Anda di halaman 1dari 35

Join Multiply to get updates from Guru Melayu

HomeBlogPhotosVideoMusicCalendarReviewsLinks

Nov 3, '09 3:24 AM


Kem Media Kelab Obor for everyone
Berita Harian akan mengadakan Kem Media bagi pelajar-pelajar Kelab Obor.

Tarikh: Isnin 23 November - Rabu 25 November

Masa: 830 pagi - 5 petang


gurumelayuzss

Tempat: Auditorium SPH, Toa Payoh North Photos


- Berhampiran Hab Islam of Guru Melayu
- Lima minit berjalan kaki dari stesen MRT Braddel Person
al Message
Jumlah pelajar: Empat pelajar dari setiap sekolah RSS
Feed [?]
(Sila berikan peranan kepada pelajar anda - Editor, Wartawan, Jurufoto dan Pereka Hias)
Report
Abuse
Tarikh tutup pendaftaran: Isnin, 16 November

Lain-lain maklumat: - Baju seragam sekolah dan kasut.


- Kem percuma
- Makanan dan minuman disediakan
- Setiap kumpulan wajib membawa sekurang-kurangnya satu kamera digital sendiri dan
kabel/pembaca kad untuk muat turun gambar
- Kemudahan solat disediakan
- Guru tidak perlu hadir
- Guru bebas memilik pelajar dari Mgh 1 - 5

**Siapa yang berminat sila emel cikgu Is di


gurumelayu.zss@gmail.com selewat-lewatnya 6 Nov 2009.
0 comments share

Sep 30, '09 1:16 AM


Karya Muhd Hadi for everyone
“Kau jalan dahululah. Aku sudah tidak tahan hendak kencing,” aku
berkata sambil berlari ke arah tandas awam yang berdekatan
denganku.

      “Ya la, tetapi cepat sedikit. Wayang yang kami hendak menonton
itu hampir bermula,” jawab Ramli.

      Tiba di tandas awan tersebut, aku berasa agak terperanjat kerana


ada ramai orang beratur untuk menunggu giliran mereka untuk
menggunakan tandas awan itu.  Disebabkan ada ramai orang di sana,
ada yang kurang sabar pun keluar dari tandas itu dan mencari tandas
yang lain dan ini menyebabkan aturan yang panjang itu menjadi
pendek.   

      Tiba-tiba, seorang remaja lelaki yang bercermin mata hitam,


berkulit hitam dan juga berambut hitam memasuki tandas awam itu.
Oleh kerana belum lagi gilirannya untuk menggunakan tandas itu, dia
mengeluarkan sesuatu kotak dari koceknya. Ia adalah sekotak rokok.
Dia pun mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok itu lalu
merokok. Salah seorang pemuda yang juga menunggu giliran untuk
menggunakan tandas menegurnya supaya jangan merokok di tandas
tetapi ramaja itu tidak layan pemuda itu.

      Selepas itu, seorang pekerja pembersihan menghadapinya selepas


dia selesai mencuci tandas. “Maaf, kalau encik hendak merokok, sila
merokok di tempat yang dibenarkan merokok. Anda tidak nampak
papan yang menunjukkan bahawa dilarang merokok di tandas?” tegur
pekerja itu.

      Teguran itu tidak diterima oleh remaja itu. Mukanya terus


berubah dan kelihatan sangat bengis. Akibat terlalu marah, dia
menumbuk pekerja itu. Aku tahu aku tidak tahan hendak kencing dan
ia sudah tiba giliran aku untuk menggunakan tandas tetapi aku harus
membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. 

      Remaja itu tidak berhenti menumbuk pekerja itu, jadi aku rasa
cara yang terbaik adalah untuk menggunakan kata-kata yang lembut.
Bak kata pepatah, air yang dingin juga boleh memadami api. Aku pun
mula menegurnya dan tiba-tiba, remaja itu mula menangis.

      Aku tidak tahu kenapa dia menangis lalu aku betanya kepadanya.
Dia pun berkata teguranku sama macam teguran arwah neneknya
dahulu. Teguranku mengimbas kembali kenangan-kenangannya
bersama neneknya. Pekerja itu berterima kasih denganku kerana
menolongnya manakala remaja itu meminta maaf kepada semua
orang kerana mengganggu ketenteraman mereka. 

      Selepas itu, aku terus membuang air dan kawanku memarahiku


sebab kami sudah terlambat untuk menonton wayang itu.  
 

Dibuat oleh: Muhammad Hadi Bin Muhammad

Kelas: 2E2
0 comments share

Sep 30, '09 1:14 AM


Karangan Arisha Melati for everyone
   Aku tersentak buat seketika dan mataku tajam memandang ke arah
remaja itu.Aku masih bingung kerana masih tidak tahu bagaimana
caranya untuk bertindak.Kejadian ini berlaku di depan mataku dan aku
juga seorang remaja.Aku dapat melihat perubahan reaksi di raut muka
pekerja pembersihan itu.Itulah saatnya remaja itu menunjukkan
kemarahannya terhadap pekerja pembersihan itu.

   Kata-kata yang kotor keluar dari mulut remaja itu dan ini membuat
keadaan semakin tegang.Orang ramai yang berada di situ semuanya
berkumpul di situ dan hanya melihat pergaduhan di antara remaja itu
dan pekerja pembersihan itu.Mereka semakin hebat bertengkar dan
tidak hiraukan orang-orang yang sedang melihat mereka.

   Apa yang aku kesalkan ialah,remaja itu sudah tentu tahu tentang
undang-undang merokok yang sudah diketatkan dalam negara ini
tetapi dia merokok seolah-olah negara ini tidak ada undang-
undang.Kasihan juga aku melihat pekerja pembersihan itu dimarahi
remaja itu kerana dia seorang nenek yang sudah lanjut umur.Aku
sudah tidak tahan lagi dengan sikap remaja itu sehingga aku harus
menghentikannya.Aku memberanikan diriku untuk menentang remaja
itu akan perbuatannya yang tidak bertimbang rasa itu.
  "Awak sepatutnya mematuhi undang-undang merokok dan memerima
teguran pekerja pembersihan ini," sapaku dengan tegas.

  "Eh,kau tidak berhak memasuk campur campur urusan aku degan


orang tua ni!" remaja itu berkata dengan nada yang tinggi. 

  Aku masih menahan kesabaran di hatiku ini dan menegaskan kepada


remaja itu bahawa ini tandas awam dan dia harus bertimbang rasa
dengan pengguna-pengguna tandas ini.Aku juga menegaskan
kepadanya lagi bahawa sebagai seorang pekerja pembersihan di
tandas itu,nenek itu harus mengambil tindakan.Ini kerana,ada
sesetengah para pengguna tandas yang sensitif terhadap bau asap
rokok dan ini boleh membuat mereka pengsan.

  "Maaf jika saya berlebihan cakap tetapi saya hanya menasihati


awak," aku berkata dengan lembut.

  Pekerja pembersihan itu menganggukkan kepalanya menandakan


bahawa dia setuju dengan kata-kataku tadi.Aku masih menunggu
remaja itu untuk bercakap tetapi aku dapat melihat perubahan di
wajahnya.Dia kelihatan serba salah lalu membuang rokok yang
dihisapnya itu ke tempat membuang rokok di sampah.

  "Maafkan aku," remaja itu tiba-tiba berkata sambil memandang ke


arahku lalu ke arah pekerja pembersihan itu.

  Remaja itu terus angkat kaki dari tandas itu.Mungkin dia terlalu malu
untuk mengatakan apa-apa lagi.Orang ramai yang sedang menonton
kejadian itu pun beredar dari tandas itu.Aku tersenyum menghela nafas
lega kerana semuanya sudah berakhir.Pekerja pembersihan itu
mengucap terima kasih kepadaku kerana menolongnya menyelesaikan
masalah ini.

Arisha 2e2
0 comments share

May 21, '09 9:56 PM


Peraduan Mengarang Pena Emasku 2009 for everyone
Ini adalah emel mengenai Peraduan Mengarang Pena Emasku. Bagi sesiapa
yang berminat, sila berjumpa dengan Cikgu Isnani untuk mendapatkan
borang. Karangan pelajar harus dihantar kepada Cikgu Isnani dalam
bentuk emel selewat-lewatnya 15hb jun 2009, jam 5 petang.

Bayaran $12 setiap pelajar akan dibuat oleh pihak sekolah. Pelajar tidak
perlu membayar apa-apa.
Alamat emel: gurumelayu.zss@gmail.com

----------------------------------------------------------------------------------------------
-----------

Peraduan mengarang “Pena Emasku” kembali lagi.

Di sini kami sisipkan borang penyertaannya.

