Anda di halaman 1dari 3

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai


permainan Selambut atau Serembat. Kanak-
kanak perempuan gemar memainkannya
secara individu dan kebiasaannya dimainkan
secara berkumpulan seramai dua hingga
empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil


sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain berbentuk bulat biasanya digunakan
oleh kanak-kanak dalam permainan ini
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali
sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu


lapang, di serambi rumah, di dalam
rumah atau dimana sahaja yang mereka
gemari dengan memerlukan permukaan
yang rata dan bersih. Para pemain
hendaklah duduk di atas lantai, dengan
cara begini memudahkan permainan
tersebut dimainkan.
Permainan batu seremban sering
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
Menentukan Giliran

Cara Bermain: Buah 1-7

Menimang
Mati Permainan

<<< Kembali ke Indeks

Bandar Seremban adalah ibu negeri Negeri Sembilan. Seremban mempunyai penduduk
seramai 420,000 pada 2003, hampir separuh jumlah penduduk Negeri Sembilan (iaitu
913,300 orang mengikut Banci 2003).

Sejarah Seremban bermula seperti bandar-bandar lain di Malaysia. Sekitar tahun 1840-an,
kawasan di sekitar Rasah didapati kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah. Seremban
mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri daripada orang Cina, Arab
dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat
perlombongan bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu
menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala
penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.

Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya
daripada permainan tradisional "Sarimban" yakni sejenis permainan yang menggunakan
batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada masa lapang
berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.

Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campurtangan di atas


pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan
bijih timah diantara Dato' Kelana dan Dato' Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada
Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di
mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato' Siamang Gagap). Bermula dari
detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan
Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang
dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray
(Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan
Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato' Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama
jalan ini mengambil sempena nama Residen-Residen British ketika itu.

Seremban juga telah menjadi pusat budaya orang Minangkabau di Malaysia.

Kini, Seremban telah berkembang pesat sehingga sebuah bandar baru, Seremban Dua
telah dibina sebagai pusat komersil baru 2 km dari Seremban. Selain pengangkutan kereta
api, Seremban turut dihubungkan ke Lembah Klang dengan sistem pengangkutan
keretapi komuter.

[sunting] Pautan luar


• Koleksi peta-peta berkaitan dengan Seremban
• Tempat-tempat pelancongan di Seremban
• Seremban Maya - Portal web Seremban
• N9futbol.com - e-Penyokong Bolasepak Negeri Sembilan

Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan
mengembangkannya.
[sembunyi]
v•d•e

Negeri Sembilan Darul Khusus


Daerah Jelebu • Jempol • Kuala Pilah • Port Dickson • Rembau • Seremban • Tampin
Ayer Kuning • Air Kuning Selatan • Ampangan • Bahau • Bandar Seri Jempol
• Batang Benar • Batu Kikir • Chembong • Dangi • Gemas • Gemencheh •
Johol • Juasseh • Kota • Kuala Klawang • Labu • Lenggeng • Linggi • Lukut •
Bandar Mantin • Mambau • Nilai • Pajam • Paroi • Pantai • Pasir Panjang • Pedas •
Pengkalan Kempas • Pertang • Rahang • Rantau • Rasah • Rembau • Rompin •
Senawang • Sepang Road • Seremban (ibu negeri) • Seri Menanti • Serting •
Sikamat • Siliau • Sungai Gadut • Sungai Muntoh • Teluk Kemang • Tiroi
Kampung FELDA L.B. Johnson • Tanjung Gemuk
Bandar baru Bandar Baru Nilai • Rasah Jaya