Anda di halaman 1dari 19

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

1.0 PENDAHULUAN
Kecenderungan kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara berlaku sekitar akhir abad
ke-19 sehinggalah pada pertengahan abad ke-20. Dengan kata lain, kedatangan kuasa
Eropah ini dilakukan bagi tujuan penjajahan dan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti
British, Perancis dan negara Eropah lain sedang bersaing menjadi kuasa utama. Oleh itu,
negara-negara ini giat berusaha meluaskan tanah jajahan mereka. Hal ini menyebabkan
bermulalah penjajahan British di Myanmar, Perancis di Vietnam dan beberapa siri
penjajahan kuasa-kuasa lain di sekitar Asia Tenggara.1
Umumnya, penjajahan atau imperialisme ini bermaksud satu kecenderungan sesebuah
masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain
dengan menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan. Faktor utama penjajahan
kuasa-kuasa Eropah atau imperialisme ini dijalankan adalah bagi mendapatkan tanah
jajahan bagi membuktikan kekuasaan politik mereka kepada negara lain. Negara atau kuasa
yang mempunyai kawasan taklukan yang luas pada ketika itu akan dipandang tinggi oleh
kawan dan lawannya. Dasar imperialisme ini juga berlaku adalah kerana negara-negara
kuasa besar ingin menguasai ekonomi negara jajahan. Penguasaan ekonomi ini amat
diperlukan kerana berlakunya revolusi perindustrian terutamanya di Eropah yang
memerlukan sumber bahan mentah yang banyak2. Selain itu, negara-negara Eropah
melakukan dasar imperialisme ini juga kerana mereka mengatakan bahawa mereka
bertanggungjawab mentamadunkan rakyat di Asia Tenggara yang dianggap tidak
bertamadun. Mereka menggunakan slogan beban orang putih sebagai alasan melakukan
mentamadunkan negara jajahan melalui penjajahan.
Myanmar atau pada asalnya disebut Burma sebelum tahun telah diasaskan oleh keturunan
Alaungpaya iaitu pengasas Dinati konbaung pada 1752 dan berakhir pada 1885 selepas
dijajah oleh British semasa pemerintahan Raja Thibaw 3. Penjajahan British di Myanmar
berlaku pada tahun 1886 adalah ekoran daripada beberapa siri perjanjian dan peperangan
seperti Perang Inggeris-Myanmar 1, Perang Inggeris-Myanmar 2 dan akhirnya Perang
Inggeris-Myanmar 3. Pelbagai perjanjian telah dimeterai oleh kedua-dua pihak seperti
1 Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur.

David Joel Steinberg(e.t all), 1981, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3 http://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 1

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Perjanjian Yandabo, namun perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini menyebabkan


peperangan dan persengketaan berlaku berterusan. Peperangan yang berlaku ini
menyebabkan Arakan dan Tenasserim ditakluki selepas Perang Inggeris-Myanmar 1. Pegu
pula jatuh ke tangan Inggeris selepas Perang Inggeris-Myanmar 2 dan Ulu Burma ditakluki
selepas Perang Inggeris Myanmar dan berakhirlah pemerintahan Dinasti konbaung.

2. FAKTOR PEDUDUKAN BRITISH DI BURMA


POLITIK
1) Masalah Dalam Pentadbiran Burma
Masalah dalam pentadbiran Burma bermula apabila Burma menakluki Arakan. Penaklukan
Arakan dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada tahun 1784. Penaklukan ke atasnya itu
merupakan peristiwa yang paling penting sekali dalam zaman pemerintahan Bodawpaya;
kerana sempadan Burma telah meluas sehingga ke kawasan India . Penaklukan tersebut
menyebabkan Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di wilayah
Chittagong. Keadaan di sempadan Arakan-Chittagong adalah tidak stabil kerana terdapat
sebilangan besar orang pelarian Arakan yang menggunakan wilayah British untuk
menentang pemerintahan Burma. Arakan ditadbir oleh seorang gabenor Burma.4
Penawanan Arakan oleh Burma menandakan bermulanya pertikaian antara British dan
Burma yang akhirnya mengakibatkan perang pada tahun 1824. Orang pelarian Arakan di
bawah pimpinan Nga Than De dan Chan Byan telah memberontak menentang
pemerintahan Burma pada tahun 1794 dan 1811. Sebagai tindak balas, askar-askar Burma
seringkali memasuki wilayah British untuk menawan pemberontak-pemberontak yang
melarikan diri ke Chittagong. Tindakan askar Burma ini telah mengancam ketenteraman
wilayah British. Orang Burma pula mula mengesyaki bahawa orang pelarian Arakan
menerima bantuan daripada British. Malahan terdapat pertempuran-pertempuran kecil di
antara askar Burma dengan pihak British di kawasan sempadan Arakan-Chittagong. Hal ini
telah memburukkan hubungan British Burma yang akhirnya menyebabkan peperangan.
Kekacauan politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa pemerintahan
Raja Thibaw (1878-85), Burma Hulu mengalami kekacauan politik yang serius. Raja Thibaw
telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja dalam Februari 1879 kerana khuatir satu
pemberontakan akan meletus. Pembunuhan secara beramai-ramai juga telah berlaku di
4

John Bastin dan Harry J. Benda, 1977, Sejarah Asia Tenggara Moden, Penjajahan Nasionalisma dan Kebijajahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 2

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Mandalay pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga berada dalam keadaan kacau
bilau. Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina telah membakar bandar
Bhamo dan kebanyakan dari puak Sawbwa Syan yang tertakluk menderhaka kepada Ava .
Kekacauan politik ini telah menambahkan desakan-desakan daripada golongan pedagang
Inggeris di Rangoon bagi penaklukan Burma Hulu oleh Britain. Ini adalah kerana keadaan
kacau bilau di Burma Hulu telah mengganggu perdagangan.

2) Masalah dalam hubungan diplomatik.


Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebabkan peletusan perang British Burma
yang pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara tahun 1795 hingga 1811
(seperti Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John Canning pada tahun 1809 dan
1811). Mereka dihantar untuk menyelesaikan masalah-masalah sempadan ArakanChittagong, masalah perdagangan dan perluasan pengaruh Perancis di Burma. Utusanutusan tersebut telah gagal menyelesai masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini
disebabkan oleh keangkuhan ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak.
Malahan kedua-dua Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Hiram Cox dan Lt. John
Canning terpaksa pulang ke India pada tahun 1798 dan 1803 akibat layanan buruk oleh
pegawai istana Burma. Burma enggan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung
dengan Gabenor Jeneral India yang dianggap sebagai tidak setaraf dengan rajanya.
Hubungan diplomatik antara British dan Burma telah putus pada tahun 1811. Hal ini telah
merintis kepada peletusan perang British Burma yang pertama.
Selepas penarikan residensi British di Burma pada tahun 1840, kerajaan British di Calcutta
telah menerima banyak aduan mengenai layanan buruk kerajaan Burma terhadap
pedagang-pedagang British. Pedagang-pedagang mengadu tentang pengenaan cukai-cukai
yang tidak adil. Gabenor Pegu, Maung Ok memang terkenal dengan pemerasan pedagangpadagang British kerana raja Pagan memberi kuasa kepada Maung Ok yang bersifat anti
British . Pada bulan Julai dan Ogos tahun 1851, Maung Ok telah mengenakan tuduhantuduhan membunuh dan menipu terhadap dua orang kapten British iaitu Sheppard dan
Lewis. Beliau telah memaksa mereka membayar denda sebanyak 1000 rupi. Shepard dan
Lewis seterusnya mengadu perkara ini kepada kerajaan British di India. Gabenor General
British iaitu Lord Dalhausi telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan tegas.
Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada kerajaan British (terutamanya Lord
Dalhausie) untuk memberi satu pengajaran kepada orang Burma dan menguasai Burma.
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 3

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Masalah kasut juga menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara putus.
Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78). Mengikut adat
Burma, orang Barat yang ingin menghadap raja harus menanggalkaan kasut mereka dan
duduk bersila di lantai. Pihak British pula menganggap peraturan ini sebagai merendahkan
maruah mereka . Pada tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen
Shaw di Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah
menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen
British sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya, selepas tahun 1875
tidak terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja Burma dan Residen British.
Malahan pada tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya
ingin mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British. Langkah Burma ini
telah ditolak oleh kerajaan British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan
kemerosotan hubungan British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting
peletusan perang British Burma yang ketiga.

3) Penukaran Kerajaan di Britain


Sebenarnya terdapat sesuatu yang unik tentang Britain ini iaitu, hanya terdapat dua parti
politik sahaja yang terlibat dalam perjalanan politik di Britain iaitu Parti Liberal dan Parti
Konservetif. Terdapat beberapa fakta yang menarik tentang kedua-dua parti ini iaitu pada
1868, Parti Konservatif di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli telah dikalahkan dan
diganti dengan Parti Liberal di bawah pimpinan William Gladstone yang bersifat antiimperialis.
Tetapi pada 1874 Parti Liberal telah dikalahkan dan diganti semula dengan Parti Konservatif
yang memang menjalankan dasar imperialisme, dan perubahan pimpinan ini berlaku
beberapa kali sehingga pada bulan Jun 1885, Parti Konservatif sekali lagi mengambil alih
pimpinan daripada Parti Liberal . Parti Konservatif sebenarnya telah mengamalkan dasar
yang lebih tegas terhadap Burma. Kemunculan Parti konservatif telah memungkinkan
tindakan yang lebih berkesan di Hulu Burma, terutamanya yang melibatkan persaingannya
dengan kuasa Perancis .
4) Mengekang kuasa Perancis
Sebenarnya agak menarik membincangkan tentang Burma atau Myanmar ini, iaitu apabila
menyentuh tentang peranan Perancis menyebabkan British campur tangan dalam
perjalanan politik Burma. Tetapi yang sebenarnya British telah campur tangan awal lagi

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 4

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

dalam politik Burma, namun tindakan pemerintah Burma yang menjalinkan hubungan
dengan Perancis menyebabkan British rasa curiga dengan tindakan ini. Perancis
sebenarnya juga telah lama berdagang di kawasan Timur ini dan kehadiran Perancis telah
menimbulkan pergeseran terutamanya dengan British . Perkara yang sebenarnya ialah
pergeseran yang berlaku di Burma adalah kerana tindakan kedua-dua kuasa ini yang telah
lama bergeseran merebutkan kawasan di Timur ini seperti wilayah-wilayah di India
termasuklah Burma.
Perkara ini diburukkan lagi semasa Perang Kemerdekaan Amerika, apabila pihak Perancis
mengambil kesempatan menyerang kemudahan PERDAGANGAN dan perkapalan British
sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk kepada British . Perkara yang berlaku pada
peringkat awal ini menyebabkan British dapat bertolak ansur lagi, tetapi apabila fasa
ketegangan British-Perancis memasuki peringkat pertengahan dan akhir abad ke-19
menyebabkan pihak British tidak dapat bertolak ansur lagi.
Raja Mindon Min (1852-1878) yang telah mula merintis jalan dengan menjalinkan hubungan
akrab dengan Perancis sehingga menyebabkan British merasa tidak berpuas hati dengan
tindakan yang dilakukan oleh pemerintah British ini. Pada tahun 1872 Mindon Min telah
menghantar Perdana Menterinya Kinwun Mingyi ke Britain tetapi dalam perjalanan beliau
dan rombongannya telah melakukan perundingan perjanjian dengan Perancis untuk
meminta jasa baik Perancis bagi membantu Burma untuk membangunkan istana,
mengawasi percetakan wang Mindon yang baru .
Perhubungan dengan Perancis inilah yang menyebabkan British berasa terkilan dengan
Burma. Sebenarnya terdapat beberapa isi perjanjian yang telah dilakukan, seperti Burma
berkehendakkan import senjata dari Perancis, Perancis mahukan hak monopoli diraja yang
paling kukuh iaitu lombong batu delima di Mogok, Perancis akan membekalkan pegawai
tentera untuk melatih tentera Burma, dan yang terakhirnya orang Perancis yang berada di
Burma akan tertakluk kepada undang-undang mahkamah Burma .Perkara ini tidak menjadi
kerana melebihi kesanggupan dan telah ditolak oleh Menteri Luar Negeri Perancis. Situasi
ini juga kerana dalam usaha mengesahkan perjanjian itu dengan Burma, wakil Perancis
telah bertemu dengan wazir India dan menjamin bahawa Perancis tidak mempunyai apaapa niat terhadap Burma. Jika dipandang dari satu sudut yang lain jelaslah bahawa Perancis
pada peringkat ini masih mahu mengelakkan pergeseran dengan British di India dan
cubaaan masuk ke dalam Burma adalah dilakukan secara halus, lemah-lembut dan penuh
dengan tolak ansur terhadap Burma dan British khususnya.
Apabila pemerintahan Burma diganti oleh Raja Thibaw dari tahun 1878 hingga 1885 , telah
berlaku pelbagai perubahan yang berkaitan dengan Perancis dan Burma ini. Raja Thibaw
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 5