Tarikh Tutup: 30hb Jun 2009

Peraduan ini dianjurkan demi memperbanyakkan aktiviti-aktivi bahasa agar


pelajar-pelajar kita berpeluang mengambil bahagian dan merasa
keseronokan mempelajari bahasa Melayu.

Marilah sokong aktiviti ini.

Sila galakkan pelajar-pelajar cikgu mengambil bahagian kerana bagi kami


semua pelajar-pelajar yang mengambil bahagian adalah pemenang!

Mereka menang kerana..

  berjaya menghasilkan satu karya tersendiri

  menggunakan ilmu & teknik menulis yang telah dipelajari di sekolah

  mengambil bahagian & mewakili sekolah

  meyakinkan diri...boleh mengarang dengan baik  

  meraih pengalaman memasuki suatu peraduan

Sila kumpulkan karya-karya mereka dan hantar kepada kami.

Salam hormat,
Azmi
S.N.Azmi

Riang Ria Club / EDN Media

Membina Generasi Cemerlang, Berilmu & Berbakti Kepada Masyarakat

Kini Pembelajaran Bahasa Seronok, Inovatif & Kreatif

Attachment: 2009 - Sec - Peraduan Mengarang Pena Emasku (pelajar).doc


Tags: karangan, pena, edn, mengarang, emasku, peraduan
0 comments share

May 5, '09 11:39 PM


Langkah-langkah menangani gejala buli - Nurul Atikah 4E2 for everyone
Buli ialah perbuatan mendera, yang biasanya dilakukan
kepada orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak,
mencederakan, dan menakutkan orang yang berkenaan. Gejala
buli di kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa pada
masa kini menjadi kebimbangan kepada pihak sekolah dan ibu
bapa. Justeru, langkah- langkah yang efektif harus diambil untuk
mengatasi masalah ini. 

Pertama sekali, pihak sekolah haruslah mempunyai sistem


pendisplinan yang berkesan. Ini akan mencetuskan rasa gentar di
dalam diri pelajar, lebih- lebih lagi si pembuli, kerana mereka tahu
akibat yang akan mereka hadapi jika mereka membuli. Disiplin
yang ketat juga tidak akan membuat si mangsa berasa teragak-
agak untuk melaporkan perkara itu kepada guru. Ini kerana,
mereka tahu bahawa pihak sekolah akan melakukan sesuatu dan
tidak akan berdiam diri. Si pembuli juga harus menerima
hukuman yang setimpal dengan perbuatan kejinya itu, supaya dia
tidak akan mengulanginya lagi. 

Ceramah tentang kes- kes buli juga patut diadakan di


sekolah- sekolah. Ini akan meningkatkan kesedaran para pelajar
tentang betapa seriusnya kes buli, dan kesan buruk yang
dihadapi si mangsa. Mungkin para pelajar tidak tahu bahawa buli
boleh mengakibatkan si mangsa untuk hilang kepercayaan diri-
tidak akan bercampur dengan masyarakat, kehidupan
sehariannya akan terjejas, fikiran yang sering terganggu, dan
yang lebih teruk lagi, hilang daya ingatan. Selalunya, perkara ini
terjadi apabila si mangsa menghidapi kecederaan yang teruk
pada bahagian kepala. Justeru, langkah ini harus diambil kerana
masih rama yang tidak sedar akan bahaya membuli. 

Program- program untuk memupuk akhlak yang baik dalam


diri pelajar juga boleh dibuktikan berkesan. Dengan ini, para
pelajar akan dididik untuk melakukan perkara yang baik, dan
menjauhkan diri dari perkara yang kurang elok. Selalunya, si
pembuli tidak mempunyai akhlak yang baik, dan ini menjadi
punca utama mereka membuli, dek kekurangan didikan, baik dari
rumah ataupun sekolah. Oleh itu, sikap- sikap yang mulia boleh
dipupuk dalam diri pelajar, untuk mengelakan perkara buli ini dari
terus berlaku. 

Akhir sekali, di dalam masyarakat yang mementingkan


hubungan kekeluargaan, pihak sekolah haruslah menjana sebuah
hubungan yang baik bersama ibu bapa. Kerjasama dan sokongan
daripada kedua- kedua pihak ini amat penting untuk seseorang
pelajar sekolah itu, kerana dengan mempunyai perhatian yang
mencukupi dari rumah hinggalah ke sekolah, kemungkinan besar
dia tidak akan terjebak dalam perbuatan yang buruk, seperti
membuli. Ini sekali lagi, dapat mengatasi masalah sedemikian.

        Oleh itu, langkah- langkah yang efektif lagi berkesan inilah,


dapat mengatasi masalah buli ini. Nilai moral yang tinggi yang
terdapat dalam diri pelajar itu, akan mencegahnya untuk
melakukan perkara yang sedemiakan. Pemikiran para pelajar
bahawa buli itu ialah sebuah benda yang remeh, haruslah diubah,
kerana buli boleh mendatangkan kesan buruk yang serius. 

0 comments share

Apr 30, '09 12:01 AM


Selamat Maju Jaya!! for everyone

Assalamualaikum Pelajar-Pelajar Bahasa Melayu Sekolah


Menengah Zhenghua

Di sini, cikgu-cikgu ingin mengucapkan selamat maju jaya


kepada semua para pelajar untuk peperiksaan
pertengahan tahun ini. Semoga para pelajar semua dapat
meraih kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan ini
dengan usaha yang gigih. Ingat, kemenangan itu sukar
dikecapi tanpa usaha yang gigih. Bak kata pepatah, kalau
tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat sagunya.
SELAMAT MAJU JAYA!!! 
0 comments share

Apr 29, '09 11:57 PM


Berlalunya Episod Kesedihan Itu - Nabilah 4E2 for everyone
Keheningan malam sungguh terasa di kala hatinya di serang kepiluan
peristiwa semalam. Julia Aziz masih merenung jauh ke langit. Melihat
kerdipan bintang-bintang yang bergemerlapan menghiasi dada langit. Sungguh
tertegun melihat kebesaran Ilahi. Julia bertasbih di dalam hati, mengucapkan
puji-pujian kepada Yang Maha Esa. Biarpun begitu, dia terimbau kenangan
lalu yang seringkali menghantuinya. Mengingati peristiwa itu bagaikan
menyiat-nyiatkan hatinya. 

Ia berlaku sekitar setahun yang lalu. Waktu itu, Julia Aziz berusia enam belas
tahun. Dia telah menduduki peperiksaan yang penting iaitu peperiksaan GCE
peringkat O di Sekolah Menengah Evergreen. Julia Aziz merupakan pelajar
sederhana, bermaksud, dia tidak begitu bijak dalam bidang pelajaran. Walau
bagaimanapun, dia tidak pernah mengenal erti menyerah kalah tanpa berjuang
berhabis-habisan. Dia tetap berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang dalam
kelas.  

Acap kali dia seorang ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan mengenai
subjek yang kurang difahami. Julia juga seorang pelajar yang rajin berusaha
dan tekun belajar bersungguh-sungguh. Dengan berkat kesabaran dan
ketabahan, dia berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh mendapat
pencapaian tersebut seperti orang lain. 

Setelah berbulan-bulan belajar secara keselaraskan, akhirnya, tiba hari


peperiksaan. Julia tidak menunjukkan riak cemas atau risau kerana dia pasti
dia boleh menghadapinya dengan tabah. Dengan keyakinan, dia melangkah
masuk ke dewan peperiksaan. Walaupun sedikit gementar, namun, dia pandai
menyembunyikannya. 

“Baiklah, kamu semua boleh mula sekarang”. Umum Cikgu Nafiel. 

Sebelum membuka kertas, Julia sentiasa membaca doa agar Allah


permudahkan segala urusannya. Hari demi hari, Julia semakin yakin bahawa
dia telah melakukan yang terbaik dan dengan izin Allah, dia lulus dengan
cemerlang. Hari itu merupakan hari terakhir peperiksaan dijalankan. 
Walaupun dia berasa syukur kerana telah tamat peperiksaan penting itu, tetapi,
dia tidak terlalu gembira. Oleh sebab baginya, keputusan adalah yang
menentukan arah tujuannya. Dia tidak mahu mendapat markah yang kurang
memuaskan. Dek itu, dia selalu berdoa siang dan malam supaya Tuhan
permudahkan jalan hidupnya dan memperoleh markah cemerlang bagi
membahagiakan kedua ibu bapanya. 

Saat yang dinanti-nantikan sudah tiba. Julia tidak putus-putus memanjatkan


doa agar dimakbulkan permintaannya. 

“Pelajar yang mendapat markah tinggi ialah.. Julia Binte Aziz!” Ujar Pengetua
Sekolah. 

