Anda di halaman 1dari 6

Remaja :

Perkembangan Konsep Kendiri


Dan
Indentiti Remaja

1. Pengenalan.
Dalam bahasa Inggeris perkataan “adolescence” berasal
daripada bahasa latin “adolesre” yang bermaksud “membesar”
atau “membesar menjadi matang” Rogers (1981) di dalam Jas
Laile Suzana Jaafar (2008). Jika diperincikan remaja di
gambarkan sebagai suatu proses iaitu proses mencapai atau
memperoleh sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi
penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

Terdapat perbezaan mendefinasikan remaja di kalangan ahli


psikologi.
Ada yang
menyatakan Kanak-Kanak – Remaja - Dewasa
r e m a j a
sebagai suatu
t e m p o h
perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena
sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup.

Walauapapun definisi remaja, secara umumnya, remaja adalah


satu zaman yang dimulai dengan akhil baligh dan berakhir
apabila memasuki alam dewasa. Dengan kata lain ianya zaman
peralihan dan transisi antara zaman kanak-kanak dengan dewasa.

Pada tahap remaja ini adalah satu tahap yang kritikal bagi
manusia, kerana pada tahap ini, adalah satu tahap di mana proses
pembentukan konsep kendiri dan identiti manusia yang mana
ianya mempengaruhi tingkahlaku dan keperibadian individu
sepanjang hayat.
Aspek perkembangan remaja
Aspek Bila remaja bermula Bila remaja berakhir
Biologi Akhil baligh Sistem pembiakan matang
Emosi Mula berpisah dengan ibu Peralihan identiti diri
bapa
Interpersonal Mula berminat dengan Berupaya membentuk
hubungan rakan sebaya perapatan dengan rakan
sebaya.
Sosial Mula belajar peranan Memperoleh status dan
kerja, peranan keluarga keutamaan orang dewasa
dan sosial.
Pendidikan Memasuki sekolah Tamat persekolahan
menengah
Undang- Status juvana Status orang dewasa
undang
Kronologi Lebih kurang 13 tahun Lebih kurang 20 tahun

2. Konsep kendiri remaja


Merupakan satu perkara penting kepada kewujudan
dan tingkahlaku seseorang individu. Ianya persepsi
terhadap kendiri nyata menentukan apa yang
seseorang itu alami dan bagaimana ia mengulanginya
dan juga membenarkan seseorang individu
menghubungkan diri dengan persekitaran dengan
cara yang tidak akan mengugat keutamaan peribadi.

3. Kepentingan konsep kendiri positif


 Membentuk personaliti
 Membentuk tahap pertahanan diri dari pengaruh negatif
 Membentuk tahap pertahanan diri tingkahlaku negatif
4. Memperkukuh konsep kendiri
Konsep
 Kesempurnaan kendiri Kendiri
Perkembangan potensi diri yang Kukuh
membina.
Identifikasi
 Identifikasi
Kemunculan nilai dan tujuan hidup-
Kecemerlangan dan
kendiri. pencapaian

 Kecemerlangan dan pencapaian


Identiti
Desakan untuk bersaing sesama sendiri
akan menentukan arah kendiri.

 Identiti
Perasaan yang seseorang itu berbeza dengan orang lain.

5. Perubahan konsep kendiri


 Remaja semakin matang dari segi intelek dan boleh berfikir
tentang konsep abstrak secara langsung, pendekatan kognitif ini boleh
mempengaruhi remaja itu sendiri mencirikan diri.
 Konsep kendiri menjadikan remaja boleh tersusun dan
dibezakan.
 Boleh melihat diri secara psikologi, lebih berminat untuk
memahami personaliti diri dan mengapa ia bertingkahlaku tertentu dikenali
sebagai konsep kendiri remaja yang kian matang.
 Konflik dan tekanan yang wujud hasil daripada ketidak
selarasan antara kognitif dan personaliti menyebabkan perkembangan identiti
terjejas.
Pengkaji Kesimpulan kajian
Hall Zaman remaja adalah zaman “storm and stress” yang dicirikan
oleh keadaan tertekan.
Dusek dan Flaherty Harga diri stabil dari zaman kanak-kanak sehingga zaman
(1981) remaja
Individu mempunyai harga kendiri tinggi pada zaman kanak-
kanak akan mempunyai harga kendiri tinggi pada zaman
remaja.
Harter (1990) Harga kendiri individu semakin meningkat pada zaman
remaja.
Simmons, Turun naik imej kendiri berlaku pada individu samada individu
Rosenberg dan mula memasuki zaman remaja dan bukannya sepanjang zaman
Rosenberg (1973)
remaja
Antara hasil kajian perubahan-perubahan harga-
kendiri
6. Kepelbagaian harga-kendiri

