Anda di halaman 1dari 4

CMG1034 PENGURUSAN REKREASI

BAB 3 : PELANCONGAN EKO


Eko-pelancongan adalah pengembaraan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar
bertujuan menikmati dan menghayati pengalaman alam semula jadi dan kebudayaan.
Ecotourism seharusnya mempunyai impak yang rendah terhadap alam sekitar dan
harus menyumbang kepada kesejahteraan penduduk tempatan.

Konsep eko-pelancongan bermaksud pelancongan yang bersandarkan kepada


penghayatan ekologi yang bertanggungjawab dan berdaya-tahan. Eko-pelancongan
merupakan satu bidang yang mempunyai potensi perkembangan yang paling besar
dalam industri pelancongan dunia. Malaysia khususnya mempunyai kedudukan yang
baik untuk mengekploitasi perkembangan ini dengan anugerah alam semulajadi yang
luas dan penuh dengan tarikan yang menakjubkan. Dengan lebih 70 peratus muka bumi
yang masih diliputi pohon-pohon yang menghijau; 50 peratus darinya dalam bentuk
hutan hujan tropika semula jadi, sebahagiannya warisan dari hutan hujan yang berusia
lebih 30 juta tahun, apa yang mampu diolah oleh negara ini ke arah mewujudkan satu
industri pelancongan yang unik dan baik amat besar dan menarik.

Terdapat pelbagai tarikan semulajadi di negara ini seperti flora dan fauna yang unik,
pantai yang putih bersih, hidupan laut eksotik, hutan hujan tertua serta gua-gua yang
terbesar di dunia.

Terokailah sendiri misteri alam semulajadi negara yang merupakan salah satu dari 12
buah negara di dunia yang mempunyai kepelbagaian biologi.

Terdapat sekurang-kurangnya 15,000 spesis tumbuhan berbunga, 286 spesis mamalia,


150,000 spesis haiwan invertebrata dan 4,000 spesis ikan serta pelbagai hidupan mikro-
organisma.

Pelancongan menjadi salah satu kegiatan sosial dan ekonomi yang paling penting pada
masa sekarang. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat,
Beberapa buah negara di dunia kini, cuba memajukan pelancongan untuk beberapa
faedah tertentu.
Terdapat juga alasan yang kukuh tentang kemungkinan kesan negatif dan keinginan
yang kian meningkat untuk memajukan sektor ini secara terancang dan terkawal yang
dapat mengoptimumkan faedah, manakala mencegah sebarang masalah yang serius.
Selain kawasan yang baru membangun, kawasan yang telah mempunyai pembangunan
pelancongan yang agak banyak kini mengkaji semula sektor pelancongan, manakala di
kebanyakan tempat, jika perlu, ingin memperbaiki sektor pelancongan untuk memenuhi
piawaian sezaman dan objektif persekitaran.
Pengiktirafan diberi secara beransur-ansur terhadap pentingnya membangunkan
pelancongan bersama-sama sektor lain dengan cara yang bersepadu dengan
mengekalkan sumber untuk kegunaan yang berterusan, di samping membantu
memelihara dan bukan merosakkan kawasan semulajadi dan warisan sejarah.

Definisi Pelancong

Definisi yang diterima secara umum dan meluas untuk pelancong antarabangsa telah
disarankan oleh Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perjalanan dan
Pelancongan Antarabangsa yang diadakan pada tahun 1963. Definisi itu menyatakan
bahawa seorang pelawat adalah “sesiapa yang mengunjungi mana-mana negara, selain
negara tempat ia bermastautin, dengan sebarang alasan, selain alasan pekerjaan dari

YUS / SCA 1
CMG1034 PENGURUSAN REKREASI

Negara yang dilawati’ WTO 1981. Istilah pelawat merangkumi dua jenis pelawat yang
ketara:

1. Pelancong – pelawat sementara yang menetap sekurang-kurangnya 24 jam di


negara yang dilawati dan tujuan lawatan tersebut boleh dikelompokkan seperti yang
berikut:

a. masa lapang (contohnya rekreasi, percutian, kesihatan, agama atau sukan)


b. perniagaan
c. keluarga
d. misi dan
e. mesyuarat

2. Rombongan – pelawat sementara yang menetap kurang 24 jam di destinasi yang


dilawati dan bukan untuk tujuan bermalam ( termasuk pelancong yang belayar untuk
makan angin )

Pelancong tempatan pula ialah orang yang melawat negeri lain selain daripada tempat
seseorang itu bermastautin, lebih dari 24 jam. Sebagai contoh, mereka yang tinggal di
Kuala Lumpur, melawat ke negeri Terengganu dan Kelantan selama 5 hari 4 malam
dikira sebagai pelancong, kerana melebihi tempoh 24 jam dari masa yang ditetapkan.

