Anda di halaman 1dari 32

PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1

UNIT 7

Mengetahui dan memahami prinsip dan proses pemodulatan


Objektif Am amplitud serta penyahmodulatan amplitud.

Pada akhir unit ini, anda sepatutnya akan dapat :


Objektif
Khusus  Menakrifkan proses pemodulatan dan penyahmodulatan
amplitud.
 Menerangkan proses pemodulatan dan
penyahmodulatan dengan bantuan gambarajah blok.
 Menerangkan tujuan proses pemodulatan dan
penyahmodulatan.
 Menyenaraikan ciri – ciri utama pemodulatan amplitud.
 Menyatakan ungkapan matematik pemodulatan
amplitud.
 Melakarkan bentuk gelombang termodulat amplitud.
 Melakarkan spektrum frekuensi gelombang termodulat
amplitud.
 Mengira indeks pemodulatan, kuasa dan kecekapan
pemancaran.
 Menerangkan kaedah penyahmodulatan amplitud
menggunakan litar pengesan diod.
 Menerangkan tujuan proses pemodulatan dan
penyahmodulatan.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2

PRINSIP
PEMODULATAN
7.0 PENGENALAN Pemodulatan dan
penyahmodulatan tu apa ye???

Bagi memahami konsep pemodulatan dan penyahmodulatan cuba anda fahamkan


keadaan
yang berlaku dengan merujuk jadual dibawah.

Jadual 7.1 : Proses berlakunya pemodulatan dan penyahmodulatan


PROSES PEMODULATAN
Anda Maklumat yang hendak dihantar
1. Hendak menuju ke suatu 1. Hendak dihantar pada jarak yang jauh.
destinasi yang jauh
2. Perlu kepada penggunaan 2. Perlu kepada gelombang pembawa untuk
kenderaan seperti bas dan membawanya, kerana maklumat asal
sebagainya. Maka bas tidak dapat dihantar pada jarak yang
bertindak sebagai jauh. Gelombang pembawa
‘pembawa’anda. bertindak sebagai ‘pembawa’
maklumat. Proses menggabungkan
isyarat maklumat dan pembawa
dikenali sebagai proses
‘pemodulatan.
PROSES PENYAHMODULATAN
1. Tiba ke destinasi, anda 1. Tiba pada bahagian penerima, hanya
sebagai maklumat akan maklumat asal sahaja akan diambil, dan
akan meninggalkan bas gelombang pembawa sudah tidak
tadi, bermakna anda sudah diperlukan, dan ia akan dibumikan.
tidak memerlukannya lagi.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 3

7.1 PRINSIP PEMODULATAN

7.1.1 Definisi Pemodulatan

Merupakan satu proses memindahkan satu jalur spektra maklumat yang


berfrekuensi rendah kepada satu jalur spektra yang berfrekuensi tinggi.
Ianya amat diperlukan untuk tujuan penghantaran isyarat maklumat.

Jalur spektra
maklumat

Ratusan Khz
300 Hz 4 Khz
Selepas proses
Sebelum proses
pemodulatan
pemodulatan

Rajah 7.1. Spektrum Frekuensi Maklumat


sebelum dan selepas dimodulatkan

Bagaimana proses
pemodulatan dilakukan
ye? Ahh…dah dapat
caranya!

Pemodulatan dilakukan dengan menindih isyarat maklumat ke atas isyarat


pembawa di bahagian pemancaran. Ia merupakan proses untuk menukarkan
maklumat asal iaitu isyarat audio yang berfrekuensi rendah (AF) kepada isyarat
radio berfrekuensi tinggi (RF) untuk penghantaran jarak jauh secara terus. Ia
mengubah parameter gelombang elektromagnetik (e.m ) asas iaitu gelombang
pembawa (amplitud, frekuensi dan fasa)

Manakala komponen – komponen yang diperlukan semasa proses pemodulatan


ialah :-
 Isyarat maklumat (fm) – juga dikenali sebagai intelligence signal, isyarat
pemodulatan, isyarat audio atau baseband signal
 Isyarat pembawa (fp) - juga dikenali sebagai carrier frequency
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 4

