejatan.
2. Keadaan ini menyebabkan sel-sel mesofil berspan menjadi hipertonik
kepada sel-sel berhampirannya.
3. Air dari sel-sel berhampiran akan bergerak secara osmosis ke sel-sel
mesofil yang hipertonik.

Zulkarnain Jamaluddin

44

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Maka air akan disedut dari xilem dan menyebabkan air dari xilem bergerak
ke daun.
5. Daya tarikan air melalui proses transpirasi ini dinamakan tarikan
transpirasi.
Transpirasi (tarikan transpirasi)

Uji Kefahaman Anda!


1) Apakah yang dimaksudkan dengan berkas vaskular dalam tumbuhan?
[1 markah]
Terdiri daripada xilem dan floem.
2) Apakah yang akan berlaku pada pokok yang telah dibuang floem secara
menggelang dalam tempoh yang lama?

[2 markah]

Bahagian atas floem yang dibuang akan membengkak. Banyak hasil


fotosintesis/ glukosa berkumpul di bahagian itu.
3) Berikan makna transpirasi.

[2 markah]

Proses kehilangan/ penyejatan molekul air dari tumbuhan ke atmosfera.


4) Bagaimanakah translokasi berlaku dari daun tumbuhan ke akar?Huraikan.
[3 markah]
Translokasi adalah proses pengangkutan hasil fotosintesis seperti sukrosa/
asid amino/ protein/ hormon dari daun ke seluruh tisu tumbuhan oleh tisu
floem. Diangkut secara aktif ke dalam floem menggunakan tenaga.

Zulkarnain Jamaluddin

45

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

BAB 2 PERGERAKAN DAN SOKONGAN


2.1 Pergerakan dan Sokongan pada Manusia.
Sistem Rangka Manusia
1. Sistem rangka manusia mengandungi 206 tulang yg terdiri drp pelbagai
saiz dan bentuk.
2. Rangka manusia dibahagikan kpd rangka paksi dan rangka apendaj.
Rangka Manusia

3. Rangka paksi terdiri drp tengkorak , turus vertebra dan sangkar rusuk.
4. Tulang terdiri drp tulang kranium dan tulang muka.
Zulkarnain Jamaluddin

46

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

5. Tulang kranium berfungsi untuk melindungi otak manakala tulang muka


membentuk bentuk wajah kepada muka dan menyediakan soket utk
pelekatan mata.

Struktur tengkorak manusia


6. Tulang yg membentuk rahang bawah dinamakan mandibel.
7. Ia membentuk sendi bergerak dengan kranium.
8. Sendi bergerak membolehkan mulut terbuka dan tertutup.
9. Tengkorak bersendi dengan tulang atlas iaitu tulang paling atas pada turus
vertebra.
Turus vertebra
1. Terdiri drp 33 ruas tulang atau vertebra.
2. Ia berfungsi untuk menyokong tengkorak dan melindungi saraf tunjang
yang terletak di dalam salur sarafnya.

Zulkarnain Jamaluddin

47

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Lima bahagian turus vertebra

3. Turus vertebra terdiri drp 5 bahagian dan dinamakan berdasarkan


lokasinya.
Struktur am vertebra

4. Tulang vertebra yg terletak di bahagian leher dikenali sbg vertebra serviks.


5. Diikuti vertebra toraks vertebra lumbar vertebra sakrum dan vertebra
koksiks.
6. Vertebra serviks mempunyai 7 ruas tulang.
7. Ia mempunyai sepasang salur arteri vertebra yg tiada dlm jenis vertebra yg
lain.

Zulkarnain Jamaluddin

48

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

8. Vertebra serviks yang pertama dikenali sebagai atlas manakala vertebra


serviks yang kedua dikenali sebagai aksis.
9. Jenis vertebra seterusnya ialah vertebra toraks yg mempunyai 12 ruas
tulang.
10. Ia mempunyai cuaran spina yg panjang, sentrumnya lebih besar dan tebal
drp sentrum serviks.
Vertebra serviks

Vertebra atlas

Vertebra toraks

Persendian antara vertebra


toraks dgn tulang rusuk

11. Vertebra ini mempunyai muka sendi pada cuaran melintang dan di sisi
sentrum untuk bersendi dgn tulang rusuk.
12. Vertebra lumbar merupakan vertebra yang terbesar antara vertebra di
turus vertebra.
13. Ia mempunyai cuara spina yang pendek dan cuaran melintang yang
panjang dan pipih.
14. Cuaran-cuaran ini menyediakan tempat untuk pelekatan otot belakang.
15. Sentrumnya adalah besar dan tebal.
16. Sakrum terdiri daripada 5 tulang yang bercantum membentuk satu
kepingan tulang tunggal yang berbentuk segi tiga.

Zulkarnain Jamaluddin

49

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

17. Koksiks terdiri daripada 4 vertebra yang sangat kecil dan bercantum
membentuk tulang kaudal.
Vertebra lumbar

Sakrum dan koksiks

Sangkar rusuk
1. Dibentuk oleh 12 pasang tulang rusuk dan sternum.
2. Tujuh pasang tulang rusuk pertama yang dikenali sebagai tulang rusuk
sebenar bersambung dengan sternum melalui rawan.
3. Tiga pasang yang seterusnya dikenali sebagai tulang rusuk palsu dan
bersambung kepada sternum melalui rawan rusuk ke-7.
4. Pasangan rusuk yang ke-11 dan ke-12 dikenali sebagai tulang rusuk
bebas.
5. Tulang rusuk ini tidak terlekat pada sternum.
Pandangan ventral struktur sangkar rusuk

Zulkarnain Jamaluddin

50

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Rangka Apendaj
1. Terdiri daripada lengkungan pektoral anggota hadapan, lengkungan pelvis
dan anggota belakang.
2. Sepasang lengkungan pektoral menghbungkan tulang lengan dgn rangka
paksi.
3. Setiap lengkungan pektoral mengandungi dua tulang, iaitu klarikel dan
scapula.
4. Anggota hadapan terdiri daripada humerus, radius, ulna, karpus, meta
karpus dan falanks.
5. Lengkungan pelvis terdiri daripada sepasang tulang punggung.
6. Setiap tulang punggung terdiri daripada tiga tulang yang bercantum, iaitu
ilium, iskium dan pubis.
7. Anggota belakang terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus
dan falanks.
Lengkungan pektoral

Zulkarnain Jamaluddin

Anggota hadapan

51

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Lengkungan pelvis

Anggota belakang

Peranan otot, ligamen dan tendon dlm pergerakan.

1. Otot disambungkan kepada tulang melalui tendon.


2. Pengecutan otot menyebabkan tulang ditarik dan membolehkan
pergerakan.
3. Tendon ialah tisu penyambung yang padat yg terdiri daripada gentian.
4. Gentian-gentian ini bersifat kuat dan tidak kenyal.
5. Sebagai contoh, tindakan otot rangka seperti otot biseps dan otot triseps
yang terdapat pada lengan membolehkan manusia meluruskan atau
membengkokkan tangan.

Zulkarnain Jamaluddin

52

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Otot rangka biseps dan triseps, iaitu otot-otot pada lengan

6. Apabila otot biseps mengecut, otot triseps mengendur. Hal ini


membolehkan lengan dibengkokkan.
7. Sebaliknya, apabila otot triseps mengecut, otot biseps akan mengendur
dan lengan diluruskan.

8. Di bahagian sendi, tulang disambungkan dengan tulang lain oleh ligamen


9. Ligamen terdiri daripada tisu penghubung yang liat, kuat dan kenyal

Zulkarnain Jamaluddin

53

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Hubungan antara otot, tendon daan ligamen

Struktur Sendi Bergerak


1. Tempat tulang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai sendi.
2. Pertemuan antara dua atau lebih tulang yang membenarkan anggota
bergerak dinamakan sendi bergerak manakala yang tidak membenarkan
bahagian anggota bergerak dinamakan sendi tidak bergerak.
3. Contoh sendi bergerak ialah sendi enguel pada siku dan sendi lesung
pada bahu dan pelvis.
Sendi lesung pada pelvis

4. Contoh sendi tidak bergerak ialah sendi yang terdapat pada tengkorak
5. Sendi bergerak dibalut oleh kapsul bergentian.

Zulkarnain Jamaluddin

54

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Di sebelah dalam kapsul ini terdapat membran sinovia yang berfungsi


sebagai pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang apabila sendi
bergerak.
7. Ia juga membekalkan nutrien kepada rawan yang terdapat pada hujung
tulang.
8. Rawan yang membalut pada hujung tulang mengurangkan geseran antara
tulang semasa pergerakan dan juga menyerap hentakan apabila bergerak.
Mekanisme Pergerakan pada Haiwan.
Pergerakan cacing tanah
1. Cacing tanah mempunyai rangka hidrostatik iaitu ruang badannya dipenuhi
dengan bendalir.
2. Rangka ini memberikan sokongan dan mengekalkan rupa bentuk cacing
tanah.
3. Terdapat dua set otot pada dinding badan cacing tanah, iaitu otot lingkar
dan otot membujur.
4. Kedua-dua set otot ini bertindak secara berantagonis.
5. Apabila otot lingkar mengecut, otot membujur mengendur dan segmen
pada badan cacing tanah mengecil dan memanjang.
6. Sebaliknya, apabila otot membujur mengecut, otot lingkar mengendur dan
segmen badan cacing tanah akan menebal dan seterusnya memendek di
bahagian badan akan mencengkam tanah.
7. Pada masa yang sama, keta di bahagian badan di belakang atau posterior
akan melepaskan cengkaman diikuti oleh pemendekkan bahagian badan
ini.
8. Pergerakan dihasilkan apabila pengecutan dan pengenduran otot lingkar
dan otot membujur berlaku secara berselang-seli untuk menghasilkan
suatu gelombang.

Zulkarnain Jamaluddin

55

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Susunan otot lingkar dan otot

Mekanisme pergerakan cacing

membujur pada cacing tanah

Pergerakan Belalang

1. Serangga seperti belalang mempunyai rangka luar dan mempunyai tiga


pasang kaki.
2. Otot serangga mengejut untuk menggerakkan anggotanya yang dilekatkan
pada bahagian dalam rangka oleh tendon.
3. Otot yang menyebabkan kaki melurus dikenali sebagai otot ekstensor
manakala otot yang menyebabkan kaki membengkok dikenali sebagai otot
fleksor.
4. Sebelum melompat, kaki belakang dilipat. Hal ini menyebabkan tenaga
disimpan dalam tendon yang kenyal pada kedua-dua otot fleksor dan
ekstensor.
5. Semasa belalang melompat, otot fleksor akan mengendur dan pada masa
yang sama, otot ekstensor akan mengecut.
6. Kaki belakang akan melurus dengan cepat. Tenaga yang disimpan dalam
tendon tersebut dilepaskan untuk menghasilkan suatu daya menolak
belalang ke atas dan ke hadapan.

Zulkarnain Jamaluddin

56

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Mekanisme pergerakan belalang

Pergerakan Ikan

1. Ikan merupakan haiwan akuatik.


2. Semasa berenang, ikan menghadapi rintangan air.
3. Untuk mengatasi masalah ini agar membolehkan ikan bergerak dengan
pantas dalam air, ikan mempunyai badan yang berbentuk larus, iaitu
bahagian anterior ikan adalah bulat dan licin manakala bentuk badannya
adalah panjang dan meruncing ke bahagian posterior.
4. Badan ikan juga bersisik dan disaluti lendir untuk mengurangkan rintangan
air serta melancarkan pergerakannya.
5. Otot yang terdapat pada kedua-dua sisi tulang belakang disusun dalam
bentuk bongkah yang dinamakan miotom.
6. Otot ini bertindak secara antagonis.
7. Pengecutan dan pengenduran miotom dikedua- dua sisi tulang belakang
membolehkan ikan mengibaskan ekor.
8. Apabila miotom di sebelah kiri badan mengecut, miotom di sebelah kanan
ikan akan mengendur dan ekor mengibas ke kiri.

Zulkarnain Jamaluddin

57

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

9. Sebaliknya, apabila miotom di sebelah kanan badan mengecut, miotom di


sebelah kiri akan mengendur dan ekor mengibas ke kanan.
10. Pergerakan ekor ke kiri dan ke kanan menghasilkan daya tujah yang
menolak badan ikan ke hadapan.
11. Ikan mengalami ketidakstabilan ketika berenang dalam air. Bagi mengatasi
masalah ini, ikan mempunyai pelbagai sirip.
12. Sirip ikan yang berpasangan terdiri daripada sirip pektoral dan sirip pelvis
manakala sirip tidak berpasangan teridir daipada sirip dorsal dan sirip
ventral.
13. Ikan menggunakan sirip dorsal dan sirip ventral untuk mencegah
pesongan dan golekan.
14. Sirip pelvis berfungsi mencegah junaman dan golekan.
15. Sirip pektoral berfungsi sebagai kemudi untuk menukar haluan pergerakan
dan juga sebagai brek untuk memperlahankan atau menghentikan
pergerakan.
Mekanisme pergerakan pada ikan

Masalah dalam pergerakan ikan

Pergerakan Katak
1. Katak mempunyai kaki belakang yang panjang dan berotot.
2. Otot yang besar memberi kekuatan kepada kaki belakang dan membantu
katak melompat.
3. Sebelum melompat, kaki belakang ini berlipat menjadi bentuk Z
4. Apabila melompat, otot ekstensor pada peha akan mengecut dengan tibatiba.

Zulkarnain Jamaluddin

58

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

5. Kaki diluruskan dengan cepat dan tapak kaki menolak ke bawah dan ke
belakang.
6. Tindakan ini menghasilkan daya tolakan yang menolak katak ke atas dan
ke hadapan.
7. Katak mendarat dengan kaki hadapannya yang pendek yang bertindak
sebagai penyerap hentakan.
8. Selain melompat katak juga menggunakan kaki belakang yang kuat untuk
berenang dalam air. Katak juga boleh merangkak apabila meghulurkan
dan menarik balik kaki hadapan dan belakang secara berselang-seli.
Mekanisme pergerakan katak

Pergerakan Burung
1. Badan burung berbentuk larus
2. Sayap burung yang berbentuk aerofoil dapat menghasilkan daya angkat
3. Daya angkat ini membolehkan burung terbang
4. Terdapat bongkah otot yang besar dan kuat pada dada burung yang
dinamakan pektoralis major.

Zulkarnain Jamaluddin

59

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

5. Satu hujung otot pektoralis major dipautkan pada bahagian bawah tulang
humerus pada sayap.
6. Pengecutan otot pektoralis major menyebabkan sayap bergerak ke bawah
dan ke belakang.
7. Otot berantagonisnya, iaitu pektoralis minor dipautkan pada sternum dan
bahagian atas humerus.
8. Pengecutan otot ini menyebabkan sayap bergerak ke atas dan ke
hadapan.
9. Gerakan sayap burung ke atas dan ke bawah menghasilkan suatu daya
yang bertindak dari bawah ke atas.
10. Daya ini cukup besar untuk mengangkat burung ke atas dan ke hadapan
menyebabkan burung terbang.
11. Burung juga mempunyai tulang yang ringan dan organ tunggal untuk
membantu mengatasi daya graviti.
Bentuk aerofoil sayap burung

Kedudukan otot pektoralis major dan minor pada burung

Masalah Sistem Otot Rangka


1. Sistem otot rangka boleh terjejas akibat daripada amalan gizi yang tidak
seimbang, postur yang tidak betul ataupun disebabkan oleh faktor genetik
dan proses penuaan.

Zulkarnain Jamaluddin

60

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

2. Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan masalah kepada otot rangka


seperti osteoporosis kekejangan otot, distrofi otot, dan artritis.
Osteoporosis
1. Berasal daripada dua perkataan, iaitu osteo (tulang) dan porosis
(poros/berliang).
2. Merupakan penyakit iaitu, tulang menjadi poros
3. Biasanya dialami oleh wanita yang sudah putus haid kerana hormon
estrogen tidak lagi dirembeskan menyebabkan garam mineral seperti
kalsium keluar dari tulang. Ini menjadikan tulang ringan dan mudah retak.
4. Penyakit ini boleh dielakkan atau dilambatkan dengan mengamalkan tabiat
pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, ikan bilis
dan sardine pada usia ketika tulang masih menambahkan ketumpatan
nya, lazimnya semasa kanak- kanak dan remaja.
5. Senaman yang memerlkan seseorang mengatasi daya graviti seperti
melompat dan berlari akan membantu menambahkan jisim tulang.
Arthritis

1. Penyakit yang melibatkan kemerosotan atau radang sendi.


2. Gejalanya seperti pembengkakan, kesakitan dan kekerasan pada sendi
3. Tiga jenis artritis yang lazimnya dijumpai iaitu osteoartritis, artritis,
reumatoid dan artritis gout.
4. Osteoartritis berlaku disebabkan rawan yang haus.
5. Arthritis reumatoid berlaku apabila membran sinovia pada sendi di jari,
pergelangan tangan dan kaki menjadi bengkak atau radang.
6. Artritis gout disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi.

Zulkarnain Jamaluddin

61

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Distrofi otot
1. Suatu keadaan, iaitu otot-otot seseorang merosot dan menjadi semakin
lemah sehingga penghidap tidak boleh menggerakkan anggotanya.
2. Jenis distrofi otot yang biasa ialah distrofi otot Duchenne.
3. Penyakit ini merupakan penyakit genetik yang disebabkan oleh gen mutan
yang terdapat pada kromosom X.
Kekejangan otot
1. Berlaku apabila otot mengecut dan tidak mengendur iaitu pengecutan
secara berterusan dan tidak terkawal.
2. Berlaku disebabkan oleh pendehidratan pada tubuh badan dan aras
kandungan nutrien seperti kalsium kalium dan magnesium yang rendah
dalam darah.
Uji Kefahaman Anda!
1. Nyatakan jenis rangka yang terdapat pada serangga seperti belalang.
[1 markah]
Rangka eksoskeleton/ luar.
2. Apakah kebaikan dan kelemahan rangka yang terdapat pada belalang?
[2 markah]
Kebaikan: Kaki belakang belalang adalah besar dan kuat untuk membantu
belalang melompat.
Kelemahan: menghadkan kadar pertumbuhan/ pemanjangan/saiz.
3. Mengapakah turus vertebra tidak lurus apabila dilihat dari pandangan sisi?
[1 markah]
Untuk meningkatkan keanjalan tulang apabila bergerak. Ia juga memudahkan
untuk pelekatan otot rangka.
4. Mengapakah haiwan dan manusia perlu bergerak?Terangkan.

Zulkarnain Jamaluddin

[2 markah]

62

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Mencari makanan/ pembiakan/ melarikan diri dari pemangsa/ kemandirian/


dan lain-lain yang sesuai.
5. Senaraikan tulang yang terdapat pada rangka paksi dan rangka apendaj.
[2 markah]
Rangka paksi: Tengkorak, turus vertebra dan sangkar rusuk.
Rangka apendaj: Lengkungan pektoral, anggota hadapan, lengkungan pelvis
dan anggota belakang.
6. (a) Berikan definisi sendi.

[1 markah]

Tempat tulang bertemu dengan tulang lain.


(b) Nyatakan sendi badan yang merupakan sendi lesung.

