Anda di halaman 1dari 15

HGF 3043

KAJI IKLIM
TUGASAN INDIVIDU : SOALAN 1B

NAMA PELAJAR :

MUHAMMAD AMERMIRDZA BIN HAMDAN

NO. MATRIK :

D20141067781

KUMPULAN C

NAMA PENSYARAH :
DR. MOHD. HAIRY BIN IBRAHIM

MAKSUD MONSUN
Monsun adalah perkataan yang berasal dari perkataan Arab, iaitu "Mawsim" yang
membawa maksud "musim" (Rachel Eagen, 2005). Pedagang-pedagang kuno pada masa dahulu
yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi
menjelaskan sistem angin yang silih berganti. Dimana angin ini bertiup mantap dari arah timur
laut semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya
semasa musim panas di hemisfera utara. Walaubagaimanapun secara umumnya, takrifan monsun
ini hanyalah sebagai satu sistem sahaja dan tidak mempunyai definisi terperinci yang tepat, tetapi
terdapat beberapa kriteria yang diterima secara meluas (perbincangan dalam Ramage
(1971),Webster (1987), dan Neelin (2007)). Disebabkan oleh itu, ada beberapa contoh lagi
takrifan berkaitan dengan monsun. Menurut Persatuan Meteorologi Amerika, monsun ialah satu
nama bagi angin bermusim, mula-mula digunakan untuk angin bertiup di Laut Arab dari arah
timur laut selama enam bulan dan dari arah barat daya selama enam bulan. Kemudian ia telah
dilanjutkan kepada angin yang sama di bahagian-bahagian lain dunia. Selain itu, Colin Stokes
Ramage di Monsun Meteorologi, Geofizik Siri Antarabangsa, Vol. 15, pula mentakrifkan
monsun sebagai angin yang terbalik bermusim disertai dengan perubahan yang sepadan dalam
hujan. Monsun benua kecil terutamanya terkenal dengan keupayaan galas hujan dan untuk
ketidaktentuan yang berkaitan cuaca.

Gambar 1 : Arah tiupan angin monsun di Malaysia

PROSES MONSUN DAN PENGARUHNYA TERHADAP CUACA DAN IKLIM


Kejadian monsun adalah disebabkan oleh perbezaan suhu daratan dan lautan akibat
pemanasan oleh sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk
dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah. Keadaan ini
menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon)
yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin
barat laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China
sebelum menuju Asia Tenggara. Dari semasa ke semasa akan berlaku ledakan kuat udara sejuk
atau dikenali sebagai monsun pusuan yang berinteraksi dengan sistem atmosfera tekanan rendah.
Seterusnya pusaran siklon akan terbentuk berhampiran khatulistiwa menyebabkan angin kencang
dan laut lepas di Laut China Selatan dan hujan lebat ke negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung
Malaysia dan juga di pantai barat Sarawak Malaysia.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim
monsun yang berbeza iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Monsun Barat Daya
bermula dari akhir bulan Mei hingga September, dan Monsun Timur Laut pula bermula dari
bulan November hingga Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada
negeri-negeri yang berada di pantai timur Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sarawak,
manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering. Tempoh peralihan antara
dua monsun ini dikenali sebagai musim perantaraan monsoon iaitu pada bulan April dan
Oktober.
Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama di negara kita pada setiap
tahun. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia
menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu
negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak. Hujan lebat yang
berterusan ini akan menjadi lebih teruk, bermula di Kelantan dan Terengganu dari awal
November dan perlahan-lahan bergerak ke Pahang dan Johor Timur pada bulan Disember dan
awal Januari. Sebagai contoh, pada penghujung tahun 2014, satu bencana banjir yang begitu
dahsyat telah melanda negeri Kelantan iaitu Bah Kuning. Banjir yang paling buruk pernah
direkodkan selepas sejarah Bah Merah pada tahun 1927 dan 1967. Kawasan paling buruk
terkesan akibat bencana ini adalah di Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu.

Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali di
Sabah. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, kebiasaannya
diantara 100-150mm sahaja. Musim tengkujuh biasanya berlaku dalam sekitar minggu kedua
bulan Mei, tetapi tarikh permulaan sebenar berbeza dari tahun ke tahun dimana ia boleh menjadi
seawal minggu terakhir bulan April dan selewat pertengahan bulan Jun. Fasa aktif tengkujuh
biasanya berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos dan pada pertengahan bulan September, ia
akan mula berkurang dan akhirnya berakhir dengan minggu pertama bulan Oktober. Keadaan ini
melambangkan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung
Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindungan hujan oleh banjaran gunung di Sumatra.
Sabah secara relatifnya lebih lembab iaitu melebihi 200mm akibat daripada kesan ekoran dari
taufan yang kerap melintasi Filipina dalam perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan
sekitarnya.
Semasa musim perantaraan monsun, angin adalah sepoi-sepoi. Di waktu pagi, langit
biasanya cerah dan ini membantu pembentukan ribut petir di sebelah petang. Di negeri-negeri
pantai barat Semenanjung Malaysia, ribut petir menyumbangkan jumlah hujan bulanan yang
tinggi pada kedua-dua musim perantaraan monsun.

Gambar 2 : Tiupan angin monsun dan taburan hujan di Malaysia

Selain itu, terdapat juga teori yang yang menjelaskan tentang proses berlakunya monsun,
iaitu Teori Tradisional, Teori Dinamik dan Teori Aliran Jet. Teori Tradisional juga dikenali
sebagai teori haba atau Pemanas Berbeza Laut dan Teori Land berlaku disebabkan oleh
perbezaan dalam angin laut. Dimana teori ini menggambarkan monsun sebagai berskala besar
pada bulan-bulan musim sejuk. Walau bagaimanapun banyak pengkaji cuaca mengatakan
bahawa monsun bukan fenomena tempatan seperti yang dijelaskan oleh teori tradisional tetapi
satu fenomena cuaca umum bersama-sama seluruh bumi. Kritikan ini, tidak menafikan peranan
pemanasan perbezaan laut dan tanah dalam menjana angin monsun tetapi hanya menghadkan
kepada salah satu daripada beberapa faktor dan bukan satu-satunya.
Teori dinamik menjelaskan monsun atas dasar anjakan tahunan dalam tekanan dan angin.
Menurut teori ini monsun adalah hasil daripada peralihan yang mengambil kelembapan semasa
dalam perjalanan dari laut ke tanah dan menyebabkan hujan orografik apabila mereka mencecah
tanah tinggi di Semenanjung India dan akan menyebabkan Monsun Barat Daya. Teori dinamik
menyediakan penjelasan tentang sistem monsun sebagai cuaca fenomena seluruh dunia bukan
hanya satu tempatan. Dan apabila digabungkan dengan Teori Tradisional (berdasarkan
pemanasan laut dan tanah) ia meningkatkan penjelasan intensiti kesan hujan monsun di
sepanjang kawasan pantai dengan halangan orografik.
Menurut teori Aliran Jet pula, bermulanya Monsun Barat Daya di benua kecil India
didorong oleh peralihan jet barat subtropika utara dari atas dataran India ke arah Dataran Tinggi
Tibet. Peralihan ini adalah disebabkan oleh pemanasan yang berasal dari Dataran Tinggi pada
musim panas. Peralihan jet barat ke utara Himalaya bukan satu proses yang perlahan dan
beransur-ansur, seperti yang dijangkakan bagi kebanyakan perubahan dalam corak cuaca. Punca
utama ini dipercayai ketinggian Himalaya sebagai Dataran Tinggi Tibet memanaskan tekanan
rendah dan menarik jet barat ke utara. Oleh kerana Himalaya yang tinggi, jet barat adalah
terhalang daripada bergerak ke arah utara. Walau bagaimanapun, dengan tekanan menjatuhkan
berterusan, daya yang mencukupi dicipta bagi pergerakan jet barat merentasi Himalaya selepas
tempoh masa yang ketara. Oleh itu, peralihan jet adalah secara tiba-tiba dan mendadak
menyebabkan berlakunya hujan Monsun Barat Daya ke dataran India. Peralihan terbalik berlaku
untuk Monsun Timur Laut.

BERASASKAN PEMBENTANGAN FORUM IKLIM KEBANGSAAN BERKAITAN


MONSUN, NILAIKAN RAMALAN MONSUN YANG BOLEH MEMPENGARUHI
CORAK HUJAN, SUHU, KELAJUAN ANGIN DAN KELEMBAPAN BANDINGAN.

Corak Hujan
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber air kerana hujan tahunannya yang
mencukupi

iaitu

1500mm

hingga

3000mm

setahun

dengan

purata

2400mm.

