Anda di halaman 1dari 4

Hadis Nabawi

Perkataan,perbuatan,takrir dan sifat yang disandarkan kepada Rasulullah (makna dan


lafaz daripada Rasulullah)

Hadis Qudsi
Sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi,
kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri
(makna daripada Allah dan lafaz daripada Rasulullah)

Hadis Mutawatir
#Berdasarkan jumlah perawi/sanad tanpa had

Bahasa
Berterusan atau berturutan
Istilah
Hadis yang diriwayatkan sejumlah perawi/sanad yang ramai dan pada adat adalah
mustahil berlaku pendustaan terhadap hadis Rasulullah

Pendapat ulama’ mengenai jumlah perawi hadis ini


-Sekurang-kurangnya 4 orang
-Sekurang-kurangnya 5 orang
-Sekurang-kurangnya 20 orang
-Sekurang-kurangnya 40 orang

Mutawatir Lafzi
Dari segi lafaz dan makna
Mutawatir Ma’nawi
Dari segi makna sahaja

Syarat hadis mutawatir


1.Diriwayat ramai perawi
2.Mustahil bilangan perawi yang ramai bersepakat mendustakan Rasulullah
3.Jumlah perawi seimbang setiap thobaqot
4.Diterima melalui pandangan dan penglihatan

Hukum beramal
Wajib beramal dan diterima sebagai hujah kerana disabitkan secara pasti (qot’i) yang
memberi faedah tanpa sebarang keraguan
Hadis Ahad
#Berdasarkan jumlah perawi/sanad yang ditentukan

Bahasa
Satu
Istilah
Hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau yang tidak memenuhi
syarat hadis mutawatir

Hukum beramal
Wajib beramal dan berhujah tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya. Hadis ini
disabitkan secara zonni dan memberi faedah keilmuan secara nazori

Jenis Hadis Ahad


Hadis Masyhur
Bahasa : Termasyhur/terkenal
Istilah : Diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih pada setiap peringkat tetapi tidak
sampai had dan tahap hadis mutawatir
Hukum beramal : Boleh beramal dan berhujah dengan hadis masyhur yang sahih dan
hasan. Jika hadis ini dhaif atau maudhu’ tidak boleh beramal dengannya.

Hadis ’Aziz
Bahasa : Sedikit dan jarang-jarang
Istilah : Diriwayatkan oleh dua orang perawi dari setiap peringkat
Hukum beramal : Boleh beramal dan berhujah sekiranya sahih dan hasan tetapi tidak
boleh beramal jika dhaif atau maudhu’

Hadis Ghorib
Bahasa : Tunggal
Istilah : Diriwayatkan seorang perawi pada setiap atau mana-mana peringkat sanad
Hukum beramal : Boleh beramal dan berhujah sekiranya sahih dan hasan tetapi tidak
boleh beramal jika dhaif atau maudhu’

Hadis Sahih
#Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi yang adil,dhobit,bersambung sanad,
tiada ‘illah dan tiada syaz

Syarat hadis sahih


1. Adil
-Islam
-Berakal
-Baligh
-Tidak fasik
-Tidak melakukan perkara aib
2. Dhobit
-Ketetapan pada seorang perawi iaitu tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui
lisan dan tiada perubahan tulisan jika diriwayatkan melalui penulisan
-Mampu menghafaz hadis dan memahami apa yang didengari daripada guru yang siqoh
-Penjelasan yang tepat dan terang
-Teliti
-Riwayat seorang perawi mesti dibandingkan dengan perawi siqoh yang lain untuk
memastikan kebenaran dhobit
*Dhobit hafiz (ingatan)*
Mampu meriwayatkan hadis kepada sesiapa dan bila-bila masa yang diperlukan serta
mengingati daripada siapa setiap hadis ini diterima. Maka perawi mesti mengingati
dengan sempurna apa yang diterima ,tidak pelupa,tidak bodoh dan tidak bersifat was-was.
*Dhobit kitab (tulisan)*
Mampu menjaga tulisan dan catatan hadis yang diterima dengan baik tanpa berlaku
kerosakan pada tulisannya. Catatannya mesti bermula daripada mana-mana guru hingga
beliau meriwatkannya.