Serentak itu, Julia memanjatkan kesyukuran kerana doanya termakbul oleh


Ilahi. Apabila mengetahui keputusan cemerlang Julia, Puan Aina dan Encik
Hairi tersenyum bangga melihat kejayaan puterinya itu. Mereka pun berjanji
untuk bercuti ke New York sempena meraikan kemenangan Julia. 

Mereka sekeluarga bercuti enam hari lima malam. Julia sungguh teruja melihat
negeri tersebut. Sepanjang berada di sana, dia asyik menangkap gambar-
gambar untuk dibuat kenangan. Julialah paling gembira kerana ia adalah kali
pertama dia mengunjungi negeri bersalji. Senyuman tidak pernah lekang di
bibir nipisnya itu. Puan Aina dan Encik Hairi menganggap ini sebagai sebuah
percutian untuk menenangkan fikiran dan jauh dari pekerjaan yang
membosankan. 

Pada hari kelima, Puan Aina berasa kurang sihat kerana mengalami selesema.
Biarpun begitu, dia tidak mahu menghampakan Julia dan gagahkan dirinya
untuk bersiar-siar, melihat tempat menarik di sana. 

Julia begitu terpegun melihat betapa indahnya tempat itu sehingga dia tidak
perasaan bahawa Puan Aina ditinggalkan. Sedang dia asyik menikmati
pandangan tersebut, sebuah kereta Toyota Vios berona hitam yang dipandu
dengan laju melanggar Puan Aina. Julia hanya sedar Puan Aina tidak berada
disisi beberapa minit kemudian. Dia terus mencari-cari ibunya dan terlihat
ramai orang mengerumuni seseorang. 

Terdetik di nalurinya untuk melihat siapa mangsa tersebut. Sebaik sahaja


terpandang sekujur tubuh yang berlumuran dengan darah, Julia terlopong. Dia
seakan-akan tidak percaya bahawa ibunya ialah mangsa kemalangan. 

“Ibu! Ibu! Bangun, Ibu!” Julia jerit memanggil ibunya. Namun, sepi sahaja.
Saat itu, dia tahu bahawa ibunya sudah pergi menyahut panggilan Ilahi. 
“Innalillahiwainnailaihirojiun,” terpacul perkataan itu. 

Julia tidak dapat membendung air matanya yang kian deras mengalir. Dia
membiarkan sahaja air matanya tumpah ke bumi. Orang sekeliling turut
bersimpati dengan kehilangan orang yang tersayang. Encik Hairi yang tadinya
pergi membeli makanan terjelepok di atas jalan raya. Habis semua makanan
terburai. 

Dengan segera, dia memeluk Julia dengan sekuat hatinya. Dia tahu bahawa
Julia tentu berasa sungguh kehilangan kerana dia memang akrab dengan
isterinya. 

Mereka mempercepatkan tiket penerbangan mereka untuk pulang ke


Singapura. Sepanjang perjalanan, air mata menjadi teman setia Julia. Encik
Hairi cuba untuk menenteramkan anaknya. 

“Sudahlah tu, Julia. Yang pergi, biarkan ia pergi. Tidak baik meratapi begini.
Tentu arwah ibu tidak tenteram di sana,” pujuk Encik Hairi. 

Lama kelamaan, Julia belajar menerima takdir. Ia memang sudah tersurat di


lohmahfuz ibunya telah pergi bust selama-lamanya. 

Lamunan Julia terhenti pabila tubuhnya dipeluk kemas oleh bapanya. Dia
tidak sedar bahawa air matanya laju mengalir, membasahi pipi gebunya. 

“Julia teringat Ibu, ya? Jangan berduka, sayang. Kalau teringat, sedekahkan
Surah Al-Fatihah buatnya. Berdoa supaya ibu ditempatkan bersama orang-
orang yang beriman. Insya-Allah. Amin,” pujuk Encik Hairi. 

“Ya, ayah. Julia rindu ibu. Nanti, Julia mahu sedekahkan Surah Yassin. Kita
baca bersama ya,” kata Julia dengan lirih. 

Encik Hairi hanya mengangguk. Dia mengerti perasaan anak gadisnya itu.
Akan tetapi, kita sebagai manusia, harus redha dengan ketentuan-Nya.

0 comments share

Apr 28, '09 2:26 AM


Dialog Warga Tua Bekerja - Nur Habarinah 4N1 for everyone
Tempat: Pusat Makanan
Masa: Malam
Pelaku 1: Mansor
Pelaku 2: Maimon
 
  Mansor dan Maimon sedang menikmati makanan mereka di sebuah pusat
makanan. Tiba-tiba, mereka terlihat seorang nenek tua sedang membersihkan meja-
meja yang kotor di sebuah pusat makanan.
 
Mansor: Kasihan aku lihat nenek itu. Tua-tua masih bekerja. Warga tua ini
seharusnya dijaga oleh anak-anak mereka dan anak-anak mereka harus menyara
hidup mereka.
 
Maimon: Apa sahajalah kau ini. Biarlah warga tua bekerja. Supaya mereka boleh
berdikari dan tidak bergantung pada orang lain.
 
Mansor: Aku tidak setuju. Warga tua boleh bergantung pada wang CPF mereka.
Mereka juga tidak harus bekerja kerana jika mereka bekerja, ini akan membawa    
tekanan pada diri mereka dan mereka akan jatuh sakit. Warga tua juga sepatutnya
berehat dan berseronok. Bukannya bekerja.
 
Maimon: Biarlah mereka bekerja. Ini supaya mereka sentiasa aktif. Jika mereka aktif,
otak mereka akan cerdas, badan cergas. Mereka akan lebih sihat dan tidak
mendapat penyakit seperti penyakit nyanyuk. Mansor, untuk pengetahuan awak,
wang CPF sudah dinaikkan had umur. Iaitu, 60 tahun. Warga tua juga bekerja untuk
mengisi masa lapang mereka.
 
Mansor: Mengisi masa lapang dengan bekerja? Tidak masuk akal betullah awak ini.
Mereka boleh mengisi masa lapang dengan cucu, bersenam dan banyak lagi. Warga
tua juga sukar dilatih jika bekerja kerana otak merekasudah lembab.
 
Maimon: Saya bangkah bulat-bulat. Warga tua lebih berpengalaman dan mereka juga
dapat sedikit-sebanyak menyumbang kepada ekonomi.
 
Mansor: Bukankah orang muda juga dapat menyumbang kepada ekonomi?
 
Maimon: Sudahlah Mansor. Suka hati awaklah. Saya tetap dengan pendirian saya.
 
  Mereka pun menghabiskan makanan mereka.
                                         
0 comments share

Apr 28, '09 2:25 AM


Dialog Warga Tua Bekerja - Siti Nurbaya 4N1 for everyone
Tempat : Pusat makanan
Masa : Tengah hari
Pelaku 1 : Ali
Pelaku 2 : Ahmad
 
 
Ali dan Ahmad sedang bersembang di pusat makanan apabila mereka ternampak
seorang nenek tua dan mereka juga memerhatikannya membersihkan meja-meja
yang kotor.
 
Ali : Ahmad , awak setuju tidak dengan kehadiran warga tua dalam industri
pekerjaan?
 
Ahmad : Ya , saya setuju kerana pada pendapat saya , ia boleh menjadi seorang
yang berdikari dan mereka juga tidak perlu bergantung pada orang lain . Dengan itu ,
mereka boleh mendapat gaji sendiri untuk menyara hidup .
 
Ali : Namun,warga tua seharusnya dijaga oleh anak-anak mereka dan sebagai anak ,
dia harus menyara hidup mereka . Mereka juga boleh bergantung pada wang CPF
sahaja .
 
Ahmad : Saya rasa awak kurang tepat dengan apa awak kata .Had umur untuk
mengeluarkan wang CPF sudah ditingkatkan kepada 60 tahun dan jumlahnya harus
pada sekurang-sekurangnya $30,000.Maka dari itu , mereka harus bekerja terutama
untuk warga tua yang hanya sebatang kara sahaja dan yang tidak dijaga oleh anak-
anak mereka .
 
Ali: Saya tidak setuju langsung dengan pendapat awak itu kerana jika mereka bekerja
, mereka akan jatuh sakit dan boleh ade tekanan yang berat .
 
Ahmad : Saya sangkal bulat-bulat segala pendapat awak . Dengan warga tua bekerja
,mereka boleh menjadi aktif dan otak dan badan mereka akan cergas . Dari itu
juga ,mereka dapat menjauhi daripada penyakit-penyakit seperti penyakit nyanyuk .
 
Ali : Bukankah pada usia mereka , mereka seharusnya berehat dan berseronok? Jika
mereka bekerja ,mereka akan dapat kesusahan dalam pekerjaannya kerana mereka
sudah tua dan sukar dilatih . Mereka juga boleh menjadi pelupa dan membuat kerja
lambat .
 