Walaubagaimanapun, Malaysia sering dilanda bencana sumber air seperti kemarau, banjir, hujan
asid dan pencemaran air kerana taburan hujan yang tidak sekata, baik dari segi ruang dan masa
(Chan, 2002). Dimana taburan hujan bulanan dan tahunan yang diterima di seluruh Malaysia
banyak dipengaruhi olen musim monsun. Pengaruh monsun ini telah membentuk kitaran hujan
berasaskan Monsun Timur Laut, Monsun Barat Daya dan musim perantaraan monsun.

Jadual 1 : Jangkaan hujan bulanan (mm) Nov 2015 Mac 2016

Jadual 2 : Jangkaan hujan bulanan (mm) Nov 2015 Mac 2016

Berdasarkan jadual jangkaan hujan bulanan (mm) November 2015 hingga Mac 2016,
didapati negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan
Pahang merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum. Sebagai contoh, Kelantan di
bahagian Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai dijangka mengalami hujan
sebanyak 330-500 mm pada bulan November, 410-610 mm pada bulan Disember dan 100-130
mm pada bulan Januari. Manakala di bahagian Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh dan
Machang pula dijangka mengalami hujan sebanyak 150-790 mm pada bulan November, 450-790
mm pada bulan Disember dan 80-110 mm pada bulan Januari. Kawasan ini menerima hujan
yang banyak adalah kerana terdedah dengan angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan
tersebut. Sebaliknya, kawasan pedalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah
secara relatifnya bebas daripada pengaruh ini. Contohnya negeri Perlis adalah kawasan yang
paling sedikit menerima hujan tahunan. Mengikut jangkaan pada bulan November Perlis hanya
menerima hujan sebanyak 150-230 mm, bulan Disember sebanyak 80-120 mm dan pada bulan
Januari hanya sebanyak 20-30 mm.

Suhu
Sebagai sebuah negara yang terletak di garisan khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu
yang sekata sepanjang tahun. Kebanyakan kawasan di Malaysia telah mencatatkan suhu purata
lebih tinggi berbanding purata jangka panjang bulan September. Perbezaan tahunan suhunya
adalah kurang daripada 2C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang
kerap dipengaruhi oleh

luruan angin sejuk dari Siberia semasa Monsun Timur Laut.

Walaubagaimanapun perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3C (Sulong dan Rahimah,


1985). Julat suhu harian adalah besar, 5C hingga 10C bagi stesen-stesen berhampiran pantai
dan dalam 8C hingga 12C bagi stesen-stesen di pedalaman tetapi mempunyai suhu harian yang
tinggi dimana waktu malamnya sejuk, tetapi siang selalunya panas. Sebagai contoh, di
Semenanjung Malaysia terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di
kawasan pantai timur. Pada bulan April dan Mei suhu purata bulannya adalah paling tinggi
sementara Disember dan Januari pula adalah bulan dimana suhu purata bulananya paling rendah.
Perubahan nilai ini adalah kerana suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur
semasa Monsun Timur Laut hasil daripada hujan dan litupan awam yang luas.

Gambar 3 : Purata suhu bulanan di Malaysia


Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Kelajuan Angin
Angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya selalu berubah-ubah, terdapat
perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Hal ini demikian kerana, berdasarkan empat
musim yang berbeza iaitu Monsun Barat Daya, Monsun Timur Laut dan dua musim peralihan
monsun. Monsun Barat Daya bermula dari akhir bulan Mei hingga September dan angin lazim
pada amnya dari arah barat daya adalah dengan kelajuan yang lemah iaitu hanya bawah 15 knot.
Manakala Monsun Timur Laut pula bermula dari akhir bulan November hingga Mac dan semasa
musim ini, angin lazim dari arah timur laut atau timur adalah dengan kelajuan antara 10 dan 20
knot. Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan angin ini dimana
kelajuannya boleh mencapai sehingga 30 knot atau lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari
utara (luruan sejuk). Selain itu, semasa musim peralihan monsun pula, angin juga turut lemah
dan arahnya berubah-ubah.

