Anda di halaman 1dari 17

Soalan ramalan sejarah pmr 2010

 Tepat dan Benar


 Penting dan Bermakna
 Sebab dan Akibat

1 Senarai di atas merupakan ciri-ciri sejarah.


Bagaimanakah seorang pengkaji sejarah dapat mengetahui sebab dan akibat
sesuatu peristiwa?

A Melawat tempat kajian


B Membuat kajian di perpustakaan
C Mencari gali tapak yang mengandungi bahan sejarah
D Mengkaji bila, di mana dan mengapa peristiwa itu berlaku

Sejarah merupakan matapelajaran yang wajib


diambil oleh calon peperiksaan PMR dan SPM

2 Apakah faedah kita mempelajari sejarah?

I Memberi iktibar
II Menjadi perangsang
III Menyemai sifat jujur
IV Lulus peperiksaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi

3 Maklumat di atas berkaitan dengan manusia Zaman Prasejarah.


Apakah aktiviti yang dijalankan oleh manusia zaman tersebut?

I Memungut
II Bercucuk tanam
III Berdagang secara tukar barang
IV Mencipta barang-barang perhiasan diri

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
 Ubi taro
 Padi huma
 Padi sawah

4 Senarai di atas merupakan hasil pertanian masyarakat agraria.


Bagaimanakah pertanian dapat berkembang maju?

I Pusat kerajaan terletak di hilir sungai


II Kawasan pertanian di sekitar tasik
III Pembinaan saliran dan takungan air
IV Bekalan air daripada sungai

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5 Mengapakah khidmat orang laut diperlukan oleh Parameswara dalam


pentadbiran Melaka?

A Jujur dalam perdagangan


B Mahir dalam bidang kelautan
C Berpengalaman dalam peperangan
D Orang Laut tinggal berhampiran Melaka

6 Golongan intelektual Melaka pada ketika itu sudah dapat menguasai bahasa asing.
Apakah kesannya kepada Melaka sebagai pusat perkembangan ilmu?

A Terdapat kegiatan menterjemah karya dari negara luar


B Golongan istana dapat belajar pelbagai bahasa
C Surat perjanjian digubal dalam dwibahasa
D Karya undang-undang dihasilkan

7 Melaka telah menakluki Kampar untuk menguasai hasil perdagangannya.


Apakah yang mesti dilakukan oleh Kampar sebagai negeri taklukan?

A Menggunakan salam
B Menghantar wang
C Membekalkan tentera
D Menerima agama Islam
8 Mengapakah sultan Melaka mengurniakan kawasan pegangan dan kawasan
pemakanan kepada para pembesar?

A Membalas jasa
B Membayar pendapatan
C Meningkatkan sokongan
D Menjaga keamanan

9 Apakah strategi yang digunakan oleh Melaka menyebarkan untuk menyebarkan


Islam?

I Perdagangan
II Perkahwinan
III Penaklukan
IV Perjanjian

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

GOSPEL

10 Maklumat di atas berkaitan dengan tujuan kedatangan Portugis ke Timur.


Apakah yang ingin dicapai berdasarkan tujuan di atas?

I Meneruskan Perang Salib


II Menghancurkan kerajaan Islam
III Menyebarkan agama Kristian
IV Menewaskan pedagang Islam

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11 Kerajaan Johor telah berjaya menegakkan semula kewibawaan Kesultanan


Melayu Melaka.
Bagaimanakah Johor berjaya mencapai kegemilangan?

A Bantuan Orang Laut


B Menewaskan Jambi
C Kecekapan pemimpin
D Jajahan takluk yang luas
Sebab Akibat
Ingin menguasai Selat Melaka P

12 Jadual di atas menunjukkan sebab berlaku persaingan antara Johor dengan Acheh
dan Portugis.
Apakah P?

A Perang selama 100 tahun


B Kedatangan Belanda
C Penglibatan Bugis
D Perebutan takhta

Terengganu Siam
Sultan Mansor Shah 1 menghantar Menganggap Terengganu
bunga emas ke Siam sebagai tanda mengakui ketuanan Siam
persahabatan.

13 Berdasarkan jadual di atas, apakah tindakan sultan Terengganu seterusnya?

A Menyerang Siam
B Menolak hubungan dengan Siam
C Menggubal perlembagaan negeri
D Enggan membantu Siam menyerang Ligor

14 Dalam sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu, raja atau sultan mengetuai


sesebuah negeri. Bagaimanakah mereka dianggap mempunyai kedaulatan?

