Anda di halaman 1dari 10

ISU : DISIPLIN PELAJAR

ISU 1
Masalah Sosial Yang Di Kesan Dalam Kalangan Pelajar

o Pengenalan
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala sosial telah
melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang
dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja
dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat
diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media
massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang
masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada
masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar
membimbangkan kita.
o
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat
pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada zaman inilah para
remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah
merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang
tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial
yang mana ia membesar. Pada tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah
tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak
kepada alam yang lebih matang dan dewasa (Bettelheim, 1950).
Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau
berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah , lari
dari rumah , seks bebas serta serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita.. Mereka kini
sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan
samseng seperti kumpulan gengsterisme , membunuh, samun tanpa senjata api
mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalisme penyalahgunaan
dadah , minum minuman keras, terbabit video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti
ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah disekolah
luar bandar. Pelajar yang sering melanggar disiplin atau salah laku sekolah digelar
pelajar devian.
o 2.0 Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar
Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian. Teori fungsionalisme
menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan
devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang
menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca
daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi
selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Remaja
terutamanya daripada latar belakang kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam
akademik mengalami kekecewaan dan tekanan status lalu bertindak melakukan devian.
o
Teori interaksionisme melihat devian sebagai sesuatu yang subjektif dan merupakan
suatu proses sosial. Pelajar sengaja memilih tingkahlaku tertentu mengikut kemahuan
mereka yang sesuai dengan cara mereka menginterpretasi sesuatu . Kajian Tattum
(1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi
dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi
(suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang
perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu
melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat
persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain).
o 3.0 Masalah-Masalah Sosial Pelajar
3.0.1 Seks Bebas Dan Jenayah Seksual
Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan
membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota . Apa yang
menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun
ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah
sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut
Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi
petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
o
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau
pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan
merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk
minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat
seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat
terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar
itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.
o
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah
seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat
sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti
mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka
bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual,
beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan
pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).
Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya
diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara
dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya
diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
o
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh
empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-
guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang
dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam
sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya
untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
o
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup
mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-
samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini ? Apakah
faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini ? Adakah anak yang perlu
dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa
hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana
pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat dan lambakan bahan-bahan
lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-
anak dan para pelajar.
o
Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus
wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan
kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi
lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah
masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja.
Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan,
penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di
kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian
terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar
mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah
yang lebih positif.
o 3.0.2 Samseng Dan Gengsterisme
Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga
semakin membimbangkan .Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang
dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata
merbahaya.. Berita Harian , 12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun
antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar
meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian
Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah
menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan
sedikit dan menunjukkan gejala ini ini berada pada tahap membimbangkan .
o
Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan
pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut
dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki
senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar
sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun
pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh , merogol dan
menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri
motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan
jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga
rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di
Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh mengikut negeri-negeri
dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123
kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.
o Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti
faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri .
Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan
ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca.
Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar
yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang
porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan
tidak baik di kalangan remaja .Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil
jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada
permasalahan mereka.
 Ponteng Sekolah
Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang
baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar terbabit
dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092 orang pada tahun
1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997. Pelajar sekolah menengah,
terutama di peringkat usia antara 14 hingga 15 tahun dikenal pasti
sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.
Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit dengan
masalah ponteng, kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar
lelaki dan baki 3 peratus adalah pelajar perempuan.
Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk
Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di kalangan
pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga terutama
mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah di pinggir
bandar.
o
Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya gejala ponteng di
kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat atau motivasi untuk ke sekolah, tiada
kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak
di pusat hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan terikut-ikut
atau terpengaruh dengan rakan sebaya. Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah
masalah serius yang perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu
dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan
untuk menanganinya..

3.0.4 Black Metal


Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang
lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti
remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih
terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini sebenarnya
adalah masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah
Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan
adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan atau vacum yang kaku
dan bisu. Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur
pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah
meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka.. Hasil daripada
siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar
mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar
berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara
yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.
o
Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi
dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat
menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini
yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada
simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat
sebagai pegangan hidup kita.
o
Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari
seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan
anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak,
gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana
pihak.
o 3.0.5 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah
Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah
dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang
dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi
tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan
dikalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk
dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah. Akhbar Utusan Malaysia yang
bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis
yang disyaki ponteng dan menghidu gam.
o
Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari
ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000
murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri. Terdapat beberapa sebab pelajar
merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba,
dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah
diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja
ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini
menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin
membimbangkan Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih
besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah dari dari rumah seperti
terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.