 Remaja perempuan
• Harga kendiri lebih rendah
• Imej kendiri longgar
• Cenderung mencirikan diri dengan ciri-ciri
buruk dan negatif
• Risau tentang paras rupa
• Risau berkenaan prestasi akademik

 Kelas sosial
• Remaja kelas pertengahan mempunyai harga kendiri lebih tinggi untuk
meningkatkan taraf kehidupan

7. Identiti
4 keadaan identiti:-
 Pencapaian identiti
• Berfikir secara aktif tentang isu penting dalam hidup seterusnya membuat
pilihan dan komited dengan pemilihan itu.
• Ciri-ciri:-
 Kekuatan identiti
 Sense of humor
 Harga kendiri tinggi
 Berdikari

 Foreclosure
Pencapaian identiti Membuat komitmen yang dirancang oleh orang lain
Foreclosure untuk diapditasikan dalam hidup tanpa memikirkan
Difusi identiti sendiri pilihan yang wujud.
Moratorium • Ciri-ciri:-
 Gembira dan bangga
dengan diri tetapi menjadi dogmatik apabila idea yang
dikemukakan tidak diterima orang lain.

 Difusi identiti
• Keliru identiti
• Mungkin akan atau tidak memikirkan alternatif-alternatif (krisis) dan
dengan itu tidak membuat sebarang komitmen.
• Ciri-ciri:-
 Tidak ada komitmen diri yang sukar difahami
 Terpisah
 Tidak lengkap
 Tidak menglami sebarang krisis

 Moratorium
• Kebanyakan remaja berada di status ini.
• Aktif meneroka atau mencuba pelbagai peranan dan identiti serta menguji
dan mencuba pelbagai komitmen dalam konteks yang membenarkan
penerokaan dibuat.
• Berusaha membuat keputusan, bergerak ke arah komited dan mungkin
akan mencapai identiti
• Ciri-ciri:-
 Pening
 Pemarah
 Ada sifat bersaing
 Bimbang
 Berada dalam konflik

8. Pengaruh pembentukan identiti

 Jantina
• Remaja wanita memperoleh Masyarakat

identiti dengan:-
i) mendefinasikan diri
mereka lebih kepada
perhubungan dengan Identiti
orang lain Jantina Ibubapa
ii) menilai diri berdasarkan
tanggungjawab dan
keupayaan mereka
mengambil berat
tentang orang lain dan
juga diri mereka
iii) melalui kerjasama

 Ibu bapa
• Perhubungan antara remaja dengan ibu bapanya akan menentukan status
identiti remaja berkenaan
• Indentiti remaja akan terbina sekiranya ibu bapa menawarkan kasih
sayang dan bimbingan serta membenarkan anak mereka berdikari.

 Masyarakat
• Persekitaran sosial mempengaruhi pembentukan identiti remaja kerana
wujud interaksi budaya di dalam sesuatu sistem sosial
• Interaksi ini yang akan mempengaruhi pembentukan identiti ini.

9. Pautan
http://rumahbelajarpsikologi.com/index.php/remaja.html

http://www.scribd.com/doc/6137477/PERKEMBANGAN-FIZIKAL-DAN-FISIOLOGIKAL-REMAJA

http://psikologiperkembangan-remaja.blogspot.com/

Laman sesawang ini di bina adalah untuk memenuhi keperluan Kursus FEM 3101
(Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja) Tugasan 2 Semester 1
2009/2010 Bechelor Sains Pembangunan Manusia. Laman sesawang ini hanyalah
contoh dan tidak memberikan perkhidmatan yang sebenar. Segala maklumat yang
terkandung di laman sesawang ini mungkin tidak benar.