A Adil melaksanakan undang-undang


B Menggunakan bahasa dalam
C Pemikiran yang bijaksana
D Peribadi yang menawan

 Kayan
 Kenyah
 Kelabit

15 Senarai di atas merupakan etnik yang terdapat di Sarawak.


Apakah persamaan etnik di atas?

I Merayakan perayaan Kaul


II Melukis badan dengan pelbagai corak
III Menggantung gelang-gelang timah di telinga
IV Menyimpan tempayan sebagai harta simpanan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Etnik Barangan
Bajau Hasil laut
Melayu Beras
Kadazandusun Hasil hutan
Murut Hasil hutan

16 Jadual di atas menunjukkan barangan yang dijual oleh etnik-etnik di Sabah.


Apakah faedah Pasar Tamu bagi etnik-etnik Sabah di atas?

A Mengeratkan hubungan
B Mendapatkan makanan
C Bertukar barangan
D Mengenali tetamu

Emas, perak, bijih timah, lada hitam

17 Barang-barang di atas diperlukan oleh China dalam perdagangannya dengan


SHTI.
Apakah peranan Pulau Pinang berkaitan hal ini?

A Pusat galian
B Kawasan tanaman
C Tempat memproses
D Pusat pengumpulan

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

18 Apakah peluang yang diperolehi British selepas perjanjian di atas ditanda


tangani?

I Melantik residen
II Memajukan Negeri-negeri Selat
III Meluaskan pengaruh tanpa gangguan
IV Menguasai laluan perdagangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

 Pulau Pinang
 Singapura
 Melaka
19 Bagaimanakah penggabungan petempatan-petempatan di atas pada tahun 1826
boleh mendatangkan faedah?

I Memajukan perdagangan
II Mengukuhkan pertahanan
III Menyeragamkan pentadbiran
IV Menjimatkan perbelanjaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

20 Mengapakah British mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur
tangan di negeri-negeri Melayu mulai tahun 1874?

A Prestasi negeri-negeri Selat merosot


B Menjaga keamanan Negeri-negeri Melayu
C Bimbang campurtangan kuasa Eropah yang lain
D Untuk menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Melalui Perjanjian tahun 1874 Dato’ Kelana diiktiraf


oleh British sebagai pemerintah Sungai Ujong

21 Berdasarkan maklumat di atas mengapakah dikatakan Dato’ Kelana tidak


berkuasa penuh?

A Hanya berkuasa di Sungai Ujong


B Residen British berkuasa memungut cukai
C Dato Bandar tidak mengiktiraf perjanjian ini
D Tidak disokong oleh pembesar dan pelombong Cina

Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk


Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal

22 Berdasarkan maklumat di atas apakah langkah British seterusnya?

A Menawarkan pampasan kepada sultan


B Memaksa sultan menerima Wakil British
C Mengancam tidak memberi bantuan tentera
D Mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor

Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa


menanggung hutang akibat kebangkitan rakyat
menentang pihak British.

23 Bagaimanakah British mengatasi masalah di atas?

A Melantik Residen British


B Meminjam daripada Negeri-negeri Selat
C Mengenakan cukai kepada rakyat Pahang
D Menggabungkan Pahang dengan negeri-negeri lain

24 Bagaimanakah Johor dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914?

A Kebijaksanaan Temenggung Ibrahim


B Menjalin persahabatan dengan British
C Sistem Kangcu memajukan ekonomi
D Peranan Lembaga Penasihat Johor

Penasihat British di Kedah mengukuhkan kuasa


dengan menyerapkan sistem pentadbiran Barat

25 Apakah tindakan Majlis Mesyuarat Negeri Kedah?

A Meletak jawatan
B Melantik orang Melayu
C Menggunakan kalendar Hijrah
D Mengambil tindakan mahkamah

Antara tahun 1853 hingga tahun 1905 James Brooke


dan Charles telah meluaskan kawasan pemerintahan
mereka di Sarawak.

26 Apakah faktor utama yang mendorong peluasan kawasan tersebut?

A Pembelian kawasan
B Kekuatan angkatan tentera Brooke
C Kebangkitan penduduk tempatan
D Penyerahan tanah oleh Sultan Brunei

Kaum Pekerjaan
Melayu Pentadbiran
Iban Ketenteraan
Cina perlombongan
27 Mengapakah Brooke melihat penentuan jenis pekerjaan mengikut kaum adalah
menguntungkan?

