Anda di halaman 1dari 33

2.

0 PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA

2.1 PENGENALAN
Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta interaksinya.
Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom, molekul dan
sebatian (kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kovalen dan ikatan ionik akan
mempengaruhi sifat-sifat fizikal sesuatu zarah. Manakala elektron dalam atom tersebut
akan menentukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis sebagai Na, O2, CH4, NaCl
dsb. Bidang ini adalah penting kerana setiap unit jasad adalah terdiri daripada bahan
kimia. Contohnya air adalah dibentuk melalui pergabungan satu atom oksigen dan dua
atom hydrogen, Garam masak pula adalah dari pada natrium dan klorin.

2.2 BAHAN KIMIA UTAMA DALAM BADAN


Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan
kerjasama daripada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan
manusia melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan
adalah salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidaknornmalan
manusia. Pengawalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif.
Dalam menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang,
seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan.
Jadi, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endokrina (hormon dan
enzim) akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif.
Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan
pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain
itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk
membekalkan air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila
pengambilan air yang berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat
hidup dalam keadaan yang normal. Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jantung,
pengecutan dan pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam
konteks sukan.

Bidang kimia dalam sistem biologi pula digelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan
diperlukan untuk sel hidup adalah seperti karbohidrat, protein, lemak, asid nukleik dan
sebagainya. Pada asasnya, bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan
peranan dalam membina dan menggantikan sel-sel untuk tumbesaran. Ia juga
berkemampuan untuk mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup. Setiap sel
memerlukan tenaga haba dijana daripada tenaga untuk menghadamkan molekul-molekul
makanan dalam sitoplasma. Oleh yang demikian, manusia memerlukan tenaga untuk
bernafas dan bergerak. Dalam teori fizik, tenaga disebut dalam unit joule (J). Tenaga ini
adalah unit untuk mengukur kemampuan seseorang melakukan sesuatu aktiviti fizikal
seperti mandaki gunung.

Dalam teori biokimia, tenaga dirujuk kepada ATP (adenosina trifosfat). ATP adalah
satu bahan kimia akhir yang boleh menghasilkan tenaga di peringkat sel. Jadi, setiap
molekul makanan hendaklah dihadamkan supaya menjadi unit ATP, yang seterusnya
dihadamkan menjadi tenaga dalam sukatan joule. Lebih banyak molekul ATP dihasilkan,
maka lebih tenaga dapat diperoleh. Pada label pakej makanan, biasanya sesuatu kuantiti
makanan boleh ditukar kepada sesuatu sukatan tenaga dalam joule atau kilojoule. Di
bawah adalah beberapa contoh konsep asas kimia utama dalam badan;

Atom

Atom adalah satu struktur yang asas untuk membina sesuatu bahan kimia. Setiap
atom mempunyai elektron bercas negatif, proton bercas positif dan neutron yang neutral.
Atom boleh dibezakan antara satu sama lain dengan bilangan subatomnya iaitu elektron,
proton dan neutron yang terkandung dalam suatu atom. Contohnya atom yang
mempunyai 1 elektron dan neutron serta tiada elektron dipanggil hidrogen dan
disingkatkan sebagai H (simbol kimia). Manakala atom yang mempunyai 2 proton dan 2
elektron serta 2 neutron adalah helium (He).

Atom Hidrogen Atom Helium

Bilangan proton sentiasa diimbangi dengan bilangan elektron yang sama supaya
sesuatu atom adalah sentiasa bercas neutral (tidak bercas). Dalam tindak balas kimia,
sesuatu atom boleh kehilangan proton ataupun elektron dan seterusnya menjadi atom
yang bercas positif atau negatif. Contohnya, hidrogen yang kehilangan satu elektron akan
bercas positif kerana kehadiran proton. Atom yang bercas dipanggil sebagai ion positif
atau ion negatif.

Unsur (elemen)

Unsur pula merujuk kepada jenis atom iaitu nama bagi sesuatu atom. Unsur-unsur
kimia telah diatur ke dalam jadual berkala mengikut sistem elektron dan petalanya.
Hasilnya, atom-atom yang berlainan jenis mempunyai nama yang unik seperti hidrogen,
oksigen, bromin, nitrogen dsb. Unsur-unsur hendaklah selalu dalam keadaan yang neutral
kerana unsur yang bercas akan mengelirukan.
Jadual berkala unsur

Kompaun (sebatian)

Dalam ilmu kimia, sebatian adalah satu kumpulan unsur yang digabungkan secara
ionik apabila satu unsur kehilangan elektron (bercas positif) dan satu lagi menerima
elektron (bercas negatif). Dua ion yang bertentangan cas akan menarik antara satu sama
lain untuk membentuk sebatian. Apabila kompaun ini berada dalam air, ia akan dipisahkan
dan membentuk ion dan boleh menghantar (aliran) elektrik dalam cecair itu. Contoh
sebatian adalah seperti NaCl, KNO3, Fe(NO3)2 dsb. Jadi, peranan sebatian dalam badan
kita adalah membekalkan elektrolit (cecair yang bercas) untuk mengimbangi caj-caj dalam
cecair badan.

Sebatian Natrium Klorida


Molekul

Walaupun tidak mengalami perubahan bilangan elektron, sesuatu boleh unsur


boleh bergabung melalui ikatan kovalen. Kedua-dua unsur itu dicantum melalui
perkongsian elektron apabila elektron terluar bagi sesuatu unsur adalah komplimentari
dengan unsur yang digabungkan. Dalam air, molekul tidak terlarut dan tidak membentuk
ion kerana sifat kimia adalah berlainan dengan air (air merupakan molekul yang berkutub).
Molekul boleh wujud dalam cecair apabila ia dileburkan atupun larut dalam pelarut organik
yang bersifat kovalen. Contoh molekul adalah seperti CCl4, O2, Cl2, H2 dsb.

Molekul Hemoglobin

Elektrolit

Ion yang terhasil apabila sesuatu campuran terlarut dalam air akan membentuk
elektrolit yang berupaya membawa elektrik. Dalam kimia, ia memerlukan elektrod (katod
dan anod) untuk mengalir elektrik melalui sambungan wayar (litar). Dalam biokimia,
elektrolit dalam cecair badan berfungsi untuk memekatkan / mencairkan kandungan cecair
badan. Kehadiran ion yang tinggi akan memekatkan cecair dan seterusnya mengawal
tekanannya seperti dalam darah. Ion-ion dalam elektrolit juga penting dalam menolong
proses- proses lain seperti penghadaman yang memerlukan faktor sampingan dan
sebagainya. Jadi manusia memerlukan garam dan mineral untuk mengimbangi badan kita.
Individu yang muntah dan cirit-birit berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan ion yang
berlebihan dan badan akan menjadi lemah.

