Anda di halaman 1dari 4

TABA SILVER SETEGUH SEMANGAT PEMILIKNYA

Berakit rakit ke hulu,


Berenang-renang ke tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang senang kemudian.

Siapa sangka perniagaan yang dibuat secara kecil-kecilan pada mulanya kini berkembang maju
dan semakin dikenali ramai. Taba Silver satu nama yang tidak asing lagi di tanah air terutama
dalam bidang pembuatan barangan perak dan meupakan sebuah syarikat bumiputera pertama
yang mengeluarkan produk-produk pingat Diraja untuk peringkat negeri dan kerajaan.

Suatu ketika dulu, Taba Silver pernah mencapai kemuncak kejayaan pada akhir tahun 1960-an
dan awal tahun 1980-an sebagai pengusaha terkenal dalam pembuatan barangan perak terutama
sebagai pembekal perak terutama sebagai pembekal pingat diraja yang tunggal di tanah air.

Menyinkap sejarah awal pembukaan perniagaan ini, pengusaha Taba Silver Industry Sdn. Bhd,
Haji Mohd Bakri Mohd Noor berbanding bahu bersama bapa mentuanya, Haji Mohd Taib
Ahmad untuk menubuhkan perusahaan ini walaupun pada ketika itu 1969, perniagaan ini
tidaklah menjadi kesukaan orang ramai. Dengan tekad dan kesungguhan yang membara, Mohd
Bakri yakin usahanya ini akan membuahkan hasil.

Bapa mertua saya telah melakukan kerja-kerja kraf perak secara sendiri di rumahnya di Kelantan.
Dia tidak mempunyai modal tetapi memiliki kepakaran mengukir logam dan perak secara
tradisional. Nasib menyebelahinya, apabila Tunku Abdul Rahman yang tertarik dan bangga
dengan kepakran ayah mentua saya sewaktu lawatannya ke Kelanyan pada tahun 1956 dan telah
mengajak beliau untuk tinggal di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk memperkenalkan produk
perak yang diperbuat secara solo oleh orang bumiputera, ujar Bakri yang sememangnya minat
menjalankan perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

MULA MENGORAK LANGKAH

Atas sokongan kuat daripada Tunku sendiri, mereka kemudiannya berpindah ke Kampung Baru,
Kuala Lumpur dan menjalankan kerja secara komersial atas memenuhi permintaan Perdana
Menteri Pertama beberapa tahun kemudian.
BISNES KECANTIKAN TETAP BERPOTENSI (Julai 2006)

Bidang kecantikan sinonim dengan kaum wanita. Wanita dan kecantikan sukar dipisahkan.
Justeru jika kita jenguk dalam pasaran, butik-butik dan salun-salun kecantikan tumbuh bagai
cendawan lepas hujan dan masih mampu bertahan. Jangan terkejut kerana kebanyakan
perniagaan berasaskan kecantikan sentiasa mendapat sambutan daripada kaum wanita. Lihat
sahaja iklan-iklan produk dan salun kecantikan yang banyak tersiar dalam akhbar dan majalah-
majalah. Semuanya memfokuskan kepada wanita.
Bertitik-tolak daripada minat yang mendalam terhadap bidang kecantikan, sebaik menamatkan
pelajaran peringkat menengah.
Maria Mansur, 29, terus mengasah minat dan bakatnya sebagai pekerja di bidang kecantikan.
Menimba pengalaman sebagai kakitangan di ibu pejabat Felisa Cosmetik, Kluang, Johor, Maria
belajar apa sahaja berkaitan kecantikan dan pengurusan salun.
Hasilnya, selepas dua tahun bekerja makan gaji di pusat kecantikan jenama terkenal itu, Maria
mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri berteraskan kecantikan. Sebelum
benar-benar terjun memulakan kerjaya secara bebas sebagai pengandam solekan pengantin. Dari
situ, Maria mula mengumpul pelanggan dan memperoleh kepercayaan daripada mereka untuk
menata rias pengantin selain membina nama sebagai perunding bidang kecantikan. Dalam masa
yang sama, wanita muda ini juga menghadiri sebanyak mungkin kursus kecantikan jangka
pendek untuk memantapkan lagi kemahiran sedia ada.
Bermula tahun 2004, minat dan cita-cita yang dipendam sejak kecil untuk memiliki bisnes
kecantikan akhirnya menjadi kenyataan. Dengan menyewa sebuah premis di lokasi berpotensi di
Bandar Kluang, akhirnya Maria dengan bantuan dan sokongan daripada suami tercinta berjaya
merealisasikan penubuhan Salun Anggun Pesona de Beauty. Segala masa, tenaga dan wang
ringgit dicurahkan demi perkembangan perniagaan salun kecantikan tersebut.

