Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Bahagian A: - 10%
Baca artikel bertajuk Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui Pembelajaran
Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah Rendah oleh Yahya
Othman.
Berdasarkan artikel di atas:
a) Bincangkan isu dalam artikel ini
b) Perancangan dan pelaksanaan tindakan yang dilakukan
c) Hasil dapatan dalam artikel ini
____________________________________________________________________________
Definisi kemahiran menulis
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan
alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa
rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan
huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan
yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda
melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang
lain.
Konsep kemahiran menulis
Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta
mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda bacaan dan ejaan
yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara umumnya, terdapat beberapa konsep
1
menulis
iaitu:

menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.

menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam
bentuk huruf dan alphabet.

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau perkataan
sesuatu bahasa.

menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan sesuatu


makna.

menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi
mempersembahkan idea dan pendapat.

Pembelajaran berasaskan Projek


Menurut Beckett (2002), pembelajaran berasaskan projek merupakan pelaksanaan program atau
aktitviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran memerlukan murid bekerjasama, misalnya
dalam menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimplementasikan penyelidikan dengan
mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau
bertulis. Dengan ini, murid-murid didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugas yang diberikan. Maka murid-murid perlu dilibatkan dalam proses
pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Kaedah ini dapat diterapkan
ke dalam salah satu asas kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran menulis.
Kajian ini dijalankan kerana didapati terdapat masalah-masalah yang sering dikaitkan
dalam pengajaran karangan. Pada masa kini, guru masih lagi mengekalkan kaedah
konvensional semasa mengajar di sekolah. Pengajaran yang berpusatkan guru didapati guru
lebih banyak bercakap tentang isi karangan yang perlu ditulis dan memberikan idea-idea
kepada murid-murid dengan menyediakan rangka karangan yang hanya memerlukan murid
menuliskan semula tajuk karangan yang diajarkan. Kaedah pengajaran karangan yang
mementingkan huraian daripada guru tidak banyak membantu kemahiran murid menulis. Murid
bersifat pasif dan suasana pembelajaran kurang menyeronokkan juga disebabkan pengajaran
yang bercorak konvensional dan berpusatkan guru.
2

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Selain itu, terdapat juga guru yang kurang yakin terhadap kebolehan murid untuk
memperoleh isi karangan dengan cara meneroka pengetahuan secara sendiri. Jadi, guru terpaksa
menyediakan kebanyakkan isi karangan untuk murid-murid. Dengan ini, guru bukan lagi
berperanan sebagai seorang fasilitator manakala guru lebih berperanan sebagai pemberi
maklumat. Murid-murid tidak perlu berusaha untuk berfikir atau mencari isi-isi karangan lagi.
Murid-murid sentiasa bergantung kepada guru dalam kebanyakan proses pembelajaran kerana
murid-murid sudah terbiasa dengan pengajaran guru yang berfungsi sebagai pemberi
maklumat.
Jadi, murid-murid kurang mempunyai inisiatif untuk mencari jawapan atau maklumat dengan
usaha sendiri. Akibatnya, murid-murid tidak didedahkan kepada aktiviti berfikir yang
sepatutnya dilalui semasa proses penulisan karangan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru kurang mempelbagaikan
pendekatan, kaedah dan teknik semasa mengajar di dalam kelas. Ini juga merupakan punca
yang menyebabkan murid-murid kurang mahir menulis karangan. Guru hanya memfokuskan
hasil karangan berbanding proses mengarang dalam P&P. Murid-murid kurang mampu untuk
menjana kemahiran berfikir dan mengembangkan idea mereka dalam menghasilkan sebuah
karangan yang baik kerana murid-murid telah biasa dengan pengajaran guru yang
menggunakan kaedah dan teknik yang hanya mementingkan hasil karangan.
Sebenarnya, isu yang sering dihadapi oleh guru ialah faktor masa terutamanya dalam
pelaksanaan penulisan berasaskan projek. Kaedah projek hendak dilaksanakan di dalam bilik
darjah memang memerlukan masa yang lebih panjang. Jadi, kebanyakan guru menghadapi
masalah kekangan masa dalam melaksanakan pembelajaran yang berkaitan dengan kaedah
projek. Selain itu, guru harus menghabiskan semua sukatan pelajaran yang telah ditetapkan
menyebabkan guru kekurangan masa yang cukup bagi murid-murid menjalankan projek
tugasan di dalam bilik darjah. Kebanyakan murid menyiapkan tugasan projek di rumah,
manakala guru hanya berbincang, memberi pendapat, menerang kehendak projek dengan
murid-murid di bilik darjah sahaja. Murid-murid tidak melaksanakan projek di dalam bilik
darjah menyebabkan guru sukar untuk memastikan sama ada ibu bapa atau murid sendiri yang
menghasilkan projek atau tugasan yang diberikan.
3

