Anda di halaman 1dari 5

HSK 203 Tutorial: Khamis 12-1 petang

Soalan 6: Nilaikan sejauh manakah benar dakwaan bahawa penulisan Tacitus


mencerminkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap
sistem raja.
Pengenalan
Pensejarahan Rom merupakan zaman yang masyhur disebabkan telah melahirkan
banyak ahli-ahli sejarah yang ulung dan karya-karya sejarah yang bernilai.
Antaranya termasuklah Tacitus yang telah menghasilkan 3 buah karya yang
memberikan impak yang besar dalam pensejarahan Rom.
Namun begitu, karya-karya yang dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah Rom telah
menimbulkan perdebatan yang hebat di antara sejarawan.
Mereka berpegang teguh kepada hujahan dan pendapat masing-masing untuk
membuktikan bahawa pendirian mereka adalah betul.
Begitu jugalah dalam penulisan Tacitus.
Latar belakang Tacitus
-Ahli Sejarah Rom (56-118 T.M)
-Bergiat dalam bidang politik dan pernah menyandang jawatan tribune, consul,
panglima dan gabenor wilayah.
-Tiga buah buku yang dikarang oleh Tacitus :
1. Agricola (98 T.M)
2. Histories (109 T.M)
3. Annals (117 T.M)
Penulisan Tacitus
Corak penulisan dan sudut pandangan Tacitus banyak dipengaruhi oleh pemikiran
beliau.
Beliau menulis dari sudut pandangan kelas senator.
Perbezaan antara sistem Republik dan sistem Principate (sistem maharaja)
menimbulkan rasa tidak puas hati Tacitus.
Sistem Principate menghalang kerjaya politik Tacitus dan mengongkong kebebasan
bersuara.

Ketidakpuasan Hati terhadap Pemusatan Kuasa


Sistem Principate menyekat hak rakyat untuk bergerak bebas dalam lapangan politik
dan menggugat kedudukan Senat sebagai Dewan Perundangan.
Tacitus meragui kemampuan seseorang maharaja
tanggungjawab memerintah sebuah empayar yang luas.

untuk

memikul

sendiri

Keraguan juga timbul tentang cara pemilihan pengganti raja.

Ketidakpuasan Hati terhadap Penyekatan Kebebasan Bersuara


Dalam karya Annals, Tacitus menyebut tentang tindakan Maharaja Tiberius
menangkap seorang sejarawan, Cremutius Cordus kerana tulisannya memarahkan
baginda.
Cordus ditangkap atas Treason Law.
Cordus telah membunuh diri manakala buku-bukunya dibakar atas perintah Tiberius.
Gambaran Tacitus tentang peristiwa ini menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan
hati beliau. Pengadilan moral juga dijatuhkan.

Ketidakpuasan Hati terhadap Kelemahan dan Kekejaman Maharaja


Contoh: Maharaja Claudius
Tidak mempunyai rasa simpati kerana meraikan kematian isterinya, Messalina dengan
mengadakan kenduri.
Sebenarnya kenduri itu diadakan secara kebetulan sahaja.
Tacitus menulis peristiwa ini dalam karya beliau untuk mengutuk Claudius.

Contoh-contoh lain
1. Perang Saudara
Tacitus dalam Histories telah menyatakan bahawa jangka masa 69-96 M merupakan
satu tempoh yang penuh dengan bencana, menyaksikan pertelingkahan yang sengit,
bergolak oleh kerana pengkhianatan dan dalam masa aman pun bersifat ganas.
Telah berlaku 3 perang saudara dalam tempoh ini.
Tacitus telah mendedahkan dan mengutuk sifat ketua-ketua tentera yang gemar untuk
mencetuskan perang saudara.

2. Tacitus juga banyak mengaitkan hal-hal bukan politik dengan maharaja dan tentera.
Beliau menyebut banjir besar yang melanda bandar raya Rom pada tahun 14 M dan
69 M.
Beliau juga mengisahkan kebakaran besar yang berlaku pada zaman pemerintahan
maharaja Nero.
Hal ini demikian kerana Tacitus ingin mendedahkan kelalaian dan kelemahan
maharaja melalui peristiwa-peristiwa ini.

Karya Tacitus kerap memuatkan kejadian-kejadian seperti pembunuhan, perbicaraan


orang-orang yang dituduh sebagai menderhaka kepada negara, pakatan-pakatan yang
dilakukan oleh orang istana, ketua tentera dan ahli-ahli Senat yang bertujuan
merampas kuasa, serta hubungan seks yang melibatkan orang-orang istana.
Penulisan Tacitus mempamerkan sikap kebencian dan kemarahan terhadap maharaja
Rom.

Tema Lain dalam Penulisan Tacitus


Usaha menegakkan virtus Romana juga jelas dilihat dalam penulisan Tacitus.
Contohnya, dalam Life of Agricola, Tacitus menggambarkan bapa mertuanya sebagai
seorang yang tidak mengalami kemerosotan moral walaupun telah memegang jawatan
tinggi.
Agricola telah berpegang teguh pada virtus Romana.
Kebanyakan orang yang berkuasa akan menampakkan keruntuhan akhlak. Namun,
Agricola tidak dipengaruhi oleh kuasa.
Tujuan Tacitus ialah menonjolkan imej Agricola sebagai teladan yang patut dicontohi
orang ramai di samping menegakkan dan mempopularkan virtus Romana.

