Anda di halaman 1dari 7

PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

KERTAS KERJA CADANGAN


PROGRAM PEMANTAPAN PELAKSANAAN
PROGRAM NILAM TAHUN 2010
Anjuran
JAWATANKUASA NILAM
DAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDK,
SMK DATO’ KAMARUDDIN.

PENDAHULUAN
Program NILAM adalah merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai
kepada pelajar yang mencapai tahap yang tertentu. Program NILAM adalah
satu aktiviti galakan membaca yang telah dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar-
pelajar khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Pelaksanaan Program NILAM
di Peringkat Neger,i Perak telah dimulakan pada tahun 1999 melibatkan
seluruh sekolah menengah dan seluruh sekolah rendah dalam Negeri Perak
dengan dimulakan oleh pelajar di tahun satu di Sekolah Rendah dan
tingkatan satu di Sekolah Menengah. Semua pelajar yang telah menguasai
kemahiran membaca adalah diwajibkan mengikuti program NILAM ini.
Sekarang kita telah berada pada tahun 2010. Pelaksanaan Program NILAM di
Negeri Perak telah mencecah selama dua belas tahun.

RASIONAL
Melihat perkembangan pelaksanaan Program NILAM yang agak kurang
agresif dilaksanakan di SMK Dato’ Kamaruddin, maka Jawatankuasa NILAM
peringkat sekolah berhasrat untuk melaksanakan program NILAM secara
berkesan dan efektif mulai tahun ini. Untuk meneruskan perancangan
tersebut maka Taklimat Pemantapan Program NILAM hendaklah diadakan
pada setiap awal tahun persekolahan.
1
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

MATLAMAT

Matlamat pelaksanaan program NILAM yang di anjurkan oleh SMK Dato’


Kamaruddin adalah untuk membina tabiat membaca yang berkekalan dalam
kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan
berketrampilan. Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, didapati rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku
sahaja dalam masa setahun. Manakala pelajar-pelajar membaca buku
bukanlah untuk memenuhi masa lapang, tetapi adalah untuk tujuan lulus
peperiksaan. Perkara ini dirumitkan lagi oleh keadaan atau sikap ibubapa
yang mana mereka menggalakkan anak-anak mereka membaca adalah
untuk tujuan lulus peperiksaan bukan untuk tujuan mengisi masa lapang.
Bagi mengatasi masalah ini dan juga bagi memupuk tabiat membaca
dikalangan pelajar maka Kementerian Pelajaran telah melaksanakan
Program NILAM di seluruh negara pada tahun 1999 dan semua pelajar
adalah wajib mengikutinya. Lantaran itu, pihak Jawatankuasa NILAM
berhasrat untuk mengumpul dana dalam bentuk wang atau benda daripada
pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan juga orang perseorangan
sebagai salah satu bentuk sumbangan yang dapat mengiktiraf penglibatan
pelajar dalam program NILAM.

OBJEKTIF

Objektif Program NILAM adalah seperti berikut :


4.1. Memupuk budaya membaca yang sihat dalam kalangan pelajar secara
berterusan.
4.2. Meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar
sama ada di pusat sumber atau di luar pusat sumber sekolah.
4.3. Pelajar dapat menilai bahan yang dibaca dan memindahkan maklumat
yang berkaitan dalam rekod membaca yang khusus.
4.4. Melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca.

2
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

4.5. Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.


4.6. Menghargai pelajar yang menunjukkan minat serta kesungguhan
khususnya.
4.7.Dapat mengumpul dana untuk disumbangkan kepada para pemenang.

TEMA
`Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Keberkesanan Pendidikan Cemerlang’

TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak.

TARIKH DAN MASA


Tarikh : Sepanjang tahun

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR
Pelajar Semua Tingkatan

PENUTUP

Lampira Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan
golongan pendidik yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
3
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta
hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

HASNIDA BT MAT ISA


Guru Perpustakaan dan Media
SMK DATO’ KAMARUDDIN

Disahkan oleh,

KAMAL B MANSOR
Pengetua
SMK DATO’ KAMARUDDIN

4
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM PEMANTAPAN PERLAKSANAAN
PROGRAM NILAM TAHUN 2010
AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT
EN KAMAL BIN MANSOR
(Pengetua SMK DATO’ KAMARUDDIN)

PENGERUSI
EN NORHAN BIN HUSSAIN
(Penolong Kanan Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1
EN SHAHIDAN BIN HASHIM
Penolong Kanan HEM

NAIB PENGERUSI 2
PUAN HAJAH NOORSHIDAH BT MOHD NOOR
Penolong Kanan Kokurikulum

NAIB PENGERUSI 3
PUAN KAMISAH BT OTHMAN
Penolong Kanan Petang

PENYELARAS PROGRAM
PN HASNIDA BINTI MAT ISA
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, SMK DATO’ KAMARUDDIN

SETIAUSAHA
CIK MARIATUL SALMAH BINTI ISMAIL
GURU NILAM, SMK DATO’ KAMARUDDIN

PENOLONG SETIAUSAHA
CIK SITI ZUBAIDAH BT MD ARSHAD
GURU DATA NILAM

AJK:
PUAN NORMALA BINTI ABDUL
Penyelaras Pendidikan Khas

CIK NORFASLIZA BT SAHAK


Guru Perpustakaan

5
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

Guru Rakan Pembaca


SEMUA KETUA PANITIA
SEMUA GURU TINGKATAN
WAKIL PIBG

Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM
1. Majlis Pelancaran Program NILAM
2. Sudut Bacaan dalam Kelas
3. Satu Jam Bersama NILAM di PSS
4. Promosi Buku
5. Hadiah Pelajar Rekod NILAM Terbanyak
6. Hadiah Guru dan Staf : Peminjam Buku Terbanyak
7. Hadiah Kelas Rekod NILAM Terkumpul Paling Banyak
8. Hadiah Pelajar Rekod NILAM Terbanyak 2010
9. Peti NILAM
10. 15 Minit Mari Membaca

6
PUSAT SUMBER SEDAKA 2010

Lampiran 3

IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan

Jumlah RM xxx.xx

2. Anggaran Perbelanjaan

Pemenang Pertama = RM
Pemenang Kedua = RM
Pemenang Ketiga = RM
Saguhati = RM
Jumlah Hadiah = RM
xxx.xx