Anda di halaman 1dari 12

PEMANTAPAN BESTARI BAHASA MELAYU

SPM
SET 1

KERTAS 1

Bahagian A

Masa yang dicadangkan : 45 minit


( 30 markah )

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
mengindahkan kawasan sekolah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah kata.

LANDSKAP SEKOLAH
© MRSM TRANSKRIAN

1
Bahagian B

Masa yang dicadangkan : 90 minit


( 100 markah )

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara yang diberi di bawah. Panjang
karangan itu hendaklah melebihi 350 patah kata.

1. Golongan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah dapat
dilahirkan melalui usaha permuafakatan antara ibu bapa, pihak sekolah dan anggota
masyarakat. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini masih kurang berkesan.
Berikan pendapat anda tentang peranan yang perlu dilaksanakan oleh ketiga-tiga
pihak untuk merealisasikan hasrat tersebut.

2. Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan forum


yang bertajuk, ‘Memupuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar’.Tiga orang

ahli panel yang terdiri daripada tokoh sejarah, ahli akademik, dan pemimpin pelajar
telah diundang untuk mengemukakan pendapat mereka.
Tulis forum tersebut selengkapnya.

3. Masyarakat pada hari ini sering mengabaikan kebersihan alam sekitar. Mereka
menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak berkuasa.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bincangkan usaha-usaha yang perlu
dilakukan oleh masyarakat untuk mewujudkan negara yang bersih dan indah.

4. Teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam pembangunan dan


kemajuan negara kita.
Tulis ulasan anda tentang pernyataan di atas.

5. Kelab Penulisan Kreatif sekolah anda akan menganjurkan pertandingan menulis


cerpen berasaskan peribahasa, ‘Genggam bara api, biar sampai jadi arang’. Anda
berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.
Tulis cerpen anda selengkapnya.

© MRSM TRANSKRIAN

2
KERTAS 2
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah
penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu
simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka
mendapatkan rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup
memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah
langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini sedemikian kerana
pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta daripada individu
atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk
mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan
pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai
rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping
itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan
secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik
yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat
disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu
memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan
masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Semua
penghidap penyakit kronik akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang
mempunyai kedudukan tertentu sahaja.Namun begitu, orang ramai yang ingin
menyumbangkan derma secara langsung kepada individu tertentu masih boleh berbuat
demikian. Sumbangan mereka ini haruslah digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan
beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada
golongan yang tidak berupaya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak lain.
Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah wujud banyak badan kebajikan dan badan
amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita
harus bersyukur kerana badan-badan ini telah banyak memberikan sumbangan kepada
kebajikan rakyat di negara ini. Namun begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih
berkesan, kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan
mendapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak akan dapat
membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelarasan
yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-
luasnya.
Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi
jenis, kos dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa
wang yang disumbangkan itu dimanfaat sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat
penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah
satu ciri penting sesebuah negara penyayang.

( Diubahsuaikan daripada rencana pengarang Utusan Malaysia: Badan Bantu Pesakit Kronik,

30 Julai 2002 )

© MRSM TRANSKRIAN
3
Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2 (a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas ,jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata melindungi kebajikan anggotanya yang daif.
[ 2markah ]

(ii) Bagaimanakah pesakit kronik memperoleh sumber kewangan untuk membiayai


kos perubatan mereka?
[ 3 markah ]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan penyakit kronik
daripada berlaku dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini?
[ 4 markah ]
[ 9 markah ]

© MRSM TRANSKRIAN

4
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Prittt!
Vancall logic keluaran MZ Interscience Co. menjerit di sekitar ruang komputer
mama, ruang komputer kami. Tanpa perlu melekapkan gagang ke telinga, aku membalas
suara Win yang kembali menyapa.
- Aku tahu kau tidak waras ketika itu,dulu. Tetapi sekarang tidak, Zel. Kau akan
ke U.K., bakal siswi undang-undang. Bakal seorang pengamal undang-undang. Seorang
yang mengamalkan kebenaran, melenyapkan yang batil. Justeru kau tidak wajar
bertindak begini. Itu bukan salah abah kau. Aku... aku tak berani menyalahkan sesiapa.
Kau harus ingat kata-kata mamamu, Zel. Mama tersayangmu kata bahawa manusia
banyak belajar dan dewasa daripada dan melalui bencana. Cukuplah kau jadikan sebagai
pelajaran, bukan satu dendam yang perlu kau balas, apalagi dengan...dengan...
- Ah, kau juga seperti abah yang hanya mudah kata itu, ini! Aku telah katakan,
aku yang menelan jadamnya. Aku dan ma yang menelannya. Kami yang merana. Kami!
Aku dan ma! .
Aku teramat risi dengan apa yang berlaku. Deras sahaja air suam yang sedia
bertakung di tubir mata, luruh. Lebat. Serasa hanya aku dan mama yang terongong.
Sementara wajah-wajah lain terpingkal-pingkal. Lebih-lebih wajah Aunt Pah, Abang Awi,
Aman dan Arif (atau mungkin abah, jika tidak ada pengecualian). Aku kian kesasar. Aku
terus mencari-cari wajah sejuk mama. Mama!

- Zel!