Kenapa pula ia
diperlukan ??? Ini kena
buat ulangkaji lebih ni

7.1.2 Keperluan atau tujuan proses pemodulatan

a. Memudahkan pemancaran , kerana saiz antena dapat


dikurangkan. Ini adalah kerana frekuensi yang rendah boleh
dipindahkan atau dianjak kepada frekuensi yang lebih tinggi
seterusnya mengurangkan saiz antena. Contohnya jalur
frekuensi penyiaran FM (88 -108MHz) panjang antena ialah
1m. Anda boleh membuat pengiraan, bagi mendapatkan saiz
antena, sekiranya suatu maklumat itu tidak dimodulatkan,
andaikan frekuensi maklumat ialah 500 Hz, dan dengan
menggunakan persamaan v = f, dapatkan nilai , daripada
nilai ini, anda perlu bahagikan dengan 4, kerana secara teorinya
saiz antena yang berkesan untuk penerimaan isyarat ialah, /4.

Wow!
Besarnya
antena tu,
rumahpun
boleh
tumbang ni !

b. Mengurangkan hingar dan gangguan


Dengan menggunakan lebar jalur (bidang ruang yang besar).
Contoh PCM (isyarat berterusan ditukar dalam bentuk
denyut). (Isyarat maklumat yang dipancarkan secara terus
akan menghasilkan gangguan secara tiba-tiba kerana
hasilpaduan gelombang-gelombang radio mempunyai julat
frekuensi yang hampir sama oleh itu perlu menggunakan
bidang ruang yang besar).
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 5

c. Membolehkan pembahagian frekuensi


Dimana pengguna boleh memilih stesen yang dikehendaki
sebab setiap stesen mempunyai lebar jalur yang tersendiri.

d. Membolehkan perlaksanaan teknik pemultipleksan


Iaitu ia membenarkansatu atau eberapa isyarat dipancarkan
secara serentak dalam satu saluran pada lebar jalur yang
berlainan. Jenis – jenis pemultipleksan ialah pemultipleksan
pembahagian frekuensi (FDM), pemultipleksan pembahagian
masa (TDM).

7.1.3 Proses Penyahmodulatan

Merupakan proses mendapatkan semula maklumat asal daripada


isyarat termodulat, dengan menggunakan rangkaian penapis yang
sesuai. Proses ini berlaku pada bahagian penerima.

Cuba anda imbas kembali fenomena antara anda , bas, isyarat maklumat
dan gelombang pembawa tadi… Apabila sampai ke destinasi bas sudah tidak
diperlukan, lagi oleh anda bukan??, begitu juga dengan isyarat maklumat,
gelombang pembawa sudah tidak diperlukan lagi apabila maklumatsudah sampai
ke penerima, maka ia boleh dibuang!!
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 6

CONTOH 7.1

Berikan definisi proses pemodulatan dan nyahmodulatan

Penyelesaian

Pemodulatan merupakan satu proses menganjakkan jalur spectrum maklumat yang


berfrekuensi rendah kepada spectrum frekuensi yang tinggi, melalui proses ini ciri-ciri
ampilitiud, frekuensi dan fasa pembawa akan diubah, manakala nyahmodulatan merupakan
satu proses untuk mendapatkan semula isyarat maklumat daripada isyarat termodulat.

CONTOH 7.2

Nyatakan dua komponen utama yang diperlukan dalam proses pemodulatan.

Penyelesaian

Dua komponen utama dalam proses pemodulatan ialah :-


i. Isyarat maklumat
ii. ii. Isyarat Pembawa

Anda rasa sudah faham?, cuba


pula selesaikan aktiviti di sebelah
bagi menguji sejauh mana
kefahaman anda!!!
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 7

AKTIVITI 7A

1. Berikan takrif bagi pemodulatan

2. Nyatakan tiga sebab mengapa pemodulatan penting dilakukan untuk


membuat perhubungan jarak jauh.

3. Nyatakan yang dimaksudkan dengan pemodulatan amplitud

4. Berikan LIMA faktor yang menyebabkan proses pemodulatan digunakan


dalam sistem perhubungan.

Dapat selesaikan semuanya?,


cuba semak jawapan anda pada
maklumbalas di sebelah,
sekiranya ada masalah
berbincanglah dengan rakan
ataupun pensyarah anda!!

MAKLUMBALAS 7A
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 8

Jawapan 1

Merupakan satu proses memindahkan satu jalur spektra maklumat yang berfrekuensi rendah
kepada satu jalur spektra yang berfrekuensi tinggi.
Ianya amat diperlukan untuk tujuan penghantaran isyarat maklumat..