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

sebenarnya merupakan seorang yang sangat tegas dalam masa pemerintahannya. Beliau
telah menarik diri daripada perundingan Manipur kerana kegagalannya menggunakan
Perancis untuk melawan Britain. Beliau juga tahu Britain tidak senang hati dengan Perancis
di Annam serta Tongking, dan dengan jahilnya telah mengambil langkah menyambung
semula rundingan yang dibatalkan semasa ayah beliau dahulu . Beliau telah bertindak
membuat perjanjian perdagangan dengan Perancis dan telah menghantar wakilnya
Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 Januari 1885.
Tetapi sebelum itu, British telah mendapat tahu bahawa soal lama yang pernah
dikemukakan oleh Mindon Min telah ditimbulkan lagi oleh Raja Thibaw, mengenai penjualan
senjata ada dimasukkan dalam perjanjian. British minta wakil Perancis Jules Ferry agar tidak
memasukkan perjanjian mengenai pembelian senjata dan beliau telah memberikan jaminan
yang penuh bahawa peluang membeli senjata tidak akan dimasukkan sebagai syarat
perjanjian .Keadaan ini sedikit sebanyak telah meredakan keadaan tegang yang timbul
ekoran perjanjian ini . Walaupun begitu, tindakan yang ditunjukkan oleh wakil Burma ini dan
pihak Perancis sendiri tetap mencurigakan pihak British kerana mereka juga sedar akan
tindakan Perancis yang datang ke Burma adalah atas dasar ingin mengambil peluang yang
tersedia sama seperti mereka. Hal ini juga kerana, mereka sedar bahawa pihak Burma juga
telah lama tidak berpuas hati kepada mereka ekoran pengambilan kawasan Burma dalam
Perang British-Burma I dan II dahulu.
Duta British telah menemui wakil Perancis iaitu Jules Ferry dan menyatakan mereka akan
menggunakan kekerasan kepada Burma sekiranya pihak Perancis masih lagi terlibat dalam
perkara ini, namun untuk mengurangkan keraguan itu pihak Perancis melalui Jules Ferry
telah menyatakan kepada British bahawa perjanjian yang ditandatangani hanyalah
perjanjian perdagangan biasa yang tidak mengandungi apa-apa perjanjian politik atau
tentera kecuali wakil Perancis akan ditempatkan di Mandalay . Sebenarnya pihak Perancis
melalui Freederic Haas ada menyatakan nasihat kepada Raja Thibaw supaya memperbaiki
hubunganya dengan British tetapi tidak dipedulikannya, sebaliknya beliau tidak mahu
menerima semula Residen British.Malahan Raja Thibaw telah membenarkan Perancis
menubuhkan BANK di Mandalay, pembiayaan pembinaan jalan keretapi dari Mandalay ke
Toungoo oleh Perancis sehingga menimbulkan khabar angin bahawa orang Perancis akan
mengambil alih pengurusan hak monopoli diraja, mengawasi perkhidmatan pos,
menjalankan kapal-kapal api di sungai Irrawadi, dan dapat menyewa lombong-lombong batu
delima. Tetapi tanpa disangka telah berlaku perkara yang buruk iaitu surat perjanjian yang
ditandatangani oleh Jules Ferry dengan wakil Burma telah bocor, iaitu yang menyatakan

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 6

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

bahawa sebaik sahaja keamanan di Tongking dapat dipulihkan alat-alat senjata akan
dihantar ke Burma melalui negeri terbabit5 .
Peristiwa terakhir yang melibatkan Perancis ialah, tentang tindakan Raja Thibaw terhadap
Syarikat Bombay Burma TRADING Corporation yang menjalankan perusahaan balak Jati di
kawasan Burma. Raja Thibaw yang tidak begitu menyukai British telah mengambil tindakan
terhadap syarikat ini dengan menyatakan bahawa syarikat ini telah mengeluarkan hasil
balak melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan oleh Burma, menyuap pegawai
kerajaan, dan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Burma.
Perkara ini diburukkan lagi dengan khabar angin yang bahawa perkongsian akan ditubuhkan
dengan Perancis sekiranya syarikat itu diusir. Dalam pada itu syarikat ini telah didenda
sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dituduh tipu itu . Ini menyebabkan pihak
British berasa tidak berpuas hati.
SOSIAL
1) Menyebarkan agama kristian
Agama kristian mula menampakkan pengaruhnya yang besar dalam sejarah di rantau Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur sejajar dengan kedatangan orang Eropah ke rantau
tersebut. Kehadiran kuasa Eropah telah bermula sekurang-kurangnya abad ke-16 dengan
dimulakan dengan kuasa Portugis yang berjaya muncul sebagai kuasa maritim yang kuat
ketika itu. Halangan-halangan untuk memperoleh barangan dari Timur yang mempunyai
harga yang tinggi di pasaran Eropah mendesak mereka mencari laluan alternatif daripada
laluan sedia ada yang telah dikuasai oleh pedagang Islam. Dalam masa yang sama misi
mereka bukan sahaja sekadar barangan dari Timur malah mereka juga mempunyai cita-cita
untuk menyebarkan agama Kristian disamping memperoleh penghormatan peribadi. Oleh
yang demikian tugas penjelajahan mereka lebih terikat memenuhi Tiga G, iaituGold atau
Emas, Glory atau keagungan dan God atau menyebarkan agama kristian.
Bermula dengan Portugis, kuasa-kuasa lain kemudiannya sepanjang abad ke-17 hingga
abad ke-19 turut mengembangkan agama ini. Walaupun kuasa-kuasa besar seperti Belanda
dan British lebih berminat dengan ekonomi berbanding dengan penyebaran agama, namun
tidak dapat disangkal, mereka juga mempunyai misi yang sama dengan Portugis dan
Sepanyol walaupun dalam skala yang lebih minimum. Kejayaan kuasa Eropah terutamanya

Sufian Bin Taimon, 1972, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur.