SEKOLAH adalah tempat pelajar-pelajar mendapat ilmu secara teori dan amali. Kurikulum
pembelajaran telah disusun dan diadun mengikut acuan pendidikan Malaysia. Sebelum merdeka,
pendidiknya dedikasi dan garang tapi hasilnya membanggakan walaupun prasarana sekolah
menyedihkan. Masalah disiplin memang ada tetapi tidaklah menjadi budaya seperti sekarang.

Hari ini, pelajar-pelajar nakal telah menjadi pelajar-pelajar samseng, siapa hendak
dipersalahkan? Generasi hari ini tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak. Puncanya
mungkin:

* Ramai rakyat terpelajar

* Kemudahan guaman

* Pengaruh media elektronik

* Pengaruh rakan

* Pengaruh hiburan

* Resapan dakyah politik

* Masalah keluarga

* Masalah ekonomi

* Masalah kakitangan sekolah

* Masalah PIBG

* Masalah pegawai

Masyarakat hari ini majoritinya bijak-bijak belaka. Walaupun golongan marhaen tidak
berkelulusan tinggi tetapi mereka dapat mengeluarkan pendapat, yang bernas. Malangnya bila
diajukan pendapat, pihak atasan akan menemplak seperti ''Awak ni siapa?''. ''Apa kelulusan
hang?''. ''Apa pekerjaan kau?'' ''Mu apo tahu'', ''Hang tahu tak saya ni pegawai'' dan lain-lain
dugaan yang diterima.

Kemudahan guaman: Pada hari ini juga, sudah menjadi trend masyarakat menggunakan khidmat
guaman. Bila anak menimbulkan masalah di sekolah, pihak sekolah dipersalahkan. Ini kerana
apa? Mereka ini ada wang lebih. Hendak menjaga identiti konon. Pelajar akan mencawat ekor.

Pengaruh media elektronik: Hari ini setiap rumah mempunyai alat media elektornik. Yang diminati
oleh pelajar ialah perisian budaya kuning, budaya bahasa dan budaya merah dalam perisian
program televisyen dan komputer. Budaya kuning seperti keterlaluan seks. Budaya merah iaitu
keganasan seperti wrestling. Satu lagi budaya bahasa lepak. Budaya ini mudah mempengaruhi
pelajar-pelajar sekolah. Penggunaan komputer memang wajib tetapi tidak terkawal. Penggunaan
Internet dan e-mail banyak disalahgunakan. Naluri pelajar dan memang suka membuat perkara
yang ditegah.

Pengaruh rakan 'berkawan biar ramai': Ia boleh dikategorikan seperti rakan sepermainan,
seperjalanan, bantal dan seperjuangan. Pelajar hari ini terbahagi kepada beberapa kumpulan:

a. Kumpulan yang suka bersendirian

b. Kumpulan yang suka mengganggu dan mengacau

c. Kumpulan yang menjadi pak turut sahaja

d. Kumpulan yang sukakan buku (book worm)

e. Kumpulan ala samseng.

Pelajar-pelajar dari kumpulan suka bersendirian, pak turut dan sukakan buku menjadi mangsa
pelajar-pelajar kumpulan pengacau dan samseng. Pelajar-pelajar ini suka merosakkan harta
benda sekolah, tempat awam, merokok, mengganggu, menonton video lucah, mengugut,
mengurat, peras ugut, mempengaruhi pelajar-pelajar lebih secara paksa melakukan vandalisme.
Mereka bijak membuat helah, pembohong, mencuri, menunggang dan memandu tanpa lesen.

Lepak, ponteng sekolah, melawan guru dan melanggar peraturan sekolah. Mereka tidak boleh
ditegur, risikonya pelajar lain jadi mangsa, kereta guru dicakar, guru dipukul, bangunan sekolah
diconteng dan dibakar.

Kumpulan ala samseng ini terdapat di sekolah menengah biasa dan berasrama. Kumpulan ini
mempunyai tanda pengenalan seperti di dagu (hakko), tatoo, telinga bertindak (lelaki), kepala
botak, logo pada beg sekolah dan banyak lagi.

Pengaruh hiburan: Hiburan memang menyeronokkan. Naluri pelajar memerlukan lebih hiburan.
Hiburan seperti untuk 18 tahun ke atas menjadi tarikan. Betapa rapuhnya iman pelajar.

Politik: Terlalu fanatik dan kefahaman politik yang cetek menghasilkan orang yang tiada
pegangan hidup. Mereka hilang segalanya dalam masyarakat dan keluarga. Semua ini
mempengaruhi minda dan tabiat pelajar. ''Bapa borek anak rintik''.