Jawapan 2

i. Memudahkan proses pemancaran isyarat, kerana saiz antena dapat dikurangkan.


ii. Membolehkan proses multiplex dilaksanakan, kerana proses pembahagian frekuensi
dapat dilakukan.
iii. Mengurangkan hingar dan gangguan.

Jawapan 3

Seperti jawapan 1

Jawapan 4

Rujuk pada bahagian tujuan/keperluan proses pemodulatan


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 9

PEMODULATAN
AMPLITUD
(AM)

7.2 TAKRIFAN

7.2.1 Pemodulatan Amplitud (AM)

Proses mengubah amplitud isyarat pembawa mengikut nilai ketika


amplitud isyarat maklumat. Ini bermakna amplitud pembawa
berkadar terus dengan amplitud isyarat maklumat. Frekuensi dan fasa
pembawa tidak berubah sebelum dan juga selepas proses
pemodulatan.

7.2.2 Penyahmodulatan Amplitud

Merupakan proses untuk mendapatkan kembali gelombang maklumat


yang dipancarkan. Kebanyakkan sistem DSB menggunakan
pengesan diod, pengesan transistor, frekuensi radio tertala (TRF) &
pengesan superheterodin.

Dah faham maksud AM, sekarang mari kita


lihat bagaimana proses untuk mendapatkan
Gelombang AM tersebut………….
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
0

7.2.3 Proses Pemodulatan Amplitud

GELOMBANG
ISYARAT TERMODULAT
MAKLUMAT PEMODULAT
AMPLITUD

Ciri-ciri:
ISYARAT
-Fekuensi PEMBAWA
Ciri-ciri:
rendah -Ampitiud pembawa
-Amplitud berubah mengikut
berubah-ubah maklumat.
frekuensi ,fasa tetap.
Ciri-ciri:
3 fekuensi terhasil iaitu
-Fekuensi tinggi
fekuensi pembawa (fp),
-Amplitud tetap
fekuensi sisi atas (fp+fm),
fekuensi. Sis bawah (fp-fm)
RAJAH 7.2 : RAJAH BLOK PROSES PEMODULATAN AMPLITUD
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
1

7.3 BENTUK GELOMBANG ISYARAT TERMODULAT


AMPLITUD

Rajah dibawah adalah contoh rupa bentuk isyarat maklumat, isyarat pembawa
dan isyarat termodulat amplitud

Vm maksima

Isyarat maklumat
Vm Ungkapan :
m = Vm sin m t
t = Vm sin 2fm t

Vp
Isyarat pembawa
Ungkapan :
t p = Vp sin p t
= Vp sin 2fp t
Vp+Vm Vp maksima

Vp

t
-Vp -Vm Isyarat termodulat AM

RAJAH 7.3 : BENTUK GELOMBANG ISYARAT AM

Konsep Asas :

Didalam AM amplitud isyarat pembawa akan berubah mengikut amplitud isyarat


maklumat, ini bermakna apabila amplitud maklumat berada pada aras yang maksima,
maka, amplitud pembawa juga adalah maksima, dan begitulah sebaliknya, fenomena
ini dapat dirujuk pada rajah 7.3 di atas.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
2

AKTIVITI 7B

1. Dengan menggunakan isyarat-isyarat di bawah, lakarkan gelombang yeng terhasil


dari pemodulatan Amplitud .

2. Bezakan diantara gelombang pembawa dan pemodulatan.

3. Nyatakan tiga frekuensi yang terhasil selepas proses pemodulatan AM

4. Berpandukan rajah lakarkan bagaimana proses penjanaan pemodulatan amplitud


dilakukan.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
3

MAKLUMBALAS 7B

1. Rujuk 7.3.1

2. Rujuk rajah blok proses pemodulatan (ciri-ciri gelombang pembawa dan

AM)

3. Frekuensi pembawa,(fp) , frekuensi sisi atas (fp+fm), frekuensi sisi


bawah (fp-fm).

4. Rujuk rajah 7.3.1


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
4

7.4 UNGKAPAN MATEMATIK PEMODULATAN AMPLITUD


(AM)
Katakan gelombang pembawa berbentuk sinus diberi sebagai Vp dan gelombang
isyarat maklumat sebagai Vp

p = Vp sin p t -------------- 1
di mana;
vp = voltan pembawa ketika
Vp = nilai voltan puncak gelombang pembawa i.e amplitud
fp = p / 2 = frekuensi pembawa

dan
m = Vm sin m t ------------ 2

vm = voltan maklumat ketika


Vm = nilai puncak voltan gelombang maklumat
fm = m / 2 = frekuensi maklumat

Dari dua persamaan di atas dan dengan menggunakan huraian matematik,


maka persamaan untuk gelombang termodulat amplitud (AM) boleh
diungkapkan seperti di bawah.

