Anda di halaman 1dari 4

Permainan Bahasa

Nama Permainan: Silang Kata

Objektif: Murid dapat mengeja perkataan yang telah diajar dengan


betul.
Bahan: Carta silangkata

Cara menjalankan permainan.

1. Permainan ini dimainkan oleh 2 orang atau lebih.

2. Guru mempamerkan carta silang kata yang kosong di papan putih.

3. Guru membaca klu untuk silang kata satu demi satu.

4. Murid yang boleh menjawab dengan betul diberi ganjaran.

Melintang:
1. Sejenis sayur-sayuran. cendawan
2. Buah rambutan berwarna __________. merah
3. Warna kapas. putih

Ke Bawah:

1. Sejenis buah-buahan. rambutan

Permainan Bahasa
Nama Permainan: Kotak ABC

Objektif: Murid boleh baca suku kata

Bahan:kotak , kad suku kata (ram-bu-tan,cen-da-wan,cem-pe-dak,tem-


pa-yan)

Cara menjalankan permainan.

1. Guru masuk suku kata dalam kotak (kotak ABC).

2. Murid duduk dalam bulatan.

3. Bunyikan muzik dan murid edarkan kotak ikut pusingan jam.

4. Apabila muzik berhenti, murid terakhir yang memegang kotak perlu


memilih satu kad suku kata dan membunyikannya.

5. Sekiranya tidak berjaya, murid perlu cari suku kata lain.


Permainan Bahasa

Nama Permainan: Susuka

Objektif: Murid boleh menyusun suku kata menjadi


perkataan
bermakna.
Bahan: Gambar, kat suku kata,kotak.

Cara menjalankan permainan:

1. Guru menunjukkan gambar.

2. Guru menyediakan kad suku kata dalam kotak.

3. Murid memilih suku kata untuk membentuk perkataan


berdasarkan gambar.

4. Jika murid tidak dapat mencari suku kata, guru akan


Menyebut suku kata.

5. Murid yang dapat membaca dan mengeja semua


perkataan dengan betul dikira pemenang.

Permainan Bahasa
Nama Permainan: Siapa cepat dia dapat

Objektif: Murid boleh mamadankan ayat yang sesuai dengan gambar.

Bahan:gambar, kad perkataan.

Cara menjalankan permainan.

1. Permainan ini dimainkan oleh 4 orang murid satu pusingan.

2. Guru tunjukkan 4 gambar serentak.

3. Murid memilih perkataan untuk membentuk ayat bermakna


berdasarkan gambar.

4. Murid yang terpantas dikira pemenang.