Anda di halaman 1dari 16

BAB 4: PENGENALAN KOMPUTER

4.1 Pengenalan

Komputer adalah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang


menerima dan menyimpan data, melakukan operasi aritmetik (pengiraan) dan logik
(membuat keputusan) ke atas data dan kemudian mengeluarkan keputusan
( maklumat ). Komputer memproses data secara automatik (tanpa pertolongan
manusia) di bawah arahan program yang tersimpan dalam unit storan utama.
Program (atau atur cara) mengandungi jujukan arahan-arahan yang mengarahkan
komputer mengatasi sesuatu masalah dengan menggunakan unit-unit yang ada
padanya.

4.2 Sejarah Komputer

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:


a) Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu


hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih
besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini

48
mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan
tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam
perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat
menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan


abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula
beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada
beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu
itu.

Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat
dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur,
tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang
Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan
dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642.
Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah
banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian.
Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'.


Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma
secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf
yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh
menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan
seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

49
Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana
dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai
kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa
tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical
engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini
ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati
amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua
komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh
Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil
pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin
ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep
lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari
dalam pemprosesan data.

Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat


input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk
membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk
kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan
sistem akuan kereta.

Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal


dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan
sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian
wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti
elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di

50
samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan
terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.

Selepas tahun 1940

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya.


Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah
terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan
memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.

Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima


generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.

Generasi Pertama (1940 - 1959)

Generasi Kedua (1959 -1964)

Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)

Generasi Keempat (awal 80-an - ?)

Generasi Kelima (masa depan)

51
Generasi Pertama

Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk


memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol
lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum
diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi
keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak
sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.

Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains
menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat
besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer
generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator)
dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan


ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program
concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga
menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan
storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC


(Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan
tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC
menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.

52
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator)
memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan.
Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih
dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.

Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal
Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data
perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I
digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan
ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul
selepasnya.

Kelemahan Komputer Generasi Pertama

• Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang
banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk
mengawal suhunya

• Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut
tidak tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau
kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan
"seragam".

• Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang


menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang
diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses
penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses
pengaturcaraan komputer tersebut.

• Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi.

53
Genarasi kedua

Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod


untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan
murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar
jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga
diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus
yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama
komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan
tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa


peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih
sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua


terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada
kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada
tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam
generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketiga

Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor


kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke
dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala
besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih
dikenali dengan panggilan cip

54
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip
yang kecil menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan
harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam


generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II,
IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada
semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan
kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi
komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1.


Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam
di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan
BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.

Generasi keempat

Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia


lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya.
Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar
(very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih
pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar
sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini
mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga
mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas
komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding
kerangka utama.

55
Generasi Kelima

Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan
ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima
adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang
berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya
membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit
pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak
manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri,
mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu
keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai
"artificial intelligence".

4.3 Definisi Komputer

Mesin elektronik yang dapat menerima data dan arahan, memproses data dan
seterusnya menghasilkan maklumat yang berguna kepada pengguna.
Juga merupakan gabungan di antara perkakasan dan perisian.
Merupakan satu alat elektronik yang digunakan untuk mendapatkan data dan
memprosesnya. Satu mesin elektronik yang boleh melakukan operasi aritmetik, logik
dan memproses data mengikut set arahan yang diprogramkan.

4.4 Klasifikasi Komputer Sebelum Alaf Baru

• Komputer dibahagikan kepada TIGA kelas utama iaitu kerangka utama, komputer
mini dan komputer mikro.
• Klasifikasi komputer berdasarkan kepada saiz fizikal, saiz perkataan CPU, saiz
ingatan utama, bilangan pengguna dan bidang penggunaan.

56
Kelas Saiz Fizikal Saiz Perkataan CPU Saiz Ingatan Utama Bilangan Pengguna
Bidang Penggunaan
Kerangka Utama Besar > 64bit 10 – 50 MB 50 - 100 Saintifik Penyelidikan
Komputer Mini Sederhana > 32bit 3 – 10 MB < 50 Perniagaan
Universiti
Komputer Mikro Kecil 8 bit
16 bit
32 bit 64 KB
640 KB
3 MB Seorang pengguna kecuali sistem rangkaian Perseorangan
Perniagaan

4.5 Asas Sistem Komputer

Adalah peralatan fizikal yang membentuk satu unit komputer dan dapat berfungsi
dengan baik.
Memerlukan peranti-peranti tertentu untuk melaksanakan pemprosesan data
dilakukan.
Struktur organisasi setiap komputer adalah sama
Komponen-komponen utama komputer ialah Unit Masukan, Unit Pemprosesan
Pusat, Unit Ingatan dan Unit Keluaran.
Contoh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) ialah Pentium IV.
Contoh Unit Ingatan RAM dan ROM (Unit Ingatan Utama); Cakera liut, cakera
keras, pita magnetik dan CD-ROM (Unit Ingatan Sekunder).