Vam = Vp sin  p t + m Vp / 2 cos (p - m ) t


- m Vp / 2 cos (p + m)t

Atau boleh diringkaskan menjadi :

V am = (Vp + Vm sin mt) sin pt

Atau :
V am = (Vp + mVp sin mt) sin pt

Dimana : m = Vm/Vp, maka Vm = mVp


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
5

V am = (Vp + mVp sin mt) sin pt

V am = Vp (1 + m sin mt) sin pt

Di mana :
Vp = Voltan puncak gelombang pembawa
m = indeks pemodulatan
p = 2 fp
m = 2 fm
7.5 SPEKTRUM FREKUENSI AM
Menggambarkan komponen-komponen frekuensi yang terkandung dalam isyarat
termodulat AM
Gelombang termodulat AM berbentuk sinus, mempunyai komponen-komponen
pada tiga frekuensi yang berbeza iaitu :-
 frekuensi pembawa asal, fp
 frekuensi sisi bawah, fp - fm
 frekuensi sisi atas, fp + fm

nilai amplitud maksimum = ( Vp + Vm ) i.e sin wm t = +1


Vp
nilai amplitud minimum = ( Vp - Vm ) i.e sin wm t = - 1

mVp/2 mVp/2

BW
RAJAH 7.4 : SPEKTRUM FREKUENSI AM
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
6

fp - f m fp fp + f m

Lebar jalur (BW) yang diperlukan oleh AM ialah:

B = fekuensi. maksima. - fekuensi. minima.


= ( f p + fm ) - ( f p - fm )

= 2 fm

Ungkapan gelombang pemodulatan menunjukkan tiga komponen yang


berlainan frekuensi iaitu :-
 fp
 fp + f m
Dapat ditunjukkan dalam bentuk spektrum amplitud
 fp - f m

7.6 INDEKS PEMODULATAN, KUASA DAN KECEKAPAN


PEMANCARAN

7.6.1 INDEKS PEMODULATAN ( m )

Iaitu menunjukkan sejauh mana amplitud gelombang pembawa berubah setelah


dimodulatkan oleh gelombang maklumat.

Ditakrifkan sebagai;
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
7

m = amplitud maksima. - amplitud minima.


amplitud maksima. + amplitud minima.
= ( Vp + Vm ) - ( Vp - Vm )

( Vp + Vm ) + ( Vp - Vm )

= 2 Vm / 2 Vp
m = Vm / Vp

Vmaksima

Vm
Vm + Vp Vm

Vminima

Vp

RAJAH 7.5 : GELOMBANG TERMODULAT AM


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
8

Atau daripada gambarajah gelombang pemodulatan amplitud, peratus


pemodulatan ( % m ).

Amplitud (V)

B
A 2
(A+B)
2(A-B) t

RAJAH 7. 6: GELOMBANG TERMODULAT AM

Berdasarkan rajah 7.6 di atas untuk medapatkan nilai peratus pemodulatan


adalah seperti pengiraan dibawah.

%m = 2(A+ B) - 2(A-B) x 100%


2(A+ B)+ 2(A-B)

= 2 B x 100%
2A

=B x 100%
A
Nilai maksimum bagi m ialah 1. Jika m > 1, sampul pemodulatan bukan lagi
berbentuk sinus. Bentukgelombang terdiri daripada banyak komponen-
komponen yang tidak diperlukan.

m < 1, Vp > Vm m = 1, Vp = Vm m > 1, Vp < Vm

RAJAH 7.7 : GELOMBANG AM KETIKA m < 1, m = 1, m>1


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 1
9

7.6.2 PENGGUNAAN OSILOSKOP DALAM PENGUKURAN m.

Terdapat dua teknik untuk menentukan peratus pemodulatan bagi


gelombang pemodulatan amplitud:-
 Memasukkan gelombang termodulat ke input x atau input y dan
penentuan dibuat di paparan OSK seperti rajah di bawah.
 Menyambungkan gelombang termodulat ke input y dan isyarat
maklumat ke input x. Dalam kaedah ini tapak masa dalaman mesti
disuispadamkan. Paparan memberikan bentukgelombang bentuk
trapezoid seperti rajah di bawah.
% m = B - A x 100
B + A B A