Kelembapan bandingan
Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi dimana purata kelembapan bandingan
bulanannya adalah diantara 10% hingga 90% dan berubah mengikut tempat dan bulan. Di
Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari
dan Februari kecuali bagi negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu dimana
kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan maksimum
pula lazimnya adalah pada bulan November. Sebagai contoh, Gambar 4 menunjukkan corak
kelembapan relatif bagi kawasan Jerantut yang direkodkan oleh Stesen Meteorologi Muadzam
Shah. Melalui rajah tersebut didapati kelembapan tertinggi adalah dicatatkan pada bulan
November hingga Disember dan semakin menurun menjelang Februari. Melalui corak
kelembapan bandingan yang ditunjukkan pada Gambar 4, didapati kelembapan relatif adalah
tinggi ketika berlakunya musim Monsun Timur Laut.

Gambar 4 : Purata Kelembapan Bulanan

KESAN

MONSUN

TERHADAP

MANUSIA

DAN

BAGAIMANA

MANUSIA

MENGHADAPINYA.
Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama di negara kita pada setiap
tahun yang menghasilkan hujan yang sangat lebat. Hal ini telah menyebabkan berlaku banjir
besar terutamanya di sepanjang pantai timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Johor Timur, serta negeri Sarawak. Hujan lebat yang berterusan ini akan menjadi lebih teruk,
bermula di Kelantan dan Terengganu dari awal November dan perlahan-lahan bergerak ke
Pahang dan Johor Timur pada bulan Disember dan awal Januari. Bencana banjir ini telah
mendatangkan pelbagai kesan yang buruk terutamanya kepada manusia. Oleh itu, langkah yang
efektif dan berkesan harus diambil oleh semua pihak agar dapat mengurangkan masalah banjir
daripada terus berlaku.
Apabila berlakunya bencana banjir, yang paling terkesan sekali adalah berlaku kehilangan

nyawa terutamanya kanak-kanak. Hal ini terjadi kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus
bekalan makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui
doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan
keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Sebagai contoh pada penghujung tahun 2014, bencana
banjir yang begitu dahsyat telah melanda Bumi Kelantan iaitu Bah Kuning. Banjir yang paling
buruk pernah direkodkan selepas sejarah Bah Merah pada tahun 1927 dan 1967. Kawasan
paling buruk terkesan akibat bencana ini adalah di Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu.
Mangsa yang terlibat dalam banjir ini mencatatkan rekod yang paling tinggi iaitu melebihi
150,000 orang.
Selain itu, banjir juga turut menyebabkan berlakunya kemusnahan infrastruktur dan harta
benda awam sperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya, sekolah , masjid dan sebagainya.
Kemusnahan ini akan membawa kerugian yang besar kepada semua penduduk kerana penduduk
langsung tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka seperti mana yang telah berlaku di
Kelantan dimana hampir 100 peratus rumah mereka musnah dilanda banjir. Malah kerajaan juga
turut mengalami kerugian kerana berlaku kemusnahan terhadap bangunan-bangunan kerajaan
seperti sekolah, hospital, balai polis, klinik dan sebagainya. Kemusnahan bangunan ini
memerlukan kos yang amat besar untuk membaik pulih kembali kepada yang asal dan kerajaan

juga terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi kewangan mahupun dalam bentuk
perumahan, makanan, perubatan dan sebagainya.
Akibat daripada banjir juga turut menyebabkan mangsa yang terlibat dengan banjir
mengalami masalah trauma atau berada dalam ketakutan. Namun, jika dibandingkan antara
kesan ekonomi dengan kesan psikologi (trauma) yang dialami oleh mangsa banjir akibat bencana
tersebut mendapati bahawa, kesan mendalam dan tempoh yang lama dirasai oleh mangsa banjir
ialah kesan psikologi. Misalnya, pada musim tengkujuh setiap tahun, penduduk yang mendiami
kawasan yang selalu berlaku bencana banjir merasa agak gelisah, bimbang, takut, resah dan
sebagainya memikirkan tentang kejadian banjir yang akan mereka lalui. Hal ini demikian kerana
saban tahun bencana banjir akan melanda. Tetapi persoalan yang meresahkan hati penduduk
kawasan banjir adalah mengenai kemusnahan harta benda, kedalaman air banjir, lama tempoh
banjir, kesukaran-kesukaran yang akan dihadapi dan sebagainya. Walaupun kejadian banjir
dianggap sebagai perkara biasa bagi penduduk di Kelantan, tetapi kadangkala kejadian banjir
akan bertukar menjadi bencana kepada mereka sekiranya banjir besar berlaku.
Akibat daripada banjir besar di penghujung tahun lepas kerajaan telah memantapkan
sistem amaran awal dengan memperbanyakkan pemasangannya terutamanya di kawasan Hulu
Kelantan. Jumlah kerosakan harta benda, jumlah pemindahan mangsa banjir dan jumlah
kematian dibincangkan mengikut pembahagian daerah bagi setiap episod banjir yang berlaku di
Lembangan Saliran Kelantan. Dari segi jumlah kehilangan nyawa pula adakalanya meningkat
dan ini sangat bergantung kepada sikap dan kepekaan ibubapa dalam mengawasi keselamatan
anak-anak mereka.
Selain itu, orang awam perlu tahu bahawa terdapat banyak agensi dan badan-badan yang
bertanggungjawab dalam menangani masalah ini jika berlakunya bencana banjir. Dimana orang
awam boleh boleh merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi lain yang juga turut
terlibat dengan pengurusan bencana seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan
Penyelamat, Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pentingnya pengetahuan berkaitan
isu bencana ini kepada semua orang awam adalah kerana jika berlakunya bencana mereka akan
tahu cara untuk menyelamatkan diri dan pada siapa mereka boleh memohon bantuan.