Larutan elektrolit Elektrolit


Karbohidrat

Karbohidrat adalah pembekal tenaga utama dalam badan manusia. Ia adalah


sejenis makanan organik yang larut dalam pelarut organik kerana kehadiran banyak ikatan
kovalen antara unsur-unsur C, H, dan O. Jadi formula kimia umum bagi karbohidrat adalah
ditulis sebagai C6H12O6]n, n adalah bilangan unit berulang. Dalam perkataan harian,
karbohidrat adalah gula. Namun, dalam istilah biokimia, karbohidrat adalah sukrosa,
maltosa, glukosa, fruktosa dsb. Ada yang membezakan karbohidrat melalui bilangan
karbon dalam unit berulangnya (unit berulang dipanggil sebagai monomer).

Sumber makanan karbohidrat glokosa

Contohnya pentosa dan triosa masing-masing mempunyai 5 dan 3 atom karbon.


Cuma beberapa jenis karbohidrat yang biasa difokuskan dalam pemakanan dan gizi kita,
iaitu sukrosa, fruktosa dsb. Kesemua gula ini perlu dicernakan dalam sistem pencernaan
manusia supaya menjadi unit yang terkecil iaitu glukosa untuk diserap ke dalam sel-sel.
Jadi, kekurangan glukosa dalam darah bermakna seseorang tidak mempunyai tenaga
yang mencukupi untuk meneruskan proses dalam badan. Kesannya, individu tersebut
akan pitam dan pengsan. Nasi, roti, dan gandum merupakan sumber karbohidrat yang
utama.

Sistem pencernaan manusia glokosa


Lipid

Lipid adalah lemak yang diperlukan untuk melindungi badan kita. Ia berfungsi
sebagai penebat bawah kulit untuk melindungi badan daripada kesejukan. Ia juga
bertindak sebagai minyak pelincir untuk mengelakkan geseran antara organ semasa
bergerak. Lipid juga merupakan komponen yang penting dalam membentuk sel membran.
Selain itu, lemak juga merupakan pembekal tenaga terakhir apabila ketandusan
karbohidrat atau protein untuk memberi tenaga kepada badan.

Jadi, semua orang memerlukan lipid untuk terus hidup dan melicinkan proses
dalam badan. Akan tetapi, pengambilan lemak yang berlebihan akan meyebabkan
seseorang terus menjadi gemuk kerana ia tidak digunakan apabila pembekal tenaga lain
masih ada. Badan akan menyimpan lemak tersebut di bawah kulit seperti paha, perut, dan
bahagian-bahagian yang kurang aktif. Lipid boleh diambil daripada daging, kacang, dan
sayur-sayuran.

Lipid (1) Lipid (2)

Lipid (3)
Protein

Protein adalah sumber yang penting dalam membina otot-otot badan. Ia adalah
unsur yang penting semasa pertumbuhan dari peringkat kanak-kanak ke dewasa. Protein
biasanya diambil dari daging-daging seperti ayam, lembu, ikan, soya dsb. Biasanya, otot
akan mengalami kerosakan dan kepecahan apabila seseorang menjalankan sukan, jadi
otot tersebut perlu diperbaiki dengan menambahkan satu lapisan protein ke atas bahagian
otot yang rosak. Jadi, otot kelihatan besar pada tubuh badan.

Beberapa bentuk protein


2.3 SISTEM SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUP

Sel adalah unit yang paling asas untuk kesemua benda hidup kerana ia mempu
menjalankan semua proses hidup seperti bernafas, berkumuh, makan, bertumbuh dan
membiak. Dalam biologi, sel dibezakan sebagai sel haiwan dan sel tumbuhan. Perbezaan
utama antara kedua-dua sel tersebut adalah kehadiran sel dinding dan kloroplas. Sel
haiwan tidak mempunyai sel dinding dan kloroplas. Jadi, selnya boleh mengembang dan
mengecut dengan mengubah kandungan dalam sel itu. Sel haiwan termasuklah semua sel
pada haiwan seperti sel otot, sel tulang, sel saraf dsb.

Pelbagai jenis sel

Sel haiwan Sel tumbuhan


2.4 STRUKTUR MEMBRAN DAN FUNGSINYA

Dengan mikroskop cahaya membran sel kelihatan seperti garis yang memisahkan
setiap sel. Sedangkan dengan mikroskop elektron membran sel kelihatan tersusun dari
dua lapisan dengan ketebalan antara 7.5 hingga 8 nanometer . Membran plasma juga
dikenali sebagai membran sel. Sel ini merupakan suatu bahagian dalam suatu sel.
Membran plasma mempunyai selaput nipis, kenyal, dan separa telap. Ia terbina daripada
dua lapisan fosfolipid dan protein.

Fosfolipid mempunyai bahagian kepala berkutub yang bersifat hidrofilik (tertarik


kepada air) dan bahagian ekor tidak berkutub yang hidrofobik (tidak tertarik kepada air)
seperti dalam rajah di bawah.

Model ringkas satu molekul fosfolipid


Molekul protein dan fosfolipid tidak statik tetapi boleh bergerak bebas. Sifat ini
menyebabkan membran plasma mempunyai sifat bendalir. Oleh itu model yang
dicadangkan oleh Singer dan rakan- rakannya dikenali sebagai model mozek bendalir.

Protein mempunyai tugas-tugas khusus seperti membantu pengangkutan molekul-


molekul merentasi membran sel. Selain membran sel, organel-organel lain dalam
sitoplasma (retikulum/jalinan endoplasmik, sampul nukleus, kompleks Golgi, karung-
karung membran seperti vesikel, dan sebagainya) juga terdiri daripada dwilapisan
fosfolipid. Dengan itu, bahagian-bahagian dalaman sel sebenarnya mempunyai sistem
perhubungan antara satu sama lain melalui sistem mebran sel.

Lihat gambarajah dibawah yang menunjukkan perletakan membran sel. Perhatikan


kedudukan kolestrol, glikoprotein, glikolipid, protein reseptor, protein pengcam dan protein
pengangkut pada membran berkenaan. Bahan-bahan ini memainkan peranan dalam
membantu pengangkutan melalui membran.