Ahmad :Saya tidak setuju dengan awak kerana selalunya ,warga tua ini sudah ada
cukup pengalaman dan dari itu , mereka mudah dilatih dan mudah bekerjasama .
Mereka juga dapat mengisi masa lapang mereka .
 
Ali : Lontaran kata-kata awak itu kurang bernas sama sekali kerana mereka boleh
mengisi masa lapang mereka dengan menjaga cucu-cucu mereka sementara anak
mereka bekerja untuk menyumbang kepada ekonomi .
 
Tiba-tiba , makanan mereka yang dipesan pun tiba .
 
Ahmad : Ikut suka awaklah Ali . Saya mempunyai pendapat saya sendiri dan awak
mempunyai pendapat sendiri bak pepatah rambut sama hitam tetapi hati lain-lain .
 
Mereka pun mula makan makanan itu .
0 comments share

Apr 28, '09 2:24


Surat Rasmi - Usaha Meningkatkan Tahap Kebersihan Di Sekolah AM
(Aswadi 4E1) for everyone
Hamid Bin Ahmad
Blk 496 Punggol Circle Ave 8
#05-245
Singapura 206496 

9 April 2009 

Pengetua
Sekolah Menengah Punggol
12 Punggol Cresent
Singapura 206732

Tuan/Puan

Melibatkan Para Pelajar Dalam Usaha Untuk Meningkatkan Tahap Kebersihan


Di Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya selaku ketua darjah sekolah, mendapati


bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini kurang menjaga kebersihan sekolah. Ini
harus dikawal. Jika tidak,keadaan untuk belajar di sekolah tidak amat sesuai
bagi pelajar-pelajar dan mereka tidak dapat focus.

Sebagai seorang ketua darjah, saya ingin menyarankan langkah-langkah yang


boleh diambil oleh pihak sekolah untuk melibatkan para pelajar dalam usaha
untuk meningkatkan tahap kebersihan di sekolah.

Pertama,saya sarankan bahawa para pelajar melatih menjaga kebersihan diri,


tidak kira di dalam ataupun di luar kelas. Mereka juga tidak akan berasa
selesa untuk belajar di kelas yang kotor. Contohnya, guru-guru boleh
menyuruh para pelajar mengutip sampah disekeliling kelas darjah sebelum
mula mengajar. Ini akan menyedarkan semua pelajar bahawa pentingnya
kebersihan. Lama-kelamaan, pelajar-pelajar akan menjadi biasa dengan
kegiatan ini. Ini akan membuat suasana di dalam kelas lebih selesa.
Tambahan pula, pelajar-pelajar dapat mengamalkan kebersihan bukan sahaja
di dalam kelas tetapi juga di rumah.

Kedua, saya sarankan bahawa pihak sekolah akan mendenda pelajar-pelajar


yang didapati bersalah seperti membuang sampah sembarangan ataupun
makan di dalam kelas. Ini akan mendatangkan serangga-serangga seperti
lipas dan semut. Justeru, ini akan membuat pelajar-pelajar berasa kurang
selesa. Saya juga ingin menyarankan bagaimana pesalah harus didenda.
Mereka harus mengutip sampah sarap di sekeliling sekolah selama tiga hari
berturut-turut. Denda ini hanya boleh dijalankan selepas sekolah agar
pelajarannya tidak terganggu. Namun, ini akan membuat pelajar sedar akan
pentingnya kebersihan.

Ketiga, saya sarankan bahawa guru-guru mengadakan sebuah aktiviti ataupun


pertandingan antara kelas-kelas lain. Contohnya, pihak sekolah boleh
mengadakan sebuah pertandingan yang akan menentukan bahawa kelas
siapa yang lebih bersih. Pemenang tersebut akan mendapat cenderahati. Ini
juga akan membuat pelajar berasa seronok. Guru-guru juga boleh mengambil
bahagian. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat berseronok sambil memenuhi
objektif mereka iaitu menjaga kebersihan.

Dengan ini, saya harapkan bahawa tahap kebersihan di sekolah akan


meningkat dan dijaga dengan rapi agar pelajar-pelajar berasa selesa dan
gembira apabila belajar.

Saya mengahrapkan tuan/puan dapat mempertimbangkan saranan saya.


Sama-sama kita meningkatkan tahap kebersihan sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Hamid

(Hamid Bin Ahmad)


Ketua darjah

0 comments share

Apr 22, '09 9:01 PM


Laporan Lawatan Ke Kampung Buangkok - Pemenang for everyone
Lawatan Ke Kampung Buangkok 

Baru-baru ini kelas Bahasa Melayu kami telah menganjurkan lawatan ke


kampung terakhir Singapura. Nama kampung ini ialah Kampung Buangkok
yang terletak di Lorong Buangkok, berdekatan dengan kawasan Hougang.
Kampung ini dibina pada tahun 1954. 

Kampung ini diberi gelaran Kampung Selak Kain kerana dahulu kala pada


musim tengkujuh, kampung ini selalu dilanda banjir. Penduduk kampung
harus menyinsing kain mereka untuk melintas jalan menuju ke destinasi
mereka.  
       

Kebanyakan rumah-rumah kampung di situ diperbuat daripada kayu dan


beratapkan zinc. 

Kami dapat menemu-ramah seseorang dari kampung itu. Dia berkata bahawa
dia datang sekali-sekala untuk mengemas kawasan kampungnya. Dia
menanam pelbagai jenis buah-buahan seperti rambutan, cempedak, nangka,
betik dan sebagainya. 

Rumahnya tidak begitu besar tetapi halamannya luas. Di kampung itu juga ada
pelbagai jenis bunga berwarna-warni. Salah satu daripada penduduk kampung
itu telah membina sebuah taman kecil yang mempunyai pelbagai jenis bunga
dan buah-buahan. 
    

Terdapat banyak anjing liar di situ. Walaupun kepunyaan orang, mereka


membiarkan anjing mereka berjalan-jalan di serata kampung. Apabila kita
lalu, pasti ada beberapa ekor anjing yang menyalak ke arah kami. 

Sayangnya, kampung terakhir di Singapura ini akan dirobohkan tidak lama


lagi untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah pangsa. Pasti kita
akan rindu kampung ini.
Oleh: Muhd Muslimin

Kumpulan: Muhd Muslimin, Muhd Farid Khamis (4E), Muhd Arif (4T)

0 comments share

Apr 22, '09 8:59 PM


Cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan - Nurul Atika for everyone
Keluarga merupakan institusi yang penting di dalam sebuah masyarakat. Keutamaan
dan sikap tanggungjawab harus dipupuk dalam diri setiap individu, dan ini
selalunya bermula di dalam sesebuah keluarga itu sendiri. Namun, pada zaman yang
moden ini, hubungan kekeluargaan didapati menjadi semnakin renggang dek
tuntutan pekerjaan dan pelajaran.

Komunikasi juga memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah hubungan. Ia


bagaikan tunggak keluarga. Komunikasi yang baik antara satu sama lain dapat
mengelakkan sebarang salah faham dan secara tidak langsung, dapat mengukuhkan
hubungan.

Kini, bukan para ibu bapa sahaja yang tidak dapat meluangkan masa untuk anak-
anak, malah si anak juga sibuk dengan tanggungjawab di sekolah. Dengan itu,
ianya amat penting buat kedua- dua pihak untuk meluangkan masa. Ibu bapa boleh
membawa anak- anak mereka untuk membuat aktiviti- aktiviti kekeluargaan pada hari
cuti umum ataupun hujung minggu. Contohnya, mereka boleh melakukan aktiviti
sukan bersam, ataupun pergi berkelah di tepi pantai yang indah. Ini boleh memupuk
hubungan kekeluargaan yang lebih rapat lagi. 

Seterusnya, sesebuah keluarga juga harus mengutamakan untuk makan bersama.


Dengan cara inilah, setiap ahli keluarga dapat berkongsi tentang apa yang
mereka lalui pada hari itu dan ini dapat mengeratkan lagi hubungan. Keluarga yang
selalunya tidak makan bersama, akan menjadi lebih renggang kerana ada suatu
keruntuhan dari segi komunikasi.

Akhir sekali, sebagai keluarga yang beragama Islam, ahli keluarga sepatutnya
sembahyang berjemaah di rumah. Pada waktu Subuh, sebagai permulaan hari,
waktu
Maghrib, selepas semuanya pulang dari sekolah dan tempat tugas masing- masing,
dan pada waktu Isyak, selepas selesai makan malam. Dengan ini, hubungan
kekeluargaan dapat diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa. 

