Anda di halaman 1dari 2

Tarian Zapin

Tarian Zapin (Jawi:‫ )زافين‬merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah
Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif
dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih
tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri
menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

• Tarian Zapin Arab


• Tarian Zapin Johor
• Tarian Zapin Lenga
• Tarian Zapin Pekan
• Tarian Zapin Tenglu

Tarian zapin bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan
kepada langkah kaki2 penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari
segi pakaian penari2 memakai pakaian Melayu selengkapnya.

Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu.


Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang,
rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun
terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan
rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

Tarian ni ada tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian.
Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga
merupakan peringkat akhir iaitu sebagai penutup

Fungsi Tari Zapin


Pada zaman dulu tari zapin untuk menghibur para raja sedangkan sekarang fungsi tari
zapin yaitu dapat mempererat tali silaturahmi dan persaudaraan,tari zapin banyak disukai
muda-mudi karena dapat mengekspresikan diri disamping itu tari zapin merupakan media
mencari jodoh.

Tarian Zapin di Brunei


Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan
geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan
panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-

• Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)


• Zapin Tar (Jipin Tar)

Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari
budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan
Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan
pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan
Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal
dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak
pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di
Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi.

Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah
gambus, rebana, gendang tabur dan tar.

Asal tarian
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di
istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad
ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai
sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.

Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau,
iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei
Darussalam.