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 7

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

pada abad ke-19 dan 20 dalam menguasai dan mendominasi Asia Tenggara, telah menjadi
instrumen penting dalam usaha mereka menyebarkan agama Kristian.
Manakala kemasukan pentadbiran British di Myanmar telah mengancam kedudukan
pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman itu nampak semakin ketara pada sistem
pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Manakala golongan Mubaligh Kristian
pula cuba menyebar agama Kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin
dan Kare. Selain itu orang British tidak menghormati agama Buddha apabila mereka
menggunakan kasut di kuil-kuil Buddha. Kes ini seolah-olah mencemari agama Buddha.
Oleh itu golongan sami Buddha merupakan golongan yang pertama yang menyemarakkan
semangat perpaduan di kalangan rakyat Myanmar. Pertubuhan Belia Agama Buddha
merupakan contoh terbaik untuk memperlihatkan peranan agama Buddha di Myanmar.
Mereka mempunyai peranan penting dalam merangsang semangat nasionalisme.

EKONOMI
1) Perdagangan
Potensi perdagangan Burma Hulu telah menarik minat golongan pedagang British. Mereka
juga bercita-cita menjalankan perniagaan dengan bahagian barat negara China melalui
Burma Hulu. British ingin memperluas perdagangan mereka di Burma, tetapi mengalami
kesulitan kerana menghadapi pegawai-pegawai Burma yang korup. Pedagang British
terpaksa mambayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan barang dagangan dari
Burma. Golongan pedagang ini melalui Dewan Pernigaan Rangoon dan dewan-dewan
perniagaan di Britain telah mendesak kerajaan Britain untuk menawan Burma Hulu.
Peraturan-peraturan perdagangan yang terhad di Burma Hulu telah mengakibatkan
ketidakpuasan hati golongan pedagang. Keengganan Kerajaan Burma untuk mematuhi
perjanjian-perjanjian perdagangan tahun 1862 dan 1867 telah menambah ketidakpuasan
mereka.Mengikut

perjanjian-perjanjian

perdagangan

tersebut,

Raja

Burma

hanya

mempunyai monopoli ke atas minyak batu permata dan kayu jati. Tetapi dari segi amalan,
monopoli Raja Burma telah diperluas ke atas kapas, gandum, gula, gading dan cutch. Akibat
tekanan daripada golongan pedagang British di Rangoon dan Britain merupakan satu faktor
penting bagi peletusan Perang British-Burma.

2) Beras

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 8

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Burma terkenal dengan aktiviti pertanian terutama sekali beras. Eksport beras menjadi
punca ekonomi Burma yang banyak memberi keuntungan kepada British. Beras terbaik
dihasilkan di pinggir Sungai Kaladan dan Lemyo dengan Akyab menjadi pusat komersialnya
khususnya pada tahun 1852 . Adas pula telah membahagikan perkembangan ekonomi
kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama, di antara tahun 1852-1900, peringkat kedua,
di antara tahun 1900-1930 dan peringkat ketiga di antara tahun 1930-1941 . Pada peringkat
pertama inilah, penglibatan aktif penduduk tempatan dalam aktiviti pertanian terutama
pertanian padi sawah. Perkembangan penanaman padi berlaku kerana kawasan delta
merupakan kawasan petempatan tradisi orang-orang Mon (salah satu kaum di Burma).
Apabila berlaku peperangan kurun ke-18, telah menyebabkan kawasan itu diabaikan malah
hampir ditinggalkan dan mempunyai penduduk yang sedikit. Perkara ini memudahkan
kerajaan British membuka tanah untuk pertanian. Pihak British ingin menggalakkan
perdagangan eksport secara persendirian dan juga mahukan semua tanah pertanian yang
baru itu diberikan kepada petani-petani kecil yang merdeka. Di samping itu, kerajaan British
juga telah membuat pelaburan untuk memajukan kawasan itu, ia telah membina sistem
pengairan dan pengangkutan yang lebih baik. Sebagai balasannya petani dikehendaki
membayar cukai. Kawasan delta mempunyai penduduk yang sedikit menyebabkan petanipetani pendatang diperlukan untuk mengusahakan tanah-tanah baru itu. Oleh itu, migrasi
pekerja telah berlaku di antara Burma Hulu ke Burma Hilir serta pendatang India. Modal
untuk memulakan tanaman juga agak mudah diperolehi. Pada masa itu para petani boleh
meminjam dengan mencagarkan tanah baru yang menjadi hak milik mereka itu. Pada
mulanya mereka meminjam daripada peminjam-peminjam bangsa Burma, tetapi kemudian
selepas 1880 peminjam-peminjam profesional India (Ceti) membekalkan sebahagian besar
daripada pinjaman itu.
Perkembangan pertanian pada 1852-1900 menyebabkan berlaku penghijrahan secara
besar-besaran dari Burma Hulu, Tenasserim dan Arakan sehingga menyebabkan
kebudayaan Mon di delta Irrawadi telah digantikan dengan kebudayaan orang Burma.
Penghijrahan bukanlah merupakan satu perkara baru bagi orang Burma kerana ada
pepatah Burma yang berbunyi tanpa berpindah seseorang itu tidak akan menjadi terkenal
atau masyhur . Pada awalnya perkembangan pertanian padi sawah sangat baik. Misalnya
berlaku pertambahan dalam keluasan tanah dari 700 000 ekar kepada 6 juta ekar di antara
tahun 1855-1906, yang seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah eksport padi
daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan . Hingga awal tahun 1900, Burma, Thailand dan
Vietnam telah dapat membekalkan 70% daripada jumlah eksport beras dunia. Di antara
ketiga-tiganya itu, Burmalah pengeluar yang terbanyak.Dengan berlakunya perkembangan
dalam pertanian padi sawah ini, British telah membawa masuk orang India untuk atasi
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 9

