Anda di halaman 1dari 10

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH

Ringkasan Eksekutif

Bab 1 Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah

1.1 Pendahuluan

 Meskipun kajian ini berfokus kepada masalah pengangguran di kalangan siswazah,


Jawatankuasa Pemandu Kajian telah menetapkan supaya suatu sampel graduan tahun 2001
dikaji dan sampel ini merangkumi graduan yang sedang menganggur dan yang sudah bekerja.
Pendekatan ini akan membolehkan perbandingan dijalankan antara dua kelompok graduan ini
dari segi perbezaan ciri-ciri peribadi/psikologi dan ciri-ciri lain yang berperanan dalam
menentukan status bekerja/tidak bekerja seseorang siswazah.

1.2 Isu-isu utama kajian

 Banyak yang telah diperkatakan tentang ciri-ciri siswazah yang diperlukan oleh majikan.
Sehubungan dengan hal ini, tiga persoalan yang timbul ialah:-
(a) Apakah hakikat ciri-ciri siswazah yang dimaksudkan?
(b) Apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan perlu diambil oleh IPT untuk
menghasilkan graduan yang boleh bersaing di pasaran?
(c) Selain peluang pekerjaan di sektor awam, di sektor swasta dan di sektor bekerja sendiri,
adakah kemungkinan siswazah menceburkan diri dalam aktiviti sektor ketiga yang
merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO), badan-badan sukarela dan lain-lain?
Potensi peluang pekerjaan dalam sektor ketiga, selain sektor awam dan swasta dan juga
bekerja sendiri, perlu diterokai. IPT perlu menyediakan siswazah dengan kemahiran
teras (core skills) dan kecekapan/kompetensi (competencies) yang bersifat umum yang
dapat disesuaikan dengan keempat-empat sektor yang dimaksudkan.

1.3 Objektif kajian

 Objektif kajian ini adalah seperti berikut:-


(a) Untuk mengkaji pola, corak dan punca masalah pengangguran di kalangan siswazah
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan
IPT di luar negara yang telah berijazah pada tahun 2001.
(b) Untuk menganalisis perkaitan profil siswazah yang menganggur dan yang berjaya
mendapat pekerjaan dengan variabel seperti gender, umur, etnik, bidang pengajian,
institusi pengajian, tempoh masa menganggur, kemahiran, dan kecekapan.
(c) Untuk menentukan profil siswazah mengikut perspektif majikan.

1
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

(d) Untuk menentukan tindakan yang perlu diambil oleh IPT bagi mengatasi masalah
pengangguran di kalangan siswazah.

1.4 Skop kajian

 Dalam konteks pengangguran di kalangan siswazah yang telah berijazah pada tahun 2001,
kajian akan mengkaji perkara-perkara berikut:-
(a) Isu dalaman IPT, iaitu perkara-perkara yang bersangkutan dengan pelbagai aktiviti dan
program IPT yang merangkumi program pengajian, pembentukan sahsiah, perwatakan,
ketrampilan dan lain-lain.
(b) Isu luaran, iaitu keperluan bagi memenuhi kehendak pasaran dan bidang-bidang yang
boleh diceburi.
(c) Polisi kerajaan, dalam hubungannya dengan pihak swasta dan pelanggan, yang boleh
membantu melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal dicadangkan bagi menangani
masalah pengangguran di kalangan siswazah.

 Seterusnya, kajian ini akan mencadangkan tindakan-tindakan berbentuk jangka pendek dan
jangka panjang yang perlu dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan IPT serta
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani masalah pengangguran di kalangan
siswazah

1.5 Pendekatan kajian


 Untuk melaksanakan kajian ini pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia), Jabatan Pendidikan Swasta
(Kementerian Pendidikan Malaysia), Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Kementerian Sumber
Manusia, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), pertubuhan seperti Federation of
Malaysian Manufacturers (FMM), Malaysian Employers Federation (MEF), dan Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah membekalkan maklumat yang diperlukan.
 Data sekunder mengenai pembangunan kurikulum dan pelajar telah dibekalkan oleh beberapa
IPT.
 Memandangkan persoalan–persoalan yang telah disenaraikan sebelum ini tidak mungkin boleh
dijawab sepenuhnya oleh data sekunder sahaja maka kajian ini juga telah mengumpul data
primer daripada dua sumber utama iaitu siswazah dan majikan.