[1 markah]

Tulang humerus dengan klavikel/ scapula// lengkungan pelvis dengan


femur
7. Apakah fungsi rawan dan bendalir sinovia yang terdapat pada sendi?
[2 markah]
Rawan: Menyerap hentakan/ mengurangkan geseran semasa pergerakan.
Bendalir sinovia: Bahan pelincir bagi mengurangkan geseran antara tulang
apabila sendi bergerak.
8. Huraikan ciri- ciri tulang yang menjadikannya sesuai sebagai sistem sokongan.
[2 markah]
Terdiri daripada banyak gentian kolagen/ kalsium/fosforus yang menjadikan ia
kuat untuk menahan tekanan/ hentakan/ gegaran.
9. Mengapakah rangka manusia terdiri daripada banyak tulang yang disambung
pada sendi?

[2 markah]

Memudahkan manusia melakukan pelbagai jenis pergerakan// mengelakkan/


mengurangkan kecederaan.

Zulkarnain Jamaluddin

63

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

10. Terangkan istilah otot berantagonis.

[1 markah]

Pengecutan dan pengenduran otot secara berlawanan.


11. Huraikan ciri-ciri ikan yang membantunya berenang dalam air dengan
mudah.

[3 markah]

Bentuk badan larus/ badan ikan bersisik/ disaluti lendir untuk mengurangkan
rintangan air// Otot miotom mengecut dan mengendur secara antagonis// sirip
dorsal/ ventral untuk mencegah pesongan/ golekan// sirip pelvis mencegah
junaman/ golekan// sirip pektoral mengemudi untuk menukar haluan/ brek
untuk memperlahankan/ menghentikan pergerakan.
2.2

Menghargai Sistem Otot Rangka yang Sihat.

1. Pemakanan seimbang yang kaya dengan vitamin A, C dan D serta garam


mineral seperti kalsium, fosforus dan besi penting utk membina tulang
yang kuat.
2. Amalan postur yang betul ketika berdiri, duduk, berjalan dan mengangkat
barang yg berat dr lantai adalah penting untuk memastikan kesihatan
sistem otot rangka.
3. Semasa bersenam, individu hendaklah memakai pakaian yg longgar
4. Senaman merupakan salah satu cara yang penting utk mengekalkan
ketumpatan tulang dan mengelakkan drp mendapat osteoporosis
5. Teknik senaman yang betul dan selamat hendaklah diamalkan oleh setiap
individu.
6. Aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan sebarang bentuk
senaman atau aktiviti cergas adalah suatu amalan yg baik utk
mengelakkan kecederaan.
Uji Kefahaman Anda!
1. Terangkan kepentingan sistem otot rangka yang sihat.

[2 markah]

Sistem otot rangka membolehkan sesuatu otot yang melekat pada rangka/
tulang untuk mengecut dan mengendur bagi memastikan sesuatu aktiviti/
pergerakan/ fungsi dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.
Zulkarnain Jamaluddin

64

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

2. Nyatakan dua cara untuk memelihara sistem otot rangka yang sihat.
[2 markah]
Mengamalkan pemakanan yang seimbang// gizi makanan yang kaya
dengan protein/vitamin A/C/D/ Garam mineral/ kalsium/ fosforus/ besi.
Amalan postur yang betul ketika berdiri/duduk/ berjalan/ mengangkat
barang// Memakai pakaian yang longgar// elakkan daripada memakai
kasut tumit tinggi// Teknik senaman yang betul.
3. Huraikan postur yang betul semasa berjalan dan duduk.

[2 markah]

Semasa berjalan, badan dan kepala hendaklah tegak dan lurus dan mata
harus memandang ke hadapan dan bukan ke lantai.
Semasa duduk bahagian belakang badan hendaklahbersandar pada
kerusi// Jangan duduk secara membongkok kerana akan menyempitkan
ruang abdomen.
4. Nyatakan dua kesan buruk akibat mempunyai postur yang tidak baik.
[2 markah]
Sakit di bahagian belakang badan// kecederaan pada tulang vertebra
5. Mengapakah tulang femur dan tibia seseorang pesakit yang menggunakan
kerusi beroda untuk bergerak akan menjadi lemah?Terangkan. [2 markah]
Tulang femur dan tibia yang kurang aktif/ pergerakan menyebabkan sistem
otot rangka menjadi lesu dan tidak bermaya.
2.3

Sokongan dalam Tumbuhan.

1. Tumbuhan akuatik mempunyai ciri-ciri akuatik utk membolehkannya


terapung di permukaan dan di dalam air.
2. Tumbuhan ini tidak mempunyai tisu berkayu kerana daya apungan yg
dihasilkan oleh air di sekeliling dpt memberikannya sokongan
3. Batang tumbuhan akuatik spt keladi bunting mempunyai tisu yg ringan
dengan banyak pundi udara.

Zulkarnain Jamaluddin

65

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Jenis tisu ini yg dikenali sbg tisu aerenkima dapat mengurangkan


ketumpatan batang dan membantunya terapung di permukaan air.
5. Tumbuhan tenggelam spt Hydrilla sp. dan Elodea sp. mempunyai pundi
udara pada batang dan daun. Ia membantu tumbuhan menegak dalam air
utk menyerap cahaya matahari.
6. Tumbuhan darat mempunyai batang berkayu
7. Terdapat tisu-tisu khas dlm batang yg memberi sokongan kpd batang.
8. Tisu-tisu khas tersebut ialah tisu-tisu sklerenkima lignin dan trakeid
9. Lignin bersifat kuat dan tidak telap air.
10. Sel-sel sklerenkima yg disusun secara padat dan berdinding tebal dapat
memberi sokongan mekanikal kpd tumbuhan.
Uji Kefahaman Anda!
1. Mengapakah tumbuhan memerlukan sokongan? Terangkan.

[2 markah]

Untuk mendapatkan cahaya matahari bagi menjalankan proses


fotosintesis// untuk mendapatkan makanan/ air/ garam mineral bagi proses
pertumbuhan
2. Apakah perbezaan antara sokongan dalam tumbuhan berkayu dengan
tumbuhan tidak berkayu?

[2 markah]

Tumbuhan berkayu mempunyai tisu-tisu khas dalam batang iaitu tisu


sklerenkima/ salur xylem/ trakeid yang mempunyai dinding selulosa yang
diperkuatkan dengan lignin manakala tumbuhan tidak berkayu bergantung
kepada kesegahan sel/ sel parenkima pada batang tumbuhan yang
mempunyai kanji/ air.
3. Bagaimanakah tumbuhan seperti teratai dapat terapung di atas
permukaan air? Terangkan.

[3 markah]

Banyak pundi udara yang ringan/ tisu aerenkima dapat mengurangkan


ketumpatan batang dan membantunya terapung// Daun lebar untuk
meningkatkan daya keapungan// Banyak akar yang halus untuk
memerangkap gelembung udara.
Zulkarnain Jamaluddin

66

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Namakan jenis tisu yang terdapat dalam tumbuhan berkayu yang


berfungsi untuk memberi sokongan.

[1 markah]

Tisu skelerenkima/ xylem/ trakeid


5. Senaraikan cara yang digunakan oleh tumbuhan memanjat untuk tumbuh
ke arah cahaya matahari.

[2 markah]

Sulur paut pada hujung daun untuk melilit pada penyokong

Zulkarnain Jamaluddin

67

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

BAB 3 KOORDINASI DAN GERAK BALAS


3.1

Koordinasi dan Gerak Balas.

1. Cahaya, bunyi, bau, suhu tekanan dan sentuhan merupakan cth


rangsangan luar yg dapat dikesan oleh badan dan juga organisma hidup
yg lain.
2. Rangsangan luar dikesan oleh sistem saraf utk mneghasilkan gerak balas
terhadapa rangsangan tersebut melalui pergerakan dan tindakan badan.
3. Rangsangan dalam merangkumi perubahan aras gula dalam darah, suhu
badan, tekanan darah dan tekanan osmosis darah.
4. Gerak balas tropisme merupakan gerak balas pertumbuhan pada hujung
pucuk dan hujung akar ke arah atau menjauhi rangsangan.
5. Gerak balas nasti adalah gerak balas sebahagian tumbuhan terhadap
sesuatu rangsangan. Contohnya, Mimosa pudica menguncup apabila
disentuh.
6. Pergerakan taksis ialah gerak balas seluruh bahagian organisma unisel ke
arah rangsangan atau menjauhi rangsangan.
Laluan saraf bagi mengesan dan bergerak balas terhadap perubahan
persekitaran luar.
i)

Rangsangan luar

Reseptor

Neuron
aferen/deria

Sistem saraf
pusat
(interneuron)

Neuron
eferen/

Efektor

motor

Cara nak ingat?


R NA IN NE E

Zulkarnain Jamaluddin

68

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

ii)

rangsangan dalam (perubahan suhu badan)


Sistem saraf
Neuron

pusat(otak)

aferen

Neuron
eferen

Reseptor

Efektor (kulit dan

(pada kulit)

kelenjar endokrin)

Gerak balas

Rangsangan dalam( suhu

( kehilangan haba dr

badan meningkat)

permukaan badan)

Suhu badan

Suhu badan

(normal)

menurun

Uji Kefahaman Anda!


1. Nyatakan maksud rangsangan dan gerak balas.

[2 markah]

Rangsangan ialah perubahan atau isyarat daripada persekitaran yang


boleh dikesan oleh sistem badan.
Gerak balas ialah tindakan tubuh badan terhadap sesuatu rangsangan.
2. Apakah keperluan manusia, haiwan, dan tumbuhan bergerak balas
terhadap rangsangan?

[1 markah]

Memastikan kemandirian berterusan.


3.2

Peranan Sistem Saraf dalam Manusia.

Organisasi Sistem Saraf


1. Sistem saraf (SS) terdiri daripada Sistem Saraf Pusat (SSPu) dan Sistem
Saraf Periferi (SSPe).
2. SSPu terdiri daripada otak dan saraf tunjang
3. SSPe terdiri daripada saraf kranium yang bercabang dari otak dan saraf
spina yang bercabang dari saraf tunjang.

Zulkarnain Jamaluddin

69

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Struktur Otak dan Fungsinya.


1. Otak terdiri drp tiga bahagian utama iaitu serebrum, serebelum dan
medula oblongata.
Struktur otak

2. Serebrum mengawal aktiviti terkawal seperti kecerdasan, pemikiran,


ingatan, pembelajaran, penaakulan dan penyelesaian masalah.
3. Serebelum mengkoordinasikan pengecutan otot utk pergerakan dan
mengawal keseimbangan badan.

Zulkarnain Jamaluddin

70

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Struktur otak

4. Medula oblongata (MO) mengawal tindakan luar kawal seperti kadar


denyutan jantung, peristalsis, kadar pernafasan, tekanan darah dan
perubahan saiz salur darah.
5. MO juga mengawal tindakan refleks tertentu seperti batuk, bersin, muntah
dan menelan.
6. Talamus berfungsi untuk menerima maklumat drp reseptor deria lalu
menghantarkannya ke bahagian serebrum yg tertentu utk diproses.
7. Hipotalamus berfungsi mengawal atur keseimbangan dinamik persekitaran
dalam spt tekanan osmosis darah dan suhu badan melalui kelenjar
pituitari.
Saraf tunjang (ST)
1. ST menghubungkan otak dengan SSPe.
2. ST terdiri drp jirim kelabu dan jirim putih.
3. Saraf spina berasal drp ST.
4. Setiap saraf spina bercabang dua membentuk akar dorsal dan akar ventral
sebelum bersambung dgn ST.
5. ST mengawal tindakan refleks

Zulkarnain Jamaluddin

71

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Saraf tunjang terdapat dalam turus vertebra.


Saraf tunjang menghubungkan otak dengan saraf spina.

Struktur neuron
1. Setiap neuron terdiri daripada satu badan sel yang mengandungi nukleus
dengan sitoplasma.
2. Badan sel neuron dgn sitoplasma mengandungi unjuran gentian yang
dinamakan dendron atau akson.
Struktur suatu neuron

Zulkarnain Jamaluddin

72

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3. Dendron membawa impuls saraf ke dalam badan sel manakala akson


membawa impuls saraf keluar dr badan sel.
4. Dendron bercabang membentuk gentian halus yang dikenali sebagai
dendrit untuk menerima impuls saraf.
5. Akson bercabang membentuk terminal akson yang berakhir dlm bonggol
sinaps.
6. Akson dan dendron yang panjang diselaputi dengan membran penebat
yang dinamakan salut mielin.
7. Di sepanjang salut mielin terdapat celahan yang dinamakan nodus
Ranvier.
Jenis neuron dan fungsinya
1. Terdapat tiga jenis neuron iaitu neuron aferen (NA), interneuron (IN) dan
Neuron eferen (NE).
2. NA menghantar impuls dari Reseptor ke sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang).
3. IN menghantar impuls saraf dari NA ke SSP dan dari SSP ke NE.
4. NE menghantar impuls saraf dari SSP ke Efektor iaitu kelenjar dan otak
utk menghasilkan gerak balas.

Zulkarnain Jamaluddin

73

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Sinaps dan Penghantaran maklumat.


1. Sinaps ialah satu ruang sempit di antara terminal akson neuron
penghantar dengan dendrit neuron penerima.
2. Impuls saraf daripada neuron penghantar hanya boleh dihantar merentasi
sinaps secara kimia.
Impuls saraf merentasi sinaps

3. Terminal akson neuron penghantar berakhir dengan bonggol sinaps yang


banyak mengandungi vesikel sinaps dan mitokondria.
4. Vesikel sinaps mengandungi bahan kimia yang disebut neurotransmiter
5. Apabila suatu impuls saraf sampai ke bonggol sinaps pada terminal akson,
vesikel sinaps dirangsangkan utk membebaskan neurotransmiter ke dalam
sinaps.
6. Neurotransmiter meresap mererentasi sinaps ke dendrit neuron penerima.
7. Dendrit itu dirangsangkan utk mencetus impuls saraf yg dibawa oleh
neuron penerima ke neuron lain atau efektor.
8. Tenaga dibekalkan oleh mitokondrion supaya impuls saraf dapat merentas
sinaps.
9. Sinaps memastikan impuls saraf bergerak dalam satu arah sahaja.

Zulkarnain Jamaluddin

74

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Perbezaan tindakan terkawal, tindakan luar kawal dan tindakan refleks.


Jenis Tindakan
Tempat

Terkawal
Serebrum

Luar kawal
Medula oblongata

Refleks
Saraf tunjang

kawalan
Laluan impuls

R NA IN NE E

R NA IN NE E

R NA IN NE E
(tangan)
R NA NE E (kaki)

Contoh

Mengangkat

Pernafasan, batuk,

Kaki terangkat

tangan, berjalan

bersin, muntah dan

apabila terpijak

dan menulis

pencernaan.

paku dan tangan


diangkat apabila
tersentuh cerek
panas.

Arka refleks dalam sentakan lutut yang terlibat hanya dua neuron

Zulkarnain Jamaluddin

75

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Arka refleks bagi tindakan menarik tangan drp objek panas

Penyakit berkaitan dengan Sistem saraf


1. Penyakit Alzheimer merupakan suatu penyakit neurologi yang berkaitan
dengan kehilangan ingatan dan kemerosotan pemikiran.
2. Disebabkan oleh penyusutan tisu otak dan kekurangan rembesan n
neurotransmiter, iaitu asetilkolina di otak.
3. Biasanya berlaku kpd warga tua dan boleh diwarisi.
4. Simptomnya seperti kurang pintar, hilang ingatan, fikiran bercelaru dan
kurang tumpuan.
5. Penyakit Parkinson merupakan penyakit berkaitan dgn system saraf.
6. Penyakit ini menyebabkan pergerakan menggeletar dan kelemahan otot
7. Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan rembesan neurotransmiter, iaitu
dopamin di otak.
8. Berlaku kpd warga tua tetapi tidak boleh diwarisi

Zulkarnain Jamaluddin

76

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3.3

Peranan Hormon dalam Manusia.

Sistem endokrin dan Hormon


Kelenjar

Hormon

Fungsi

endokrin
Pituitari

Proses
fisiologi

ADH

Merangsang penyerapan semula air

Homeostasis

di tubul ginjal.
TSH

Merangsang, sintesis dan rembesan


tiroksina dari kelenjar tiroid

FSH

Merangsang perkembangan folikel

Pembiakan

dlm ovari dan perkembangan sperma


dalam testis.
LH

Merangsang pengovulan dan


pembentukan korpus luteum dlm
ovary

Pertumbuhan Merangsang pertumbuhan dan

Pertumbuhan

sistensis protein.
Tiroid

Tiroksina

Mengawal atur kadar metabolisme

Homeostasis

badan.

Pertumbuhan

Membantu perkembangan mental


dan fizikal pada kanak-kanak.
Adrenal

Adrenalina

Meningkat kadar denyutan jantung,

Homeostasis

kadar pernafasan, tekanan darah,


kadar metabolisme, pengaliran darah
ke otot dan aras glukosa dlm darah.
Aldosteron

Mengawal atur penyerapan semula


garam di ginjal.

Pankreas

Insulin

Merangsang pertukaran glukosa


berlebihan kpd glikogen yg disimpan
dlm sel hati dan otot.

Zulkarnain Jamaluddin

77

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Glukagon

Merangsang pertukaran glikogen kpd


glukosa di hati.
Meningkatkan aras glukosa dlm
darah.

Ovari

Estrogen

Membaiki dan membina dinding

Pembiakan

uterus dan merangsangkan


perkembangan organ seks
perempuan.
Merangsang perkembangan ciri seks
sekunder pd perempuan.
Progesteron

Mengekalkan penebalan dinding


uterus utk penempelan embrio.

Testis

Testosteron

Merangsang pembentukan sperma


dan organ seks lelaki.
Merangsang perkembangan ciri-ciri
seks sekunder pada lelaki.

Zulkarnain Jamaluddin

78

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kesan Ketidakseimbangan Hormon


Hormon
Tiroksina

Berlebihan
Hipertiroidisme

Kekurangan
Iodin menyebabkan goiter
Pada kanak-kanak; kretinisme
iaitu perkembangan mental dan
fizikal yang terbantut.
Dewasa; hipotiroidisme.

Pertumbuhan Kegergasian

Kekerdilan

ADH

Edema-pengumpulan air yang

Diabetis insipidus-kuantiti urin

berlebihan dalam badan.

banyak dan kerap.

Koma-Aras glukosa menurun

Diabetis melitus-aras glukosa

secara mendadak.

tinggi dalam darah.

Insulin

SPM 2014 (Struktur)

(a) Namakan struktur S dan struktur T.

[2 markah]

S: Kelenjar adrenal
T: Pankreas

Zulkarnain Jamaluddin

79

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(b) (i) Namakan satu hormon yang dirembeskan oleh T.

[1 markah]

Insulin// glukagon
(ii) Terangkan peranan hormon yang dinamakan di (b)(i) dalam
mengawal atur aras glukosa dalam darah.

[2 markah]

Aras gula/glukosa darah lebih tinggi. (lebih) insulin dirembeskan


(oleh pankreas). Glukosa berlebihan ditukarkan kpd glikogen.
Disimpan dalam hati/ otot. ATAU
Aras gula/ glukosa darah lebih rendah. Glukagon dirembeskan
(oleh pankreas). Glikogen ditukarkan kpd glukosa (dlm hati).
Glukosa darah meningkat.
3.4

Homeostasis dalam Manusia.