Definisi Eko-Pelancongan

Eko-pelancongan mempunyai definisi yang berbeza yang diterjemahkan mengikut


kefahaman setiap individu. Maksud terdekat yang mendefinisikan eko-pelancongan
adalah, merupakan pelancongan yang berasaskan alam semulajadi dan mempunyai
nilai yang cukup untuk digunakan tanpa menjejaskan sumber asalnya. Terdapat
pelbagai definisi yang diberikan oleh tokoh ilmuan berkenaan dengan eko-pelancongan,
antaranya ialah:

Goodwin (1996, p. 288)


Low-impact nature tourism which contributes to the maintenance of species and habitats
either directly through a contribution to conservation and / indirectly by providing
revenue to the local community sufficient for local people to value, and thereforeprotect,
their wildlife heritage area as a source of income.

Fennell (1999, p.43)


A sustainable form of natural resource-based tourism that focuses primarily on
experiencing and learning about nature, and is ethically managed to be low impact, non-
consumptive, and locally oriented (control, benefits and scale). It typically occurs in
natural areas,and should contribute to the conservation or preservation of such areas.

Secara rumusannya, eko-pelancongan merupakan pelancongan yang berasaskan alam


semulajadi, di mana, diharapkan agar pelancongan ini akan dapat menyumbang kepada
penyelenggaraan bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan
liar. Bagi memastikan alam semulajadi ini terus terpelihara, sumber bagi eko-
pelancongan ini hendaklah dimajukan secara terkawal bagi meminimumkan impak ke
atas alam sekitar.

YUS / SCA 2
CMG1034 PENGURUSAN REKREASI

Pengaruh Sejarah Dalam Eko-Pelancongan

Pengetahuan sejarah tentang sesebuah kawasan merupakan perancangan


pelancongan yang penting kerana pelbagai aspek sejarah yang lazimnya dinyatakan
sebagai tarikan pelancong seperti tapak arkeologi dan tempat peristiwa bersejarah, dan
telah mempengaruhi gaya hidup sezaman, seni, dan kraftangan. Sejarah kawasan juga
mempengaruhi sistem nilai sosial serta sikap yang merupakan pertimbangan
sosiobudaya dalam pelancongan. Sejarah kawasan tidak perlu dikemukakan secara
terperinci, tetapi harus menonjolkan latar belakang yang diperlukan untuk memahami
unsur penting untuk analisis pelancongan.

Subjek sejarah merupakan unsur terpenting yang hendak ditekankan didalam laporan
ini, kerana dari sejarahlah terbentuk nilai sosio-budaya yang dapat kita tatap pada masa
sekarang ini. Sejarah juga mengajar kita untuk menilai ekonomi, pertahanan,
pentadbiran dan juga keagamaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sejarah
memainkan peranan yang besar, tetapi bukan yang terpenting dalam eko-pelancongan.

Faktor-Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Eko-Pelancongan

Tarikan pelancong dapat dikelompokkan dengan cara yang berbeza-beza, kesemuanya


berasaskan logik. Walaubagaimanapun, segala pendekatan ini membandingkan tarikan
berdasarkan aspek sejarah, lokasi, dan penilaian. SIstem pengelasan yang lazim
digunakan adalah:

1) Tarikan semulajadi yang berdasarkan ciri persekitaran semulajadi


2) Tarikan budaya berdasarkan kegiatan manusia
3) Jenis tarikan istimewa yang dicipta secara buatan.

Bagi eko-pelancongan, tarikan semulajadi merupakan aspek utama yang


mempromosikan sesuatu tempat itu, selain dari sejarah tempat tersebut. Antara tarikan
semulajadi yang utama adalah:

· Iklim

Lazimnya iklim yang panas, cerah digemari oleh kebanyakan pelancong, khususnya dari
pelancong dari luar negara, terutamanya apabila dikaitkan dengan tarikan lain seperti
kawasan pantai, laut, dan gunung-ganang yang menyediakan kegiatan rekreasi. ‘
pemuliharaan ’ iklim yang diingini menerusi pengawalan pencemaran udara diperlukan
untuk pelancongan.

·
Keindahan Pelancongan

Secara keseluruhannya keindahan pemandangan semulajadi menjadi dorongan utama


untuk dilawati, khususnya jika langkah pemuliharaan telah digunakan untuk
mengekalkan kebersihan dan sifat semulajadi dalam persekitaran. Landskap semulajadi
yang indah seperti Hutan Lipur Sekayu,yang mempunyai air terjun Sekayu yang begitu
nmendamaikan.

YUS / SCA 3
CMG1034 PENGURUSAN REKREASI

Kawasan Pantai dan Laut

Rangkaian pantai yang memutih, antaranya Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu
Buruk dan sebagainya menjadi dorongan untuk para pelancong dari dalam dan luar
Negara mengunjungi negeri Terengganu ini. Kawasan ini juga dikaitkan dengan
pelbagai kegiatan rekreasi air seperti menaiki bot, luncur air, berenang dan sebagainya.

YUS / SCA 4