Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Storan computer ialah adalah ruang simpanan data bagi sistem komputer pada saat
pemprosesan. Segala maklumat dan dokumen disimpan di dalam storan komputer, oleh itu
maklumat mudah diperolehi apabila diperlukan. Storan komputer merupakan pemegang data
dalam bentuk elektromagnetik untuk di akses oleh pemproses komputer. Saiz storan diukur
dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait , Gigabait dan Terabait. Fungsi storan computer adalah
penting untuk membantu pengguna menyimpan segala program dan maklumat yang akan
digunakan pada masa akan datang. Ia juga sangat berguna untuk menyimpan data semasa
sementara diproses oleh pemprosesor sehingga maklumat tersebut selamat disimpan ke dalam
storan media seperti cakera keras (hard disk) dan juga pen pemacu ( pen drive)
Terdapat 2 jenis storan iaitu :

Storan Utama (Primer)

Dikenali sebagai memori utama dalam komputer termasuklah RAM (Random Access Memory)
dan ROM (Read Only Memory ).Ia merupakan memori dalaman ( internal memory) yang
terdapat dalam CPU (Unit Pemproses Pusat). Ia terbahagi kepada 2 iaitu : Memori dan Memori
Cache

Storan Sekunder (Secondary Storage)

Storan sekunder menyimpan maklumat secara kekal walaupun tanpa bekalan kuasa. Ia mampu
menyimpan lebih banyak data berbanding dengan memori RAM. Akan tetapi capaiannya agak
lambat Data, program dan informasi yang akan digunakan lagi disimpan dalam storan sekunder
seperti disket, hard disk, tape dan sebagainya

STORAN SEKUNDER
Storan sekunder adalah peranti storan yang direka bentuk untuk menyimpan data dan
suruhan dalam bentuk kekal. Storan ini tidak meruap kerana data disimpan dalam bentuk
magnetik, optik atau magneto-optik. Dalam perkembangan teknologi terkini, storan utama
menuju kepada muatan besar dengan menggunakan litar mikro elektrik yang kecil dan
storan sekunder menuju kepada muatan besar dengan menggunakan media magnet dan optik.
Muatan data dalam peranti storan, utama atau sekunder, diukur dengan menggunakan sukatan
bait iaitu KB (kilobait), MB (megabait), GB (gigabait) dan TB (terabait). Storan sekunder
dianggap sebagai semipermanent kerana dengan arahan tertentu, kerana data di dalamnya boleh
dihapuskan. Muatan data ataupun arahan pada storan sekunder dipanggil densiti. Unit untuk
mengukur densiti bergantung kepada jenis storan sekunder yang ada.
Fungsi storan sekunder berbeza dengan storan primer dimana storan sekunder berfungsi
menyimpan data dan maklumat seperti fail gambar, video, lagu dan dokumen secara kekal
walaupun tiada bekalan kuasa dibekalkan. Fungsi yang lain pula ialah menyimpan program
sistem pengoperasian untuk menghidupkan sesebuah computer. Fungsi lain ialah menyimpan
pelbagai program aplikasi dan program utility seperti Microsoft Office, Winrar, Kapersky
Antivirus dan sebagainya.
Storan sekunder tidak memerlukan ruang dan tempat simpanan yang besar seperti rak
atau almari yang besar, banyak dan luas. Kebolehpercayaan (reliable) data selamat sekiranya
tidak diberi hak penggunaan secara bebas. Data dan arahan boleh dicapai dengan mudah dan
cepat pada bila-bila masa. Kos storan sekunder lebih murah dari kos untuk membeli rak atau
almari. Ia boleh menyimpan muatan yang lebih banyak dan selamat serta jimat masa untuk
pencarian data dan arahan.i