(Dipetik daripada cerpen Virus Zel Untuk Abah oleh Mawar Shafie dalam antologi
Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka,2000]

(i) Mengapakah Win berkata bahawa tindakan Zel adalah tidak wajar?
[ 3 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ibu tunggal seperti ‘mama’ pada masa kini
mampu hidup berdikari?
[ 3 markah ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang boleh diambil daripada petikan di atas dan dua
persoalan daripada keseluruhan cerpen tersebut.
[ 3 markah ]
[ 9 markah ]

© MRSM TRANSKRIAN
5

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik
Gunung Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti
akan terbang rasanya, daripada sangat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai
lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, segala mergastua pun
hairan mendengar dia. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, terlalu indah-indah
perbuatan taman itu. Maka serba bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dalam
taman itu sekaliannya dengan jambangannya, pelbagai rupa jambangan. Setelah dilihat
oleh Tun Mamat, segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada
yang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada
seperti orang berbait, ada seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam.
Limau mengkar pun bersorak, anggerik pun mengilai, delima tersenyum, bunga air
mawar berpantun katanya ;
Sana-sini gigi menimang,
Hendak makan ikan dalam telaga;
Lagi lemak telur berlinang,
Sisiknya lekat kepada dada.
Maka disahut oleh bunga tanjung biru, katanya ;
Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan?
Burung terbang dipipiskan lada.

(Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang dalam antologi Anak Laut, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2000)

(i) Apakah maksud maka awan pun dapat dicapai lakunya berdasarkan petikan di
atas?
[2 markah]

(ii) Gambarkan keadaan taman semasa Tun Mamat tiba di situ.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah bunga tanjung biru melafazkan pantun tersebut?
[3 markah]
[ 8 markah ]

© MRSM TRANSKRIAN

6
2(d) Soalan Petikan Puisi Tradisional
Baca pantun di bawah dengan teliti dan jawab soalan berikutnya dengan menggunakan
perkataan sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT


Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang;

Bagus rupanya bunga melur,


Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,


Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada tempat hendak mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.

[ Dipetik daripada Permatang Budi, 1991. Fajar Bakti Sdn.Bhd.]

(i) Nyatakan cara masyarakat Melayu meraikan tetamu mereka seperti yang
digambarkan dalam rangkap kedua pantun lapan kerat di atas. [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat dahulu mengamalkan budaya


merantau? [ 3 markah ]

(iii) Huraikan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [ 4 markah ]


[ 9 markah ]

© MRSM TRANSKRIAN
7

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
memberikan imbuhan pada perkataan tersebut.
(i) diam
(ii) mendiami
(iii) kediaman
(iv) terdiam
(v) diam-diam
(vi) mendiamkan
[ 6 markah ]

(b) Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa
mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.
Tsunami berlainan daripada gelombang pasang surut. Gelombang pasang surut
disebabkan oleh pergerakan planet seperti bulan. Ombak besar ialah fenomena
ombak yang berbeza. Ombak besar disebabkan oleh faktor tekanan angin.
Tsunami disebabkan pergerakan bumi di bawah laut. Tsunami biasanya berlaku
disebabkan aras dasar laut menurun. Penurunan berlaku dengan serta-merta.
Tsunami boleh mencapai kelajuan 800 km sejam. Tsunami telah meragut nyawa
ratusan ribu manusia.
[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan
imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis
ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pelbagai jenis alatulis dijual dengan harga yang rendah semasa
berlangsungnya pameran buku dianjur Gabungan Persatuan Penulis
Remaja Malaysia di Segamat baru-baru ini.
(ii) Bekalan elektrik diputuskan sebaik-baik sahaja rancangan sukan itu
hendak disiarkan oleh stesyen televisyen itu.
(iii) Pelajar hendaklah mempunyai daya pimpinan yang tinggi dan
berketrampilan dalam pergaulan seharian.
[ 6 markah ]

© MRSM TRANSKRIAN

8
(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah
atau bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan
menulis semula ayat itu tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Kerja-kerja menangkap sotong sesuai dilakukan di waktu malam sahaja.


(ii) Cita-citanya untuk memanjangkan pelajarannya ke universiti belum
tercapai lagi oleh kerana hidupnya yang susah itu.
(iii) Pendaftaran kapal terbang-kapal terbang di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur dipantau oleh pegawai di menara kawalan.
[ 6 markah ]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isikan tempat-tempat
kosong
dengan peribahasa yang sesuai.

Pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara hendaklah pandai menyesuaikan


diri
ketika berada di tempat orang, bak kata pepatah (i) ........................ Mereka
juga
dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya kerana
(ii).......................
Setelah tamat pengajian, mereka hendaklah pulang ke tanah air untuk
memberikan sumbangan bakti kepada bangsa dan negara, agar tidak bersikap
(iii)............................
[ 6 markah ]

© MRSM TRANSKRIAN
9

Soalan 4: Novel
[ 15 markah ]

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Watak utama sering diduga dengan pelbagai masalah namun tabah
menghadapinya. Huraikan tiga bukti ketabahan watak utama yang terdapat
dalam sebuah novel yang anda kaji.

[ 7 markah ]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua keadaan masyarakat
bagi setiap novel tersebut. .

[ 8 markah ]
© MRSM TRANSKRIAN

10