1. Homeostasis ialah proses pengawalaturan faktor fizikal dan kimia pada


persekitaran dalam supaya faktor-faktor ini sentiasa berada dalam
keadaan optimum
2. Homeostasis mengawal atur perubahan pada factor-faktor di persekitaran
dalam melalui sistem suap balik negatif yang bertindak sebagai
mekanisme pembetulan untuk mengembalikan faktor itu pada keadaan
normal.
Struktur Ginjal
Sistem perkumuhan manusia

Zulkarnain Jamaluddin

80

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

1. Setiap ginjal terdiri daripada korteks di bahagian luar, medula di bahagian


dalam dan pelvis yang bersambung dengan ureter.
2. Setiap ginjal terdiri daripada berjuta-juta tubul yang seni dinamakan nefron
Keratan membujur ginjal

Struktur nefron

3. Setiap nefron terdiri daripada kapsul Bowman (KB) yang berbentuk cawan
dan bermula di korteks.
4. Tubul yg bersambung dengan kapsul Bowman disebut tubul berlingkar
proksimal (TBP).
5. TBP bersambung dengan liku Henle (LH) yang berbentuk U di medula.
Zulkarnain Jamaluddin

81

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. LH pula bersambung dengan tubul berlingkar distal (TBD) yang


bersambung dengan tubul pengumpulan (TP).
7. Dalam KB terdapat satu jaringan kapilari yang dinamakan glomerulus
(GL).
8. GL terdiri daripada arteriol aferen (AA) yang bercabang dari satu cabang
arteri renal dan asteriol eferen AE) yang membawa darah keluar dr GL.
Proses Pembentukan Air Kencing.
Proses

Penerangan
1. Disebabkan tekanan hidrostatik yg tinggi

Ultraturasan (UT)

dlm GL.
2. Ia wujud akibat perbezaan saiz antara AA
yg berdiameter lebih besar berbanding
diameter AE.
3. Proses ini dinamakan Ultra Turasan.
4. Ia berlaku di Glomerulus.
5. Akibatnya, sebahagian besar komponen
darah terturas keluar dr Glomerulus ke
dalam Kapsul Bowman.
6. Komposisi hasil turasan glomerulus (HTG)
dlm KB adalah plasma darah kecuali
eliktrolit, platlet dan protein plasma.

Penyerapan Semula (PS)


1. Komponen utama dlm hasil turasan
glomerulus ialah air, urea, glukosa, asid
amino dan garam, iaitu ion Na+.
2. PS berlaku di spjg tubul uriniferus.
3. Di TBP, lebih kurang 65% air dlm HTG
diserap semula ke dalam kapilari darah di
sekeliling tubul nefron secara osmosis.
4. Semua glukosa dan asid amino serta
garam diserap semula ke dalam kapilari
darah secara resapan berbantu dan
pengangkutan aktif.
5. Urea tidak diserap semula.
Zulkarnain Jamaluddin

82

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Di tubul menurun LH, lebih kurang 20% air


diserap semula ke dalam kapilari darah
secara osmosis.
7. Pada tubul menaik LH, garam (ion Na+)
diserap semula secara pengangkutan aktif.
8. Pada TBD dan TP, hanya air dan garam yg
diserap semula.

Rembesan (RE)

1. Pada TBD, bahan kumuh seperti urea, asid


urik dan ammonia dirembes keluar drp
kapilari drh ke dlm TBD secara
pengangkutan aktif.
2. Proses ini dinamakan rembesan.
3. Sesetengah bahan spt dadah alkohol dan
bahan toksik dirembes keluar dr darah
melalui resapan ringkas.
4. Hasil akhir yg masih tertinggal di dalam TP
akan dikeluarkan sbg air kencing.

Proses pengosmokawalaturan (POS)


1. Satu proses untuk mengawal atur keseimbangan air dan garam dalam
badan supaya tekanan osmosis darah (TOD) dapat dikekalkan pada julat
normal.
2. Kandungan air dan garam dlm darah menentukan TOD.
3. Apabila kandungan garam tinggi dan isipadu air rendah dalam darah, TOD
adalah tinggi
4. Sebaliknya, apabila air dan garam tinggi, maka TOD adalah rendah
Mekanisme Pengosmokawalaturan
1. POS melibatkan dua hormon, iaitu ADH dan antiduresis.
2. kedua-dua hormon bertindak melalui mekanisme suap balik negatif (SBN)
untuk mengawal atur kandungan air dan garam melalui proses penyerapan
semula.
Zulkarnain Jamaluddin

83

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3. ADH mengawal atur penyerapan semula air, manakala aldosteron


mengawal atur penyerapan semula garam.
4. TOD meningkat apabila air hilang melalui perpeluhan atau selepas
memakan makanan yg masin.
5. Osmoreseptor pada hipotalamus mengesan peningkatan TOD.
6. Ini merangsang kelenjar Pituitari merembes ADH.
7. ADH ini menambahkan ketelapan TBD dan TP terhadap penyerapan
semula air.
8. Akibatnya, lebih banyak air diserap semula drp tubul ke dlm kapilari darah.
9. Keadaan ini menurunkan TOD ke aras normal.
10. Air kencing yg dihasilkan juga pekat dan sedikit.
11. Apabila TOD menurun akibat berlebihan dalam minum air.
12. Perubahan ini dikesan oleh Osmoreseptor pada hipotalamus.
13. Keadaan ini merangsang kelenjar Adrenal merembeskan hormon
antidiuresis (ADH).
14. Kelenjar pituitari kurang merembeskan ADH.
15. Hormon antidiuresis (ADH) menambahkan ketelapan dinding TBD dan TP
terhadap penyerapan semula garam.
16. Oleh itu, lebih banyak garam diserap semula dari tubul ke dalam kapilari
darah.
17. TOD dinaikkan ke aras normal.
18. Kurang air diserap semula.
19. Akibatnya, air kencing yang cair dan banyak dihasilkan.

Zulkarnain Jamaluddin

84

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

SPM 2014 (Struktur)


Jadual menunjukkan kepekatan asid amino dalam plasma darah dan dalam air
kencing.
Kandungan

Kepekatan dalam plasma

Kepekatan dalam air

darah yang memasuki

kencing (g per 1000 cm3)

ginjal (g per 1000 cm3)


Asid amino

74

Terangkan perbezaan di antara kepekatan asid amino dalam plasma darah


dengan dalam air kencing.

[2 markah]

Kepekatan asid amino dlm plasma darah lebih tinggi dari air kencing. Semua/
100% asid amino. Penyerapan semula berlaku/ diserap semula ke dalam kapilari
darah. Secara pengangkutan aktif. Pada tubul (berlingkar proksimal/ nefron).
Kesan Kegagalan Fungsi Ginjal.
1. Ginjal tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai organ perkumuhan dan
organ pengosmokawalaturan
2. Bahan kumuh drp metabolisme seperti urea, air dan garam berlebihan
tidak dapat disingkirkan daripada badan dan TOD tidak dpt dikawal atur.
3. Penyingkiran bahan kumuh bernitrogen seperti urea, air dan garam
berlebihan daripada badan dalam bentuk air kencing membolehkan ginjal
mengekalkan TOD pada aras normal.
SPM 2014 (Struktur)
Kedua-dua ginjal seorang pesakit gagal berfungsi. Keadaan ini menyebabkan
ketidakseimbangan air dan pengumpulan urea dalam darah.
Terangkan kesan kegagalan ginjal terhadap kawal atur keseimbangan air dalam
darah.

Zulkarnain Jamaluddin

[2 markah]

85

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Ginjal gagal bertindak sebagai organ pengosmokawalaturan.


Pengosmokawalaturan tidak berlaku. Penyerapan semula air tidak berlaku.
Tiada/ kurang urin terbentuk.Tekanan osmotik darah tidak seimbang/
meningkat/menurun. Kandungan air dalam darah tinggi/ rendah (bergantung
kepada pengambilan air). Menyebabkan kematian/ edema/ dehidrasi/ tekanan
darah tinggi/ koma.
Hemodialisis
1. Ialah proses penggunaan mesin dialisis untuk menyingkirkan bahan
buangan metabolik seperti urea, air dan garam yang berlebihan daripada
darah.
2. Mesin dialisis terdiri daripada tubul berlingkar yang separa telap dan
diisikan dengan bendalir dialisis
3. Kepekatan bendalir dialisis di dalam mesin dialisis dikekalkan pada
kepekatan yang sama dengan plasma darah
Tindakan mesin dialysis

Zulkarnain Jamaluddin

86

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Bendalir dialisis sentiasa mengalir dan ditukar utk menyingkirkan bahan


kumuh dan mengekalkan kecerunan kepekatan bagi resapan antara darah
pesakit dgn bendalir dialisis.
5. Semasa hemodialisis, darah pesakit dipam keluar dari arteri radial pada
pergelangan tangan utk mengalir ke dalam mesin dialisis lalu mengalir
keluar utk dikembalikan ke dalam badan melalui vena pada tangan yg
sama.
6. Semasa darah mengalir melalui tubul berlingkar, urea dan garam yg
berkepekatan tinggi dlm darah meresap keluar melalui dinding tubul ke
dalam bendalir dialisis yg mengandungi urea dan garam yg kepekatan
rendah.
7. Oleh itu, urea dan garam dapat disingkirkan ari badan dan TOD dapat
dikawal atur pada julat normal.
SPM 2014 (Struktur)
Rajah menunjukkan rawatan yang dijalankan ke atas pesakit itu.

Terangkan bagaimana urea disingkirkan daripada darahnya menggunakan mesin


hemodialisis.

Zulkarnain Jamaluddin

[3 markah]

87

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Darah mengalir melalui tiub separa telap. Cecair dialisis adalah isotonik/ sama
kepekatan dengan plasma darah. (semasa darah mengalir) urea mempunyai
kepekatan yang tinggi dalam darah. Meresap merentasi (dinding) tiub. Ke dalam
cecair dialisis yg mempunyai kepekatan urea rendah. Urea disingkirkan/ dikumuh
drp darah. Tekanan osmotik darah kembali normal.
Pengawalan Aras Gula dalam Darah.
1. Glukosa diperlukan untuk respirasi.
2. Aras normal glukosa pada manusia ialah kira-kira 90 mg/100cm3 darah.
3. Apabila aras glukosa meningkat, sel Beta () pada kelompok sel
Langerhans di pankreas merembeskan hormon insulin ke dalam darah.
4. Di hati, hormon insulin menukarkan glukosa berlebihan dalam darah
kepada glikogen utk disimpan dlm sel otot dan sel hati.
5. Pertukaran glukosa kpd glikogen merupakan mekanisme suap balik
negatif bagi menurunkan aras glukosa yang tinggi dalam darah ke aras
glukosa darah normal.
6. Apabila aras glukosa menurun atau rendah, sel alfa () Largerhans
dirangsang utk merembeskan hormon glucagon.
7. Di hati, hormon glukagon menukarkan glikogen kepada glukosa.
8. Akibatnya, aras glukosa yang rendah dapat dinaikkan dan dikembalikan ke
aras normal.
Pengawalaturan Suhu Badan melalui cara fizikal.
1. Apabila cuaca di luar panas, kelenjar peluh dirangsang utk mengeluarkan
peluh.
2. Banyak peluh dikeluarkan dan banyak juga peluh disejat.
3. Penyejatan ini menyebabkan banyak haba disingkirkan drp badan.
4. Seterusnya, otot pada arteriol aferen mengendur menyebabkan
pemvasodilatan berlaku di mana, kapilari darah mengembang dan
diameternya bertambah.
5. Akibatnya, lebih banyak darah mengalir melalui kapilari darah yang besar
dan berada berhampiran dgn permukaan kulit badan.
Zulkarnain Jamaluddin

88

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Haba berlebihan dalam badan disingkirkan melalui sinaran.


7. Selain itu, otot regang rambut mengendur.
8. Rambut condong ke permukaan kulit.
9. Satu lapisan udara nipis terperangkap di antara rambut dengan
permukaan kulit.
10. Maka, banyak haba hilang melalui sinaran.
11. Dalam persekitaran yang sejuk, kelenjar peluh tidak dirangsang, oleh itu
kelenjar peluh tidak aktif.
12. Kurang peluh dikeluarkan dan kurang peluh tersejat serta kurang haba
disingkirkan drp badan.
13. Tetapi, otot pada arteriol aferon akan mengecut dan proses
pemvasocerutan berlaku.
14. Di mana, kapilari darah mengecut dan diameternya berkurang.
15. Maka, kurang darah mengalir melalui kapilari darah yg kecil dan berada
jauh dari permukaan kulit badan.
16. Dan, kurang haba disingkirkan melalui sinaran
17. Selain itu, otot regang rambut mengecut dan menyebabkan rambut
menjadi tegak.
18. Satu lapisan udara yang tebal terperangkap di antara rambut dengan
permukaan kulit.
19. Udara merupakan penebat haba yg baik.
20. Kurang haba dihilangkan melalui sinaran.

Zulkarnain Jamaluddin

89

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

SPM 2013.
Rajah menunjukkan struktur kulit manusia dalam situasi P dan situasi Q.

(a) Namakan struktur R dan struktur S.


R: Kelenjar peluh.
S: Otot eretor/ regang.
[2 markah]
(b) (i) Nyatakan satu fungsi tisu adipos.
Sebagai penebat haba// bantu mengekalkan suhu badan. Sebagai sumber
tenaga. Menyimpan lemak/lipid.
[1 markah]
(ii) Berdasarkan Rajah 4, terangkan tindakan kapilari darah dalam
mengawal atur suhu badan pada situasi P.
Kapilari darah mencerut// penvasocerutan. (Kapilari darah) menjauhi
(permukaan) kulit// diameter/ lumen kapilari darah mengecil. Kurang darah
mengalir (ke permukaan kulit). Kurang haba hilang. Secara sinaran. Suhu
(badan) rendah daripada julat normal// situasi sejuk.
[ 2markah]
(c) Suhu badan seorang budak lelaki meningkat melebihi 37OC.

Zulkarnain Jamaluddin

90

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Terangkan bagaimana struktur R, S dan T bertindak untuk merendahkan


suhu badan kembali ke 37OC.
Penerangan untuk R
Lebih aktif/ dirangsang. Untuk membebaskan (lebih) peluh// peluh
tersejat// (lebih) haba dihilangkan/ diserap (dalam peluh).
Penerangan untuk S
S/ otot erektor/ regang mengendur// menjadi nipis. Ke bawah/ baring.
Penerangan untuk T
Bulu roma mencondong/ baring. Kurang udara diperangkap// lebih haba
dihilangkan// kurang penebatan.
[5 markah]
Pengawalaturan suhu badan melalui proses metabolisme.
1. Dalam persekitaran yg panas, otot rangka tidak mengecut dan mengendur
secara berulang-ulang.
2. Keadaan menggigil tidak berlaku dan tiada haba dihasilkan.
3. Kelenjar adrenal tidak dirangsangkan. Maka, kurang atau tiada hormon
adrenalina dirembeskan.
4. Kelenjar tiroid tidak dirangsang menyebabkan sangat sedikit hormon
tiroksina dirembeskan.
5. Maka kurang haba dihasilkan.
6. Dalam persekitaran yang sejuk pula, otot rangka mengecut dan
mengendur secara berulang-ulang.
7. Keadaan menggigil berlaku.
8. Haba dihasilkan utk meningkatkan suhu.
9. Kelenjar adrenal dirangsangkan oleh hipotalamus utk merembeskan
hormon adrenalina
10. Kadar metabolisme meningkat utk menaikkan suhu badan.
11. Kelenjar tiroid dirangsangkan utk merembeskan hormon tiroksina.
12. Maka, kadar metabolisme meningkat dan lebih banyak haba dihasilkan.

Zulkarnain Jamaluddin

91

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Uji Kefahaman Anda!


1. Nyatakan faktor fizikal dan kimia bagi persekitaran dalam.

[2 markah]

Faktor fizikal: Suhu badan// tekanan darah


Faktor kimia: Tekanan separa oksigen/ karbon dioksida// tekanan osmosis
darah// aras gula dalam darah.
2. Terangkan maksud homeostasis.

[2 markah]

Proses pengawalaturan faktor fizikal dan kimia pada persekitaran dalam


supaya faktor-faktor ini sentiasa dalam keadaan optimum.
3. Huraikan tiga proses yang terlibat dalam pembentukan air kencing.
[5 markah]
Proses ultraturasan berlaku dalam kapsul Bowman. Tekanan hidrostatik
yang tinggi dalam glomerulus. Menolak sebahagian besar komponen
darah kecuali sel darah merah, platlet dan protein plasma yg terlalu besar
utk merentasi dinding glomerulus.
Prose penyerapan semula berlaku sepanjang tubul uriniferus. Di tubul
berlingkar proksimal, air diserap semula secara osmosis. Semua glukosa/
garam/ asid amino diserap semula ke dlm kapilari darah secara resapan
berbantu dan pengangkutan aktif.
Proses rembesan berlaku di tubul berlingkar distal. Bahan kumuh seperti
urea, asid urik dan ammonia dirembes keluar drp kapilari darah ke dalam
tubul berlingkar distal secara pengangkutan aktif. Sesetengah bahan
seperti dadah/ alkohol/ bahan toksik dirembes keluar dari kapilari darah
melalui resapan ringkas.
4. Lukis rajah skema untuk contoh homoestasis berikut:
(a) Pengosmokawalaturan
(b) Pengawalaturan aras gula dalam darah
(c) Pengawalaturan suhu badan

Zulkarnain Jamaluddin

[6 markah]

92

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Jawapan:
(a) Pengosmokawalaturan

(b) Pengawalaturan aras gula dalam darah

(c) Pengawalaturan suhu badan

Zulkarnain Jamaluddin

93

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3.5

Mengamalkan Gaya Hidup Sihat.

Kesan Penyalahgunaan Dadah kepada Manusia.


1. Dadah menganggu tindakan neurotransmitter dan menjejaskan fungsi
sistem saraf.
2. Dadah boleh bertindak sebagai perangsang atau penenang.
3. Dadah jenis kokain, nikotin, amfetamin dan kafein adalah dadah jenis
perangsang utk jangka masa yg panjang boleh mempengaruhi fungsi
sistem peredaran darah, sistem pencernaan dan sistem saraf yang
menyebabkan halusinasi dan kemurungan.
4. Dadah penenang seperti morfin, barbiturat, trankuiliser dan heroin boleh
menyebabkan kehilangan ingatan, tidak dapat menumpukan perhatian,
masalah pernafasan, kanser peparu, kerosakan hati dan otak, mengantuk,
kecelaruan dan koma.
Kesan penyalahgunaan Alkohol kepada Manusia.
1. Alkohol melambatkan fungsi sistem saraf pusat terutamanya penghantaran
impuls saraf di otak.
2. Ia juga melambatkan tindakan refleks mengganggu koordinasi dan
menyebabkan kegagalan membuat pertimbangan.
3. Antaranya, alkohol boleh menyebabkan kekeliruan, percakapan yg tidak
teratur kelemahan koordinasi otot dan tidak dapat mengawal
keseimbangan badan, penglihatan yang kabur dan kesukaran
menganggar jarak.
4. Ia juga boleh menjadikan seseorang menjadi agresif dan ganas
5. Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan hati.
Uji Kefahaman Anda!
1. Apakah maksud penyalahgunaan dadah dan alkohol?