JENIS STORAN SEKUNDER


Storan sekunder terbahagi kepada empat komponen. Pertama ialah Cakera liut (floppy disk) yang
merupakan sebuah peranti berbentuk segiempat dan diselaputi oleh kepingan-kepingan plastik.
Peranti ini digunakan untuk menyimpan data yang kecil dan terdiri daripada kepingan bulat nipis
dan mudah lentur. Data dan maklumat disimpan ke dalam kepingan bulat yang nipis dan ia
dibaca menggunakan pemacu cakera liut.
Kedua pula ialah Cakera keras (hard disk) yang merupakan antara peranti yang
menyimpan data yang amat banyak. Peranti ini terdiri daripada kepingan litar yang berfungsi
untuk membaca dan menerima data dan dilindungi oleh kepingan besi dan plastik untuk
melindunginya. Data disimpan di dalam cakera keras yang dibahagikan kepada beberapa
bahagian. Jarum pada peranti ini berfungsi untuk membaca data yang dikehendaki. Ia bergerak
setiap masa setiap kali arahan diberikan. Saiz cakera keras adalah dalam saiz Gigabyte (GB) dan
ia wujud dari saiz 40 GB hingga 800 GB. Disebabkan saiz storan yang besar, permintaan
terhadap cakera ini bertambah khususnya dalam sektor awam dan swasta. Walaupun kos peranti
adalah agak mahal tetapi permintaan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Cakera keras
disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang
juga dikenali sebagai ATA selari. Cakera keras ini wujud dalam dua jenis iaitu SATA dan IDE.
Namun setelah dunia berkembang maju, SATA menjadi pilihan para pengguna di seluruh dunia
berikutan kelajuannya memancar dan memindahkan maklumat.
Ketiga ialah cakera optic dimana cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio
(CD-DA) dan cakera optik merupakan antara contohnya. Cakera optik mampu menyimpan data
yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua jilid
ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja. Maklumat disimpan
dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi
menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).Terdapat tiga
jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat
jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut
memerlukan pemacunya sendiri untuk berfungsi. CD-ROM adalah kategori cakera padat bersaiz
120 mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD
foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis CD-ROM.

Cakera optik jenis WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat, tetapi hanya sekali
rakaman sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke
cakera optik WORM memerlukan pemacu cakera WORM yang lebih dikenali dengan nama
perakam cakera pada (CD-writer). Cakera padat boleh rakam (CD-R) adalah contoh cakera optik
WORM. Cakera optik boleh padam berfungsi sebagaimana cakera keras atau liut. Hanya dengan
teknologi yang ada pada hari ini, tempoh rakaman dan capaian pada cakera keras optik boleh
padam adalah lebih lama berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini menggunakan teknologi
laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam dan menghapus data. Cakera ini
selalunya digunakan sebagai sandaran (backup) kepada cakera keras kerana ia lebih stabil dan
tidak berlaku crash. Contoh cakera optik jenis ini adalah cakera optik magneto (magneto optical
Disk) dan cakera padat boleh baca dan tulis (CD-RW). Semasa proses merakam (tulis) data pada
cakera optik, pancaran laser berkuasa tinggi digunakan. Suhu daripada cahaya tersebut
meleburkan permukaan cakera optik dan menghasilkan lubang-lubang dalam susunan yang khas
dipermukaannya. Semasa proses mencapai (baca) data pula, pancaran cahaya laser berkuasa
rendah dikenakan pula pada permukaannya, bahagian yang berlubang tidak membalikkan
pancaran akan diterima sebagai nilai 0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan diterima
sebagai nilai 1.
Dan yang keempat ialah pemacu kilat USB. Ia adalah peranti storan ingatan kilat yang
disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh
ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan
64 MB sehingga 128 GB dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga
yang berbeza bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis dan padam
sehingga

lebih

sejuta

kali serta

mempunyai

jaminan

pengekalan

data

selama

10

tahun, disambung menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0. Namun telah wujud USB
3.0 dimana pacuannya lebih laju dan tepat. Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan
berbanding peranti storan mudahalih lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas,
boleh meyimpan lebih banyak data serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak
serta reka bentuk yang lebih tahan lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan
piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh

sistem pengendalian moden

seperti Windows, Mac OS X dan Linux. Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar
bercetak kecil di dalam bekas plastik, menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek.

Penyambung USB pula ditutup dengan penutup plastik yang boleh ditanggalkan untuk
melindunginya daripada kemungkinan kerosakan akibat elektrik statik. Hampir kesemua pemacu
kilat menggunakan penyambung piawai USB jenis A supaya boleh disambung terus
ke komputer. Sebenarnya tiada bahan bergerak langsung pada pemacu kilat USB;
istilah pemacu digunakan kerana komputer membaca dan menulis data pada pemacu kilat dengan
menggunakan perintah sistem yang sama seperti cakera keras mekanikal biasa, dengan peranti
storan dipaparkan pada sistem pengendalian dan antaramuka grafik pengguna komputer sekadar
seperti pemacu keras yang lain. Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih
dahulu disambungkan ke komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan
kuasanya melalui port USB sendiri.ii

