Anda di halaman 1dari 10

MOHAMAD HILMI

PISMP SEM 1 PEND.KHAS


IPG KRM

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN


AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pada bulan Mac yang lalu, saya dan 3 orang rakan yang lain pelajar daripada unit
PISMP Pendidikan Khas ambilan Januari 2010 telah diberi tugasan oleh Bahagian
Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang telah dipilih selama seminggu iaitu bermula
pada dari 22 hingga 26 Mac. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PISMP dan
merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan
PBS adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang persekitaran
sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif terhadap profesion
perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki mendapatkan maklumat
melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Serom 3,Ledang, Johor untuk


menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya memilih sekolah ini kerana
berdekatan dengan kawasan kediaman saya iaitu dalam jarak 20 km saja. Selain itu,
saya juga mengetahui bahawa sekolah ini merupakan antara sekolah cemerlang dalam
kategori luar bandar serta mempunyai kelas integrasi pendidikan khas.

Pada pendapat saya, sekolah memainkan peranan yang penting dalam


pembentukan sahsiah pelajar dan moral pelajar sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan interaksi di antara guru-guru di
Sekolah Kebangsaan Serom 3 saya dapati pembelajaran dan pengajaran di Sekolah
Kebangsaan Serom 3 adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan ianya
berjalan dengan baik sekali.

Semasa saya menemuduga dengan guru besar,soalan pertama yang saya


ajukan ialah bagaimanakah pihak pentadbir memastikan bahawa Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berjaya dilaksanakan di sekolah ini untuk melahirkan insan yang seimbang
dalam semua bidang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelektual. Pelbagai program
dan aktivi telah dilaksanakan untuk memastikan sekolah dalam keadaan terbaik dan
sentiasa cemerlang.Bagi program keintelektualan, pelbagai program akademik telah
diadakan dan diatur oleh pihak pengurusan dan guru terutamanya murid darjah enam
yang bakal berdepan dengan peperiksaaan UPSR.

Dari segi fizikal pula terutamanya untuk perkembanagan kanak-kanak atau


pelajar, pihak sekolah telah mengadakan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) yang
di taja oleh pihak kerajaan untuk pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan. Guru
besar bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini.Di samping itu,
pihak sekolah juga telah menyediakan air minuman yang bersih untuk para pelajar
secara percuma. Pihak sekolah juga telah memberikan bantuan susu percuma untuk
setiap pelajar sekolah.
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

Dari segi emosi, pihak sekolah telah menyediakan guru kaunseling dan
bimbingan yang terlatih untuk membantu para pelajar yang mengadapi masalah atau
kesukaran.Guru besar berkata sekolah ini beruntung kerana mempunyai seorang ustaz
dan dua ustazah. Emosi juga terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Oleh
itu, pelbagai program berkaitan dengan emosi telah diadakan dan pelbagai program
baru telah di rancang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak sekolah
telah mengadakan kem khas untuk para pelajar seperti kem motivasi.Guru kaunseling
dan bimbingan akan memberikan ceramah atau kata-kata nasihat dan dorongan untuk
pelajar.

Dari segi rohani pula, berbagaai aktiviti telah dilakukan dan dirancang sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti program motivasi , kem dan
sebagainya. Melalui pemerhatian saya, saya dapati para pelajar di sini amat
menghormati guru mereka. Para pelajar akan member salam apabila bertemu dengan
guru mereka. Malah ada juga pelajar yang member salam atau mengucapkan selamat
pagi apabila bertemu dengan orang luar atau dengan orang yang tidak dikenali.
Sebelum memulakan aktivi persekolahan, para pelajar akan membaca doa beramai-
ramai begitu juga apabila sesi persekolahan selesai, sebelum pulang mereka akan
membaca doa dan berselawat. Pembangunan rohani begitu penting dalam diri pelajar.

Dari segi pembangunan sosial pula, pihak sekolah juga telah mengadakan
pelbagai program untuk para pelajar, sosial bermaksud interaksi antara orang ramai.
Dalam konteks sekolah ia bermaksud interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan guru, dan pelajar dengan orang luar. Pihak sekolah telah berusaha untuk
meningkatkan lagi tahap perkembangan sosial pelajar dengan memgadakan pelbagai
aktiviti seperti program Interaksi Sosial dan motivasi. Dengan ini para pelajar akan
dapat berinteraksi dengan betul.