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Oleh itu, mekanisme penilaian tugasan projek perlu disediakan bagi memastikan
wujudnya kesahan dalam penilaian. Proses yang dijalankan dalam menghasilkan tugasan
melalui PBP perlu dinilai sewajarnya oleh guru. Oleh yang demikian, PBP adalah sesuai
didedahkan kepada murid-murid untuk memberikan peluang kepada mereka agar dapat belajar
mendalami isi kandungan pengetahuan dalam proses P&P yang dijalankan.
Terdapat pelbagai perancangan dan pelaksanaan tindakan telah dilakukan dalam kajian
ini. Kajian ini telah menggunakan teori konstruktivisme, persoalan kajian, metodologi kajian,
sebagai kerangka asas kajian. Istilah konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa murid
membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan
bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit
sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan
seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia.
Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan
bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini. Dalam konteks menyediakan
projek penulisan risalah, murid perlu membuat pencarian maklumat, bahan rujukan yang
berkaitan tajuk yang diajarkan. Murid-murid membuat perbincangan secara berkumpulan bagi
menyusun maklumat-maklumat yang dikumpul untuk dijadikan sebuah penulisan berinformasi
mengikut format yang betul. Kemudian, murid diarahkan untuk memberikan maklum balas
atau refleksi terhadap tugasan yang mereka hasilkan itu.
Dalam persoalan kajian, beberapa soalan kajian telah menjadi asas kepada kajian ini
iaitu:
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian PBP melalui penulisan
berbentuk risalah dalam ujian pra dan pasca?
2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian penulisan berbentuk
risalah dari segi aspek penguasaan struktur organisasi isi dalam ujian pra dan pasca?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pencapaian penulisan berbentuk
risalah dari segi aspek tatabahasa dalam ujian pra dan pasca?

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan
suatu penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu
karya sains. Dalam metodologi kajian pula, terdapat kajian-kajian yang perlu dilaksanakan iaitu
reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan
penganalisisan data.
Dalam reka bentuk kajian, kajian ini dijalankan secara deskriptif berasaskan pendekatan
kuantitatif. Kajian menggunakan kaedah eksperimental kuasi dengan reka bentuk pra dan pasca
ujian satu kumpulan. Pengkaji ingin mengkaji keupayaan sampel kajian menguasai kemahiran
menulis melalui PBM dalam penulisan berbentuk risalah. Sampel kajian ini terdiri daripada 39
orang murid Tahun 5 tahap sederhana. Kaedah pemilihan sampel dibuat dengan memilih murid
yang mempunyai ciri-ciri heterogenus dari segi kebolehan dan pencapaian mereka. Pemilihan
sampel kajian dipilih secara rawak berdasarkan keputusan penilaian kendalian sekolah kedua
yang mereka peroleh pada penggal kedua persekolahan iaitu murid yang mencapai keputusan
markah antara 50% hingga 70% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam instrumen kajian pula, persediaan mengajar, set ujian bertulis, soal selidik dan
rubrik penilaian projek risalah merupakan instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini.
Sebelum ujian pasca dilakukan, 4 set persediaan mengajar telah digunakan untuk rawatan.
Setiap sesi rawatan murid disuruh menghasilkan sebuah risalah mengikut nama Negara
ASEAN yang telah dipilih. Untuk memastikan kesahan rancangan mengajar ini, pengkaji telah
merujuk guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan juga penyelia latihan penyelidikan ini. Ujian bertulis
adalah berbentuk subjektif dengan sampel kajian perlu menghasilkan sebuah karangan
berbentuk risalah perjalanan ringkas tentang Negara Brunei Darussalam. Sebanyak dua kali
ujian bertulis dijalankan, iaitu sebagai ujian pra dan pasca. Tujuan ujian ini adalah untuk
menguji kefahaman murid semasa mencari maklumat yang disediakan dan mengorganisasikan
maklumat tersebut. Dalam rubrik penilaian penulisan risalah, jumlah markah adalah 100.
Rubrik pemarkahan yang disediakan diadaptasi daripada beberapa sumber Internet, iaitu Rubi
Star dan sesawang Buck Institute Organization untuk disesuaikan dengan tahap sampel kajian
yang diberikan rawatan dalam kajian ini. Nilai skor markah dibahagikan kepada tiga aspek,