PEMILIHAN JENIS STORAN SEKUNDER


Storan sekunder adalah storan alternatif yang terdapat pelbagai jenis. Ia digunakan untuk
menyimpan program computer dan dokumen. Dengan kata lain, storan sekunder adalah sebarang
peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal tanpa
disokong oleh sebarang bekalan kuasa. Ia akan kekal sehinggalah fail demikian dipadamkan.
Oleh itu, pemilihan jenis storan sekunder amat penting sekali kerana storan merupakan tempat
penyimpanan maklumat-maklumat yang penting.
Bagi perniagaan kecil dan sederhana dalam talian contohnya berniaga alat kosmetik dan
lain-lain, storan sekunder yang dipilih perlulah mengandungi memori yang sederhana besar yang
diukur dalam MB (megabait) dan GB (gigabait). Ini adalah kerana bagi sektor perniagaan kecil
dan sederhana maklumat dan gambar merupakan antara aspek yang terpenting. Fail ataupun
dokumen dan gambar mempunyai densiti yang rendah berbanding video dan lain-lain. Selain itu
juga, kebanyakan perniagaan kecil dan sederhana ini lebih tertumpu kepada dokumen dan
gambar.
Tambahan pula, pemilihan storan sekunder ini amat penting kerana storan sekunder yang
tidak besar, kecil, dan mudah untuk dibawa akan memudahkan proses perniagaan dan berurusan
dengan pihak lain. Hanya bawa dan plug in sahaja.

Jenis-jenis Storan Sekunder Yang Sesuai


Pada pendapat saya cakera keras merupakan antara jenis storan sekunder yang sesuai
dalam perniagaan kecil dan sederhana ini. Ini kerana cakera keras adalah peranti jenis medium
rakaman bermagnet yang terdiri daripada substrat aluminium yang diselaputi dan dilapisi
biasanya di kedua-kedua belah dengan bahan bermagnet. Pemilihan cakera keras yang laju
boleh mempengaruhi prestasi komputer. Cakera keras yang diplih mesti menyokong UDMA
(ultra direct memory access) dan kelajuan pusingan sekurang-kurangnya 5400 rpm. Sekiranya
mampu, kita boleh memilih cakera keras berkelajuan 7200 rpm. Cakera keras merupakan storan
skunder yang boleh menyimpan data, mengeluarkan data dan perisian dengan pantas jika
dibandingkan dengan storan skunder yang lain seperti pita magnetic, cakera liut dan storan optic.
Semasa pemasangan cakera keras, pastikan kita menggunakan kabel rata (flatcable) yang
mempunyai 80 wayar. Sekiranya kita menggunakan kabel rata 40 wayarmaka kadar maksima
penghantaran data akan turun dari 133MB/s kepada 66MB/s.
Selain cakera jenis sambungan IDE (Intregrated Drive Electronics) terdapatsejenis lagi
cakera keras yang dikenali sebagai SCSI (Small Computer System Interface) atau disebut
scuzzy. Cakera keras jenis ini sangat laju dan hanya sesuai diguanakan pada server kerana
harganya agak mahal. Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpan maklumat atau
data-data dengan banyak. Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan . Media
storan diperlukan memandangkan simpanan data didalam RAM adalah bersifat sementara. iii
Storan sekunder kedua yang sesuai untuk menyokong perniagaan jenis kecil dan
sederhana ini pula ialah pemacu kilat USB dimana ia adalah peranti storan ingatan kilat yang
disepadukan dengan antaramuka USB. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh
ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan
64 MB sehingga 128 GB dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga
bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih
sejuta kali serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun,

disambung

menggunakan penyambung USB 1.1 atau USB 2.0 dan yang terbaru USB 3.0.
Pemacu kilat USB menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudahalih
lain, terutamanya cakera liut. Ia lebih kecil, lebih pantas, boleh meyimpan lebih banyak data

serta lebih boleh diharap (kerana tiada bahagian bergerak serta reka bentuk yang lebih tahan
lama) daripada cakera liut. Pemacu kilat USB menggunakan piawaian alat storan massa USB
yang disokong oleh sistem pengendalian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux.
Sebuah pemacu kilat terdiri daripada papan litar bercetak kecil di dalam bekas plastik,
menjadikannya kecil dan mudah disimpan di dalam kocek. Sebenarnya tiada bahan bergerak
langsung pada pemacu kilat USB; istilah pemacu digunakan kerana komputer membaca dan
menulis data pada pemacu kilat dengan menggunakan perintah sistem yang sama seperti cakera
keras mekanikal

biasa,

dengan

peranti

storan

dipaparkan

pada sistem

pengendalian dan antaramuka grafik pengguna komputer sekadar seperti pemacu keras yang lain.
Untuk mancapai pemacu tersebut, pemacu kilat perlulah terlebih dahulu disambungkan ke
komputer melalui port USB. Pemacu kilat USB memperoleh bekalan kuasanya melalui port USB
sendiri.iv

Penyimpanan Data Storan Sekunder


Setiap storan mempunyai cara penyimpanan datanta yang tersendiri. Bagi storan sekunder, data
disimpan berasaskan hierarki. Hierarki organisasi data terbahagi kepada lima paras iaitu;

Bit

Diwakili oleh 0 dan 1 yang dikendalikan oleh perkakasan.