A Setiap kaum ada kemahiran khusus


B Menghalang perpaduan kaum
C Lokasi kaum sukar diubah
D Mengikut minat kaum tersebut

28 Bagaimanakah ketua kampung berperanan semasa pentadbiran SBUB di Sabah?

I Menguruskan hal ehwal kampung


II Menguruskan pembahagian tanah
III Melaporkan kepada Pegawai Daerah
IV Membantu memajukan perdagangan

A I, II dan II
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Dwiekonomi

29 Maklumat di atas adalah berkaitan bentuk ekonomi yang diamalkan oleh British
di Tanah Melayu. Apakah kesan daripada bentuk ekonomi tersebut?

A Orang Melayu pandai menggunakan mesin


B Penduduk tempatan menguasai syarikat asing
C Wujud jurang ekonomi masyarakat bandar dan luar bandar
D Ekonomi tradisonal tidak lagi bercorak sara diri

Kaum Kegiatan ekonomi


Melayu Petani dan nelayan
Cina Pelombong dan peniaga
India Pekerja ladang

30 Jadual di atas menunjukkan pengkhususan kegiatan ekonomi pada zaman


penjajahan British.
Apakah masalah yang dihadapi oleh Malaysia hari ini kesan daripada dasar
tersebut?

A Wujud jurang ekonomi antara kaum


B Dasar pecah dan perintah oleh British
C Setiap kaum hanya mahir bidang tertentu
D Minat dan tumpuan setiap kaum sukar diubah

Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan


pada tahun 1901 di Kuala Lumpur untuk
menyelidiki penyakit malaria dan beri-beri.

31 Mengapakah British berusaha membasmi penyakit-penyakit tersebut?

A Penghalang perkembangan ekonomi British


B British bertanggungjawab menjaga kesihatan penduduk
C Penyakit tersebut dibawa oleh buruh-buruh ladang dan lombong
D Banyak kematian di kalangan pegawai British akibat penyakit tersebut

Sharif Masahor menentang James Brooke


kerana kewibawaannya tercabar.

32 Apakah peristiwa yang mencabar kewibawaan Sharif Masahor?

A Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke


B Pangeran Matusin menyokong dasar Brooke
C Belanda membantu Brooke menyerang Kuching
D Kuasa memerintah dilucutkan

Bandar Tua

33 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tempat di atas?

A Mesyuarat untuk membunuh Birch


B Pengutipan cukai
C Birch dibunuh
D Perang Perak

British menganjurkan ‘Gerakan Sultan’ untuk


menamatkan kebangkitan Pahang. Sultan
Ahmad dilantik sebagai ketua gerakan ini.
34 Mengapakah British melibatkan sultan dalam operasi melawan Dato’ Bahaman?

A Sultan lebih arif sikap Dato’ Bahaman


B Penduduk akan menyokong British
C Sultan mampu memujuk Dato’ Bahaman
D British jahil selok belok hutan Pahang

Dato’ Siamang Gagap berpegang


teguh pada prinsip mempertahankan
maruah bangsa dan tanah air

35 Apakah bukti yang menunjukkan beliau bersikap demikian?

A Menentang tindakan Yamtuan Antah berdamai dengan British


B Menjadi Yamtuan Besar Negeri Sembilan
C Menerima nasihat Sultan Abu Bakar
D Menentang British di Bukit Putus

 Lepasan MPSI
 Berperanan sebagai pemimpin
masyarakat

36 Bagaimanakah golongan di atas dapat menyumbangkan tenaga memajukan orang


Melayu?

A Membina madrasah dan sekolah pondok


B Bekerjasama dengan golongan agamawan
C Mendesak British menyediakan peluang pekerjaan
D Mengenepikan adat resam dan kepercayaan karut

Sebelum Perang Dunia Kedua, kebangkitan semangat


kebangsaan lebih banyak digerakkan oleh orang
Melayu.

37 Mengapakah orang Cina dan India kurang berminat menyertai kebangkitan


tersebut?