1.1 Sejarah Sekolah


MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

Ditubuhkan pada tahun 1912, sebagai Sekolah Melayu Serom, sekolah ini pada
asalnya terdiri di atas sebidang tanah di Jalan Serom Panggong dan mempunyai hanya
sebuah blok bangunan.
Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru 24’ x 60’ telah dibina di atas sebidang
tanah terletak di Lot No 40, Jalan Masjid Serom 3 dan seterusnya menjadi tapak
bangunan sekolah pada masa ini. Tapak tanah seluas 2 ekar, 2 rood dan 29 pole, ini
telah dihadiahkan oleh Allahyarham Abdullah bin Samsu, SMJ, Penghulu Mukim Serom
pada masa itu. 
Sekolah baru ini menjadi sekolah lelaki manakala sekolah di Jalan Serom
Panggong dikhaskan untuk murid-murid perempuan. .
Setelah tamat perang dunia ke dua dan pemerintahan Jepun , sekolah ini dibuka
semula. Pada tahun 1954 enrolmen sekolah ialah 255 orang murid yang belajar hingga
ke Darjah 5.
Sebuah bangunan tambahan dan sebuah kantin telah dibina pada tahun 1955.
Pembinaan ini dijalankan secara bergontong royong. 
Pentadbiran sekolah lelaki dan perempuan disatukan di sekolah ini pada tahun 1971.
Bagi menampung pertambahan murid, pada tahun 1974, kerajaan telah membina satu
blok bangunan baru dua tingkat dan sebuah kantin menggantikan blok bangunan yang
telah dibina pada tahun 1955. Blok baru ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah
pejabat am, pejabat Guru Besar, stor dan tandas murid.
Pada tahun 1982, kerajaan telah memperoleh sebidang tanah seluas 5 ekar, 0
rood dan 30 pole untuk dijadikan padang sekolah. Dengan terlaksananya Program
Pembangunan Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Pendidikan Daerah ( PSPD ),
Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) , dua buah bilik darjah telah diubah suai bagi
menempatkan bahan sumber kedua-dua institusi itu. Kekurangan bilik darjah ini telah
ditampung dengan terbinanya satu blok bangunan tambahan 25” x 40’ melalui projek
wakil rakyat pada tahun 1994. 
Kekurangan bilik darjah masih berlaku dengan terlaksananya KBSR Sains di
mana sebuah lagi bilik darjah perlu diubahsuai untuk dijadikan Bilik Sains/ Makmal
Sains.
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

Pada tahun 1996 enrolmen sekolah ini adalah seramai 350 orang murid dengan 20
orang guru, dua orang kakitangan dan tiga orang pekerja.
Pada tahun 1999 Kelas Pendidikan Khas Bermasaalah Pembelajaran telah
ditubuhkan. Pada tahun 2000 pula bangunan baru 3 tingkat dibina bagi meningkatkan
keselesaan murid.
Pada tahun 2003 dengan dasar kerajaan mewajibkan murid berumur 7 tahun
bersekolah rendah , maka sekolah ini telah diberi peluang menubuhkan kelas
Pendidikan Pra Sekolah dengan 25 orang murid.

1.3 Pelan Fizikal Sekolah

Lokasi sekolah daripada Muar dan Tangkak.

2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH


MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

2.1 Guru Besar

Gambar : Tn Hj Shamsudin Bin Sarip,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serom 3

Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah.
Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi jawatankuasa
tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang berjalan di
sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan
persekitaran, kakitangan dan pelajar.
Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan peranan yang sangat
penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliau sangat luas. Antara yang
utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Selaras
dengan misi beliau yang mahu meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di
samping menceriakan sekolah, pelbagai program telah dirancang agar potensi murid-
murid dapat diperkembangkan lagi. Selain itu juga, kelas tuisyen malam diadakan bagi
murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kelas
tuisyen ini akan dilaksanakan oleh guru-guru sekolah ini juga melalui skim bantuan
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Skim Tuisyen Kampung.

Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut


diterapkan dalam diri setiap murid. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

diterapkan. Ini dapat dilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa
penerang hati sebelum memulakan sesi persekolahan.
Walaupun bidang kurikulum merupakan bidang tugas yang utama bagi beliau,
namun pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak pernah diabaikan. Untuk
membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani, emosi dan sosial
juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau telah melaksanakan
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan di
sekolah ialah persatuan akademik, unit beruniform, kelab serta suka dan permainan.
Aktiviti-aktiviti seperti permainan secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi
pelajar yang terpendam. Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan
seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu,
mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab
yang disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit
beruniform. Menurut beliau, bagi memastikan kegiatan ini berjalan dengan lancar,
beliau telah menubuhkan Jawatankuasa aktiviti kokurikulum. Beliau juga berperanan
dalam memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum dapat dijalankan
dengan baik.
Sebagai strategi beliau untuk menceriakan persekitaran sekolah, pelbagai usaha
telah dilakukan. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah bagi
memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga.
Pokok-pokok tersebut juga turut dilabelkan dengan sedikit pengenalan tentangnya
seperti nama, nama saintifik serta cara pembiakannya sebagai usaha untuk
menambahkan pengetahuan murid-murid di sekolah tersebut. Di samping itu,
bangunan-bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural sebagai salah satu strategi
beliau untuk menceriakan sekolah.
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

Mural-mural yang terdapat di SK Serom 3.

Selain itu juga, terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantung menghiasi
kawasan sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada murid-
murid.
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

Kata-kata hikmah

Kawasan sekolah juga turut dilengkapi dengan wakaf-wakaf kecil. Terdapat


bahan-bahan ilmiah yang digantung pada wakaf tersebut agar dapat memupuk budaya
ilmu di dalam diri setiap murid.

Wakaf-wakaf kecil yang terdapat di sekitar kawasan sekolah


Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang
memenangi pertandingan tersebut akan diberikan hadiah pada setiap bulan dalam
perhimpunan hari Isnin.
MOHAMAD HILMI
PISMP SEM 1 PEND.KHAS
IPG KRM

“sori tak bagi penuh ye.. dapat separuh ok


lah kan - bersyukur”

Anda mungkin juga menyukai