Anda di halaman 1dari 1

NOTA PUISI TRADISIONAL ANTOLOGI KERUSI

PANTUN LAPAN KERAT

Pantun Maksud

Sarang merbah di celah dahan Rangkap ini menggambarkan keadaan


Tempat punai bermain di situ seseorang yang pasrah dengan nasib yang
Berkejar-kejaran anak rusa menimpanya. Dia tetap bersyukur atas takdir
Tampak dari tanah seberang; dan ketentuan Ilahi walaupun hidupnya
Bersyukur aku kepada Tuhan, sentiasa susah / derita dan sentiasa
Kalau nasib memang begitu, mengharapkan belas ihsan orang lain.
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur Tuan rumah telah menyediakan minuman dan
Putih rupanya bunga pinang, menghidangkan makanan lalu mengajak
Berukir bertangkai perak, tetamunya sama-sama menjamu selera.
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang, Rangkap ini merupakan nasihat kepada


Tepi parit tumbuh mengkudu, seseorang yang akan pergi merantau. Di
Berselang dengan pohon puding, tempat barunya itu, dia hidup bersendirian
Hidup subur kanan dan kiri; tanpa saudara-mara untuk mengadu dan
Tuan pergi dagang seorang, berbincang. Oleh itu, dia harus bijak
Tiada saudara tempat mengadu, menyesuaikan diri dengan masyarakat di
Tiada saudara tempat berunding, tempat barunya itu.
Pandai-pandailah membawa diri