Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Memori (RAM)

Memori (RAM), satu kata nama umum dalam dunia komputer. Memori (RAM)
merupakan komponen yang digunakan untuk menyimpan aturcara dan maklumat
sementara serta membantu CPU mengendalikan maklumat dengan cepat.
Sejajar dengan peningkatan frekuensi CPU yang semakin pesat, frekuensi
pengendalian juga semakin meningkat. Jika frekuensi pengendalian gagal bersepadan
dengan memori, maka kecekapan komputer akan gagal dipertingkatkan secara
menyeluruh. Memori adalah penting dan berpengaruh besar terhadap kecekapan
komputer. Dari EDO ketika zaman Pentium, SDRAM ketika zaman Pentium 2/3 dan
K5/6, sehingga ke DDR, SDRAM yang disokong oleh Pentium 4 dan Athlon XP, kita
dengan jelas bagaimana memori dapat membantu mempertingkatkan kecekapan
komputer.
Selain itu, sejajar dengan perkembangan sistem operasi komputer yang pesat,
permintaan terhadap memori juga kian meningkat dari semasa ke semasa. Dari 32 M
ketika Win95, 64 M ketika Win98 sehingga ke 128 M ketika Win2000/XP, kapasiti
memori telah bertambah dengan mendadak. Sebenarnya, jika hendak memperoleh
kecekapan komputer yang lebih tinggi, memori memang memainkan peranan yang amat
penting.

Memori DDR

Oleh itu, menaik taraf memori sememangnya merupakan cara mempertingkatkan


kecekapan komputer yang paling berkesan, malah yang paling mudah. Pada masa dulu,
kebanyakan papan induk hanya dapat menyokong memori jenis SDRAM.
Bagaimanapun, dalam zaman yang canggih ini, SDRAM boleh dikatakan semakin
mundur malah telah diganti oleh DDR-RAM. Kecekapan DDR-RAM adalah amat baik
berbanding dengan SDRAM, dan dapat mencapai prestasi yang amat cemerlang bersama
dengan CPU P3 atau Athlon. Jenis memori yang terkini merupakan RDRAM. Intel telah
mengumumkan bahawa CPU P4 bersama dengan RDRAM akan menghasilkan prestasi
yang paling optimum. Namun begitu, harga RDRAM adalah agak mahal dan bukan
semua pengguna dapat menampungnya. Kebanyakan pengilang cip set telah
mengeluarkan cip set P4 yang dapat menyokong memori SDRAM dan DDR untuk
memenuhi permintaan pengguna umum.
Jika komputer masih menggunakan memori EDO, maka usah menaik taraf memori.
Ini adalah kerana, berkemungkinan besar papan induk turut gagal menyokong SDRAM.
Sebaliknya, jika memori yang digunakan oleh komputer adalh SDRAM, maka boleh
menaikkan taraf ke DDR. Bagaimanapun, sebelum menaik taraf, pastikan papan induk
yang digunakan dapat menyokong memori DDR. Jika papan induk gagal menyokong
DDR, maka boleh menggunakan alternative yang lain, iaitu menambah satu lagi SDRAM
bagi menggandakan kapasiti memori. Tindakan ini juga dapat mempertingkatkan
kecekapan sisitem operasi. Jika komputer menggunaka SDRAM 128 M untuk
melaksanakan Win2000/XP, maka mengesyorkan supaya menaik taraf memori yang
lebih fleksibel.
Jika komputer merupakan P4 peringkat awal dan memori yang digunakan adalah
SDRAM, maka mungkin akan mendapati bahawa tiada perubahan besar setelah penaik
taraf dilakukan. Ini adalah kerana, SDRAM yang berharga murah gagal bersepadan
dengan kecekapan CPU P4 yang berkelajuan tinggi. Seperti yang dikatakan oleh Intel,
CPU bertaraf P4 perlu bekerja bersama dengan RDRAM untuk prestasi yang optimum.
Cip set P4X266 keluaran VIA merupakan cip set yang amat popular. Cip set ini bukan
sahaja dapat menyokong memori DDR, malah harganya juga amat ekonomik. Cip set
1845D keluaran Intel juga dapat menyokong memori DDR. Harganya lebih mahal dan
kecekapannya juga lebih tinggi.

• Jenis kad memori

Jenis kad memori yang terdapat dalam pasaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis
utama: SDRAM, DDR RAM dan RDRAM.

SDRAM

SDRAM merupakan jenis kad memori yang paling lama wujud dalam pasaran. Pada
suatu ketika, SDRAM mendapat sambutan hangat memandangkan harganya yang murah
serta prestasinya yang baik. Bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan yang pesat,
sambutannya telah semakin menurun.