Tugas utamanya ialah membentuk sempadan luar sel. Membran plasma (juga
disebut membran sel), adalah struktur yang kompleks. Walaupun tugasnya ialah
memisahkan sitoplasma daripada bahagian luar sel (yang umumnya terdiri daripada cecair
ekstrasel), ia juga membekalkan sistem pengangkutan untuk sebahagian bahan-bahan
supaya dapat masuk ke dalam sitoplasma. Gerak lakuan yang demikian menyebabkan ia
disebut sebagai mempunyai ciri ‘separa-telap’.
2.5 PERGERAKAN MASUK DAN KELUAR BAHAN MELALUI MEMBRAN SEL
Membran sel merupakan sempadan dimana molekul-molekul tidak boleh bergerak
sewenang- wenangnya. Di sepanjang membran sel sentiasa terdapat berbagai bahan
dalam bentuk molekul atau zarah, pepejal atau cecair, yang berlegar-legar mencari ruang
untuk masuk ke dalam sel atau keluar daripadanya. Namun, tidak semua bahan boleh
meresap masuk dengan mudah, sebab itulah membran sel dikatakan bersifat separa
telap. Umumnya, bahan-bahan daripada luar adalah gas (seperti oksigen, O2), ion dan
nutrien yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sel. Bahan daripada dalam pula terdiri
daripada gas karbon dioksid (CO2), hasil kumuhan, ion dan berbagai lagi untuk dinyahkan
keluar daripada sel. Pergerakan bahan keluar –masuk sel terdiri daripada 2 jenis:

1. pengangkutan pasif
2. pengangkutan aktif
Pengangkutan pasif

Pengangkutan pasif ialah bentuk pergerakan molekul yang tidak memerlukan tenaga
apabila merentasi membran sel dan halaju pergerakan bergantung kepada kecerunan
kepekatan disebalik sempadan membran tersebut. Terdapat 3 bentuk pengangkutan pasif,
iaitu (i) resapan mudah (ii) resapan berbantu melalui terusan protin (iii) resapan berbantu
melalui perlekapan dan (iv) osmosis.

i) resapan mudah : Antara bahan-bahan yang merentasi membran plasma melalui


resapan mudah ialah air, gas dan molekul yang telap lipid. Melalui cara ini, pergerakan
bahan berkenaan adalah mengikut arus (‘pasif’). Kadar pergerakan resapan bergantung
pada kecerunan kepekatan/tekanan/cas bahan berkenaan. Umumnya, pengangkutan
pasif berlaku pada situasi dimana terdapat air, walaupun amat sedikit, kerana air
merupakan medium pergerakan. Pengangkutan cara ini dikatakan berlaku apabila sesuatu
bahan atau molekul atau zarah (di dalam cecair tertentu) akan bergerak mengikut
kecerunan kepekatan, kecerunan cas, tekanan dan sebagainya.

ii a) Resapan berbantu melalui protein terusan: Hanya beberapa jenis molekul sahaja
yang dapat melakukan resapan mudah. Bahan-bahan yang telap air, seperti ion (K+, Na+,
Ca2+) asid amino dan monosakarid tidak dapat melepasi dwilapisan fosfolipid ini. Ia
memerlukan suatu mekanisma bantuan untuk membawanya melepasi membran. Bantuan
ini didapati daripada protin terusan yang terdapat secara berselerak terbenam dicelah-
celah struktur membran. Protein terusan akan membuka ruang atau pori untuk
membenarkan molekul yang telap air (terutamanya ion yang telap air) melalui terusannya
dan sekali gus telah melintasi membran.

ii b) Resapan berbantu melalui perlekapan pada protin pembawa : Protein pembawa


yangterdapat pada membran mempunyai tapak pelekap untuk bahan-bahan tertentu
seperti asid amino, gula dan protin yang kecil. Bahan-bahan tersebut akan melekapkan
diri pada pada protin pembawa.Untuk meneruskan pergerakan bahan, protin pembawa
akan mengubah bentuknya supaya bahan-bahan terlekap akan tertelus daripada bahagian
pemula kepada bahagian akhir protein tersebut. Bentuk pelekapan adalah lemah, dan ia
mudah terurai apabila bahan-bahan telah masuk ke bahagian dalam sel. Protein
pembawa, yang mulanya bertukar bentuk, akan balik semula kepada bentuk asal selesai
membawa bahan-bahan tersebut.

iii) Osmosis: Air, seperti juga molekul-molekul lain, bergerak melalui resapan daripada
kawasan yang tinggi kepekatan air kepada kawasan yang rendah kepekatannya. Resapan
air melalui membran separa telap dan mengikut kecerunan, dipanggil osmosis. Bahan-
bahan terlarut merendahkan merendahkan kepekatan molekul air bebas. Osmosis tidak
memerlukan tenaga sel.

Proses osmosis
Pengangkutan aktif

Pengangkutan aktif merupakan pergerakan yang melawan arus; yakni jenis


melawan kecerunan kepekatan. Denagn itu, ia memerlukan tenaga (yang terdiri daripada
Adenosine Trifosfat atau ‘ATP’) untuk menggerakkan bahan-bahan melalui membran
plasma. Umumnya, bahan-bahan ini terdiri daripada molekul-molekul bersaiz besar seperti
protin-protin tertentu dan mikroorganisma. Bahan-bahan ini bergerak merentasi membran
sel melalui salah satu daripada dua bentuk utama pengangkutan aktif -
(i) endositosis,
(ii) eksositosis.
i. Endositosis: Walaupun membran plasma merupakan susah untuk ditembusi, zarah-
zarah besar, protin-protin malah keseluruhan mikro organisma seperti bakteria, masih
berupaya masuk kedalam sel. Bahan-bahan ini menelusi proses kemasukan yang sukar
yang di panggil endositosis (bahasa Yunani bermakna ‘masuk kedalam sel’). Semasa
endositosis, membran plasma mula2 sekali akan merangkumi partikel tersebut, memencil
dan seterusnya membentuk suatu karung membran yang dipanggil vesikel dengan
partikel tersebut terperangkap didalamnya. Dalam keadaan inilah vesikel masuk kedalam
sitoplasma. Terdapat 3 jenis endositosis,

Berdasarkan saiz bahan tersebut dan cara ianya dibawa masuk. Ketiga-tiga jenis tersebut
ialah pinositosis, endositosis berbantu mediator dan fagositosis;
(ia) pinositosis ialah pergerakan yang membawa masuk bahan cairan, khususnya cecair
ekstrasel. Mula-mula sekali, membran plasma akan membentuk lekuk pada suatu
kawasan di lapisan membran. Lekuk ini menjadi semakin mendalam, dan akhir sekali
lekukan tersebut akan membentuk vesikel yang mengandungi cairan. Melalui vesikel inilah
cecair ekstrsel dibawa masuk ke dalam sel.
(ib) endositosis dibawa oleh reseptor 'Exositosis’ jika pergerakannya menghala dari
dalam sel ke arah luar sel. Proses yang sama.
(ii) Fagositosis: dilakukan oleh sel darah putih dan organisma peringkat tinggi.
Organisma peringkat rendah melakukannya secara sendiri. Proses adalah sama kecuali
vesikel terbentuk adalah terdiri dari Kompleks Golgi (bukan membrane plasma) dan
pergerakkannya adalah mengarah ke bahagian luar sel (proses ektositosis).