2
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

1.6 Metodologi kajian

Sampel kajian
(a) Untuk mendapatkan sample kajian, tinjauan melalui pos suatu sampel siswazah IPT yang
telah berijazah pada tahun 2001 telah dijalankan. Persampelan kajian untuk tujuan tinjauan
melalui pos telah dikenal pasti dengan cara mengambil 25 peratus daripada jumlah bilangan
siswazah sarjana muda untuk tahun 2001. Seterusnya teknik persampelan pembahagian
bertujuan (purposive sampling) digunakan. Daripada jumlah keseluruhan sampel, 78
peratus terdiri daripada sampel bidang pengajian sastera tulen dan sastera gunaan; 16
peratus sains tulen dan enam peratus bidang teknikal (termasuk sains gunaan, kesihatan
dan perubatan

(b) Temuduga dengan kumpulan kecil fokus seperti berikut:


▪ Pihak majikan seperti badan profesional, MEF, FMM, dan badan korporat.
▪ Pusat Latihan Kemahiran seperti Penang Skills Development Centre (PSDC).
▪ Siswazah menganggur yang berdaftar dengan Skim Siswazah Menganggur.

(c) Sampel-sampel utama untuk inventori profil atribut psikologi diambil daripada responden-
responden kajian pos. Pecahan penghantaran adalah seperti berikut:-

 384 inventori dihantar kepada sampel yang tidak bekerja.


 397 inventori dihantar kepada sampel yang bekerja.
 Selain penghantaran secara pos, inventori ini juga diberikan kepada siswazah kumpulan fokus
yang ditemu bual. Sampel kumpulan fokus ialah mereka yang menyertai skim latihan siswazah
menganggur dan mereka ini berjumlah 34 orang. Untuk menambahkan lagi jumlah sampel
responden, sebanyak 100 inventori telah diedarkan kepada ahli-ahli Malaysian Employer’s
Federation (MEF) yang menghadiri sesi temu bual kumpulan fokus majikan bersama ahli
pasukan penyelidik. Majikan-majikan ini diminta menyampaikan inventori profil atribut psikologi
ini kepada pekerja mereka yang menepati ciri-ciri sampel yang dikehendaki.

1.7 Instrumen kajian

(a) Soal selidik melalui pos


 Soal selidik yang sebahagian besarnya berstruktur dan tertutup ialah instrumen yang telah
digunakan untuk mengumpul data primer daripada sampel siswazah 2001.

(b) Soal selidik untuk temu bual kumpulan fokus


 Garis panduan temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan
focus, seperti siswazah yang menganggur, pihak majikan dan pengelola program latihan.

3
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

(c) Pembinaan Inventori Atribut Psikologi

 Untuk tujuan pengisahan profil ini satu instrumen telah digubal untuk meneroka 19 kategori
atribut psikologi yang positif dan tiga kategori atribut psikologi yang negatif. Dalam setiap
kategori atribut ada lima item sahaja.
 Kesahihan item dan kategori serta kebolehpercayaan item dan kategori disemak dan disahkan
oleh pihak yang berkenaan. Dalam sorotan literatur, pekali melebihi enam, diterima sebagai
pekali piawai bagi kebolehpercayaan inventori sesuatu kajian penerokaan. Pekali sebenar
setiap atribut bagi inventori kajian ini terletak antara 0.60 - 0.87 (Jadual 5.1).

1.8 Data dan analisis data: Kadar respons dan kebolehpercayaan

Soal selidik melalui pos


 Sebanyak 8500 borang soal selidik telah dihantar kepada sampel siswazah IPT yang telah
berijazah pada tahun 2001 dan sejumlah 2274 soal selidik sesuai untuk dianalisis (bersamaan
dengan kadar respons 26.6 peratus).