[2 markah]

Penggunaan dadah/alkohol untuk tujuan selain perubatan yang diambil


berulang kali sehingga menyebabkan ketagihan.
2. Berikan contoh dadah yang bertindak sebagai perangsang.
Zulkarnain Jamaluddin

[2 markah]
94

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kokain/ nikotin/ amfetamin/ kafein.


3. Apakah kesan dadah perangsang terhadap sistem saraf?

[2 markah]

Halusinasi dan kemurungan.


4. Berikan contoh dadah yang bertindak sebagai penenang. Apakah kesan
dadah penenang terhadap sistem saraf?

[3 markah]

Barbiturat/ trankuiliser/ morfin/ heroin. Kehilangan ingatan/ tidak dapat


menumpukan perhatian/ kecelaruan.
5. Terangkan kesan penyalahgunaan alkohol terhadap sistem saraf.
[3 markah]
Melambatkan penghantaran impuls saraf/ melambatkan tindakan refleks/
menganggu koordinasi/ kegagalan membuat pertimbangan/ kekeliruan/
percakapan yang tidak teratur/ halusinasi.
3.6

Hormon Tumbuhan.

Kesan Auksin ke atas Gerak Balas Pertumbuhan


1. Gerak balas pertumbuhan dinamakan tropisme.
2. Gerak balas tropisma dikawal oleh hormon auksin.
Aktiviti
Langkah 1

Langkah 2

Eksperimen I

Ekperimen II

Eksperimen III

Hujung koleoptil

Hujung koleoptil

Hujung koleoptil

dipotong pada

dibuang dan

dibuang dan

bahagian atas zon

diletakkan diatas

diletakkan di atas

pemanjangan.

blok agar.

blok agar

Hujung dibuang

Selepas 2 jam,

Selepas 2 jam,

tiada pertumbuhan

blok agar diletak

Blok agar

pada koleoptil

diletakkan pada

terpotong

sebelah kiri
koleoptil.

Zulkarnain Jamaluddin

95

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pemerhatian

Hujung diletak

koleoptil tumbuh

Koleoptil

semula, koleoptil

tegak ke atas.

membengkok ke

tumbuh ke atas
Inferens

Kesimpulan

sebelah kanan

Hujung koleoptil

Bahan kimia

Auksin meresap

mempengaruhi

(auksin) meresap

secara langsung

pertumbuhan pada

drp hujung

drp blok agar ke

zon pemanjangan.

koleoptil ke

dalam sebelah

dalam blok agar.

kiri koleoptil shj.

Auksin dihasilkan di tisu meristem di hujung pucuk dan di


hujung akar. Auksin merangsang pemanjangan sel pada
ozon pemanjangan di hujung pucuk.

Peranan Auksin dalam Gerak Balas Tropisme


1. Auksin mengawal gerak balas pertumbuhan pada hujung pucuk dan
hujung akar tumbuhan.
2. Gerak balas pertumbuhan ini di mana arah pertumbuhan bergantung pada
arah rangsangan dinamakan tropisme.
3. Terdapat dua jenis tropisme utama iaitu fototropisme dan geotropisme.
4. Terdapat dua jenis fototropisme iaitu fototropisme positif dan fototropisme
negatif.

Zulkarnain Jamaluddin

96

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Fototropisme
1. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai peranan auksin dlm fototropisme
adalah seperti berikut:
(a) Hujung koleoptil ialah bahagian yg peka terhadap rangsangan cahaya.
(b) Sel meristem pada hujung pucuk menghasilkan auksin.
(c) Auksin menjauhi cahaya dan berkumpul pada bahagian teduh.
(d) Kepekatan auksin yang tinggi pada pucuk merangsang pemanjangan
sel di pucuk.
(e) Auksin boleh meresap melalui blok agar (medium cecair) tetapi tidak
boleh meresap melalui kepingan mika/medium pepejal.
Ekperimen 1

Zulkarnain Jamaluddin

97

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Geotropisme
1. Gerak balas pucuk dan akar terhadap graviti disebut geotropisme
2. Peranan auksin dalam geotropisme adalah seperti berikut:
Pemerhatian

Penerangan
Graviti menyababkan meristem apeks
pada hujung pucuk dan akar

Anak benih diletak dgn pucuk


dan akarnya secara mengufuk
dlm keadaan gelap.

menghasilkan auksin.
Graviti menyebabkan auksin
berkumpul di bahagian bawah hujung
pucuk dan hujung akar.

(a) Auksin meresap ke dalam zon


pemanjangan.
Akibat tarikan graviti, auksin

(b) Daya tarikan graviti

berkumpul pada bahagian bawah

menyebabkan auksin berkumpul

zon pemanjangan hujung pucuk

pd bahagian bawah pucuk dan

dan akar.

akar.
(c) Bahagian bawah pucuk dan akar
mengandungi kepekatan auksin
yang lebih tinggi berbanding dgn
bahagian atas.

(a) Kepekatan auksin yg tinggi pd


hujung pucuk merangsang
pemanjangan sel. Oleh itu,
bahagian bawah pucuk dgn
kepekatan auksin yang lebih

Zulkarnain Jamaluddin

98

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

tinggi memanjang lebih cepat


drp bahagian atas. Akibatnya
pucuk membengkok dan tumbuh
ke atas, menunjukkan
geotropisme negatif.
(b) Kepekatan auksin yg tinggi pd
hujung akar merencatkan
pemanjangan sel. Bahagian
bawah akar dgn kepekatan
auksin yg tinggi memanjang
lebih lambat berbanding dgn
bahagian atas. Akibatnya, akar
membengkok dan tumbuh ke
bawah, menunjukkan
geotropisme positif.
Penggunaan Hormon dlm Pertanian
Hormon
Auksin

Penggunaan Hormon

Penerangan

Merangsang pertumbuhan akar

Digunakan pd keratan batang utk

adventitius

mempercepat pertumbuhan akar


dan batang.

Sebagai racun rumpai

Digunakan sbg herbisid dlm


kepekatan yg tinggi utk
membunuh rumpai dikotiledon
tetapi tumbuhan monokotiledon
tidak diganggu.

Dalam pembentukan buah

Disembur pd buah-buahan utk


mengelakkan keguguran buag
sblm masak.
Disembur pd stigma bunga dan
ovari dlm bunga utk merangsang

Zulkarnain Jamaluddin

99

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

ovari berkembang menjadi buah


tanpa persenyawaan. Proses ini
dinamakan parternokarpi Buah
tanpa biji dihasikan.
Dlm pembentukan tumbuhan yg

Pekebun memotong tunas

rendah dan rimbun

dihujung pucuk utk


mengurangkan aras auksin
supaya tunas sisi boleh tumbuh
ke sisi dan menjadikan tumbuhan
itu rimbun.

Merangsang pertumbuhan

Auksin digunakan pekebun utk

tanaman

merangsang pemanjangan sel


pada pucuk.

Etilena

Merangsang pemasakan buah

Disembur pada buah utk


merangsang buah cepat masak.

Uji Kefahaman Anda!


1) Apakah maksud tropisme?

[2 markah]

Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan di mana arah


pertumbuhan bergantung kpd arah rangsangan.
2) Terangkan peranan auksin dalam gerak balas pertumbuhan.

[2 markah]

Merangsang pemanjangan pucuk tumbuhan dan merencatkan


pemanjangan akar.
3) Kenal pasti dua jenis tropisme pada tumbuhan dan tunjukkan bagaimana
tumbuhan itu bergerak balas terhadap rangsangan luar.

[4 markah]

Fototropisme- pucuk tumbuhan memanjang mengikut arah cahaya


Geotropisme- akar memanjang ke bawah/ arah tarikan graviti.

Zulkarnain Jamaluddin

100

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4) Pada rajah di bawah, A mewakili satu eksperimen yang telah disediakan


untuk menunjukkan peranan hormon ke atas koleoptil jagung. Lengkapkan
B untuk menunjukkan keputusannya selepas satu hari.

Zulkarnain Jamaluddin

[4 markah]

101

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

BAB 4 PEMBIAKAN DAN PERTUMBUHAN


4.1 Pembentukan Gamet.
Keperluan Pembentukan Gamet.
1. Gamet dihasilkan melalui proses meiosis
2. Proses ini berlaku di dalam organ pembiakan yg dikenali sbg ganod
3. Proses ini menghasilkan sel-sel pembiakan yg disebut gamet yg bersifat
haploid, iaitu sel yg mengandungi separuh drp bil. kromosom sel induk.
Pembentukan Sperma atau Spermatogenesis
Sistem pembiakan lelaki

1. Sistem pembiakan lelaki terdiri drp sepasang testis yg berperanan


menghasilkan sperma (gamet jantan) dan hormon seks lelaki, iaitu
testosteron.
2. Testis terdapat di dalam pundi yg disebut skrotum yg terdapat di luar
badan.
3. Di dalam setiap testis terdapat 200 lebih ruang atau lobul.
4. Setiap lobul mengandungi satu atau lebih tubul berlingkar yg dinamakan
tubul seminiferus.

Zulkarnain Jamaluddin

102

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

5. Pembentukan sperma atau spermatogenesis berlaku dlm tubul


seminiferus.
Keratan membujur testis

6. Ia dilapisi sel-sel yg belum mengalami pengkhususan yg dikenali sebagai


germa primordium
7. Sel ini menjalani mitosis banyak kali utk banyak menghasilkan
spermatogonium (ST) yg diploid.
Pembentukan sperma pada dinding tubul seminiferus

8. Selepas baligh, spermatogonium (ST) mengalami pertumbuhan utk


membentuk sel yg besar.
9. Sel itu disebut spermatosit primer (SP).
Zulkarnain Jamaluddin

103

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

10. SP terus membahagi melalui meiosis I utk menghasilkan dua spermatosit


sekunder (SS) yg haploid.
Peringkat spermatogenesis

11. Kedua dua SS ini membahagi melalui meiosis II utk menghasilkan empat
spermatid (Sd) yg haploid.
12. Sd terus mengalami pembezaan dan pengkhususan utk menghasilkan
sperma
Struktur sperma manusia

Zulkarnain Jamaluddin

104

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pembentukan Ovum atau Oogenesis


1. Proses pembentukan ovum atau Oogenesis berlaku dlm sepasang ovari
yg terletak di bhgn bwh rongga abdomen.
2. Setiap ovari mempunyai bentuk dan saiz spt badam
3. Ovari menghasilkan ovum dan juga hormon estrogen dan progestron
4. Proses oogenesis bermula semasa perkembangan fetus perempuan dlm
uterus ibunya lagi.
Kedudukan ovari

5. Sel germa primordium dlm ovari embrio membahagi secara mitosis


berulang-ulang kali membentuk oogonium (OG)
6. OG yg diploid mengalami tumbesaran menjadi oosit primer OP)
7. Setiap OP diselaputi oleh satu atau lebih lapisan sel folikel.
Struktur oosit sekunder

Zulkarnain Jamaluddin

105

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

8. Keseluruhan struktur ini dikenali sbg folikel primer (FP)


9. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai berjuta-juta OP di
dalam ovarinya.
10. OP ini meneruskan proses meiosis di bawah rangsangan hormon
perangsang folikel (FSH) apabila seorang budak perempuan mencapai akil
baligh.
11. Setiap bulan, beberapa OP dari salah satu ovari akan menjadi aktif dan
meneruskan meiosis I utk membentuk Oosit Sekunder (OS) yg besar dan
satu jasad kutub yg kecil.
12. Kedua-dua sel ini bersifat haploid
13. OS akan mengalami meiosis II sehingga peringkat metafasa II sahaja.
14. OS diselaputi oleh beberapa lapisan sel folikel yang dikenali sbg folikel
sekunder (FS).
15. FS akan membesar dan membentuk Folikel Graaf (FG).
16. Setiap bulan, di bawah rangsangan satu lagi hormone lain dikenali sbg
hormon peluteinan (LH), folikel Graaf (FG) akan meletus dan Oosit
Sekunder (OS) dibebaskan drp ovari
17. Proses ini dikenali sbg pengovulan
18. OS akan memasuki Tiub Fallopia (TF) dan akan melengkapkan
pembahagian meiosis II sebaik shj satu sperma menembusi Oosit
Sekunder lalu membentuk ovum dan satu jasad kutub.
19. Persenyawaan akan berlaku apabila bercantumnya nukleus ovum dgn
nukleus sperma.
Peringkat perkembangan dan pembentukan ovum

Zulkarnain Jamaluddin

106

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

SPM 2012 (Esei)


Terangkan persamaan dan perbezaan antara spermatogenesis dan oogenesis.
Jawapan:
Persamaan

Penerangan

Kedua-dua proses berlaku di dalam

Sel-sel epitelial germa terdapat di

organ pembiakan

organ pembiakan.

Sel-sel epitelial germa adalah diploid

Untuk menghasilkan gamet haploid

Sel-sel epitelial germa menjalani

Untuk menghasilkan banyak sel diploid

meiosis
Kedua-dua proses menjalani meiosis

Untuk menghasilkan empat sel anak


haploid

Kedua-dua proses melibatkan

Persediaan utk membesar

pertumbuhan
Perbezaan:
spermatogenesis

Oogenesis

Berlaku dalam testis kerana ia adalah

Berlaku dlm ovari kerana ia adalah

organ pembiakan lelaki

organ pembiakan perempuan

Melibatkan proses pembezaan

Tidak melibatkan proses pembezaan

Menghasilkan empat sperma yang

Menghasilkan satu ovum (dan tiga

aktif.

jasad kutub yang akan merosot)

Sperma mempunyai saiz yg lebih kecil

ovum mempunyai saiz yg lebih besar,

dan mempunyai ekor utk berenang

pergerakan dibantu oleh silia di tiub


Fallopia

Berlaku sepanjang hayat

Berhenti apabila menopous

Bermula selepas mecapai akil baligh

Bermula pada peringkat fetus

Pembentukan sperma berlaku setiap

Pembentukan ovum sekali dalam kitar

masa.

haid

Mengalami proses meiosis lengkap

Meiosis II hanya lengkap selepas ovum


disenyawakan.

Zulkarnain Jamaluddin

107

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Sel epithelial germa membahagi

Sel epithelial germa membahagi

membentuk spermatogonium (SG)

membentuk oogonium (OG)

Spermatogonium berkembang

Oogonium (OG) berkembang

menghasilkan Spermatosit Primer (SP)

menghasilkan Oosit Primer (OP)

Uji Kefahaman Anda!


1) Nyatakan perbezaan antara sperma dengan ovum.

[2 markah]

Sperma adalah gamet jantan manakala ovum adalah gamet betina. Sperma
mempunyai kepala/ ekor manakala ovum tidak mempunyai ekor. Saiz sperma
kecil manakala ovum lebih besar. Sperma berenang kea rah ovum manakala
ovum hanya menunggu sperma untuk disenyawakan. Jangka hayat sperma
lebih singkat manakala jangka hayat ovum lebih lama.
2) Apakah kepentingan menghasilkan sperma yang banyak dalam pembiakan
seks?

[1 markah]

Kebarangkalian sperma untuk bersenyawa dengan ovum adalah tinggi.


3) Namakan organ di mana spermatogenesis dan oogenesis berlaku. [2 markah]
Spermatogenesis- Testis
Oogenesis- Ovari
4) Namakan jenis pembahagian sel yang menghasilkan gamet.

[1 markah]

Meiosis

Zulkarnain Jamaluddin

108

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4.2

Peranan Hormon dalam Kitar Haid.

Masa

Peristiwa yg berlaku dalam

(hari)

Ovari

Uterus

1-5

Perkembangan folikel primer

Haid berlaku.

6-13

Kematangan folikel Graaf

Pemulihan dan penebalan


endometrium

14

Pengovulan

Penebalan endometrium terus


berlaku.

15-24

Perkembangan Korpus

Penebalan endometrium terus

Luteum

berlaku .
Pembentukan tisu dan salur darah
dlm endometrium

25-28

Kemerosotan Luteum

Kemerosotan endometrium

Korpus jika persenyawaan


tidak berlaku.

Zulkarnain Jamaluddin

109

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Perubahan aras Hormon semasa kitar haid dan hubungannya dgn perubahan di
dalam ovari dan uterus.

Zulkarnain Jamaluddin

110

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Peranan Hormon dalam Mengawal Atur Kitar Haid


Kelenjar

Hormon

Endokrin

dirembeskan

Pituitari

FSH

Peranan
Merangsang perkembangan folikel di
dalam ovari. Oosit primer yg terkandung
dlm folikel primer akan berkembang dan
menjadi oosit sekunder yg terkandung
dlm folikel Graaf

Ovari

LH

Merangsang pengovulan

Estrogen

Memperbaiki dan memulihkan


endometrium selepas haid.
Merencatkan penghasilan FSH.
Merangsang penghasilan LH.

Progesteron

Merangsang penebalan dinding


endometrium untuk penempelan embrio
Menghalang penghasilan FSH dan LH
oleh kelanjar pituitari

Sindrom Prahaid
1) Sindrom ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan beberapa symptom
atau gejala yang tidak khusus untuk mencirikan sesuatu penyakit.
2) Prahaid merujuk kepada waktu sebelum mulanya haid.
3) Jadi, sindrom prahaid ialah tanda- tanda atau gejala yang dialami oleh
seorang wanita sebelum bermulanya haid.
4) Gejala- gejala ini akan muncul dari tujuh hingga 14 hari sebelum hari pertama
bermulanya haid.
5) Gejala- gejala yang dialami boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu:

Zulkarnain Jamaluddin

111

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kategori
Fizikal

Gejala
Sakit pinggang, pening kepala, pitam, sakit kepala, sakit
sendi, rasa loya, tidak berselera utk makan, kurang tenaga,
tidur tidak lena, kesakitan pada payu dara.

Emosi

Cepat marah, tidak tenteram, gelisah, muram.

Mental

Kurang daya ingatan, sukar memberi tumpuan.

6) Bukan semua wanita akan mengalami semua gejala yang disebutkan.


7) Sindrom prahaid disebabkan oleh kemerosotan pada aras hormon
estrogen dan progesteron dalam kitar haid dan ini adalah keadaan yang
berlaku secara semula jadi.
Putus Haid
1) Putus haid ialah tempoh masa terhentinya pengovulan dan haid secara
semula jadi pada wanita dan lazimnya berlaku dalam lingkungan 46 hingga
50 tahun.
2) Apabila seorang wanita menghampiri 50 tahun, perembesan hormon
estrogen dan progesteron akan semakin berkurangan.
3) Hal ini disebabkan ovarinya semakin kurang dipengaruhi oleh rangsangan
FSH dan LH.
4) Apabila perembesan estrogen dan progesteron berhenti, perubahan yang
berlaku pada endometrium setiap bulan akan berhenti dan haid juga
berhenti.
5) Putus haid dikatakan benar- benar berlaku apabila seorang wanita tidak
datang haid untuk 12 bulan berturut- turut.
6) Gejala- gejala yang dialami oleh seseorang wanita yang hampir putus haid
termasuk berasa panas pada seluruh badan, terutamanya pada kepala dan
leher untuk beberapa saat atau minit, berasa letih, gelisah, tidak tenteram
dan mudah tersinggung.
7) Kekurangan estrogenjuga menyebabkan kecenderungan kehilangan unsur
kalsium daripada tulang.
Zulkarnain Jamaluddin

112

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

8) Kehilangan unsur kalsium menyebabkan tulang menjadi kurang padat dan


mudah rapuh atau retak.
9) Keadaan ini dikenali sebagai osteoporosis.
SPM 2014 (Esei)
Rajah menunjukkan perkembangan folikel dalam kitar ovari.