Masalah keluarga: Institusi keluarga akan porak-peranda jika keluarga suka bertengkar, sentiasa
mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka mengongkong anak-anak. Suka
memburukkan keluarga kepada anak-anak, jaga tepi kain orang, menunjuk-nunjuk dan
mengamal sikap benci membenci. Tidak suka bergaul dengan masyarakat. Suka melepaskan
geram kepada anak-anak. Tidak bersifat keterbukaan terhadap isu-isu semasa.

Meninggalkan anak dengan pengasuh. Mengamalkan pilih kasih. Segala kerenah ini menjadi
ikutan. Anak menjadi mangsa, terbiar, stressed, tensyen dan radikal. Mereka mencari jalan keluar
secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar, mengambil dadah, hidu gam dan
menjadi samseng.

Masalah ekonomi: Jika ekonomi tidak mantap, hidup akan melarat dan berlakulah perangai yang
tidak baik seperti mencuri, mencopet, bunuh orang, menyamun, masuk kumpulan haram, menipu
dan pembohong. Tidak takut kepada undang-undang. Janji hidup mewah.
Masalah di sekolah: Di sekolah, terdapat guru yang pentingkan status dan terlalu tegas.
Mementingkan bidang akademik tetapi kurang beri perhatian kepada bidang kokurikulum dan
sahsiah. Falsafah pendidikan negara memberatkan pendidikan yang seimbang. Suka
mementingkan diri sesudah diberi pangkat dan kuasa. Suka menggunakan kata-kata kesat
kepada pelajar-pelajar. Guru suka berkelompok ibarat parti pembangkang dalam Parlimen.

Pentadbir tidak gunakan budi bicara dan psikologi dalam segala urusan. Terlalu terkongkong
dengan surat pekeliling. Pengurus sekolah tidak kreatif dan inovatif. Tidak gunakan psikologi
dalam menangani sebarang masalah. suka pandang rendah kepada orang bawahan. Tidak
menganggap pelajar seperti adik atau anak. Asyik memikirkan soal gaji dan aktiviti
menambahkan pendapatan sahaja. Semua ini diperhatikan oleh pelajar. ''Kalau guru kencing
berdiri, anak murid kencing berlari.''

Masalah PIBG: Peranan PIBG membantu memajukan sesebuah sekolah hingga cemerlang
dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan keceriaan sehingga zero defect. Ada PIBG
sekolah kurang aktif dan membiarkan sekolah terumbang-ambing. Terdapat PIBG yang suka
mencampuri hal pentadbiran sekolah. Sekolah akan hancur dan akhirnya pelajar menjadi
mangsa.

Masalah pegawai: Disebut 'pegawai' seseorang itu ada yang berasa ego. Pegawai yang lupa
daratan dan egoistik tidak disukai oleh para pendidik dan pelajar. Mereka hendak dihormati,
cakap tak boleh dibangkang, cakap orang bawahan tidak perlu didengar. Mereka tidak dapat
menyelesaian sebarang masalah, Implikasinya, prestasi sekolah akan merosot. Cubalah ikut
perangai Robin Hood.

Masalah disiplin pelajar menengah dan rendah hari ini memang sudah sampai ke tahap serius,
tetapi tidaklah seteruk di Amerika. Kaunselor sekolah gagal mengkaunseling pelajar bermasalah.
Pelajar bermasalah bertambah pada hujung tahun. Guru disiplin pula berlagak garang tetapi
pelajar-pelajar tidak mengindahkannya. Pengawas sekolah bermuka-muka, suka melihat rakan
kena denda. Ini membuatkan pelajar-pelajar berdendam. Warden asrama tidak diberi kursus
khas.

Mereka tidak tegas terhadap pelajar-pelajar di asrama. Ramai yang menghisap rokok dan
membuli pelajar junior. Pelajar-pelajar junior tidak boleh mengadu, kalau mengadu lagi teruk kena
belasah. Kalau guru bertanya mesti beri jawapan pembohong. Pelajar senior mengambil barang
keperluan pelajar junior sesuka hati. Warden hanya tutup mata dan sumbat telinga apabila ada
pengaduan. Mereka menganggap ini perkara biasa. Beginilah budaya kehidupan di asrama?
Inilah bunga kepada gejala samseng.

Cadangan

* Semua pihak mesti mengamalkan sikap mesra, berbudi bicara, berpsikologi dan hormati
maruah.

* Jangan menangani masalah keras dengan tindakan yang keras kerana risikonya tinggi dan
tiada kesudahannya. Amalkan konsep menang-menang (win-win situation).

* Semua pihak perlu memahami psikologi dan naluri pelajar. Anggapan pelajar sekolah rendah
mereka sudah dewasa dan pelajar sekolah menengah anggap mereka sudah matang
kedewasaannya.