Temu bual kumpulan fokus


 Sepuluh sesi temu bual yang melibatkan 63 orang siswazah menganggur yang berdaftar di
bawah Skim Sangkutan Pembantu Pengajar, Skim Sangkutan dan Latihan, dan Skim Latihan
Semula lepasan ijazah (PSDC) telah diadakan. Daripada sejumlah 63 orang ini, 39 orang
terdiri daripada responden wanita dan 24 orang lelaki, dan dari segi etnik pula 49 Melayu, 12
Cina, seorang India, dan seorang Punjabi.
 Empat sesi temu bual dengan kumpulan fokus yang terdiri daripada 31 orang pengurus besar
dan pengurus bahagian sumber manusia yang mewakili beberapa syarikat Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) dan Multi National Companies (MNCs) telah diadakan di Kuala Lumpur,
Pulau Pinang dan Taiping.
 Maklumat yang lebih terperinci mengenai siswazah yang tidak bekerja diperoleh melalui sesi
temu bual ini. Perkara yang paling penting ialah maklumat yang dibekalkan oleh responden
melalui soal selidik boleh didalami lagi dan boleh diperiksa / disahkan dengan pihak majikan
yang menghadiri sesi temu bual.

Profil atribut psikologi siswazah


 Berdasarkan senarai responden kajian, seramai 561 responden dipilih untuk menjawab
inventori psikologi. Daripada jumlah itu, seramai 235 (41.9%)
ialah responden lelaki dan 326 (58.1%) pula perempuan. Jika dibahagikan mengikut status
pekerjaan pula, 275 (49.0%) sedang bekerja, 272 (48.5%) tidak bekerja dan 14 (2.5%)
sedang menyambung pelajaran. Daripada 272 orang yang tidak bekerja, 152 orang
menganggur dan 120 orang daripada mereka sedang mengikuti skim latihan siswazah
menganggur.

4
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

Maklumat tambahan: Pengalaman penyelidik


 Maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber seperti di atas perlu dilengkapkan dengan
pengalaman dan pengamatan penyelidik. Oleh itu, meskipun sampel terhad, maklumat
tambahan berdasarkan pengalaman dan penglibatan penyelidik menguatkan lagi kesimpulan
dan cadangan tindakan kajian ini.

Pemprosesan dan analisis data


 Data primer telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Penjadualan silang
serta ujian seperti ujian-t dan ANOVA (Analysis of Variance) telah dijalankan untuk
mengungkap beberapa perkara berkaitan dengan matlamat kajian ini. Analisis logit telah
dijalankan untuk menentukan probabiliti seseorang graduan menganggur berdasarkan ciri-ciri
tertentu.
 Data sekunder telah dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif untuk mengungkap beberapa
perkara berkaitan dengan fenomena pengangguran di Malaysia.

Bab 2 Pengangguran di Kalangan Siswazah: Rangka Kerja Ekonomi Kajian


 Beberapa cadangan/langkah timbul daripada perbincangan tentang isu dan cabaran tenaga
kerja dan guna tenaga di Malaysia. Antara cadangan dasar tersebut termasuklah:-
▪ menentukan perimbangan antara kadar proses peralihan struktur daripada p-ekonomi
kepada k-ekonomi dengan penawaran, permintaan tenaga kerja, teknik pengeluaran
dan produktivi buruh supaya tidak wujud defisit atau lebihan dalam tenaga kerja,
▪ menggubal Dasar Pekerja Asing Negara,
▪ menggubal Pelan Induk Sumber Manusia Negara,
▪ menubuhkan Konsortium Pakatan Tiga Pihak berhubung dengan isu-isu tenaga kerja
dan guna tenaga di Malaysia,
▪ memastikan semua dasar berhubung dengan tenaga kerja dan guna tenaga konsisten,
lestari dan kurang bersifat ad hoc.

Bab 3 Rumusan dan Implikasi Dapatan Kajian

 Dapatan daripada (a) kumpulan fokus, (b) pencarian kerja dan (c) profil atribut psikologi
diintegrasikan untuk menyingkap ciri-ciri responden siswazah. Berikut ialah gambaran yang
diperoleh daripada intergrasi tersebut.