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

iaitu struktur organisasi isi, tatabahasa dan kreativiti mengikut peringkat pencapaian, iaitu
cemerlang, sangat baik, baik dan memerlukan pembaikan.
Untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, dua orang guru Bahasa
Melayu Tahun 5 dan seorang penyelia penyelidikan telah membuat semakan terhadap
instrumen persediaan mengajar dan ujian bertulis dalam kajian dari segi isi kandungan,
persediaan mengajar dan ujian bertulis, struktur ayat dan penggunaan laras bahasa dengan
peringkat murid yang terlibat. Selain itu, penyemakan ini juga untuk memastikan agar tajuk
bacaan dan penulisan yang diberikan dan isi kandungan pengajaran adalah sesuai dan
bertepatan mengikut sukatan dalam kurikulum Bahasa Melayu Tahun 5. Arahan dalam soalan
ujian pra dan pasca juga disemak supaya bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami oleh
murid-murid yang mengikuti kajian. Tujuan mengadakan penyemakan adalah untuk
menyesuaikan pemberian markah ujian penulisan berbentuk risalah yang diberikan kepada
murid dan mendapatkan nilai yang boleh diterima bagi sistem pemarkahan sebuah penulisan.
Jadi, sebelum sesi menilai kertas jawapan murid-murid dijalankan, skim pemarkahan dan skim
jawapan yang disediakan oleh pengkaji akan diberikan kepada kedua-dua orang guru yang
5
terlibat dalam penyemakan tersebut. Penerangan ini adalah untuk memastikan bahawa guruguru yang menilai dapat memahami cara pemarkahan yang sesuai dan tepat berpandukan rubrik
yang disediakan.
Dalam penganalisisan data, pengkaji menganalisis data dan maklumat yang telah
diperoleh dan dikumpul. Penggunaan statistik inferensi dan deskriptif melalui ujian dalam
bentuk min skor, sisihan piawai dan peratus digunakan dalam kajian ini. SPSS versi 20 telah
digunakan untuk menganalisis data.
Hasil dapatan dalam artikel ini ialah keberkesanan PBP melalui penulisan berbentuk
risalah telah dapat meningkatkan pencapaian murid menguasai kemahiran menulis. Oleh itu,
strategi pengajaran guru harus membuat perubahan dengan melaksanakan pembelajaran secara
kolaboratif menggunakan kaedah projek, meningkatkan teknik berkomunikasi dan pendekatan
hands-on. Dengan ini, murid tidak lagi menghafal isi kandungan pengajaran apabila
menghadapi peperiksaan, tetapi lebih kepada seorang murid yang berwibawa, berfikiran

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

terbuka dan dapat berkomunikasi dengan efektif. Selain itu, sikap dan kemahiran interpersonal,
misalnya sikap bekerjasama, rajin, berfikir secara kreatif dan kemahiran berinteraksi telah
dipupuk melalui persembahan hasil projek dengan menjalankan aktiviti berkumpulan.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sampel bukan sahaja dapat meningkatkan
keupayaan menguasai kemahiran menulis bahkan telah menguasai kemahiran berbahasa dan
kemahiran nilai tambah yang lain. Ini disebabkan sampel didedahkan kepada pengetahuan dan
pengalaman baharu dan dapat diguna pakai untuk penulisan yang lebih formal melalui proses
PBP
6 dan penulisan risalah yang dijalankan. Dalam kajian didapati PBP melalui penulisan
berbentuk risalah memerlukan suasana P&P yang aktif. Bahan pengajaran yang sesuai dan
menarik memberi impak terhadap pencapaian sampel. Sampel juga berminat dan memberikan
respons yang positif mengikuti pengajaran guru. Jika bahan pengajaran yang digunakan hanya
terhad untuk penulisan berbentuk risalah perjalanan dan pencarian maklumat, jadi guru perlu
ada inisiatif untuk mempelbagaikan jenis penulisan risalah dengan melibatkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan ini, sampel lebih mudah mencari maklumat dan
dapat menghasilkan penulisan dan produk yang lebih menarik.
Kesimpulannya, PBP dapat dijadikan ukuran untuk tujuan penambahbaikan bagi
perancang kurikulum mengemaskinikan modul pengajaran bahasa, terutama dalam kemahiran
menulis dan pendidikan bahasa. Idea dan maklumat dapat diberikan kepada pihak yang terlibat
dengan melalui proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian dalam kajian ini. Keputusan
kajian dapat memberikan idea dan maklumat supaya membantu perancang kurikulum untuk
merancang dan mengemaskinikan panduan pemberian projek yang dijalankan di sekolahsekolah rendah dengan lebih teratur dan berkesan. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran
mengenai kemahiran menulis yang berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