57
Struktur Sistem Komputer

4.5.1 Unit Masukan

Semua data / arahan dimasukkan sistem komputer melalui unit masukan untuk
diproses oleh CPU.
Bertindak sebagai perantara muka.
Contoh Unit Masukan : Papan Kekunci, tetikus, pengimbas, kayu-ria (joystick),
pendigit (digitizer), mikrofon,pen cahaya (light pen), OCR (Optical Character
Recognition), OMR (Optical Magnetic Reader/ Recognition) dan MICR (Magnetic
Ink Reader/ Recognition).

4.5.2 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

Untuk mengawal keseluruhan operasi komputer dan sebagai saraf / otak sistem
komputer.
Mempunyai 2 bahagian utama iaitu Unit Aritmetik dan Logik (ALU) dan Unit
Kawalan.

4.5.3 Unit Aritmetik dan Logik

• Menjalankan operasi aritmetik seperti tolak, campur, bahagi, darab, pengiraan


formula dan sebagainya.
• Menjalankan operasi iaitu membandingkan dua nilai / menentukan sama syarat itu
benar atau palsu.

4.5.4 Unit Kawalan

• Menerima arahan dari ingatan komputer dan seterusnya menterjemahkannya serta


menggerakkan perkakasan komputer untuk melaksanakan arahan tersebut.
• Mengawal sistem bas iaitu bas data, bas alamat dan bas kawalan.

58
4.5.4.1 Bas Data

• Bertugas dalam 2 hala ( menghantar & menerima data berupa kandungan ingatan /
masukan dari unit masukan dan unit keluaran).

4.5.4.2 Bas Alamat

• Penghantaran data sehala (dari alamat di lokasi ingatan ke CPU).

4.5.4.3 Bas Kalawan

• Menghantar isyarat pengawalan aliran data seperti penghantaran data dari CPU ke
unit keluaran atau unit masukan untuk mempercepatkan proses pemindahan data.

4.6 Unit Ingatan

Terdapat 2 jenis ingatan : Ingatan Utama dan Ingatan Sekunder.

4.6.1 Unit Ingatan Utama


• Dikenali sebagai ingatan kerja dan ingatan dalaman.
• Mempunyai 2 jenis : RAM dan ROM.

4.6.2 Random Access Memory (RAM)


• Ingatan pengguna kerana pengguna boleh membaca dan menulis data pada ingatan
ini menggunakan atur cara tertentu.
• Ingatan meruap kerana data akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan.
• Data yang disimpan pada ingatan hanya sementara waktu sahaja.
RAM atau Random Access Memory berfungsi menyimpan data atau program
yang ditulis oleh kita secara sementara sahaja dan ianya tidak kekal dan boleh di
padam. Biasanya data yang mustahak akan disimpan terus dalam cekera liat atau
cekera liut. Apa yang disimpam didalam RAM boleh dibaca di ubah suai dipadam
atau disimpan dalam storan. Biasanya RAM yang kecil akan melambatkan

59
pemprosesan berbeza dengan RAM yang besar yang menjadikan kerja pemprosesan
yang lebih pantas dan cepat

4.6.3 Read Only Memory (ROM)

• Ingatan sistem kerana kandungannya tidak boleh diubah oleh pengguna.


• Menyimpan data dan arahan sistem secara tetap dan tidak akan hilang datanya jika
bekalan diputuskan.

Rom atau Read Only Memory berfungsi menyimpan maklumat-maklumat


mengenai sistem komputer itu sendiri yang perlu dirujuk oleh CPU komputer anda
pada setiap kali anda ON komputer anda. ROM hanya boleh dibaca tampa boleh di
padam atau diubahsuai kerana ianya memang sudah di buat di kilang dan kekal
dalam komputer anda sepanjang hayat komputer itu sendiri. Ianya berfungsi
sepanjang masa dengan menggunakan baterinya tersendiri. Kehabisan atau
kerosakkan baterinya mengakibatkan ROM tidak berfungsi dan sekali gus
menjejaskan pengoperasian komputer anda

• Disebut sebagai perkukuhan iaitu sifat di antara perisian dan perkakasan.


• Terdapat banyak jenis ROM iaitu PROM, EEROM, EPROM, EAROM dam
EEPROM.

