Anda di halaman 1dari 8

PROGRAM BACAAN NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan
masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.

 Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui
aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
 Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
 Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu
dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.

OBJEKTIF

 Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka membaca berterusan sepanjang hayat


mereka.
 Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan
peperiksaan.
 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini.

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN NILAM

 Rekod Bacaan
Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai dokumen pembacaan mereka. Pengisian
rekod melatih pelajar contohnya : mengingati pengarang dan judul buku yang dibaca / tema
buku / sinopsis buku.
 Borang Rekod Bacaan.
Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah pengawasan guru, terutamanya semasa
waktu matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya menyemak dan mengesahkan
rekod bacaan pelajar berkenaan.
 Pengiktirafan Tokoh Membaca
Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat
kebangsaan. Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar yang mempunyai rekod bacaan
tertinggi dan diberikan Anugerah NILAM.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:


1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca

6
NILAM TAHAP JAUHARI
Sekolah Menengah

Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan
sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu dan perlu mencapai tahap pembacaan
berikut:

PENGIKTIRAFAN SEKOLAH MENENGAH

BIL BUKU PENGIKTIRAFAN

72 - 148 GANGSA

144 - 215 PERAK

216 - 287 EMAS

288 ke atas NILAM

TAHAP RAKAN PEMBACA

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

 Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari 100 buah buku dan mereka layak dipilih ke
tahap ini.

 Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut
serta di tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang
dijalankan murid secara formal atau tidak formal.

 Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk
cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan memilih dan meminjam buku dari
pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan juga dibaca oleh
rakan-rakan, keluarga dan jiran. Kemudian, pembaca tersebut perlu menandatangani dan
membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod Rakan Pembaca.

 Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah
seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku. Aktiviti yang mereka jalankan
akan diberi skor pemarkahan mengikut berapa sesi aktiviti dikali dengan berapa ramai
pendengar, pembaca dan peminjam buku mereka.

 Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual
Sistem Ganjaran RP:

MARKAH PENGIKTIRAFAN

100-199 Gangsa

200-299 Perak

300-399 Emas

400 ke atas NILAM


6
CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN
TAHAP RAKAN PEMBACA

 Aktiviti bercerita - 1 sesi x 5 pendengar (min) = 5 markah


 “ - 1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

 Membaca bersama - 1 sesi x 3 pendengar = 3 markah


 “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

 Bicara Buku - 1 sesi x 2 pendengar = 2 markah


 “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

 Meminjamkan buku - 1 buku x 2 peminjam = 2 markah


 “ - 1 buku x 5 peminjam (max) = 5 markah
 “ - 2 buku x 5 peminjam = 10 markah

# Nota : pemarkahan mengutamakan berapa banyak sesi dijalankan, bukan


bilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi,
markah tetap diberikan kepada minimum pendengar.

GANJARAN

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat
akan dimaklumi tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan
pemangkin budaya suka membaca.

Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:

 Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan
Murid pada setiap akhir tahun.

 Markah Rekod Bacaan ini dikira dari jangkamasa 5 tahun persekolahan peringkat
Menengah.

 Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti apabila pelajar
menamatkan persekolahannya.

 Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada pelajar yang layak
menerimanya.

 Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat kebangsaan akan diberi
Anugerah Nilam.

6
CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA

 Projek Pukal (PETI NILAM)-

o Setiap kelas dibekalkan 40 naskhah buku dan pelajar dibenarkan meminjam buku setiap
hari sebanyak mana mampu.
o Guru dikehendaki merekod penggambilan peti nilam di dalam buku Rekod Penggunaan
yang dikhaskan.

 Projek Iqra’ -

o Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 wajib mempunyai sebuah buku NILAM
dan mencatat nama buku, nama pengarang, penerbit dan juga sinopsis bahan yang
dibaca.

 Program Membaca Amalan Mulia –

o Ia adalah khusus untuk pelajar Tingkatan 3 hingga 6 . Pelajar dikehendaki membaca


sebuah buku secara senyap semasa waktu sebelum masuk ke kelas iaitu selama 10 minit
dari pukul 7.25 pagi – 7.35 pagi. Program ini dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan
Khamis.

 Khemah Membaca -

o Kem ini diadakan pada setiap tahun . Pelajar akan didedahkan dengan teknik membaca,
kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.
o Khusus untuk kumpulan Rakan Pembaca.

 Kuiz Bestari -

o Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan, soalan dikemukakan dan kelas
akan menghantar penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan Ekonomi, Dadah,
AIDS, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Pemenang akan dipilih dan diberikan hadiah
insentif.

CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM

 Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program Kemahiran Maklumat.

 Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahiran
membaca, contohnya aktiviti-aktiviti untuk Minggu Bahasa . Pada Minggu Bahasa , pelbagai
aktiviti boleh dijalankan; seperti Bercerita, Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicara
tentang buku yang dibaca (misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang sesuatu buku

 Pelajar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit semasa waktu perhimpunan mingguan


untuk aktiviti membaca seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.

6
PERANAN AHLI JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

1. PENASIHAT - PENGETUA
• Pengetua sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab memastikan kejayaan,
pelaksanaan dan keberkesanan program ini.
2. PENGERUSI - PENOLONG KANAN 1
• Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program NILAM.
• Memastikan pelaksanaan program berjalan lancer melalui :
• Seliaan.
• Perjumpaan dengan guru.
• Menggerakkan guru untuk menjayakan program.
• Mengesah dan menandatangani laporan status pencapaian program.
• Mengenal pasti masalah, kelemahan dan kejayaan program dan mengambil tindakan
susulan.
• Menentukan buku bacaan mencukupi.
• Mendapatkan kursus dan seminar yang berkaitan dengan bacaan untuk disertai oleh
guru.

3. PENYELARAS PROGRAM NILAM


• Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM setiap awal tahun.
• Membantu Guru NILAM menganjurkan sebarang aktiviti untuk menyokong Program
NILAM.
• Menyediakan pengkalan data dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan program.
• Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM peringkat sekolah.

4. GURU PROGRAM NILAM


• Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat.
• Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
• Mengedar buku rekod membaca yang disediakan oleh PSPN dengan harga RM 1.00
sebuah.
• Membuat analisis Program NILAM berdasarkan data terkumpul.
• Menyediakan laporan berkala untuk dikemukakan kepada PKG.
• Memasuk dan mengemaskini data dari semasa ke semasa.
• Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.

5. GURU TINGKATAN
• Mewujudkan sudut bacaan kelas.
• Memastikan setiap pelajar mempunyai buku Rekod NILAM.
• Menggalakkan murid membuat pinjaman di PSS.
• Mempamerkan data analisis rekod bacaan yang didapati dari PSS.
• Merekod data analisis bacaan murid dalam sijil berhenti sekolah murid.

6. GURU MATA PELAJARAN BAHASA


• Membantu murid dalam pemilihan bahan bacaan.
• Membawa pelajar ke PSS untuk aktiviti pembacaan dan seterusnya pelajar dapat
merekod bacaan yang terdahulu.
• Meminjam, mengedar dan memulangkan bahan bacaan secara kelompok kepada pelajar.
• Menggalak dan membimbing murid membaca buku-buku fiksyen serta membuat rekod
bacaan.
• Menggunakan bahan bacaan kelas atau PSS dalam P&P bagi memupuk minat membaca
pelajar.
• Menyemak rekod bacaan pelajar.

6
• Memasukkan data NILAM setiap hujung bulan ke dalam system berkomputer di sekolah.

7. PELAJAR
• Kumpulan sasaran program ini.
• Membaca buku sebanyak yang mungkin.
• Mendapatkan bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
• Merekodkan bahan bacaan.
• Memastikan bahan bacaan mencapai tahap yang telah ditetapkan untuk mendapat
pengiktirafan.

CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

PROMOSI

AKTIVITI GALAKAN
MEMBACA

PELAJAR MEMINJAM / MEMBACA BUKU

PELAJAR MEMBUAT REKOD BACAAN

GURU MENILAI HASIL BACAAN PELAJAR

GURU MEREKOD BILANGAN BACAAN MURID

MENGUMPUL DATA 3 BULAN SEKALI


(MAC, JUN, OKTOBER)

ANALISIS HUJUNG TAHUN

PENGIKTIRAFAN

AKTIVITI PROGRAM NILAM 2010


1. MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM
2. SUDUT BACAAN KELAS
3. SATU WAKTU BERSAMA NILAM DI PSS
4. PROMOSI BUKU
5. HADIAH PELAJAR REKOD NILAM TERBANYAK. (JUN DAN OKTOBER)

6
6. HADIAH GURU & STAF MEMINJAM BUKU TERBANYAK.(hadiah diberi hujung tahun)
7. HADIAH KELAS REKOD NILAM TERKUMPUL PALING BANYAK.
a. Hadiah diberi hujung tahun.
b. Hadiah juga diberi kepada Guru Tingkatan bagi kelas berkenaan.

PELAN TINDAKAN DAN PERLAKSANAAN


(CARTA GANTT)
PROGRAM NILAM SMK DATO’ KAMARUDDIN
SESI 2010

BIL AKTIVITI BULAN


TARIKH JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT OKT
1 Mesyuarat JK 22.4.2010
Program NILAM
2 Pelancaran 24.4.2010
Peringkat
Sekolah
3 Membina Jan - Mac
Pengkalan Data
4 Menyediakan 1.4.2010
buku data Rekod
NILAM
5 Mengedarkan 22.4.2010
buku Rekod
NILAM
6 Analisis Data 1 15.5.2010
7 Analisis Data 2 22.9.2010
8 Laporan 30.10.2010
9 Anugerah 1 13.6.2010
10 Anugerah 2 10.10.2010
11 Mesyuarat JK 14.10.2010
NILAM
(Post Mortem)

PERLAKSANAAN SISTEM I-NILAM SECARA ONLINE

Dimaklumkan kutipan data NILAM secara online boleh dilaksanakan oleh GPM, Guru Data NILAM, Guru
Penyelaras NILAM berkuatkuasa mulai 18-Feb-2010.

Tanggungjawab

1. GPM - Mendaftar/mengemaskini maklumat pengguna peringkat sekolah dan memberi tahap


capaian sistem kepada pengguna sama ada sebagai Guru Data NILAM, Guru Penyelaras NILAM
atau Guru NILAM.
2. Guru Data - Mendaftar/mengemaskini maklumat kelas dan murid
3. Guru Data NILAM - Merekod/mengemaskini jumlah bacaan terkumpul setiap murid setakat 31-
Dis-2009 dan jumlah bacaan bulanan murid setiap hujung bulan.
4. Guru Penyelaras NILAM - Mengesahkan data NILAM sekolah yang direkodkan oleh Guru
NILAM.

6
PELAKSANAAN
PROGRAM BACAAN NILAM
Disediakan oleh

Hasnida Bt Mat Isa


nieda71@yahoo.com.my