Justeru, kerjasama antara ahli keluarga amat penting untuk mengeratkan hubungan.
Masa bukan lagi penyebab atau alasan di mana seseorang itu tidak dapat 
meluangkan masa buat keluarga. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak mahu
seribu dalih. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dapat dirapatkan semula jika
semua memberikan keutamaan pada keluarga masing- masing. 

Nurul Atika 4E2


0 comments share

Apr 22, '09 8:58 PM


Dialog - Peranan Tekanan Dalam Kehidupan for everyone
Masa:Lepas waktu sekolah
Tempat: Perpustakaan sekolah
Pelaku 1: Aisyah
Pelaku 2: Nadiah

   Aisyah dan Nadiah sedang membelek- belek akhbar di perpustakaan sekolah


mereka, apabila mereka terbaca sebuah artikel tentang kadar peningkatan  
   di kalangan rakyat Singapura yang menghadapi tekanan. 

Aisyah: Nadiah, awak lihat ni, rakyat Singapura yang menghidapi tekanan pada masa
ini semakin meningkat. Saya rasa, peranan tekanan dalam hidup seseorang akan 
   membawa kesan lebih buruk daripada baik.

Nadiah: Mengapa pula awak berkata begitu, Aisyah?

Aisyah: Yelah, lihat saja laporan di akhbar ini. Peningkatan tersebut secara tidak
langsung telah meningkatkan kes bunuh diri. Ada juga yang hilang daya ingatan
akibat
   tekanan yang serius.

Nadiah:Akan tetapi, saya rasa hadirnya tekanan dalam kehidupan seseorang itu amat
penting. Ia bukan saja dapat meningkatkan prestasi pekerjaan seseorang itu, malah
  ia akan membuat seseorang itu menjadi lebih matang.

Aisyah: Matang awak cakap? Sehingga bunuh diri dan hilang daya ingatan itu semua
perkara yang baik?

Nadiah: Itu semua terjadi kerana mereka tidak dapat mengawal tekanan masing-
masing. Mereka tidak meminta bantuan untuk memperbaiki keadaan. Semua orang
   memerlukan tekanan di dalam hidup mereka, Aisyah.

Aisyah: Saya sangkal bulat- bulat pendapat awak itu. Saya rasa semua orang tidak
memerlukan tekanan untuk menjadi lebih matang. Prestasi pekerjaan juga tidak
   semestinya meningkat dek adanya tekanan. Bagi saya, kehadiran tekanan dalam
kehidupan seseorang akan hanya menyekat perjalanan hidup mereka.

Nadiah: Awak boleh berkata begitu, tetapi apa yang awak tidak tahu ialah selama ini,
tekanan yang mendorong awak untuk pergi lebih jauh. Tanpa tekanan,
   semua orang akan mengambil perkara- perkara penting sambil lewa sahaja.
Contohnya, jika awak tidak berasa tertekan apabila hari peperiksaan hendak
   tiba, sudah pasti awak tidak akan melakukan yang terbaik.

Aisyah: Suka hati awaklah Nadiah. Awak dengan pendirian awak, saya dengan
pendirian saya. Lagipun, hari sudah lewat ni, mari kita pulang. 

   Kedua- dua sahabat itu pun mengatur langkah untuk pulang.


Nurul Atika 4E2
0 comments share

Apr 22, '09 8:57 PM


Dialog - Izdihar for everyone

Dua orang sahabat sedang berdebat tentang peranan tekanan


dalam hidup seseorang. Tekankan perbezaan antara mereka dalam
dialog tersebut. 

Tempat: Kantin di sekolah

Masa: Waktu rehat

Pelaku 1: Ali

Pelaku 2: Nur

Ali dan Nur sedang makan sambil berbincang tentang peranan


tekanan dalam hidup seseorang.

Ali: Saya berpendapat bahawa manusia memerlukan tekanan di


dalam kehidupan kerana tekanan adalah motivasi yang terkuat bagi
kita untuk membuat sesuatu dengan lebih cepat dan lebih bermutu.
Contohnya, tekanan semasa peperiksaan akan memberikan kami
semangat untuk menyelesaikan peperiksaan itu di dalam masa
suntuk yang telah diberikan.

Nur:  Saya tidak setuju dengan pendapat kamu. Sebaliknya, saya


merasakan bahawa tekanan membuat manusia lalai atau pun
menggangu perjalanan fikiran seseorang. Oleh itu, semasa
peperiksaan, seorang pelajar yang ditimpa tekanan tidak boleh
berfikir dengan wajar kerana terlalu tertekan dengan menyelesaikan
peperiksaan dalam masa yang diberikan.

Ali: Pada pendapat saya, tekanan ini penting di dalam era globalisasi


sekarang ini,di mana sebuah negara harus sentiasa meningkatkan
diri dan bertanding dengan negara-negara yang lain. Tanpa tekanan,
kami akan mengambil lewa dan malas untuk bekerja dengan keras.
Negara yang penuh dengan rakyat pemalas akan berhenti menjadi
relevan di mata dunia. Oleh itu, tekanan penting kerana ia membuat
kami semua prihatin tentang isu-isu dunia.

Nur: Saya merasakan bahawa tekanan menimbulkan banyak masalah


terutama sekali, masalah kesihatan. Banyak penyakit berpunca
daripada tekanan. Contohnya, ramai orang yang berhadapan dengan
tekanan dari kerja atau keluarga selalunya menghidapi penyakit
tekanan darah tinggi. Oleh itu, tekanan berbahaya dan boleh
membawa maut juga. Orang yang tertekan juga akan membuat
aktiviti yang kurang sihat seperti minum arak untuk melepaskan
tekanan.

Ali: Dengan adanya tekanan, ia akan membuat hubungan seseorang


dengan orang sekelilingnya untuk menjadi lebih erat. Misalnya,
apabila diberikan kerja kumpulan untuk diselesaikan dalam masa
yang suntuk, ia akan merapatkan ahli – ahli kumpulan itu. Anggota
kumpulan itu akan bekerjasama kerana semua tertekan untuk
menghabiskan projek tersebut dalam masa yang diberikan. Dalam
proses itu, ia akan merapatkan ahli-ahli kumpulan itu.

Nur: Saya berpendapat lain daripada kamu. Saya merasakan bahawa


tekanan menghancurkan hubungan. Contohnya, seorang bapa yang
tertekan kerana pekerjaannya akan pulang ke rumah dan membantai
anak atau isterinya untuk melepaskan tekanan dan dengan itu,
menimbulkan perasaan benci di dalam keluarganya.

Ali: Kami berdua mempunyai pendirian yang berlainan. Maklumlah,


rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Mari pulang ke kelas, loceng
sudah pun berdering.  

Perbincangan antara Ali dan Nur pun akhir dan mereka pulang ke
kelas masing-masing.

Nur Izdihar 4E1


0 comments share
Apr 22, '09 8:56 PM
Perpisahan Yang Menyiksakan - Nabilah for everyone
Aroma kopi yang baru sahaja aku bancuh sungguh membuka seleraku. Dengan
perlahan, aku meneguknya sedikit demi sedikit.  

“Sungguh nyaman udara di pagi hari,” kataku dalam hati. 

Sambil menghirup kopi, aku membaca surat akhbar. Sudah jadi kelaziman aku
membacanya. Sedang aku membelek muka surat demi muka surat, mataku
tertarik pada sebuah artikel yang bertajuk “Dua Orang Adik-beradik Terpisah
Dek Pertengkaran”. 

Serta-merta, ingatanku terimbau kisah Adam dan Tasha yang mempunyai


nasib yang sama. Adam dan Tasha merupakan adik-beradik. Hubungan
mereka sangat akrab. Mereka sering berkongsi apa jua bersama-sama. Aku
pernah mencemburui mereka kerana hubungan aku dengan adik-beradikku
tidak seperti mereka. Biarpun aku hanya saudara kepada mereka, mereka tidak
pernah melupakan aku Ketika bermain di taman permainan. 

Pakcik Norman dan Makcik Ana memang boleh diibaratkan seperti pinang
dibelah dua. Walaupun mereka sudah melayari bahtera rumah tangga selama
sepuluh tahun, kasih sayang mereka tetap teguh ibarat Tembok Besar Cina
yang tersergam indah itu. Cinta mereka tiada tandingannya. Namun, seperti
kata orang, betapa hebatnya cinta itu, jika ada orang ketiga, ia boleh hancur
dengan sekelip mata. 

Suatu hari, Pakcik Norman dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Kewangan di


syarikat Syaheed & Co. Memang itu yang diimpikan olehnya. Setelah dua
minggu menjawat jawatan tersebut, pembantu peribadi, Lisa, terpaksa berhenti
kerja kerana tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. Bakal suaminya
pula, tidak mengizinkan dia bekerja. Jadi, hendak atau tidak, Lisa harus
meletak jawatan. 

