Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan
masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi ‘medium penyampaian’ baru
apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat
termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium
penyampaian.
Penulis tidak nafikan memang banyak kebaikkan penggunaan internet tetapi adalah tidak adil jika
kita sekadar membincangkan kebaikkan tetapi tidak membincangkan keburukanya. Terlebih
dahulu penulis bukanlah ‘anti internet’ tetapi penulis lebih kepada untuk membimbing ibu-bapa
agar dapat membimbing anak-anak mereka menggunakan internet untuk jalan-jalan yang lurus.
Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka
tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet
jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet.
Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi
kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah
Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi.
Nampaknya, permainan atas talian itu menjadi punca pergaduhan mereka ini bermakna
permainan atas talian itu secara tidak langsung mengajar pelajar-pelajar bertindak ganas.
Selain daripada itu, bahasa-bahasa yang digunakan semasa permainan itu dijalankan juga tidak
sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar kerana ada yang mencarut, ada yang
menyumpah dan ada juga yang mengungut. Penulis tidak nafikan kebanyakaan perkataan lucah
telah disekat oleh penyedia permainan atas talian tersebut, namun mereka tetap mencarut dengan
menggunakan perkataan yang tidak mampu dikesan oleh pengesan perkataan buruk permainan
itu dengan menambahkan aksara-akasara tertentu seperti ****.
Jelas sekali pelajar-pelajar sekolah masakini perlu dibimbing oleh ibu-bapa semasa menggunakan
internet ataupun bermain permainan video atas talian seperti RYL2 Incomplete Union.
Sebagai ibu-bapa mereka perlulah menjadi ‘role model‘ yang terbaik bagi anak mereka, kerana
anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang mencorakkan kain itu dengan
corak yang bagaimana. Janganlah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.
Pada artikel penulis pada kali ini saya ingin memberikan sedikit tips kepada
ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang masih muda remaja dan cenderung melakukan
sesuatu perkara yang baru. Perlu diingat mereka masih belum berkemampuan untuk membezakan
baik dan buruk jika tidak dibimbing dengan betul padah akibahnya.
SOLAT sebenarnya salah satu cara untuk para ibu-bapa mendidik anak mereka kerana dengan
bersolat ia mampu mengelakkan anak-anak anda daripada membuat perkara-perkara yang
mungkar dan bertentangan dengan norma-norma masyarakat.
Bimbinglah mereka dengan cara ‘psikologi’ biar nampak lembut tetapi kesanya agak mendalam ke
atas ‘kurniaan Allah‘ itu. Ibu-bapa juga perlu fikirkan yang anak mereka adalah harta paling
bernilai dalam keluarga mereka.
Ibu-bapa juga tidak boleh menggunakan ‘pendekatan’ bimbingan yang sama mereka dapat
semasa mereka kecil dahulu, kerana apabila zaman berubah, cara pengendalian remaja pun juga
turut berubah. Elakkan dari terlalu mengokongnya.
Emosi remaja juga berbeza merentas waktu, sebagai contoh ada satu perkara yang dahulunya
anda (sebagai anak) tidak boleh buat tetapi sekarang remaja sekarang sudah boleh buatnya.
Bimbingan yang dibuat hendaklah bersesuaian dengan ‘fitrah remaja’ pada zamanya.
Namun apa yang membuatkan saya binggung ialah ada di antara ibu bapa yang bukan sahaja
tidak mengambil berat soal anaknya malah diri mereka sendiri pun tidak pernah bersolat
sebaliknya sering mendewakan soal wang ringgit yang sah tidak boleh di tanam semasa jasad
anda di tanam ke dalam tanah. Kehidupan yang tidak ada Barakah menyebabkan berlakunya
keruntuhan moral muda-mudi sekarang ini yang semakin hari semakin teruk umpama “telur di
hujung tanduk”.
Sebagai ibu-bapa mereka perlulah menjadi ‘role model’ yang terbaik bagi anak mereka, kerana
anak yang dilahirkan itu ibarat kain putih dan ibu-bapalah yang mencorakkan kain itu dengan
corak yang bagaimana. Janganlah jadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.
Kepada ibu-bapa yang sering mengabaikan Solat perbaikilah diri terlebih dahulu dan barulah anda
memperbaiki anak anda dengan membimbing mereka mengerjakan solat dan memastikan anak
mereka patuh pada suruhan agama ini.
Ingat sepanjang tugas saya, hampir 90% pelajar yang mempunyai masalah disiplin datangnya
daripada keluarga yang langsung tidak mendirikan Solat sedangkan solat itu tiang agama. Inilah
menyebabkan keruntuhan akhlak remaja ‘merajai’ tajuk utama akhbar kita. Fikir-fikirkanlah
dengan hati yang terbuka…..