* Jangan dikerasi, dicabar, ditengking, dimalukan dan dibohongi. Pelajar akan bersikap liar,
panas baran, drastik dan melawan.
* Beri perhatian serius, berbincang, didampingi dan tunjukkan contoh yang baik sebagai teladan.

* PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi dengan moto
'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah'.

* Pegawai mesti bersikap terbuka dan anggaplah setiap warga sekolah sebagai sahabat.

* Warden jangan terlalu emosional terhadap pelajar asrama. Jangan dera pelajar sesuka hati dan
beri kuasa mendenda kepada pelajar senior.

* Berfikir panjang sebelum merotan pelajar semasa perhimpunan. Implikasinya tiada noktahnya.

* Memberi kuasa disiplin kepada semua guru akan mengeruhkan lagi keadaan.

Jika amalkan formula ini, insya-Allah pelajar berasa diri dihargai, sayangkan sekolah, ibu bapa,
pegawai, warga sekolah dan masyarakat. Mereka akan menjadi manusia (bukan jadi orang) yang
berharga dan berguna satu hari nanti. Insya-Allah, akan diberkati Allah.

Raju keluar dari sebuah tandas awam sambil merungut-rungut. Tandas itu tidak terurus dan
berbau busuk. Ketika hendak menyeberangi jalan, dia terpandang akan rakannya, Salim. Salim
kelihatan merungut-rungut seorang diri di pondok telefon.

Raju : Apakah yang kaurungutkan, Salim?


Salim : Kautengoklah sendiri, semua telefon di sini rosak. Yang satu itu wajarnya diputuskan.
Yang di tengah pula gagangnya pecah. Dan yang ini, lubang tempat memasukkan duit disumbat
dengan kertas.
Raju : Ini tentu perbuatan budak-budak nakal, Lim.
Salim : Betul katamu. Sekarang ini vandalisme makin menjadi-jadi. Contohnya, semua telefon ini
rosak. Di sana itu pula, bangku tempat menunggu bas dirosakkan. Risau aku melihatnya. Lama-
lama nanti semua benda dijahanamkan.
Raju : Bukan itu saja, kepala paip dan pam air di dalam tandas awam pun dijahanamkan.
Sudahlah begitu, macam-macam tulisan yang tidak senonoh dicontengkan pada dinding tandas.
Salim : Nampaknya kempen anti-vandalisme tidak begitu berkesan.
Raju : Remaja nakal selalu bertindak mengikut perasaan. Harta benda awam dijadikan mangsa.
Mereka yang selalu melakukan vandalisme patut ditangkap dan dikenakan denda yang berat,
misalnya, dirotan, diminta mengganti harta benda yang dirosakkan atau didenda melakukan
kerja-kerja kebajikan.
Salim : Bagus cadanganmu itu. Tetapi aku terpaksa pergi dulu. Aku hendak mencari telefon
awam yang lain. Ada hal penting yang nak kuberitahukan kepada isteriku.
Raju : Baiklah, nanti kita berjumpa lagi.

o
o Penutup
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para pelajar dan remaja
kita pada hari ini amatlah mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai
ke tahap yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan
generasi Malaysia. Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak
mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya lebih bersifat
tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan biasanya bersifat umum
sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang diramalkan , tindakan untuk
membendung masalah tidak lagi berfokus.
o
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah, namun ia hanya
berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang
dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada
segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial.. Ibu bapa, guru-guru, dan
masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai masyarakat mikro,
sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu
adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui
interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu melancarkan satu kempen yang
menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam
apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga
mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang
agar mereka gementar dengan hukuman.
o
Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara.. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan
penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian,
masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber
tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu
segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi
supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
ejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia
yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca
sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan
yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan
tumbuh selepas hajan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
menangani masalah ini.

Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh
keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan
bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-anak
mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan
tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan
mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi
masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah ponteng sekolah. Dalam sesebuah
keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk
mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin
mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang
sepenuhnya tidak diberikan. Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah
dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan
mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan
menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini
berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai
alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan
dan aktifiti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke
sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah
di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah
ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh
ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa
mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan
amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh
mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan mereka
tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan
serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Ini membuktikan didikan
daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak langsung mem pengharuhi timbulnya
gejala ponteng sekolah tersebut.
Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah
dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah
dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyi kekerapan tidak
hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah
yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat
dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada
mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu
langkah membantu boleh dilaksanakan.
Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan
memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.
Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-
anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil lagi
perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk
bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.
Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan
melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan
juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan
ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan
kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana
belakang parang diasah, lagikan tajam.
Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi
menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan juga,
langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja
tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalah
ini.