Setelah beberapa hari mengiklankan di surat khabar bahawa syarikatnya


memerlukan seorang pembantu peribadi, akhirnya ada beberapa orang yang
telah ditemuduga. Akhirnya, Tuan Rashid dan beberapa rakan kongsi sebulat
suara untuk mengambil Nurul Shazirah Bte Ridhuan bekerja. 

Pertama kali bertemu Shazirah, Pakcik Norman terpegun dengan kejelitaannya


biarpun solekan Shazirah amat tipis. Dia sekadar mencalit gincu berona merah
dan memakai bedak tipis. Pakcik Norman cuma untuk berlagak biasa. Namun,
hari berganti hari, dia merasakan bahawa dia sudah jatuh cinta pada Shazirah.
Biarpun berkali-kali menidakkan perasaan yang baru bercambah di nalurinya,
Pakcik Norman tidak dapat membohongi dirinya sendiri. 

Shazirah juga sama seperti Pakcik Norman. Dia tertarik padanya kerana
Pakcik Norman berkarisma dan masih segak lagi walaupun berusia empat
puluh tahun. Masa silih berganti dan hubungan mereka semakin rapat.
Sehinggalah pada suatu hari, Makcik Ana terbaca khidmat pesanan ringkas di
dalam telefon bimbit suaminya ketika dia sedang mandi. 

“Sayang, I rindu you!” Kata-kata itu terpacul dari mulut Makcik Ana. Secara
tiba-tiba perasaan marah bercampur aduk dengan geram membuka-buak di
dalam hatinya. Sungguh tidak dia sangka bahawa suami yang sering dihormati
dan disanjungi berlaku curang terhadap dirinya.  

Apabila Pakcik Norman keluar dari kamar mandi, wajah Makcik Ana saling
tidak tumpah seperti seekor harimau yang akan menyerang mangsanya pada
bila-bila masa sahaja.  

“Abang! Siapa Shazirah? Kenapa dia menghantar SMS begini kepada


Abang?” Dengan suara yang tertahan-tahan, Makcik Ana bertanya. Muka
Pakcik Norman tiba-tiba pucat lesi bagaikan ditoreh tiada darah mengalir.
Terkedu Pakcik bila disoal begitu. 

“Er.. Shazirah itu pembantu peribadi Abang di pejabat. Alah, sayang tidak
perlu risau. Mungkin dia tersilap hantar agaknya,” jawab Pakcik Norman
tergagap-gagap. Makcik Ana tidak dapat menerima penjelasan itu kerana dia
sedia maklum bahawa mereka pasti ada hubungan apabila membaca mesej-
mesej yang dahulu. 

Butir-butir mutiara mengalir dari tubir matanya. Hancur punah segala


kebahagiaan Makcik Ana bersama Pakcik Norman. Sewaktu mereka
bertengkar, aku, Adam dan Tasha sedang bermain di ruang tamu. Oleh kerana
ruang tamu tidak jauh dari bilik mereka, kami terdengar semuanya. Kami baru
sahaja berusia sekitar enam tahun. 

Makcik Ana tidak dapat menerimanya dan menyuruh Pakcik Norman


menceraikannya. Dengan berat hati, Pakcik pun melafazkan kata-kata tersebut.
Walaupun pedih, Makcik Ana cekalkan hati dan mengemas pakaiannya. Dia
terus melangkah keluar tanpa mempedulikan kami semua.  

Selepas permohonan cerai difailkan di Mahkamah Syariah, Makcik Ana harus


menunggu selama tiga bulan lagi sebelum dia tahu siapa yang layak menjaga
anak-anaknya. 

Masa berlalu begitu pantas sekali dan keputusan telah pun dibuat. Pakcik
Norman dapat hak menjaga Tasha sementara Makcik Ana pula dapat hak
menjaga Adam. Dek masih terkenangkan peristiwa itu, Makcik Ana membuat
keputusan untuk berhijrah ke London, di mana tempat kelahirannya. Dia juga
akan membawa Adam bersama.  

Pabila mengetahui hal itu, Adam berkeras tidak mahu pergi kerana dia tidak
mahu berpisah dengan adik kesayangannya.  

“Tidak! Adam tidak mahu ikut Mama!” Adam menjerit sambil menghentak-
hentak kakinya. 

“Adam harus ikut Mama! Jangan lawan cakap Mama!” Jawab Makcik Ana
sambil meninggikan suara. 

Mahu tidak mahu, Adam mengikut Makcik Ana ke London. Sepanjang


perjalanan, air mata menjadi teman setianya. Setelah beberapa bulan, barulah
Adam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.  

Lamunanku terhenti pabila terasa bahu aku disentuh lembut. Aku sekadar
memberi senyuman sahaja padanya. Sehingga kini, Adan dan Tasha masih
belum bertemu. Aku hanya dapat berdoa agar mereka berkesempatan untuk
berjumpa lagi.

Nabilah Abdul Fitrey

0 comments share

Apr 22, '09 8:55 PM


Baik buruk makan di luar for everyone

Makan di luar sudah menjadi perkara yang biasa


bukan sahaja di dalam masyarakat Melayu tetapi
seluruh masyarakat di Singapura. Maksud makan di
luar bererti kita membeli makanan di kedai lalu
duduk di dalam kedai itu untuk menjama
makanan.Ramai orang lebih suka makan di luar
daripada memasaknya sendiri kerana geranggapan
ia lebih senang, cepat dan mudah.Namun, makan di
luar bukan sahaja ada kebaikannya tetapi ada
keburukannya lalu mari kita bincankan baik dan
buruknya makan di luar.
           Dengan makan di luar, kita tidak perlu
membazirkan masa untuk menyiapkan makanan
tersebut dari mula.Kita hanya perlu memilih
makanan itu lalu duduk untuk menghabiskan
makanan itu.Makan di luar lebih senang dan mudah
kerana makanan yang dikehendaki telah pun
tersedia di gerai tersebut apatahlagi makanan yang
dikehandaki amat rumit untuk memasaknya kerana
pengalaman dan kemahiran kita tidak mencukupi
lalu akan mengambil masa yang lama jika kita mahu
mencoba masakan tersebut.
           Selain itu, kita dapat memilih beraneka
makanan yang tersedia di kedai kerana ada resipi
makanan yang kita hendak masak susah untuk
mencari bahan – bahannya ataupun ingin
memasaknya. Mungkin makanan itu makanan dari
negara lain. Sebuah kedai akan menjual pelbagai
makanan sebagai daya tarikan untuk menarik lagi
ramai orang untuk membeli makanan di keadai
mereka. Jika kita makan di rumah kadang kala
makanan yang dihidangkan mungkin terhad kerana
kita tidak tahu cara yang betul untuk menyiapkan
makanan yang lain lalu kita akan memasak makanan
yang kita tahu pada setiap hari.
Makan di luar juga dapat mengeratkan hubungan
antara satu sama lain kerana kita sering akan
mengajak anggota keluarga jika kita mahu makan di
luar kerana kita tidak memasak di rumah. Apabila
kita makan di luar, kita akn duduk bersama lalu
akan berbual antara satu sama lain kerana mungkin
hanya masa itu yang seluruh keluarga dapat bersama
lalu pada masa lain ada seseorang anggota keluarga
yang sibuk dengan kerja, sekolah dan aktiviti-
aktiviti lain. Masa makan di luar kamu sekeluarga
dapat rehat dan berbual santai dengan yang lain
lantas ia merapatkan lagi hubungan keluarga.
          Kesimpulannya, makan di luar memberi anda
lebih masa untuk membuat aktiviti yang lain
daripada menghabiskan masa yang banyak untuk
menyiap sesuatu makanan. Kedua, memberi kita
banyak pilihan makanan dan terakhir dapat
mengeratkan hubungan keluargaan. Namun begitu,
makan di luar juga ada keburukannya yang akan
dikupas sekarang....
          Keburukan makan di luar ialah ia
membazirkan wang kita. Apabila kita memasak di
rumah, kita boleh membeli bahan-bahan untuk
memasak makanan dengan harga yang murah dan
juga beli dengan banyak namun harga makan di luar
lebih mahal mungkin sebab keadaan yang berhawa
dingin dan layanan yang baik.Contohnya, jika kita
mahu makan hidangan laksa untuk empat orang
yang berharga $3.50 setiap orang. Jika, kita
jumlahkan harga keseluruhannya ialah mahal
berbanding dengan memasaknya sendiri kerana kita
boleh beli bahan-bahannya dengan banyak dan
murah. Ia lebih menjimatkan apatahlagi jika kita
mempunyai keluarga yang besar.
           Di samping itu, makanan di luar tidak
berkhasiat kerana penjual mungkin meletakkan
bahan perasa tiruan untuk menambahkan lagi rasa
makanan yang dijual. Penjual juga ingin
menjimatkan kos jadi mereka tidak mengunakan
bahan yang segar dan sihat ataupun minyak masak
yang lebih sihat. Mungkin harga minyak masak
yang lebih sihat lebih mahal daripada yang biasa.
Penjual juga lebih memilih untuk menggoreng
daripada merebus sesuatu bahan makanan itu kerana
menggoreng lebih cepat dan senang. Sewaktu kita
memasak di rumah  kita boleh membeli bahan yang
segar dan menggunakan cara yang sihat untuk
menyiapkan hidangan. Kita tidak boleh pasti adakah
penjual mengunakan cara dan bahan yang sihat
kerana bukan kita yang memasaknya.
          Yang terakhir sekali, kebersihan menyiapkan
makanan yang dijual tidak terjamin kerana kadang
kala penjual malas untuk membersihkan kedainya
lalu ada binatang yang akan tinggal di sudut-sudut
kedai itu lalu akan mengotori perkakas-perkakas
masak. Bahan-bahan mungkin tidak dicuci bersih
kerana mereka kelam-kabut untuk menyiapkan
makanan tersebut. Tukang masak juga mungkin
tidak memakai sarong tangam apabila diperlukan.
Kebersihan sesuatu makanan itu penting kerana kita
boleh menjatuh sakit apabila memakan makanan
yang kotor. Jika kita memasak sendiri, kita boleh
menjamin tahap kebersihan yang tinggi kerana kita
tidak mahu diri kita sendiri jatuh sakit. Memang
susah untuk mengetahui makanan yang dijual itu
bersih atau tidak kerana kita tidak ada semasa
tukang masak itu menyiapkan makanan yang dijual.
            Secara ringkas, makan di luar ada baik dan
buruknya.Pokoknya, ia terpulang pada kita sama
ada kita lebih suka makan di luar atau sebaliknya
bak kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain.
Nasihat saya kepada orang ramai tidak kira makan
di luar ataupun tidak janji ‘Perut Kenyang, Hati Pun
Senang ‘. Berpada- padalah makan, jangan lupa diri.
0 comments share