Contoh-contoh corak paparan trapezoid dan sinus yang dihasilkan oleh


OSK.
TRAPEZIUM SINUS

pemodulatan  50 %

pemodulatan 100 %

pemodulatan > 100 %


RAJAH 7.8 : BENTUK TRAPEZIUM GELOMBANG AM
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
0

7.6.3 KOMPONEN KUASA DALAM GELOMBANG PEMODULATAN


AMPLITUD (AM)
2 2 2
Vp m 2V p m 2V p
KJ   
2R 8R 8R

Vm
m Vp / 2 m Vp / 2

fm fp - f m fp fp + f m

RAJAH 7.9 : SPEKTRUM KUASA ISYARAT AM


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
1

Kuasa yang terbina oleh gelombang termodulat amplitud K j merupakan


keseluruhan kuasa pembawa Kp, kuasa jalur sisi atas, Kusb dan kuasa jalur
sisi bawah,

Kj = Kp2 + KLSB + KUSB


1
2 2 2
= Vp + VLSB + V USB

2R R R
tetapi,
2
V ppgd
Kp 
R
2
V 
  p  R
 2
2
Vp

2R 2

2
V
2
 mV p / 2 
K LSB  KUSB  LSB   R
R  2  3
2
m 2V p

8R

Ganti 2 dan 3 dalam 1 ,

2 2 2
KJ = Vp m 2V p m 2V p
  4
2R 8R 8R
2 2
Vp m 2V p
= 
2R 4R
2
Vp  m2 
= 1  
2R  2 

 m2 
= K p 1  
 2 

KJ m2
 1
Kp 2
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
2

maka ,

CONTOH 7.3

Satu gelombang pemodulatan amplitud boleh diwakilkan dengan persamaan :-

V = 20 ( 1 + 0.8 sin 10 000 t ) sin 150 000 t

Kirakan :-

i. Amplitud pembawa
ii. Frekuensi pembawa
iii. Frekuensi pemodulatan
iv. Peratus pemodulatan
v. Jika kuasa pembawa 3 kw, berapakah jumlah kuasa pemodulatan dan kuasa dalam
tiap-tiap jalur sisi.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
3

Penyelesaian :-

i. Amplitud pembawa, Vp = 20 V.

ii.frekuensi pembawa, fp = wp / 2 

= 150 x 103 / 2 

= 23873.24 Hz.

iii. frekuensi pemodulatan, fm = w m / 2 

= 10 x 103 / 2 

= 1591.55 Hz.

iv. peratus m = 0.8 x 100

= 80 %.

v. Jumlah kuasa, KJ = Kp ( 1 + m2 / 2 )

= 3000 ( 1 + 0.82 / 2 )

= 3960 W.

Kuasa pada tiap – tiap jalur sisi

KJ = Kp + KUSB + KJSB ; [ KUSB = KJSB ]

= Kp + 2 KUSB

3960 = 3000 + 2 KUSB

2 KUSB = 960

KUSB = KJSB = 960 / 2

= 480 W.

= kuasa dalam tiap-tiap jalur sisi.


PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
4
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
5

CONTOH 7.4

Di dalam satu ujikaji yang dijalalankan, didapati satu pembawa berfrekuensi 465 kHz
mempunyai amplitud 0.5 V dipermodulatkan oleh satu isyarat audio berfrekuensi 300 Hz
yang amplitudnya 0.2 V.

i. Dapatkan peratus pemodulatan


ii. Frekuensi-frekuensi yang terkandung di dalam gelombang yang telah
dimodulatkan.
iii. Lakarkan spektra frekuensi berkenaan serta kirakan bidangruang yang telah
dihasilkan.
iv. Lakarkan gelombang termodulat amplitud.

Penyelesaian :

i. % m = Vm / Vp

= 0.2 / 0.5 x 100

=40 %.

ii. fp = 465 kHz

fUSB = 465 kHz + 300 Hz

= 465.3 kHz.

fLSB = 465 x 103 - 300 Hz

= 464.7 kHz.

iii. Bidangruang, B = 2 fm

= 2 x 300

= 600 Hz.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
6

iii.