KEKUATAN PROMOSI

Bagaimana menarik pelanggan datang ke salun? Ketika diajukan soalan tersebut, Maria dengan
pantas menyatakan bahawa dalam bisnes kecantikan, pengusahanya perlu memberi keutamaan
kepada perkhidmatan yang ditawarkan, promosi yang menarik selain produk yang digunakan.
Tiga perkara penting tersebut tersebut menjadi agenda utama Maria sejak hari pertama salunnya
dirasmikan. Beliau akui kekuatan perlu ada pada sebuah salun untuk memastikan ia dikunjungi
oleh pelanggan kerana mereka yang menentukan jatuh bangun sebuah perniagaan. Tidak
lengkap rasanya sebuah perniagaan tanpa cabaran dan persaingan. Jika dilihat pada sudut positif,
dua perkara tersebut sebenarnya mampu menjana serta memberi motivasi kepada perniagaan
untuk terus gagah menongkah arus yang melanda dalam sebuah perniagaaan.
“Pada peringkat awal membuka salun, memang diakui ia agak perlahan dan lembab. Biasalah
nak tarik perhatian pelanggan berkunjung ke salun apatah lagi mengambil masa sedilit. Namun
saya tidak putus asa kerana percaya wanita walau di mana sahaja tetap suka kepada kecantikan,”
ujarnya yang memegang prinsip sentiasa yakin dan bersemangat untuk berjaya walau banyak
dugaan perlu ditempuhi.
Sebagai pengusaha salun baru yang menggunakan produk La Diva dan V Element, Maria
percaya kekuatan promosi dalam membantu jatuh bangunnya perniagaan. Walau kecil sekalipun
promosi yang dilakukan, namun keberkesanannya membantu peningkatan jualan.
KHIDMAT LEPAS JUALAN

Antara bentuk promosi yang menjadi pilihan Maria iaitu menyebarkan risalah mengenai produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh salun agar pelanggan sinonim dengan nama salunnya.
Selain itu, untuk membezakan antara salunnya dengan salun-salun kecantikan yang sedia ada,
Maria memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan-
pelanggannya.
Salun Pesona de Beauty yang menyediakan perkhidmatan rawatan muka, badan, lulur, sauna,
rendaman kaki dan urutan mempunyai hubungan yang akrab dengan pelanggan-pelanggan.
Pendek kata, pelanggan yang pernah menerima perkhidmatan di salun ini pasti tidak akan
melupakan layanan istimewa yang diberikan dan akan berkunjung kembali.
“Saya bukan sekadar memberikan rawatan kecantikan serta mengajar pelanggan menjaga
kcantikan dan penggunaan produk namun saya pastikan hubungan dengan pelanggan –pelanggan
berterusan walau selepas mereka terima rawatan. Sya suka telefon dan beritahu mereka jika
salun ada sebarang promosi istimewa dan bila mereka beli produk saya akan telefon bertanyakan
kesannya. Saya dapati cara ini membuatkan pelanggan-pelanggan berpuas hati dan rasa mereka
dihargai sebab kita mengambil berat diri mereka,” demikian kata ibu kepada empat orang cahaya
mata ini.
Wanita yang mementingkan penampilan diri yang menarik dan anggun ini percaya ia juga
sebagai gambaran pertama yang meyakinkan pelanggan-pelanggan. Sebagai pengusaha bisnes
kecantikan, tentu sahaja pelanggan akan teruja melihat pemiliknya berkeyakinan dan cantik
bergaya. Justeru menjadikan diri sebagai model juga salah satu strategi memancing pelanggan
berpotensi berkunjumg untuk menerima rawatan kecantikan di salunnya.
Keprihatinannya terhadap kecantikan dan kegemaran berkongsi ilmu dengan ramai sahabat dan
pelanggan membuatkan wanita berhati kental ini pernah menganjurkan bengkel kecantikan yang
didedikasikan untuk semua pelanggan yang banyak menyokong perniagaannya. Bengkel
Anggun Bergaya dianjurkan untuk menyajikan informasi dan ilmu berguna kepada semua yang
mementingkan penampilan bergaya dan anggun. Ia juga menurut beliau sebagai pencetus idea
baginya untuk mengorak langkah lebih berjaya di masa hadapan sebagai pengusaha bidang
kecantikan yang ingin semua Muslimah cantik dan sihat.
BAGAIMANA MULAKAN PERNIAGAAN DARI RUMAH? (Ogos 2006)