Apr 22, '09 8:54 PM


Suatu Perpisahan - Muhd Afiq for everyone
“ Encik Afiq, maaf mengganggu, tetapi ini fail yang Encik pesankan
tadi,” suara Ayu yang sememangnya ayu mata memandang
mengalihkan perhatianku dari skrin komputer. 

            “ Teriama kasih, Ayu,” jawapan yang ringkas aku beri lalu
mencapai fail yang setebal Al-Quran itu. 

             Ayu adalah pembantu aku yang sudah bertahun-tahun bekerja


denganku. Tidak pernah terlintas di fikiran aku ingin memecatnya
walaupun ketika keadaan ekonomi yang sedang gawat ini. Wajahnya
ayu seperti namanya sendiri. Dengan bertudung, dia kelihatan manis
dari hujung kepala hingga ke hujung kaki. Paras tubuh dan
perwatakannya lemah lembut memang saling tidak tumpah seperti
adikku sendiri, Syakilla. Namuun nama Syakilla semakin luput di
ingatanku. Aku memandang balik ke skrin komputer dan tatkala itulah
memori pahit kian menusuk jiwa kembali sedikit demi sedikit. Gambar
aku bersama adikku ketika di Australia terpampang di skrin. Aku mula
sebak.
           “ Hmmm… Di mana kau Syakilla, masih berdendamkah dengan
ku ? ” bisikku di dalam hati. 

*  * *

              “ Abang! Tengok ini, adik sudah mendapat kerja tau! Jangan
main-main, gajinya lebih tinggi daripada abang! ” Teriak adikku,
Syakilla dengan megah. 

              Memang sejak kecil lagi, adikku pasti akan selalu mendahului
aku. Tidak kisah dari segi apa sekalipun. Baik pelajaran, mahupun
kegiatannya yang lain. Semuanya pasti dia akan menang. Namun,
Hubungan kami tetap rapat seperti isi dan kuku. Susah dan senang
kami akan sentiasa harungi bersama. Boleh dikatakan dialah seorang
adik yang aku sayangi selalu. 

              Aku gembira mendengar berita itu. Seorang abang harus


bangga dengan kejayaan adiknya sendiri. Aku mula menyuruhnya
supaya bekerja keras dan sentiasa mengingati aku. 

             “ Adik janji, suatu hari nanti, bila adik dah mendapat kewangan
yang mantap, adik akan bawa keluarga kita ke Tanah Suci. Abang
tunggu sahaja nanti,” kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga
seolah-olah dia baru sahaja memberitahuku. Namun, janji hanya
tinggal janji… 

             Setelah kematian ibu akibat serangan jantung, kami hidup


berdua sahaja. Bapa sudah lama meninggal dan kini ibu pula. Ketika
itulah kami semakin renggang dan ia berpunca dari peninggalan
harta.. 

            “ Abang! Ibu dan Ayah ada harta! Saya mahu kesemuanya!
Hutang Syakilla semakin bertambah! Syakilla perlu banyak duit!
Lagipun abangkan sudah berjaya! ” adikku menuntut haknya. 

            “ Adik… Mengikut wasiat, harta harus dibahagikan sama rata.


Takkan adik hendak bolot semua. Siapa suruh adik berhutang? Salah
adik sendiri! ” Aku mula emosi sedikit oleh kerana adikku yang baik
menjadi degil ini. 

            “ Baik, kalau abang taknak serahkan mulai hari ini, kita putus
saudara! ,” dia menengking pada aku, abang kandungnya sendiri. 

             Aku mula hendak mengalah dan menyerahkan semua tetapi


sudah terlambat. Pintu sudah pun dihempas. Itulah kali terakhir aku
dapat melihat wajah Syakilla. Sejak itu dia menghilangkan diri entah ke
mana. Aku sudah cuba menghubunginya tetapi gagal. 

             Aku tersentak dari lamunan. Peristiwa tadi ibarat wayang lama
dimainkan. Aku masih menatap wajah Syakilla di skrin komputer.
Hanya Allah sahaja tahu di mana dia. Walauapapun, aku sentiasa
mendoakan keselamatannya. Aku menghirup secawan kopi yang
panas untuk mengalihkan tumpuan dari kisah itu. Kopi adalah
minuman kegemaran Syakilla. Tetapi apa nak dikata, hidup perlu
diteruskan… 
 

Karya oleh: Muhd Afiq

                    Menengah 4E4

                    Sekolah Menengah Zhenghua

0 comments share

Apr 22, '09 8:53 PM


Satu Keinsafan - Nur Faiqah for everyone
Sidiq Bin Mahmud. Namanya sahaja membuat hatiku terbakar. Perasaanku
bertimbun marah dan dibelenggu dendam dan kecewa terhadap satu-satunya
adik kandungku itu. 

      Adakalanya, aku merasakan bahawa orang tuaku juga harus dipersalahkan,

Pengagihan kasih sayang yang berat sebelah telah membuatnya menjadi insan
yang bersikap biadap dan gemar melawan cakap orang tua. Sebagai anak
perempuan yang sulung,ibu bapaku senantiasa mencurahkan kasih sayang dan
perhatian kepadaku tetapi Sidiq sebagai anak lelaki dibiarkannya. Sidiq yang
dahagakan kasih sayang dan perhatian sering menimbulkan masalah demi
masalah semasa di bangku sekolah.  Ternyata ibu bapaku tetap merasa bahawa
anak lelaki harus kuat semangat dan berdikari. 

      Pada suatu hari, Sidiq tampil dengan perubahan yang drastik.

    “ Ibu, Sidiq ingin memulakan bisnes dengan kawan dan mahu meminjam
wang untuk perlaburan”, tutur Sidiq, suarannya lunak sekali. 

      Sidiq membuat pengakuan bahawa dia telah insaf dan bersedia untuk
mengubah hidupnya menjadi usahawan yang sukses. Dia ingin keluar daripada
kehidupannya yang sering berfoya-foya sebelum ini. Perkataaan yang keluar
dari bibirnya sangat menyejukkan hatiku dan orang tuaku. 

      Aku mengukir senyum senang; bangga melihat adikku akhirnya pandai
menguruskan diri dan berfikiran matang. Aku mengambil keputusan untuk
membantunya dengan meminjamkan wang sebanyak dua ratus ribu dolar
sebagai kapital. Sidiq bersumpah akan menggunakan wang pinjaman itu
dengan bijak tetapi menolak bimbinganku dengan alasan bahwa dia ingin
membuktikan kesungguhan dan kebijaksanaan sebagai anak lelaki. Aku akur
akan keputusan yang diambilnya itu. 