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

masalah kekurangan tenaga buruh dalam pertanian padi dan menyebabkan berlakunya
pertambahan dalam kemasukkan orang India ke Burma. Misalnya pada 1870, terdapat 15
000 buruh dari India membanjiri Burma dan pada 1872, meningkat kepada 37 500 orang
atau dua peratus daripada jumlah penduduk Burma di Hilir dan angka ini telah meningkat
kepada 297 000 pada 1901 atau tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di
Burma Hilir . Kemasukan tenaga buruh dari India ini telah menyebabkan berlakunya
persaingan dalam pekerjaan dengan penduduk tempatan.
Akibat perkembangan pertanian yang pesat, berlaku kekurangan tanah pertanian yang telah
menyebabkan timbulnya masalah. Petani tempatan mula menanggung hutang kerana hasil
yang diperolehi sedikit sedangkan cukai perlu dibayar. Petani tempatan tidak berupaya
untuk menyaingi petani dari India dan mereka hanya memperolehi hasil yang sedikit bagi
setiap ekar tanah kerana beberapa sebab iaitu kurangnya penggunaan baja moden, benih
yang kurang baik, cara pertanian tradisi yang tidak sesuai, tiada pertanian secara besarbesaran dan tidak mempunyai modal yang besar.Akibatnya orang India banyak menguasai
tanah dan pada penghujung 1900, enam peratus tanah pertanian di delta dan 19 peratus
bagi tanah yang dikuasai oleh bukan petani . Keadaan menjadi lebih teruk pada tahun 1930an apabila harga beras di pasaran jatuh, menyebabkan golongan petani tempatan tidak
dapat membayar hutang dan akhirnya banyak tanah lesap ke tangan peminjam-peminjam
modal yang rata-ratanya terdiri daripada golongan ceti India.
3) Minyak
Minyak telah dilombong semenjak zaman pemerintahan raja-raja Burma lagi. Telaga-telaga
minyak kebanyakannya berpusat di Yenangyaung dan selama beberapa abad telah
membekalkan kepada rumah-rumah orang Burma dengan bahan api untuk menyalakan
pelita-pelita dan juga membolehkan kayu-kayu, tikar dan manuskrip yang dibuat daripada
daun palma yang diawet . Pada masa itu, telaga-telaga minyak digali secara primitif atau
tradisional iaitu dengan menggali telaga-telaga minyak dengan tangan. Cara ini memerlukan
masa yang panjang sedangkan hasil yang diperolehi sedikit dan tidak mencukupi
sehinggakan minyak tanah terpaksa diimport dari Amerika untuk memenuhi keperluan
penduduk Burma.British yang melihat potensi Yenangyaung yang mempunyai banyak hasil
minyak telah bertindak membuka sebuah firma iaitu Burma Oil Compony pada 1886 di
Rangoon. Pada awalnya firma British ini hanya menjalankan kegiatan dalam perusahaan
minyak tempatan, tetapi kemudiannya firma ini bertindak membeli pajakan-pajakan kerajaan
dan juga telaga-telaga minyak persendirian. Dalam masa lima tahun, firma ini berjaya
mengeluarkan minyak tanah yang mencukupi sehinggakan kerajaan tidak perlu lagi
mengimport minyak dari Amerika. Malahan, syarikat ini telah mengeksport minyak yang
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 10

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

pertama ke India dan pada tahun 1896 ke Pulau Pinang. Saluran paip minyak juga telah
dibina oleh syarikat ini 10 tahun kemudian yang menghubungkan kawasan-kawasan minyak
ke kilang penapisannya di Syriam.
Pada waktu ini orang yang memonopoli sektor perlombongan adalah orang British. Hal ini
kerana, orang British yang menubuhkan syarikat perlombongan dan orang India juga ada
yang bekerja dalam syarikat ini serta ada yang bekerja di lombong-lombong sebagai kuli.
Antara syarikat perlombongan British yang ditubuhkan selepas 1900 ialah Indo-Burma
Petroleum Compony, British Burma Petroleum Company dan Nath Singh Oil Company
.Perkembangan dalam perlombongan minyak tanah semakin baik selepas abad ke-19.
Perkembangan ini dikaitkan dengan kedatangan orang Cina khususnya selepas 1900-an.
Secara kesimpulannya kebanyakan aktiviti perlombongan ini juga dimonopoli oleh syarikat
British. Kebanyakan penduduk tempatan hanya terlibat dengan menjadi buruh-buruh sahaja.
Kedatangan orang India untuk bekerja dalam perlombongan minyak di Burma telah
menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan berlaku. Keadaan ini diburukkan
lagi apabila harga beras jatuh dan para petani yang pada awalnya ramai yang tertumpu di
Burma Hilir beramai-ramai berhijrah ke Burma Hulu.

4) Pembalakan (kayu jati)


Kayu jati merupakan salah satu daya penggerak penjajahan British di Burma dari segi
ekonomi. Tambahan pula, ekonomi Burma juga bergantung kepada aktiviti pembalakan
khususnya pembalakan kayu jati yang diperlukan untuk pembinaan kapal. Bahkan kayu jati
merupakan sumber hasil bumi yang paling dihargai oleh masyarakat Burma kerana nilai
komersialnya yang lebih tinggi berbanding padi (beras) yang tidak boleh dieksport
berdasarkan polisi kerajaan Burma. Buktinya, pada tahun 1752, Maharaja Alaupaya telah
mengisytiharkan kayu jati sebagai `pokok diraja`, manakala lebih kurang seratus tahun
kemudiannya, Lord Dalhousie telah menjadikan kayu jati sebagai `Harta Milik Kemahkotaan
British`. Sebenarnya kayu jati di Burma mempunyai sejarah yang paling lama dibandingkan
dengan bahan eksport yang lain. Ia telah digunakan oleh pedagang-pedagang Arab pada
abad ke-6 masihi. Kayu jati merupakan asas kepada perusahaan membina kapal di Burma
dalam abad ke-17 dan telah menjadi objek utama dalam persaingan antara British-Perancis
pada abad ke-18 . Kayu jati Burma mendapat permintaan yang tinggi di luar negara kerana
mutunya yang tinggi, harganya pula murah dan sesuai digunakan untuk industri kapal dan
binaan . Perusahaan kayu jati Burma kemudiannya telah berkembang apabila perusahaan
tersebut diambil alih oleh firma-firma British. Antara tahun 1830 dan 1852, lebih daripada
100 buah kapal dengan jumlah 30 000 tan kayu jati diambil di Burma khususnya di
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 11