DDR RAM

DDR RAM boleh dikatakan pengganti SDRAM. Sejak DDR RAM dikeluarkan,
SDRAM telah kian kurang mendapat sambutan pengguna, tetapi DDR ARM pula yang
hangat di pasaran. Memori DDR RAM mempunyai kelajuan pengendalian yang berkali
ganda lebih cepat berbanding SDRAM, malah harganya juga amat ekonomik
memandangkan taraf teknologi yang semakin meningkat dan kos pengeluaran yang
semakin menurun.
RDRAM

Ketika DDR RAM masih ingat dibincangkan di kalangan pengguna, Intel telah
melancarkan cip set P4 dan mengatakan bahawa memori dedekasi baginya RDRAM,
iaitu satu kad memori yang direka khas oleh RamBus bagi sistem operasi P4. RDRAM
merupakan kad memori yang khas digunakan oleh P4, bagaimanapun konsep operasinya
adalah lebih kurang sama dengan DDR RAM, tetapi harganya agak tinggi. Oleh itu,
setakat ini hanya pengguna P4 saja berminat terhadap RDRAM. Namun begitu, kami
percaya dengan perkembangan teknologi, RDRAM akan menjadi sesuatu yang umum
dalam masa yang singkat.

Ketika membeli produk baru bagi penggunaan menaik taraf, janganlah terburu-buru
membeli produk yang yang paling baru dan terkini. Ini adalah kerana, produk baru
biasanya masih belum stabil dari segi teknologinya, malah harganya turut lebih tinggi dan
berkemungkinan sistem yang digunakan akan gagal menyokongnya. Oleh itu, penaik
taraf yang rasional harus difikirkan dalam skop yang disokong oleh sistem operasi yang
sedang digunakan, kemudian lakukan penyelarasan yang sesuai bagi mengoptimumkan
kecekapan komputer. Ketika membeli kad memori, ingat untuk memilih jenis kad
memori yang dapat disokong oleh papan induk komputer. Dengan ini,barilah penaik taraf
dapat dilakukan dengan efektif.

• Kapasiti memori

Ketika menaik taraf memori, bagi mengelakkan kerja berganda, kita boleh cuba
memilih untuk menaik taraf memori kapasiti yang lebih besar. Bagaimanapun, tidak
semestinya kapasiti yang lebih besar itu lebih baik. Kita harus mempertimbangkan
keadaan papan induk. Jika kapasiti memori yang dinaik taraf melebihi skop sokongan
papan induk, maka sia-sia saja usaha menaik taraf yang dilakukan. Setakat ini, kapasiti
yang dapat disokong oleh papan induk adalah 512 M bagi SDRAM, dan 1024 M bagi
DDR. Namun, ini adalah tertakluk kepada pengilang papan induk tertentu, kita harus
merujuk kepada buku panduan papan induk, Perhatian, RDRAM tidak dapat menyokong
memori tunggal.

• Pengilang memori

Setiap pengilang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berikut merupakan


pengilang utama bagi keluaran kad memori komputer, boleh melayari laman webnya
untuk maklumat lanjut:

Kingston: www.kingston.com
Genuine: www.genuine.com
Twinmos: www.twinmos.com
Kingmax: www.kingmax.com
Synnex: www.synnex.com

• Bergantung pada papan induk

Seperti yang telah dibincangkan, kapasiti maksimum bagi penaik taraf memori adalah
bergantung pada tahap sokongan papan induk. Sebelum menaik taraf, rujuk kepada buku
panduan papan induk bagi mengetahui keterangan yang berkaitan dengan kad memori
yang dapat disokongnya. Jika penaik taraf yang dilakukan gagal disokong oleh papan
induk, maka prestasi memori turut gagal dipertingkatkan.

Proses pemasangan kad memori

Berikut merupakan aliran proses memasang kad memori.

Memahami jenis kad memori yang


disokong oleh papan induk

Menanggalkan casing,
menanggalkan kad memori

Memasang memori yang baru

Memasang semula casing

Pemasangan selesai

Menerusi gambar rajah di atas, kita dapat memahami elemen penting ketika
pemasangan memori. Terlebih dahulu, kita perlu mengetahui struktur papan induk dan
kapasiti maksimum memori yang disokongnya. Proses pemasangan memori sebenarnya
amat mudah, usah bimbang jika belum pernah melakukan penaikan taraf. Ikuti aliran
proses penaikan taraf yang dinyatakan di atas dan semuanya akan berjalan lancar.
Menyediakan peralatan pemasangan

Peralatan yang diperlukan untuk penaikan taraf memori amat ringkas, hanya
memerlukan satu pemutar skru. Pemutar skru boleh dikatakan peralatan penting bagi
pemasangan, penaikan taraf dan penyelenggaraan computer. Semua kerja berkenaan
perkakasan akan memerlukan pemutar skru. Gambar berikut menunjukkan salah satu
pemutar skru yang biasa digunakan, iaitu skru berhujung T.

Kini kebanyakkan casing telah direka untuk penggunaan yang lebih mudah.
Sesetengah jenis casing hanya memerlukan pemutar skru biasa, atau ada juga tidak
mempunyai skru. Dengan kemajuan teknologi, pengendalian casing semakin mudah dan
ringkas.