Fungsi umum
Membran plasma berfungsi untuk mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran
luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel. Ia telap kepada
air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpolar. Molekul-molekul kecil
dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah. Selain itu, membran
plasma berfungsi untuk melindungi organel-organel di dalam sel.

Contoh molekul-molekul kecil ialah:

• air
• oksigen
• karbon dioksida

Contoh molekul-molekul larut lipid ialah:

• gliserol
• asid lemak
• vitamin - A, D, E, K
• hormon jenis steroid

2.6 MEKANISMA ASAS PENGELUARAN, PENYIMPANAN DAN PENGGUNAAN

TENAGA

Karbohidrat atau glukosa merupakan karbohidrat terpenting dalam kaitannya


dengan pengeluaran tenaga di dalam tubuh. Hal ini disebabkan kerana semua jenis
karbohidrat sama ada monosakarida, disakarida mahupun polisakarida yang dihasilkan
oleh manusia akan ditukar menjadi glukosa di dalam hati. Glukosa ini kemudian akan
berperanan sebagai salah satu molekul utama bagi pembentukan tenaga untuk tubuh
badan kita. Jadi sumber yang penting untuk penghasilan tenaga dalam sel adalah glukosa
(C6 H12O6);

C6H12O6 + O2 ----------> CO2 + H2O + TENAGA

Bagaimanapun, tindak balas ini menggunakan jumlah tenaga yang terlalu banyak
untuk hanya 1 sel. Jadi sel telah memecahkan glokosa dalam keseluruhan tindak balas
dan menggunakan jumlah tenaga yang lebih kecil berbanding tindak balas yang pertama
tadi. Tindak balas keseluruhan ini menghasilkan ATP (Adenosine Triphosphate) daripada
ADP ( Adenosine Diphosphate). Kemudian, sel akan memecahkan ATP seperti dalam
tindak balas di bawah:

A----P++P++P <-----> A----P+++P + P + 7700 calories*

Di dalam tubuh manusia glukosa yang telah diserap oleh usus halus kemudian
akan di bahagikan ke dalam semua sel tubuh melalui aliran darah. Di dalam tubuh,
glukosa tidak hanya dapat tersimpan dalam bentuk glikogen di dalam otot dan hati namun
juga tersimpan pada plasma darah dalam bentuk glukosa darah (blood glucose). Glokosa
juga berperanan sebagai bahan bakar bagi proses metabolisme, dan akan berperanan
sebagai sumber tenaga utama bagi otak. Melalui proses oksidasi yang terjadi di dalam sel-
sel tubuh, glukosa kemudian akan digunakan untuk mensintesis molekul ATP (adenosine
triphosphate) yang merupakan molekul- molekul yang menghasilkan tenaga di dalam
tubuh. Dalam penggunaan seharian, glukosa akan menyediakan hampir 50-75% dari
keseluruhan tenaga dalam tubuh badan.

Untuk dapat menghasilkan tenaga, proses metabolisme glukosa akan berlangsung


melalui 2 mekanisme utama iaitu melalui proses anaerobik dan proses aerobik. Proses
metabolisme secara anaerobik akan berlangsung di dalam sitoplasma (cytoplasm)
sedangkan proses metabolisme anaerobik akan berjalan dengan mengunakan enzim yang
bertindak sebagai pemangkin di dalam mitokondria dengan kehadiran Oksigen.

Pada peringkat awal metabolisme pertukaran glukosa kepada tenaga di dalam


tubuh akan berlangsung secara anaerobik melalui proses yang dinamakan Glikolisis
(Glycolysis). Proses ini berlangsung dengan mengunakan bantuan 10 jenis enzim yang
berfungsi sebagai pemangkin di dalam sitoplasma (cytoplasm) yang terdapat pada sel
eukaryotik (eukaryotic cells). Teras dari keseluruhan proses Glikolisis adalah untuk
menukarkan glukosa menjadi produk akhir berupa asid piruvat.

Model ringkas proses Glikolisis

Pada proses Glikolisis, 1 molekul glukosa yang memiliki 6 atom karbon pada
rantainya (C6H12O6) akan terpecah menjadi produk akhir berupa 2 molekul piruvat
(pyruvate) yang memiliki 3 atom karbom (C3H3O3). Proses ini berlaku melalui beberapa
tahap tindak balas yang akhirnya membentuk beberapa sebatian antaranya adalah seperti
Glukosa 6-fosfat dan Fruktosa 6-fosfat. Selain penghasilan molekul piruvat, proses
glikolisis ini juga akan menghasilkan molekul ATP serta molekul NADH (1 NADH3 ATP).
Molekul ATP yang terbentuk ini kemudian akan diekstrak oleh sel-sel tubuh sebagai
komponen asas dalam penghasilan tenaga. Melalui proses glikolisis ini 4 buah molekul
ATP dan 2 buah molekul NADH (6 ATP) akan dihasilkan serta pada awalnya proses ini
akan memecahkan 2 buah molekul ATP sehingga dapat membentuk 8 buah ATP.

Tahap metabolisme tenaga berikutnya akan berlangsung dalam proses aerobik


dengan mengunakan bantuan oksigen (O2 ). Bila oksigen (O2) tidak tersedia maka
molekul piruvat hasil proses glikolisis akan bertukar menjadi asid laktik. Dalam kondisi
aerobik, piruvat hasil proses glikolisis akan teroksidasi menjadi hasil akhir berupa H2O
dan CO2 di dalam proses yang dinamakan respirasi selular (Cellular respiration). Proses
respirasi selular ini terbahagi kepada 3 tahap utama iaitu Acetyl-CoA, proses oksidasi
Acetyl-CoA dalam siklus asid sitrat (Citric-Acid Cycle) serta Rantai Transport Elektron
(Electron Transfer Chain/Oxidative Phosphorylation).

Tahap kedua dari proses respirasi selular yaitu Siklus Asid Sitrik merupakan pusat
bagi seluruh aktiviti metabolisme tubuh. Kitaran ini tidak hanya digunakan untuk
memproses karbohidrat namun juga digunakan untuk memproses molekul lain seperti
protein dan juga lemak. Gambar di bawah akan memperlihatkan 3 tahap proses respirasi
selular beserta Kitaran asid sitrik (Citric Acid Cycle) yang berfungsi sebagai pusat
metabolisme tubuh.

Proses respirasi selular


2.7 JENIS DAN FUNGSI TISU UTAMA

Tisu ialah sekumpulan sel yang telah bersatu untuk menjalankan tugas yang
tertentu. Di dalam tubuh manusia, terdapat empat jenis tisu utama iaitu tisu epitelium, tisu
otot, tisu saraf, dan tisu penghubung atau pengikat.

