Anda di halaman 1dari 9

DISLEKSIA

Apakah yang dapat anda faham mengenai disleksia? Menurut Mercer, 1991,
disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran
dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Menurut
Kementerian Pelajaran Malaysia pula, disleksia adalah masalah murid yang mempunyai
kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi menghadapi
kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja.

Selain masalah membaca dan mengeja terdapat juga masalah-masalah


sampingan yang lain turut menyumbang kepada kesukaran dalam pembelajaran
seseorang individu. Antaranya adalah Disgrafia (Dysgraphia) yang melibatkan
kesukaran menulis, Discalculia (Dyscalculia) yang melibatkan kesukaran dalam
pembelajaran matematik dan masalah bahasa yang melibatkan kesukaran mendengar
dan bertutur (Rajah 1). Masalah-masalah sampingan ini selalunya bertindihan antara
satu sama lain dan sukar untuk dikesan (Anderson 1991; Duane,1991).
Rajah 1 :
Model masalah pembelajaran yang khusus.
Apakah ciri-ciri murid disleksia? Seperti diketahui, murid-murid disleksia ini
kebiasaannya mempunyai sifat rendah diri. Mereka juga lebih kerap bagi memberikan
alasan bagi mengelakkan diri daripada menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Murid-murid disleksik ini juga sememangnya diketahui sebagai seseorang yang sering
membawa masalah melalui tingkah laku yang mereka lakukan. Selain itu, pada
peringkat awal persekolahan kanak-kanak ini, mereka juga menunjukkan sifat mundur
seperti lambat membaca dan juga mempunyai tulisan tangan yang buruk atau tidak
kemas. Ketika membaca, mereka sering mengurang dan menambah pada sesuatu
perkataan. Ditambah pula, mereka ini sering keliru dengan sesuatu perkataan pada
huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Perhatian mereka
juga mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga selesai.
mereka cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan
sendiri tanpa memikirkan orang lain. Menurut teori dan kajian. Kebanyakan kes-kes
disleksia yang berlaku adalah dari kalangan lelaki. Masalah ini juga kerap kali berlaku
dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-
anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah
mengalami kecederaan pada kepala. Masalah disleksia ini boleh berlanjutan sehingga
dewasa.

Apakah faktor-faktor berlakunya disleksia? Menurut Lerner, 1997;

“Membaca merupakan tugasan yang amat rumit dan kompleks bagi


manusia, ia memerlukan kesempurnaan dari segi kefungsian otak dan
sistem saraf pusat”

Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan


yang disebabkan oleh kurangnya fungsi (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-
kanak itu mengalami kecerderaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-
kanak disleksia beroperasi berbeza daripada kanak-kanak yang bukan mengalami
disleksia (Rourke, 1991). Berikut merupakan pendapat-pendapat mengenai faktor
berlakunya disleksia:
 Hattum (1980) mengatakan bahawa kesukaran membaca disebabkan oleh
sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (dyfunction).
 Sistem pemerosesan auditori dan visual di otak orang yang mengalami disleksia,
selalunya lebih kecil sebanyak 27 % daripada otak orang normal(Galaburda &
Tallal,1991)
 Nicolson dan Fawcett (1995) mencadangkan bahawa serebrum otak dan
keanehan otak boleh memberi kesan kepada kawalan motor, perkembangan
automatif dan organisasi sesuatu kemahiran, termasuk kemahiran dalam
fonologi dan bahasa.
 Lovegrove (1991) dan Livingstone et al. (1991) dan Cornilissen et al.(1995) telah
cuba mengkaji korelasi kekurangan yang didapati dalam sistem pemerosesan
visual seseorang yang mengalami disleksia dengan pembelajaran membaca.
Sekali perhubungan di antara keduanya dapat dibuktikan, ringkasnya sifat
semula jadi perhubungan masih lagi belum jelas.
 Secara umumnya diakui bahawa faktor yang menyebabkan disleksia adalah
daripada genetik yang pada dasarnya terletak di bahagian bahasa di otak
(Hulme & Snowling, 1991)
 Daripada pemerhatian Lenneberg (1976) terdapat penglibatan yang sama rata di
hemisfera cerebral pada peringkat awal perkembangan bahasa, kemajuan
perkembangannya lebih di hemisfera otak kiri dan berterusan berlaku
sedemikian. Jika sekiranya hemisfera otak kiri tidak berfungsi dengan baik
sebelum atau semasa perkembangan di peringkat awal, hemisfera otak kanan
akan sambung penglibatannya dalam pemerosesan linguistik.
 Dorongan daripada saraf visual dan auditori dibawa ke kedua hemisfera otak
secara serentak tetapi hemisfera otak kiri yang bertindak balas kepada stimuli
linguistik seperti perkataan, simbol dan pemikiran (Lerner, 1997).
 Kedua hemisfera otak tidak bekerja kesemuanya secara bebas, terdapat hubung
kait di antara elemen-elemen dan kefungsian kedua hemisfera otak. Proses
pembelajaran bergantung kepada kefungsian dan hubung kait di antara kedua
hemisfera otak
(Cotman & Lynch, 1988; Hiscock & Kinsbourne, 1987; Gaddes, 1985)
 Laporan postmortem mendedahkan bahawa individu yang mengalami disleksia
menpunyai kawasan hemisfera otak kiri yang lebih kecil dan kurang sel otak di
bandingkan dengan orang normal, tetapi kawasan hemisfera otak kanan adalah
lebih besar dan mengandungi lebih banyak sel daripada individu normal. (Filipek,
1995; Duane, 1989; Galaburda, 1989)
 Satu daripada penyelidikan awal mengenai kesukaran membaca dan kemahiran
bahasa mendapati bahawa dari segi teorinya, pembalikan huruf dan perkataan
(yang dipanggil sebagai strephosymbolia atau pembalikan symbol) merupakan
symptom kepada kegagalan dominasi serebrum otak di kawasan kemahiran
bahasa di hemisfera otak kiri. (Orton, 1937).

