Anda di halaman 1dari 6

942/2

STPM 2016
Skema Jawapan

Kertas Model 7 Geografi STPM Penggal 2


2016
BAGAGIAN A : Alam Sekitar Fizikal
[40 markah]

1. (a) Terangkan kepentingan lapisan atmosfera berikut kepada bumi;

[6]

(i)
Troposfera : Berlakunya/menjana unsur-unsur cuaca dan iklim seperti
kerpasan, pembentukan awan, tiupan angin, kelembapan udara, suhu dll
(ii)
Stratosfera : Menapis sinar ultra ungu daripada bahangan/pancaran matahari
yang sampai ke permukaan bumi
(iii)
Mesosfera: Membakar serta memecahkan meteor sebelum sampai ke
permukaan bumi.
Skema : 3 x 2m = 6m
(b) Nyatakan tiga peranan lapisan atmosfera kepada bumi.

[3]

1. Sebagai penebat suhu. Membenarkan kemasukkan gelombang pendek dan


menghalang gelombang panjang bebas ke angkasa. 2.
Penapis bahangan ultra
ungu oleh lapisan ozon.
3. Pemantul, penyerap dan menyebar bahangan di bahagian atas atmosfera lalu
mengurangkan kadar pemanasan di permukaan bumi.
4. Pengatur suhu dengan mewujudkan edaran umum atmosfera. Mengurangkan keadaan
suhu ekstrem.
Skema : 3 x 1m = 3m
(c) Terangkan aktiviti manusia yang telah menganggu keseimbangan kandungan
atmosfera.
[6]
1. Aktiviti pengangkutan
2. Aktiviti domestik
3. Aktiviti pembinaan bangunan
4. Aktiviti pertanian
5. Aktiviti perkilangan
6. Aktiviti penebangan pokok/pembalakan
7. Aktiviti perlombongan
Skema : 3 x 2m = 6m

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

2. (a) Bezakan tiga unsur cuaca semasa berlakunya kejadian bayu laut.

[6]

1.

Suhu di kawasan daratan lebih panas berbanding suhu di kawasan lautan.

2.

Tiupan angin berlaku dari kawasan laut ke darat iaitu dari tekanan udara tinggi di
laut ke tekanan udara rendah di daratan.

3.

Kelembapan udara di daratan adalah lebih rendah berbanding kelembapan udarat di


kawasan lautan.
Skema : 3 x 2m = 6m

(b) Terangkan kepentingan angin bayu terhadap aktiviti sosialekonomi manusia.

[8]

1. Aktiviti rekreasi seperti bermain layang-layang dan bersantai.


2. Aktiviti IKS/PKS seperti menjemur kain batik, ikan kering, keropok dll.
3. Aktivi pelancongan seperti perahu layar
4. Aktiviti perniagaan seperti berniaga air dan makanan.
Skema : 4 x 2m = 8m

(c) Sejauhmanakah faktor gangguan semula jadi telah mempengaruhi aktiviti manusia di
kawasan pinggir pantai.
[11]
Faktor gangguan semula jadi
1. Angin taufan membawa ribut dan hujan lebat menyebabkan aktiviti manusia terhenti.
2. Angin monsun membawa hujan lebat berterusan
3. Tsunami ombak besar akan memusnahkan kawasan yang luas
4. Hakisan pantai ombak pembinasa yang kerap akan menghakis pantai
Faktor manusia
5. Pencemaran air laut tumpahan/pembuangan sisa minyak dan sisa toksik
6. Pencemaran sampah sarap mencemarkan kawasan pantai
7. Pembangunan kawasan pantai- pembinaan hotel, resort akan mengurangkan keluasan
kawasan pantai.
8. Kesimpulan 1m
Skema : 5 x 2m + 1m = 11m

3. (a) Huraikan empat faktor yang menyebabkan terjadinya fenomena kemarau.


1.
2.
3.
4.

[8]

Fenomena cuaca panas luar biasa


Perubahan unsur iklim
Kadar pembandaran yang pesat
Aktiviti penyahutanan berleluasa.
Skema : 4 x 2m = 8m

(b)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bincangkan unsur cuaca semasa kemarau yang telah memberi kesan kepada aktiviti
soaialekonomi manusia.
[11]
Bahangan suria
Bahangan bumi
Suhu
Kerpasan
Kelembapan udara
Tekanan udara
Tiupan angin
Litupan awan

9. Kesimpulan - 1m
Skema : 5x 2m + 1m = 11m
(c) Terangkan langkah kestrukturan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah
kemarau.

[6]

1. Memajukan sumber air bawah tanah


2. Melaksanakan usaha pembenihan awan/ hujan tiruan
3. Memproses air dari sumber tasik dan kolam
4. Membina terowong air untuk memindahkan air
5. Membina empangan
6. Membina banyak tangki air.

Skema : 3 x 2m = 6m

Bahagian B: Alam Sekitar Manusia [40


markah]
Jawab semua soalan.
4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti ekonomi tertier.

