Anda di halaman 1dari 18

SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

BAB 1 BEKALAN ELEKTRIK

1.1 Elektrik

 Pergerakan elektron selaju 3 x 108m/s (arus elektrik)


 Elektron mengalir disebabkan oleh tekanan (voltan)

1.2 Unit Elektrik

 Arus (Current) – I Ampere (A)


 Voltan (Voltage) – V (Volt)
 Rintangan (Resistance)/ Beban (Load) – R,Z(Ohm/)
 Kuasa (Power) - P (Watt)

1.3 Hubungan Antara Unit Elektrik

 HUKUM OHM: hubungan antara arus (I), voltan (V) dan


rintangan (R).
 Apabila terdpt voltan merintangi perintang, arus akan mengalir.

I =V/R
V=IR
P=IV=V2/R

1.4 Litar Elektrik

 Satu sistem yang terdiri daripada beberapa komponen


elektrik yang mampu memberi laluan elektrik supaya tenaga
elektrik dapat dipindah dan dimanfaatkan dalam pelbagai
bentuk (cahaya, bunyi, tenaga mekanikal).

1.5 Bahagian-Bahagian Litar Elektrik

 Punca kuasa – membekalkan voltan


 Pengalir – laluan electron
 Beban – menukar tenaga
 Peranti kawalan – mengawal litar
 Peranti Perlindungan – melindungi litar
 Penebat

Page 1/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.6 Jenis Bekalan Elektrik

1. Arus terus (AT) / Direct Current (DC)


2. Arus ulangalik (AU) / Alternating Current (AC)

1.7 Voltan dan Arus Terus

 V dan I tetap I =V/R


V=IR
P=IV=V2/R

 Contoh : bateri, janakuasa arus terus

1.8 Arus dan Voltan Ulang alik

 Gelombang ulang alik ialah gelombang yang berubah


mengikut masa.
 Pada suatu masa nilainya positif dan suatu masa lain nilainya
negatif.
 Magnitud arus dan voltan berubah-ubah mengikut masa.

V(t)=f(t) f(t)=i(t)

Max positif
Voltan
@ Arus

Masa(t)

Max negatif

Page 2/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

 Amplitud (Amplitude)

 Titik maximum suatu gelombang


 Symbol : Vm, Im

 Frekuensi (Frequency)

 bilangan kitaran gelombang sinus dalam 1 saat.


 Simbol = f
 Unit = kitar per saat atau Hertz (Hz)

f = 1 / T (kitar/saat)

 Nilai Purata dan Nilai Berkesan (Average Value and


Effective Value)

 Gelombang DC, nilai ketikanya adalah sama.


 Gelombang AC, nilai ketikanya berubah-ubah.
 Maka perlu mengetahui nilai ketika dan berkesan.

Nilai purata :

1T 2Vm
vt  dt
Vpurata =
T 0 =

= 0.637Vm

Nilai Berkesan :

 Nilai berkesan bagi arus au melesapkan kuasa yang sama


dengan kuasa yang dilesapkan oleh arus terus yang sama
nilainya di dalam resistor tsb.

 Pengiraan nilai berkesan berdasarkan kaedah pengkamiran :

T
1
it  dt
T 0
Irms =

= Im/√2

Page 3/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

 Sudut fasa, θ

 Sudut fasa - anjakan gelombang dari paksi tegak.


 Simbol – 
 Unit – darjah () atau radian
 Jika sudut fasa sama – gelombang adalah sefasa
 Jika ada anjakan sudut (beza fasa) – gelombang tidak sefasa

Merujuk kepada gelombang diatas,

v(t) = Vm sin t
i(t) = Im sin (t + )
v1(t) = Vm1 sin (t – θ1)

Rumusan bagi ketiga-tiga gelombang diatas adalah :

a) i(t) mendulu v(t) dengan sudut  radian atau v(t) mengekor


i(t) dengan sudut  radian
b) v1(t) mengekor v(t) dengan sudut θ1 radian atau v(t)
mendulu v1(t) dengan sudut θ1 radian

 Perwakilan Pemfasa (Phasor Representation)

 Pemfasa – nombor kompleks yang mewakili magnitud dan sudut


bagi gelombang au.

Page 4/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

 Perwakilan pemfasa bagi gelombang voltan dan arus ulang alik


merupakan satu garis lurus dimana, magnitudnya sama dengan
nilai berkesan gelombang & sudut fasa gelombang, θ dalam unit
darjah yang diukur dari paksi rujukan.