7
Bahagian B: - 10%
Tulis satu esei bertajuk Cabaran-Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan
Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya
___________________________________________________________________________
Definisi Menulis
Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat
tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini
begitu umum dan bersifat mekanikal. Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti
kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan
perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau
mengarang. Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan
peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk
kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini. Sebenarnya, menulis
bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa
yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran
dan perasaan.
Konsep Menulis
Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat
secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan
gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih
menyeluruh. Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid
menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak
sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.
Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan
akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.
Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya
malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya
membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis
ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga
8
membaca.
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek
pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling rendah
lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran menulis
merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan tulisan mentalis.
Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru mengajarnya. Terdapat
beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku. Antaranya termasuklah dari segi guru,
murid, ibu bapa dan utiliti yang dibekalkan. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan pengajaran kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu di sekolah saya.
Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan pengajaran kemahiran
menulis dalam Bahasa Melayu di sekolah saya. Sebagai seorang guru sekolah rendah, saya
dapati saya mempunyai beberapa kelemahan dalam melaksanakan pengajaran menulis dalam
Bahasa Melayu. Cabaran pertama saya ialah dari segi pedagogi. Walaupun saya telah 10 tahun
mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya dapati bahawa pengalaman sedia ada sahaja kurang
membantu. Sampai sekarang saya masih tidak dapat melaksanakan pengajaran menulis dengan
baik. Perkara ini berlaku kerana semakin hari semakin banyak elemen baru yang diperkenalkan

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

untuk mengajar kemahiran menulis terutamanya KSSR pada masa kini. Saya tidak dapat
menguasai kaedah mengajar kemahiran menulis bagi soalan yang berkaitan dengan KBAT.
Kedua, walaupun sekolah mempunyai kemudahan komputer dalam kelas, tetapi saya
masih kekurangan kemahiran ICT. Dalam era modani ini, kepantasan penyebaran informasi
melalui media elektronik memang sangat membantu. Tetapi, saya kurang mahir untuk
mengekstrak maklumat dari bahan-bahan maya ini.
Bukan itu sahaja, komputer di sekolah saya telah lama digunakan, jadi kadang-kadang terdapat
9
masalah semasa saya hendak gunakan komputer untuk mengajar. Jika pengajaran kemahiran
menulis melalui ICT, penjelasan guru akan lebih menarik dan berkesan.
Ketiga, kekangan masa untuk malaksanakan pengajaran menulis di bilik darjah.
Pembelajaran Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja, tetapi
merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca. Maka,
peruntukan masa yang diberikan perlulah dibahagikan secara efektif supaya murid dapat
menguasai semua kemahiran yang dinyatakan seoptimum mungkin.
Keempat, sekolah saya adalah SJKC, ramai murid cina tidak dapat menguasai
kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Walaupun saya telah cuba dengan pelbagai kaedah
mengajar, tetapi masih tiada kemajuan dalam penulisan mereka. Saya dapati masalah ini
berlaku disebabkan murid-murid lemah dalam tatabahasa, struktur ayat dalam Bahasa Melayu.
Tambahan pula, penguasaan kosa kata murid-murid agar lemah, mereka tidak faham maksud
bagi perkataan sehingga mereka tidak berminat terhadap penulisan Bahasa Melayu. Dengan ini,
masa untuk melaksanakan pengajaran menulis dalam Bahasa Melayu adalah panjang kerana
pembelajaran murid adalah lambat.
Selain itu, kemahiran asas dan latar belakang murid juga menimbulkan masalah.
Kemahiran asas murid tidak kukuh menyebabkan mereka mengahadapi masalah semasa
menulis walaupun hanya menulis ayat yang pendek sahaja. Saya juga dapati bahawa murid
yang mempunyai latar belakang yang baik atau ibu bapa yang mahir dalam Bahasa Melayu,
murid-murid tersebut adalah lebih mahir menulis dalam Bahasa Melayu. Ini kerana ibu bapa