4.7 Teknologi Komputer

Sebelum anda mempelajari program-program aplikasi atau perisian sesebuah


komputer pengetahuan asas mengenai komputer adalah di perlukan bagi memastikan
anda tidak mengalami masalah ketika mengendalikannya. Saya akan cuba menulis
seringkas mungkin mengenai asas-asas sesebuah komputer. Di dalam era komputer
multi media tugas sesuatu komputer itu di pelbagaikan dan ia menjadi begitu luas
pengunaanya kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai sebuah mesin menaip
malah ianya menjadi alat penghibur dan penhubung anda dengan dunia luar bagi
yang mehendaki ianya berfungsi sebegitu. Dengan sesebuah komputer anda

60
merasakan anda terlalu dekat dengan rakan-rakan anda walaupun pada hakikatnya
anda di pisahkan oleh 7 lautan. Inilah yang selalu dikatakan dunia tampa sempadan.

Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa


di perbahurui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Dari sebuah mesin
yang sebesar-besarnya aia kini semakin di kecilkan sehinga kepada cuma sebuah
mesin di telapak tangan anda.Dan mungkin satu ketika nanti ianya akan di kecilkan
lebih dari yang telah wujud sekarang. Teknologi komputer juga menjadikan segala
maklumat dan ilmu hanya berada di hujung jari anda.

Walaubagaimanapun kecangihan komputer tidak lah bermakna tampa


perisian aplikasi yang turut juga berlari seiring dengan teknologi sesebuah komputer.
Aplikasi sesebuah sebenarnya merupakan nyawa kepada teknologi komputer itu
sendiri tampa aplikasi yang baik teknologi komputer tidak akan berkembang dengan
baik dan pantas. Kesimpulanya ialah teknologi pembuatan komputer mistilah seiring
dengan teknologi pengeluaran aplikasi atau perisianya.

• Perisian

Perisian merupakan aturcara (program) yang berfungsi untuk menjalankan


komputer. Aturcara tersebut akan diproses oleh mikroprosesor mengikut bahasa yang
difahami dan seterusnya melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh arahan
tersebut. Sistem-sistem pada komputer perlu arahan perisian untuk ia berfungsi. Ia
boleh dikelasifikasikan kepada beberapa jenis aturcara seperti ; Pengoperasian
Sistem ( DOS, UIX,CPM) aturcara utilities (PC TOOL, Norton), aturcara diagnosis
QAPLUS, CHECKIT, DIAGNOSIS).

61
• Perkakasan

Perkakasan merupakan alat atau komponen elektronik yang dipasang pada


papan litar tercetak dan membentuk kad atau sesebuah mesin. Ia boleh dilihatnsecara
fizikal. Hasil penyambungan kad atau mesin tersebut membentuk system yang static.
Contoh perkakasan komputer adalah seperti

4.7.1 Cara Komputer Berfungsi

Sesebuah komputer berfungsi mengikut konsep logik. Pemprosesan yang


dilakukan di dalam komputer adalah berasaskan sistem nombor perduaan atau
"binary digits" Sistem logik ini terdiri dari beribu-ribu simbol membentuk logik
Simbol membentukkan logik adalah seperti berikut;
.

AWD CODE
ORE
Apa yang ada dalam microprosesor ialah gabungan ribuan logik-logik diatas.
(penjelasan lanjut mengenai konsep logik ini bolehlah di cari pada buku-buku
rujukkan atau bertanya terus kepada pakar mengenai komputer)

BASE SYSTEM

Base sistem mempunyai rangkaian pin-pin di bahagian luarnya membentuk


seperti kaki-kaki yang pada setiap kakinya mempunyai tugasan yang tersendiri
terdapat 38 pin yang berfunsi iaitu;
i) 2 pin untuk power
ii) 16 pin untuk data
iii)16 pin untuk address
v) selebihnya untuk lain

62
BIT/BYTES

Muatan data-data dalam sistem komputer dikira menurut sistem bit/bytes Bit
/Bytes ialah kobinasi sistem nombor yang tersusun mengikut angka perpuluhan
dimana setiap susunan 8 bit menjadikan 1 bytes dimana setiap 1 bytes akan mewakili
1 aksara dan setiap 2 bytes akan menjadikan 1 word atau perkataan. Ini juga
bermakna setiap perkataan mempunyai 16 bit atau 2 bytes sifirnya seperti dibawah
seperti di bawah
8 bit = 1 bytes

1 bytes - mewakili 1 aksara

2 bytes - 1 word/perkataan

1 perkataan mempunyai 16 bit

lebih besar data bas lebih cepat kerja pemprosesan data


Setiap nilai 1 dan 0 dipanggil bit dan kombinasi dari 8 bit inilah menjadikan I
byte yang mewakili 1 aksara (huruf abjad, angka atau simbol.) . Untuk menhantar
dan mentafsir maklumat dengan lebih berkesan, 2 bytes disatukan untuk membentuk
satu perkataan (Word).

UKURAN DIDALAM BYTES

1 kilobyte = 1024 bytes


1 mengabyte = 1048576 bytes
1 Gigabyte = 1073741824 bytes

63

Anda mungkin juga menyukai