[3]

Industri
peringkat
ketiga(1m) yang tidak melibatkan
barangan(1m) tetapi menyediakan perkhidmatan kepada pengguna(1m).

pengeluaran

Skema : 3 x 1m = 3m
(b) Huraikan tiga kepentingan aktiviti pelancongan kepada pembangunan ekonomi
Malaysia.
1.
2.
3.
4.
5.

[6]

Sumber pendapatan negara


Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.
Kesan pengganda seperti ekonomi primer dan sekunder.
Pembangunan kawasan menjadi lebih maju dengan pelbagai kegiatan ekonomi.
Menggalakkan pelabur asing melabur dalam sektor pelancongan.
Skema : 3 x 2m = 6m

(c) Terangkan tiga cabaran dalam mengekalkan kawasan ekopelancongan hutan.

[6]

1.
Terdapat pembalakan tidak terkawal. Permintaan kayu keras yang tinggi di pasaran
tempatan dan luar negara.
2.
Adanya pmbangunan fizikal tanah. Pembangunan kawasan pelancongan seperti resot
dan hotel untuk memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat,
3.
Peningkatan penduduk. Menyebabkan kawasan hutan dan hutan paya bakau musnah
dan ditebus guna untuk memenuhi keperluan penduduk yang meningkat.
4.
Peluasan kawasan pertanian. Permintaan hasil pertanian yang semakin meningkat
menyebabkan banyak kawasan baru diteroka.
5.
Kesedaran dan tindakan masyarakat yang lemah. Masyarakat masih lagi kurang
perihatin terhadap kepentingan mengekalkan alam sekitar.
6.
Terdapatnya pemburu haram. Peningkatan daripada sektor perniagaan makanan
hidupan liar.
Skema : 3 x 2m = 6m

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5 (a) Terangkan lima sumbangan aktiviti pertanian kepada pembangunan negara Malaysia.
[10]
1. Sumber pendapatan negara
2. Menyediakan peluang pekerjaan.
3. Membangunkan infrastruktur asas
4. Membangunkan kemudahan sosial
5. Kesan pengganda seperti industri sekunder dan tertier.
6. Pembangunan kawasan luar bandar
7. Meningkatkan R & D dan teknologi moden
8. Membekalkan sumber makanan
Skema : 5 x 2m = 10m

(b) Kemajuan sains dan teknologi dalam aktiviti pertanian telah memberi kesan
terhadap
alam
sekitar
fizikal
di
Malaysia.
Jelaskan.
[9]
1. Penggunaan baja kimia. Apabila hujan turun baja yang berlebihan akan meresap
masuk kedalam tanah bersama aliran air bawah tanah dan akhirnya dialirkan ke
dalam sungai yang menyebabkan berlaku pencemaran air sungai.
2. Pengunaan racun serangga menyebabkan tanah berasid dan sungai tercemar.
3. Penggunaan jentera moden. Tanah ditarah dan diratakan menyebabkan hakisan
tanah dan tanah runtuh/ pencemaran udara/ bunyi.
Skema : 3 x 3m = 9m

(c) Huraikan langkah pengurusan mesra alam yang boleh diamalkan dalam aktiviti
pertanian di Malaysia.
[6]
1. Penggunaan baja organik untuk menggantikan baja kimia.
2. Penggunaan kawalan biologi seperti burung hantu dan helang untuk menggantikan
racun serangga.
3. Menggunakan kaedah tebang-reput untuk menggantikan kaedah tebang-bakar.
4. Pertanian secara hidroponik bagi mengurangkan penggunaan baja kimia.
Skema : 3 x 2m = 6m

6 (a) Bagaimana pakatan kerjasama serantau dapat membantu membangunkan sosioekonomi


negara-negara ASEAN.
[15]
1. Meningkatkan daya saing serantau + huraian + cth = 3m
2. Perluasan kawasan pasaran.
3. Berlaku perkongsian teknologi R & D dan inovasi baru.
4. Perkongsian modal.
5. Pengkhususan pengeluaran barangan.
6. Perkongsian sumber alam/ bahan mentah
7. Perkongsian tenaga buruh dan kepakaran.
8. Penjagaan alam sekitar/ keselamatan serantau/ bantuan kemanusiaan
9. Kepelbagaian barangan dalam pasaran
10. Harga barangan murah
11. Mewujudkan kestabilan politik.
Skema : 5x 3m = 15m

(b) Huraikan kebaikan pakatan kerjasama ASEAN dalam mengurangkan penguasaan dan
monopoli negara-negara maju.
[10]
1. Mengurangkan monopoli pasaran barangan negara maju.
2. Mengurangkan monopoli pasaran kewangan negara maju.
3. Mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negara-negara kapitalis.
4. Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju.
5. Melakukan permindahan tenaga buruh murah antara negara-negara ASEAN.
Skema : 5x 2m = 10m

Anda mungkin juga menyukai