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Moulmein . Walaupun Moulmein berkembang maju tetapi akibat eksploitasi yang berlebihan,
kayu jati di Moulmein berkurangan dan British beralih kepada Ranggoon (Yangon) yang
berkembang dalam perdagangan. Menurut D.G.E. Hall :
But indiscriminate felling without proper superision ruined many of forest, and rapid
development of Rangoon after 1852 caused Moulmein`s star wane
Kepentingan eksport kayu jati kepada pihak British dan kerajaan Burma terbukti apabila
berlaku peperangan pada bulan Ogos 1885 kerana Raja Thibaw mendakwa Syarikat
perdagangan Bombay-Burma telah mengambil lebih banyak kayu jati melebihi perjanjian
yang telah dibuat sebelum itu. Kayu jati banyak terdapat di kawasan Tenasserim dan
menjelang 1830-an, perusahaan kayu jati berkembang sehingga menjadi sumber kekayaan
yang paling utama di daerah ini. Pada tahun 1941, Burma telah megeluarkan kira-kira
eksport kayu jati dunia iaitu sebanyak 400 000 tan. Hakikatnya hasil pendapatan daripada
jualan kayu jati Burma ini merupakan hak milik British setelah dieksploitasi sepenuhnya oleh
mereka. Namun, keadaan ini telah membawa kepada perkembangan perusahaan
mengilang papan dan membina kapal yang telah dipergiatkan lagi selepas 1847 apabila
Jabatan Laksamana British ditubuhkan dan mengawal aktiviti pembalakkan kayu jati. Namun
menjelang tahun 1850-an, banyak hutan telah musnah dan British telah menubuhkan
Jabatan Perhutanan pada 1856 untuk merangka satu kaedah bagi pengawalan aktiviti
pembalakan.
5) Sumber hasil bumi yang lain
Selain beras (padi), MINYAK dan kayu jati, Burma juga turut bergantung kepada
pengeluaran timah hitam (plumbum), wolfram (bijih tungsten), dan bijih timah. Namun, pada
peringkat awal sebelum kedatangan British, eksport bahan mentah ini adalah dalam kuantiti
yang kecil sahaja. Oleh itu, pihak British telah mengambil kesempatan atas dasar
penjajahan bagi memonopoli sumber-sumber bahan mentah tersebut. Plumbum didapati
dari lombong-lombong di Badwin (40 batu ke timur laut Lashio) dan lombong di Namtu.
Seperti yang berlaku dalam perusahaan minyak, perusahaan plumbum juga dimonopoli oleh
syarikat British yang diwakili oleh Syarikat Perdagangan Bombay-Burma. Perkembangan
perusahaan ini hanya berlaku selepas abad ke-19 apabila Burma dimasuki oleh kaum Cina.
Selama beberapa tahun sahaja, kawasan perlombongan ini menjadi tempat kegiatan
perlombongan orang-orang Cina dan lombong-lombong ini adalah di antara lombonglombong pengeluar timah hitam dan perak yang terkaya di dunia dan lombong ini menjadi
pusat pengeluaran tembaga, nikel, spis dan kobaltum.

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 12

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Burma juga kaya dengan hasil bijih timah yang termasuk dalam lingkaran bijih timah Asia.
Namun perusahaan bijih timah juga seperti perusahaan plumbum yang berkembang selepas
abad ke-19. Walaupun Burma terletak dalam lingkaran bijih timah tetapi British lebih tertarik
dengan penemuan wolfram di Mawehi. Buktinya, Burma hanya mengeluarkan 100 tan bijih
timah setahun sebelum 1910 bijih timah. Perlombongan wolfram juga berkembang selepas
tahun 1900 . Sedikit batu delima dan batu nilam yag menjadi bahan termasyhur di Burma
sejak dahulu lagi turut di lombong. Lombong batu delima dan nilam ini terdapat di sekitar
daerah Mogok (utara Mandalay). Terdapat juga sedikit pengeluaran arang batu, garam dan
jed yang dilombong.Pada awalnya getah turut ditanam di Burma, namun tanaman ini
didapati tidak sesuai diusahakan di Burma kerana faktor iklim. Namun apa yang pasti dalam
perusahaan getah ini kebanyakan tenaga buruh yang mengusahakan ladang getah adalah
terdiri daripada orang-orang India. Ladang-ladang getah tidak dimiliki oleh orang tempatan
sebaliknya berada dalam tangan British (contohnya Steel Brothers) dan orang-orang
tempatan hanyalah memiliki kebun-kebun kecil sahaja. Oleh itu, telah terbukti bahawa faktor
ekonomi juga menjadi daya penggerak penjajahan Barat di Burma. Namun begitu,
perkembangan ekonomi Burma di bawah penguasaan British yang berteraskan pertanian
padi, eksploitasi kayu jati dan logam menjadikan Burma terlalu bergantung pada pasaran
antarabangsa dari segi eksport dan import .
Selain daripada kekayaan sumber bahan mentah dan pertanian di Burma, faktor yang
menyebabkan gerakan penjajahan British disebabkan kepentingan perdagangan British di
negara itu. Hal ini kerana pada peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan Burma telah
memberi layanan yang buruk terhadap pedagang-pedagang British termasuklah penetapan
harga yang tinggi untuk memperolehi barang dagangan Burma. Kerajaan Burma juga
mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang dagangan asing. Sebenarnya kesemua
sebab yang dikemukakan di atas hanyalah satu helah politik British bagi mendapatkan hak
monopoli ke atas hal ehwal perdagangan di Burma. Tambahan pula British bimbang
Perancis akan memperluaskan pengaruhnya terutama di Burma Hulu.