Gelombang voltan sinus  v(t) = Vm sin (t + θ) V


Pemfasa  V = Vrms  θ 

Gambarajah pemfasa voltan

1.9 Kuasa Dalam Litar Arus Ulangalik

 Bagi litar arus terus kuasa yg terjana adalah sentiasa tetap bg


sebrg perubahan masa.
 Maka, kuasa seketika ditulis sbg:

P(t) = V(t). I(t) (Watt)

 Untuk bekalan au pula,

V(t) = Vm sin wt
I(t) = Im sin (wt ± θ)

 Hasil darab voltan ketika dan arus ketika akan memberi nilai kuasa
ketika yang dibekalkan kepada litar.
 Maka, kuasa ketika mempunyai nilai + atau – bergantung kepada
tempoh masa yang dipertimbangkan.
 Kuasa + menunjukkan perpindahan tenaga dari punca bekalan ke
litar yang dibekal.
 Kuasa – menunjukkan perpindahan tenaga dari litar ke punca
bekalan.

Page 5/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.9.1 Kuasa Purata (P), Kuasa regangan(Q), kuasa Ketara


(S) dan kuasa kompleks (Sk)

Secara umum,

Kuasa purata, P

T
1 V I
P   p (t )  dt  m m cos   Vrms I rms cos  watt
T0 2

Kuasa purata juga dikenali sebagai kuasa aktif (active power) atau
kuasa sebenar (real power).

Kuasa regangan, Q dikenali sebagai kuasa reaktif.

Q  Vrms I rms sin  VAR

Kuasa ketara, S digunakan sebagai kadaran kuasa bagi mesin-mesin


elektrik atau pengubah.

S  Vrms I rms  P  jQ  S   VA

Utk litar induktif (inductive load),

S  P  jQ  Vrms I rms cos  jVrms I rms sin   S  

Utk litar kapasitif (capacitive load),

S  P  jQ  Vrms I rms cos   jVrms I rms sin   S  

Page 6/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.9.2 Segitiga Kuasa

 Persamaan-persamaan yang berkaitan dgn kuasa purata P,


kuasa rengangan Q dan kuasa ketara S boleh dibentuk secara
geometric menggunakan rajah segitiga tepat yang dipanggil
segitiga kuasa.

 Rajah di atas menunjukkan rajah pemfasa dan segitiga kuasa


bagi beban induktif di mana arus mengekor voltan.

Dgn S = VI
P = VI cos θ
Q = VI sin θ

1.9.3 Faktor Kuasa, f.k. (Power factor, p.f.)

 Factor kuasa didefinisikan sebagai nisbah kuasa purata kpd


kuasa ketara.

P Vrms I rms cos 


f .k .    cos 
S Vrms I rms

 Faktor kuasa dinyatakan sbg factor kuasa mendulu ialah apabila


arus mendulu voltan bagi litar kapasitif, manakala factor kuasa
mengekor arus mengekor voltan bagi litar induktif.
 Nilai faktor kuasa adalah di antara 0 → 1.

Page 7/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.9.4 Pembetulan Faktor Kuasa (power factor correction)

 Secara umumnya, beban praktikal adalah berbentuk rintangan


dan aruhan.
 Maka, beban pd kebiasaannya berada pd factor kuasa mengekor
dgn nilai < 1.
 Keburukan yg timbul akibat factor kuasa yg rendah:

i) penjana yg digunakan perlu mempunyai nilai kdran


kuasa yg lebih besar.
ii) Arus yg tinggi mengalir, oleh itu, memerlukan saiz
kabel yg lebih besar.
iii) Kehilangan kuasa dlm talian penghantaran adalah
tinggi.
iv) Kecekapan penghantaran kuasa melalui talian
penghantaran menjadi lebih rendah.

 Oleh itu, pembetulan factor kuasa perlu dilakukan.


 Terdpt 2 kaedah yg biasa dilakukan utk pembetulan factor
kuasa:

i) penggunaan pemuat (capacitor) yg disambung secara


selari dgn beban.
ii) Penggunaan mesin segerak (synchronous machine) yg
disambung secara selari dgn beban.

Page 8/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.10 Sistem 3 Fasa

1.10.1 Sistem 1 Fasa

 Bekalan elektrik AC yang mempunyai satu sumber voltan.


 Arus ulangalik akan mengalir apabila ada beban.
 Frekuensi voltan dan arus adalah sama 50Hz.
 Dibekalkan oleh dua dawai pengalir (Life and Neutral).
 Biasanya akan terdapat sudut fasa antara voltan dan arus. Ini
adalah disebabkan oleh beban litar, samada litar induktif atau
beban kapasitif.

 Sekiranya beban induktif, voltan akan mendahului arus


dengan sudut θ1.
 Manakala bagi beban kapasitif, arus akan mendahului voltan
dengan sudut θ2.