3.1 Inisiatif

 Berdasarkan dapatan tinjauan aktiviti mencari kerja, responden menganggur mulai memohon
pekerjaan selepas tamat pengajian. Akan tetapi 33 peratus siswazah yang bekerja mula
5
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

memohon kerja sebelum mereka menamatkan pengajian. Dapatan ini selaras dengan dapatan
tinjauan umum yang mendapati bahawa bilangan permohonan kerja yang dihantar oleh
responden yang bekerja adalah lebih daripada 10 permohonan. Responden yang menganggur
pula memohon kurang daripada 10 permohonan.
 Tinjauan aktiviti mencari pekerjaan juga dilakukan terhadap responden yang telah pun
mendapat pekerjaan tetapi masih lagi mencari pekerjaan baru. Responden yang bekerja
mengambil inisiatif meneroka pasaran kerja untuk mencari kerja baru yang lebih baik. 70.8
peratus responden yang bekerja menghantar resume kepada majikan. 62.7 peratus responden
Melayu menghantar permohonan menggunakan borang permohonan berbanding dengan
siswazah Cina (17.2%) yang tidak berbuat demikian. Ini menunjukkan mereka kurang inisiatif.
 Data ini juga diperkukuhkan oleh dapatan daripada profil atribut psikologi yang mendapati
responden yang tidak bekerja kurang inisiatif.

3.2 Kebolehan untuk berubah

 Tinjauan daripada aktiviti mencari pekerjaan mendapati bahawa terdapat 70.8 peratus
responden Melayu yang mencari pekerjaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, berbanding
responden Cina 46 peratus dan India 38.1 peratus.
 Ini selaras dengan dapatan kumpulan fokus yang menunjukkan rata-rata responden Melayu
mengharapkan pekerjaan daripada kerajaan. Responden menganggur juga bergantung
kepada kerajaan, bukan sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka juga tidak mahu
bekerja dalam bidang yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
 Analisis ekonomi mendapati sektor pekerjaan telah berubah daripada sektor pentadbiran
(kerajaan) kepada sektor perkhidmatan (swasta). Nampaknya responden menganggur tidak
searus dengan perubahan ini. Mereka tidak mudah berubah dan keupayaan untuk berubah
mengikut arus adalah lemah.

3.3 Pemikiran negatif

 Melalui temu bual dengan kumpulan fokus didapati bahawa responden gagal untuk
mendapatkan pekerjaan kerana kurang mempunyai hubungan dan tiada pengalaman kerja.
Mereka juga beranggapan mereka tidak mendapat pekerjaan kerana ada unsur diskriminasi
seperti ‘perempuan’ dan ‘bertudung’.
 Responden yang tidak bekerja sering menyatakan sebab mereka tidak mendapat pekerjaan
kerana faktor luaran dan ini boleh membawa kepada pemikiran negatif dan tanggapan yang
tidak realistik tentang perkara di sekitar mereka.

3.4 Cadangan Umum

 IPT perlu mengambil beberapa langkah, misalnya menyediakan kaunseling kerjaya ataupun
menubuhkan pusat penempatan kerjaya untuk membantu pelajar meningkat kemahiran,
sahsiah, minat dan nilai kerja sejajar dengan dunia pekerjaan semasa. Mereka juga mesti
membantu pelajar meneroka peluang pekerjaan dalam pasaran kerja.

6
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

Bab 4 Isu-Isu Utama dan Cadangan Tindakan

4.1 Aktiviti mencari pekerjaan

 Isu 1: Kesedaran berkerjaya (career awareness)


▪ Responden tidak mempunyai kematangan dari segi hal-hal kerjaya (career
immaturity). Keputusan ujian F yang tidak signifikan menunjukkan pola yang sama di
kalangan responden daripada pelbagai latar belakang ekonomi.

 Cadangan 1: Unit Kerjaya


▪ Unit kerjaya perlu ditubuhkan di setiap IPT. IPT yang sudah ada unit kerjaya perlu
mengkaji semula atau mempertingkatkan peranan unit ini sesuai dengan keperluan
pelajar dan juga negara. Fungsi unit kaunseling kerjaya bukan sahaja untuk membantu
pelajar mencari pekerjaan, tetapi juga untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut:-
i. Membina kesedaran kerjaya
ii. Meneroka bidang pekerjaan baru
iii. Menjalankan latihan yang berkaitan dengan aktiviti mencari pekerjaan.