A Terlalu menumpukan pekerjaan


B Masih setia kepada negara asal
C Tidak membawa keuntungan ekonomi
D Tidak akan tinggal lama di Tanah Melayu
Kita mesti menyerang Asia
Tenggara untuk membebaskan
Jepun daripada masalah ini. Jeneral Tojo

38 Apakah masalah yang dihadapi oleh Jepun?

A Kemerosotan perdagangan
B Ancaman China dan Rusia
C Sekatan ekonomi Amerika Syarikat
D Golongan tentera mengambil alih pemerintahan

39 Bagaimanakah tentera Jepun dapat mempercepat perjalanan darat tanpa disedari


oleh British?

A Berjalan kaki
B Menggunakan basikal
C Bergerak pada waktu malam
D Menyamar sebagai penduduk tempatan

40 Mengapakah Jepun mewajibkan rakyat Tanah Melayu mempelajari bahasa


Jepun?

A Menggalakkan budaya Jepun


B Mudah berkhidmat dalam pentadbiran
C Menghapuskan bahasa Inggeris dan Cina
D Meningkatkan perpaduan kaum

1946 - Menentang Malayan 1949 - Mendirikan sebuah


Union kerajaan merdeka

41 Maklumat di atas berkaitan tujuan penubuhan UMNO.


Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang perubahan tersebut?

A Parti siasah perlu mempunyai misi yang sempurna


B Perjuangan berubah mengikut keperluan semasa
C Penyatuan orang Melayu agenda terpenting
D Isu kerakyatan dapat diselesaikan

Mahu Tidak mahu


X Prinsip Malayan Union
Raja-raja Melayu sebagai Kerakyatan Jus Soli
ketua negeri Melayu

42 Jadual di atas berkaitan tuntutan Jawatankuasa Eksekutif berikutan pembatalan


Malayan Union.
Apakah X?

A Taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dikekalkan


B Sebuah persekutuan bagi Tanah Melayu
C Kemerdekaan dipercepatkan
D Kerakyatan dilonggarkan

Persatuan Kaum Ibu Selangor

43 Apakah tujuan penubuhan persatuan di atas?

A Menentang Malayan Union


B Menuntut kemerdekaan
C Menjadi parti politik
D Menyokong UMNO

Langkah Membanteras Ancaman Komunis


Menubuhkan Pasukan Home Guard

44 Apakah kesan daripada penubuhan pasukan di atas?

A Kegiatan komunis menjadi lumpuh


B Pesuruhjaya Tinggi British ditembak mati
C Rakyat semakin bersemangat mempertahankan negara
D Perintah berkurung dimansuhkan

Program ini menghalang pihak komunis


mendapat bekalan makanan, senjata,
maklumat, dan ubat.

45 Apakah program yang bertujuan seperti di atas?

A Kampung Baru
B Perintah berkurung
C Gerakan Kelaparan
D Kawasan hitam dan putih

46 Darurat telah menimbulkan pelbagai kesan kepada penduduk Tanah Melayu.


Apakah kesannya terhadap orang Cina?

A Ramai terbunuh
B Menyertai PKM
C Kembali ke negara China
D Mula bekerjasama membanteras komunis

Kabinet bayangan

47 Mengapakah sistem di atas diperkenalkan pada tahun 1951?

A Ahli-ahlinya tidak dilantik oleh British


B Strategi melumpuhkan ideologi komunis
C Kabinet tidak mempunyai negara yang rasmi
D Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran

 Wajibkan pendidikan rendah


 Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar
 Sukatan pelajaran yang sama

48 Senarai di atas merupakan cadangan Laporan Pelajaran Tanah Melayu.


Laporan manakah mengemukakan cadangan di atas?

A Laporan Barnes
B Laporan Fen-Wu
C Ordinan Pelajaran
D Laporan Razak

Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum


daripada pelbagai pihak.

49 Akibat daripada perkara di atas, beberapa cadangan suruhanjaya ini telah dipinda.
Apakah perkara yang terlibat dalam pindaan ini?

I Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan


II Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
III Kerakyatan jus soli kepada pendatang Cina
IV Agama Islam sebagai agama rasmi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Pada Ogos 1957, Tanah Melayu


telah mempunyai perlembagaan
sendiri iaitu Perlembagaan Merdeka.