TISU EPITELIUM
Tisu epitelium adalah satu daripada 4 tisu asas. Setiap tisu asas mempunyai
peranan masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Epitelium ialah tisu
yang dibina oleh sekumpulan sel. Sel merupakan komponen utama tisu ini. Dari segi
struktur, sel-selnya tersusun rapi menyerupai kepingan dan mempamerkan susunan sama
ada berbentuk unilaminar atau multilaminar. Epitelium berasal daripada ketiga-tiga lapisan
germa embrio, iaitu ektoderma, mesoderma dan endoderma.
Beberapa jenis tisu epitelium

Tisu epitelium merangkumi:


i. tisu epitelium permukaan
ii. tisu epitelium kelenjar
iii. tisu epitelium khusus

Ciri-ciri umum epitelium


1. Epitelium menyelubungi seluruh permukaan ekterior badan. E.g. epidermis kulit.
2. Epitelium juga melapisi semua saluran yang mempunyai hubungan, samada secara
langsung ataupun tidak dengan bahagian ekterior badan. E.g epitelium dalam sistem
pernafasan, sistem pencernaan dan sistem urogenital.
3. Epitelium melapisi kaviti-kaviti badan seperti kaviti peritoneum, kaviti pleural dan kaviti
perikardium.
4. Epitelium juga melapisi salur-salur sistem kardiovaskular (jantung dan pembuluh).
Epitelium ini disebut endothelium.
5. Epitelium terletak diatas satu lapisan membran yang dipanggil membran asas, i.e satu
lapisan yang memisahkan epitelium dengan tisu perantara dibawahnya.
6. Epitelium tidak mempunyai pembekalan darah, iaitu ia bersifat avascular. Ia mendapat
bekalan makanan dari pembuluh-pembuluh yang membekali tisu perantara
dibawahnya.
7. Tisu epitelium berupaya mengalami regenerasi dan pembaharuan, e.g. epitelium yang
melapisi kulit, sistem pencernaan, kawasan olfaktori dan kornea.
8. Epitelium merupakan tisu yang bertanggongjawab dalam pembentukan kelenjar
eksokrin dan endokrin.
9. Dari segi fungsi, tisu epitelium memainkan peranan dalam kegiatan pelinciran,
rembesan, penyerapan, perlindungan, resepsi deria, perkumuhan, pengangkutan,
pencernaan dan pembiakan.

Epitelium permukaan
Epitelium yang menyelubungi atau melapisi sesuatu permukaan. Ini termasuk permukaan
eksterior atau permukaan interior badan atau organ.
Pengelasan epitelium permukaan adalah berasaskan dua faktor utama:
i. Susunan lapisan selnya iaitu samada selapis (simple) atau berlapis (stratified).
ii. Bentuk selnya iaitu samada skuamus, kiub, kolumna atau peralihan.

Epitelium selapis (simple epithelium)


Epitelium ini dibina oleh satu lapisan sel sahaja. Berasaskan bentuk selnya, ia
merangkumi epitelium skuamus selapis, epitelium kiub selapis, epitelium kolumna selapis
dan epitelium kolumna berlapis palsu.

1. Epitelium squamus selapis


Sel-sel epitelium ini berbentuk pipih menyerupai sisik ikan. Nukleusnya memanjang dan
terletak mengikut paksi panjang sel. Fungsi, sel-sel epitelium ini sesuai untuk aktiviti
pemindahan gas, cecair dan metabolit. Didapati di kaviti-kaviti badan (peritonuem,
perikardium, pleural), sistem kardiovaskular dan saluran limfa, lapisan parietal kapsul
Bowman (ginjal), alveolus paru-paru.

2. Epitelium kiub selapis


Sel-sel epitelium ini berbentuk kiub. Nukleusnya kelihatan lebih bulat dan terletak ditengah
sel. Dari segi fungsi, saiz dan bentuk sel epitelium ini sesuai melapisi duktus-duktus dan
mempunyai peranan dalam proses rembesan dan penyerapan. (e.g tubul proksimal dan
distal ginjal). Didapati di tubul proksimal dan distal ginjal, duktus kelenjar, bronkiol terminal
danpermukaan ovari.

3. Epitelium kolumnar selapis


Sel-sel epitelium ini kelihatan lebih tinggi dan mempunyai bentuk seperti satu turus
memanjang. Nukleusnya membujur mengikut paksi panjang sel dan biasanya bertempat
berdekatan dengan bahagian dasar sel. Epitelium ini sesuai untuk aktivit rembesan dan
penyerapan. Didapati di: sebahagian besar trakus sistem pencernaan, duktus kelenjar,
uterus, bronkiol, oviduktus dan pundi hempedu.
4. Epitelium kolumna berlapis palsu
Epitelium ini dikatakn berlapis palsu kerana sel-selnya kelihatan seolah-olah mempungai
lebih dari satu lapisan. Sungguhpun nukleusnya kelihatan berlapis disamping mempunyai
sel yang juga kelihatan tinggi dan rendah, tetapi sebenarnya setiap sel itu terletak diatas
membran asas. Epitelium ini biasanya mengandungi sel goblet dan mempunyai silium
atau stereosilium di permukaan bebasnya.
Didapati di: sebahagian besar trakus pernafasan, vas deferens, sebahagian urethra lelaki
dan wanita.

Epitelium berlapis (stratified epithelium)


Terdiri daripada dua lapisan atau lebih. Ia terbahagi kepada:
i. epitelium skuamus berlapis.
ii. Epitelium kiub berlapis
iii. Epitelium kolumna berlapis
iv. Epitelium peralihan.

1. Epitelium skuamus berlapis


Hanya lapisan sel di bahagian permukaan sahaja yang terdiri daripada kumpulan
sel-sel skuamus. Sel-sel dibahagian lain mempunyai pelbagai bentuk. Epitelium skuamus
berlapis terdiri daripada dua jenis iaitu yang berkeratin dan yang tak berkeratin. Dalam
jenis berkeratin, sel-sel skuamus di bahagian permukaan epitelium kelihatan tidak
mempunyai nukeus. Terkandung didalam sitoplasma sel-sel telah mati ialah bahan-bahan
skleroprotein (protein berserat) yang dikenali sebagai keratin. Untuk epitelium skuamus
tak berkeratin, kesemua lapisan selnya masih mengandungi nukleus sebab ia tidak
mengalami proses pengkeratinan.

Epitelium skuamus berkeratin boleh didapati di kawasan tisu yang terdedah kepada
aktiviti pergeseran seperti epidermis kulit, dan sebagahian kaviti mulut (gusi dan lelangit
keras). Epitelium skuamus tak berkeratin boleh didapati melapisi permukaan kaviti basah
seperti mulut, farinks, esofagus, uretra dan vagina.