1.10.2 Kuasa Dalam Sistem 1 Fasa

S = V.I
P = V.I cos θ
Q = V.I sin θ
f.k = cos θ

Contoh :
Sebuah motor aruhan satu fasa beroperasi dengan voltan 240V, 50Hz
mengambil kuasa 5 kW dari bekalan. Motor ini beroperasi pada f. k 0.7
mengekor. Kira ;

Page 9/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

a) arus yang diambil


b) kuasa ketara motor
c) kuasa reaktif motor
d) sudut fasa antara voltan dan arus.

1.10.3 Sistem 3 Fasa.

 Sistem AU yang telah dilihat sebelum ini hanya melibatkan satu


bekalan voltan dan oleh itu sistem ini dikenali sebagai sistem
satu fasa,

 Sistem 3-fasa secara ringkasnya ialah gabungan 3 sistem satu


fasa. Ketiga-tiga voltan satu fasa ini mempunyai magnitud yang
sama tetapi dipisahkan antara satu sama lain dengan sudut fasa
1200.

 Kuasa elektrik pada umumnya dijana, dihantar serta diagihkan


kepada pengguna dengan menggunakan sistem 3-fasa.

 Sistem bekalan satu fasa boleh diperolehi dari sistem bekalan 3


fasa ini dengan hanya menggunakan salah satu dari 3 fasa
voltan yang dibekalkan.

 Kilang-kilang biasanya menggunakan sistem 3 fasa untuk


menjalankan mesin-mesin besar, manakala pengguna di rumah
kediaman hanya menggunakan salah satu dari 3 fasa voltan
yang dijana.

 Terdapat dua jenis sambungan sistem 3 fasa, bintang (star) dan


delta.

1.10.4 Penjanaan Sistem 3 Fasa

 Penjanaan sistem 3-fasa adalah berasaskan kepada penjanaan


sistem satu fasa yang telah dilihat sebelum ini.

 Untuk menjana 3 voltan dengan bezafasa 1200 antara satu sama


lain, tiga gelung (berbanding dengan satu gelung untuk sistem 1
fasa) perlu di putar melalui kutub selatan dan utara dan gelung-
gelung ini perlu dipisah dengan sudut 1200.

Page 10/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

 Ini bermakna 3 fasa voltan akan terjana pada tiga pasang


hujung gelung-gelung ini. Jika bilangan lilitan bagi setiap gelung
adalah sama dan kelajuan putaran adalah sekata, magnitud dan
frekuensi voltan-voltan yang terjana ini juga akan sama.

Voltan sinus yang dijana oleh penjana 3 fasa

 Jenis sistem 3-fasa, samada bintang atau delta, adalah


bergantung kepada bagaimana hujung-hujung gelung ini
disambung.

1.10.5 Kaedah Sambungan Sistem 3 Fasa

 Dua kaedah sambungan 3-fasa akan dilihat : sambungan


bintang (atau Y) dan sambungan delta ().
 Kedua-dua sambungan ini boleh dilakukan pada bekalan atau
pada beban. Oleh itu beberapa konfigurasi untuk sistem 3-fasa
di antara bekalan dan beban boleh dibuat :
a) sambungan bintang-bintang.
b) sambungan bintang-delta.
c) sambungan delta-delta.
d) sambungan delta-bintang.

1.10.6 Sambungan Bintang

 Penjana 3 fasa sambungan bintang juga dikenali sebagai


penjana 3 fasa sambungan wye (Y).

 Sambungan bintang dibuat dengan menyambungkan hujung


setiap gegelung pengalir yang mempunyai polariti yang sama
dengan satu titik sepunya yang dipanggil titik neutral, N.

Page 11/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

Penjana 3 fasa, sambungan bintang 3 talian

 Voltan di antara terminal talian dan talian dikenali sebagai voltan


talian (VRY), manakala voltan antara talian dan titik neutral
dikenali sebagai voltan fasa ( VAN).
 Magnitud voltan adalah √3 voltan fasa. Manakala sudut fasa
bagi voltan talian mendulu voltan fasa sebanyak 30˚.

 Arus fasa menyamai arus talian. Italian = I fasa.

Page 12/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

 Sekiranya beban adalah seimbang, talian neutral adalah tidak


perlu. Walau bagaimanapun talian neutral diperlukan untuk
mengalirkan arus berlebihan kembali ke penjana sekiranya
beban tidak seimbang.

1.10.7 Sambungan Delta (∆)

 Dalam sistem 3 fasa sambungan delta, ketiga-tiga gegelung


pengalir RR’, YY’ dan BB’ bersambung secara sesiri antara satu
sama lain.

Penjana 3 fasa, sambungan delta

 Voltan talian, VT bagi sambungan delta adalah sama dengan


voltan fasa, VF dari segi magnitud dan sudut fasa.
 Bagi sambungan delta, arus fasa adalah tidak sama dengan arus
talian.
 Magnitude arus talian adalah √3 arus fasa, manakala sudut fasa
bagi arus talian mengekor arus fasa sebanyak 30˚.