Kritikan terhadap Penulisan Tacitus


KRITIKAN TERHADAP PENULISAN TACITUS
1) RUANG LINGKUP YANG SEMPIT

Ahli sejarah Laistner berpendapat bahawa ruang lingkup kajian Tacitus adalah
sempit.

Tuduhan ini dilemparkan kerana Laistner berpendapat tumpuanTacitus hanya


kepada maharaja-maharaja, istana, dan komplot-komplotnya serta kelas yang
berkuasa sedangkan Empayar Rom yang besar, bangsa-bangsanya dan
sumber-sumber kekayaan hampir diabaikan.

Hal ini kerana Tacitus beranggapan kejadian sejarah ialah res gestae iaitu
tindakan individu seperti maharaja atau panglima yang menggerakkan
perjalanan sejarah Rom.

Tindakan individu-individu ini dipaparkan sebagai berpunca daripada sifat


manusia yang ingin mengharumkan namanya, sama ada dengan berperang
dengan musuh-musuh luar atau merebut kuasa dalam negara Rom sendiri.

Penilaian juga tidak dilakukan ke atas latar belakang sosial dan budaya dalam
mencorakkan tindakan golongan-golongan tertentu di Rom.

2) PENGADILAN MORAL

Ahli-ahli sejarah Rom termasuk Tacitus bersependapat bahawa kajian sejarah


bukanlah semata-mata untuk mengesan kebenaran tentang masa lampau tetapi
yang lebih penting mendedahkan nilai-nilai moral yang mendukung sesuatu
tidakan sejarah.

Hal ini kerana Tacitus dan yang lain percaya bahawa penulisan sejarah boleh
dijadikan sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat.

Pengadilan moral akan dajatuhkan mengikut ukuran virtus Romana (nilai-nilai


mulia).

Antara pengadilan moral yang dijatuhkan oleh tacitus dalam penulisannya


ialah pemerintahan kuku besi oleh Maharaja Tiberius dan kematian Cremutius
Cordus yang dianggap mulia.

Pengadilan moral ini juga telah menyebabkan sejarahwan seperti Laistner


menganggap penulisan Tacitus bersifat berat sebelah.

3) MEMASUKKAN UNSUR LEGENDA

Tacitus dikatakan tidak dapat memisahkan antara fakta dan legenda dalam
penulisan sejarah.

Dalam karyanya Histories dan Annals, Tacitus memaparkan peranan tuhan,


nasib dan takdir dalam menentukan perjalanan sejarah Rom.

Menurutnya, peranan tuhan dalam sejarah bukanlah untuk kebahagiaan tetapi


semata-mata untuk menghukum.

Misalnya dalam perang saudara yang tercetus 65 M yang menyebabkan


banyak nyawa terkorban disebabkan oleh kemurkaan tuhan terhadap Rom.

Tacitus juga berpendapat kemurkaan tuhan boleh dilihat melalui ramalan dan
petanda-petanda awal.

Pemerintahan yang buruk dan kejam boleh menyebabkan sesebuah kerajaan


tersebut mendapat balasan seperti bencana, malapetaka, kehancuran dan
sebagainya.

4) PANDANGAN TACITUS TENTANG TUGAS SEJARAH

Kebaikan dirakam dan memerangi perbuatan jahat dari kutukan masa depan.

Sejarah berfungsi sebagai pembimbing masyarakat.

Sejarah dianggap sebagai kegiatan yang bertaraf tinggi dan mulia.

Di dalam Histories, tacitus memberi tumpuan jangka masa 69-96 T.M yang
merupakan satu tempoh yang dipenuhi dengan bencana.

5) PENULISAN BERSIFAT ETNOSENTRIK

Penulisan orang Rom hanya berkisar mengenai sejarah bangsa Rom sahaja
kerana hanya menghadkan kajian kepada res gestae populi romani (tindakantindakan orang Rom sahaja).

Bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme bangsa Rom.

6) PENULISAN YANG TIDAK ASLI

Menurut J.B. Bury, penulisan ahli-ahli sejarah Rom termasuk Tacitus bukanlah
sesuatu yang asli dan tidak mencerminkan sifat kebangsaan negeri itu.

Hal ini kerana, menurut Bury pensejarahan Rom adalah peniruan pensejarahan
Yunani yang mendahuluinya baik dari segi pengkaedahan mahupun prinsipprinsip.

Bury berpendapat pensejarahan Rom tidak memperlihatkan kemajuan tetapi


kemunduran dalam perkembangan pensejarahan.

Tanggapan bahawa pensejarahan Rom bukan sesuatu yang asli wujud


disebabkan ahli sejarah Rom yang pertama hanya muncul pada abad ke-3 S.M.
walaupun negara Rom telah ditubuhkan pada abad ke-8 S.M. lagi.

Penglibatan kerajaan Rom dalam dalam politik negara Yunani telah membuka
peluang kebudayaan yunani yang lebih maju menembusi dunia Rom secara
pesat.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa kebanyakan penulisan Tacitus menunjukkan kemarahan dan
kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja.
Namun terdapat juga tulisan lain yang tidak berkisar tentang kemarahan dan
kekecewaan terhadap sistem raja.
Akan tetapi, penulisan ini telah memberikan impak yang besar kepada pensejarahan
Rom.

Anda mungkin juga menyukai