(a) Terangkan apa yang berlaku semasa peringkat I dan peringkat II dalam kitar
ovari.

[4 markah]

Peringkat I:
Kelenjar pituitari merembes LH. Aras LH tinggi di dalam darah. Merangsang
ovulasi/ Folikel Graafian merosot. Oosit sekunder/ ovum dibebaskan.
Peringkat II:
(LH merangsang) perkembangan korpus luteum. Korpus luteum
merembeskan progesteron/ estrogen.
(b) (i) Seorang wanita mengambil pil perancang untuk mencegah kehamilan.
Kandungan pil itu merencat perembesan hormon perangsang folikel (FSH)
oleh kelenjar pituitari.
Terangkan kesan pengambilan pil perancang terhadap peringkat I dalam kitar
ovari.

Zulkarnain Jamaluddin

[3 markah]

113

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Aras FSH rendah (dalam darah). Tiada perkembangan folikel. Folikel graf
tidak terbentuk. Kurang estrogen dirembeskan (oleh ovari). (kelenjar) pituitari
tidak/ kurang dirangsangkan. Untuk merembes (cukup) LH. Tiada ovulasi.

(c) Terangkan apa yang menyebabkan peringkat III berlaku dan kesannya.
[3 markah]
Korpus luteum diluluhkan sebab ovum/ oosit sekunder tidak disenyawakan//
persenyawaan tidak berlaku. Tiada/ kurang aras progesterone. Dinding
uterus/ endometrium luluh/ terurai/ merosot. Tiada berlaku penempelan.
Tiada kehamilan.
4.3

Perkembangan Awal Zigot dalam Manusia.

1. Proses persenyawaan berlaku antara ovum dengan salah satu sperma


dalam tiub fallopia seorang wanita.
Peringkat perkembangan zigot hingga ke peringkat blastosista dan penempelan

2. Selepas 30 jam persenyawaan, zigot manusia membahagi menjadi dua


sel.

Zulkarnain Jamaluddin

114

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3. Zigot seterusnya membahagi lagi menjadi empat sel, lapan sel, enam
belas sel, tiga puluh dua sel dan seterusnya sehingga menjadi satu
kelompok sel yg digelar morula.
Embrio yang berusia sembilan hari

4. Morula menjadi bentuk sfera berongga yg disebut blastosista.


5. Blastosista akan berkembang membentuk embrio.
6. Embrio akan mula menempel pada dinding uterus.
7. Embrio akan berkembang membentuk fetus.

Zulkarnain Jamaluddin

115

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Persenyawaan diikuti dgn perkembangan zigot hingga menjadi bayi.

Pembentukan anak kembar

Pembentukan anak kembar seiras

Zulkarnain Jamaluddin

116

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pembentukan anak kembar tak seiras


Kembar seiras

Persamaan

Kembar tak seiras

1. Perkembangan fetus berlaku di dalam uterus.


2. Memerlukan plasenta utk perkembangan fetus.
3. Fetus mempunyai tali pusat.
4. Fetus menerima oksigen dan nutrien drp darah ibu.
5. Bahan kumuh drp darah fetus disingkirkan melalaui darah ibu.
6. Darah ibu terpisah drp darah fetus.
Perbezaan dari segi
Satu ovum disenyawakan

persenyawaan

oleh satu sperma.

Dua ovum disenyawakan


oleh dua sperma yg
berlainan.

Embrio membahagi

Pembahagian embrio

menjadi dua
Fetus kembar berkongsi

Pembahagian embrio
tidak berlaku.

Plasenta

satu plasenta.

Setiap kembar
mempunyai plasenta
sendiri

Kedua-dua mempunyai

Kandungan genetik

Kandungan genetik dlm

kandungan genetik yg

kedua-dua kembar tidak

sama

sama.

Sama

Jantina

Seiras

Rupa

sama atau berbeza


tidak seiras

Anak kembar siam


1. Semasa pembentukan anak kembar seiras, pembahagian satu embrio
yang tidak lengkap boleh berlaku.
2. Jika berlaku, dua embrio yang masih terlekat antara satu sama lain pada
bahagian tubuh tertentu misalnya kepala, punggung atau perut akan
terbentuk.
3. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam.

Zulkarnain Jamaluddin

117

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Peranan Plasenta dlm Perkembangan Fetus.


1. Plasenta ialah struktur yg tisu-tisunya terbentuk drp. Sel-sel fetus dan ibu
2. Sistem peredaran darah (SPD) fetus terpisah drp SPD ibu oleh satu
membran yg nipis.
3. Pemisahan SPD fetus dan ibu adalah penting kerana tinggi darah ibu
adalah jauh lebih tinggi drp tekanan darah fetus. Hal ini berkemungkinan
boleh merosakkan kapilari darah fetus yg sangat halus.
4. Darah ibu dan fetus tidak bercampur. Hal ini dapat mengelakkan masalah
penggumpalan darah jika kumpulan darah fetus dan ibu berlainan
5. Plasenta juga berfungsi sebagai satu struktur yg mengawal-pilih antara
darah ibu dengan darah fetus.
6. Ia membenarkan hanya bahan-bahan tertentu seperti oksigen, karbon
dioksida, garam mineral, glukosa, asid amino, lipid, vitamin, urea, hormone
dan antibodi meresap melaluinya.
7. Bahan-bahan lain spt SDM dan SDP tidak boleh merentas plasenta
8. Namun, bahan-bahan spt dadah, alkohol, kafeina dan bahan dari asap
rokok serta virus HIV dapat merentas plasenta dan masuk ke sistem aliran
darah fetus.

Rajah: Kedudukan dan struktur plasenta


9. Plasenta juga berfungsi sbg organ endokrin dan merembeskan hormon yg
amat penting semasa kehamilan. Selepas bulan ketiga, korpus luteum
Zulkarnain Jamaluddin

118

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

mula merosot dan tidak dpt merembeskan progestron lagi. Jadi, plasenta
akan mengambil alih fungsi korpus luteum dan merembeskan progestron
dan estrogen utk mengekalkan ketebalan endometrium.
Uji Kefahaman Anda!
1. Apakah yang dimaksudkan dengan persenyawaan?

[2 markah]

Percantuman antara nukleus sperma dengan nukleus ovum membentuk


zigot diploid.
2. Berikan nama peringkat embrio yang berbentuk bebola dan berongga di
bahagian tengahnya.

[1 markah]

Blastosista.
3. Apakah jenis kembar yang pembentukannya berasal daripada satu zigot
yang sama?

[1 markah]

Kembar seiras/siam
4. Apakah akan berlaku jika plasenta terpisah daripada dinding uterus?
[1 markah]
Keguguran fetus boleh berlaku.
5. Mengapakah seorang ibu yang kuat merokok akan menjejaskan
perkembangan fetus?

[2 markah]

Asap rokok mengandungi nikotin/ tar/ karbon monoksida. Meresap ke


dalam plasenta menyebabkan kecacatan fizikal pada fetus.
6. Apakah bahan yang tidak boleh merentas plasenta?

[1 markah]

Sel darah merah/ sel darah putih.

Zulkarnain Jamaluddin

119

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4.4

Sumbangan Sains dan Teknologi dalam Pembiakan Manusia.

1. Terdapat beberapa teknik mencegah kehamilan antaranya ialah teknik


semula jadi, penggunaan alat seperti kondom, diafragma alat intrauterin
penggunaan spermisid dan pil pencegah kehamilan.

Rajah: Alat pencegahan kehamilan

Rajah: Teknik pembedahan utk mencegah kehamilan


2. Terdapat beberapa teknik mengatasi masalah ketidaksuburan:
Teknik
Bank Sperma

Masalah

Penerangan

Sperma sedikit atau

Penderma sperma menyimpan

kualiti sperma rendah

sperma dlm bank sperma.


Biodata genetik penderma
direkod utk memudahkan
pemilihan sperma yg baik.

Sperma suami tidak

Sperma suami akan dikeluarkan

Permanian

dapat berfungsi dgn

dan dirawat sebelum

Beradas

normal (tidak aktif,

dimasukkan ke dalam tiub

cacat atau bilangannya fallopian isteri.


terlalu sedikit)
Zulkarnain Jamaluddin

120

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Persenyawaan Tiub fallopio isteri

Oosit sekunder isteri

in vitro (IVF)

tersumbat

dikeluarkan dari ovari

menyebabkan sperma

menggunakan jarum laparoskop

dihalang drp

utk disenyawakan dgn sperma

bersenyawa dgn ovum

suami dalam piring kultur dlm

atau zigot tidak sampai

makmal. Selepas dua hari

ke uterus.

setengah, embrio yg mencapai


peringkat lapan sel dimasukkan
semula ke dalam uterus melalui
serviks utk penempelan pada
uterus.

Ibu Tumpang

Isteri tidak dapat

Sperma dan ovum isteri

mengandung atau

disenyawakan secara

selalu gugur.

persenyawaan in vitro
membentuk zigot dan embrio
akan dipindahkan ke uterus ibu
tumpang sehingga lahir.

Penyakit kelamin
1. Penyakit kelamin boleh disebarkan melalui perhubungan seks tidak
terlindung antara dua individu atau lebih yang mana salah seorang
daripadanya dijangkiti bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit itu.
2. Antara contoh penyakit kelamin termasuk gonorea dan sifilis.

Zulkarnain Jamaluddin

121

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4.5

Konsep Pembiakan pada Tumbuhan.

Struktur Bunga
Keratan membujur sekuntum bunga

1. Bunga mempunyai empat bahagian, iaitu sepal, petal, stamen dan pistil
2. Stamen yang merupakan organ pembiakan jantan terdiri daripada anter
dan filamen.
3. Anter mempunyai pundi debunga yg mengandungi debunga yg bersifat
haploid.
4. Pistil terdiri drp stigma, stil dan ovari.
5. Stigma ialah struktur yg berfungsi utk menerima debunga.
6. Stigma didapati di atas satu salur panjang yg disebut stil yang
menyambungkan stigma kpd ovari.
Perkembangan Debunga.
1. Bahagian bunga yg menghasilkan debunga ialah anter.
2. Setiap anter mengandungi empat pundi debunga.
3. Dalam setiap pundi itu terdapat beratus-ratus sel induk debunga atau sel
mikrospora yg bersifat diploid.
4. Sel induk debunga akan membahagi secara meiosis menghasilkan empat
sel yang haploid.
5. Empat sel ini disebut tetrad.
6. Setiap sel dlm tetrad akan berkembang menjadi butir debunga.
Zulkarnain Jamaluddin

122

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

7. Nukleus dlm butir debunga akan membahagi secara mitosis dan


menghasilkan dua nukleus, iaitu nukleus penjana dan nukleus tiub.

Rajah: Perkembangan debunga di dalam pundi debunga pada anter.


Perkembangan Ovul
1. Ovul ialah struktur bunga yg menghasilkan telur atau gamet betina.
2. Ia berkembang drp selapis tisu yg terdapat pada karpel.
3. Ia dilekatkan pd dinding ovari melalui satu tangkai yg dipanggil funikel.
4. Tempat pelekatan ovul pd dinding ovari disebut plasenta yg membekalkan
nutrien melalui tangkai funikel.
5. Tisu pada karpel mengalami mitosis utk membentuk suatu tonjolan
berbentuk kon.
6. Tonjolan yg disebut nuselus ini terdiri drp tisu parenkima.
7. Apabila nuselus berkembang dan membesar, nuselus dikelilingi oleh dua
lapisan sel yg disebut integumen.
8. Salah satu sel drp sel-sel nuselus itu ialah sel induk megaspora atau sel
induk pundi embrio.
9. Sel ini akan membesar dan membahagi secara meiosis utk menghasilkan
empat sel yang haploid.
10. Tiga antara sel ini akan merosot.
11. Sel yg tertinggal membesar dan nukleusnya membahagi secara mitosis
sebanyak tiga kali untuk menghasilkan lapan nukleus.
12. Sel yg sudah membesar kini disebut pundi embrio.
13. Antara lapan nukleus dlm pundi embrio, tiga nukleus akan bergerak ke
satu hujung pundi embrio dan menjadi sel antipodal.
Zulkarnain Jamaluddin

123

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

14. Tiga lagi akan bergerak ke hujung pundi embrio yg bertentangan dan
menjadi dua sel sinergid dan satu sel telur.
15. Dua nukleus yg tertinggal di tengah pundi embrio menjadi nukleus kutub
16. Integumen yg berkembang dgn sepenuhnya akan menutupi keseluruhan
nuselus dan meninggalkan satu liang kecil yg disebut mikropil yg
membenarkan kemasukan air semasa percambahan biji benih.
Pembentukan pundi embrio;

Pendebungaan dan Pembentukan Tiub Debunga


1. Apabila debunga menjadi matang, dinding anter akan mengering, mengecut
dan merekah disisinya.
2. Perekahan ini akan membebaskan debunga yang akan dipindahkan ke stigma
oleh agen pendebungaan spt angin, serangga atau haiwan.
3. Proses pemindahan debunga dari anter ke stigma bunga sama atau berlainan
disebut pendebungaan.
4. Debunga yg telah dipindah ke stigma akan mengalami percambahan dan
mengeluarkan satu salur yg disebut tiub debunga.
5. Rembesan bergula pada permukaan stigma merangsangkan debunga utk
bercambah.
6. Tiub debunga memanjang dan bertumbuh ke arah ovul melalui stil.
7. Nukleus tiub berada di hujung tiub debunga dan mendahului nukleus penjana.
8. Semasa pergerakan nukleus-nukleus itu dlm tiub debunga, nukleus penjana
akan membahagi secara mitosis utk membentuk dua nukleus atau gamet
jantan yg bersifat haploid.

Zulkarnain Jamaluddin

124

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Rajah: Proses percambahan debunga.


Persenyawaan Ganda Dua
1. Salah satu drp dua gamet jantan bercantum dgn sel telur utk
menghasilkan zigot diploid iaitu persenyawaan pertama.
2. Gamet jantan yg satu lagi akan bercantum dgn dua nukleus kutub utk
membentuk nukleus endosperma yg triploid, iaitu persenyawaan kedua.
3. Proses persenyawaan yg berlaku dua kali utk menghasilkan satu zigot
diploid dan satu nukleus triploid dikenali sbg persenyawaan ganda dua.
Persenyawaan Ganda Dua;

Zulkarnain Jamaluddin

125

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pembentukan Buah dan Biji Benih

Rajah: Perkembangan biji benih


Bahagian

Berkembang menjadi

Berkembang menjadi/ Fungsi

Nukleus triploid

Tisu endosperma

Menyimpan makanan

Zigot diploid

Embrio

Biji benih

Integumen

Kulit biji

Pelindung kpd biji benih

Ovari

Buah

Ovul

Biji buah

Kepentingan Persenyawaan Ganda Dua dalam Kemandirian Tumbuhan


Berbunga
1. Tumbuhan berbunga atau angiosperma merupakan kumpulan tumbuhan
yang paling besar di permukaan bumi dan boleh ditemukan di setiap sudut
bumi.
2. Debunga yang merupakan gamet jantan dan sel telur ialah sel haploid
yang dibentuk akibat proses pembahagian sel secara meiosis
3. Oleh itu, wujud variasi dalam keturunan yang dapat menjamin kemandirian
spesies.
4. Percantuman antara gamet jantan dengan sel telur menghasilkan zigot
diploid. Percantuman ini memastikan maklumat genetik tumbuhan induk
diturunkan daripada generasi kepada generasi dan spesies tumbuhan
dikekalkan.
5. Percantuman antara gamet jantan dengan dua nukleus kutub
menghasilkan tisu endosperma yang berkembang menjadi tisu penyimpan
makanan.
Zulkarnain Jamaluddin

126

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Percantuman ini memastikan makanan embrio tersedia ada semasa


percambahan biji benih dan menjamin kejayaan anak tumbuhan.
7. Buah melindungi biji benih dan membantu pencaran biji benih ke tempat
yang jauh dari pokok induk.
8. Cara ini memastikan persaingan intraspesies dapat dielakkan untuk
menjamin kejayaan dan kemandirian tumbuhan di habitat baharu.
4.6

Pertumbuhan dalam Organisma Multisel

1. Pertumbuhan dalam organisma ialah satu proses kekal dan tidak boleh
berbalik.
2. Pertumbuhan melibatkan pertambahan bilangan sel, saiz, isi padu dan
jisim badan organisma dan juga pembezaan serta pengkhususan sel.
3. Terdapat tiga peringkat perkembangan dlm proses pertumbuhan iaitu
pembahagian sel, pemanjangan sel dan pembezaan sel.
4. Pembahagian sel melibatkan mitosis, iaitu setiap sel membahagi menjadi
dua sel yg seiras dgn sel induk.
5. Kedua-dua sel ini membahagi lagi menghasilkan empat sel dan proses ini
berterusan utk menghasilkan lapan sel, enam bela sel dan seterusnya
sehingga satu kumpulan sel yg terdiri drp berbilang sel yg seiras
dihasilkan yg kemudian akan mengalami pemanjangan
6. Pemanjangan sel akan menyebabkan pertambahan saiz sel.
7. Pertambahan ini disebabkan oleh pengambilan air dan bahan keperluan
lain spt garam mineral, glukosa, asid amino dan bahan-bahan lain drp
persekitaran.
8. Air mengumpul dlm vakuol sel tumbuhan menyebabkan vakuol membesar.
9. Bahan yg meresap masuk ke sel digunakan utk membina protoplasma sel
dan menyebabkan pertambahan saiz sel.
10. Pembezaan sel berlaku selepas pemanjangan sel.
11. Sel-sel mengalami perubahan bentuk dan struktur dan kemudian
membentuk kumpulan sel yang khusus
12. Pembezaan dan pengkhususan sel membolehkan menjalankan fungsi
yang baharu dan khusus.
Zulkarnain Jamaluddin

127

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

13. Sebagai cth, pembezaan sel epidermis pada akar tumbuhan


menyebabkan sel-sel ini membentuk unjuran halus disebut rambut akar,
yg menambahkan jumlah luas permukaan utk peresapan air dr tanah ke
dalam akar.
14. Pembezaan sel epidermis pada daun pula menghasilkan sel pengawal
berbentuk kacang yg mengawal pembukaan dan penutupan liang stoma
dan seterusnya mengawal kehilangan air drp tumbuhan.

Rajah: Pemanjangan sel tumbuhan melalui pemvakuolan.


Uji Kefahaman Anda!
1. Berikan definisi pertumbuhan.