 Cadangan 2: Membaiki Unit Kerjaya

4.2 Kemahiran dan kecekapan lain

 Isu 1: Tahap kemahiran


▪ Kebanyakan responden, sama ada yang bekerja atau menganggur, memiliki
kemahiran yang terbabit pada tahap yang tinggi. Kebanyakan respons untuk setiap
kemahiran diberi respons “baik” atau “sangat baik”. Bilangan respons “tidak baik” agak
rendah. Namun, seperti yang diterangkan di bawah, kemahiran yang mereka miliki
tidak konsisten.

 Isu 2: Kecenderungan kemahiran


▪ Responden lebih cenderung terhadap kemahiran tertentu. Contohnya, dalam aspek
kemahiran berfikir, responden lebih cenderung terhadap kemahiran yang bersifat
umum, dan kurang cenderung terhadap kemahiran yang bersifat spesifik. Dalam aspek
kemahiran berkomunikasi pula, terdapat lebih kecenderungan terhadap kemahiran
bersifat lisan, berbanding penulisan.

 Isu 3: Ketidaksepadanan kemahiran yang dimiliki dengan kemahiran yang digunakan semasa
bekerja
▪ Banyak kemahiran yang dimiliki selepas tamat pengajian di IPT tidak “selari” dengan
penggunaan kemahiran semasa bekerja.
▪ Responden yang menganggur menunjukkan kurang kecenderungan terhadap
kemahiran berkomunikasi secara penulisan. Penemuan ini konsisten dengan
penemuan tentang kemahiran bahasa yang menunjukkan kemahiran penulisan dalam

7
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris merupakan kemahiran yang paling kurang
dimiliki oleh responden.
▪ Penemuan ini juga konsisten dengan penemuan tentang atribut psikologi siswazah
yang menganggur. Dalam hal ini didapati siswazah yang menganggur menilai diri
mereka lebih daripada realiti. Senario ini juga dapat digambarkan daripada penemuan
tentang kemahiran yang dimiliki oleh siswazah. Lebih ramai siswazah yang
menganggur mengganggap mereka memiliki kemahiran yang ditanya, berbanding
siswazah yang bekerja.
▪ Responden yang menganggur juga tidak memperlihatkan kecenderungan yang tinggi
terhadap kemahiran yang penting dalam bidang keusahawanan. Kebanyakan mereka
memberi kedudukan yang rendah terhadap kemahiran membuat pembentangan,
memimpin dan memotivasi kumpulan, dan melakukan beberapa tugas serentak.
Boleh dirumuskan siswazah yang menganggur kurang memiliki ciri-ciri
keusahawanan.

 Isu 4: Latihan praktikal/praktikum, ko-kurikulum dan skim latihan lepasan siswazah


▪ Pemendekan tempoh pengajian daripada 4 tahun kepada 3 tahun menyebabkan
universiti tidak memberi tumpuan kepada latihan praktik, latihan ilmiah dan ko-
kurikulum.
▪ Walaupun latihan praktik penting, tidak semua responden menjalaninya untuk benar-
benar mendedahkan mereka ke alam pekerjaan.
▪ Skim latihan selepas pengajian mestilah berbentuk vokasional. Graduan yang bekerja
banyak mengikuti skim latihan yang berbeza dengan skim ‘mainstream’.

 Cadangan 1: Mengkaji semula komponen kemahiran yang selaras dalam kurikulum

4.3 Kemahiran keusahawanan di kalangan siswazah


 Isu 1: Menerokai potensi “bekerja sendiri”.
Cadangan:
1a: Menyemak semula Program Pembangunan Usahasiswa (PPUS).
1b: Penyediaan prasarana keusahawanan di IPT.
1c: Perlantikan kaunselor keusahawanan.
1d: Tabung Keusahawanan Siswazah.
1e: Program Anak Angkat Usahawan.
1f: Pertandingan keusahawanan dalaman dan antara IPT.
1g: Penggubalan kurikulum keusahawanan.
1h: Penggubalan ko-kurikulum keusahawanan.
1j: Kursus kemahiran kepada siswazah yang akan menamatkan pengajian.
1k: Sokongan dan penglibatan pihak pengurusan IPT.

