Anda di halaman 1dari 12

TREND DALAM BIDANG PENGURUSAN SUMBER MANUSIA:

SINOPSIS

Artikel ini menjelaskan perubahan trend dalam bidang Pengurusan Sumber


Manusia dan bagaimana Kerajaan Malaysia menangani perubahan ini melalui
daya usaha EG-HRMIS, dan juga memperincikan ciri-ciri utama model Sumber
Manusia Akan Datang.

PENGENALAN

Bidang Pengurusan Sumber Manusia sedang melalui satu perubahan trend


akibat perubahan persekitaran dan budaya kerja, perubahan kehendak
pelanggan dan organisasi, dan juga kecanggihan teknologi terkini. Perubahan
trend ini dapat disimpulkan seperti gambarajah di bawah.

Hasil daripada kajian yang mendalam mengenai perubahan trend ini dan amalan
Perkhidmatan Awam di seluruh dunia, beberapa ciri mengenai model Sumber
Manusia akan datang di sektor awam telah dikenalpasti, seperti di gambarajah di
bawah.
Menyedari akan implikasi perubahan-perubahan ini, kerajaan telah mengambil
langkah pro-aktif dan memulakan usaha EG-HRMIS atau Sistem Maklumat
Pengurusan Sumber Manusia untuk dilaksanakan di semua agensi dalam
Perkhidmatan Awam agar amalan-amalan yang berkaitan dengan Sumber
Manusia dapat menangani semua cabaran yang bakal ditempuhi di alaf ini.

DAYA USAHA EG-HRMIS

Sebelum perubahan-perubahan baru diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam,


satu kajian yang menyeluruh mengenai setiap fungsi Pengurusan Sumber
Manusia (PSM) telah dijalankan di agensi-agensi perintis yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan. Kajian ini juga telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan di
dalam fungsi PSM sedia ada dan faktor-faktor yang boleh membantu
menjayakan EG-HRMIS.

Daripada kajian yang tersebut di atas, konsep rekabentuk fungsi-fungsi PSM


akan datang telah dirangka dengan mengambilkira visi dan misi PSM, serta nilai-
nilai yang perlu dititikberatkan. Ini disalurkan melalui prinsip rekabentuk utama
(Key Design Principles) yang menjadi panduan untuk merekabentuk proses-
proses PSM. Lima prinsip rekabentuk utama yang digunakan sebagai sandaran
adalah seperti berikut:

• Berorientasikan Pelanggan (Customer-driven)


• Penambahbaikan Berterusan (Continuous Improvement)
• Pengukuran Prestasi (Performance Measurement)
• Organisasi Pembelajaran (Learning Organisation)
• Berdasarkan Kompetensi (Competency-based)

Prinsip-prinsip di atas telah dijadikan asas pengolahan semula fungsi-fungsi


sumber manusia sedia ada kepada fungsi-fungsi sumber manusia akan datang
di mana model kompetensi telah dijadikan nadi dan tunjang utama dalam
membangunkan fungsi-fungsi tersebut. Berpandukan kepada lima prinsip
tersebut, kesemua fungsi PSM akan berorientasikan pelanggan. Proses-
proses juga akan direka secara fleksibel untuk membolehkan proses
penambahbaikan berterusan melalui ciri organisasi pembelajaran yang boleh
diukur prestasinya.

MODEL PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM) AKAN DATANG

Model PSM akan datang telah menyelaraskan dan mengemaskinikan proses-


proses dan fungsi-fungsi PSM yang sedia ada kepada 10 kumpulan seperti
dalam gambarajah di bawah.

Ianya diterajui oleh fungsi Formulasi Strategi dan Penilaian yang menentukan
arah tuju setiap fungsi dan juga keperluan-keperluan organisasi yang perlu
dilaksanakan oleh fungsi-fungsi PSM yang lain.
Model ini menunjukkan kedudukan kompetensi sebagai tunjang utama yang
menggerakkan lain-lain fungsi PSM dan menjadi nadi penggerak kepada empat
fungsi teras iaitu:

1. Pembangunan
2. Pengurusan Prestasi
3. Pengurusan Kerjaya, dan
4. Saraan, Faedah & Pengurusan Ganjaran

Fungsi Perolehan Sumber Manusia, Pengurusan Rekod Peribadi dan fungsi


Pengurusan Komunikasi dan Tata-tertib Pekerja dan juga Penamatan
Pekhidmatan menjadi fungsi sokongan kepada fungsi-fungsi di atas. Kesemua
fungsi tersebut berhubungkait di antara satu sama lain, setiap satu menyokong
peranan dan kewujudan masing-masing. Model ini juga telah menyelaraskan
kesemua proses PSM supaya ia lebih efektif dan efisien.
Definisi dan objektif fungsi-fungsi di dalam model di atas adalah
seperti berikut:

1. Formulasi & Penilaian Strategi (Strategy


Formulation & Review)

• Berkaitan dengan strategi organisasi.