[2 markah]

Proses pertambahan bilangan sel/ saiz/ isipadu/ jisim badan dan tidak
berbalik/ kekal.
2. Mengapakah organisma perlu mengalami pertumbuhan? Terangkan.
[2 markah]
Untuk perkembangan dan kematangan sistem-sistem badan//
membenarkan pembiakan berlaku dan menjamin kesinambungan spesies.
3. Namakan tiga zon utama pada hujung akar dan hujung pucuk yang
berkaitan dengan pertumbuhan.

[3 markah]

Zon pembahagian, zon Pemanjangan dan zon pembezaan


4. Huraikan ciri-ciri utama yang diperhatikan pada sel di zon yang dinamakan
di atas.

Zulkarnain Jamaluddin

[3 markah]

128

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Zon pembahagian:
Sel membahagi secara mitosis untuk menghasilkan 2/4/8/16/32/64/128//
banyak sel secara berterusan dan seiras.
Zon pemanjangan:
Pertambahan saiz sel. Disebabkan pengambilan air dan bahan keperluan
lain/ garam mineral/ glukosa/ asid amino. Saiz vakuol bertambah.
Zon pembezaan:
Sel mengalami perubahan bentuk dan struktur// rambut akar.
4.7

Lengkung Pertumbuhan

Parameter untuk mengukur pertumbuhan


1. Pertumbuhan boleh ditentukan dengan mengukur parameter pertumbuhan
seperti pertambahan saiz atau isi padu dan perubahan jisim segar atau
jisim kering dalam satu jangka masa tertentu.
2. Jisim kering sesuatu organisma merujuk kepada jisimnya selepas semua
air telah disingkirkan daripada organisma itu. Ia boleh ditentukan dengan
menimbang jisim organisma selepas mengeringkan organisma dalam
ketuhar pada suhu 100 0C berulang kali sehingga jisimnya tidak berubah.
3. Faedah kaedah ini ialah ukuran jisim kering memberikan pengukuran
pertumbuhan yang paling tepat tetapi kelemahannya ialah organisma
tersebut mesti dibunuh dan dikeringkan sebelum ditimbang.
4. Oleh itu, kadar pertumbuhan pada organisma yang sama tidak dapat
dikaji.
5. Kaedah ini sesuai digunakan untuk menentukan jisim kering tumbuhan,
tumbuhan yang sama jenis dapat ditanam dalam persekitaran yang sama
dan mendapat nutrien yang sama.
6. Jisim segah organisma juga mudah ditentukan. Jisim organisma boleh
ditimbang dengan neraca pada bila-bila masa dan organism tidak perlu
dibunuh.
7. Akan tetapi, kaedah ini tidak tepat kerana kandungan air dalam badan
boleh mempengaruhi keputusan.

Zulkarnain Jamaluddin

129

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Lengkung Pertumbuhan
1. Lengkung pertumbuhan adalah berbentuk sigmoid atau S.
2. Lengkung pertumbuhan boleh dibahagikan kpd lima bahagian seperti
berikut:
Lengkung pertumbuhan berbentuk sigmoid (manusia)

Permulaan

Eksponen

Matang

(fasa bayi)

(kanak-kanak)

(remaja)

Dewasa

Penuaan

Kadar

KP berlaku

KP menjadi

KP berhenti,

KP negatif

pertumbuhan

dgn cepat

lambat kerana

iaitu organism

Organisma

(KP) secara

kebanyakan

telah dewasa

mengalami

perlahan

sel-sel aktif

Proses

proses

Proses

Proses

telah

pembahagian.

penuaan atau

pembahagian

pembahagian

mencapai

sel yg berlaku

kekurangan

sel dan sedikit

dan

saiz yg

hanya utk

makanan yg

pemanjangan

pemanjangan

maksimum

gantikan tisu-

mengakibatkan

sel berlaku.

sel adalah

tisu yg rosak

kematian.

banyak

atau mati

Zulkarnain Jamaluddin

130

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kadar pertumbuhan serangga.


Lengkung pertumbuhan bagi haiwan berangka luar

SPM 2011 (Esei)


Terangkan lengkung pertumbuhan belalang.

[4markah]

Jawapan:
1.Pertumbuhan berperingkat//bukan lengkung licin.
2. Mempunyai eksoskeleton (rangka luar) yang keras/ rangka luar terdiri drp kitin
3. Ini menghadkan pertambahan panjang badan.
4. Kadar pertumbuhan adalah sifar (dalam fasa nimfa /instar)
5. Eksoskeleton baru lembut terhasil di bawah rangka lama.
6. Serangga menyedut udara dalam isi padu yg banyak.
7. Untuk menanggalkan rangka luar utk terbuka/pecah.
8. Eksoskeleton baru mengembang.
9. Pertumbuhan berhenti apabila dewasa.
4.8 Pertumbuhan Primer dan Pertumbuhan Sekunder pada Tumbuhan.
Pertumbuhan Primer.
1. Pertumbuhan primer ialah pertumbuhan pertama pada tumbuhan.
2. Ia berlaku pada semua tumbuhan sama ada tumbuhan monokotiledon dan
dikotiledon atau tumbuhan herba dan tumbuhan berkayu
Zulkarnain Jamaluddin

131

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3. Ia penting bagi pemanjangan pokok supaya dapat mencapai ketinggian


maksimum.
4. Pertumbuhan ini berlaku pada meristem apeks yg terdapat pada hujung pucuk
dan hujung akar.
5. Hujung pucuk dan akar dibahagikan kpd tiga zon iaitu, zon pembahagian, zon
pemanjangan dan zon pembezaan.
Hujung akar tumbuhan

Hujung pucuk tumbuhan

Pertumbuhan Sekunder.
1. Ia berlaku hanya pada tumbuhan dikotiledon yg berkayu.
2. Ia berlaku pada meristem sisi yg terdiri drp kambium vaskular dan
kambium gabus.
3. Kambium vaskular akan membentuk tisu vascular baru iaitu, xilem dan
floem manakala kambium gabus yg terdapat di bawah lapisan epidermis
batang akan membentuk gabus.
Pertumbuhan sekunder pada batang.
1. Batang tumbuhan mempunyai satu lapisan yg berupaya membahagi
2. Sel-sel ini disebut kambium vaskular.
3. Kambium vaskular didapati di antara tisu xilem dgn tisu floem
4. Sel-sel baharu yg dihasilkan pada bahagian dalam akibat pembahagian
sel kambium akan membentuk xilem baharu manakala sel-sel yg
Zulkarnain Jamaluddin

132

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

dihasilkan pada bahagian luar dan menuju ke bahagian luar akan


membentuk floem
5. Tisu xilem baharu yg dibentuk akan menjadi xilem sekunder manakala tisu
floem baharu akan menjadi floem sekunder
6. Dinding salur xilem biasanya ditebalkan dengan lignin
7. Lignin ialah suatu bahan yg kalis air dan kuat.
8. Xilem mengalami pertumbuhan sekunder, xilem primer ditolak ke bahagian
tengah batang manakala floem primer akan ditolak ke arah epidermis
batang.
9. Akibatnya, tisu-tisu xilem primer dimampatkan.
10. Lilitan batang bertambah menyebabkan epidermis batang meregang dan
retak.
11. Tisu di bawah epidermis, iaitu tisu gabus yg dihasilkan oleh kambium
gabus berfungsi melindungi batang drp serangan serangga dan bakteria
apabila epidermis merekah.
Pertumbuhan sekunder batang tumbuhan dikotiledon

Zulkarnain Jamaluddin

133

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

SPM 2014 (Esei)


Rajah menunjukkan keratan rentas batang X dan batang Y daripada dua
tumbuhan dikotiledon.

Batang X ialah daripada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan primer.


Batang Y ialah daripada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder.
Terangkan perbezaan dalam struktur antara batang X dengan batang Y.
[6 markah]
Jawapan:
X

Mempunyai xilem primer.

Mempunyai xilem primer dan sekunder.

Kambium (vaskular) tidak membahagi

Kambium membahagi secara mitosis

secara mitosis.

ke dalam menghala ke empulur.

Mempunyai floem.

Mempunyai floem primer dan floem

Kambium (vaskular) tidak membahagi

sekunder.

secara mitosis.

Kambium membahagi secara mitosis


keluar menghala ke epidermis.

Jejari/ diameter lebih kecil.

Diameter lebih besar.

Kambium vaskular tidak membahagi

Kambium vaskular membahagi secara

secara mitosis membentuk xilem dan

mitosis membentuk xilem dan floem

floem sekunder.

sekunder.

Zulkarnain Jamaluddin

134

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Tidak mempunyai gabus.

Mempunyai gabus.

Kambium gabus tidak membahagi

Kambium gabus membahagi secara

secara mitosis untuk membentuk

mitosis untuk membentuk gabus ke

gabus.

arah kulit kayu.

Tidak mempunyai kulit kayu.

Mempunyai kulit kayu.

Tidak mempunyai lapisan gabus.

Mempunyai lapisan gabus.

Tidak mempunyai gelang kambium.

Mempunyai gelang kambium.

Kambium (vaskular) tidak membahagi.

Kambium (vaskular) membahagi


secara mitosis secara radial ke tepi.

Tidak mempunyai korteks sekunder.

Mempunyai korteks sekunder.

Tiada kambium gabus untuk

Kambium (vaskular) membahagi

membahagi secara mitosis untuk

secara mitosis untuk membentuk

menbentuk korteks sekunder.

korteks sekunder ke arah dalam.

12. Tumbuhan yg tumbuh di kawasan beriklim sejuk yg mempunyai empat


musim mengalami kadar pertumbuhan yg tidak seragam.
13. Kadar pertumbuhan pada musim bunga lebih tinggi drp yg berlaku pada
musim panas dan luruh.
14. Hal ini kerana keadaan persekitaran adalah lembap dan sel kambium
mula membahagi.
15. Jadi, salur xilem yg dibentuk adalah besar dan berdinding nipis supaya
dapat mengangkut kuantiti air yg besar dr akar ke daun untuk proses
fotosintesis
16. Tambahan pula, kadar fotosintesis adalah tinggi disebabkan keamatan
cahaya yg tinggi.
17. Pada musim panas yg kurang kelembapan walaupun keamatan cahaya
tinggi, saiz sel yg terbentuk menjadi lebih kecil
18. Begitu juga pada musim luruh, keamatan cahaya berkurang.
19. Jadi, salur xilem sekunder yg dibentuk adalah kecil dan berdinding tebal
20. Pada musim sejuk, kadar pertumbuhan pada kebanyakan pokok adalah
rendah

Zulkarnain Jamaluddin

135

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

21. Akibat kadar pertumbuhan yg berbeza, tumbuhan tersebut mempunyai


gelang tambunan yg terdiri drp gelang cerah dan gelang gelap
22. Gelang cerah yg terdiri drp xilem besar dibentuk pada musim bunga
manakalaa gelang gelap yg terdiri drp xilem kecil dibentuk pada musim
salji
23. Gelang tahunan membolehkan kita mengira usia sebatang pokok.
24. Setiap gelang gelap mewakili satu tahun dlm usia pokok.
SPM 2014 (Esei)
Rajah menunjukkan lengkuk pertumbuhan bagi tumbuhan saka (bermusim).

Terangkan corak pertumbuhan bagi tumbuhan itu.

[4 markah]

Menunjukkan pertumbuhan yang tidak terhad/ berterusan. Ialah satu ciri lengkuk
sigmoid yang berterusan. Yang menambah ke atas lengkuk kepada lengkuk yang
lain. Setiap lengkuk sigmoid mewakili pertumbuhan untuk satu tahun. (di
bahagian akhir setiap) lengkuk sigmoid menunjukkan sedikit penurunan.
Disebabkan oleh pengguguran daun dan buah. Pertumbuhan dipengaruhi oleh
musim. Semasa musim panas/ bunga/hujan kadar fotosintesis/pertumbuhan
meningkat. Semasa musim luruh/ sejuk/ kemarau kadar fotosintesis/
pertumbuhan berkurang.

Zulkarnain Jamaluddin

136

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pertumbuhan Sekunder pada Akar.


1. Akar tumbuhan juga mengalami pertumbuhan sekunder
2. Proses pertumbuhan sekunder pada akar adalah serupa dengan batang
dikotiledon
3. Kambium vaskular yg terletak di antara tisu xilem dengan tisu floem primer
membahagi untuk membentuk tisu xilem sekunder di sebelah dalam dan
tisu floem sekunder di sebelah luar
4. Akibat pertumbuhan sekunder, tisu-tisu primer dimampatkan
5. Kambium gabus yg terletak di bawah eprdermis akan menghasilkan gabus
yg berfungsi memberikan perlindungan kpd tisu akar.

Pertumbuhan sekunder pada akar tumbuhan dikotiledon.


Pertumbuhan Sekunder pada Tumbuhan Monokotiledon.
1. Secara lazimnya, tumbuhan monokotiledon dan tumbuhan herba yang
merupakan tumbuhan semusim tidak mengalami pertumbuhan sekunder
2. Akan tetapi, sesetengah tumbuhan monokotiledon seperti Aloe sp., Agave
sp. dan Dracaena sp. adalah terkecuali.
3. Tumbuhan tersebut mengalami sedikit pertumbuhan sekunder kerana
batang tumbuhan ini mempunyai kambium di kawasan korteks batang dan
di sebelah luar berkas vaskular.
4. Kambium ini berupaya membahagi utk membentuk berkas vaskular
sekunder dan parenkima sekunder.

Zulkarnain Jamaluddin

137

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Pertumbuhan sekunder pada batang Dracaena sp.

Pertumbuhan sekunder pd batang


tumbuhan monokotiledon

Perbandingan antara Tumbuhan yg mengalami Pertumbuhan Sekunder dengan


Tumbuhan yang tidak mengalami Pertumbuhan Sekunder.

Tumbuhan yg mengalami

Tumbuhan yg tidak mengalami

pertumbuhan sekunder

pertumbuhan sekunder

Pertumbuhan tidak berhenti dan

Pertumbuhan biasanya berhenti selepas

tumbuhan biasanya sangat tinggi

satu atau dua musim dan tumbuhan


adalah tidak tinggi.

Mempunyai meristem sisi atau

Tidak mempunyai meristem sisi atau

kambium.

kambium.

Mempunyai tisu berkayu

Tidak mempunyai tisu berkayu

Sesetengah tumbuhan mempunyai

Tidak mempunyai kambium gabus.

kambium gabus.

Boleh hidup betahun-tahun.

Hanya hidup utk semusim atau dua


musim sahaja.

Pertumbuhan berlaku sepanjang

Pertumbuhan berlaku hanya semasa

hayat.

tumbuhan hidup.

Zulkarnain Jamaluddin

138

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kepentingan Ekonomi dan Kelebihan Pertumbuhan Sekunder pada Tumbuhan.


1. Pokok yg mempunyai bahagian berkayu yang kuat dan keras
menjadikannya sesuai digunakan utk membuat perabot, pagar, pintu dan
sebagainya.
2. Tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder mempunyai tempoh
hayat yang panjang.
3. Hal ini menambahkan peluang tumbuhan itu menghasilkan biji benih bagi
tujuan menambahkan anak dan mengekalkan spesis pokok.
4. Tumbuhan itu juga mempunyai akar yg besar dan panjang utk
mendapatkan akar dengan lebih berkesan dr bahagian tanah yg dalam
5. Hal ini akan meningkatkan kemandirian tumbuhan semasa musim
kemarau.
6. Pertambahan tisu xilem dan floem dapat menampung keperluan pokok yg
sedang membesar.
7. Pertambahan tisu tersebut membolehkan pokok tumbuh dgn lebih tinggi
dan Berjaya dlm persaingan dengan tumbuhan lain utk mendapat cahaya
matahari bagi proses fotosintesis.

Zulkarnain Jamaluddin

139

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

BAB 5 PERWARISAN
5.1 Mensintesis Konsep Perwarisan berdasarkan Eksperimen Mendel.
Konsep perwarisan berdasarkan Eksperimen Mendel.
1. Perwarisan ialah pemindahan ciri drp ibu-bapa kpd anak atau drp generasi
kpd generasi yg lain.
2. Bidang kajian perwarisan ini dinamakan genetik.
3. Ciri ialah faktor yg diwariskan spt ketinggian, warna kulit, bentuk muka dan
kumpulan darah.
4. Setiap ciri mempunyai variasi trait.
5. Contoh ciri dan trait;
Ciri
Ketinggian

Trait
Tinggi
Rendah

Warna

Putih
Merah

Kumpulan darah

A
B
AB
O

6. Kajian Genetik bermula dengan Gregor Mendel (1822 hingga 1884)


seorang paderi dari Brunn, Austria.
Perwarisan Monohibrid
1. Menurut Mendel, trait tinggi adalah bersifat dominan, iaitu trait ini
menindas kesan trait rendah.
2. Trait rendah dinamakan trait resesif iaitu trait itu tidak kelihatan walupun
wujud pada induk asal.

Zulkarnain Jamaluddin

140

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

3. Apabila anak-anak generasi filial pertama dikacukkan sesama sendiri dan


biji benih yg terhasil ditanam, ciri pokok generasi filial kedua (F2)
direkodkan.

Kacukan monohibrid yg dijalankan oleh Mendel.


4. Dalam generasi filial kedua, pokok trait rendah muncul semula sebanyak
25% drp keseluruhan pokok.
5. Kacukan ini menunjukkan perwarisan monohibrid kerana hanya
melibatkan satu ciri sahaja, iaitu ketinggian pokok.
6. Seterusnya Mendel mengemukakan Hukum Mendel Pertama yg dikenali
sebagai Hukum Segregasi yg menyatakan:
Ciri sesuatu organisma dikawal oleh sepasang alel, hanya satu daripada
pasangan alel ini akan diwariskan dalam gamet.

Zulkarnain Jamaluddin

141

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Istilah- istilah yang digunakan dalam genetik.


Istilah
Gen

Maksud
Merupakan unit asas perwarisan yg terdapat pada kromosom
Gen mengawal ciri tertentu dlm sesuatu organisma.

Alel

Merupakan satu ahli drp pasangan gen yg terletaak pada lokus


tertentu pada kromosom yg mengawal trait.

Alel dominan

Merupakan alel yg sentiasa menunjukkan traitnya apabila hadir.


Huruf besar digunakan utk mewakilinya.

Alel resesif

Merupakan alel yg menunjukkan traitnya apabila kedua-dua sel


ialah alel resesif. Huruf kecil digunakan utk mewakilinya.

Genotip

Merupakan komposisi gen suatu organisma. Genotip suatu


organisma tidak dapat dilihat.

Fenotip

Merupakan ciri-ciri yg dipamerkan pada suatu organisma.

Homozigot

Merupakan sepasang alel yg sama, contohnya TT atau tt.

Heterozigot

Merupakan sepasang alel yg berbeza, contohnya Tt.