50 Apakah kepentingan perlembagaan ini terhadap Tanah Melayu?

A Hak mutlak penduduk tempatan menerajui negara


B Semua kaum mendapat keistimewaan yang sama
C Perdana menteri sebagi ketua negara
D Darurat ditamatkan

51 Mengapakah timbulnya gerakan membantah penyerahan negeri Sarawak kepada


kerajaan British pada tahun-tahun 1946 hingga 1949?

I Bertentangan Perlembagaan 1941


II Brooke menggunakan tipu muslihat
III Anthony Brooke diketepikan sebagai Raja Sarawak
IV Sarawak menanggung banyak hutang selepas perang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

52 Bagaimanakah penduduk Sarawak menunjukkan bantahan terhadap penyerahan


negeri mereka kepada kerajan British?

I Meletak jawatan
II Menghantar surat bantahan
III Membunuh pegawai Brooke
IV Membuat poster dan sepanduk

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

53 Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan


daripada penduduk tempatan?

A Tiada pertubuhan politik yang mantap


B Pemimpin tempatan diajak berunding
C Rakyat bersetuju diperintah British
D Tekanan British terhadap penduduk

Kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak dan


Brunei ke dalam Malaysia akan memberi
keuntungan dari segi sosioekonomi

54 Bagaimanakah keuntungan ekonomi dapat direalisasikan?

I Sumber tenaga manusia yang mencukupi


II Kawasan pasaran yang luas
III Sumber asli yang banyak
IV Keseimbangan kaum

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Parti Politik Pendirian terhadap gagasan


Persekutuan Malaysia
Parti Bersatu Menyokong dengan syarat
Pasok Momogun Menentang
Parti Negara Sarawak (PANAS) Menentang

55 Jadual di atas menunjukkan pendirian parti-parti politik di Sabah dan Sarawak


pada peringkat awal penubuhan Malaysia.
Mengapakah mereka berpendirian sedemikian?

A Berwaspada sebelum membuat keputusan


B Tidak yakin dengan gagasan Malaysia
C Ingin bersatu dengan Indonesia
D Kurang berpendidikan

Indonesia pada awalnya menyokong


gagasan Persekutuan Malaysia. Namun
pendirian ini berubah akhirnya.
56 Siapakah pihak yang memainkan peranan mengubah pendirian Indonesia?

A Dr. Subandrio
B Jeneral Soeharto
C Presiden Soekarno
D Parti Komunis Indonesia

57 Apakah kepentingan gagasan Persekutuan Malaysia terhadap Amerika Syarikat?

A Keseimbangan kaum
B Menyekat komunisme
C Hubungan perdagangan antarabangsa
D Memajukan taraf hidup penduduk Sabah dan Sarawak

Semangat toleransi yang tinggi dan keikhlasan


kerajaan Tanah Melayu telah merealisasikan
gagasan Persekutuan Malaysia

58 Apakah bukti kerajaan Tanah Melayu mengamalkan sikap toleransi?

A Membuat bantahan terhadap pencerobohan tentera Indonesia


B Membenarkan Suruhanjaya PBB membuat keputusan
C Mempertimbangkan sewajarnya Tuntutan 20 Perkara
D Menandatangani Perjanjian Pemulihan Hubungan

Menyokong Menyokong
tanpa syarat dengan
syarat

Ingin merdeka
terlebih dahulu

59 Carta di atas menunjukkan rumusan Laporan Suruhanjaya Cobbold.


Apakah syarat yang dikemukakan oleh penduduk Sabah dan Sarawak?

A Dasar pelajaran sedia ada diubah


B Kepentingan mereka mesti dilindungi
C Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab negeri
D Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 20 tahun

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963

60 Apakah asas perlembagaan di atas?

I Laporan JPPM
II Perlembagaan UMNO
III Tuntutan 20 Perkara Sabah
IV Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Jawapan

1 D 7B 13 B 19 C 25 D 31A 37 B 43 A 49 B 55 A
2B 8C 14 A 20 C 26 B 32 A 38 C 44 C 50 A 56 D
3B 9 A 15 B 21 B 27 B 33 D 39 B 45 C 51 A 57 B
4D 10 A 16 A 22 D 28 C 34 B 40 A 46 D 52 C 58 C
5B 11 C 17 D 23 D 29 C 35 A 41 B 47 D 53 A 59 B
6A 12 A 18 C 24 B 30 A 36 B 42 B 48 D 54 A 60 C

© Fazli Mohd Bazin

Anda mungkin juga menyukai