2. Epitelium kiub berlapis


Epitelium ini terbentuk daripada dua lapisan sel kiub. Didapati di: duktus kelenjar peluh.

3. Epitelium kolumna berlapis


Sel-sel kolumna yang membentuk eoitelium ini hanya terdapat di lapisan superfisial
sahaja. Di bahagian bawah, bentuk sel berbeza daripada kiub kepada polihedron. Didapati
di forniks konjunktiva, duktus kelenjar yang besar.

4. Epitelium peralihan
Epitelium ini agak unik kerana bentuk sel di alpisan superfisialnya tidak menunjukkan ciri-
ciri skuamus atau kolumna tetapi lebih membulat atau berbentuk kubah. Epitelium ini
sesuai bagi organ yang memerlukan tindakan regang. Didapati di: trakus sistem kencing
seperti pelvis renal, ureter, pundi kencing dan bahagian proksimal uretra.

Epitelium Kalenjar
Pembentukan kelenjar
i. kelenjar eksokrin
ii. kelenjar endokrin

Bermula dengan proliferasi sel-sel epitelium. Sel-sel epitelium akan menembusi


lapisan tisu perantara. Kelenjar ini membentuk dua bahagian, i.e bahagian duktus dan
bahagian rembesan. Jika duktus kekal, membentuk kelenjar eksokrin ( Kelenjar parotid).
Jika duktus hilang, membentuk kelenjar endokrin ( Kelenjar tiroid).

Kelenjar eksokrin
i. unisel dan multisel - berasaskan bilangan sel yang membentuk kelenjar. Unisel – dibina
oleh satu sel rembs sahaja, eg. sel goblet. Multisel – dibina oleh
beberapa sel rembes.
ii. ringkas dan majmuk - berdasarkan sistem duktus kelenjar.
iii. tubul, alveolus (asinus) dan tubulo-alveolus – berdasarkan bahagian rembesan yang
bersifat tubul, alveolus atau tubulo-
alveolus.
iv. Serus, mukus dan seromukus – berasaskan ciri-ciri bahan yang dirembeskan.
Serus rembes cecair, mucus rember mucus (cecair pekat),
seromukus rembes kedua-dua jenis rembesan.
v. Merokrin, holokrin dan apokrin – berasaskan cara sel epitelium merembeskan
bahan.
Jenis-jenis kelenjar ringkas
i. Tubul ringkas - terdapat di kripta Lieberkuhn usus.
ii. Tubul bergelung ringkas - kelenjar peluh
iii. Tubul bercabang ringkas - terdapat di bahagian funduc gaster.
iv. Alveolus ringkas - tidak terdapat dalam mamalia.
v. Alveolus bercabang ringkas - kelenjar sebum
Jenis-jenis kelenjar majmuk
i. Tubul majmuk - kelenjar bulbo-uretra dan kelenjar dibahagian kardiak gaster.
ii. Tubulo-alveolus majmuk - pancreas dan kelenjar parotid.

Kelenjar Endokrin
Tidak mempunyai sistem duktus. Bahan rembesan masuk terus ke sistem darah. Eg.
kelenjar tiroid, adrenal, pituitari.

PENGKHUSUSAN SEL EPITELIUM


Mikrovilus
Struktur berbentuk seperti jejari yang terdapat dipermukaan bebas sel epitelium yang
menunjukkan fungsi penyerapan seperti sel yang melapisi usus.
Fungsi mikrovilus adalah untuk menambahkan luas permukaan sel bagi melicinkan proses
peyerapan.

Silium dan flagelum


Silium merupakan struktur rerambut pada permukaan sel epitelium. Banyak pada
epitelium pada permukaan sistem pernafasan dan tiub uterus.
Flagellum lebih panjang. Fungsi flagelum sebagai satu struktur yang motil jelas dilihat
dalam pergerakkan spermatozoa.

Kompleks persimpangan
Struktur yang biasanya terdapat di sel-sel epitelium yang mudah terdedah kepada tarikan
(traction) dan tekanan. Lekatan yang wujud di antara sel bukan sahaja disebabkan oleh
bahan-bahan yeng terdapat diantara sel malah juga dibantu oleh struktur ini.

Terdapat 3 bentuk kompleks persimpangan:


i. Zonula okludens atau persimpangan ketat
ii. Zonula adherens
iii. Makula adherens atau desmosom

Susunan terperinci ketiga-tiga struktur ini hanya jelas kelihatan dengan menggunakan
mikroskop elektron kerana apabila dilihat dengan mikroskop cahaya struktur ini hanya
kelihatan sebagai garisan-garisan padat sahaja.

TISU PERANTARA / PENYAMBUNG DAN PENYOKONG


Mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Penting dalam pembentukan tisu lain.
Fungsi utamanya ialah sebagai penghubung diantara tisu dan juga dapat memegang tisu-
tisu tersebut bersama supaya menjadi lebih kuat. Ciri umum semua tisu penyambung dan
penyokong ialah berasal dari mesoderma. Tisu penyambung embrio (mesenkima) berasal
dari mesodermal somites dan splancnic mesoderm. Semua tisu penyambung dan
penyokong berasal dari mesenkima.

Contoh tisu perantara/ penghubung

Semua tisu penyambung dan penyokong terdiri daripada sel, serat dan bahan-
bahan berbagai bentuk (amorphous ground substance, yang terdiri daripada
proteoglycans) dalam komposisi yang berbeza.

Fungsi tisu perantara adalah:


1. membina bentuk atau menyokong
tisu ini membentuk tendon, ligament, tulang dan rawan.
Tendon – menyambung otot dengan tulang
Ligament – menyambung tulang dengan tulang, tulang dengan rawan, rawan
dengan rawan, dan organ dengan organ.
Tulang dan rawan – menyokong tisu lembut badan.
2. memberi perlindungan atau pertahanan dari serangan mikroorganisma
tisu ini mengandungi sel fagosit dan sel penghasil antibodi. Sel fagosit menelan bahan
asing yang masuk ke dalam badan. Antibodi adalah protin khusus yang dihasilkan oleh sel
( sel plasma) yang berperanan melawan virus atau bakteria yang masuk.

Tisu penyambung dewasa


1. tisu penyambung longgar
2. tisu penyambung padat tidak teratur
3. tisu penyambung padat teratur
a. kolagen
b. elastik
4. tisu penyambung retikulum
5. tisu adipos
a. tisu adipos putih
b. tisu adipos coklat
Tisu penyokong dewasa
1. rawan
a. hilin
b. elastik
c. rawan fibrous
2. tulang
3. gigi

Serat-serat tisu penyambung terdiri daripada 3 jenis: kolagen, retikulum, dan elastik.