464.7kHz 465 kHz 465.3 kHz

iv. V

0.7

0.5
1.4V
0.6V
t

0.5

0.7
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
7

AKTIVITI 7C

1. Satu gelombang pemodulatan amplitud diwakili oleh persamaan ;


VAM (t) = [ 20 + 10 sin ( 2 5000)t ] sin 2 105 t
Dapatkan :
a. Amplitud pembawa
b. Frekuensi pembawa
c. Frekuensi maklumat
d. Indeks pemodulatan
e. Peratus pemodulatan
f. Komponen – komponen jalur sisi atas & jalur sisi bawah
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
8

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7C

1. a. Amplitud pembawa, Vp = 20 Vpuncak


b. Frekuensi pembawa, fp = 0.6 MHz
c. Frekuensi maklumat, fm = 5 kHz
d. Indeks pemodulatan, m = 0.5
e. Peratus pemodulatan, %m = 50 %
f. Jalur sisi atas, fUSB = 605 kHz
Jalur sisi bawah, fLSB = 595 kHz
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 2
9

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan takrif proses pemodulatan amplitud dan nyatakan tiga sebab mengapa ia
diperlukan.

2. Suatu pemancar gelombang pemodulatan amplitud (AM) mempunyai rintangan


antena bernilai 50 . Frekuensi gelombang pembawa dan gelombang maksima ialah
masing – masing 1 MHz dan 1 kHz. Puncak – puncak RF bagi gelombang termodulat
Am ini naik kenilai maksima 15 V dan turun ke nilai minimaima 5V. Dengan
menganggap pemodulatan sinusoidal, dapatkan :-
a. Amplitud gelombang maksima , gelombang pembawa tak termodulat dan
indeks pemodulatannya.
b. Persamaan matematik gelombang pemodulatan amplitud yang dihasilkan.
c. Jumlah kuasa pancaran dan kuasa setiap jalur sisi.
d. Peratus kecekapan pemancar gelombang pemodulatan amplitud ini.

3. Nyatakan fungsi pemodulat dan penyahmodulat dalam sistem pemodulat amplitud.

4. Satu gelombang pemodualatan amplitud boleh diwakilkan dengan persamaan :-


VAM = 20 ( 1 + 0.8 sin 1000 t ) sin 150000t
Kirakan ;
a. Amplitud pembawa
b. Frekuensi pembawa
c. Frekuensi pemodulatan
d. Peratus pemodulatan
e. Jika kuasa pembawa 3 kW berapakan jumlah kuasa dalam tiap – tiap jalur sisi.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 3
0

Tahniah!!, anda sudah berjaya, jika masih


lagi ada sebarang kekeliruan sila rujuk
pensyarah anda…

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. Takrif pemodulatan amplitud – Proses mengubah amplitud isyarat pembawa


mengikut nilai ketika amplitud isyarat maklumat. Frekuensi pembawa tidak berubah
sebelum dan juga selepas proses pemodulatan.

Tiga sebab pemodulatan diperlukan


i. Memudahkan pemancaran dimana saiz antena dapat dikurangkan
ii. Mengurangkan hingar dan gangguan
iii. Membolehkan pembahagian frekuensi
iv. Membolehkan teknik pemultipleksan dilakukan.

2. a. Amplitud maksima, Vm = 5 V
Amplitud pembawa, Vp = 10 V
Indeks pemodulatan, m = 0.5
b. Vam = 10 sin 2 1x 106 t + 2.5 cos 2 999 x 103t - 2.5 cos 2 1001 x 103t
c. Jumlah kuasa pancaran = 1.125 W
d. Kuasa pada setiap jalur sisi = 0.0625 W
Kecekapan pemancaran , % = 11.11 %

3. Pemodulat - berfungsi untuk melakukan proses pemodulatan amplitud terhadap


gelombang pembawa.
Penyahmodulat - Melaksanakan proses untuk mendapatkan kembali gelombang
maklumat yang dipancarkan.
PEMODULATAN AMPLITUD E2002/7/ 3
1

4. a. Vp = 20 V
b. fp = 28.87 kHz
c. fm = 159 Hz
d. KJ = 3960 Watt
e. 80 %

Tahniah !! Anda telah tamat unit


Pemodulatan Amplitud. Diharap
anda telah memahaminya. Jika
terdapat sebarang masalah sila
rujuk dengan pensyarah anda….