Menaik Taraf ke DDR RAM

Bagi papan induk P4 yang terdapat menyokong SDRAM dan DDR RAM, sudah pasti
DDR RAM dapat menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi.Masih belum terdapat jenis
papan induk yang dapat menyokong kesemua jenis memori dalam masa yang sama.
Rekaan kesepadanan papan induk membolehkan pengguna menikmati kecekapan P4
yang optimum tanpa memerlukan RDRAM yang mahal. Bagaimanapun, gabungan P4
dan SDRAM belum dapat memuaskan pengguna dari segi kecekapan, ini adalah kerana
frekuensi pengendalian SDRAM adalah lemah.
Dalam keadaan ini, memasang satu DDR RAM akan dapat mempercepatkan kelajuan
pengendallian sistem. Di samping itu, perbezaan hargan DDR RAM dan SDRAM juga
tidaklah besar. Pada masa yang akan dating, P4 akan terus menyokong DDR RAM,
jesteru itu membekalkan peluang pengembangan yang besar juga.
Selain itu, jika papan induk hanya dapat menyokong CPU peringkat P3 sahaja, usah
bimbang kerana penaikan taraf masih dapat dilakukan. Namun, penaikan taraf yang dapat
dilakukan bukanlah menaik taraf komputer ke P4 kerana kos menaik taraf papan induk
bukanlah murah, malah prosesnya juga kompleks. Sebenarnya, komputer P3 adalah
cukup untuk memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kecekapan system, menaik taraf
SDRAM ke DDR RAM, ataupun menambah lagi satu DDR RAM akan dapat
mempertingkatkan kecekapan komputer. Tindakan ini bukan sahaja menjimatkan kos,
malah ringkas saja.
Bagaimanapun, harus memberi perhatian terhadap jumlah pin DDR RAM (184Pin)
DAN sdram (168Pin) ketika menaik taraf memori. Ini adalah kerana soketnya turut
berbeza, oleh itu pastikan papan induk yang dapat memuatkan dua jenis memori dalam
masa yang sama. Oleh itu, jika SDRAM digunakan, maka DDR RAM tidak dapat
digunakan, dan keadaannya sama jika DDR RAM digunakan, maka SDRAM tidak dapat
digunakan.
Mari kita mulakan proses menaik taraf. Contoh berikut mengaplikasikan memori DDR
RAM.

Langkah 1

Matikan suis utama komputer. Tanggalkan casing dan


letakkannya secara mendatar atas permukaan yang rata.

Langkah 2

Tanggalkan SDRAM yang terdapat pada papan induk.


Longgarkan pemegang SDRAM (tarik pemegang ke
luar) dan tanggalkan dari soket. Kemudian,
berpandukan buku panduan induk, cari soket DIMM
yang berlabel “BANK1” pada papan induk, bukanlah
dua pemegang yang terdapat pada dua sisi soket.
Langkah 3

Pasangkan DDR RAM yang baru ke dalam soket yang


bersepadan.

Langkah 4

Tekan kedua-dua hujung DDR RAM ke bawah agar


ketat pada soketnya. Jika ia gagal dimuatkan ke dalam
soket, maka mungkin arah pemasangan telah salah.
Tukarkan arah pemasangan dan cuba pasangkannya ke
dalam soket, ketatkannya.

Langkah 5

Pastikan memori telah dipasang dengan betul.


Pasangkan casing dan ketatkannya dengan skru.

Setakat ini, sudahpun memasang satu DDR RAM ke atas papan induk. Jika hendak
memasang dua DDR RAM, maka aplikasikan langkah yang sama.

Menaik Taraf ke RDRAM

Ketika hendak menaik taraf memori, jika berkemampuan, dan papan induk turut
dapat menyokong memori jenis RDRAM, maka boleh menaik taraf memori ke RDRAM
bagi menikmati kecekapan sebenar yang dibawa oleh komputer P4. Proses
pemasangannya adalah seperti berikut:
Langkah 1

Matikan suis utama komputer. Tanggalkan casing


komputer.

Langkah 2

Berpandukan arahan yang terdapat dalam buku panduan


papan induk, cari soket pada papan induk yang berlabel
“RIMM”, bukakan pemegang yang terdapat pada sisi
soket.

Langkah 3

Berdasarkan arah pemasangan yang betul, pasangkan


RDRAM ke dalam soket RIMM. Ketatkan
kedudukannya.

Periksa dan pastikan pemasangan adalah betul. Kemudian, pasangkan semula casing
dan hidupkan komputer. Pemasangan telahpun selesai.
Perhatian!Memandang RDRAM tidak menyokong bilangan memori ganjil, oleh itu
ketika memasang RDRAM, pastikan bilangan memori sentiasa genap. Jika bilangan
memori ganjil, maka tambahkan satu lagi RDRAM atau pasangkan satu kelengkapan
soket memori sampukan. Fungsi kelengkapan ini adalah untuk membolehkan computer
mengenal pasti bahawa papan induk telah dipasang dengan bilangan RDRAM yang
genap, dan seterusnya dapat memastikan system bekerja dengan stabil. Cara
pemasangannya adalah sama seperti yang ditunjukkan di atas.