Italian = √3Ifasa

Page 13/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.10.8 Kuasa Dalam Sistem 3 Fasa

1.10.8.1 Sambungan Bintang

 Bagi sistem 3 fasa seimbang sambungan bintang, jumlah kuasa


aktif dalam sistem boleh dikira dengan mengambil kira kuasa
aktif pada satu fasa dan didarabkan dengan 3.
 Ini kerana kuasa aktif pada ketiga-tiga fasa adalah sama. Kuasa
aktif pada fasa R, Y dan B bagi beban sambungan bintang
masing-masing diberi oleh :


PR  V RN I R cos VRN   I R 

PY  VYN I Y cos VYN   IY 

PB  V BN I B cos  V BN   I B 
dengan

VRN  VYN  V BN  VF I R  IY  I B  I F

VRN      
  I R  VYN   IY  VBN   I B  VF   I F 

PR  PY  PB  P1  V F I F cos VF   I F 
maka, jumlah kuasa aktif 3 fasa adalah:

P3  PR  PY  PB  3P1


 3V F I F cos VF   I F 
VT
Bagi sambungan bintang, VF  dan I F  I T , maka kuasa aktif 3 fasa
3
boleh juga ditulis sebagai :

 
P3  3VF I F cos VF   I F  3VT I T cosV  I F F

Page 14/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.10.8.2 Sambungan Delta

Bagi sistem 3 fasa seimbang sambungan delta, kuasa aktif pada setiap
fasa adalah:


PR  V RY I RY cos VRY   I RY 

PY  VYB I YB cos VYB   IY B 

PB  VBR I BR cos VBR   I BR 
dengan
VRY  VYB  VBR  VF I RY  I YB  I BR  I F

 VRY      
  I RY  VYB   IYB  VBR   I BR  VF   I F 

PR  PY  PB  P1  V F I F cos VF   I F 
maka, jumlah kuasa aktif 3 fasa adalah:

P3  PR  PY  PB  3P1


 3V F I F cos VF   I F 
IT
Bagi beban sambungan delta, VF  VT dan I F  , maka kuasa aktif 3
3
fasa boleh juga ditulis sebagai :

 
P3  3VF I F cos VF   I F  3VT I T cosVF   I F 

Contoh :

1. Sebuah motor 3 fasa ,415V sambungan bintang mempunyai


keluaran 50kW dengan kecekapan 90% dan f,k 0.85. kirakan arus
talian serta lakarkan rajah pemfasa untuk voltan dan arus. Jika motor

Page 15/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

disambung secara delta, apakah voltan bekalan yang sesuai untuk


motor ini.
2. Satu litar 3 fasa seimbang sambungan bintang dengan voltan talian
415V mengalirkan arus talian 25A apabila disambung kepada beban
yang mempunyai factor kuasa 0.8 mengekor. Lukiskan gambarajah
pemfasa untuk voltan dan arus untuk system ini. Dapatkan jumlah
kuasa yang diserap oleh beban tiga fasa ini.

1.10.9 Sistem Bekalan TNB

 Voltan 3 fasa (50Hz)


Rangkaian penghantaran (transmission network) utama adalah:
a. 275kV
b. 132kV
c. 66kV

Rangkaian pengagihan (distribution network) adalah:


a. 33kV
b. 22kV (utk kwsn yg terhad)
c. 11kV
d. 6.6kV (utk kwsn yg terhad)
e. 415 V
f. 240 V (satu fasa)

 Sistem
- Sistem voltan rendah (415/240V): 3 fasa 4
talian(415V)/1 fasa 2 talian(240V).
- Sistem ini adalah gabungan talian atas (overhead lines)
dan talian bwh tanah (underground cables).

Page 16/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

Page 17/18
SAB 2032 – SISTEM ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL

1.10.10 Kaedah Pembekalan

1. Single consumer spt kawasan perumahan, kilang, rumah


kedai.

a. Satu fasa, 2 talian, 240V sehingga 12kVA


b. 3 fasa, 4 talian, 415V sehingga 45kVA
c. 3 fasa, 4 talian, CT metered 415V sehingga 1500kVA

2. Multi tenanted premises spt flat, pejabat, bangunan


komersial :

a. Voltan rendah:
 3 fasa, 4 talian, CT metered 415V sehingga
1500kVA

b. Voltan tinggi, voltan terlampau tinggi


 3 fasa, 3 talian, 6.6kV dan 11kV utk beban 1500kVA
 3 fasa, 3 talian, 22 kV dan 33kV utk beban 5000kVA
 3 fasa, 3 talian, 66 kV, 132kV dan 275kV max beban
sehingga 20MVA.

Page 18/18