Keluar rumah tujuh pagi, di pejabat sehingga jam lima petang dan kemudian bergegas pulang
untuk bersama keluarga. Itu pun jika boleh masih balik ke rumah tepat pada masa. Tidak
kurang juga yang terperangkap dalam mesyuarat sehingga malam atau terpaksa menemani
pelanggan atas urusan perniagaan. Ini adalah kerja yang normal yang kita fahami. Justeru ramai
berpandangan, bekerja dari rumah, adalah perancangan kerja yang ideal dan disebabkan itu ramai
yang mengambil keputusan untuk menceburi bidang keusahawanan yang beroperasi dari rumah.

Setiap hari, manusia berjuang untuk mempertingkatkan ekonomi dan menggunakan kreativiti
untuk menukarkan kemahiran mereka menjadi hasil yang lumayan. Ruang kediaman seperti
bilik bacaan dan ruang tamu diubahsuai untuk menjadi pejabat. Apatah lagi dengan
berkembangnya permintaan terhadap ‘perniagaan berasaskan perkhidmatan’ dengan kemudahan
teknologi canggih, maka peluang ini sebenarnya tidak pernah berpenghujung.

Berita baik untuk wanita yang berjiwa keusahawanan kerana melalui Rancangan Malaysia Ke-9
(RMK-9), terdapat banyak industri yang dikenal pasti sesuai diceburi wanita. Antaranya
termasuklah pemakanan halal, perladangan buah-buahan, sayur-sayuran serta industri sokongan
berkaitan, perternakan. Keluaran asas tani, bioteknologi terutamatanya perjagaan kulit dan
kesihatan, industri logistic dan sokongan, pelancongan dan hospiatliti, pendidikan dan runcit.

Bagi yang keberatan menghabiskan masa di luar rumah, terdapat beberapa industri yang
mungkin sesuai diusahakan di rumah, seperti perkhidmtan professional khidmat nasihat, jahitan,
penyediaan makanan dan pertanian. Bagaimanapun sebelum menceburinya, fahami dahulu
beberapa perkara penting yang menjadi asas untuk anda menjadi usahawan dari rumah.

CARA UNTUK MEMULAKAN

Sebelum mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan dari rumah, amat penting anda
mengetahui sebab anda berbuat demikian. Untuk berjaya, perniagaan tersebut haruslah
berasaskan sesuatu lebih bermakna berbanding kemahuan peribadi untuk menjadi bos pada diri
sendiri. Anda harus merancang dan melakukan penambahbaikan selain penilaian setiap masa.

Tanya diri sendiri beberapa soalan penting. Bukan alasan yang terbaik atau betul yang kita
utamakan, sebaliknya yang penting, kita harus tahu dan faham perkara berbangkit yang bakal
timbul selepas perniagaan diusahakan.

Bekerja di rumah dan di situ juga tempat ahli keluarga, tidaklan semudah yang disangka. Amat
penting bagi anda untuk bekerja dalam persekitaran yang profesional. Salah satu caranya adalah
dengan mewujudkan ruang pajabat di kediaman, ruang yang khas yang boleh menyediakan
persekitaran professional tersebut. Tanyakan diri sendiri beberapa soalan ini:

1. Bolehkah saya bertukar daripada tanggungjawab di rumah kepada perniagaan?


2. Adakah saya mmeiliki tahap disiplin untuk mengekalkan jadual kerja?
3. Bolehkah saya mengasingkan urusan kerja dengan urusan rumah?
4. Adakah saya kuat untuk memulakan sendiri?

Anda mungkin juga menyukai