Maknannya disini akan dapat menilai tahap persediaan komuniti dan agensi pengurusan bencana
dalam menghadapi bencana banjir.
Tetapi pengurusan banjir secara bersepadu hanya dapat dicapai dengan adanya
penglibatan dan komitmen padu semua pihak. Hal ini demikian kerana keberkesanan dan
kejayaan semua sistem pengurusan dapat dinilai melalui penglibatan semua pihak yang terlibat.
Misalnya, apa pun kaedah atau tindakan dalam penyesuaian menghadapi bencana banjir boleh
memberi maklum balas kepada pihak berkuasa dan seterusnya pelaksana dasar pembangunan
sesebuah kawasan. Justeru, bagi merealisasikan pengurusan bencana banjir secara bersepadu
kerjasama semua pihak iaitu masyarakat, swasta, NGO dan kerajaan adalah sangat diperlukan
agar sebarang bentuk pengurusan yang dicapai memberikan implikasi yang positif kepada semua
pihak tersebut.

Rujukan
Azemi Daud, Saifulrehan Mat Aji, Suhaili Mohd Zahari, Nadira Janius & Nurul Salwa A.Ghani.
(2012). Kajian Kes: Hari yang Paling Lembap dan Hari yang Paling Kering semasa
Monsun Barat Daya di Kelantan dan Terengganu dari Tahun 2008 hingga 2010. Jabatan
Meteorologi Malaysia.
Bayong, T.H.K., (2006). Meteorologi Indonesia 1 Karakteristik dan Sirkulasi Atmosfer. Jakarta,
Penerbit BMG, Jakarta.
Bradshaw, M., & Weaver, R. (1993). Physical Geography an Introduction to Earth
Environments. St Louis: Mosby Yearbook, Inc.
Chan, N.W. (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana Air di
Malaysia : Isu, Pengurusan Dan Cabaran. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.
Chang, C. (2004). East Asian Monsoon. Hackensack, NJ: World Scientific.
Clift, P., & Plumb, R. (2008). The Asian Monsoon. Cambridge, U.K.: Cambridge University
Press.
Cotton, W., & Pielke, R. (2007). Human Impacts on Weather and Climate. Cambridge:
Cambridge University Press.
Eagen, R. (2005). Flood and monsoon alert!. New York, N.Y.: Crabtree Pub. Co.
Galvin, J. (2008). The weather and climate of the tropics: Part 6 Monsoons. Weather, 63(5),
129-137. http://dx.doi.org/10.1002/wea.230
Hafezatul Rasyidah Othman. (2010). Wind Environment Evaluation On Major Town Of
Malaysia. Faculty of Civil Engineering & Earth Resources University Malaysia Pahang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (2015). [Online] Available : http://www.met.gov.my

Lodge,

J.

(1988).

Monsoons. Atmospheric

Environment

(1967), 22(8),

1773-1775.

http://dx.doi.org/10.1016/0004-6981(88)90432-5 Pub.
Shaw, R., & Nguyen, H. (2011). Droughts in Asian Monsoon Region. Bradford: Emerald Group
Sulong Mohamad & Rahimah Abd. Aziz. (1985). Perbandaran dan Pembangunan Negara.
Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
Wang, B. (2006). The Asian Monsoon. Berlin: Springer.

Anda mungkin juga menyukai