• Menghuraikan nilai-nilai yang diwujudkan oleh fungsi sumber manusia


melalui visi, misi dan gaya fikiran.

• Membentukkan fungsi sumber manusia melalui penetapan


deliverables/outcomes.

• Mempunyai mekanisma maklumbalas bagi menilai kekesanan strategi


sumber manusia

2. Perolehan Sumber Manusia (Resourcing).

• Mengenalpasti keperluan sumber manusia.


• Keperluan ini dicapai melalui perolehan sumber manusia, pengagihan
semula sumber manusia, pembangunan sumber baru atau sedia ada atau
gabungan kesemuanya sekali.

• Proses ini bermula dengan mengenalpasti peranan, jawatan dan


kompetensi untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti dan tamat dengan
perolehan sumber tersebut.

3. Pembangunan

• Menyediakan panduan untuk program pembangunan yang bersesuaian


bagi pekerja.

• Memastikan program pembangunan pekerja selari dengan keperluan


matlamat organisasi keseluruhan.

4. Pengurusan Kerjaya

• Menyediakan rangka kerja dan perkhidmatan pengurusan kerjaya pekerja


dari segi mengenalpasti, melaksana dan menilai strategi kerjaya.
• Rangka kerja termasuk laluan kerjaya, pemindahan (intra dan inter
organisasi), kompetensi yang diperlukan serta aktiviti pembangunan
kompetensi-kompetensi tersebut.

• Perkhidmatan kerjaya termasuk kaedah perancangan kerjaya, maklumat


kerjaya, nasihat dan kaunseling yang disediakan oleh Jabatan
Pengurusan Sumber Manusia.

• Menyediakan individu-individu di dalam organisasi menduduki jawatan-


jawatan kritikal.

5. Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran.

Aktiviti Operasi:

• Mentadbir rekod-rekod saraan pekerja untuk penyediaan proses gaji


misalnya naik pangkat, cuti, penilaian prestasi, perubahan skim
perkhidmatan, dll.
• Mentadbir rekod-rekod faedah seperti pinjaman, kesihatan, tuntutan,
biasiswa, bonus, dll.

• Mentadbir rekod-rekod gaji.

Aktiviti Pengurusan:

• Pengubalan polisi, prosedur dan panduan Saraan, Faedah dan


Pengurusan Ganjaran.

• Penambahbaikan berterusan Saraan, Faedah dan Pengurusan Ganjaran


mengikut strategi sumber manusia pihak kerajaan.

• Mengendalikan penyemakan pengurusan ganjaran yang telah dijadualkan


seperti penyemakan skim gaji .

• Mengenalpasti kenaikan gaji tahunan dan peruntukan gaji tahunan untuk


pekerja sektor awam.
6. Pengurusan Komunikasi dan Tata-Tertib
Pekerja (Employee Communications & Behaviorial
Management)

• Mewujudkan kerjasama optima dan harmonis di antara pengurusan dan


pekerja.

• Meningkatkan intangibles yang wujud di dalam organisasi seperti


kepercayaan, etika, moral, keadilan, resolusi konflik, dll.

7. Pengurusan Prestasi (Performance Management).

• Menjajarkan matlamat individu kepada matlamat organisasi.

• Menetapkan sasaran prestasi untuk individu.

• Merancang pencapaian serta penilaian prestasi.

• Pengawasan dan penilaian prestasi individu dan organisasi.


• Menghubungkaitkan prestasi kepada pembangunan kerjaya, keperluan
pembangunan serta ganjaran.

8. Penilaian Kompetensi (Competency Assessment)

• Mengukur, merekod, dan menganalisa tahap kompetensi untuk individu


atau pasukan.

• Menyediakan kaedah dan tatacara penilaian yang boleh digunakan untuk


aktiviti-aktiviti perolehan dan pembangunan sumber manusia serta
ganjaran.

9. Pengurusan Rekod Peribadi (Personal Record Management)

• Maklumat peribadi.

• Kemahiran bahasa.
• Maklumat ibu-bapa,dll.

• Maklumat akademik.

• Pengisytiharan harta.

• Maklumat keluarga.

• Lain-lain maklumat yang berkaitan.

10. Penamatan Perkhidmatan (Separation)

• Pengurusan penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab pesaraan


wajib, pesaraan awal, letakan jawatan, kematian dan sebagainya.

RUMUSAN

Model PSM Akan Datang diolah untuk mencapai taraf perkhidmatan yang
bertaraf dunia. Ia akan mendatangkan manfaat kepada Perkhidmatan Awam
khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
Model PSM Akan Datang apabila dilaksanakan kelak akan menghasilkan banyak
pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam bukan hanya dari segi
mengautomasikan fungsi-fungsi PSM tetapi juga cara warga Perkhidmatan
Awam berfikir dan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, adalah
dianjurkan agar semua yang terlibat bersikap terbuka untuk melalui proses
perubahan dari aspek menjalankan tugas yang sedia ada kepada sesuatu yang
lebih berkesan dan efisien.

Anda mungkin juga menyukai