       Bau harum deodoran menusuk ke dalam hidungku. Sidiq kelihatan segak
bergaya dalam pakaian koporatnya. Kereta yang dipandu menjalar di tempat
letak kereta. Ibu senyum bangga kerana nampaknya bisnes Sidiq ‘menjadi’. 

      Selang beberapa bulan tubuh sasa Sidiq mula kelihatan susut. Dia
kelihatan lemah dan lesu. Matanya cengkung dan dia selalu sahaja terbatuk-
batuk. Aku mula khuatir akan kesihatannya dan mencadangkan agar dia
mendapatkan rawatan doktor dengan segera. 

      Pagi itu, tiba-tiba Sidiq tidak bangun awal seperti biasa. Ibu melangkah
masuk ke kamar dan mendapati Sidiq terkulai di tepi katil dengan mulutnya
berbuih. Nafas di dadanya lemah sekali. Ibu panik tetapi sempat bergegas
menelefon ambulan. Tangan ibu yang tua terketar-ketar sambil memberitahu
butiran yand diperlukan menerusi ganggang telefon. Aku pula terus
membongkar almari untuk mencari kad pengenalan adikku. Bebola mataku
tertumpu kepada beg sandang berwarna hitam. Sukses!! Kad pengenalan ada
dalam gengamanku. Tunggu! Aku terlihat sesuatu yang mencurigakan;bahan
misteri yang tersorok di salah satu kompartmen begnya. Ia berupa beg plastik
kecil yang sarat dengan pil berwarna putih. 

      Aku mengalihkan fokus kepada Sidiq yang seakan nyawa-nyawa ikan.
Siren dan paramedik tiba dan Sidiq dibawa masuk ke dalam ambulan.
Ambulan mula pecut laju, selaju itu juga degupan jantung ibu dan ayahku.
Kasihan mereka seperti dalam kebingungan pada saat itu. Setiba aku di
hospital Queens, aku lihat adikku di tolak ke dalam bilik kecemasan. Aku
tunggu dengan penuh rasa cemas. Sebaik sahaja doktor yang merawat Sidiq
keluar, aku terus mendapatkannya. 

     Sidiq didiagnos ketagihan dadah hingga menyebabkan sistem daya


tahanannya lemah. Dadah yang diambilnya telah meracuni dirinya dan
menyebabkan sistem penafasannya menjadi kronik. 

      Pihak hospital telah membuat laporan polis dan Sidiq didapati bersalah
kerana terlibat dalam komplot pengedaran dadah. Atas siasatan polis dia juga
adalah ketua kumpulan pengedar dadah yang dicari-cari selama ini. 

     Berita yang kami dengar sangat memeranjatkan dan memedihkan hati.
Apabila terdengar berita bahawa Sidiq akan dipertanggungjawabkan nanti di
mahkamah setelah keluar dari hospital, tubuh ibuku terjelepuk di lantai.
Perasaanku pula bercampur baur antara marah dan kecewa. Hasil titik peluhku
habis lenyap begitu sahaja. Kami semua ditipu! Sampai hati Sidiq membuat
mereka yang menyayanginya hampa dan kecewa. Mujurlah dia hanya
dihukum penjara seumur hidup. 

     “Sidiq kenapa kau sanggup menipu kami semua dik”, detik hatiku sambil
mengusap rambutnya. Adikku tidak menjawab, dia terbaring lesu di atas katil
hospital. Biarlah dia menerima padah atas kesalahannya. Aku lega dan jauh di
lubuk hatiku biarlah adikku itu mempelajari erti keinsafan yang sebenar-
benarnya. 

Nur Faiqah Bte Anuar 4E1

0 comments share

Apr 22, '09 8:52 PM


Cabaran-cabaran Remaja Hari Ini - Atika 4E2 for everyone
Remaja ialah golongan yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 19 tahun.
Golongan ini bertenaga dan 
mempunyai semangat juang yang tinggi. Sumbangan daripada golongan ini amat
diperlukan, lebih- lebih lagi di Singapura, sebuah negara yang bergantung pada
tenaga manusianya. Namun, sebagai seorang remaja, pelbagai cabaran harus
diharungi pada hari ini. 

Sebagai sebuah negara yang kian pesat membangun, Singapura kini menjadi lebih
maju, dan sering bersaing 
untuk mendapatkan yang terbaik. Bukan dari segi politik, ekonomi, ataupun tenaga
pekerjaan sahaja. Malah, para remajanya juga giat bersaing di dalam bidang sukan
dan pelajaran. Pelajaran kini sudah menjadi salah satu cabaran buat remaja masa
kini kerana semuanya inginkan yang terbaik. Sukatan mata pelajaran yang semakin
rumit meningkatkan lagi daya pemikiran para pelajar. Walaupun pada mulanya ia
agak sukar buat mereka untuk menyelaraskan mata pejalaran tersebut, akhirnya,
kebanyakan remaja Singapura telah membuktikan yang sebaliknya, dengan
menempah kejayaan di persada dunia.

Selain itu, para belia juga harus meningkatkan diri mereka. Perkara ini bukan hanya
dihadkan bagi para pekerja 
yang berumur dalam lingkungan 30- an tahun sahaja, tetapi, remaja juga harus
memupuk sikap sedemikian. Maksud peningkatan diri yang paling bersesuaian
dengan para remaja ialah teknologi. Ini kerana, pada zaman yang serba- serbi
moden, teknologi merupakan kunci bagi kebanyakan bidang kerjaya. Jika seseorang
remaja itu tidak tahu- menahu tentang teknologi, maka ia sama jika diibaratkan bagai
seekor katak di bawah tempurung. Dengan itu, teknologi merupakan salah satu
cabaran yang harus diharungi remaja pada masa kini. 
Persaingan antara golongan remaja tempatan dan bakat asing juga merupakan satu
cabaran pada masa kini.
Peningkatan dalam bilangan bakat asing yang berhijrah ke Singapura menjadi satu
keadaan yang agak membimbangkan. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat
pada masa akan datang, dan ini menggugat kedudukan para belia tempatan untuk
mendapat pekerjaan. Peluang pekerjaan yang semakin berkurangan akan menjejas
kehidupan mereka, kerana jika pekerjaan tidak boleh didapati di negara sendiri, mana
lagi rakyat Singapura harus pergi untuk mendapatkan pekerjaan.

Justeru, golongan remaja mesti menyiapkan diri setiap masa untuk menghadapi
cabaran- cabaran yang
mendatang. Insan yang berilmu dan berpengetahuan tidak mudah terpengaruh
dengan nilai moral yang buruk. Maka itu, cabaran yang dihadapi haruslah diharungi
dengan minda yang positif untuk menjana sebuah negara yang majmuk pada masa
akan datang. 

Atika 4E2
2 comments share

Apr 22, '09 8:50


Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Berguna - Nabilah PM
4E2 for everyone
Awan mendung yang berarak menandakan bahawa sebentar lagi hujan akan
turun. Anis Ayuni menghirup segelas coklat panas sedikit demi sedikit. Terasa
lega apabila membasahkan tekaknya dengan minuman sedemikian apatah lagi
cuaca semakin kelam. Hujan renyai-renyai mula turun. Semakin masa berlalu,
semakin lebat jadinya. 

        Anis sangat gemar melihat titisan hujan. Sedang dia menikmati suasana
yang sunyi disertakan kilat sabung-menyabung, dia teringat peristiwa yang
terjadi kira-kira enam bulan yang lalu. 

        “Mama, nanti Anis hendak keluar bersama Aisha dan Sofea. Kita hendak
ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan bagi projek Sejarah. Boleh
ya,Ma?” Anis menyatakan hasratnya untuk keluar kerana dia berasa bosan
duduk di rumah. 

        “Hmm, iyalah. Jangan pulang lewat, ya sayang,” kata Cik Salbiah sambil
menghulurkan dua keping not sepuluh dolar kepada puterinya. 

        “Terima kasih, Mama. Anis sayang Mama,” ujar Anis lalu mengulum
senyuman yang manis bak madu. Di dalam hati, dia melonjak kegembiraan
kerana diberi keizinan untuk keluar. Sebenarnya, dia bercadang untuk
menonton wayang filem ‘Cicakman 2: Planet Hitam’ di panggung wayang di
VivoCity. Dia mengatakan hendak ke perpustakaan kerana itulah alasan yang
munasabah untuk meyakinkan Cik Salbiah. Dengan segera, Anis
menghubungi Aisha. 

        “Aisha, Mama aku izinkan aku pergi. Aku jumpa kau di sana nanti, ya.

Anda mungkin juga menyukai