Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan Pembesar Suara

Tanpa pembesar suara yang berkuliti, biar betapa unggul sekali pun suatu kad audio
itu, ia tetap tidak bermakna. Jika pernah mempertimbangkan untuk menaik taraf
pembesar suara komputer, maka adalah penting untuk mengenal serba sedikti tentang
penbesar suara.
Pembesar suara yang digunakan pada komputer mempunyai sumber bekalan kuasa
yang tersendiri, malah ia juga tidak memerlukan amplifier tambahan untuk
memmperbesarkan isyarat output, ini adalh kerana amplifier telah diintegrasikan ke
dalam pembesar suara. Terdapat pelbagai jenis spesifikasi pembesar suara, biasanya akan
mengelaskannya berdasarkan bilangan saluran bunyinya, misalnya 5.1, 4.1 dan 2.1.
Berikut, menerangkan apakah itu pembesar suara 5.1.
Pembesar suara 5.1 merupakan pembesar suara yang menggunakan sistem
surrounding. Ia menggunakan lima saluran bunyi, masing-masing merupakan kiri,
tengah, kanan, kiri belakang dan kanan belakang. Saluran bunyi kiri dan kanan
dugunakan untuk menyiarkan bunyi latar depan; saluran bunyi tengah digunakan untuk
menyiarkan suara manusia dan sebilangan bunyi latar depan; saluran bunyi kiri dan kanan
yang terletak di belakang pula digunakan untuk menghasilkan efek ruang (spatious).
Selain itu, terdapat satu lagi kelengkapan bunyi nada rendah yang berperanan untuk
memperkuatkan impak audio.

Menerusi keterangan di atas, kita dapat tahu bahawa semakin banyak saluran bunyi,
maka semakin baik kualiti audio yang diperolehi. Oleh itu, bilangan saluran bunyi
merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan ketika membeli pembesar suara. Berikut
merupakan pengenalan ringkas tentang spesifikasi pembesar suara yang juga merupakan
faktor penting ketika hendak memilih pembesar suara.

• Antara muka yang disokong

Selain daripada antara muka isyarat bunyi yang umum,adalah lebih baik jika
pembesar suara dapat menyokong antara muka input SPDIF atau gentian optik, antara
muka saluran bunyi berbilang dan lain-lain lagi. Dengan adanya ciri-ciri ini, pembesar
suara akan mempunyai peluang penaik taraf yang lebih banyak pada masa akan datang.
• Kuasa

Kuasa pembesar suara boleh dikategorikan kepada kuasa spesifik dan kuasa optimum.
Kuasa spesifikasi merupakan kadar operasi pembesar suara yang normal. Jika pembesar
suara sering beroperasi melebihi kadar normalnya, maka ia rosak. Kuasa optimum
merujuk kepada kuasa maksimum yang dapat disokong oleh pembesar suara dalam masa
yang singkat. Biasanya, kuasa spesifikasi adalah diantara puluhan watt. Kini, terdapat
banyak pembesar suara yang dilabel dengan ratusan watt. Ia sebenarnya merujuk kepada
kuasa optimum, tetapi bukan kuasa spesifikasi. Berhati-hati supaya tidak tersilap beli
pembesar suara yang berkualiti rendah.

• Sokongan terhadap penyahkod AC-3

Spesifikasi ini hanya dijumpai pada pembesar suara 5.1, di mana fungsi penyahkod
AC-3 telah diintegrasi ke dalamnya. Pembesar suara yang menyokong penyahkod AC-3
mempunyai antara muka SPDIF.

• Sokongan terhadap EAX

EAX merupakan teknologi kesan audio yang dihasilkan oleh syarikat EAX. Pembesar
suara yang menyokong EAX akan memperolah kesan audio 3D yang amat baik.
• Adakah pembesar suara dapat mencegah medan megnet

Walaupun kebanyakan pembesar suara kini mempunyai pencegahan medan magnet,


tetapi juga perlu berhati-hati supaya tidak silap beli pembesar suara yang tidak berkualiti.

• Penggunaan bahan

Bahan di sini merujuk kepada bahan yang digunakan oleh peti pembesar suara,dan
bahan yang digunakan oleh membran pembesar suara yang digunakan menghasilkan
gegaran ketika isyarat bunyi dikeluarkan, maka ia boleh dikatakan pembesar suara yang
berkualiti rendah.

Peti pembesar suara daripada kayu

Membran pembesar suara juga berpengaruh besar terhadap kualiti bunyi yang
didengar. Membran pembesar suara yang berkualiti dapat mempersembahkan impak
muzik yang amat baik.

• Lain-lain

Ketika membeli pembesar suara, pastikan aksesori pembesar suara, misalnya kabel
dan pengawal jarak jauh ada sertakan.
Proses pemasangan pembesar suara

Berikut merupakan proses penaikan taraf pembesar suara.

Matikan bekalan kuasa pembesar suara

Tanggalkan penyambung talian isyarat pada kad audio

Simpankan pembesar suara lama

Sediakan komponen pembesar suara yang baru

Sambungkan pembesar suara ke kad audio

Sambungkan bekalan kuasa

Hidupkan pembesar suara dan periksa fungsinya

Proses penaikan taraf pembesar suara

Berikut merupakan beberapa perkara yang harus dititikberatkan ketika penaik taraf
pembesar suara berlangsung.

1. Matikan bekalan kuasa pembesar suara. Komputer boleh dibiarkan hidup, namun
jika berasakan perlu, maka boleh dimatikan komputer juga.
2. Kedudukan pembesar suara harus tepat untuk memperoleh impak pendenganran
yang benar-benar selesa. Berikut merupakan posisi komponen pembesar suara
yang sisyorkan.

3. Perkecilkan volum pembesar suara sebelum menyambungkan bekalan kuasa


pembesar suara.
Menyediakan peralatan pemasangan

Sediakan satu CD muzik supaya pembesar suara dapat diuji selepas ia dipasang. Jika
pembesar suara yang dipasang mempunyai aksesori yang lain, maka mungkin perlu
menyediakan pemutar skru, playar muncung tirus dan peralatan.

CD muzik

Pemasangan Pembesar Suara

Berikut merupakan langkah pemasangan pembesar suara.

Langkah 1

Matikan bekalan kuasa pembesar suara.

Langkah 2

Tanggalkan penyambungan yang bersambung dari


pembesar suara ke kad audio.

Langkah 3

Simpankan pembesar suara lama.

Langkah 4
Letakkan saluran bunyi bagi pembesar suara di
kedudukan yang tepat.

Langkah 5

Sambungkan talian isyarat pembesar suara ke kad audio.

Langkah 6

Pastikan volum pembesar suara adalah dalam keadaan


tutup sebelum bekalan kuasa disambung.

Langkah 7

Sambungkan bekalan kuasa pembesar suara.

Langkah 8

Mainkan CD muzik yang telah disediakan dan periksa


kesan bunyi yang diperolehi.
Jika tidak berpuas hati dengan kesan bunyi yang diperolehi, maka boleh melakukan
penyelarasan menerusi konsol audio yang dibekalkan oleh kad audio.