Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG,

BUKIT MARAK 16030 BACHOK, KELANTAN.

KERTAS KERJA

(PROGRAM POST PMR)


PROJEK PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SMK PUTRI SAADONG
KERTAS KERJA
PROJEK MURAL PELAJAR POST PMR
ANJURAN PERSATUAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

1.0 PENGENALAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran
yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan
*pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Mural
yang dibina adalah bahan alatan yang selalu digunakan oleh pelajar terutama semasa menyiapkan kerja
khusus KHB. Penggunaan nama alatan, bahagian utama dan fungsi yang betul amat perlu terutama
semasa pelajar hendak menjawab soalan peperiksaan.

2.0 RASIONAL
Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam
rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni
guru, kakitangan sekolah dan para pelajar.Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai,
kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung pelajar yang melalui
kawasan bengkel akan membaca nama alatan, fungsi alatan. Mural yang dibina juga dapat digunakan
untuk memantapkan ingatan dan di guna ketika p&p KHB sebagai bahan bantu mengajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1) Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian
terutama pelajar dan juga tetatu yang selalu mengunjungi sekolah.
3.2) Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan
melepaskan serabut dengan mensyukuri nikmat ciptaan Illahi.
3.3) Hasil kerja pelajar sebagai buah tangan /kenang-kenangan bila pelajar meninggalkan alam
persekolahan kelak.
3.4) Melatih pelajar untuk belajar melukis mural .Sebagai alternative bidang perniagaan sekirannya
mereka tidak berkemampuan dalam bidang akademik. Pelajar dapat jadikan kemahiran melukis
mural sebagai alternatif mata pencarian.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : Selepas peperiksaan PMR


Masa : Oktober hingga November 2009
Tempat : Sekitar Makmal KHB SMK Putri Saadong

5.0 SASARAN
Pelajar Post PMR SMK Putri Saadong
6.0 KANDUNGAN PROGRAM

Bil Aktiviti Bahan yang Tindakan


diperlukan
1 Pembinaaan kertas kerja Kertas Pengurus projek
ink
komputer
2 Perbincangan dengan pihak Kertas cadangan Pengurus projek
pentadbir PKKO untuk dapatkan PKKO
khidmat dan nasihat dan cara Pengetua
untuk dapatkan kelulusan dan
sokongan pengetua
3 Bincang dengan CC untuk Nota minta Pengurus projek
dapatkan dana dan peruntukan Pengetua
dengan izin pengetua CC
4 Memilih pelajar yang berbakat alatan untuk melakar Pengurus projek minta
dalam bidang seni dan di bantu pada dinding asas bantuan dan khidmat
oleh pelajar tingkatan 4 yang telah pembinaan mural nasihat daripada
mempelajari Pendidikan Seni Guru seni visual
Visual secara formal. Pelajar tingkatan 4
5 Isi nota minta dan dapatkan Cat mural Pengurus projek
tandatangan kebenaran khas Alatan melukis mural CC
pengetua untuk Pembelian bahan
utama untuk melukis mural
6 Mulakan proses melukis mural Bahan dan alatan Pengurus projek di bantu
melukis dengan AJK
7. Refleksi dan pendokumentasian Kertas Pengurus projek
pendokumentasian

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kri
teria Perbelanjaan/ Pembelian Harga/ Kos Tindakan

1 Pembinaaan kertas kerja dan RM 50.00 Pengurus projek


refleksi dalam bentuk
pendokumentasian

Kertas
ink
komputer
2 Isi nota minta dan dapatkan RM 300.00 Pengurus projek
tandatangan kebenaran khas CC
pengetua untuk Pembelian bahan
utama untuk melukis mural
Cat mural
Alatan melukis mural
8.0 SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah

9.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan
yang dikendalikan oleh Ahli Jawatan-kuasa Persatuan (KHB) bagi tahun 2009. Di harap projek Mural
KHB ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu flatfom para pelajar
untuk mencari pengalaman secara terus tidak melaui bilik darjah. Diharap hasil mural sekitar makmal
KHB ini nanti akan lebih menceriakan lagi persekitaran SMKPS.

Disediakan oleh: Disemak oleh; Dsahkan oleh:

……………………............... ---------------------------
------------------
(PN. SITI NORHASLIDA MAT HASSAN) PKKO Pengetua
S/U PERSATUAN KHB 2009
SMK Putri Saadong
16030 Bachok, Kelantan