Perwarisan dihibrid
1. Kacukan antara dua individu yg melibatkan dua ciri berlainan menunjukkan
perwarisan dihibrid.
2. Induk yg digunakan ialah pokok kacang pea baka tulen yg mempunyai trait
dominan biji kacang bulat dan berwarna kuning dengan pokok kacang pea
baka tulen trait resesif biji berkedut dan berwarna hijau.
3. Generasi filial pertama (F1) yg terhasil menunjukkan hanya trait dominan
iaitu biji bulat dan berwarna kuning sahaja muncul tetapi trait resesif tidak
kelihatan.
4. Apabila kacukan rawak antara generasi filial pertama F1 dilakukan,
generasi filial kedua (F2) memberi empat variasi fenotip, iaitu biji bulat
kuning, biji bulat hijau, biji kedut kuning dan biji kedut hijau dgn nisbah
9:3:3:1
5. Trait resesif muncul dlm generasi F2 dan trait ini bebas berkombinasi dgn
trait lain.

Zulkarnain Jamaluddin

142

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

6. Dalam generasi F1, ciri bg bentuk biji dikawal oleh sepasang alal Bb dan
warna biji Kk.
7. Semasa pembentukan gamet F1, mana-mana alel bagi bentuk biji boleh
berpasang dengan mana-mana alel bagi warna biji.
8. Empat kombinasi gamet terhasil, iaitu: BK, Bk, Bk dan bk.
9. Apabila persenyawaan secara rawak berlaku, 16 kombinasi genotip F2
akan terhasil dan ini memberikan empat jenis fenotip.
10. Hukum Mendel Kedua juga dikenali sebagai Hukum Pengaturan Bebas.
11. Hukum ini menyatakan:
Semasa pembentukan gamet, setiap ahli drp pasangan alel boleh
berkombinasi dgn mana-mana ahli drp pasangan alel ciri yg lain.

Zulkarnain Jamaluddin

143

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Uji Kefahaman Anda!


1. Apakah yang dimaksudkan dengan alel dominan dan alel resesif?
[2 markah]
Alel dominan- Alel yg sentiasa menunjukkan traitnya apabila hadir. Huruf
besar digunakan utk mewakilinya.
Alel resesif- Alel yg menunjukkan traitnya apabila kedua-dua sel ialah alel
resesif. Huruf kecil digunakan utk mewakilinya.
2. Apakah perbezaan antara baka homozigot dengan baka heterozigot?
[1 markah]
Baka homozigot merupakan sepasang alel yg sama manakala baka
heterozigot merupakan sepasang alel yg berbeza.
3. Beri definisi fenotip dan genotip.

[2 markah]

Fenotip ialah ciri-ciri yg dipamerkan pada suatu organisma.


Genotip ialah komposisi gen suatu organisma yang tidak dapat dilihat.
4. Jika pokok bunga berwarna merah heterozigot dikacukkan dengan pokok
bunga berwarna putih homozigot resesif, apakah genotip yang terhasil dan
apakah nisbah fenotip yang terhasil?

[2 markah]

Genotip yang terhasil adalah heterozigot dan homozigot resesif. Nisbah


fenotip adalah 1:1
5. Dalam kajian yang dibuat ke atas jagung, jagung berwarna kuning adalah
dominan ke atas jagung berwarna ungu, dan biji bulat adalah dominan
terhadap biji berkedut. Jika baka tulen jagung berwarna kuning dan bulat
dikacukkan dengan baka tulen berwarna ungu dan berkedut,
i) Berapa peratuskah anak generasi filial pertama akan membawa trait
berwarna kuning dan berkedut?

[1 markah]

0%
ii) Apakah fenotip generasi filial pertama?

[1 markah]

Jagung bewarna kuning dan biji bulat.


Zulkarnain Jamaluddin

144

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

iii) Berapakah fenotip generasi filial kedua dan nisbah fenotip generasi
filial kedua?

[2 markah]

Empat. 9:3:3:1
SPM 2014(Struktur)
Rajah menunjukkan pokok kacang pea tinggi berbunga putih dikacukkan dengan
pokok kacang pea rendah berbunga ungu.
T

: mewakili alel dominan bagi pokok tinggi

: mewakili alel resesif bagi pokok rendah

: mewakili alel dominan bagi bunga ungu

: mewakili alel resesif bagi bunga putih

Induk
Genotip induk
Meiosis
Gamet

Tb

tB

Generasi F1

(a) Nyatakan fenotip bagi induk tersebut.


Tumbuhan 1

: Pokok tinggi dan bunga putih.

Tumbuhan 2

: Pokok rendah dan bunga ungu.


[2 markah]

(b)(i) Tulis genotip bagi gamet dalam bulatan yang disediakan pada Rajah di
atas.
Zulkarnain Jamaluddin

[2 markah]
145

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(ii) Nyatakan fenotip bagi generasi F1.


Tinggi, bunga ungu.
[1 markah]
(c) Jadual menunjukkan genotip generasi F2 selepas generasi F1 dikacukkan
dengan generasi F1 yang lain. Jumlah bilangan anak F2 ialah 16.
Gamet dari induk F1

TB

Tb

tB

Tb

Gamet dari induk F1 yang lain


TB

TTBB TTBb

TtBB

TtBb

Tb

TTBb

TTbb

TtBb

Ttbb

Tb

TtBB

TtBb

ttBB

ttBb

Tb

TtBb

Ttbb

ttBb

Ttbb

Nyatakan kebarangkalian generasi F2 berikut:


(i) Pokok kacang pea tinggi, berbunga putih
3/16 // 0.19 // 19% // 18.75% // 0.1875
[1 markah]
(ii) Pokok kacang pea tinggi, berbunga ungu
9/16 // 0.56 // 56%
[1 markah]
(d) Dalam jadual di atas, bulatkan genotip generasi F2 bagi pokok kacang pea
rendah berbunga ungu.
Kemudian tentukan kebarangkalian generasi F2 bagi fenotip tersebut.
3/16 // 0.19 // 19% // 18.75% // 0.1875
[2 markah]

Zulkarnain Jamaluddin

146

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(e) Nyatakan nisbah fenotip anak dalam generasi F2 dalam jadual di atas.
Tinggi,

Tinggi,

Rendah,

Rendah,

bunga ungu

bunga putih

bunga ungu

bunga putih

1
[1 markah]

(f) Berdasarkan Rajah dan jadual di atas, huraikan Hukum Mendel Kedua.
Semasa meiosis // semasa pembentukan gamet. Setiap pasangan alel
berpisah. Setiap ahli daripada satu pasangan alel boleh bergabung secara
rawak dengan mana-mana ahli daripada pasangan alel yang satu lagi// TB/ Tb/
tb/ tB. Hukum pengaturan bebas.
[2 markah]
5.2 Perwarisan
Perwarisan kumpulan darah dalam manusia.
1. Kumpulan darah dikelaskan kpd A, B, AB dan O.
2. Terdapat tiga alel yang mengawal ciri kumpulan darah, iaitu A, B dan O.
3. Alel A dan alel B bersifat dominan manakala alel O adalah resesif.
4. Oleh itu, kombinasi alel AO akan member fenotip A manakala BO akan
memberi fenotip B.
5. Kumpulan O akan hanya terjadi jika kedua-dua alel adalah resesif, iaitu
OO.
6. Oleh sebab A dan B adalah dominan, kombinasi ini dinamakan kodominan
dan individu yang mempunyai kedua-dua alel ini mempunyai darah jenis
AB.
Fenotip

Zulkarnain Jamaluddin

Genotip

Kumpulan A

AA atau AO

Kumpulan B

BB atau BO

Kumpulan AB

AB

Kumpulan O

OO
147

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

7. Individu yg mempunyai darah jenis A mungkin mempunyai genotip


homozigot AA atau heterozigot AO.
8. Dalam proses pembentukan gamet bagi genotip AA, semua gametnya
membawa alel A.
9. Bagi genotip AO pula 50% gamet yg terhasil akan membawa alel A dan
50% lagi membawa alel O.
10. Bagi individu yang berdarah O, gamet yg terbentuk akan hanya membawa
alel O.
Rajah menunjukkan satu contoh perwarisan kumpulan darah.
Induk:

Ibu

Genotip:

IA IO

Bapa
IB IB

Meiosis:
Gamet:

IA

IO

IO

IB

Persenyawaan:
Genotip anak:

IA IB

IA IB

IB IO

I B IO

Fenotip anak:

AB

AB

Perwarisan Faktor Rhesus (Rh) dalam manusia.


1. Faktor rhesus ialah sejenis antigen yg terdapat di permukaan sel darah
merah.
2. Antigen ini akan membentuk aglutinat (gumpalan) apabila bertindak balas
dgn antibodi drp individu yg tidak mempunyai antigen berkenaan.
3. Keadaan apabila terdapat sejenis protein antigen dipermukaan sel darah
merah dinamakan faktor Rh positif (Rh+) dan keadaan yg tiada antigen ini
dinamakan kumpulan Rh negatif (Rh-).
4. Rh+ bersifat dominan manakala Rh- adalah resesif.

Zulkarnain Jamaluddin

148

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

5. Jika seseorang ubi Rh- mengandungkan bayi Rh+ yg diwariskan drp bapa
Rh+, masalah tidak timbul kerana arah ibu terpisah drp darah fetus oleh
plasenta.
6. Masalah akan timbul pada akhir kehamilan dan waktu melahirkan bayi
kerana terdapat kemungkinan besar darah bayi boleh bercampur dgn
darah ibu melalui plasenta yg mula tanggal.
7. Apabila darah bayi yg mempunyai antigen Rh memasuki sistem darah ibu
ini akan merangsang darah ibu utk menghasilkan antibodi bagi melawan
antigen ini.
8. Bayi pertama akan lahir dgn selamat tetapi apabila ibu itu mengandung
pada kali kedua bayi Rh+, antibodi yg berada dlm plasma darah ibu akan
dapat merentasi plasenta dan menyerang sel darah merah bayi lalu
menyebabkan sel darah merah bayi mengembang dan meletus
9. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan keguguran akibat
tindakan kadar factor Rhesus dalam badan ibu.

10. Alel untuk Rh+ adalah dominan kpd Rh-, oleh itu ibu bapa yg heterozigot
akan menyebabkan 25% drp anaknya berkemungkinan mempunyai darah
Rh-.

Zulkarnain Jamaluddin

149

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Perwarisan faktor Rhesus

Autosom dan Kromosom seks


1. Dalam manusia, setiap sel soma mempunyai 23 pasang kromosom atau
46 kromosom.
2. Daripada 23 pasangan ini, 22 pasang ialah pasangan kromosom homolog
yg disebut autosom, iaitu kromosom yg kelihatan sama pada lelaki dan
perempuan.
3. Pasangan kromosom yg ke-23 ialah kromosom seks, iaitu kromosom yg
membawa gen-gen yg menentukan ciri-ciri seks.
4. Pasangan kromosom ini berbeza antara lelaki dengan perempuan.
5. Dalam perempuan terdapat dua kromosom seks XX, iaitu 44 autosom +
krosom seks XX.
6. Dalam lelaki terdapat satu kromosom seks X dan satu kromosom Y, iaitu
44 autosom + kromosom seks XY.
7. Set kromosom yg lengkap di dalam nukleus yg kelihatan di bawah
mikroskop cahaya dinamakan kariotip.
8. Kariotip manusia boleh disediakan dgn mengambil gambar kromosom
semasa sel soma ssedang membahagi, iaitu kromosom memendek dan
menebal.

Zulkarnain Jamaluddin

150

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kariotip perempuan

Kariotip lelaki

9. Perubahan bilangan kromosom boleh terjadi akibat kegagalan kromatid


berpisah (non disjunction) atau tidak disjungsi semasa meiosis pada
kromosom tertentu.
10. Kesannya, gamet (ovum atau sperma) tidak mempunyai bilangan
kromosom 23 yang normal tetapi mungkin membawa 24 atau 22
kromosom.
11. Sekiranya gamet ini bersenyawa dgn gamet normal, pertambahan atau
pengurangan bilangan kromosom berlaku.
12. Zigot mungkin mempunyai 47 kromosom atau 45 kromosom sahaja.
13. Antara kesan perubahan bilangan kromosom ialah keadaan Sindrom
Down (47 kromosom), sindrom Klinefelter (47 kromosom) dan sindrom
Turner (45 kromosom) pada manusia.
Kariotip Sindrom Down (45+XY)

Zulkarnain Jamaluddin

151

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kariotip Sindrom Klinefelters


(44+XXY)

Kariotip Sindrom Turner (44+X)

Penentuan Seks atau Jantina Anak


1. Lelaki mempunyai 44+ XY kromosom dan perempuan 44+XX
2. Sperma yg dihasilkan oleh lelaki membawa dua jenis kromosom, iaitu
22+X dan 22+ Y manakala perempuan menghasilkan satu jenis gamet
sahaja, iaitu 22 + X
Penentuan seks anak

Zulkarnain Jamaluddin

152

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Perwarisan Terangkai Seks


Buta Warna
1. Penghidap buta warna tidak dapat membezakan beberapa warna tertentu,
iaitu 99% penghidap ialah jenis buta warna merah hijau.
2. Penyakit ini diwariskan drp generasi kpd generasi lain dan kebanyakan
penghidap ialah lelaki.
3. Gen yg mengawal trait penglihatan warna terdiri drp sepasang alel, iaitu
alel utk penglihatan normal dan alel utk buta warna.
4. Alel dominan diwakili N dan alel resesif diwakili n.
5. Kedua-dua alel ini terdapat pada kromosom X.
Fenotip

Genotip

Wanita homozigot dominan utk penglihatan warna normal.

XNXN

Wanita heterozigot utk penglihatan warna normal (wanita ini ialah

XNXn

pembawa gen resesif)


Wanita homozigot resesif utk buta warna.

XnXn

Lelaki dgn penglihatan warna normal

XNY

Lelaki dengan buta warna

XnY

6. Disebabkan lelaki mempunyai satu kromosom X sahaja maka fenotip


penglihatan lelaki alah buta warna jika kromosom X tersebut membawa
alel resesif.
Rajah skema perwarisan buta warna

Zulkarnain Jamaluddin

153

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Hemofilia
1. Penghidap hemofilia kekurangan salah satu faktor yg terlibat dlm
pembekuan darah, oleh itu apabila luka atau salur darah pecah, darah
sangat lambat atau tidak membeku utk menutup luka.
2. Hal ini menyebabkan pendarahan yg teruk dan boleh membawa maut.
3. Pendarahan dalaman juga boleh berlaku terutama di lutut, siku dan buku
lali.
4. Keadaan ini boleh merosakkan organ badan.
5. Kehadiran alel resesif ini pada kromosom X menyebabkan lelaki menjadi
penghidap hemofilia dan perempuan hanya hemofilia jika terdapat dua alel
resesif pada kedua-dua kromosom Xnya.
Fenotip

Genotip

Wanita homozigot dominan utk pembekuan darah.

XHXH

Wanita heterozigot utk pembekuan darah (wanita ini ialah

XHXH

pembawa gen resesif)


Wanita homozigot resesif utk penghidap penyakit hemofilia.

XHXh

Lelaki normal

XHY

Lelaki yg menghidap penyakit hemofilia.

XnY

Penyakit Perwarisan
Talasemia
1. Talasemia ialah penyakit genetik iaitu penghidapnya membina sel darah
merah yg mempunyai hemoglobin tidak normal dan pemusnahan sel darah
merah berlebihan berlaku menyebabkan keadaan anemia.
2. Sel darah merah pesakit juga kecil daripada normal dan peratus
hemoglobin darah juga berada di bawah aras normal.
3. Terdapat dua jenis talasemia, iaitu talasemia major dan talasemia minor
4. Oleh sebab talasemia dikawal oleh alel resesif maka pesakit talasemia
major mewarisi dua alel resesif dan talasemia minor ialah pembawa
penyakit.
5. Penyakit ini tidak terangkai seks.

Zulkarnain Jamaluddin

154

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Anemia sel sabit


1. Penghidap penyakit ini mempunyai sel darah merah berbentuk bulan sabit
yg menyebabkan fungsi pengangkutan oksigen tidak sempurna.
2. Pesakit ini mudah letih, pucat dan lemah.
5.3

Gen dan Kromosom

1. Gen ialah unit asas dalam perwarisan.


2. Kedudukan gen atau lokus gen adalah tetap pada kromosom.
3. Dua kromosom homolog mempunyai lokus gen yang sama, iaitu setiap
gen terdiri drp sepasang alel.

4. Molekul DNA dibina drp dua rantai panjang polimer nukleotida atau
polinukleotida, iaitu bahagian molekul gula deoksiribosa dan kumpulan
fostat membentuk tulang belakang.
5. Bes nitrogen berada di antara dua rantai ini.

Zulkarnain Jamaluddin

155

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Struktur nukleus, kromosom dan DNA

6. Kedua-dua rantai ini berpintal, iaitu membentuk struktur heliks ganda dua.
7. Molekul DNA dibina drp unit-unit asas yg dikenali sbg nukleotida.
8. Setiap nukleotida terdiri drp tiga bahagian, iaitu gula deoksiribosa
kumpulan fostat dan bes bernitrogen.
9. Terdapat empat jenis bes bernitrogen, iaitu adenina (A), timina (T), sitosina
(C) dan guanina (G) yg menjadikan empat jenis nukleotida berbeza.
10. Nukleotida yg mempunyai bes bernitrogen A akan berpasang dgn
nukleotida bes T, Bes C pula berpasang dgn bes G.

Zulkarnain Jamaluddin

156

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Susunan nukleotida membentuk rantai DNA ganda dua dan unit nukleotida

Hubungkait trait dengan unit asas perwarisan.


1. Satu segmen rantai polinukleotida pada molekul DNA merupakan satu
gen.
2. Urutan tiga bes tertentu pada rantai DNA ini akan membentuk kod arahan
yg akan dibaca oleh asid ribonukleik (RNA) yg kemudiannya akan
membina asid amino.
3. Asid amino ini akan bergabung membentuk polipeptida atau protein.
4. Protein ialah struktur asas binaan badan manusia seperti otot, kulit, sel,
hormon dan sebagainya yg membentuk trait manusia.

Zulkarnain Jamaluddin

157

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Perkaitan susunan bes kod DNA dan pembentukan protein.

Kromosom

DNA

mengandungi

mengandungi

DNA

nukleotida

Segmen DNA

Kod genetik dlm

mengandungi

gen bertanggung

protein ialah

urutan unit

jawab utk

struktur asas

bes

mensintesiskan

bernitrogen

asid amino yg

yg bertindak

membentuk

sbg gen

protein

yg membentuk
trait
organisma.

Skema hubung kait trait dgn unit asas perwarisan.


Kepentingan Genetik kpd Manusia Sejagat.
Pembiakbakaan
1. Pembiakbakaan ialah pengacukan haiwan atau tumbuhan utk tujuan
tertentu, biasanya utk menghasilkan haiwan atau tumbuhan yg mempunyai
ciri yg lebih baik seperti kematangan yg lebih cepat, ketahanan terhadap
penyakit, panas, kemarau dan lain-lain.
2. Pembiakbakaan ialah satu sumbangan kajian genetik yg banyak
digunakan dalam industri pengeluaran makanan dan komersial.
3. Penghassilan hibrid tanaman adalah dgn mengawal pendebungan antara
dua tumbuhan dgn ciri-ciri tertentu.

Zulkarnain Jamaluddin

158

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

4. Antaranya ialah:
(i)

Penghasilan baka kelapa sawit Tenera ialah hasil pembiakbakaan


drp dua varieti Dura dan Pisifera.