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 13

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

3. PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL YANG DIBAWA OLEH


BRITISH
Dalam membicarakan mengenai penjajahan British antara 1880 hingga 1941, penjajahan ini
meninggalkan pelbagai kesan kepada tanah jajahan. Penjajahan British ini meninggalkan
banyak kesan kepada negara jajahan samaada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam
hal ini, aspek perbincangan kesan sosial meliputi pembaharuan dasar pemerintahan,
bahasa dan pendidikan, taraf hidup, undang-undang, aspek pembentukan masyarakat dan
semangat kebangsaan yang terdapat di sesebuah negara jajahan itu. Kedatangan Penjajah
telah membawa bersama impak perubahan dari segi sosial.
Di Myanmar, British telah membawa buruh daripada India masuk ke Myanmar terutamanya
bagi menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian padi. Semua sektor ekonomi Burma
dipertanggungjawabkan kepada syarikat-syarikat Inggeris yang diuruskan oleh pentadbirpentadbir India dan China dan migrasi orang India dan China digalakkan oleh orang British.
Upah buruh yang murah dari India ini menyebabkan British mengambil mereka untuk
berkhidmat juga dengan

kerajaan seperti di jabatan kesihatan, pos dan telegraf.

Kemasukan

ini

buruh-buruh

membawa

bersama

budaya-budaya

mereka

yang

menyebabkan berlakunya asimilasi dan sosialisasi terhadap budaya dan penduduk


tempatan. Selain itu, perkahwinan antara buruh-buruh luar dengan penduduk Myanmar
turut membawa perubahan kepada budaya temaptan Myanmar yang mengakibatkan
wujudnya masyarakat majmuk di Myanmar. Kemasukan warga asing secara beramai-ramai
ini menjurus kepada berlakunya masalah perkauman kerana masyarakat peribumi berasa
terhimpit dan dipinggirkan. Perkembangan ini memperlihatkan golongan Chetti mula
YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 14

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

menguasai tanah-tanah pertanian dan hak masyarakat tempatan mula diabaikan. Kesannya
berlakulah pemberontakan dan rusuhan seperti pemberontakan Hsaya San6.
Selain itu, kesan penjajahan turut memberi kesan kepada sistem pendidikan seperti
pengenalan sisitem pendidikan Inggeris. Penaklukan Burma oleh Inggeris telah membuka
peluang kepada rakyat untuk menerima pelajaran dan dengan cara memperlengkapkan
kepentingan umum keadaan masyarakat seluruhnya menjadi bertambah baik. Pengenalan
sistem pendidikan ini bertujuan untuk mendidik anak-anak tempatan menjadi pensubahat
dengan penerapan idealisme dan dakyah penjajah.
Di Myanmar, pendidikan Inggeris telah diperkenalkan selepas tahun 1852 oleh British
dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat Myanmar bagi mendidik dan
meningkatkan tamadun Burma. Dari segi pelajaran Inggeris memberi pelajaran-pelajaran
yang mendorong kepada kebaikan negeri. Ia juga dilaksanakan untuk menyediakan
pegawai-pegawai perkhidmatan awam dan pengusaha ekonomi moden dengan kerani yang
boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di samping kakitangan lain yang menyediakan negara
dengan kemahiran yang diperlukan oleh sesebuah negara moden. Sebelum abad ke-20,
pendidikan telah dijalankan oleh rahib-rahib di biara yang terletak di bandar-bandar dan
kedatangan British telah memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris dan mewujudkan satu
bahasa untuk seluruh negara bagi memudahkan perkembangan ekonomi dan memudahkan
kawalan. Antara ilmu yang mula diperkenalkan seperti ilmu kira-kira, ukur tanah, geografi,
sejarah eropah, astronomi dan geometri awalan diperkenalkan. Pendidikan yang bersifat
fizikal seperti latihan boxing telah mula dipinggirkan7.
Dalam tahun 1871, sebanyak 70 buah sekolah menengah telah ditubuhkan dan maktab
perguruan juga diadakan. Pendidikan juga sangat pesat dibangunkan di Burma Hilir sekitar
tahun 1886 dengan banyak didirikan sekolah Inggeris dan juga sekolah campuran.
Kesannya, sekolah Kyaung (sekolah kampong) semakin dipinggirkan terutama dalam
kalangan penduduk bandar. Akhirnya wujud tiga sistem pendidikan iaitu sistem pendidikan
yang keinggerisan, sistem biara yang tradisional dan sistem pendidikan campuran
keinggerisan dan tradisonal. Kemuncak perkembangan pendidikan di Burma ialah
penubuhan Universiti Rangoon pada 1920.

Philippe Devillers, 1988, Sejarah Indo-China Moden Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Philippe Devillers, 1988, Sejarah Indo-China Moden Perkembangan Sosiopolitik Hingga Abad ke-20, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 15

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

Di samping itu, penjajahan tidak semestinya mendatangkan kesan sosial yang positif
terhadap negara yang dijajah. Terdapat juga pelbagai kesan negatif yang berlaku di negaranegara jajahan. Di Myanmar, walaupun kemajuan pesat berlaku namun taraf hidup dilihat
semakin merosot. Hal ini berlaku kerana terdapat juga kegiatan merompak dan peningkatan
kegiatan jenayah yang mendadak walaupun selepas pengenalan sistem perundangan yang
mantap dan kekuatan polis betambah. Pertambahan penduduk yang semakin meningkat
begitu juga perkembangan bandar Rangoon pada 1860 terlalu pesat dengan penduduk
melebihi 60000 orang menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan. Masalah ini
menyebabkan berlakunya masalah perumahan dan taraf kesihatan penduduk turut merosot.
Selain itu, kesan penjajahan juga dapat dilihat dari aspek perundangan yang mana negara
penjajah telah memperkenalkan sistem perundangan Barat. Pengenalan undang-undang
barat ini telah meminggirkan undang-undang asal yang ada. Di Myanmar, British
memperkenalkan sistem undang-undang jenayah dan juga sivil. Pengenalan undangundang ini juga membawa kesan negatif kerana pendakwaan semakin banyak dilakukan.8
Selain itu, pengenalan sistem perundangan barat ini juga telah menyebabkan lebih ramai
penuntut tempatan memberi perhatian kepada undang-undang sedangkan Burma
sebenarnya memerlukan lebih ramai doktor dan jurutera. Pelaksanaan undang-undang
barat ini sering kali mewujudkan masalah kepada Myanmar dan hanya menguntungkan
pihak British. Berlaku salah faham mengenai pelaksanaan undang-undang ini antara pihak
inggeris dengan penduduk Burma dan berlaku juga ketidakadilan dalam pelaksanaan
undang-undang ini kerana mementingkan warna kulit9. Selain itu, terdapat juga campur
tangan pihak luar dalam perbicaraan di mahkamah yang menyebabkan sistem kehakiman
menjadi kucar-kacir.
4. KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN
Penjajahan kuasa barat di Asia Tenggara juga telah menaikkan semangat kebangsaan
dalam kalangan masyarakat tempatan yang sayangkan negara mereka. Masyarakat
temapatan mula berasa tidak senang dengan pembaharuan yang dijalankan oleh pihak luar
di tanah air mereka. Umumnya pembaharuan dan perubahan yang diperkenalkan pada
mulanya bersifat memihak kepada pembangunan masyarakat tempatan tetapi lama8