Bagaimana untuk mengenalpasti kanak-kanak disleksia ini? Kunci utama untuk


mengecam kanak-kanak disleksia ialah kepicangan. Apakah yang dimaksudkan dengan
kepincangan? Kepincangan meliputi sifat individu disleksia yang memiliki fahaman lisan
baik tetapi lemah dalam bacaan, bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi kerja
tulisan lemah, pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan,
pencapaian tidak menentu, berbeza pada hari atau waktu yang berlainan serta tampak
cerdik dan berkemampuan seperti murid lain tetapi sentiasa mengalami masalah dalam
kerja sekolah. Menurut Institut Disleksia;

“Kanak-kanak disleksia membingungkan. Dia tampak cerdik dan


berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik …
tetapi kemahiran membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan,
semacam dibawah potensinya. Dia senang dianggap tidak menumpukan
perhatian, malas atau cuai.”
Rajah 2

Contoh tulisan kanak-kanak disleksia

Apakah yang perlu ibu bapa ketahui mengenai sikap anak mereka semasa di rumah?
Berikut merupakan beberapa petanda buat ibu bapa bagi mengenalpasti samada anak
mereka menghidap masalah ini atau tidak;

• Kesukaran berpakaian sendiri . Contoh, memakai butang dan mengikat tali


kasut.

• Lambat atau menghadapi kesukaran dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau
cenderung menyalahgunakan perkataan.

• Tidak cekap atau kekok dalam gerak-geri seperti melompat, meloncat,


menangkap dan menendang bola.

• Boleh mengguna dua tangan atau lambat menentukan tangan mana yang ‘lebih
cekap’

• Terdapat ahli keluarga yang menghadapi kesukaran yang serupa


• Enggan ke sekolah, terutama kalau bermula dengan cergas tetapi semakin
ketinggalan atau kehilangan minat.
• Masalah emosi dan kelakuan. Murid menjadi pendiam atau suka menyendiri,
degil, agresif dan memberontak.

Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-
daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang
berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran. Nanti akan
diterangkan mengenai ujian-ujian yang telah dijalankan.

Model Inklusif

 Murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan.

 Hanya mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas khas, mata pelajaran yang lain di
inklusifkan di kelas normal.

 Ada ketikanya, jika perlu murid akan belajar di kelas, sama ada dalam pelajaran
Bahasa Melayu atau dalam pelajaran yang lain.

 Guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja
bertulis.

Model Kelas Khas

 Murid yang mengalami masalah disleksia yang teruk.

 Huraian Sukatan Pelajaran yang diubah suai pendekatannya.

 Menggunakan strategi khusus.

 Menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan


pembelajaran.

 Hanya mata pelajaran tertentu diinklusifkan.


Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia?
Program disleksia mengandungi pendekatan, kaedah, terapi, perubatan dan aktiviti
berasaskan kepada gaya belajar setiap individu yang bertujuan untuk menangani
masalah yang dialami oleh murid-murid disleksia secara individu. Kurikulum Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau Pendidikan Moral
yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Huraian Sukatan
Pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, diubahsuai pendekatannya bagi
keperluan murid-murid disleksia.

Bagaimanakah implikasinya terhadap kanak-kanak disleksia? Kanak-kanak yang


menghidapi masalah ini pastinya menyedari ada sesuatu yang ‘tidak kena’ tetapi tidak
dapat memahaminya. Mereka juga turut cuba menyembunyikan kesukarannya daripada
pengetahuan rakan-rakan lain akibat rasa malu terhadap diri mereka. Bagi memudah
atau menyiapkan sesuatu latihan, mereka menggunakan strategi-strategi seperti
menyalin kerja rakan lain untuk menyembunyikan masalahnya. Mereka seboleh-
bolehnya cuba mengelak dari membuat kerja sekolah. Bagi mereka ia sebagai satu
beban tambahan guru.

Bagaimana untuk membantu mereka? Sebagai guru, kita dapat mengenalpasti


kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu melalui ujian yang telah dijalankan. Melalui
pengujian itu, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau
kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka. Kita juga boleh mengenalpasti pola
kesilapan atau masalah spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan
matematik. Oleh itu, kita dapat segera mencari strategi penyelesaian bagi membantu
mereka mengatasi kekurangan pada diri mereka.hubungan antara guru dan murid
adalah sangat penting. Justeru kita bolehlah mengenalpasti samada terdapat sebab-
sebab yang menjejaskan kemajuan, contohnya mungkin berlakunya masalah emosi
semasa dirumah ataupun sikap diri yang negatif. Seseorang guru perlulah lebih kreatif
dalam melaksanakan P&P yang berkesan terhadap murid mereka. Cubalah berbagai
cara untuk menarik minat dan menambah motivasi mereka terhadap pelajaran.

Apakah yang dapat disimpulkan melalui disleksia ini? Jelaslah bahawa,


pengesanan dan intervensi awal sungguh penting bagi tujuan membantu kanak-kanak
ini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan
sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan
semangat dalam menempuh P&P. akhir kata, sebagai guru, kita perlulah mengakui
bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan
untuk kanak-kank disleksia ini.