(ii)

Penghasilan baka Hibrid kambing tempatan, iaitu kambing Kacang


(katjang) hanya digunakan utk pengeluaran daging tetapi saiznya
kecil dan berat kambing dewasa hanya mencapai 30 kg seekor.
Kambing ini dikacukkan dgn kambing Jamnapari dari India yg
banyak mempunyai kelebiihan dar segi susu dan daging Baka hibrid
ini dinamakan kambing Kacang lebih banyak membawa ciri
Jamnapari cepat membesar, tahan cuaca Malaysia, dan banyak
mengeluarkan susu Berat dewasa juga meningkat sehingga 91 kg
seekor.

Zulkarnain Jamaluddin

159

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(iii)

Penghasilan Jagung jenis Manis Madu atau Masmadu dari MARDI


ialah hasil pembiakbakaan antara jagung Honey Jean No.2 dari
Taiwan yg mempunyai ketinggian pokok dan sifat tongkol yg
seragam dgn jagung Cross 7824 baka tempatan. Jagung ini juga
lebih cepat matang.

Kejuruteraan Genetik (KG)


1. Bidang kajian dlm KG melibatkan pengendalian atau manipulasi gen, iaitu
dgn memindahkan segmen DNA drp satu organism ke dalam organisma
lain utk menghasilkan organism baharu yg membawa ciri yg dipindahkan.
2. Organisma ini dinamakan Organisma Pengubah suai genetik atau GMO

(Genetically Modified Organism).


3. Antara sumbangan bidang KG utk manusia sejagat adalah dlm bidang
berikut:
(i)

Pertanian
Contohnya tomato.

Zulkarnain Jamaluddin

160

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(ii)

Perubatan
Contohnya: insulin dan hormon tumbesaran.

(iii)

Industri
Contohnya: bakteria yg diubah suai yg dpt menguraikan tumpahan
minyak, pencemaran karbon dan bahan toksin.

Cap Jari DNA atau Profil DNA


1. Cap jari DNA atau profil DNA banyak mempunyai kegunaan.
2. Antaranya adalah untuk mengenal pasti penyakit perwarisan atau
kecacatan genetik semasa ibu mengandung dan pada bayi yg baru lahir
seperti fibrosis sistik, hemofilia, anemia sel sabit, dan talesemia.
3. Profil DNA juga digunakan sbg bukti biologi bagi kes-kes jenayah, iaitu
penemuan sedikit tisu spt rambut dan darah di tempat kejadian memadai
utk mengenal pasti individu terlibat.

Rajah: Perkaitan profil DNA dalam keluarga.


Zulkarnain Jamaluddin

161

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kajian Potensi Sel Stem


1. Sel Stem ialah sel-sel utama (master cells) yg membentuk pelbagai tisu,
organ dan sistem dlm keseluruhan system badan kita.
2. Sel-sel itu boleh membahagi secara mitosis utk menambah bilangan dan
boleh membeza utk membentuk sel yg spesifik dgn fungsi tertentu.
3. Sel stem diperoleh drp darah tali pusat bayi, sumsum tulang dan sel-sel
dlm blastosista embrio manusia yg disebut sbg sel stem embrio.
4. Pelbagai penyakit dapat dirawat menggunakan sel stem iaitu leukimia
kanser, Parkinson, kecederaan saraf tunjang dan kerosakan otot.

Uji Kefahaman Anda!


1) Apakah yang dimaksudkan dengan pembiakbakaan?

[2 markah]

Pembiakbakaan ialah pengacukan haiwan atau tumbuhan utk tujuan tertentu,


biasanya utk menghasilkan haiwan atau tumbuhan yg mempunyai ciri yg lebih
baik seperti kematangan yg lebih cepat, ketahanan terhadap penyakit, panas
dan kemarau.

Zulkarnain Jamaluddin

162

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

2) Beri definisi kejuruteraan genetik.

[2 markah]

Pengendalian atau manipulasi gen, iaitu dengan memindahkan segmen DNA


daripada satu organisma ke dalam organisma lain untuk menghasilkan
organisma baharu yang membawa ciri yang dipindahkan.
3) Apakah perbezaan antara organisma yang terhasil daripada pembiakbakaan
dengan kejuruteraan genetik?

[2 markah]

Organisma melalui pembiakbakaan mempunyai ciri yang lebih baik daripada


induknya seperti kematangan yg lebih cepat, ketahanan terhadap penyakit,
panas dan kemarau manakala organisma melalui kejuruteraan genetik akan
membawa ciri daripada induknya.
4) Berikan contoh- contoh kebaikan penggunaan kejuruteraan genetik.
[3 markah]
i. Aspek kualiti dan komposisi nutrien yang dapat diperbaiki ataupun sekaligus
dipertingkatkan lagi berbanding dengan tumbuh-tumbuhan tanaman
organik.
ii. Melambatkan atau menurunkan kadar proses pengoksidan di samping
melambatkan kerosakan yang disebabkan tindak balas kimia.
iii. Peningkatan kandungan mineral dan antioksidan seperti karotenoid,
flavanoid, Vitamin A, C dan E dalam tumbuh-tumbuhan jenis ini.
iv. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihasilkan melalui proses
kejuruteraan genetiK akan tahan lebih lama.
5) Bincangkan keburukan penggunaan kejuruteraan genetik yang tidak mengikut
etika.

[3 markah]

i. Kejuruteraan genetik mungkin boleh mengubah kandungan nutrien


makanan dengan cara yang tidak dijangkakan. Misalnya mengurangkan
kandungan sesetengah nutrien dan meningkatkan kandungan nutrien yang
lain.
ii. Kerintangan terhadap antibiotik mungkin boleh berlaku kerana gen yang
digunakan dalam sesetengah tanaman yang diubahsuai mungkin boleh
Zulkarnain Jamaluddin

163

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

memindahkan penyakit yang disebabkan oleh mikrob, ke dalam usus


manusia atau haiwan yang menggunakan makanan kejuruteraan genetik.
iii. Menyumbang kepada masalah perkembangan kesihatan umum kerana
rintangan terhadap antibiotik ini akan akhirnya terpindah kepada manusia
melalui pengambilan makanan yang terhasil melalui kaedah kejuruteraan
genetik.
iv. Kejuruteraan genetik telah menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi dan
luarbiasa terhadap racun pemusnah tumbuhan seperti racun Herbisid,
Pesticid dan lain-lain lagi.Keadaan ini sekaligus akan memerlukan kita
mencipta racun yang lebih kuat untuk mengawalnya dan secara tidak
langsung akan membahayakan alam sekitar kita.
6) Dari manakah sel stem diperoleh?

[1 markah]

Darah tali pusat bayi/ sumsum tulang/ sel-sel dalam blastosista embrio
manusia.
7) Apakah kegunaan sel stem ini pada manusia?

[2 markah]

Pelbagai penyakit dapat dirawat menggunakan sel stem iaitu leukimia kanser,
Parkinson, kecederaan saraf tunjang dan kerosakan otot.
8) Nyatakan kepentingan projek genom manusia.

[2 markah]

Pembangunan untuk memajukan perubatan dan aspek penjagaan kesihatan.


Penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit tertentu sepadan dengan DNA
individu masing-masing.

Zulkarnain Jamaluddin

164

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

BAB 6 VARIASI
6.1

Variasi dalam Organisma

Jenis variasi
1. Terdapat dua jenis variasi iaitu variasi selanjar (VS) dan variasi tidak
selanjar (VTS).

Rajah: Variasi pada manusia

Zulkarnain Jamaluddin

165

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

2. Perbezaan antara VS dan VTS;


Variasi Selanjar (VS)

Variasi Tak Selanjar (VTS)

Variasi yg tidak menunjukkan

Variasi yg menunjukkan perbezaan

perbezaan yg ketara.

yg ketara.

Terdapat ciri-ciri perantaraan antara

Tidak ada ciri-ciri perantaraan.

individu.
Graf berbentuk loceng atau graf

Taburan diskrit.

taburan normal.
Kuantitatif sebab cirinya boleh

Kualitatif kerana trait bg cirinya

diukur.

adalah sama ada hadir atau tidak


hadir.

Ciri-ciri dikawal oleh sebilangan

Cirinya dikawal oleh satu gen.

gen.
Dipengaruhi oleh persekitaran.

Dipengaruhi oleh genetik.

Contohnya: ketinggian, jisim badan,

Contohnya: kebolehan menggulung

warna kulit dan IQ.

lidah, jenis cap ibu jari, jenis cuping


telinga, jenis rambut dan kehadiran
lesung pipit.

Rajah: variasi selanjar

Zulkarnain Jamaluddin

166

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Rajah: variasi tidak selanjar


6.2

Punca Variasi

1. Terdapat dua faktor utama, iaitu faktor genetik dan faktor persekitaran.
2. Variasi yg disebabkan oleh faktor genetik tidak boleh dipengaruhi oleh
faktor persekitaran.
3. Ia menyebabkan perubahan pada kandungan genetik pd individu spesies
yg sama.
4. Akibatnya terdapat variasi dari segi genetik yg dinamakan variasi genetik.
5. Keadaan ini biasa berlaku semasa proses meiosis seperti penggabunggan
semula genetik melalui pindah silang, penyusunan rawak kromosom
homolog dan juga semasa persenyawaan secara rawak.
6. Mutasi juga merupakan faktor yg menyebabkan perubahan pada
kandungan genetik dan boleh diwarisi.
(a) Penggabungan semula genetik melalui pindah silang.
(i)

Pindah silang berlaku semasa protasa I proses meiosis.

(ii)

Kromatid tidak seiras pada kromosom homolog bersilang pada


kiasma.

(iii)

Pertukaran segmen kromatid berlaku antara kromatid tidak


seiras.

(iv)

Penggabungan semula genetik berlaku utk menghasilkan


kombinasi gen yang baharu pada kromatid itu.

(v)

Apabila kromatid berpisah semasa peringkat anafasa II proses


meiosis, gamet dgn pelbagai kombinasi gen dihasilkan.

Zulkarnain Jamaluddin

167

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(vi)

Akibatnya, terdapat pelbagai jenis gamet dgn kandungan genetik


yang berbeza.

(b) Penyusunan rawak kromosom homolog


(i)

Semasa pembentukan gamet pada peringkat metafasa I,


pasangan kromosom homolog (satu kromosom paternal dan
satu kromosom maternal) tersusun secara rawak pada
khatulistiwa sel.

(ii)

Setiap pasang kromosom homolog tersusun menghadap kutub


secara bebas, tidak bergantung kpd pasangan kromosom
homolog lain.

(iii)

Bagi sel diploid (2n=4), terdapat dua kemungkinan alternative


bagi penyusunan dua pasangan kromosom homolog itu.

(iv)

Semasa anafasa I, pasangan kromosom homolog berpisah utk


membentuk sel anak haploid dgn pelbagai kombinasi kromosom
paternal dan kromosom maternal.

(v)

Pada akhir meiosis terdapat pelbagai gamet dgn kombinasi


kromosom paternal dan maternal yg berbeza.

(vi)

Dengan demikian, kandungan genetik dlm setiap gamet juga


berbeza.

(c) Persenyawaan secara rawak.


(i)

Persenyawaan antara sperma dgn ovum adalah secara rawak


dan boleh menyebabkan variasi genetik.

(ii)

Melalui penggabungan semula genetik semasa pindah silang,


terdapat pelbagai sperma dan ovum dgn kandungan genetik yg
berbeza dihasilkan.

(iii)

Melalui penyusunan rawak kromosom homolog semasa


metafasa I dalam meiosis, sperma dan ovum dgn pelbagai
kombinasi kromosom dihasilkan.

(iv)

Akibatnya, terdapat pelbagai gamet dgn kandungan genetik yg


berbeza.

(v)

Apabila persenyawaan berlaku secara rawak, zigot yg terhasil


akan mempunyai kombinasi gen yang sangat berbeza.

Zulkarnain Jamaluddin

168

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

(vi)

Keadaan ini menyebabkan variasi dlm kalangan individu dlm


spesies yg sama.

Mutasi.
1. Mutasi ialah perubahan secara spontan dan rawak pada kandungan
genetik dlm sel organisma.
2. Mutasi menyebabkan perubahan pada struktur gen atau kromosom.
3. Mutasi boleh berlaku pada sel soma atau gamet.
4. Jika berlaku dlm gamet, mutasi ini boleh diwarisi dan menyebabkan
kecacatan atau peenyakit genetik kpd anaknya.
5. Bahan yg menyebabkan mutasi dinamakan mutagen.
6. Antara contoh mutagen ialah sinaran radioaktif, sinar-X, sinar ultraungu
dan sinar gama bahan kimia seperti pestisid kafein, dadah, formaldehid,
asid nitrus, bahan awet dan benzo--pirena dlm asap rokok
7. Hasil mutasi dinamakan mutan.
8. Terdapat dua jenis mutasi, iaitu mutasi kromosom dan mutasi gen.
Mutasi Kromosom.
1. Mutasi kromosom ialah perubahan pada struktur kromosom atau bilangan
kromosom semasa meiosis.
2. Perubahan pada struktur kromosom boleh berlaku semasa pindah silang
dlm proses meiosis melalui cara pelenyapan, penggandaan,
penyongsangan dan translokasi.

Zulkarnain Jamaluddin

169

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Mutasi kromosom yg menyebabkan perubahan pada struktur kromosom.

3. Mutasi kromosom boleh menyebabkan perubahan dlm bilangan


kromosom.
4. Keadaan ini berlaku apabila kromosom homolog atau kromatid seiras
gagal berpisah semasa meiosis.
5. Akibatnya terdapat kehilangan atau pertambahan kromosom dlm gamet.

Zulkarnain Jamaluddin

170

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Mutasi kromosom yg menyebabkan bilangan kromosom dlm gamet berubah.

6. Mutasi kromosom akibat perubahan pada bilangan kromosom


menyebabkan penyakit genetik seperti Sindrom Down, Sindrom Turner
dan Sindrom Klinefelter.
Zulkarnain Jamaluddin

171

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Penyakit
Sindrom
Down

Bilangan

Kromosom

Jantina

Ciri-ciri

kromosom

yg terlibat

47

Terlebih satu

Perempuan

Terencat akal,

(45 + XX)

kromosom

atau lelaki

dahi yg lebar,

atau

drp

mata sepet,

(45+ XY)

pasangan

hidung penyek

ke-21
Sindrom
Turner

Sindrom
Klinefelter

45

Kekurangan

Perempuan

(44+X0)

satu

kekurangan ciri

kromosom

seks sekunder

seks

perempuan
Lelaki

Mandul,

47

Lebih satu

mandul,

(44 + XXY)

kromosom

terdapat ciri

seks

seks sekunder
perempuan
seperti buah
dada
membesar.

Mutasi gen
1. Mutasi gen melibatkan perubahan kimia pada struktur gen.
2. Gen ialah urutan bes bernitrogen dlm molekul DNA.
3. Oleh itu, mutasi gen menyebabkan perubahan pada urutan bes
bernitrogen dlm DNA.
4. Perubahan ini mengubah kod genetik dan seterusnya mengubah kod utk
sintesis asid amino.
5. Terdapat perubahan urutan asid amino dlm DNA.
6. Akibatnya, struktur protein yg dihasilkan berubah dan protein baharu
disintesis tidak dapat berfungsi.

Zulkarnain Jamaluddin

172

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Mutasi gen berlaku pada DNA

7. Perubahan pada struktur gen akan menyebabkan perubahan pada struktur


protein yg disintesis.
8. Maka ciri organisma berubah dan menyebabkan variasi.
9. Mutasi gen menyebabkan penyakit genetik seperti anemia sel sabit,
albinisme dan hemofilia.
Pengaruh Faktor Persekitaran ke atas variasi.
1. Pada tumbuhan, variasi boleh disebabkan oleh faktor persekitaran seperti
keamatan cahaya, pH tanah, kesuburan tanah, iklim dan bekalan air
2. Factor persekitaran yg berlainan menyebabkan variasi yg berbeza pada
tumbuhan.
3. Sebagai contoh, sesuatu tumbuhan yg terlindung di bawah satu pokok yg
besar akan tumbuh menjadi lebih tinggi utk cuba mendapat cahaya
matahari yg maksimum.
4. Ciri-ciri pada manusia boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti
iklim, gizi makanan, kemalangan, gaya hidup, kebudayaan, senaman,
pendidikan dan pengalaman.

Zulkarnain Jamaluddin

173

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kepentingan Variasi dalam Kemandirian Spesies.


1. Variasi dlm spesies yg sama membantu sesuatu spesies menyesuaikan
diri dgn perubahan persekitaran.
2. Individu dlm spesies yg tidak mempunyai variasi akan musnah apabila
terdapat bencana persekitaran tetapi individu yg mempunyai variasi
mampu menyesuaikan diri utk terus hidup dan mengelakkan kepupusan
spesies.
3. Variasi juga penting bagi kemandirian organisma terutama bagi organisma
yang merupakan mangsa kpd pemangsa.
4. Dalam keadaan ini, variasi membolehkan mangsa melindungi diri darip
ada pemangsa melalui penyamaran.
5. Sebagai contoh, penyamaran rama-rama Biston betularia utk
menyesuaikan diri dengan persekitaran.
6. Dalam persekitaran yang tidak tercemar, rama-rama yang berwarna
kelabu cerah dapat menyamar dengan liken pada batang pokok.
7. Oleh itu, rama-rama berwarna kelabu cerah tidak mudah dikesan oleh
pemangsa
SPM 2013 (Struktur)
Rajah menunjukkan seekor kupu-kupu putih dan seekor kupu-kupu kelabu yang
sama spesies pada sebatang pokok.

Populasi kupu-kupu kelabu melebihi populasi kupu-kupu putih. Terangkan


mengapa.

Zulkarnain Jamaluddin

174

Modul Sempoi Biologi (Edisi Guru)

Kupu-kupu kelabu lebih beradaptasi (kepada persekitaran)// persekitaran lebih


sesuai bagi kupu-kupu kelabu. Dengan menyamar (dalam persekitaran/ atas
batang pokok). Menghindar dari pemangsa. Lebih bermandiri.. menghindari
kepupusan.
[2 markah]
SPM 2014 (Struktur)
Mutasi ialah perubahan rawak dalam komposisi genetik bagi satu sel. Seorang
murid dikendaki menyediakan sebuah risalah berkaitan mutasi.
Terangkan satu contoh mutasi yang boleh ditulis dalam risalah itu.
[3 markah]
Penyakit albino disebabkan oleh kekurangan gen untuk menghasilkan pigmen
melanin dalam kulit/ mutasi gen. Pesakit albino tidak boleh menahan sinaran
cahaya matahari/ kulit sangat mudah cedera/ penglihatan lemah/fotofobia/mata
merah/ kemerah jambuan/pergerakan mata cepat.
Penyakit hemofilia disebabkan kekurangan protein/ factor pembekuan darah/
Faktor VII untuk pembekuan darah normal/ disebabkan oleh alel resesif pada
kromosom X/ kromosom gen. Pesakit ini mengalami pendarahan yang
berlebihan/ darah tidak membeku secara normal.// Mana-mana penyakit lain
yang sesuai.

Semoga anda semua memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat

Zulkarnain Jamaluddin

175

Anda mungkin juga menyukai