D.J.M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi & Sosial Jilid Kedua. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Sufian Bin Taimon, 1972, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Kuala Lumpur.

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 16

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

kelamaan mereka mula sedar bahawa pembaharuan yang dijalankan hanyalah bertujuan
menguasai negara jajahan. Di Myanmar, Pergerakan menentang penjajah belum ketara
sebelum atau sesudah Perang Inggeris Myanmar 1.
Perjuangan menentang kemaraan British berasaskan patriotisme dan kebencian terhadap
pihak yang berlainan bangsa, agama, budaya, agama, kepentingan ekonomi dan
politiknya. Pada hakikatnya, semangat kebangsaan Myanmar ini bermula sejak 1930an lagi.
Penghapusan sistem feudal, perubahan susunan masyarakat, penguasaan ekonomi dan
campurtangan inggeris dalam hal-hal kebudayaan merupakan antara faktor penentangan
gerakan kebangsaan Myanmar. Boleh dikatakan bahawa badan yang ulung kali
mengutarakan pergerakan itu ialah sebuah badan kebudayaan yang dikenal sebagai Young
Mens Buddisht Association yang tertuboh dalam tahun 1908. Mereka mula menuntut hak
atau taraf yang mereka perolehi sebelum penjajahan British dan menuntut hak berkerajaan
sendiri. Peristiwa di Burma yang lebih terkenal ialah Pemberontakan Hsaya San yang
diketuai oleh seorang bekas rahib Buddha (pongyi)10.
Secara analisisnya, penjajahan atau imperialisme merupakan satu cara atau alternatif
kuasa-kuasa besar bagi meluaskan pengaruh dan wilayah taklukannya. Keadaan ini berlaku
kerana persaingan sesama kuasa-kuasa besar di samping kepentingan ekonomi yang
menjadi salah satu faktor utama mereka menjalankan imperialisme. Kecenderungan kuasakuasa besar seperti kuasa barat ini menyebabkan negara-negara yang ingin ditakluki
mereka dihuru-harakan terlebih dahulu seperti mengadakan perjanjian-perjanjian sebelum
penjajahan dilakukan.
Dengan itu, negara yang mengikut telunjuk kuasa-kuasa penjajah ini akan menyebabkan
negara mereka ditakluki dan pentadbiran mula dikuasai oleh orang asing manakala rakyat
tempatan hanya menjadi orang suruhan di tanah air sendiri. Keadaan ini mengakibatkan
kesusahan dan keperitan hidup rakyat tempatan yang terpaksa mengikut telunjuk penjajah
yang rakus mengejar kepentingan kuasa dan ekonomi. Hal ini juga memberi kesan kepada
negara yang dijajah setelah pelbagai pembaharuan diperkenalkan yang kebanyakannya
bertentangan dengan norma masyarakat tempatan. Namun, pergerakan-pergerakan
kebangsaan yang mula dijalankan kesan daripada ketidakpuasan hati masyarakat tempatan
terhadap penjajah sedikit sebanyak telah menjadi penghalang kepada penjajahan kuasakuasa barat diteruskan sehinggalah negeri-negeri jajahan dibebaskan.

10

W.Williams dan Joginder Singh Jessy, 1969, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, M.P.H Publications Sdn. Bhd, Singapura

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 17

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

5. PENUTUP
Kesimpulannya, penjajahan atau imperialisme merupakan satu kaedah kuasa-kuasa besar
seperti British dan Perancis meluaskan wilayah taklukannya. Penjajahan yang bermotifkan
kekuasaan politik dan penguasaan ekonomi ini menyaksikan kejatuhan kerajaan Myanmar
atau Burma dan kerajaan Vietnam yang pada asalnya merupakan sebuah kerajaan yang
berdaulat dan mempunyai institusi beraja yang memerintah negara. Namun setelah
kedatangan kuasa barat ini telah menjadikan raja sebagai boneka yang terus menerus
mengikut telunjuk mereka dan mengiyakan setiap tindakan yang mereka lakukan. Melalui
penjajahan ini, pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dilakukan memberi kesan
kepada masyakat di kedua-dua buah negara samaada kesan tersebut bersifat positif dan
negatif yang meliputi kesan politik, ekonomi dan sosial.

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 18

AJ20603 ( SEJARAH ASIA TENGGARA: ERA KOLONIASLISME / IMPERIALISME

6. RUJUKAN
1. Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
2. David Joel Steinberg(e.t all), 1981, Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. John Bastin dan Harry J. Benda, 1977, Sejarah Asia Tenggara Moden, Penjajahan
Nasionalisma dan Kebijajahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Kuala Lumpur.
4. Philippe Devillers, 1988, Sejarah Indo-China Moden Perkembangan Sosiopolitik Hingga
Abad ke-20, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
5. Sufian Bin Taimon, 1972, Intisari Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
6. W.Williams dan Joginder Singh Jessy, 1969, Sejarah Rengkas Asia Tenggara, M.P.H
Publications Sdn. Bhd, Singapura.
7. Wan Abdul Rahman Latif et.al. , 2001, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
8. D.J.M. Tate. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi &
Sosial Jilid Kedua. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
9. http://ms.wikipedia.org/wiki/Myanmar (Tuesday ,May,5, 2015 @ 21:00 PM)

YA2012-2052 - ERMA ABDUL RAHIM

Page 19