Aksara / bait

1 bait dibentuk oleh 8 bit. Aksara dibentuk oleh satu kumpulan bit dan tidak semestinya
terdiri daripada 8 bit - bergantung kepada jenis sistem pengekodan seperti ASCII, EBCDIC.
Contohnya huruf A, B, D, U, L.

Medan

Medan adalah satu unit data yang terdiri daripada satu atau lebih aksara. Paras logikal unit
data yang paling rendah. Contoh medan:
a. Nama: ditetapkan misalkan 40 aksara, seperti MOHD AKIL.
b. Nombor kad pengenalan: ditetapkan 8 aksara (k/p lama) dan 10 digit/aksara (k/p baru)
seperti 740820-03-1233.

Rekod

rekod adalah koleksi beberapa medan yang berkaitan. Juga boleh memerihalkan sesuatu
peristiwa/keadaan, iaitu beberapa medan yang berkaitan tentang sesuatu peristiwa/keadaan
digabungkan secara logikal untuk membentuk rekod. Contoh rekod: rekod peribadi pelajar
yang terdiri daripada beberapa medan tentang maklumat peribadi pelajar seperti;
a. no. pendaftaran : 7192
b. nama : Mohd Najmuddin bin Kamal
c. tempat : Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia

d. no. kad pengenalan : 780402-11-1438


e. negeri lahir : Johor
f. alamat semasa : Kolej Pertama, OUM

Fail

koleksi beberapa rekod yang berkaitan. Contoh fail: fail peribadi pelajar akan terdiri daripada
beberapa rekod peribadi pelajar.v

KESIMPULAN
Generasi

komputer

keempat

(1980-sekarang)

yang

merupakan

penyelidikan

mikroelektronik telah berjaya menghasilkan Litar Bersepadu/Terkamir atau Cip dimana beribu
transistor dipadatkan didalam kepingan empat segi silikon melalui proses Pengamiran Skala
Besar (Large Scale Integration). Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik
komputer. MicroKomputer merupakan yang terkecil didalam keluarga komputer digital mula
dinasilkan seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Bahasa pengaturcaraan BASIC,
Pascal, PL/1 C dan Logo mula digunakan. Kebanyakan komputer dibekalkan dengan bahasa
secara "bina-dalam" di dalam ROM untuk bahasa BASIC. Bahasa ini merupakan bahasa yang
paling popular untuk microkompuler. Perisian tambahan juga diperkenalkan bagi membantu
penyelesaian masalah. Laptop, Notebook, Handheld dan Palmtop diperkenalkan. la lebih kecil
dari Microkomputer serta mudah dibawa ke mana-mana. Internet iaitu Sistem Rangkaian yang
luas menggunakan protokol TCP/IP diperkenalkan sebagai rangkaian perkongsian maklumat
secara global. (Processor 6086,80286, 80386,80486, Pentium, Celeron, Pentium II, Pentium 111
dan Pentium 4)
Storan Sekunder yang sedia ada berfungsi hasil daripada pengoperasian computer
generasi keempat ini. Ia bersifat meruap iaitu maklumat tidak hilang walaupun kuasa elektrik
terputus. Digunakan untuk menyimpan data secara kekal supaya boleh digunakan semuala
apabila diperlukan. Ia dapat menyimpan data atau suruhan sehingga ribuan juta aksara oleh CPU.
Data perlu melalui storan primer sebelum dicapai oleh CPU untuk diproses manakala Storan
primer lebih mahal daripada storan sekunder disebabkan ciri masa capaian lebih cepat (sehingga
seribu juta per saat) sedangkan capaian storan sekunder hanya sejuta per saat.
Pada zaman teknologi yang serba maju sekarang, berbagai kaedah dan peranti storan
sekunder telah dibincangkan. Penyelidikan masih dijalankan untuk meningkatkan keupayaan
storan sekunder seperti teknologi storan maju (advanced storage technology) yang cuba
menyimpan lebih banyak dalam ruang yang kecil. Sebagai contoh, saiz cakera keras sebesar
kotak mancis telah diperkenalkan oleh IBM yang juga antara syarikat teknologi yang terkenal.
Ianya dikenali sebagai microdrive. Kapasiti storan data terdiri dari 1 GB, 500 MB dan 340 MB.

Tujuan pemampatan ialah untuk mengurangkan saiz storan fail. Mungkin di satu hari nanti kita
akan dapat storan bermuatan ultra-tinggi.
RUJUKAN

i http://www.sabah.edu.my/mtc017.wcdd/storansekunder.html
ii http://christyinovasi.blogspot.com/2009/12/jenis-jenis-storan-sekunder.html
iii http://komputerr-priamania.blogspot.com/2011/11/tambahan-untuk-cpu.html
iv http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemacu_kilat_USB
v file:///F:/MM%20Downloader/72367434-TOPIK-04-STORAN-SEKUNDER%20(1)