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

murid-murid tersebut mengajar mereka semasa di rumah. Sebaliknya, bagi murid yang
mempunyai kedua-dua orang ibu bapa yang sibuk bekerja tiada masa untuk memberi perhatian
terhadap pelajaran anak mereka. Ini menyebabkan sikap murid-murid untuk belajar menjadi
teruk dan tidak berminat atau memberi perhatian samasa belajar di dalam bilik darjah. Ada
sesetengah murid, walaupun saya telah memberi isi-isi penting kepada mereka, mereka masih
tidak dapat menggunakan isi-isi tersebut untuk membina ayat yang betul.
10

Untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan pengajaran kemahiran menulis dalam

Bahasa Melayu, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Murid adalah pelanggan guru dan pihak sekolah. Kita harus sedar, sebagai manusia, murid kita
pasti mempunyai ciri perbezaan individu antara satu sama lain. Ada antara murid yang cergas
pemikirannya dan ada juga yang sebaliknya. Maka, perbezaan ini perlu dititikberatkan semasa
proses pengajaran dan pengajaran dijalankan. Guru perlu bijak menggunakan teknik dan
strategi mengikut tahap murid yang sedang diajarnya. Aplikasi kaedah yang tepat dapat
membantu meningkatkan tahap fokus murid di samping menyuburkan minat mereka untuk
belajar kemahiran menulis. Contohnya seperti konsep belajar sambil bermain bagi kanak-kanak
yang masih tiada kesediaan untuk ke sekolah (school readiness).
Kualiti masa yang dihabiskan di sekolah belum tentu memadai untuk murid menguasai
kemahiran menulis. Oleh itu, ibu bapa serta penjaga perlu memberi kerjasama kepada pihak
guru. Sebenarnya, guru yang empati akan cuba membantu muridnya untuk menguasai
kemahiran yang diajar dengan pelbagai cara. Salah satu cara tradisi guru di Malaysia ialah
dengan memberi murid kerja rumah. Kerja rumah sebenarnya satu bentuk latihan pengayaan
atau pemantapan penguasaan murid terhadap sesuatu yang telah diajarkan. Tugas ibu bapa di
sini ialah memantau anak jagaan mereka membuat kerja rumah tersebut. Dari segi kemahiran
menulis terutamanya peringkat asas teknik menulis huruf dengan betul, saya kurang
menggalakkan ibu bapa atau penjaga mengajar anak jagaan mereka. Hal ini kerana wujud
situasi salah teknik menulis huruf yang salah dikalangan murid yang sudah belajar menulis
huruf di rumah. Perkara ini memang nampak remeh tetapi memberi impak yang agak besar dari
teknik menulis murid hingga ke tahap yang lebih tinggi.

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Seterusnya adalah dari segi kemudahan utiliti yang ada. Utiliti dan fasiliti sekolah
yang tidak lengkap sebenarnya sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran kemahiran
menulis. Contohnya untuk pengajaran teknik menulis huruf menggunakan VCD bekalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid prasekolah atau tahun 1. Seandainya
guru terpaksa menggunakan komputer riba sebagai skrin tayangan untuk murid berkapasiti
lebih 10 orang pastinya sesi pengajaran tersebut menjadi tidak kondusif. Selain itu, timbul juga
isu bahan kurang menarik atau tidak sesuai dengan standard murid.
11
Misalnya, bekalan buku asas menulis yang mengandungi tulisan berangkai bagi murid
prasekolah. Perkara ini memang tidak relevan kerana murid prasekolah majoritinya masih
belum berkembang dari segi motor halusnya untuk menulis tulisan berangkai.
Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah sangat
banyak mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting sebenarnya ialah semua
pihak perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam mengatasi setiap cabaran semasa mengajar
kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari dan pasif perlu dielakkan kerana impaknya lebih
banyak negatif dari positif. Sebaliknya, ambillah langkah proaktif seperti berdiskusi antara satu
sama lain bagi menghadapi apa jua cabaran. Sesungguhnya cara ini adalah lebih afdal dan
memberi manfaat untuk setiap pihak yang terlibat .

TUGASAN: EMM413 PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai