Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN TAMADUN ISLAM

1) ZULKAROMI BIN ABD RAHMAN 830128-02-5665 KPLI KAJIAN


SOSIAL (JANUARI 2009)
2) MOHD HAFIZ BIN HAMAD

i. Membincangkan mengenai Tamadun Islam berdasarkan :-


a) Definisi
b) Sejarah perkembangan
c) Kepentingan mempelajarinya

Perkataan ‘tamadun’ sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan


kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula,
perkataan ‘tamadun’ selalunya merujuk kepada pencapaian tertinggi dalam
sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada
zaman ini. Sebenarnya perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal dari
perkataan ‘maddana’ dalam bahasa Arab. Maddana ini diterbitkan perkataan
maddani yang merupakan sifat nama. Maddana merupakan kata kerja yang
merujuk kepada ‘perbuatan membuka bandar’ atau kota serta ‘perbuatan yang
halus pekerti’. Daripada sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang
berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti
yang terpuji. Kedua-dua perkataan ini iaitu maddani dan maddana sebenarnya
berasal dari perkataan deen yang bermaksud agama iaitu mengambarkan
kehidupan beragama.
Secara umumnya pengertian tamadun Islam mempunyai perkaitan antara
konsep bahasa dan istilah. Dari sudut bahasa Arab, terdapat istilah yang
dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah itu ialah madaniah,
tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam
bidang kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimah, telah
menggunakan istilah Umran, Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-
bandar atau kota yang memiliki kawasan tanah untuk didiami dan penempatan,
keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.
Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu Al-Quran dan hadis dan
tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri
mereka sebagai Muslim. Ini bermakna tamadun Islam tidak didirikan atas
peranan atau kepentingan sesuatu bangsa,budaya,atau bersifat kebangsaan
semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung oleh sama ada bangsa
Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya dianggap saling
melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada
unsur penyatuan iaitu konsep tauhid ( meng-Esakan Allah) manakala golongan
minoriti bukan beragama Islam yang bernaung dibawah pemerintahan Islam
dianggap sebagai penyumbang kepada pencapaian tamadun Islam.
Istilah Tamadun Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia
merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini
berjumlah kira-kira 1.3 hingga 1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk
dunia.
Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang
Cuma dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah
ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang
Islam menonjol dalam politiknya.
Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah".
Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun
terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di
masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi
Dunia Islam.
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.
Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau
Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains
dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui
sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris:
Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang
di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar
menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol
dan lain-lain wilayah di Timur Tengah.
Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan,
astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti
Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford dan Koln, akhirnya Eropah berjaya
melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari
dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan
Abbasiyah), para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia
Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua
cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan
menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri.
Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan
itu.
Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah
kuno, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari
luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis
dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).
Satu lagi pembaharuan ialah kertas, asalnya rahsia yang dijaga ketat
orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di
Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan
Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan
kain linen berbanding kulit pokok mulberi.
Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan
geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Makkah telah menjadi pusat
perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan
saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat
pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas
jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun
Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan
tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan
tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan
kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim iaitu hampir 37
juta.
Sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas
China), India,Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan
pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka
untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.
Perkembangan tamadun Islam ini juga dapat dilihat dari segi kesenian
islam itu sendiri. Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750
hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip
berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan
sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias
menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenit
berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang
penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.
Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan
idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu
Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya
Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia
Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan
menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh
daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi,
dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan
idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam.
Dalam dunia sains Islam pula, perbezaan antara sikap ahli-ahli sains
Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara
adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit
pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh
dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar
Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling
produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat
yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap
Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains.
Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan
ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara
pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan
trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik serta kemajuan dalam bidang
astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan
astrolab).
Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam Zaman
Pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar
perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan
perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan
amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika
Syarikat).
Perubatan Islam dikembangkan Perubatan Islam dikembangkan
berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang
dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom.
Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates
merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-
cendekiawan Yunani di Iskandariah.
Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya
Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan
perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi
Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam
menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak
tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari
arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Orang Islam telah memberi sumbangan yang begitu besar terhadap
peradaban dan tamadun manusia. Sumbangan yang paling besar ialah dan
aspek agama kerana agama Islam membawa akidah, iaitu kepercayaan
terhadap Allah Yang Maha Esa. Menerusi akidah, manusia bebas hidup tanpa
ada sesuatu yang ditakutinya kecuali Tuhan.
Akidah juga menjadi aspirasi bagi manusia untuk bekerja secara ikhlas
dan jujur. Oleh sebab sifatnya sarwajagat dan tidak terbatas-batas bangsa,
kaum, keturunan dan geografi menyebabkan agama Islam dapat diterima oleh
semua bangsa di dunia. Inilah antara sebab agama dan tamadun Islam
berkembang di seluruh dunia. Di samping itu, agama Islam juga menyediakan
undang-undang dan peraturan hidup manusia yang dinamakan Undang-undang
Syariat yang dilaksanakan setiap masa dan tempat. Sekiranya akidah menjadi
aspirasi dan motif penggerak ke arah tamadun, maka peranan syariat itu ialah
menunjuk ajar serta memberi kaedah yang jelas kepada asas pembinaan
tamadun.
Antara asas itu ialah ilmu, iman dan amal. Ini ditambah pula dengan
aspek akhlak, iaitu asas kepada pembinaan peribadi yang luhur. Kesepaduan
ketiga-ketiga aspek itu akan membentuk insan yang sempurna yang merangkumi
roh, akal dan jasad. Dengan ketibaan ajaran Islam, masyarakat Eropah tidak lagi
terikat dengan kawalan atau sekatan Paus gereja Rom. Bukan sahaja mereka
tidak menghormati institusi gereja, bahkan mereka menentangnya. Seruan
agama secara paksaan yang selama mi diamalkan oleh pihak gereja telah
diubah kepada cara diplomasi dan damai.
Dalam bidang falsafah dan pemikiran, daripada pengaruh Islam, orang
Eropah dapat membebaskan pemikiran mereka yang selama mi dibelenggu oleh
pelbagai doktrin Kristian terutama sekali hubungan manusia dengan alam.
Manusia tidak lagi dipandang sebagai makhluk yang pasif lantaran dosa warisan.
Demikian juga sikap mereka terhadap kehidupan di dunia, bukan lagi
sesuatu yang dibenci lantaran ia merosakkan, tetapi sesuatu yang mesti diisi
dengan aktiviti kehidupan yang bermakna.
Perubahan sikap ini akhirnya melahirkan satu gerakan intelektual yang
dikenali sebagai faham humanisme pada abad ke-13M. Tokoh-tokoh falsafah
Islam yang dicontohi oleh orang Eropah ialah al-Kindi, al-Farabi, Ibn Tufayl dan
Ibn Rushd. Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan
bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telah
mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa
Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada
tahun 1671. Seterusnya karya tersebut diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah
yang lain. Bukan setakat menterjemah, malahan orang Eropah juga
menghayatinya melalui penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang
dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe
yang dihasilkan pada abad ke 18M.
Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah
Eropah sejak abad ke-12M lagi. Pada abad ke-16M, falsafah Ibn Rushd, menurut
Renan, telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali.
Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta
penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik terhadap tawanan
perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan
kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka.
Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad
(saw) dan para sahabatnya termasuk Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman dan ‘Ali.
Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi seperti
kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan.
Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipelajari
daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-
Ghafiqi.

Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi


dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku ini telah
dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga buku Ibn Sina
berjudul al-Qanun menjadi bahan rujukan di Eropah.
Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota
besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar
kepada Eropah.
Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang
belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Kebanyakan mereka telah
menjadi pakar dalam bidang tersebut, antaranya Adelard dan Morley dari Britain.
Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan
karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan
statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya.
Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau
telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Karya-karya
beliau antaranya Liberab’ci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di
Eropah. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad
ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam
seperti Ibn al-Zarqiyali. Beliau mahir dalam matematik rajah segi tiga.
Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar
dan al-Khawarizmi. Karya mereka telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh
Adelard of Bath dan John of Siville. Karya al-Battani juga telah diterjemahkan ke
dalam bahasa Latin oleh Alfonso X. Ahli astronomi Eropah bernama Romond
telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel).
Ibn al-Zarqiyali mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta
sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara
bintang-bintang dan matahari. Dalam bahasa Eropah terdapat beberapa istilah
astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab. Antaranya ialah alsumut dan
nadir (nazir). Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan
dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan
telah berkembang dengan lebih pesat. Muhammad bin Musa telah mencipta
astrolab (jam matahari). Beliau juga mencipta sebuah alat yang dapat mengukur
bulatan dunia. Pada abad ke-12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang
dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam.
Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang
besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat
taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam
dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah
diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah
buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku
tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn
Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan.
Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang
menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang,
tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi
al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh
dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan
perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah
Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan
tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang
perubatan.
Dalam bidang seni muzik pula, pada abad ke-12, didapati karya-karya
penting yang dihasilkan oleh orang Islam tentang muzik telah diterjemahkan ke
bahasa Latin. Terjemahan ini dilakukan di Toledo. Ahli muzik Eropah, Franco of
Cobogne (1190M) telah mengikut jejak al-Kindi dalam bidang seni muzik.
Setelah itu muncul pula John of Garland dengan karyanya berjudul
Ochetus yang mengkaji tentang nada suara yang diambil daripada kaedah nada
suara muzik Arab.
Dalam bidang bahasa, sastera dan seni ukir, banyak karya bahasa dan
sastera dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah.
Istilah-istilah Arab seperti sukkar (sugar), kimia (alchemy), arsyek (cheque) dan
banyak lagi telah dipinjam oleh bahasa Eropah. Tidak kurang pentingnya tentang
ilmu pelayaran Islam. Ramai tokoh ahli pelayaran Islam yang menjadi terkenal
antaranya ialah al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Battutah.
Dalam bidang ketenteraan pula, taktik peperangan yang digunakan oleh
tentera Islam sejak zaman Nabi Muhammad (saw) banyak mempengaruhi taktik
dan strategi peperangan pada zaman moden.
Ringkasnya, banyak aspek keintelektualan Islam telah ditiru oleh bangsa
Eropah sehingga melahirkan satu perubahan besar dalam sejarah tamadun di
Eropah. Namun begitu, nilai-nilai murni yang terkandung dalam tamadun Islam
tidak dimanfaatkan oleh masyarakat Barat bagi mengukuhkan lagi tamadun
mereka, malah mereka menggantikannya dengan nilai-nilai kebendaan semata-
mata. Justeru, lahirlah era penjajahan bagi mengejar harta kekayaan tanpa batas
dan sempadan.
Sebagai umat Islam pada hari ini, adalah amat penting bagi kita
mengetahui dan mempelajari tentang sejarah dan perkembangan kegemilangan
tamadun Islam. Secara dasarnya, suatu waktu dahulu, sinar Islam pernah
berkembang dengan gemilang dan cerah. Kegemilangan tamadun Islam pernah
menjadi ikutan barat selama dunia barat selama beratus-ratus tahun. Kemajuan
dan kehebatan barat pada masakini sebenarnya adalah kerana mereka
mempelajari dan mengeksploitasi ilmu-ilmu Islam pada zaman dahulu dan
menukarkan tamadun mereka menjadi hebat pada hari ini. Pada saat ini, umat
Islam dilihat sebagai mundur, suka berperang, berpecah belah dan menindas
kaum wanita, itulah yang di gambarkan oleh barat untuk menjadikan Islam tidak
tidak dapat bangun semula.
Pada masa kini, adalah penting bagi umat Islam menggali semula ilmu-
ilmu yang telah ditinggalkan oleh para cendekiawan dan ulama Islam agar kita
umat Islam kembali berada diatas semula mengulangi semula zaman
kebangkitan Islam. Kelemahan dan kemunduran umat Islam pada masa kini
adalah disebabkan perangai dan sifat umat Islam sendiri yang malas untuk
menuntut ilmu, suka kepada kekayaan duniawi, dan rakus dan tamak mengejar
segala sogokan-sogokan dunia yang di utarakan oleh budaya barat pada zaman
sekarang. Umat Islam harus mula sedar dan mengubah sikap agar Islam itu
kembali dipandang mulia dan syumul dan menjadi contoh ikutan kepada mereka
yang lain.
Umat Islam tanpa mengira fahaman mazhab dan aliran haruslah kembali
bersatu agar tali ikatan ummah sentiasa teguh dan kukuh menjadi benteng
kepada umat Islam. Justeru itu,adalah penting bagi umat Islam mempelajari
sejarah dan tamadun Islam agar kita dapat belajar dari sejarah bahawa
perpecahan,sifat tamak dan haloba kuasa, sifat dengki khianat yang
menyebabkan runtuhnya tamadun Islam yang pernah gilang gemilang pada
suatu masa dahulu setelah kerajaan Turki Uthmaniyyah jatuh di tangan Mustafa
Kemal At-Taturk dengan bantuan British. Umat Islam hendaklah tidak
mengulangi semula kesilapan yang pernah berlaku pada saudara-saudara kita
yang terdahulu dan kita perlu belajar daripada sejarah untuk membina semula
Islam yang gilang gemilang dan diredhoi oleh Allah.

iii) Sumbangan tokoh-tokoh berikut serta menghubungkaitkan sumbangan


mereka dalam bidang masing-masing terhadap dunia moden.

Al- Farabi

PENGENALAN
Bumi Turkistan yang selama beberapa abad di bawah empayar Islam
telah menjadi pusat aktiviti keintelektualan dan keagamaan. Kini telah menjadi
sebuah jajahan di bawah pemerintahan Soviet Union. Namun, kita harus
berterima kasih kerana bumi Turkistan ini telah melahirkan al-Farabi, seorang
ahli falsafah yang begitu agung dalam dunia Islam mahupun Barat. Pengkajian
beliau meliputi banyak bidang, daripada Disiplin Logik dan Falsafah kepada Ilmu
Fizik dan Psikologi; daripada Linguistik dan Matematik kepada Sains Politik dan
Perbandingan Agama. Al-Farabi merupakan ahli falsafah Muslim yang
berpandukan al-Quran dan Sunnah, bukannya berteraskan ahli falsafah Greek
sepertimana yang sering didakwa. Malahan, cara hidup dan berfikir beliau dalam
dunia keintelektualan, juga berpandukan al-Quran, As-sunnah dan syariah.
LATAR BELAKANG

Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu


Tarkhan Ibnu Awzalagh Al-Farabi, lebih dikenali dengan nama Abu Nasr Al-
Farabi. Beliau dilahirkan di Wasij, sebuah perkampungan kecil di daerah Farab
iaitu di wilayah Transoxiana, Turkistan sekitar tahun 870 Masihi. Bapanya
merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak
menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah
mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad Ibn al-
Sariy.
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum
meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat
di istana Sayf al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan
beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan
sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan
harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari
ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Oleh sebab itu, Al-Farabi hidup
dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang
terakhir.

Beliau meninggal dunia di Damsyik pada bulan Rejab 339 Hijrah


bersamaan Disember 950 Masihi, semasa berusia 80 tahun. Jenazahnya
dikebumikan di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu
sampingan kota tersebut. Sayf al-Daulah sendiri yang mengetuai sekumpulan
pembesar istananya menyembahyangkan jenazah al-Farabi.
SUMBANGAN

Beliau merupakan seorang saintis terkemuka Islam dan termasyhur


kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang Falsafah, Logik
dan Sosiologi. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga
bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam
bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik. Sebagai
seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai ‘Neoplatonism’ yang cuba
menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.1 Selain buku-buku
tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle
mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya. Kehebatannya dalam bidang
falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mu’allim al-Thani) iaitu
selepas guru pertama dalam bidang falsafah iaitu Aristotle.
Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis
bahasa. Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di
Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Al-Farabi ialah
membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara
membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).
Dalam bidang Sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al- Madina al-
Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal.
Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kitab al-
Musiqa al-Kabir. Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang Falsafah dan
Sosiologi semata-mata, sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan
sains muzik. Bakat beliau sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah
mereka cipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota
muzik. Dalam bidang Fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep
kekosongan.
Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam dalam bidang Perubatan, Sains, Matematik, dan
Sejarah. Namun, ketrampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih

1
dalam bidang falsafah. Bahkan, kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli
falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Sebagai seorang
ilmuwan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk
buku. Sayangnya, kebanyakan buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah
buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43
buah adalah buku mengenai Logik, 11 buah (Metafizik), 7 buah (Sains Politik),
17 buah (Muzik, Perubatan, dan Sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam
bentuk komentar. Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah
menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat
pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah institusi di
Timur.
Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal
dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha
untuk memisahkan kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara
yang pincang serta masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu
dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil
serta makmur.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato,
dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling
memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan orang yang terawal menulis
mengenai ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.
Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani
tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan
dalam kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak
seharusnya memisahkan dirinya daripada Sains dan Politik. Sebaliknya perlu
menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.
Seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasikan
bagi kepentingan orang lain tanpa penggunaan ilmu sains. Justeru, seorang ahli
falsafah yang tulen tidak akan merasai sebarang perbezaan di antaranya dengan
pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen yang
saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini, beliau mencadangkan agar
diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah.
Al-Farabi juga turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan
beberapa kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini
tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan
sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangn ilmu perubatan di
zamannya. Salah satu pandangannya dalam bidang perubatan yang menarik
ialah mengenai betapa jantung adalah lebih penting berbanding otak dalam
kehidupan manusia. Hal ini menyebabkan jantung memberikan kehangatan
kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut
keperluan anggota tubuh badan.
Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap
bidang. Beliau menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi,
dikatakan bahawa beliau mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa
tempatan termasuk bahasa Syria dan Greek.

Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga


mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan
juga dunia Latin di Barat. Beliau pernah menghuraikan secara terperinci
pandangan tokoh falsafah Aristotle dalam bidang Fizik Meteorologi dan Logik.
Berdasarkan pemikiran intelektual itu, beliau diberi gelaran utama al-Mu’allim al-
Thani (guru yang kedua).
Beliau digambarkan dengan seadil-adilnya sebagai tokoh yang kuat
pegangan agamanya. Beliau seorang Muslim sejati yang hidup dan berfikir
dalam sinaran ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Al-
Farabi membentuk gagasan idea sebagai tindak balas intelektual kepada
pemikiran Greek. Pengislaman sains dan falsafah Greek yang diusahakannya
perlu mendapat perhatian yang wajar daripada kalangan sarjana Muslim hari ini.
Al-Ghazali

LATAR BELAKANG

Imam Al–Ghazzali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad


ibn Muhammad ibn Ahmad Al–Ghazzali dilahirkan pada tahun 450 hijrah
bersamaan 1058 Masihi di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang kini terletak
di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, iaitu ibu
kota wilayah Khurasan. Al – Ghazzali bebangsa Parsi. Beliau di gelar dengan
beberapa gelaran seperti Hujjat al–islam (the proof of islam) dan Zayn al-Din
(The Ornament of Religion). Al–Ghazzali berasal daripada keluarga yang
berkedudukan sederhana dalam masyarakat yang menekankan aspek
penghayatan ajaran islam. Ayahnya bekerja sebagai penenun kain dari bulu biri-
biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazalah ke kota Tus untuk
dijual di sana. Ayah Abu Hamid Al-Ghazali telah meninggal dunia ketika beliau
berumur lebih kurang 6 tahun.

Al-Ghazzali telah berkahwin sebelum umurnya mencecah 20 tahun, dan


dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Gelaran Abu
Hamid yang terdapat di pangkal namanya adalah sempena nama anak lelakinya
Hamid yang telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Pendidikan awal Al–
Ghazzali adalah secara formal bermula di Kota Tus. Beliau memulakan
pengajian di sebuah madrasah dalam kota Tus. Sebelum umurnya mencecah 15
tahun, beliau berhijrah pula ke Jurjan bagi menyambung pengajiannya dalam
bidang al-fiqh dengan bimbingan al-Imam Abi Nasr al–Ismaili. Al-Ghazzali
merupakan seorang tokoh unggul dalam bidang al-Tasawwuf, al-fiqh,ilm al-
Kalam serta tokoh pemikir islam yang bersifat sederhana dalam displin logik.
Beliau telah wafat pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi pada usianya
55 tahun
Beliau sangat terkenal dengan pelbagai ilmu dalam bidang pengetahuan
terutamanya falsafah akhlak. Pengertian akhlak bagi al-Ghazali bersesuaian
dengan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Maka itu pelbagai nama yang
digunakan untuk akhlak antaranya sifat-sifat hati, rahsia-rahsia amal ibadat,
agama dan budi pekerti yang baik.
Menurut al-Ghazali, dasar budi pekerti manusia dibahagikan kepada tiga
sebab asas iaitu akal, hawa nafsu, dan marah. Memperbaiki budi pekerti ialah
dengan cara memperseimbangkan ketiga-tiga dasar itu. Untuk membentuk
peribadi yang baik, kadangkala terpaksa mengorbankan perkara yang baik pada
pandangan manusia, sesuai dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia adalah baik untukmu, begitu juga boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal perkara itu tidak baik untukmu ( Surah Al-
Baqarah: Ayat 216). Ukuran untuk menilai sesuatu itu sama ada baik atau buruk
adalah berpandukan syariat sebagai ukuran yang tetap dan tidak berubah-ubah.
Ini berbeza dari apa yang berlaku pada dunia Barat kerana yang menjadi ukuran
ialah pendapat umum.
Dalam bidang pendidikan kanak-kanak pula, al-Ghazali memberikan
peringatan bahawa hendaklah membentuk kanak-kanak kearah suatu matlamat,
bukan membiarkan kanak-kanak memilih apa yang disukainya. Walaupun
terdapat kecenderungan ahli pendidik pada zaman sekarang bahawa mereka
lebih suka membiarkan kanak-kanak memilih sendiri bidang yang digemari dan
yang hendak diceburinya. Menurut beliau, sekiranya membiarkan kanak-kanak
memilih sendiri bidang yang hendak diceburinya, berkemungkinan berlakunya
pemilihan yang tidak tepat dan membawa kepada perkara yang negatif. Dengan
sebab itu beliau menekankan bimbingan kearah pemilihan itu sangat penting
lantaran kanak-kanak sangat terhad pemikiran mereka.