Tisu penyambung longgar


Banyak terdapat dalam haiwan dewasa. Didapati disekeliling salur darah dan saraf,
diantara serat-serat otot, dan diatara lapisan otot licin. Juga terdapat dibawah epitelium
dimana terdapat salur darah didalamnya. Terdapat lebih banyak sel daripada serat.
Serat tersusun secara longgar dan mempunyai ketiga-tiga jenis serat.
Terdapat dua kumpulan sel dalam tisu penyambung longgar:
1. sel-sel yang tetap – fibroblast, pericytes, sel adipos.
2. sel-sel bebas

Sel-sel tetap
Fibroblast – paling banyak, biasanya berbentuk memanjang. Fibroblas yang aktif terdapat
dalam tisu penyambung yang terlibat dalam penyembunan luka.
Pericytes -Sel-sel perikapilari yang memanjang. Boleh bertindak sebagai progenitor cells
untuk fibroblas, kondroblas, dan sel otot licin bila diperlukan.
Sel adipos - sel lemak / liposit. Bila banyak ia menjadi tisu adipos. Sel ini mengandungi
titisan lipid.
Sel-sel bebas
• Makrofag – boleh bergerak. Terbentuk dari sel monosit dan bergerak dari darah ke dalam
tisu penyambung longgar. Bila diransang, sel makrofag menjadi besar. Makrofag memakan
(phagocytize) bahan luaran seperti partikel habuk dan karbon dalam paru-paru. Mereka
membunuh bacteria dan mengeluarkan sel-sel darah merah yang rosak atau tua dalam limpa
dan nodus limfa. Memainkan peranan penting dalam tindakbalas imun.
• Sel mast – banyak terdapat disekeliling salur darah. Ianya besar, dan polymorphic.
Mengandungi heparin dan histamin.
• Sel plasma - berbentuk bujur. Berasal dari B-limfosit yang berpindah dari darah.
• Kromatofors (chromatophores)
• Lain-lain – limfosit, monosit dan granulosit.
Tisu penyambung padat
Serat –seratnya lebih banyak daripada sel-sel dan bahan berbagai bentuk.
Tisu penyambung yang khusus untuk peranan menyokong. Terdiri daripada sel, kondrosit,
serat dan bahan berbentuk gel. Terdapat 3 jenis rawan:
1. hialin – putih dan lutsinar. Terdapat pada permukaan sendi, hidung, larinks, trakea
dan bronki.
2. elastik – didapati ditempat yang memerlukan renggangan, seperti telinga luar, dan
epiglotis.
3. rawan fibrous – paling sedikit dalam badan. Didapati pada intervertebra disk dan
menisci pada sendi stifle.

Terdapat dua jenis tisu perantara:


i. Tisu perantara sebenar
ii. Tisu perantara khusus.

Tulang, darah, rawan, limfa dan tisu hematopoiesis (seperti sumsum tulang, nodus
limfa, limpa dan timus) adalah merupakan tisu perantara khusus. Ini kerana mereka
mempunyai fungsi yang lebih khusus.

Tisu perantara sebenar mempunyai fungsi-fungsi yang umum. Tisu perantara


sebenar mempunyai pelbagai fungsi. Ia merupakan tisu penyokong bagi sel-sel epitelium,
tisu otot dan tisu saraf. Selain itu tisu perantara juga memainkan peranan dalam fungsi
pertahanan, pusat simpanan, pengangkutan, pemulihan tisu dan sintesis serat-serat
kolagen. Tisu perantara wujud daripada tisu mesenkima (iaitu tisu perantara embrionik)
yang berasal daripada lapisan mesoderm.

Tisu perantara dibina oleh dua komponen utama iaitu:


i. sel-sel
ii. bahan antara sel atau matriks *.

Serat-serat tisu perantara


i. serat kolagen *
ii. serat kenyal *
iii. serat retikulum *

Bahan dasar
Bersifat fizikal seperti gel, tidak berwarna dan tidak mempunyai rupabentuk yang tertentu.
Dikenali sebagai bahan dasar amorfus.
Ia dibina oleh protein dan karbohidrat secara kompleks. Bahan dasar juga mengadungi air.
Sel-sel tisu perantara *
• Fibroblast *
• Sel mesenkima *
• Makrofaj *
• Sel plasma *
• Sel mast *
• Sel lemak (Adiposit) *
• Sel darah putih *
Jenis-jenis tisu perantara sebenar
i. Tisu perantara kendur *
ii. Tisu perantara padat *
iii. Tisu perantara dengan ciri khas *
a) Tisu perantara kenyal *
b) Tisu perantara retikulum *
c) Tisu adipos *
iv. Tisu perantara mesenkima *
v. Tisu perantara mukus *

TISU OTOT (muscular tissue)


Tisu otot berasal dari mesoderm dan khusus untuk kontraksi. Secara umum, otot boleh
dibahagikan kepada tiga jenis berasaskan ciri-ciri morfologi dan fungsi-fungsinya.
i. Otot rangka/berjalur/terkawal - Otot yang terdapat pada sistem rangka.
ii. Otot jantung - Otot yang terdapat pada jantung.
Iii. Otot licin / tak berjalur / tak terkawal / viscera - Otot yang terdapat dalam viscera badan.

Tisu otot

Otot mengecut apabila mendapat rangsangan dari CNS. Otot rangka dan jantung
dikategorikan sebagai otot jalur kerana pada kedua-dua otot ini terdapat jalur yang jelas
kelihatan dibawah mikroskop. Nukleus otot rangka terdapat di bahagian peripheri.

Otot berjalur
Terdiri daripada serat-serat multinukleus, tidak bercabang dan memanjang. Otot
mendapat nama kerana ia kelihatan berjalur dibawah mikroskop. Terdapat dua jenis otot
berjalur: merah dan putih (pink). Otot merah terdapat pada kawasan yang melakukan
kerja-kerja yang berterusan, manakala otot putih terdapat yang melakukan pergerakkan
yang cepat dan berselang-seli. Perbezaan warna ini disebabkan oleh jumlah myoglobin
dan cytochrome, dan juga mitokondrin di dalam sitoplasma. Otot merah menjana ATP
(adenosine triphosphate) lebih cepat daripada otot putih dan lebih tahan.

Lain-lain ciri otot jalur ialah nukleus terletak di tepi sel, dan hujung saraf memasuki
setiap fibril otot. Fibril otot (myofibril) ialah unit asas. Setiap serat otot terdiri daripada
beberapa fibril dan diselaputi oleh tisu penyambung yang nipis dipanggil sarcolemma.
Serat otot diselaputi oleh endomisium. Serat-serat ini bercantum membentuk bundle otot,
dipanggil fasikulus yang diselaputi oleh membran perimisium. Beberapa fasikulus
bercantum membentuk otot yang diselaputi oleh membran epimysium. Biasanya otot
mempunyai satu badan dan dua hujung yang berakhir pada tendon atau ligamen.