3. Bersambung sanad
Perawi yang meriwayatkan satu hadis telah menerima hadis tersebut daripada gurunya
secara langsung yang bermula dari awal sanad (sahabat) sehingga sanad terakhir (rawi
terakhir yang menulis hadis) tanpa berlaku kecacatan pada sanadnya. Periwayatan yang
melalui perantaraan perawi lain dikira sanad tidak bersambung.

4. Tiada syaz
Tiada percanggahan antara riwayat perawi yang siqoh dengan perawi yang lebih siqoh
daripadanya pada sanad atau matan.

5. Tiada ‘illah
Tiada sesuatu kecacatan atau kelemahan yang tersembunyi dan tidak dapat dikesan
dengan mudah pada sanad dan matan. Kewujudannya memberi kesan dan menjejaskan
kesahihan hadis.
*Ciri-ciri ‘illah*
- Kelemahan tersembunyi
- Menjejaskan kesahihan hadis
- Tidak dapat dikesan dengan mudah

**Perawi yang memiliki sifat adil dan dhobit dikenali sebagai perawi yang siqoh

Bahagian hadis sahih


Sahih lizatihi
Diriwayatkan rangkaian perawi hadis yang adil dan dhobit, bersambung sanad, tiada
‘ilah serta tiada syaz (sama seperti makna hadis sahih)
Sahih lighoyrihi
Hadis hasan yang disokong riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat
daripadanya. Dinamakan begitu kerana kesahihannya bukan disebabkan riwayatnya yang
asal tetapi setelah disokong oleh riwayat lain.

Hukum beramal
Hadis ini menjadi hujah dan dalil syara’, maka tidak boleh diingkari kerana memenuhi
dan menepati kesemua ciri-ciri utama serta syarat sahih hadis.

Hadis Hasan
# Hadis yang memenuhi syarat hadis sahih seperti adil,bersambung sanad,tiada syaz dan
tiada ‘illah tetapi kurang sempurna sifat dhobitnya.

Bahagian hadis hasan


Hasan lizatihi
Pengertiannya sama seperti hadis hasan

Hasan lighoyrihi
Hadis dhaif yang sederhana kedhaifannya (kurang dhobit,terputus sanad dan kejahilan
perawi yang bukan bersifat melampau seperti fasik dan pembohong) tetapi disokong oleh
riwayat yang lebih kuat atau setaraf dengannya (tanpa mengira banyak atau sedikit
asalkan setaraf atau lebih kuat)

Hukum beramal
Boleh dijadikan hujah dan dalil syara’ kerana hadis jenis ini adalah maqbul (diterima)

Hadis Dhaif
#Hadis yang tidak memenuhi satu atau lebih daripada syarat hadis maqbul iaitu hadis
sahih dan hasan.

Bahagian hadis dhaif


Dhaif pada sanad
Terputus sama ada sedikit atau banyak, sengaja atau tidak, dari awal sanad, pertengahan
dan akhir sanad (jelas/tersmbunyi) serta disebabkan wujud ‘illah yang menjejaskan hadis

Dhaif pada matan


Berdasarkan kepada sebab wujudnya ‘illah yang menyebabkan terjejasnya sesuatu hadis

Hukum beramal
Pada dasarnya tidak boleh diamalkan tetapi ulama’ berpendapat untuk mengamalkannya
mesti memenuhi syarat berikut :
-Berkaitan fadho’il al-a’mal (kelebihan-kelebihan amalan)
-Faktor kedhaifan yang sederhana
-Mafhum hadis dhaif ada pada nas-nas syara’ yang sahih
-Mesti mengharapkan kesahihan ketika beramal dengannya