8
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

4.4 Atribut psikologi

 Isu 1: Ketidakpekaan tentang realiti tempat bekerja dan harapan pekerjaan

Cadangan 1:

1a: IPT perlu mendidik semula mahasiswa supaya peka tentang realiti tempat bekerja dan
harapan pekerjaan realistik dalam penilaian keupayaan dan potensi mereka
berbanding dengan peluang atau pilihan pekerjaan; bersifat terbuka dalam menilai diri
sendiri, mengakui kelemahan dan kekurangan, dan seterusnya berusaha untuk
mengatasinya.

1b: IPT perlu melantik seorang kaunselor untuk setiap 500 mahasiswa dan peranan
kaunselor ini adalah seperti berikut:-
▪ Menjalankan ujian psikologi terhadap mahasiswa untuk memastikan mereka
mempunyai imej sendiri yang realistik.
▪ Memberi perkhidmatan kaunseling kepada individu dan/atau kumpulan sebagai suatu
strategi campur tangan.
▪ Menjalankan penilaian kerjaya dan kaunseling untuk membantu mahasiswa
memadankan kecekapan, personaliti, minat dan nilai dengan pilihan program dan
kerjaya.

4.5 Hubungan dan peranan kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan industri
dalam pembangunan tenaga manusia mahir/terlatih

 Isu 1: Kurangnya sinergi antara IPTA dengan swasta/industri


 Isu 2: Penubuhan satu forum atau jawatankuasa-bersama antara IPT dengan pihak industri
antara lain mempunyai tujuan berikut:-
▪ Memberikan penjelasan lanjut dan seterusnya membincangkan kandungan program
akademik yang disediakan kepada siswazah di IPT.
▪ Merangka program berbentuk kemahiran ringan secara kerjasama antara IPT dengan
pihak industri supaya dapat memenuhi keperluan bakal majikan.
▪ Menyediakan pangkalan data bakal graduan yang berpatutan untuk tujuan penempatan
kerja.
▪ Bekerjasama untuk mendapatkan insentif rebet cukai daripada kerajaan untuk program
latihan kemahiran ringan.

9
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)

Bab 5 Kesimpulan ( Ke Arah Siswazah ++ )

 Siswazah dalam bidang-bidang yang lazim dikategorikan sebagai Generalist (sebagai contoh
siswazah sastera dan kemanusiaan, dan sains sosial yang telah dilengkapi dengan
pengetahuan dan kemahiran umum berkaitan dengan pekerjaan) dan Generalist Plus (sebagai
contoh siswazah sains tulen yang telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran umum
dan khusus berkaitan dengan pekerjaan), mendapati amat sukar untuk memasuki pasaran buruh
dan menggunakan kemahiran dan keupayaan mereka berbanding dengan kelompok Occupational
Generalist dan Occupational Specialist.
 Untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah dalam Kelompok Generalist dan
Generalist Plus kurikulum bidang-bidang berkaitan perlu bersifat seimbang, iaitu ada elemen
penekanan secara eksplisit kepada pembangunan kualiti personal dan kemahiran praktikal.
 Dalam kata lain, kurikulum yang bersifat seimbang perlu mengurangkan penekanan kepada
keperluan subjek semata-mata dan meningkatkan penekanan kepada keperluan jangka panjang
pelajar. Dalam hal ini pekerjaan dan perkara-perkara berkaitan dengan tempat bekerja merupakan
satu daripada beberapa keperluan yang dimaksudkan.
 Dalam keadaan ekonomi yang pesat berkembang dan diikuti oleh proses transformasi struktur
pengeluaran dan pekerjaan, cadangan-cadangan seperti di atas boleh menyumbang kepada
kemunculan kelompok siswazah Generalist Plus Plus. Kelompok ini akan menonjolkan ciri-ciri
peribadi/kemahiran dan bidang pengajian yang selaras dengan dunia pekerjaan.
 IPT tidak boleh menganggap masalah pengangguran di kalangan siswazah ini sebagai satu
fenomena yang akan berlaku pada ketika tertentu sahaja. IPT perlu mendapatkan maklum balas
secara berterusan daripada siswazah dan juga majikan tentang objektif kursus-kursus yang
ditawarkan.
 Matlamat akhir IPT ialah untuk menghasilkan siswazah yang berkeperibadian, berilmu,
berteknologi dan berkemahiran (elemen ++).

10