Otot rangka biasanya mempunyai origin (bahagian yang tidak bergerak) dan
pelekatan (insertion, bahagian yang boleh bergerak), dan biasanya melekat pada tulang
oleh tendon. Setiap otot dibekalkan oleh saraf untuk menjalankan aktiviti. Terdapat otot
rangka yang tidak mempunyai origin dan insertion, eg otot orbicularis oris, iaitu otot
sphincter pada mulut, anal sphincter luaran, dan otot rangka pada esofagus.

Otot-otot kaki biasanya tersusun berpasangan dan melakukan kerja yang


berlawanan (antagonis).Otot biceps brachii pada lengan akan membengkokkan sendi siku,
manakala otot triceps brachii meluruskan sendi. Lain-lain, Fleksor dan ekstensor, adductor
dan abduktor. Otot rangka pada trunk, umumnya adalah helaian otot.

Otot licin
Tidak terdapat jalur pada otot ini. Bentuk meruncing dan mempunyai satu nukleus
ditengah-tengah. Boleh didapati dengan banyak dalam trakus sistem pencernaan, sistem
pernafasan, sistem pembiakan dan sistem kencing. Pensarafan adalah dari serat yang
bersifat simpatetik dan sistem saraf autonomik. Terdapat dua jenis, satu dipaggil viscera
dan satu lagi otot multi-unit. Otot viscera terdapat perut dan usus, sistem urogenital, dan
dalam otot arector pilli pada dasar rambut, terutamanya pada bahagian leher dan bahu
disepanjang spine scapula.

Otot multi-unit didapati dikawasan dimana kawalan pengecutan otot yang tepat
diperlukan, seperti otot pada sphincter dan otot pengenduran iris pata mata, otot licin pada
dinding pembuluh darah, dan pada alveoli dan duktus alveoli pada paru-paru. Otot ini tiada
myofibril, dan tidal mempunyai jalur. Biasanya tidak mempunyai origin dan insertion dan
tidak melekat kepada tulang. Secara fizikal, ianya kecil daripada otot rangka dan otot
jantung, spindle shape dengan nucleus terletak ditengah-tengah. Tiada sarkolema.
Bekalan saraf sedikit dan autonomik.
Sel-sel otot multi-unit menerima total innervation, seperti otot arrector pili.yang
terdapat pada dasar rambut yang menegakkan rambut. Bekalan saraf ke otot licin tidak
berhubung secara terus ke otak, oleh itu pengecutan adalan tak terkawal (involuntary).

Otot jantung
Mempunyai ciri morphologi yang hampir serupa dengan otot rangka. Perbezaan
yang ketara ialah dari segi bentuk selnya dan kedudukan nukleus. Sel-sel otot jantung
mempunyai cabang dan bercantum dengan sel-sel lain. Nukleus otot jantung terletak
dibahagian tengah sarkolemma. Otot jantung bergerak secara involuntary dan berterusan.
Maka ia kaya dengan mitokondrion dan glikogen.

Terdapat hanya pada jantung. Dari segi struktur ianya mempunya cirri otot rangka
dan otot licin. Ia mempunyai jalur, tapi nucleus terletak ditengah-tengah. Dibawah
mikroskop, serat otot kelihatan bercabang. Terdapat sarkolema. Sel-sel otot jantung
mempunyai banyak mitokondria bagi membolehkan pergerakkan yang berterusan.

TISU SARAF

Melalui tisu saraf, isyarat atau stimulus yang diterima dari luar dan dalam badan
akan diproses dan dianalisis terlebih dahulu sebelum tindakbalas berlaku. Fungsi utama
ialah mekoordinasikan kesemua kegiatan badan, khususnya yang berkaitan dengan
fungsi-fungsi visera, endokrin, motor dan mental.

Tisu saraf

Sistem saraf boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama: sistem saraf pusat
yang terdiri daripada otak dan korda spina, dan sistem saraf periferi yang merangkumi
serat-serat saraf spina dan saraf kranium, serta ganglion. Dua kumpulan sel yang
membina tisu saraf: neuron dan neuroglia (sel bukan neuron)
Neuron
Struktur asas sistem saraf. Sel-sel halus yang terdiri daripada badan sel dan satu
atau lebih proses. Bentuk badan sel neuron adalah berbeza, bujur, piramid, bintang, dan
biasanya digunakan dalam klasifikasi jenis-jenis neuron.

Dari segi struktur ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Perikarion (badan sel),
dendrit dan akson. Dendrit dan akson adalah cuaran. Badan sel adalah bahagian yang
mempunyai nukleus. Mengandungi organel sel – nukleus, ER, lisosom, fibrils, tubul,
mitokondria, granul, vesikel dan alat golgi.

• Dendrit – cuaran sitoplasma sel saraf yang pendek. Meruncing kearah distal.
Berfungsi dalam menerima rangsangan ie. Membawa impuls ke badan sel (bersifat
aferen).
• Akson – cuaran yang panjang, dan biasanya hanya satu akson sahaja. Berfungsi
dalam menghantar impuls ke efektor (besifat eferen).

Pengkelasan neuron
Dari segi struktur, neuron boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan mengikut bilangan proses:
- neuron multipolar – mempunyai beberapa denrit dan satu axon.
- neuron bipolar – mempunyai satu dendrit dan satu axon.
- neuron monopolar – mempunyai satu process yang bertindak sebagai dendrit dan
axon.

Dari segi fungsi, neuron boleh dikelaskan sebagai:


- neuron motor – berfungsi dalam pengawalan organ efektor seperti kelenjar dan otot.
- neuron deria – penerimaan rangsangan.
- interneuron – menghubungkan antara dua neuron.

Ganglion
Kumpulan sel saraf yang terletak diluar sistem saraf pusat.

Neuroganglia
Merupakan kumpulan sel-sel kecil dalam tisu saraf. Ia terletak diantara neuron. Selain
sebagai sel penyokong, ia juga membekalkan makanan, dan pertahanan neuron.
Berdasarkan fungsi dan morfologi, ia boleh dibahagikan kepada 4 jenis: astrosit,
oligodendrosit, mikroglia dan sel ependima. Oligodendrosit pula adalah sel yang
bertanggungjawab dalam pembentukan selaput mielin.
Sinaps
Setiap neuron adalah independent. Sinaps memindahkan maklumat dari satu neuron ke
neuron lain. Semua sinaps mempunyai 3 elemen: elemen presinaps, synaptic cleft, dan
membran postsinaps